1 | Timestamp | TEKS BAHASA ARAB | TEKS BAHASA MALAYSIA | SAHABAT PERAWI | BAB | KATA KUNCI | STATUS | KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS | ULAMA/PENGKAJI HADIS | RUJUKAN | Siri ke- | TAJUK | INTRO KOMENTAR |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2 | 27/06/2018 01:51:24 | لِلشَّهِيدِ عِنْدَ اللَّهِ سِتُّ خِصَالٍ: يُغْفَرُ لَهُ فِي أَوَّلِ دَفْعَةٍ، وَيَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الجَنَّةِ، وَيُجَارُ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَيَأْمَنُ مِنَ الفَزَعِ الأَكْبَرِ، وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الوَقَارِ، اليَاقُوتَةُ مِنْهَا خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا، وَيُزَوَّجُ اثْنَتَيْنِ وَسَبْعِينَ زَوْجَةً مِنَ الحُورِ العِينِ، وَيُشَفَّعُ فِي سَبْعِينَ مِنْ أَقَارِبِهِ | “Orang yang mati syahid di sisi Allah SWT mempunyai enam keutamaan: diampunkan dosanya ketika darahnya tertumpah untuk pertama kalinya (pertempuran), diperlihatkan tempatnya di dalam Syurga, diselamatkan daripada azab kubur, diberi ketenangan daripada ketakutan ketika dibangkitkan dari kubur, diletakkan di atas kepalanya makhkota daripada permata yang mana permata itu lebih baik daripada dunia dan isinya, dikahwinkan dengan 72 isteri daripada bidadari dan diberi hak untuk memberi syafaat kepada 70 orang daripada ahli keluarganya”. [Riwayat al-Tarmizi (1663)] [Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai sahih gharib] | Al-Miqdam RA | Bab Akhirat, Bab Kelebihan, shahid | bidadari, | Sahih | Melihat pada hadith di atas, kita mengetahui bahawa orang yang gugur syahid di jalan Allah SWT mempunyai kelebihan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Di dalam hadith ini, dinyatakan enam kelebihan yang dimiliki oleh orang yang mati syahid di jalan Allah SWT. Antaranya ialah, mereka akan dikahwinkan dengan 72 bidadari di akhirat kelak. Syeikh Mulla Ali al-Qari ketika mensyarahkan hadith ini berkata, dikurniakan bagi orang syahid dengan cara perkahwinan seramai 72 bidadari. Bilangan tersebut menunjukkan kepada bilangan yang ditentukan (تحديد) bukannya menunjukkan bilangan yang banyak (تكثير). Ia juga difahami bahawa 72 bidadari adalah pemberian yang paling sedikit dan tidak menjadi masalah jika mereka itu dikurniakan lebih daripada itu iaitu lebih daripada 72 bidadari. Bidadari adalah wanita daripada syurga dan maksud (حور) daripada (حوراء) iaitu teramat putih (kulitnya) dan matanya kehitaman. Manakala (العين) jama’nya adalah (عيناء) yang bermaksud mata yang luas (besar). [Lihat: Mirqah al-Mafatih, 2483/6] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 167 | ||
3 | 29/06/2018 00:00:47 | - | - | - | Bab Ilmu | Kahfi | Bukan hadis | Kisah ashabul Kahfi adalah sebuah kisah yang masyhur dan sarat dengan pengajaran di dalamnya. Ini kerana, al-Quran juga terkandung di dalamnya kisah-kisah umat terdahulu untuk menjadi pengajaran kepada kita. Berdasarkan firman Allah SWT: لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ Maksudnya: “Demi sesungguhnya, pada kisah-kisah mereka itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran”. [Yusuf:111] Pengenalan Surah al-Kahfi Surah Al-Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 di dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam surah Makkiyyah iaitu surah yang turun sebelum daripada berlakunya hijrah ke Madinah. Al-Kahfi di dalam bahasa Arab bermaksud Gua. Selain itu juga, Ashhabul Kahfi pula bermaksud Penghuni-Penghuni Gua. Nama ini juga diambil daripada kisah yang terdapat dalam surah ini iaitu pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang ditidurkan oleh Allah SWT di dalam gua bertahun-tahun lamanya. Status Dan Sumber Kisah Ini Kisah ini adalah sahih kerana ia disebut di dalam al-Quran iaitu di dalam surah al-Kahfi yang mana al-Quran adalah mutawatir. Walaubagaimanapun, di dalam al-Quran tidak diceritakan secara terperinci kerana al-Quran lebih mengutamakan pengajaran daripada kisah tersebut. Selain itu juga, di dalam Mushannaf Abd al-Razzaq ada disebut kisah Ashabul Kahfi ini pada jilid kelima, halaman ke-423. Ringkasan Kisah Ashabul Kahfi Imam Ibn Kathir menceritakan secara ringkas akan kisah Ashabul Kahfi ini di dalam kitabnya: “Kisah ini menunjukkan bahawa ia berlaku pada zaman awal seperti mana yang disebut oleh sebahagian ahli tafsir bahawa ia berlaku selepas daripada al-Masih dan pada waktu itu mereka (kaum Ashabul Kahfi) adalah Nasrani. Apa yang nyata daripada teks (ayat al-Quran) bahawa kaum mereka adalah musyrikin (syirik kepada Allah SWT) dengan menyembah berhala. Telah berkata ramai daripada kalangan ahli tafsir, sejarah dan selain daripada mereka, kisah ini dikatakan berlaku pada zaman raja Diqyanus. Tambahan pula, mereka daripada kalangan anak-anak pembesar dan dikatakan juga bahawa mereka daripada kalangan anak-anak kepada raja-raja pada waktu itu. Mereka telah berpakat untuk berkumpul pada hari perayaan kaum mereka lalu mereka melihat bahawa kaum mereka telah sujud kepada berhala serta membesar atau mengagungkan berhala-berhala tersebut. Ini kerana, mereka telah melihat dengan pandangan hati yang suci, di samping Allah SWT telah membuka hati-hati mereka daripada sesuatu yang membawa kepada kelalaian dan mengilhamkan petunjuk kepada mereka. Dengan itu, mereka mengetahui bahawa kaum mereka tidak berada dalam kebenaran maka mereka pun keluar daripada agama mereka (agama asal) dan berpindah kepada menyembah Allah SWT yang esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya”. [al-Bidayah wa al-Nihayah, 2:114] Bilangan Ashabul Kahfi Di dalam al-Quran, Allah SWT ada menyatakan berkaitan bilangan Ashabul Kahfi. Firman Allah SWT: سَيَقُولُونَ ثَلَاثَةٌ رَّابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْمًا بِالْغَيْبِ ۖ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ ۚ قُل رَّبِّي أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِم مَّا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ Maksudnya: “(Sebahagian dari) mereka akan berkata: Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempat adalah anjing mereka dan setengahnya pula berkata: Bilangan mereka ialah lima orang, yang keenam adalah anjing mereka seperti meraba-raba dalam kegelapan akan sesuatu yang tidak diketahui dan setengah yang lainnya berkata: Bilangan mereka ialah tujuh orang dan yang kelapan adalah anjing mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. [al-Kahfi:22] Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili menafsirkan ayat ini dengan mengatakan bahawa telah berlaku perselisihan dalam menentukan bilangan pada zaman Rasulullah SAW. Sebahagian mereka berpendapat mereka seramai tiga orang dan yang keempat adalah anjing mereka. Sebahagian mereka yang lain mengatakan bilangan mereka adalah seramai lima orang dan yang keenam adalah anjing mereka. Kedua-dua pendapat ini adalah daripada Nasrani Najran. Tambahan pula, kedua-dua pendapat ini dibina atas sangkaan semata-mata. [al-Munir, 15:213] Pendapat Ulama’ Berkaitan Bilangan Ashabul Kahfi Setelah kami melihat di dalam beberapa buah kitab-kitab tafsir berkaitan tafsiran ayat 22 di dalam surah al-Kahfi ini, kami dapat simpulkan bahawa terdapat tiga pendapat di dalam masalah ini: Pendapat Pertama: Tiga orang dan yang keempat adalah anjing mereka. Pendapat Kedua: Lima orang dan yang keenam adalah anjing mereka. Pendapat Ketiga: Tujuh orang dan yang kelapan adalah anjing mereka. Pendapat pertama dan kedua ini adalah pendapat daripada ahli kitab yang mana ia terbina bukan atas dasar ilmu. Disebabkan itu, Allah SWT meletakkan selepas dua pendapat ini (رَجْمًا بِالْغَيْبِ) yang bermaksud kata-kata tanpa ilmu. Selain itu juga, jika dilihat terdapat huruf “و” selepas perkataan “سبعة” dan ia tidak terdapat pada sebelumnya. Para ahli Tafsir mengatakan “و” ini membawa maksud إقرار (mengesahkan) pada perkataan sebelumnya. Tarjih Setelah melihat kepada tafsiran-tafsiran ahli Tafsir, kami cenderung untuk mengatakan bahawa pendapat ketiga iaitu bilangan Ashabul Kahfi adalah tujuh orang dan yang kelapan adalah anjing mereka lebih tepat dan kuat. Ini kerana, pada ayat tersebut Allah SWT tidak menyifatkan pendapat yang ketiga itu dengan kata-kata tanpa ilmu. Walaubagaimanapun, Allah SWT menyambung ayat tersebut dengan mengatakan bahawa hanya Dia dan sebahagian (sedikit) manusia yang mengetahui akan bilangan sebenar. Antaranya yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA, bahawa beliau berkata: أَنَا مِنَ الْقَلِيلِ Maksudnya: “Aku termasuk dalam kalangan orang yang sedikit itu”. [al-Tahrir al-Tanwir, 15:291] Ini menunjukkan bahawa sebaik-baik cara adalah dengan menyerahkannya kepada Allah SWT dalam hal seperti ini. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 50 | ||
4 | 02/07/2018 13:59:02 | - | - | - | Bab Roh | roh | Sahih | Kematian adalah sesuatu yang pasti dan setiap yang hidup akan merasai kematian bahkan tidak ada satu pun dari kalangan yang bernyawa akan terlepas daripada kematian. Firman Allah SWT: كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ Maksudnya :”Tiap-tiap diri( sudah tetap)a kan merasai mati kemudian kamu akan dikembalikan kepada kami (untuk menerima balasan)” (Surah al-’Ankabut :57) Berdasarkan soalan di atas, sebahagian ilmuan berpendapat bahawa roh-roh orang yang telah meninggal dunia tidak akan bertemu antara satu sama lain. Namun di sana wujudnya pandangan yang mengatakan bahawa roh-roh orang yang telah meninggal dunia saling bertemu antara satu lain bahkan disokong pula dengan dalil (bukti) daripada al-Quran dan hadis-hadis yang sohih. Al-Quran وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ ﴿١٦٩﴾ فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّـهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿١٧٠﴾ يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّـهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١٧١﴾ Maksudnya:”Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh(yang gugur syahid)pada jalan Allah itu mati.(Mereka tidak mati) bahkan mereka hidup(secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.Dan mereka bersuka cita dengan kurniaan Allah(balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai(saudara mereka) orang-orang(islam yang sedang berjuang) yang masih tinggal dibelakang yang belum sampai kepada mereka bahawa tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berduka cita.Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurnianya,dan(ingatlah) bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman." (Surah ali Imran:169-171) Kata Ibnu Qayyim al-Jauziyah:”Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita berkenaan perihal orang yang syahid bahawa mereka hidup di sisi tuhan dengan mendapat rezeki,mereka bergembira dengan berita baik mengenai(saudara mereka) orang-orang(islam yang sedang berjuang) yang masih tinggal dibelakang yang belum sampai kepada mereka mereka juga bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurnianya.Kesemua ini menunjukkan bahawa mereka bertemu melalui 3 perkara tersebut." Kata beliau lagi:”Lafaz Istibsyar pada bahasa membawa maksud saling mengkhabarkan antara satu sama lain seperti يتباشرون” Rujuk Kitab al-Ruh (m/s 18) Kata Sheikh Abdurrahman Al-Sa’di berkenaan ayat ini:”Yang dimaksudkan dengan يستبشرون بالذين لم يلحقوا بهم من خلفهم adalah mereka saling mengkhabarkan antara satu sama lain berkenaan saudara mereka yang belum lagi sampai bahawa mereka itu akan mendapat seperti mana mereka dapat." Beliau juga menafsirkan ayat ألا خوف عليهم ولا هم يحزنون dengan maksud bahawa mereka saling mengkhabarkan tentang terhapusnya kesedihan mereka dan saudara mereka dengan mendapat kegembiraan yang sempurna.Begitu juga ayat يستبشرون بنعمة من الله وفضل .Beliau menafsirkan ayat ini dengan makna mereka saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan sebesar-besar tahniah. Rujuk Tafsir al-Sa’di (1/156) Kesemua tafsiran ini jelas menunjukkan bahawa roh-roh para syuhada saling bertemu antara satu lain.Ya, walaupun secara zahir ayat ini ditujukan kepada para syuhada akan tetapi ianya tidak hanya khusus kepada para Syuhada kerana di sana terdapat Hadis-hadis yang menunjukkan bahawa ruh-ruh selain syuhada juga saling bertemu. Hadis Jabir Bin Abdullah mengkhabarkan: أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- خَطَبَ يَوْمًا فَذَكَرَ رَجُلاً مِنْ أَصْحَابِهِ قُبِضَ فَكُفِّنَ فِى كَفَنٍ غَيْرِ طَائِلٍ وَقُبِرَ لَيْلاً فَزَجَرَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ يُقْبَرَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهِ إِلاَّ أَنْ يُضْطَرَّ إِنْسَانٌ إِلَى ذَلِكَ وَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا كَفَّنَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيُحَسِّنْ كَفَنَهُ Maksudnya:”Rasulullah SAW berkhutbah pada satu hari lalu Baginda SAW menyebut tentang seorang sahabat yang telah meninggal dunia.Dia dikafankan dengan kain yang tidak panjang dan dikebumikan pada waktu malam.Lalu Nabi SAW melarang untuk dikebumikan seseorang pada waktu malam sehingga dia disembahyangkan kecuali keadaan mendesaknya berbuat demikian seraya Nabi SAW bersabda:Apabila salah seorang dari kamu mengkafankan saudaranya maka perelokkanlah urusan pengkafanan” Riwayat Muslim (943) Hadis riwayat Jabir ini telah dijelaskan melalui jalur sanad yang lain. Daripada Abu Qatadah : Daripada Nabi SAW مَنْ وَلَّي أَخَاهُ فَلْيُحْسِنْ كَفنَهٌ Maksudnya:”Sesiapa yang menguruskan (jenazah)saudaranya maka perelokkanlah (urusan)pengkafanan. Kerana mereka saling menziarahi(ketika di dalam kubur)" Riwayat al-Baihaqi (9268) dalam Syu`ab al-Iman & al-San`ani (6208) dalam Musannaf Abdurrazaq Imam al-Suyuti (w.911H) ketika berkomentar mengenai hadis ini, beliau berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan sohih. Ianya mempunyai jalur sanad yang pelbagai serta syawahid(jalur sanad melalui sahabat yang berbeza)”. Rujuk al-La’ali al-Masnu’ah fi al-Ahadis al-Maudhu’ah (2/366). Juga di dalam riwayat yang hasan dari jalur sanad Muslim Bin Ibrahim al-Warraq فِي قُبُورِهِمْ ويتَزَاوَرُونَ يَتَبَاهَونَ فَإِنَّهُم Maksudnya:”Kerana mereka saling berbangga(dengan kafan tersebut) dan saling berziarah di dalam kubur mereka” Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9268) Di dalam hadis yang sohih daripada Abu Hurairah r.a : أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا حُضِرَ الْمُؤْمِنُ أَتَتْهُ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ بِحَرِيرَةٍ بَيْضَاءَ ، فَيَقُولُونَ : اخْرُجِي رَاضِيَةً مَرْضِيًّا عَنْكِ إِلَى رَوْحِ اللهِ ، وَرَيْحَانٍ ، وَرَبٍّ غَيْرِ غَضْبَانَ فَتَخْرُجُ كَأَطْيَبِ رِيحِ مِسْكٍ حَتَّى إِنَّهُ لَيُنَاوِلُهُ بَعْضُهُمْ بَعْضًا حَتَّى يَأْتُوا بِهِ بَابَ يَعْنِي السَّمَاءِ فَيَقُولُونَ : مَا أَطْيَبَ هَذِهِ الرِّيحَ الَّتِي جَاءَتْكُمْ مِنَ الأَرْضِ فَيَأْتُونَ بِهِ أَرْوَاحَ الْمُؤْمِنِينَ فَلَهُمْ أَشَدُّ فَرَحًا بِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ بِغَائِبِهِ يَقْدَمُ عَلَيْهِ فَيَسْأَلُونَهُ مَا فَعَلَ فُلاَنٌ مَا فَعَلَ فُلاَنٌ ؟ فَيَقُولُونَ : دَعُوهُ فَإِنَّهُ كَانَ فِي غَمِّ الدُّنْيَا فَإِذَا قَالَ أَمَا أَتَاكُمْ ؟ قَالُوا : ذُهِبَ بِهِ إِلَى أُمِّهِ الْهَاوِيَةِ وَإِنَّ الْكَافِرَ إِذَا حُضِرَ أَتَتْهُ مَلاَئِكَةُ الْعَذَابِ بِمِسْحٍ فَيَقُولُونَ : اخْرُجِي سَاخِطَةً مَسْخُوطًا عَلَيْكِ إِلَى عَذَابِ اللهِ فَتَخْرُجُ كَأَنْتَنِ رِيحِ جِيفَةٍ حَتَّى يَأْتُونَ بِهِ بَابَ الأَرْضِ فَيَقُولُونَ : مَا أَنْتَنَ هَذِهِ الرِّيحَ حَتَّى يَأْتُوا بِهِ أَرْوَاحَ الْكُفَّارِ. Maksudnya: ”Bahawasanya Nabi SAW bersabda:Apabila seorang Mukmin nazak,datang kepadanya malaikat Rahmat dengan membawa sutera putih.Para Malaikat berkata:Keluarlah wahai ruh dalam keadaan redha lagi diredhai kepada Allah,penuh rahmat serta tidak dimurkai Tuhan.Maka Ruh tersebut keluar seperti bau misk(wangian) yang terbaik sehingga bau tersebut sampai ke pintu langit.Para malaikat(di langit) berkata:”wanginya bau yang kamu bawa dari dunia!.Mereka membawa Roh tersebut menemui roh-roh orang yang beriman.(Pada ketika itu) mereka(roh orang mukmin) terlalu gembira dengan kedatangan roh tadi.Mereka bertanya kepadanya apa yang dilakukan oleh fulan ini,apa yang dilakukan oleh fulan ini?.Para Malaikat berkata:Tinggalkan dia.Sesungguhnya dia pernah berada di dalam kesedihan dunia.Lalu ruh itu berkata:Apa yang menyebabkan kamu ke sini?Mereka menjawab:Dia telah dibawa dari ibunya.Ketika mana orang kafir nazak,datang kepadanya malaikat azab dengan membawa guni.Lalu para Malaikat berkata:Keluarkan wahai Ruh dalam keadaan murka lagi dimurkai serta (rasalah) azab Allah.Maka Ruh itu keluar seperti bau nanah(yang keluar dari bangkai mereput) sehingga bau tersebut sampai ke pintu dunia maka Para malaikat berkata:Busuknya bau nanah ini sehingga mereka membawa ruh-ruh orang kafir." Riwayat al-Nasaie (1972) di dalam Sunan al-Kubra & Ibn Hibban (3078) dalam Sohihnya Hadis yang panjang ini menjelaskan kepada kita akan perihal roh orang mukmin dan juga roh orang kafir.Juga menjadi dalil bahawa ruh-ruh orang mukmin yang telah mati akan bertemu dengan ruh-ruh orang mukmin yang lain.Ini dapat dilihat melalui pertanyaan ruh-ruh orang mukmin yang telah lama mati akan perihal ahli keluarga mereka yang masih hidup.Berbeza dengan roh orang kafir yang tidak langsung dipertemukan dengan roh-roh lain. Kata Ibn Qayyim al-Jauziyah: ”Ini adalah satu perbahasan yang mulia lagi besar(untuk membahaskannya).Jawapannya adalah; Roh terbahagi kepada dua. Roh yang diazab dan Roh yang diberi nikmat.Roh yang diazab terlalu sibuk diazab sehinggakan tiada masa bagi mereka untuk saling bertemu dan berziarah antara satu sama lain. Manakala roh yang diberi nikmat tanpa dibelenggu oleh apa-apa, mereka saling bertemu dan saling berziarah antara satu sama lain. Mereka juga saling mengingat antara satu sama lain tentang apa yang telah berlalu di dunia dan apa yang berlaku kepada ahli keluarga mereka yang masih hidup.Setiap ruh(yang diberi nikmat) bersama siapa yang dia ikut dan roh Nabi kita berada di tingkat paling atas sekali. Bertepatan dengan firman Allah SWT وَمَن يُطِعِ اللَّـهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَـٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّـهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَـٰئِكَ رَفِيقًا ﴿٦٩﴾ Maksudnya:”Sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul maka mereka akan bersama orang yang diberi nikmat oleh Allah dari kalangan Nabi,orang yang benar(imannya),para Syuhada dan juga orang yang soleh.Dan amatlah elok mereka itu menjadi teman rakan(kepada orang taat)” Kebersamaan ini berlaku sama ada di dunia,di alam barzakh mahupun di hari kiamat kelak. Dan mereka berada bersama siapa yang mereka suka.” Rujuk Kitab al-Ruh (m/s 17) al-Imam al-Qurtubi (w.671 H) seakan bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa ruh orang mukmin akan saling bertemu antara satu lain. Pandangan beliau ini boleh didapati di dalam karya beliau yang bertajuk كتاب التذكرة بأحوال الموتى وأمور الأخرة(Kitab peringatan tentang hal kematian dan hari akhirat).Selepas beliau mendatangkan hadis dan athar dari para Tabien beliau menyebut : “Kesemua khabar ini walaupun ianya disebut secara mauqufah (bukan marfu’) akan tetapi ianya tidak hanya sekadar pandangan peribadi. al-Nasaie[1] meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis. Di antara kandungan hadis tersebut; فَيَأْتٌونَ بِهِ أَرْواَحَ المُؤْمِنِينَ فَلَهُمْ أَشُّد فَرْحاً مِنْ أَحَدِكُمْ بِغَائِبِكُم يَقْدَمُ عَليه فَيَسْأَلُونَهٌ ما فَعَلَ فُلانٌ مَا فَعَلَتْ فُلاَنَةٌ Maksudnya:”Mereka didatangkan dengan ruh-ruh orang mukmin.Mereka lebih gembira dengan kedatangan ruh tersebut berbanding kalian yang bersedih kerana pemergiannya. Maka mereka bertanya:apa yang dilakukan oleh orang lelaki ini,apa yang dilakukan oleh orang perempuan ini?” Kata beliau lagi :”Disebutkan di dalam satu hadis bahawa Nabi SAW bersabda اَلْأَرْواَحُ جُنُودٌ مُجنَّدَةٌ فَمَا تَعَارَفَ منْهاَ ائْتَلَفَ ومَا تَناَكَرَتْ منها اخْتَلَفَ Maksudnya:”Ruh-ruh adalah seperti tentera yang tersusun.Apabila mereka saling mengenali mereka akan bersatu.Apabila mereka saling memungkari mereka akan bercanggah(antara satu sama lain)”[2] Ini adalah pertemuan antara ruh-ruh. Dan dikatakan ruh saling bertemu ketika tidur dan setelah mati. Allah sahaja Maha Mengetahui” Rujuk al-Tazkirah bi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah (m/s 233-234) Ibnu Taimiyyah apabila ditanya: "Adakah Ruh orang yang telah mati akan bertemu semula?" Beliau menjawab :”Ruh orang yang hidup apabila ditarik (mati) akan bertemu dengan ruh orang yang telah lama meninggal dunia.mereka bertanya tentang keadaan orang yang masih hidup”. Rujuk Majmu’ Al-Fatawa (24/303 & 368) Adakah sohih hadis roh tidak akan bertemu roh yang lain? Di sana terdapat hadis yang menyebut bahawa roh orang yang telah mati tidak akan bertemu dengan roh yang lain. Adakah benar hadis ini? Apakah status taraf hadis ini? Hadis tersebut diriwayatkan oleh Amarah bin Khuzaimah Bin Thabit daripada ayahnya. Beliau (Khuzaimah bin Thabit) berkata: رَأَيْتُ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَسْجُدُ عَلَى جَبْهَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرْتُ بِذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ الرُّوحَ لَا تَلْقَى الرُّوحَ وَأَقْنَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأْسَهُ هَكَذَا فَوَضَعَ جَبْهَتَهُ عَلَى جَبْهَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Maknanya:”Aku melihat di dalam mimpi bahawa aku sujud di atas dahi Nabi SAW. Maka (keesokannya)aku beritahu Nabi SAW tentang apa yang aku mimpi. Lalu Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya roh tidak bertemu dengan roh (yang lain). Kata Amarah: Nabi SAW kemudiannya mengangkat kepala Baginda begini.Lantas ayah meletakkan dahinya ke dahi Nabi SAW”. Riwayat Ahmad (21864,20861 & 21913) di dalam Musnad Berlaku kesilapan di dalam lafaz hadis ini. iaitu pada perkataan لا تلقى Ini adalah disebabkan kesalahan ketika menyalin manuskrip. Bahkan manuskrip yang mempunyai kesilapan ini digunakan sehinggakan dianggap sebagai masyhur. Jika dikaji satu persatu, tiada masalah dari segi sanad kerana kebanyakan perawi di dalamnya adalah thiqoh(terpercaya) Di dalam riwayat nasaie menyebut : إِنَّ الرُّوحَ لَتَلْقَى الرُّوح Maksudnya: “Sesungguhnya ruh pasti bertemu dengan roh yang lain” Riwayat al-Nasaie (7631) di dalam Sunan Al-Kubra Bukan dengan lafaz لا تلقى. Sheikh Shuaib Al-Arnaut ketika memberi komentar mengenai hadis ini beliau juga menyebut bahawa ini adalah kesalahan ketika menyalin manuskrip. Yang betul adalah لتلقى bukan لا تلقى Rujuk Musnad Ahmad cetakan muassasah Al-Risalah (36/188) Penutup Kesimpulannya, berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis-hadis serta penjelasan para ulama maka benarlah dakwaan bahawa roh orang yang telah meninggal dunia boleh bertemu semula roh ahli keluarga yang telah lama mati.Namun perlu diingat hanya roh orang yang beriman sahaja boleh bertemu antara satu sama lain berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah.Marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah agar dikurniakan husnul khatimah (kesudahan yang baik) sepertimana Nabi SAW berdoa: اللّهُمَّ تُوَفِّنا مسلمين وَاحْيِناَ مُسْلِمِينَ وَأَلحِقْناَ بالصالحين Maksudnya:”Ya Allah matikan kami dalam keadaan kami muslim, hidupkan kami sebagai Muslim dan masukkan kami dalam kalangan orang yang soleh” Riwayat al-Bukhari (697) dalam Al-Adab Al-Mufrad | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 209 | ||
5 | 02/07/2018 14:07:28 | - | - | - | Bab Puasa, Bab Zikir dan Doa | puasa, | Bukan hadis | kita dituntut di dalam agama untuk sentiasa berdoa kepada Allah walaupun ketika makan. Tambahan pula, doa orang yang berpuasa adalah mustajab. Terdapat satu hadith di dalam Sunan Abi Daud: Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa): ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ Maksudnya: "Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkam pahala insyaAllah". [Riwayat Abu Daud (2357)][Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan] Menurut Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar, makna “الظَّمَأُ” di dalam hadith di atas adalah dahaga. Ini berdasarkan firman Allah SWT: ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ Maksudnya: “Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga”. [Lihat: al-Taubah:120] Tambahan pula, terdapat satu lagi doa yang masyhur dalam masyarakat kita apabila hendak berbuka adalah: Daripada Muaz bin Zuhrah, telah sampai kepadanya bahawa Nabi SAW bersabda apabila hendak berbuka: اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka”. [Riwayat Abu Daud (2358)] [Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar menghukum hadith ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadith ini] Kami berpandangan bahawa setiap orang boleh dibolehkan berdoa dengan apa jua doa selagimana maksud atau makna doa itu tidak bertentangan dengan al-Qur’an dan hadith Nabi SAW tanpa menyandarkannya kepada Rasulullah SAW. Akan tetapi, jika ingin dilihat dari sudut status hadith, doa yang pertama lebih sahih dari sudut sanadnya berbanding hadith yang kedua. Di sini kami sertakan beberapa lagi lafaz doa yang dinukilkan oleh Ibn Sunni di dalam kitabnya. Antaranya adalah: Daripada Muaz bin Zuhrah, adapun Rasulullah SAW bersabda apabila hendak berbuka: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمْتُ، وَرَزَقَنِي فَأَفْطَرْتُ Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah membantuku maka disebabkan itu aku telah berpuasa dan Dia telah memberi rezeki kepadaku maka aku berbuka dengannya”. [Lihat: Amal al-Yaum wa al-Lailah (479)] [Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah mursal kerana Muaz bin Zuhrah tidak mendengar langsung daripada Nabi SAW] Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda ketika berbuka: اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا، فَتَقَبَّلْ مِنَّا، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki Engkau kami berbuka maka terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”. [Lihat: Amal al-Yaum wa al-Lailah (480)] [Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah dhaif] Daripada Abdullah bin ‘Amr berkata bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka beliau bersabda: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang mana meliputi semua perkara agar Engkau ampunkan aku”. [Riwayat Ibn Majah (1753)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 195 | ||
6 | 14/07/2018 15:44:36 | حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ الْمُنْذِرِ، - كُوفِيٌّ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ، قَالَ حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ، عَنْ عَطِيَّةَ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، وَالأَعْمَشُ، عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالاَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " إِنِّي تَارِكٌ فِيكُمْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدِي أَحَدُهُمَا أَعْظَمُ مِنَ الآخَرِ كِتَابُ اللَّهِ حَبْلٌ مَمْدُودٌ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأَرْضِ وَعِتْرَتِي أَهْلُ بَيْتِي وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَىَّ الْحَوْضَ فَانْظُرُوا كَيْفَ تَخْلُفُونِي فِيهِمَا " . قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ سَمِعْتُ أَبَا ذَرٍّ، يَقُولُ: وَهُوَ آخِذٌ بِبَابِ الْكَعْبَةِ: أَيُّهَا النَّاسُ، مَنْ عَرَفَنِي فَأَنَا مَنْ عَرَفْتُمْ، وَمَنْ أَنْكَرَنِي فَأَنَا أَبُو ذَرٍّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مَثَلُ أَهْلِ بَيْتِي مَثَلُ سَفِينَةِ نُوحٍ مَنْ رَكِبَهَا نَجَا، وَمَنْ تَخَلَّفَ عَنْهَا غَرِقَ | - Dari Zaid bin ArqamRA, telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku tinggalkan untuk kalian dua pusaka yang berat iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Ahl al-Baytku (keluargaku). Jika kalian berpegang teguh dengannya maka tidak akan pernah tersesat selama-lamanya. Sungguh keduanya tidak akan pernah saling berpisah hingga kelak akan berjumpa denganku di telaga Al-Haudh”. - Aku mendengar sendiri Abu Dzar RA di pintu Kaabah, “Wahai sekalian umat manusia, barangsiapa yang mengenali aku, sungguh aku adalah orang yang kalian kenal dan barangsiapa yang mengingkari aku, ingatlah aku adalah Abu Dzar. Aku telah mendengar Baginda Nabi SAW bersabda: Perumpamaan Ahl al-Baytku seumpama bahtera Nabi Nuh AS. Barangsiapa yang menaikinya, dia akan selamat dan barangsiapa meninggalkannya ia akan tenggelam.” | Al-Hakim, Al-Imam al-Bazzar, Al-Imam al-Tabarani | Bab Agama, Bab Iman, Bab Jihad | Al-quran, | 1 - sahih 2 - lemah | Bagi hadis yang pertama, lafaz asal hadis adalah seperti berikut: حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ الْمُنْذِرِ، - كُوفِيٌّ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ، قَالَ حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ، عَنْ عَطِيَّةَ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، وَالأَعْمَشُ، عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالاَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " إِنِّي تَارِكٌ فِيكُمْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدِي أَحَدُهُمَا أَعْظَمُ مِنَ الآخَرِ كِتَابُ اللَّهِ حَبْلٌ مَمْدُودٌ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأَرْضِ وَعِتْرَتِي أَهْلُ بَيْتِي وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَىَّ الْحَوْضَ فَانْظُرُوا كَيْفَ تَخْلُفُونِي فِيهِمَا " . قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ . hadis ini telah diriwayatkan oleh: Al-Imam al-Tirmizi di dalam Sunannya (3786) dan (3788) di bawah Kitab al-Manaqib. Al-Imam al-Nasa’ie di dalam Sunan al-Kubra (8148) dan (8464). Al-Hakim di dalam Mustadraknya (4711) seraya berkata: hadis ini sahih sanadnya mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim. Dikeluarkan juga oleh al-Imam al-Tabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (2678), (2679), (2680), (4980). Di dalam Mu’jam al-Awsat (5536). Komentar terhadap hadis: Syeikh Nasiruddin al-Albani Rahimahullah menghukumkan hadis ini Sahih di dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah (1750) setelah menilainya dengan jalan-jalan sanad yang lain. Wallahu a’lam. Bagi hadis yang kedua, lafaz asalnya adalah seperti berikut: سَمِعْتُ أَبَا ذَرٍّ، يَقُولُ: وَهُوَ آخِذٌ بِبَابِ الْكَعْبَةِ: أَيُّهَا النَّاسُ، مَنْ عَرَفَنِي فَأَنَا مَنْ عَرَفْتُمْ، وَمَنْ أَنْكَرَنِي فَأَنَا أَبُو ذَرٍّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مَثَلُ أَهْلِ بَيْتِي مَثَلُ سَفِينَةِ نُوحٍ مَنْ رَكِبَهَا نَجَا، وَمَنْ تَخَلَّفَ عَنْهَا غَرِقَ hadis ini telah diriwayatkan oleh: Al-Hakim di dalam al-Mustadrak (3312) & (4720). Al-Zahabi di dalam Talkhis mengatakan bahawa salah seorang perawi bagi hadis ini Mufaddhal bin Soleh lemah. Al-Imam al-Bazzar di dalam Musnadnya (5142) dan berkata bahawa hadis ini tidak kami ketahui seorangpun yang meriwayatkannya melainkan Al-Hasan bin Abi Ja’far dan Al-Hasan bukanlah seorang yang kuat (di dalam ilmu hadis) dan kebanyakan ahli ilmu memperkatakan tentangnya. Al-Imam al-Tabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (2636), (2638) & (12388). Di dalam Mu’jam al-Awsat (5536) & (5870). Komentar terhadap hadis: Syeikh Nasiruddin al-Albani Rahimahullah di dalam Silsilah al-Ahadis al-Dho’ifah wa al-Maudhu’ah (4503) menghukumkan hadis ini sebagai Dhoif (lemah). hadis ini, selain diriwayatkan oleh Abi Dzar al-Ghifari RA terdapat juga syawahid yang lain diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas, Abdullah bin al-Zubayr, Abi Sa’id al-Khudri dan Anas bin Malik R.Anhum. Meskipun terdapat jalan periwayatan yang lain, namun kesemua jalan tersebut tidak terlepas daripada kritikan yang mana kesemuanya tersangatlah lemah dan tidak mampu untuk menguatkan antara satu sama lain. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 2 | ||
7 | 14/07/2018 15:51:31 | مَاءُ زَمْزَمَ، لِمَا شُرِبَ لَهُ | "Air zamzam[1] bergantung pada sesiapa yang meminumnya”. [Riwayat Ibn Majah (3062)] | Imam al-Hakim, Imam al-Suyuthi, Imam al-Zarkasyi, Imam al-Dhimyathi, Imam Ibn Hajar, | Bab Ilmu, Bab Kelebihan | Zam-zam, | Sahih | Kisah Air Zamzam Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini mucul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi Ibrahim AS. Pada waktu itu, Hajar mencari air bagi menghilangkan dahaganya antara bukit Safa dan Marwah. Hal ini merupakan perintah Allah SWT kepada Nabi Ibrahim AS agar baginda meninggalkan zuriatnya ini di wadi (lembah) makkah. Firman Allah SWT: رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadah). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur”. [Ibrahim: 37] Selain itu juga, kisah ini juga diceritakan di dalam sahih al-Bukhari, daripada Abdullah bin Abbas RA: وَجَعَلَتْ أُمُّ إِسْمَاعِيلَ تُرْضِعُ إِسْمَاعِيلَ وَتَشْرَبُ مِنْ ذَلِكَ المَاءِ، حَتَّى إِذَا نَفِدَ مَا فِي السِّقَاءِ عَطِشَتْ وَعَطِشَ ابْنُهَا، وَجَعَلَتْ تَنْظُرُ إِلَيْهِ يَتَلَوَّى، أَوْ قَالَ يَتَلَبَّطُ، فَانْطَلَقَتْ كَرَاهِيَةَ أَنْ تَنْظُرَ إِلَيْهِ، فَوَجَدَتِ الصَّفَا أَقْرَبَ جَبَلٍ فِي الأَرْضِ يَلِيهَا، فَقَامَتْ عَلَيْهِ، ثُمَّ اسْتَقْبَلَتِ الوَادِيَ تَنْظُرُ هَلْ تَرَى أَحَدًا فَلَمْ تَرَ أَحَدًا، فَهَبَطَتْ مِنَ الصَّفَا حَتَّى إِذَا بَلَغَتِ الوَادِيَ رَفَعَتْ طَرَفَ دِرْعِهَا، ثُمَّ سَعَتْ سَعْيَ الإِنْسَانِ المَجْهُودِ حَتَّى جَاوَزَتِ الوَادِيَ، ثُمَّ أَتَتِ المَرْوَةَ فَقَامَتْ عَلَيْهَا وَنَظَرَتْ هَلْ تَرَى أَحَدًا فَلَمْ تَرَ أَحَدًا فَفَعَلَتْ ذَلِكَ سَبْعَ مَرَّاتٍ، قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَذَلِكَ سَعْيُ النَّاسِ بَيْنَهُمَا» فَلَمَّا أَشْرَفَتْ عَلَى المَرْوَةِ سَمِعَتْ صَوْتًا، فَقَالَتْ صَهٍ - تُرِيدُ نَفْسَهَا -، ثُمَّ تَسَمَّعَتْ، فَسَمِعَتْ أَيْضًا، فَقَالَتْ: قَدْ أَسْمَعْتَ إِنْ كَانَ عِنْدَكَ غِوَاثٌ، فَإِذَا هِيَ بِالْمَلَكِ عِنْدَ مَوْضِعِ زَمْزَمَ، فَبَحَثَ بِعَقِبِهِ، أَوْ قَالَ بِجَنَاحِهِ، حَتَّى ظَهَرَ المَاءُ Maksudnya: “Ibu Ismail menyusukan anaknya (Ismail) dan meminum daripada air yang ada sehingga akhirnya air tersebut habis. Dia (Hajar) dan juga anaknya merasa kehausan (disebabkan kehabisan simpanan air). Dia melihat anaknya dalam keadaan yang cemas kerana anaknya terus menangis. Dia pun pergi untuk mencari sumber air kerana tidak sanggup melihat anaknya kehausan. Dengan itu, dia pergi menuju ke bukit Shafa kerana ia adalah bukit yang paling hampir dengannya lalu berdiri di atasnya. Pandangannya diarahkan ke lembah di sekelilingnya, dengan harapan terdapat seseorang tetapi ternyata tiada seseorang pun. Setelah itu, dia pun turun (dari bukit Shafa) dan ketika sampai di lembah, dia mengangkat hujung pakaiannya lalu berusaha keras sehingga dia sampai ke lembah iaitu bukit Marwah, lalu berdiri di atasnya sambil melihat apakah terdapat seseorang di sana? Tetapi, ternyata tiada seseorang juga. Dia melakukan perkara sedemikian sehingga tujuh kali. Ibnu Abbas RA, bahawa Nabi SAW: “Itulah sa’ie yang mesti dilakukan oleh manusia antara dua bukit itu”. Ketika dia sampai di puncak bukit Marwah, dia terdengar suara lalu dia berkata kepada dirinya sendiri: “Diam!”. Dia cuba mendengarnya lagi lalu dia mendengar suara itu dengan berkata: “Engkau telah menperdengarkan suaramu, apakah bersama engkau terdapat pertolongan?”. Ternyata suara itu adalah malaikat Jibril yang berada dekat dengan tempat zamzam. Lantas, Jibril mengais tanah dengan tumitnya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat yang lain) sehingga air keluar memancar”. [Riwayat al-Bukhari, (3364)] Berdasarkan riwayat Ibn Majah yang akan dijelaskan di bawah nanti, suka bagi kami untuk menyatakan beberapa fadhilat dan kelebihan yang berkaitan dengan air zamzam: Ia mempunyai nama yang banyak dan nama yang banyak itu menandakan atau menunjukkan akan kemuliaannya. Dalam Taj al-Arus, dinukilkan daripada Ibn Birri, terdapat dua belas nama bagi air zamzam. Air zamzam adalah sebaik-baik air di muka bumi dan menjadi penghulu kepada semua air. Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al-Fakihi dalam Akhbar Makkah (2/41). Air zamzam dikatakan dari mata air syurga mengikut riwayat ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf. Imam Nawawi berkata: “Pendapat yang asah (lebih sahih) bahawa secara zahirnya, ia adalah dari syurga”. Air zamzam adalah kurniaan daripada Allah yang utama kepada kekasih-Nya iaitu Nabi Ismail AS. Air zamzam juga sebagai tanda yang nyata akan kemuliaan tanah haram Makkah. Inilah adalah pendapat Imam ibn al-Daiba’ al-Syaibani. Allah SWT telah menjadikan air zamzam yang berkat ini sebagai antara penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi tersebut. Banyak meminum air zamzam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafiq. (Hal ini kerana orang munafiq tidak mempercayai kelebihannya). Melihat kepada firman Allah SWT dan hadith di atas, Allah SWT telah memberi nikmat kepadanya (Hajar) dan juga kepada anaknya (Ismail) dengan terpancutnya air (zamzam) dari tempat yang kering kontang dan tidak mempunyai apa-apa. Berdasarkan ulasan ringkas di atas, air zamzam adalah air yang mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya dan kami akan jelaskan dengan lebih terperinci di bawah ini dengan mendatang dalil-dalil yang berkaitan dengannya. Hadith-Hadith Berkaitan Air Zamzam Terdapat beberapa hadith yang menceritakan berkenaan dengan air zamzam ini. Antaranya: Daripada Jabir bin Abdillah RA telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: مَاءُ زَمْزَمَ، لِمَا شُرِبَ لَهُ Maksudnya: “Air zamzam[1] bergantung pada sesiapa yang meminumnya”. [Riwayat Ibn Majah (3062)] Takhrij al-Hadith Hadith ini diriwayatkan oleh dua orang sahabat Nabi SAW iaitu Abdullah bin Abbas RA dan juga Jabir bin Abdillah RA. Selain itu juga, dengan maknanya daripada hadith Abdullah bin Amr RA, Abdullah bin Umar RA dan juga Muawiyyah RA. Hadith di atas melalui jalur Jabir RA telah diriwayatakan oleh Ibn Majah di dalam sunannya dan ia tidak diriwayatkan oleh imam-imam kutub sittah yang lain. Selain itu, imam Ahmad meriwayatkan hadith melalui jalur yang sama di dalam musnadnya [Lihat: Musnad imam Ahmad (14849), 140/23] dan juga imam al-Baihaqi di dalam sunanya [Lihat: Sunan al-Kubra (9442), 148/5]. Adapun, hadith ini juga diriwayatkan oleh imam al-Hakim di dalam mustadraknya melalui jalur Abdullah bin Abbas RA [Lihat al-Mustadrak (1739), 646/1]. Hukum Hadith Antara pendapat para ulama’ dalam menilai hadith ini adalah: Imam al-Hakim menilai hadith hadith ini sebagai sahih sanadnya. [Lihat al-Mustadrak (1739), 646/1] Imam al-Suyuthi di dalam al-Jami’ mengatakan hadith ini sahih. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, 262/2] Imam al-Zarkasyi mengatakan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah sanadnya adalah baik. [Lihat: al-Tazkirah fi al-Ahadith al-Mushtaharah, 151] Imam al-Dhimyathi menilai hadith ini sanadnya adalah hasan atau baik. [Lihat: al-Muttajir al-Rabih, 433] Imam Ibn Hajar mengatakan kedudukan hadith ini di sisi huffaz dengan kesemua jalur-jalur yang ada, dibolehkan berhujah dengannya iaitu dengan hadith tersebut sebagaimana mengikut kaedah-kaedah imam-imam ahli hadith. [Lihat: Juz fi hi al-Jawab an hal al-Hadith al-Masyhur “مَاءُ زَمْزَمَ، لِمَا شُرِبَ لَهُ”, 270] Walaubagaimanapun, terdapat juga sebahagian ulama’ yang mengdhaifkan hadith ini. Antaranya imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’ dengan mengatakan bahawa riwayat al-Baihaqi melalui jalur Jabir adalah dhaif kerana Abdullah bin al-Muammal bersendiri dalam meriwayatkan hadith ini dan dia merupakan seorang perawi yang dhaif. [Lihat: al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, 267/8] Setelah meneliti pendapat para ulama’ dalam masalah ini, kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini adalah sahih atau hasan dengan semua jalur ada sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar di atas. Di samping itu juga, dengan melihat pada amalan-amalan para sahabat dan salaf al-Soleh dalam masalah ini Makna Hadith Hadith ini boleh difahami dengan ini dengan penambahan yang terdapat di dalam riwayat Ibn Abbas sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar al-Asqalani iaitu: فَإِنْ شَرِبْتَهُ تَسْتَشْفِي بِهِ شَفَاكَ اللَّهُ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ مُسْتَعِيذًا عَاذَكَ اللَّهُ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ لِيَقْطَعَ ظَمَأَكَ قَطَعَهُ Maksudnya: “Jika kamu meminumnya untuk penyembuhan daripadanya maka Allah akan menyembuhkan mu, jika kamu meminumnya untuk memohon perlindungan maka Allah akan melindungimu dan jika kamu meminumnya untuk menghilangkan kehausan maka Allah akan menghilangkannya”. [Lihat al-Mustadrak (1739), 646/1] Dengan itu, makna “له” atau “منه” di dalam hadith membawa maksud “من أجله (dengan apa yang dihajatkannya)”. [Lihat: Juz fi hi al-Jawab an hal al-Hadith al-Masyhur “مَاءُ زَمْزَمَ، لِمَا شُرِبَ لَهُ”, 275] Telah berkata imam al-Syaukani, hadith ini menunjukkan bahawa memberi manfaat kepada peminumnya dalam apa jua perkara yang menyebabkan dia meminumnya samada berkaitan perkara dunia mahupun akhirat kerana “ ما (apa)” di dalam hadith “لِمَا شُرِبَ له” membawa maksud umum. [Lihat: Nail al-Authar, 105/5] Di dalam kitab al-Idhah karangan imam al-Nawawi disebutkan bahawa sunat meminum air zamzam[2] dengan sebanyaknya. Ini kerana telah thabit di dalam sahih Muslim daripada Abu Zar RA bahawa Nabi SAW bersabda pada air zam-zam: إِنَّها مُبارَكَةً، وَإِنَّها طَعامُ طُعْمٍ وَشِفاءُ سُقْمٍ Maksudnya: “Sesungguhnya ia adalah berkat[3], dan ia adalah makanan yang mengenyangkan serta penyembuh kepada penyakit”. Kisah-Kisah Ulama’ Meminum Air Zamzam Amalan meminum air zamzam ini telah diamalkan oleh para sahabat dan juga salaf al-Soleh sejak dahulu lagi. Diriwayatkan oleh imam al-Hakim bahawa Ibn Abbas RA apabila meminum air zamzam, beliau akan berdoa dengan berkata: اَللَّهُمَّ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعَا، وَرِزْقًا وَاسِعًا، وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit”. [Lihat al-Mustadrak (1739), 646/1] Tambahan pula, imam al-Hafiz Ibn Hajar di dalam Juz fi hi al-Jawab an hal al-Hadith al-Masyhur “مَاءُ زَمْزَمَ، لِمَا شُرِبَ لَهُ” menceritakan beberapa kisah ulama’ yang meminum air zamzam, antaranya: Imam al-Hakim “Telah meminumnya (air zamzam) al-Hakim Abu Abdillah agar dikurniakan oleh Allah SWT penulisan yang baik dan juga perkara-perkara yang lain. Maka dengan itu, beliau telah menjadi antara ulama’ yang telah menghasilkan penulisan atau karya-karya yang baik pada zamannya”. Imam al-Iraqi “Beliau telah meminumnya untuk sesuatu maka Allah SWT memakbulkan apa yang dihajatinya”. Imam al-Hafiz Ibn Hajar (pengarang sendiri) “Aku telah meminumnya pada satu kali dan aku memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan sebagaimana imam al-Zahabi dalam menghafaz hadith-hadith Nabi SAW ketika permulaanku dalam mempelajari atau mencari hadith. Kemudian aku menunaikan haji lebih kurang 20 tahun selepas daripada itu, aku merasakan di dalam diriku bahawa kelebihan yang Allah kurniakan kepadaku melebihi apa yang ada pada imam al-Zahabi. Dengan itu, aku memohon kepada Allah SWT agar memberiku martabat atau kedudukan yang lebih tinggi daripada martabat sebelum ini dan aku mengharapkan Allah SWT memakbulkan permintaanku ini”. Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah “Aku dan selain daripadaku telah mengalami perkara yang ajaib ketika berubat dengan menggunakan air Zamzam. Aku telah sembuh dari beberapa penyakit yang menimpaku dengan izin Allah. Selain itu, aku juga telah menyaksikan seseorang yang telah menjadikan air Zamzam sebagai makanannya selama beberapa hari, sekitar setengah bulan atau lebih dan dia tidak berasa lapar. Dalam masa yang sama, dia melaksanakan tawaf sebagaimana manusia yang lain. Telah memberitahuku bahawa kadang-kadang dia seperti itu selama empat puluh hari dan dia juga mempunyai kekuatan untuk berjima’, berpuasa dan melaksanakan tawaf berkali-kali”. [Lihat: Zad al-Ma’ad fi Hadyi Khair al-‘Ibad, 361/4] Kelebihan Air Zamzam Berikut adalah beberapa hadith yang menunjukkan akan kelebihan air zamzam: Air zamzam adalah air terbaik di dunia Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ ، Maksudnya: “Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah Zam-Zam. dan penawar bagi penyakit”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, (4077)] [al-Haitahmi mengatakan bahawa perawi-perawinya adalah thiqah (boleh dipercayai dan hadith ini juga disahihkan oleh Ibn Hibban. Lihat: Majma’ al-Zawaid, 286/3] Air zamzam boleh mengeyangkan sesiapa yang meminumnya Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: فِيْهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ Maksudnya: “Padanya (air zamzam) terdapat makanan yang mengenyangkan”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, (4077)] Air zamzam merupakan penawar bagi penyakit Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ Maksudnya: “Dan penawar bagi penyakit”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, (4077)] Air zamzam digunakan untuk mencuci hati Nabi SAW Daripada Abu Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda : فَنَزَلَ جِبْرِيْلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَفَرَّجَ صَدْرِيْ، ثُمَّ غَسَلَهُ بِمَاءٍ زَمْزَمَ Maksudnya: “Maka Jibril AS turun lalu membelah dadaku, kemudian dia (Jibril) mencucinya dengan air zamzam”. [Riwayat al-Bukhari (1636)] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 125 | ||
8 | 05/07/2018 08:02:03 | - | "Aku sampaikan kepada kalian pada malam kalian ini, sesungguhnya pada penghujung seratus tahun tidak ada seorang pun yang akan tetap hidup di muka bumi daripada orang-orang yang ada pada saat ini” | Imam Ibn Hajar, | Bab Ilmu, Bab Kelebihan | umur, | Sahih | Daripada Abdullah bin Umar RA berkata, Nabi SAW telah solat Isyak bersama kami di akhir hayat Baginda SAW. Apabila Baginda SAW memberi salam, Baginda SAW berdiri lalu bersabda: أَرَأَيْتَكُمْ لَيْلَتَكُمْ هَذِهِ، فَإِنَّ رَأْسَ مِائَةِ سَنَةٍ مِنْهَا، لاَ يَبْقَى مِمَّنْ هُوَ عَلَى ظَهْرِ الأَرْضِ أَحَدٌ Maksudnya: “Tidakkah kamu melihat pada malam kamu ini, tidak akan ada seorang pun (daripada kamu) yang akan hidup di atas muka bumi ini selepas daripada seratus tahun”. [Riwayat al-Bukhari (116)] Imam Ibn Hajar berkata: “Di dalam hadith ini, Ibn Umar RA telah menjelaskan kehendak Nabi SAW daripada hadith ini adalah selepas berlalunya seratus tahun daripada ucapan Nabi SAW ini iaitu selepas berlalunya kurun tersebut maka tidak akan tinggal lagi seseorang yang ada ketika Nabi SAW mengucapkan hadith ini. Begitu juga, setelah dilihat berdasarkan penelitian atau pemerhatian, maka sahabat terakhir yang termasuk di dalam ucapan Nabi SAW ini iaitu yang ada pada malam tersebut ialah Abu Thufail Amir bin Wathilah RA. Telah ijma’ dalam kalangan ahli hadith bahawa sahabat yang terakhir wafat dan dikatakan bahawa sahabat ini hidup sehingga tahun ke 110 iaitu penghujung seratus tahun daripada ucapan Nabi SAW tersebut”. [Lihat: Fath al-Bari, 75/2] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 172 | ||
9 | 28/06/2018 23:50:22 | كَانَ إِذَا رَأَىْ الهِلَالَ قَالَ اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ | "Apabila baginda SAW melihat anak bulan, baginda SAW akan membaca doa yang bermaksud: Ya Allah keluarkanlah anak bulan ini dengan keberkatan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhanmu (anak bulan) ialah Allah SWT”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 3373] | - | Bab Kelebihan | bulan | Hasan | Hukum Hadith Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib. [Lihat: Sunan al-Tirmizi, no. Hadith 3373] Al-Albani mengatakan bahawa hadith ini hasan. [Lihat: Sahih al-Jami’, 4726] Ahmad Syakir menghukum sanad hadith ini hasan. [Lihat: Musnad Ahmad 2/366] Imam al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa sanad hadith ini lemah. [Lihat: al-Isobah, 2/232] Tarjih Setelah kami melihat pendapat para ulama’ dalam menilai hadith ini, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini adalah hasan. Ini kerana, terdapat sebuah lagi riwayat juga dinilai sebagai dhaif. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda: اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، وَالتَّوْفِيقِ لِمَا نُحِبُّ وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللَّهُ Maksudnya: “Ya Allah keluarkanlah daripada anak bulan ini ke atas kami dengan kamanan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keIslaman, bantulah atas setiap apa yang kami sukai dan yang Engkau redhai. Tuhan kami dan Tuhanmu (anak bulan) ialah Allah SWT”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 888] Walaubagaimanapun, ia tidak menjadi masalah jika kita ingin berdoa dengannya tetapi sebaiknya tidak menyandarkannya kepada Nabi SAW. Ini kerana di dalam berdoa, kita dituntut untuk berdoa dan meminta apa sahaja kepada Allah SWT selagimana apa yang diminta itu merupakan perkara kebaikan dan tidak bertentangan dengan syariat Islam. Fiqh al-Hadith Antara fiqh al-Hadith yang dapat diambil berdasarkan hadith ini adalah: Bulan merupakan salah satu daripada tanda kekuasaan Allah SWT yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Bagi umat Islam, anak bulan dapat menentukan tarikh awal setiap bulan dan juga dalam menentukan bermulanya puasa Ramadhan. Selain itu, bulan juga digunakan bagi menentukan tarikh-tarikh penting dalam Islam. Islam sangat menggalakkan umatnya agar sentiasa berdoa dan juga memuji Allah SWT ketika melihat tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Ini dapat dilihat sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda SAW di dalam hadith ini. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 78 | ||
10 | 28/06/2018 20:17:34 | عُلَمَاءُ أُمَّتِي كَأَنْبِيَاءِ بَنِي إِسْرَائِيلَ | "Ulama’ umatku seperti nabi-nabi Bani Israil” | - | Bab Ilmu, Bab Iman, Bab Kelebihan | iman | tidak sahih | Ulama’ merupakan insan yang mulia kerana mereka meneruskan kerja nabi-nabi iaitu dakwah dan mengajak manusia kembali ke jalan Allah SWT. Untuk itu, Allah SWT membezakan antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu sebagaimana firman-Nya di dalam al-Qur’an: يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ Maksudnya: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11] Syeikh al-Maraghi menjelaskan bahawa makna daripada ayat tersebut adalah Allah SWT akan meninggikan orang-orang yang diberikan ilmu mengikut imannya kepada Allah SWT dari sudut ketaatannya kepada perintah Allah dan Rasul-Nya atau meninggikan orang-orang yang berilmu daripada kalangan mereka (orang-orang beriman) secara khusus dengan banyak tingkatan ganjaran serta martabat-martabat terpuji. [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 17/28] Melihat kepada soalan di atas, hadith tersebut telah dinilai dan dihukum oleh beberapa orang ulama’ dan ia ada dinyatakan di dalam kitab-kitab mereka. Antaranya: Imam al-Sakhawi mengatakan hadith ini tiada asal baginya. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 459] Imam al-Suyuthi juga menilai hadith ini tiada asal baginya. [Lihat: al-Durar al-Muntathirah, 148] Imam al-Zarkasyi menghukum hadith ini sebagai tidak diketahui akan asalnya. [Lihat: al-La’aali al-Manthurah, 167] Imam Ibn Muflih mengatakan bahawa hadith ini aku tidak temui asalnya dan ia tidak disebutkan di dalam kitab-kitab masyhur yang dikenali. [Lihat: al-Adab al-Syar’iyyah, 38/2] Syeikh Mulla Ali al-Qari berkata bahawa hadith ini tiada asal baginya. [Lihat: Al-Asrar al-Marfu’ah, 247] Setelah kami melihat dan menekuni beberapa pendapat di atas, maka kami mengatakan bahawa hadith di atas adalah tidak sahih kerana tidak diketahui akan asalnya. Tambahan pula, Syeikh Mulla Ali al-Qari mengatakan Syeikh al-Damiri dan Imam Ibn Hajar al-Asqalani juga mengatakan bahawa hadith tersebut tidak mempunyai asal baginya. [Lihat: Al-Asrar al-Marfu’ah, 247] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 179 | ||
11 | 02/07/2018 13:27:46 | أَطْعِمُوْا نِسَائَكُمْ الْحَوَامِلَ اللُّبَانَ فَإِنَّهُ يَزِيْد فِيْ عَقْلِ الصَّبِيّ | “ Berilah luban kepada isteri kamu yang sedang mengandung kerana itu dapat mencerdaskan aqal bayi yang sedang dikandungnya itu” | - | Bab Anak, Bab Kelebihan, Bab Makan dan Minum, Bab Wanita | luban, | Palsu | Hadith tersebut terdapat di dalam kitab Firdaus al-Akhbar atau dikenali sebagai Musnad al-Firdaus yang dikarang oleh Imam al-Dailami. Dikatakan hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. Walaubagaimanapun, di dalam sanad tersebut terdapat seorang perawi bernama Muhammad bin Ukasyah. Tambahan pula, Ibn Iraq al-Kinani mengatakan riwayat Muhammad bin Ukasyah al-Kurmani adalah seorang pendusta besar. Selain itu juga, Imam al-Hakim dan al-Daraquthni mengatakan Muhammad bin Ukasyah adalah seorang yang memalsukan hadith. [Lihat: Tanzih al-Syariah, 110/1] Di samping itu, Ibn Iraq al-Kinani mendatang sebuah hadith yang mempunyai persamaan dengan hadith di atas dan hadith ini adalah palsu kerana ia juga diriwayatkan melalui jalur Muhammad bin Ukasayah al-Kurmani. Hadith tersebut adalah: أَطْعِمُوا حُبَالاكُمُ اللُّبَانَ فَإِنْ يَكُنْ مَا فِي بَطْنِ الْمَرْأَةِ غُلامًا خَرَجَ عَالِمًا شُجَاعًا ذَكِيَّ الْقَلْبِ سَخِيًّا Maksudnya: “Berikanlah luban kepada isteri kamu yang sedang mengandung. Jika bayi yang dikandungnya itu lelaki, maka anak lelaki tersebut akan menjadi seorang yang alim, berani dan cerdas hati serta pemurah”. [Lihat: Tanzih al-Syariah, 361/2] Selain Ibn Iraq yang menilai hadith ini sebagai palsu, Ibn Asakir juga menilai hadith ini sebagai munkar [Lihat: Tarikh Dimashq, 229/54] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 135 | ||
12 | 27/06/2018 02:20:52 | حَمْلُ العَصَا عَلَامَةُ المُؤْمِنِ وَسُنَّةُ الأَنْبِيَاءِ | “’Membawa tongkat adalah tanda seorang itu mukmin dan sunnah para anbiya’ (nabi-nabi)”. [Dhaif Jami’ al-Saghir, 1:404] | Anas bin Malik RA, Abdullah bin Abbas RA | keperluan | tongkat | Palsu | Hadith ini dihukum “palsu” oleh Ibn ‘Adiy. Ketiga: Syeikh Mula Ali Qari menyebut dua buah hadith mengenai tongkat di dalam karyanya berkaitan hadith-hadith palsu iaitu al-Asrar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Maudhu’ah yang dikenali juga sebagai al-Maudhu’at al-Kubra: التَّوَكُؤُ عَلَى العَصَا مِنْ سُنَّةِ الأَنْبِيَاءِ Maksudnya: “Berpegang pada tongkat adalah daripada sunnah nabi-nabi”. [al-Asrar al-Marfu’ah, 167] Hukum Hadith Perkataan ini benar tetapi “tiada baginya asal yang jelas”. Selain itu juga, hal ini juga dilakukan oleh Nabi SAW pada sebahagian waktu. Maksud perkataan ini benar adalah berdasarkan firman Allah SWT: وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَا مُوسَىٰ ﴿١٧﴾ قَالَ هِيَ عَصَايَ أَتَوَكَّأُ عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَآرِبُ أُخْرَىٰ ﴿١٨ Maksudnya: “Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa? (17) Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu (18)”. [Taha:17 dan 18] Keempat: Diriwayatkan daripada Nabi SAW: مَنْ بَلَغَ الأَرْبَعِيْنَ وَلَمْ يُمْسِكِ العَصَا فقدْ عَصَى Maksudnya: “Barangsiapa yang sampai (umurnya) kepada empat puluh dan dia tidak meenggunakan tongkat, sesungguhnya dia telah melakukan dosa”. [al-Asrar al-Marfu’ah, 167] Hukum Hadith Hadith ini dihukum oleh Syeikh Mula Ali Qari sebagai “tiada asal baginya”. Walaupun begitu, terdapat sebuah hadith yang di dalam Sunan Abu Daud yang sering dijadikan dalil bagi penggunaan tongkat. Hadith tersebut ialah: Daripada Abu Umamah, beliau berkata: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَكِّئًا عَلَى عَصًا Maksudnya: “Rasulullah SAW telah keluar menemui kami dalam keadaan berpegang pada tongkat”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 4553] Hukum Hadith Imam Abu Daud tidak mengeluarkan hukum berkenaan hadith ini (سكت عنه). Imam Ibn Hibban menyatakan pada sanad ini terdapat Abu Marzuq yang mana riwayatnya tidak boleh dijadikan hujjah apabila dia bersendiri. [al-Majruhin, 3:159] Imam Ibn Hajar al-Haithami mengatakan sanadnya hasan (baik). [al-Zawajir, 2:282] Pendapat Syeikh Mustafa al-‘Adawi Syeikh Mustafa berpendapat bahawa tongkat bukanlah untuk orang yang muda ataupun untuk orang yang sudah berumur tetapi ia adalah untuk orang–orang yang berhajat kepadanya maka gunalah ia ketika berhajat padanya dan kepada yang tidak berhajat kepadanya maka tinggalkanlah ia. Tambahan pula, di dalam al-Quran apabila Nabi Musa AS ditanya oleh Allah SWT: وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَا مُوسَىٰ ﴿١٧﴾ قَالَ هِيَ عَصَايَ أَتَوَكَّأُ عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَآرِبُ أُخْرَىٰ ﴿١٨ Maksudnya: “Dan apa (bendanya) yang ada di tangan kananmu itu wahai Musa? (17) Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku, aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu (18)”. [Taha:17 dan 18] Imam Ibn Kathir menafsirkan “أَتَوَكَّأُ عَلَيْهَا” bermaksud Nabi Musa AS menjadikan tongkatnya sebagai tempat untuk menguatkannya ketika berjalan dan berhenti. [Lihat: Tafsir al-Qurthubi, 11:186] Manakala “وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِي” bermaksud Nabi Musa AS menggunakan tongkatnya untuk memukul daun-daun agar kambing-kambingnya dapat memakan daun-daun tersebut. Di samping itu, telah berkata Abdulrahman bin Qasim daripada Imam Malik: “هُشّ” bermaksud apabila seorang lelaki meletakkan tongkatnya pada dahan, kemudian menggerakkannya sehingga daun-daun dan buah-buahnya gugur tanpa mematahkan dahan atau kayunya. [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 5:297] Dan juga pada kisah Nabi Sulaiman AS, firman Allah SWT: فَلَمَّا قَضَيْنَا عَلَيْهِ الْمَوْتَ مَا دَلَّهُمْ عَلَىٰ مَوْتِهِ إِلَّا دَابَّةُ الْأَرْضِ تَأْكُلُ مِنسَأَتَهُ Maksudnya: “Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya”. [Saba’: 14] Begitu juga, kadang-kadang Nabi SAW menggunakan tongkat apabila Baginda SAW kepenatan dan juga ketika Baginda SAW sedang berkhutbah. Termasuk di dalam kesalahan di dalam syara’ apabila membawa tongkat di jalanan tanpa ada padanya faedah untuk diri si pembawa tersebut. Tidak sepatutnya menukar sesuatu yang Jibiliy atau sunnah adat kepada sunnah ibadah yang kemudian dijadikan penggunaan tongkat (dalam keadaan tidak berhajat) kepada sunnah Nabi SAW serta menggalak orang ramai untuk menggunakannya. Penggunaan tongkat adalah termasuk di dalam perkara-perkara adat, jika berhajat padanya maka gunakanlah ia dan jika sebaliknya maka tinggalkanlah ia. Pendapat Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti Nabi SAW membawa bersamanya al-Anazah (tongkat) dan para sahabat pula tidak membawa bersama mereka tongkat. Ini menunjukkan terdapat perbezaan (dari sudut kedudukan) antara Nabi SAW dan para sahabat. Hal ini juga dilakukan oleh para khulafa’, para imam, para hakim dan yang seumpama dengan mereka apabila terdapat padanya keperluan. Adapun pada orang awam, ia bukanlah sunnah sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama’. Ia adalah sunnah kepada sesiapa yang mempunyai kelebihan berbanding manusia biasa seperti para imam, para pemimpin dan yang seumpama dengan mereka. Ini termasuk di dalam membesarkan mereka dan ia tidak menjadi masalah kerana mengikut Nabi SAW. Tarjih Setelah kami melihat kepada dalil atau hadith-hadith serta pendapat para ulama’ berkaitan dengan tongkat ini, kami berpandangan bahawa kebanyakan hadith yang disebut di atas adalah palsu atau teramat lemah kecuali sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Umamah RA yang menjadi perselisihan para ulama’. Untuk itu, kami cenderung untuk mengatakan bahawa penggunaan tongkat termasuk di dalam sunnah al-jibiliyyah yang berkait dengan adat sesuatu tempat atau masyarakat dan tongkat boleh digunakan bagi sesiapa yang berhajat padanya. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh mempercayai bahawa terdapat fadhilat atau kelebihan-kelebihan tertentu padanya (tongkat tersebut). Tambahan pula, Nabi SAW menggunakan tongkat berdasarkan beberapa sebab atau keadaan, antaranya ialah: Ketika Baginda SAW berkhutbah. Berdasarkan sebuah hadith yang sanadnya hasan (baik): شَهِدْنَا الْجُمُعَةَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَقَامَ مُتَوَكِّئًا عَلَى عَصًا Maksudnya: “Kami telah menyaksikan Jumaat bersama Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW berdiri dalam keadaan berpegang pada tongkat”. [Lihat: Subul al-Salam, 1:418] Untuk dijadikan penghadang (sutrah) ketika bersolat. Di dalam sahih al-Bukhari dinyatakan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Juhaifah: فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ إلى العَنْزَةِ Maksdunya: “Maka Nabi SAW solat dua rakaat menghadap tongkat”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 5340] Selain itu juga, antara dalil yang boleh digunakan untuk menggunakan tongkat adalah berdasarkan firman Allah SWT: وَلِيَ فِيهَا مَآرِبُ أُخْرَىٰ Maksudnya: “Dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu”. [Taha:18] Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan perkataan “مآرب” dengan hajat, keperluan atau manfaat. Imam al-Baghawi menyatakan yang dimaksudkan dengan maarib (مآرب) ini adalah apa yang digunakan padanya (tongkat) ketika bermusafir seperti membawa bekalan makanan, mengambil air dari perigi, membunuh ular, memerangi binatang buas, berteduh ketika berehat dan lain-lain lagi. [Lihat: Tafsir al-Baghawi, 3:259] Telah berkata Imam al-Hasan al-Basri: “Terdapat padanya (penggunaan tongkat) enam sifat: Sunnah para anbiya’. perhiasan bagi orang yang soleh. senjata ke atas musuh. perlindungan bagi orang yang lemah. menyedihkan orang munafiq. menambahkan ketaatan. [Lihat: Tafsir al-Qurthubi, 11:188] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 56 | ||
13 | 05/07/2018 09:57:38 | مَتْرُوكُهُ مَا وَاحِدٌ بِهِ انْفَرَدْ * وَأَجْمَعُوا لِضَعْفِهِ فَهْوَ كَرَدّ | “[Hadith Matruk] apa (hadith) yang diriwayatkan oleh seorang perawi secara menyendiri, dan telah bersepakat (ulama hadith) akan kedhaifannya maka ia (riwayatnya) tertolak” | - | Bab Agama, Bab Ilmu | Matruk | definasi | Definisi Hadith Matruk Imam al-Baiquniy di dalam manzhumahnya telah memberi definisi berkaitan hadith Matruk adalah seperti berikut: مَتْرُوكُهُ مَا وَاحِدٌ بِهِ انْفَرَدْ * وَأَجْمَعُوا لِضَعْفِهِ فَهْوَ كَرَدّ Maksudnya: “[Hadith Matruk] apa (hadith) yang diriwayatkan oleh seorang perawi secara menyendiri, dan telah bersepakat (ulama hadith) akan kedhaifannya maka ia (riwayatnya) tertolak”. Hadith Matruk adalah salah satu daripada kategori hadith Dhaif tetapi ia ditahap yang tersangat lemah. Menurut bahasa matruk bererti yang ditinggalkan. Manakala, menurut istilah pula terdapat beberapa definisi yang diberikan oleh para ulama’. Antaranya adalah yang disebut oleh Imam al-Baiquniy iaitu: Pertama: “Hadith yang perawinya bersendiri dalam meriwayatkan hadith dan para ulama’ bersepakat akan kedhaifannya”. Kedua: “Hadith yang di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang dituduh berdusta dan tidak diketahui jalur yang lain melainkan daripadanya sahaja”. Ini adalah definisi yang diberikan oleh Imam Ibn Hajar di dalam Nuzhah al-Nazhor. Ketiga: “Hadith yang di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang dituduh berdusta walaupun ia tidak berdusta di dalam hadith, atau seorang yang terlalu fasiq, lalai dan banyak melakukan kesalahan dalam meriwayatkan hadith”. Ini definisi yang diberikan oleh Imam al-Suyuthi di dalam al-Fiyahnya. Di dalam Tadrib al-Rawi, dinyatakan “apabila para ulama hadith mengatakan perawi ini seorang matruk al-hadith atau ragu-ragu (wahiyah) atau kazzab (penipu) maka dia (perawi) gugur dan tidak ditulis hadithnya”. Sebab-Sebab Seorang Perawi Dituduh Berdusta Terdapat dua sebab utama, iaitu: Hadith tersebut hanya diriwayatkan daripada jalurnya sahaja dan hadith tersebut juga menyelisihi kaedah-kaedah yang yang sudah dimaklumi, iaitu kaedah-kaedah umum yang telah dihimpunkan oleh para ulama’ hadith. Perawi tersebut dikenali sebagai seorang perawi yang suka berdusta dalam berkata-kata tetapi tidak diketahui akan kedustaannya dalam meriwayatkan hadith. Hukum Hadith Para ulama’ mengatakan hadith matruk hukumnya adalah teramat dhaif dan sebahagian para ulama’ hadith menamakannya sebagai hadith yang bathil atau al-wahi (الواهي). Contoh Hadith Matruk Antara contoh hadith Matruk adalah: Hadith daripada Amr bin Syamr al-Ju’fiy, daripada Jabir, daripada Abi Thufail, daripada Ali dan Ammar RA, mereka berkata: كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَقْنُتُ فِيْ الفَجْرِ ، وَيُكَبِّرُ يَوْمَ عَرَفَةَ مِنْ صَلَاةِ الغَدَاةِ ، وَيَقْطَعُ صَلَاةَ العَصْرِ آخِرَ أَيَّامِ التَشْرِيْقِ Maksudnya: “Adapun Nabi SAW membaca qunut pada solat fajar, bertakbir pada hari Arafah dari solat subuh dan berhenti pada waktu solat asar pada hari terakhir daripada hari tasyrik”. [Lihat: Mizan al-‘Itidal, 3/268] Imam al-Nasa’ie, al-Daraquthni dan para imam yang lain mengatakan bahawa Amr bin Syamr seorang yang Matruk al-Hadith iaitu hadithnya ditinggalkan. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 91 | ||
14 | 05/07/2018 09:48:56 | عَلِّمُوا أَبْنَاءَكُمُ السِّبَاحَةَ وَالرَّمْيَ | “Ajarlah anak kamu berenang dan memanah”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir (5477)] | Imam al-Baihaqi, Imam al-Zahabi, Imam al-Sakhawi, | Bab Ilmu, Bab Kelebihan | berenang, memanah, | Sangat lemah | Berdasarkan hadith di atas, kita sering mendengar bahawa antara sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW adalah berenang, memanah dan menunggang kuda. Ketiga sukan ini dikatakan ia digolongkan di dalam sunnah Nabi SAW. Selain itu, hadith seperti ini juga diriwayatkan oleh jalur yang lain. Antaranya, Bakar bin Abdillah bin Rabi’ al-Ansari, Jabir bin Abdillah dan Umar bin al-Khattab yang diriwayatkan secara mawquf (tidak sampai kepada Nabi SAW). Untuk itu, kami cuba untuk menjelaskan berkaitan masalah ini: Hukum Hadith Antara penilaian ulama’ berkaitan hadith ini: - Imam al-Baihaqi menilai salah seorang daripada perawi di dalam jalur Ibn Umar iaitu Ubaid al-Atthar adalah seorang munkar al-Hadith (ditolak hadithnya). [Lihat: Syu’ab al-Iman, 135/11] - Imam al-Zahabi mengatakan riwayat perawi bernama Salim bin Amr daripada Ali bin ‘Iyash adalah riwayat yang bathil iaitu melalui jalur Bakar bin Abdillah bin Rabi’ al-Ansari. [Lihat: Mizan al-‘Itidal, 231/2] - Imam al-Sakhawi mengatakan sanadnya (jalur Bakar bin Abdillah bin Rabi’ al-Ansari) adalah dhaif tetapi ia mempunyai syawahid. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 463/1] - Al-Albani menilai hadith ini melalui jalur Bakar bin Abdillah bin Rabi’ al-Ansari sebagai dhaif. Manakala melalui jalur Ibn Umar adalah teramat lemah dan melalui jalur Jabir adalah palsu. [Lihat: Silsilah al-Dhaifah, 334,335 dan 336/8] Setelah melihat penilain di atas, kami melihat dan cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini adalah teramat lemah (dhaif ). Selain itu juga, terdapat sebuah hadith yang dikatakan bahawa ia daripada Nabi SAW tetapi ia sebenarnya merupakan kata-kata Umar bin al-Khattab RA bukannya hadith Nabi SAW: عَلِّمُوْا أَوْلَادَكُم الرِّمَايَةَ وَرَكُوْبَ الخَيْلِ وَالسِّبَاحَةَ Maksudnya: “Ajarlah anak-anak kamu memanah, menunggang kuda dan juga berenang”. Akan tetapi, di sana terdapat isyarat daripada hadith atau ayat al-Qur’an yang menunjukkan akan kepentingan memanah dan berenang ini. Walaupun hadith ini dhaif, terdapat isyarat daripada hadith lain yang menunjukkan bahawa Nabi SAW memerintahkan kita agar mempelajari perkara-perkara ini. Antaranya: Pertama: Memanah Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA berkata: مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى نَفَرٍ مِنْ أَسْلَمَ يَنْتَضِلُونَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ارْمُوا بَنِي إِسْمَاعِيلَ، فَإِنَّ أَبَاكُمْ كَانَ رَامِيًا ارْمُوا Maksudnya: “Nabi SAW telah berjalan di hadapan sekumpulan daripada suku Aslam yang sedang berlumba (dalam menunjukkan kemahiran memanah)”. Maka Nabi SAW bersabda: “Panahlah, wahai bani Ismail kerana sesungguhnya nenek moyang kamu adalah ahli dalam memanah maka panahlah”. [Riwayat al-Bukhari (2899) (3373) (3507)] Daripada Uqbah bin Amir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda ketika di atas mimbar: وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ [الأنفال: 60]، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ Maksudnya: “Dan sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah)”. [Riwayat Muslim (1917)] Berdasarkan dua hadith sahih di atas, menunjukkan saranan daripada Nabi SAW untuk kita semua mempelajari memanah. Kedua: Berenang Daripada Jabir bin Umair berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: كُلُّ شَيْءٍ لَيْسَ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ فَهُوَ لَهْوٌ وَسَهْوٌ، إِلَّا أَرْبَعَ خِصَالٍ: مَشْيُ الرَّجُلِ بَيْنَ الْغَرَضَيْنِ، وَتَأْدِيبُهُ فَرَسَهُ، وَمُلَاعَبَتُهُ أَهْلَهُ، وَتَعَلُّمُ السِّبَاحَةِ Maksudnya: “Setiap perkara yang tidak disebut nama Allah SWT adalah sia-sia dan lalai melainkan empat benda: Perjalanan seorang lelaki di antara dua matlamat, seorang yang mengajar kudanya, bermesra dengan isteri dan juga belajar berenang”. [Lihat: Mu’jam al-Awsath (8147)] [Imam al-Haithami di dalam [Majma’ al-Zawaid 269/5] mengatakan bahawa perawi-perawi Thabarani adalah sahih kecuali Abdul Wahab bin Bukht dan dia adalah seorang yang thiqah (dipercayai)] Hadith di atas menunjukkan bahawa belajar menunggang kuda dan belajar berenang tidak termasuk di dalam perkara yang sia-sia dan juga melalaikan. Ketiga: Belajar menunggang kuda Daripada ‘Urwah bahawa Nabi SAW bersabda: الخَيْلُ مَعْقُودٌ فِي نَوَاصِيهَا الخَيْرُ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ Maksudnya: “Kuda yang tersimpul pada ubun-ubunnya segala kebaikan sehingga hari Kiamat”. [Riwayat al-Bukhari (2850)] Berdasarkan hadith di atas, ia menunjukkan akan kelebihan yang terdapat pada seekor kuda yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah SWT. Selain itu juga, terdapat sebuah hadith di dalam Jami’ al-Tirmizi yang menunjukkan bahawa galakan memanah dan juga berkuda: Daripada Uqbah bin Amir RA bahawa Nabi SAW bersabda: ارْمُوا وَارْكَبُوا Maksudnya: “Lemparkanlah (panah) dan tungganglah (kuda)”. [Riwayat al-Tirmizi] [Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 150 | ||
15 | 29/06/2018 00:06:28 | يَأْتِيْ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيْهِم عَلَى دِيْنِهِ كَالقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ | “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”. | - | Bab Agama, Bab Iman, Bab Jihad | agama, | Sahih | Hukum Hadith Hadith ini dihukum oleh Imam al-Tirmizi sebagai hadith yang gharib daripada jalur ini (sanad ini) tetapi hadith ini sahih dengan banyaknya syawahid (jalur lain) padanya. Makna Hadith Hadith ini menggambarkan akan perihal dan keadaan manusia di akhir zaman yang penuh dengan cabaran dan ujian bagi orang-orang yang ingin berpegang dengan agama. Pada waktu itu, umat Islam perlulah menjaga agama mereka dan dalam masa yang sama perlu meninggalkan nikmat dunia yang sementara ini. Tambahan pula, persekitaran dan suasana pada waktu itu tidak membantu seseorang itu untuk menunaikan segala kewajipan dan tuntutan agama, bahkan apa yang ada disekelilingnya lebih mendorong untuk melakukan maksiat dan perkara-perkara yang boleh meruntuhkan keimanan seseorang itu. Disebabkan itu, Nabi SAW mengumpamakan orang yang hidup di zaman itu seperti seorang yang memegang bara api dalam melaksanakan tuntutan agama. Telah berkata al-Qari’: “Tidak mungkin seseorang itu boleh memegang atau menggenggam bara api melainkan ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu menanggung kesusahannya. Untuk itu, tidak dapat digambarkan pada waktu itu apabila seseorang itu ingin menjaga agamanya dan juga cahaya keimanannya kecuali dengan kesabaran yang tinggi”. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 6:444] Cara Menghadapi Fitnah Antara cara untuk berdepan dengan fitnah akhir zaman adalah: - Berpegang dengan petunjuk daripada al-Qur’an dan al-Hadith. - Memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT agar diselamatkan daripada segala fitnah dan memperbanyakkan amalan soleh. - Beruzlah (menjauhkan diri) daripada fitnah yang berlaku. - Menyertai dan sentiasa bersama dengan Jemaah Islam yang ada pada waktu itu. - Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT. - Meningkatkan tahap kesabaran sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith di atas. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 45 | ||
16 | 05/07/2018 07:13:06 | أُمِرْتُ أَنْ أَحْكُمَ بِالظَّاهِرِ وَاللَّهُ يَتَوَلَّى السَّرَائِرَ | “Aku diperintahkan untuk berhukum dengan apa yang zahir dan Allah yang akan menguruskan apa yang tersembunyi” | Imam al-Sakhawi, Imam Ibn al-Mulaqqin, Imam al-Qauqaji, Imam al-Syaukani, Syeikh Mulla Ali al-Qari | Bab Agama, Bab Dunia dan Keduniaan, Bab Hukuman, Bab Ilmu | hukuman, | Palsu | Hukum Hadith Antara ulama’ yang menghukum hadith ini ialah: Imam al-Sakhawi berkata hadith ini tidak wujud di dalam kitab-kitab hadith yang masyhur dan begitu juga tiada di dalam ajza’ (juzuk-juzuk) yang tersebar. Imam al-Iraqi mengatakan hadith ini tiada asal baginya dengan yakin. Begitu juga, hadith ini diingkari oleh al-Mizzi dan selain daripadanya. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 162] Imam Ibn al-Mulaqqin mengatakan hadith ini gharib dan aku tidak mengetahui sesiapa yang mengtakhrijkannya daripada ashab kitab-kitab yang muktamad dan juga selain daripada mereka. Selain itu, telah ditanya Hafiz pada zaman kami Jamal al-Din al-Mizzi dengan berkata: “Aku tidak mengetahuinya”. [Lihat: al-Badr al-Munir, 590/9] Imam al-Qauqaji berkata hadith ini palsu dan Imam Ibn al-Mulaqqin mengingkari hadith ini ketika mengtakhrijkan al-Baidhawi. Bahkan, Imam al-Iraqi meyakini bahawa hadith tersebut tiada asal baginya. [Lihat: al-Lu’lu’ al-Marshu’, 48] Imam al-Syaukani mengatakan hadith ini tidak sahih daripada Nabi SAW dan ia tidak thabit daripada ungkapan Baginda SAW walaupun makna hadith tersebut sahih. [Lihat: al-Fath al-Rabbani, 3043/6] Syeikh Mulla Ali al-Qari menilai hadith palsu. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’, 114/1] Setelah kami meneliti dan menekuni pendapat para ulama’ berkaitan hadith di atas, maka kami mengatakan bahawa hadith tersebut adalah palsu lagi tidak thabit daripada Nabi SAW. Maka dengan itu, kita tidak dibolehkan menyandarkannya kepada Nabi SAW serta menyebarkannya kepada orang lain. Walaupun begitu, makna hadith di atas adalah sahih berdasarkan beberapa buah hadith, antaranya adalah sebuah hadith di dalam sahih Muslim: Daripada Said al-Khudri RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda: إِنِّي لَمْ أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ عَنْ قُلُوبِ النَّاسِ، وَلَا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak diperintahkan untuk menyakiti hati manusia dan tidak pula untuk merobek perut mereka”. [Riwayat Muslim (1064)] Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah telah mengulas hadith ini secara panjang lebar ketika beliau mengtahqiq dan mengta’liq hadith ini di dalam kitab al-Maudhu’at al-Sughra oleh Syeikh Mulla Ali al-Qari dengan berkata bahawa ucapan di atas disebut oleh Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith di atas di dalam Sahih Muslim. Untuk itu, terdapat orang yang telah tersalah memahami disebabkan tergesa-gesa dalam memahami teks Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith di atas. Ini kerana, Imam al-Nawawi meletakkan ucapan di atas selepas daripada hadith di atas tanpa menyandarkan kepada Nabi SAW, bahkan tujuan Imam al-Nawawi meletakkan ucapan tersebut selepas daripada hadith di atas adalah bagi menafsirkan makna hadith di atas. Disebabkan itu, datang seseorang yang dalam keadaan tergesa-gesa melihat teks tersebut lalu memahami bahawa ia adalah sebahagian daripada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim sedangkan ucapan tersebut hanyalah menafsirkan makna hadith bukannya sebahagian daripada hadith. [Lihat: al-Masnu’ Fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’, 59] Walaubagaimanapun, ucapan tersebut dijadikan salah satu kaedah oleh para fuqaha’ atau ahli ilmu dalam menentukan sesuatu hukum. Ini dapat difahami dengan perbuatan Nabi SAW berdasarkan beberapa buah hadith yang menunjukkan bahawa Baginda SAW menghukum apa yang zahir sahaja. Antaranya: Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: البَيِّنَةُ عَلَى المُدَّعِي وَاليَمِيْنُ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ Maksudnya: “Bukti bagi orang yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang ingkar”. [Riwayat al-Baihaqi (20990)] Daripada Usamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda ketika beliau membunuh seseorang yang mengucapkan kalimah syahadah disebabkan ketakutan: أَفَلَا شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ حَتَّى تَعْلَمَ أَقَالَهَا أَمْ لَا Maksudnya: “Adakah kamu telah merobek hatinya sehingga kamu tahu apa yang dikatakan atau tidak?”. [Riwayat Muslim (158)] Berdasarkan kedua hadith di atas, jelaslah bahawa kita dituntut untuk mengeluarkan sesuatu hukum pada perkara yang zahir atau jelas sahaja. Ini kerana, kita sebagai manusia biasa tidak mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di dalam hati manusia lain kerana itu semua diluar kemampuan kita. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 183 | ||
17 | 27/06/2018 02:14:53 | لَعَنَ اللهُ الوَاشِمَاتِ وَالمُسْتَوْشِمَاتِ ، وَالنَّامِصَاتِ وَالمُتَنَّمِصَاتِ ، وَالمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ المُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ | “Allah SWT melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu. Orang yang mencabut bulu mata dan orang yang diminta cabut bulu matanya. Orang yang menjarangkan giginya demi kecantikan sehingga merubah ciptaan Allah SWT”. [Riwayat al-Bukhari (di dalam riwayat al-Bukhari tidak disebut “وَالنَّامِصَاتِ”), no. hadith 4507, 5476, 5487 dan Muslim, no. hadith 3966] | Abdullah bin Mas’ud RA | Bab Perhiasan, kecantikan | kecantikan | Sahih | Hukum Hadith Hukum hadith ini adalah sahih dan ia juga merupakan hadith muttafaqun ‘alaih (متفق عليه) kerana ia diriwayatkan oleh Syaikhan (Al-Bukhari dan Muslim). Definisi menjarangkan gigi (تفليج الأسنان) Menjauhkan atau menjarakkan gigi antara satu sama lain bagi menampakkan kemudaannya (usia yang muda) dan menzahirkan kecantikan giginya. [Lihat: Sahih Fiqh al-Sunnah, 3:50] Syarah al-Hadith Adapun menjarangkan gigi merupakan perbuatan orang-orang yang sudah tua atau orang-orang yang usianya hampir dengan usia tua bagi menzahirkan kemudaan dan kecantikan giginya. Ini kerana, meninggalkan ruang kecil (menjarangkan gigi) biasanya berlaku pada budak-budak perempuan yang kecil. Apabila wanita itu sudah tua dan usianya telah lanjut maka dia melakukan hal sedemikian bagi menampakkan kecantikan pada giginya dan memberi gambaran bahawa usianya masih muda. Selain itu, ia juga dinamakan al-Washr iaitu mengikis gigi (menipiskan gigi). Hal ini juga adalah dilaknat oleh Allah SWT sama seperti mengjarangkan gigi. Perbuatan ini adalah haram bagi orang yang melakukannya dan juga orang yang meminta untuk dilakukannya sebagaimana yang terdapat di dalam hadith ini. Tambahan pula, ini termasuk di dalam mengubah ciptaan Allah SWT, pemalsuan dan juga terdapat unsur penipuan. Manakala makna, orang yang menjarangkan giginya demi kecantikan membawa maksud untuk menzahirkan kecantikan semata-mata. Ini juga memberi isyarat bahawa perbuatan ini adalah haram apabila orang yang meminta untuk melakukan hal tersebut untuk menzahirkan kecantikan semata-mata. Bagi orang yang berhajat kepadanya demi perubatan atau aib pada gigi dan yang seumpama dengannya maka ini tidak menjadi masalah. [Lihat: al-Minhaj, 14:106] Feqah al-Hadith Di dalam hadith ini, kita dapat mengeluarkan beberapa feqah al-Hadith. Antaranya : Perbuatan ini dilakukan oleh wanita sahaja berdasarkan matan hadith atau kebanyakan yang melakukan perkara ini adalah wanita. Hukum menjarangkan gigi adalah haram berdasarkan nas hadith yang jelas bahawa Allah SWT melaknat perkara tersebut. Menjarangkan gigi termasuk dalam perkara yang mengubah ciptaan Allah SWT. Terdapat unsur-unsur penipuan di dalam menjarangkan gigi. Jika orang yang berhajat kepada menjarangkan gigi disebabkan faktor kesihatan atau aib maka ia dibolehkan. Hukum berkaitan gigi Berikut adalah beberapa hukum yang berkaitan dengan gigi: Pertama: Hukum memakai gigi palsu Hukum memakai gigi palsu adalah dibolehkan kerana ia termasuk di dalam keperluan. Dengan adanya gigi palsu ini maka ia akan memudahkan seseorang itu untuk makan, bercakap dan lain-lain lagi. Walaupun begitu, gigi palsu tersebut perlulah tidak mengandungi bahan-bahan yang terlarang. Kedua: Hukum memutihkan gigi Adapun hukum memutihkan gigi adalah dibolehkan kerana fungsinya seperti siwak (bersugi) iaitu membersihkan dan menyucikan gigi daripada kotoran. Hal ini dibolehkan selagimana tidak mengandungi bahan-bahan yang terlarang. Ketiga: Hukum membaiki gigi yang terserpih atau patah Berkaitan hukum membaiki gigi yang terserpih atau patah juga dibolehkan kerana ini tidak termasuk di dalam mengubah ciptaan Allah SWT kerana ia mengembalikan sesuatu itu pada asalnya dan ini termasuk di dalam menghilangkan aib yang terdapat pada diri seseorang itu. Hal ini juga dibolehkan selagimana tidak mengandungi bahan-bahan yang terlarang padanya. Keempat: Hukum membaiki gigi untuk kecantikan Hukum membaiki gigi untuk kecantikan adalah tidak dibolehkan berdasarkan nas yang jelas sebagaimana yang dinyatakan di awal perbahasan ini. Ini kerana, ia termasuk di dalam mengubah ciptaan Allah SWT dan sesiapa yang melakukan perbuatan akan dilaknat oleh Allah SWT. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 62 | ||
18 | 05/07/2018 07:19:23 | مِنْ عَلامَةِ السَّاعَةِ التَّدَافُعُ عَنِ الإِمَامَةِ | “Antara tanda Kiamat adalah saling tolak-menolak untuk menjadi imam” | Syeikh Mulla Ali al-Qari, Syeikh al-Qauqaji | Bab Adab, Bab Iman, Bab Solat | imam, | Bukan hadis | kami tidak menemui hadith yang matannya seperti di atas di dalam kitab-kitab hadith yang muktabar seperti kutub sittah. Walaubagaimanapun, kami menemui hadith tersebut di dalam kitab-kitab yang menghimpunkan hadith-hadith palsu. Antara ulama’ yang menghukum hadith ini ialah: - Syeikh Mulla Ali al-Qari mengatakan ia bukanlah hadith. [Lihat: al-Masnu’ Fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’, 196] - Syeikh al-Qauqaji menghukum hadith di atas bukanlah hadith. [Lihat: al-Lu’lu’ al-Marshu’, 203] Setelah melihat dan meneliti pendapat para ulama’ maka kami mengatakan bahawa hadith di atas bukanlah hadith dan kita tidak boleh menyandarkkannya kepada Nabi SAW. Ini kerana, menyandarkan sesuatu yang bukan daripada Nabi SAW adalah satu pendustaan di atas nama Baginda SAW. Di samping itu, Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah menjelaskan maksud hadith di atas ketika memberi komentar terhadap hadith ini adalah apabila seseorang lelaki diminta untuk menjadi imam lalu dia menolaknya. Kemudian, diminta kepada orang lain untuk menjadi imam lalu dia juga menolaknya dan begitulah seterusnya. Akan tetapi terdapat hadith lain yang maknanya hampir dengan hadith di atas, sebagaimana yang disebutkan di dalam Sunan Abi Daud pada bab “Kemakruhan Saling Tolak-Menolak Untuk Menjadi Imam” iaitu: Daripada Salamah binti al-Hur al-Fazariyy RA berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَتَدَافَعَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ لَا يَجِدُونَ إِمَامًا يُصَلِّي بِهِمْ Maksudnya: “Sesungguhnya antara tanda-tanda Kiamat adalah apabila ahli masjid saling tolak menolak ketika mereka tidak mendapati imam untuk solatkan mereka”. [Riwayat Abu Daud (581)] [Syeikh Syu’aib al-Arnaouth menghukum sanad hadith ini adalah dhaif kerana terdapat dua perawi yang majhul keadaannya iaitu Ummu Ghurab dan Aqilah]. Tambahan pula, di dalam Sunan Ibn Majah juga terdapat sebuah hadith yang maknanya hampir dengan hadith di atas: Daripada Salamah binti al-Hur al-Fazariyy RA berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَقُومُونَ سَاعَةً، لَا يَجِدُونَ إِمَامًا يُصَلِّي بِهِمْ Maksudnya: “Akan datang pada manusia satu zaman, mereka berdiri beberapa ketika dan mereka tidak mendapatkan seorang imam pun untuk menyolatkan mereka”. [Riwayat Ibn Majah (982) dan Ahmad (27137)] [Syeikh Syu’aib al-Arnaouth menghukum sanad hadith ini adalah dhaif]. Di dalam ‘Aun al-Ma’bud mengatakan yang dimaksudkan dengan saling tolak menolak bahawa setiap ahli masjid saling menolak dirinya untuk menjadi imam sambil berkata bahawa aku bukanlah ahli padanya kerana tidak mempelajari apa yang diperlukan untuk menjadi seorang imam sebagaimana disebutkan oleh al-Thibi. Ataupun mereka saling tolak menolak sesama mereka ke masjid atau mihrab bagi mengimami solat berjemaah maka mereka menolaknya disebabkan mereka tidak layak dan tidak mempunyai ilmu padanya. [Lihat: ‘Aun al-Ma’bud, 203/2] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 181 | ||
19 | 14/07/2018 15:59:25 | إِذَا وُضِعَ العَشَاءُ وَأُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَابْدَءُوا بِالعَشَاءِ | “Apabila dihidangkan makanan (makan malam) dalam keadaan solat didirikan maka mulakanlah dengan makanan.” | al-Bukhari | Bab Ilmu, Bab Makan dan Minum, Bab Solat | soalt, | Sahih | Di sini kami sertakan beberapa riwayat yang menunjukkan akan hal tersebut: Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وُضِعَ العَشَاءُ وَأُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَابْدَءُوا بِالعَشَاءِ Maksudnya: “Apabila dihidangkan makanan (makan malam) dalam keadaan solat didirikan maka mulakanlah dengan makanan.” [Riwayat al-Bukhari (5643)] Di dalam riwayat yang lain, juga daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا حَضَرَ الْعَشَاءُ، وَأُقِيمَتِ الصَّلَاةُ، فَابْدَءُوا بِالْعَشَاءِ Maksudnya: “Apabila telah datang makanan (makan malam) dalam keadaan solat didirikan maka mulakanlah dengan makanan.” [Riwayat Muslim (557)] Melihat kepada dua hadith yang sahih di atas, maka jelas menunjukkan kepada terdapat perintah daripada Nabi SAW untuk mendahulukan makan sebelum solat. Di samping itu, terdapat sebuah lagi hadith yang umum menunjukkan larangan solat ketika terhidangnya makanan: Daripada Aisyah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: لَا صَلَاةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ، وَلَا هُوَ يُدَافِعُهُ الْأَخْبَثَانِ Maksudnya: “Tidak sempurna solat apabila makanan telah dihidangkan ataupun ketika seseorang itu menahan daripada dua benda kotor (buang air kecil dan besar).” [Riwayat Muslim (560)] Selain itu, Imam al-Tirmizi telah berkata di dalam Jami’nya: وَعَلَيْهِ العَمَلُ عِنْدَ بَعْضِ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهُمْ: أَبُو بَكْرٍ، وَعُمَرُ، وَابْنُ عُمَرَ، وَبِهِ يَقُولُ أَحْمَدُ، وَإِسْحَاقُ يَقُولَانِ: يَبْدَأُ بِالعَشَاءِ وَإِنْ فَاتَتْهُ الصَّلَاةُ فِي الجَمَاعَةِ Maksudnya: “Hadith ini diamalkan oleh sebahagian ahli ilmu daripada kalangan sahabat Nabi SAW. Antaranya ialah Abu Bakar, Umar dan Ibn Umar. Ini juga merupakan pendapat Imam Ahmad dan Ishak. Mereka berdua berkata: Mulakanlah dengan makanan walaupun kamu terlepas melaksanakan solat secara berjemaah.” [Lihat: Jami’ al-Tirmizi, 184/2] Kata al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith di atas di dalam Sahih Muslim adalah: فِي هَذِهِ الْأَحَادِيثِ كَرَاهَةُ الصَّلَاةِ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ الَّذِي يُرِيدُ أَكْلَهُ لِمَا فِيهِ مِنِ اشْتِغَالِ الْقَلْبِ بِهِ وَذَهَابِ كَمَالِ الْخُشُوعِ وَكَرَاهَتِهَا مَعَ مُدَافَعَةِ الْأَخْبَثَيْنِ وَهُمَا الْبَوْلُ وَالْغَائِطُ وَيَلْحَقُ بِهَذَا مَا كان في معناه مما يَشْغَلُ الْقَلْبَ وَيُذْهِبُ كَمَالَ الْخُشُوعِ وَهَذِهِ الْكَرَاهَةُ عِنْدَ جُمْهُورِ أَصْحَابِنَا وَغَيْرِهِمِ Maksudnya: “Pada hadith-hadith ini menunjukkan kemakruhan solat ketika terhidangnya makanan yang ingin dimakannya kerana perbuatan ini akan menyibukkan hati dengannya (makanan) dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. Makruh juga bagi orang yang solat dalam keadaan menahan dua perkara yang kotor, iaitu membuang air kecil dan besar. Maka dengan itu, apa yang boleh difahami adalah (solat ketika makanan terhidang) hal ini akan menyibukkan hati dan menghilang kesempurnaan khusyuk. Kemakruhan ini adalah di sisi jumhur ashab kami (ulama’ al-Syafi’eyyah) dan selain daripada mereka.” [Lihat: al-Minhaj, 46/5] Tambahan pula, Imam Ibn Qudamah berkata bahawa pentingnya khusyuk dan juga melapangkan hati di dalam solat sebagaimana yang dinyatakan ini: إِذَا حَضَرَ الْعَشَاءُ فِي وَقْتِ الصَّلاَةِ فَالْمُسْتَحَبُّ أَنْ يَبْدَأَ بِالْعَشَاءِ قَبْل الصَّلاَةِ؛ لِيَكُونَ أَفْرَغَ لِقَلْبِهِ وَأَحْضَرَ لِبَالِهِ، وَلاَ يُسْتَحَبُّ أَنْ يَعْجَل عَنْ عَشَائِهِ أَوْ غَدَائِهِ Maksudnya: “Apabila telah tersedia makan ketika waktu solat, maka sunat dimakan terlebih dahulu sebelum daripada solat. Ini kerana, ia akan melapangkan hati dan menghadirkan khusyuk. Selain itu, tidak disunatkan bersegera ketika makan malam atau makan tengahari.” [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 189/27] Hukum Solat Ketika Makanan Telah Tersedia Kami berpendapat bahawa hukum orang yang solat dalam keadaan makanan telah tersedia hukumnya adalah makruh jika didirakn solat dalam keadaan waktu solat itu masih lama berbaki dan dalam keadaan ini maka sunat untuk dia makan terlebih sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di atas. Akan tetapi, jika waktu solat itu sudah hampir tamat, maka pada waktu ini hendaklah ditunaikan solat terlebih dahulu sebelum memakan makanan yang telah tersedia itu. Selain itu, Imam Ibn Qudamah berkata: قَال أَصْحَابُنَا: إِنَّمَا يُقَدِّمُ الْعَشَاءَ عَلَى الْجَمَاعَةِ إِذَا كَانَتْ نَفْسُهُ تَتُوقُ إِلَى الطَّعَامِ كَثِيرًا، وَنَحْوَهُ قَال الشَّافِعِيُّ Maksudnya: “Telah berkata ashab kami (ulama’ bermazhab Hanabilah): Sesungguhnya didahulukan makan daripada solat berjemaah jika dirinya cenderung kepada makanan (lebih daripada solat) dan Imam al-Syafie berkata seperti itu juga.” [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 190/27] Status Riwayat Ini Sebelum kami mengakhiri perbahasan ini, di sini kami sertakan satu riwayat yang Masyhur dan ia juga membawa maksud yang sama dengan hadith-hadith di atas: إِذَا حَضَرَ الْعَشَاءُ وَالْعِشَاءُ فابدؤوا بِالْعَشَاءِ Maksudnya: “Apabila datangnya makan (malam) dan isyak maka mulakanlah dengan makan (malam).” Hadith ini dihukum oleh para ulama’ seperti Imam al-Iraqi bahawa tiada asal di dalam kitab hadith dengan lafaz seperti ini. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 89/1] Selain itu juga, Imam al-Suyuthi juga mengkhabarkan yang sedemikian iaitu tiada asal di dalam kitab hadith dengan lafaz seperti ini. [Lihat: al-Durar al-Muntathirah, 67/1] Dengan itu, kami cenderung untuk mengatakan bahawa riwayat dengan lafaz ini (lafaz di atas) adalah tidak sahih. Akan tetapi, riwayat dengan lafaz di atas iaitu daripada al-Bukhari dan Muslim adalah sahih. Maka, kita tidak boleh meriwayatkan berkaitan hal ini dengan menggunakan riwayat di atas ini serta menyandarkannya kepada Nabi SAW. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 224 | ||
20 | 28/06/2018 20:30:34 | إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ نَادَى اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى رِضْوَانَ خَازِنَ الْجَنَّةِ يَقُولُ يَا رِضْوَانُ فَيَقُولُ لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ فَيَقُولُ زَيِّنِ الْجِنَّانَ لِلصَّائِمِينَ وَالْقَائِمِينَ مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لا تُغْلِقْهَا حَتَّى يَنْقَضِيَ شَهْرُهُمْ فَإِذَا كَانَ الْيَوْمُ الثَّانِي أَوْحَى الله مَالِكٍ خَازِنِ النَّارِ يَا مَالِكُ أَغْلِقْ أَبْوَابَ النِّيرَانِ عَنِ الصَّائِمِينَ وَالْقَائِمِينَ مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لا تُفْتَحُ حَتَّى يَنْقَضِيَ شَهْرُهُمْ وَإِذَا كَانَ الْيَوْمُ الثَّالِثُ أَوْحَى اللَّهُ إِلَى جِبْرِيلَ يَا جِبْرِيلُ اهْبِطْ إِلَى الأَرْضِ فَغُلَّ عَلَى مَرَدَةِ الشَّيَاطِينَ وَعُتَاةِ الْجِنِّ كَيْ لا يُفْسِدُوا عَلَى عِبَادِي صَوْمَهُمْ ثُمَّ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِلَّهِ مَلَكًا رَأْسُهُ تَحْتَ الْعَرْشِ وَرِجْلاهُ... | “Apabila tiba hari pertama bulan Ramadhan, Allah SWT menyeru malaikat Ridhwan iaitu penjaga syurga, Allah SWT berfirman: Wahai Ridhwan! Maka Ridhwan menjawab: aku penuhi panggilan-Mu wahai Tuanku dan aku penuhi panggilan-Mu dengan senang hati. Allah SWT berfirman lagi: Hiaskanlah syurga bagi orang yang berpuasa dan berjaga malam daripada kalangan umat Muhammad SAW dan janganlah engkau tutupnya sehingga selesai bulan mereka ini (iaitu Ramadhan). Apabila datang hari kedua, Allah SWT mengkhabarkan kepada malaikat Malik iaitu penjaga neraka dengan berfirman: Wahai Malik! Tutuplah pintu-pintu neraka bagi yang berpuasa dan berjaga malam daripada kalangan umat Muhammad SAW. Kemudian janganlah dibuka sehingga selesai bulan mereka. Kemudian apabila tiba hari ketiga, Allah SWT mengkhabarkan kepada Jibril: Wahai Jibril! Turunlah ke dunia maka rantaikanlah syaitan dan jin yang jahat sehingga mereka tidak merosakkan puasa hamba-hamba-Ku. Dan bagi Allah malaikat yang kepalanya di bawah arash dan kedua kakinya…”. [Lihat: Ithaf Ahl al-Islam bi Khususiyyat al-Shiam, 47, 48] | Abbad bin Abd al-Samad | Bab Bulan-bulan Islam, Bab Puasa | ramadhan, | Palsu | Pendapat Ulama’ Berkaitan Hadith Ini Antara pendapat atau hukum yang dinyatakan oleh para ulama’ adalah: - Ibn Jauzi berkata bahawa hadith ini adalah tidak sahih daripada Rasulullah SAW. [Lihat: al-‘Ilal al-Mutanahiyah, 2/533] - Al-Aini pula berkata bahawa Imam al-Bukhari dan Abu Hatim mengatakan bahawa ‘Abbad bin Abd al-Samad adalah seorang yang munkar hadith (hadithnya munkar). [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 10/384] - Ibn Hibban mengatakan hadith ini adalah bathil. [Lihat: al-Majruhin, 1/206] - Imam al-Zahabi berkata hadith ini terdapat padanya ciri palsu. [Lihat: Tarikh al-Islami, 10/342] - Al-‘Uqailiy berkata bahawa hadith-hadith ‘Abbad bin Abd al-Samad adalah munkar. [Lihat: al-Dhu’afa’ al-Kabir, 3/138] - Al-Syaukani mengatakan hadith ini adalah palsu. [Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 87] Komentar Ibn Hajar al-Haithami Berkenaan Hadith Ini Di dalam kitab Ithaf Ahl al-Islam bi Khususiyyat al-Shiam yang dikarang oleh Ibn Hajar al-Hathami, beliau telah memberi komentar berkaitan hadith ini pada halaman ke 47. Antara komentar yang diberikan adalah: Hadith ini telah dikeluarkan oleh Ibn Syahin dalam kitabnya al-Targhib daripada Anas dengan sanad yang terdapat padanya ‘Abbad yang meriwayatkan daripada Anas di mana naskhah umumnya bersifat mungkar. Dikeluarkan oleh Ibn Hibban dalam kitabnya al-Dhu‘afa’ dengan sanad yang terdapat padanya kazzab (pendusta dan pembohong). Hadith ini juga dikeluarkan oleh Ibn Jauzi dalam al-Maudhu’at dengan jalan ini. Hadith ini juga dikeluarkan oleh al-Dailami dengan sanad yang ketiga dan padanya matruk (yang ditinggalkan). Hukum Hadith Hadith ini adalah paslu lagi dusta di atas nama Nabi SAW dan juga sahabat baginda SAW iaitu Anas bin Malik. Di samping itu, haram bagi kita menyebarkannya kepada orang lain. Ini kerana, telah jelas tanda-tanda atau ciri-ciri kepalsuan hadith tersebut seperti yang telah digariskan oleh para ulama’. Tambahan pula, muhaqqiq bagi kitab Ithaf Ahl al-Islam bi Khususiyyat al-Shiam, iaitu Mustafa bin Abdul Qadir ‘Ata dalam komentarnya menyebut bahawa hadith ini maudhu’ (palsu) sepertimana yang dikatakan oleh pengarang kitab tersebut iaitu Ibn Hajar. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 88 | ||
21 | 27/06/2018 01:57:59 | اقْرَؤُوْا يَسٍ عَلَى مَوْتَاكُمْ | “Bacalah surah Yasin kepada orang yang meninggal di antara kamu”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 2714] | Riwayat Abu Daud | Bab Agama, Bab Jenazah, Bab Roh, Bab Sedekah | Yaasin | Lemah | Antara pendapat ulama’ berkaitan hukum hadith adalah: Abu Daud tidak memberi apa-apa komentar berkaitan hadith ini (سكت عنه). Ini bermakna hadith ini salih (صالح) berdasarkan risalah kepada ahli Makkah yang ditulis olehnya. Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam sahihnya iaitu Sahih Ibn Hibban. [Lihat: Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 3002] Imam al-Nawawi mengatakan sanad hadith ini adalah lemah kerana terdapat padanya dua orang perawi yang majhul (tidak dikenali). [Lihat: al-Azkar, 144] Imam Ibn Qathan berkata hadith tersebut tidak sahih kerana Abu Uthman tidak dikenali dan tidak meriwayatkan daripadanya kecuali Sulaiman bin Yasar. Apabila dia tidak dikenali maka bapanya lebih tidak dikenali padahal dia meriwayatkan daripadanya” . [Lihat: Bayan al-Wahm wa al-Iham, 5/49] Tarjih Berdasarkan pendapat ulama’ berkenaan hadith ini, sebahagian mereka menyatakan hadith ini sahih dan sebahagian lagi menyatakan hadith dhaif atau tidak sahih. Setelah kami melihat dan juga menekuni pendapat para ulama’ berkaitan hadith ini, maka kami berpendapat bahawa hadith ini adalah dhaif tetapi hadith ini mempunyai syawahid berkaitan membaca yasin untuk orang yang hendak meninggal. Syawahid Terhadap Hadith Ini Imam al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan terdapat sebuah hadith yang terdapat di dalam Musnad Imam Ahmad dengan sanad yang hasan [Lihat: al-Isobah, 5/249], daripada Safwan RA: حَدَّثَنِي الْمَشْيَخَةُ، أَنَّهُمْ حَضَرُوا غُضَيْفَ بْنَ الْحَارِثِ الثُّمَالِيَّ، حِينَ اشْتَدَّ سَوْقُهُ، فَقَالَ: " هَلْ أَحَدٌ مِنْكُمْ يَقْرَأُ يس؟ " قَالَ: فَقَرَأَهَا صَالِحُ بْنُ شُرَيْحٍ السَّكُونِيُّ، فَلَمَّا بَلَغَ أَرْبَعِينَ مِنْهَا قُبِضَ، قَالَ: وَكَانَ الْمَشْيَخَةُ يَقُولُونَ: إِذَا قُرِئَتْ عِنْدَ الْمَيِّتِ خُفِّفَ عَنْهُ بِهَا. Maksudnya: “Menceritakan kepadaku para syeikh (guru) bahawa mereka menghadiri Ghudhaif bin Harith ats-Thumali ketika beliau sedang menghadapi sakitnya maut, maka dia berkata : “Apakah ada di antara kalian yang mahu membacakan Yasin ?”. Dia (Safwan) berkata, maka Salih bin Syuraih al-Sakuniy membacanya (Yasin), tatkala sampai pada ayat ke 40 lalu Ghudhaif wafat. Dia (Safwan) juga berkata : “Para syeikh (guru) mereka berkata :“Apabila dibacakan samping orang yang hendak meninggal nescaya Allah akan meringankan baginya disebabkan dengan bacaan tersebut”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 16355] Menurut Syeikh Syu’aib al-Arnouth ketika mentahqiqkan kitab al-Azkar karangan Imam al-Nawawi RA, perkataan “إِذَا قُرِئَتْ عِنْدَ الْمَيِّتِ خُفِّفَ عَنْهُ بِهَا” adalah mawquf kerana ia merupakan perkataan daripada Ghudaif RA dan Ghudaif adalah seorang sahabat. Adapun al-Mashyakhah di dalam syawahid itu bermaksud orang yang berada di antara sahabat dan juga tabi’in yang besar dan orang seperti mereka ini tidak akan berkata-kata dengan pendapat mereka sendiri (terutamanya dalam perkara agama). Maka dengan itu, hukumnya adalah marfu’. [Lihat: al-Azkar, 144] Makna “عَلَى مَوْتَاكُمْ” Para ulama’ berbeza pendapat dalam memahami perkataan atau lafaz ini dengan mengatakan bahawa yang dikehendaki oleh hadith adalah membaca Yasin kepada orang yang sedang nazak atau yang dimaksudkan adalah membaca Yasin kepada orang yang telah meninggal dunia. Pendapat Pertama: Membaca Yasin kepada orang yang sedang nazak. Pendapat ini adalah lebih tepat kerana syawahid terhadap hadith ini menunjukkan bahawa apa yang telah dilakukan oleh para salaf adalah membaca Yasin ketika orang yang sedang nazak. Untuk itu, sebahagian besar ulama’ fiqh yang berpegang dan beramal dengan hadith ini berpendapat bahawa membaca Yasin ketika orang yang sedang nazak adalah perkara yang sunat atau mustahab (disukai). Ini juga merupakan pendapat di dalam mazhab al-Imam al-Syafie RA bahawa disunatkan membaca Yasin kepada orang yang sedang nazak kerana ia termasuk di dalam adab-adab berdasarkan hadith “Bacalah surah Yasin kepada orang yang meninggal di antara kamu”. [Lihat: al-Wasith fi Fiqh al-Syafie, 1/184] Pendapat kedua: Membaca Yasin kepada orang yang telah meninggal dunia. Sebahagian ulama’ juga berpendapat bahawa membaca Yasin kepada orang yang telah meninggal dunia adalah perkara yang mustahab bagi mereka yang memahami bahawa yang dimaksudkan oleh hadith ini adalah untuk orang yang telah meninggal dunia. Adapun membaca al-Quran di perkuburan, ini merupakan masalah atau perkara khilaf antara para ulama’ samada ia dibolehkan atau tidak. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 117 | ||
22 | 28/06/2018 20:35:38 | - | “Bahawa Nabi SAW ditanya akan kelebihan solat tarawih dalam bulan Ramadhan, lalu dikatakan baginda SAW bersabda: Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah Arash menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjid al-Haram, Masjid al-Madinah dan Masjid al-Aqsa. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Bait al-Ma’mur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih pada malam itu. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa AS serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Dia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya seperti bulan. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih serta Allah SWT tidak akan menghisab mereka. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul Arash dan Kursi akan berselawat serta mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah SWT menuliskan baginya dalam kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini seperti pahala Nabi-Nabi. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati). Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah SWT akan meninggikan darjatnya. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang dukacita dan kesedihan pada hari tersebut. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah SWT akan memberinya dua puluh empat permintaan yang mustajab. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah SWT akan mengangkat seksa kubur daripadanya. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di syurga. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Sembilan Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam air yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama al-Kauthar. Aku Tuhanmu dan engkau adalah hambaku”. | - | Bab Kelebihan, Bab Puasa, Bab Solat | tarawih, | Palsu | Sumber Hadith Hadith ini terdapat di dalam kitab Durrah al-Nasihin pada halaman ke 19. Hukum Hadith Hadith ini adalah paslu lagi dusta di atas nama Nabi SAW dan juga sahabat baginda SAW iaitu Ali bin Thalib. Di samping itu, haram bagi kita menyebarkannya kepada orang lain. Ini kerana, telah jelas tanda-tanda atau ciri-ciri kepalsuan hadith tersebut seperti yang telah digariskan oleh para ulama’. Antara ciri-ciri hadith paslu adalah sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Qayyim di dalam karyanya: “Hadith palsu itu antara cirinya ialah padanya terdapat unsur berlebih-lebihan dalam menetapkan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah”. [Lihat: al-Manar al-Munif, 51] Berdasarkan pernyataan Ibn Qayyim ini, kita dapat melihat di dalam hadith ini bahawa ganjaran yang ditetapkan bagi sesiapa yang melaksanakan solat tarawih padanya ciri tersebut iaitu berlebihan dalam penetapan ganjaran bagi amalan tersebut. Selain itu juga, hadith ini dikatakan bercampur dengan hadith-hadith yang lain. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 86 | ||
23 | 09/07/2018 07:16:02 | مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَاسْتَظْهَرَهُ [أي: عَنْ ظَهْرِ قَلْبِيٍ] فَأَحَلَّ حَلاَلَهُ وَحَرَّمَ حَرَامَهُ أَدْخَلَهُ اللّهُ بِهِ الْجَنَّةَ وَشَفَّعَهُ فِي عَشْرَةٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ كُلُّهُمْ قَدْ وَجَبَتْ لَهُ النَّارُ | “Barang siapa yang membaca dan menghafal al-Quran lalu menghalalkan yang halal di dalamnya dan mengharamkan yang haram di dalamnya nescaya Allah akan memasukkannya dengan sebab itu ke dalam jannah, dan menerima syafa’atnya untuk 10 orang daripada keluarganya yang kesemuanya mesti masuk ke dalam neraka” | Imam al-Tirmizi, Imam al-Baihaqi, Al-Mubarakfuri | Bab Akhirat, Bab Ilmu, Bab Kelebihan, Bab Quran, Bab Zikir dan Doa | Al-quran | Sangat lemah | Setelah meniliti di dalam al-Quran tidak terdapat ayat yang menceritakan tentang seorang yang hafiz atau menghafal al-Quran mampu memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya. Antara ayat al-Quran yang menceritakan tentang kelebihan al-Quran adalah : Firman Allah SWT وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)”. [al-Qamar:17] Begitu juga di dalam hadith, tidak terdapat mana-mana hadith tentang perkara ini. Antara hadith tentang kelebihan membaca, mempelajari dan menghafal al-Quran adalah: Daripada Uthman RA, bahawa Nabi SAW bersabda: خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ Maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 5027] Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW: إِنَّ الَّذِي لَيْسَ فِي جَوْفِهِ شَيْءٌ مِنَ القُرْآنِ كَالبَيْتِ الخَرِبِ Maksudnya: “Orang yang tidak ada di dalam dadanya sepotong pun ayat ibarat Al-Quran adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2913] [Hadith dinilai oleh Imam al-Tirmizi sebagai Hasan Sahih] Berikut adalah antara hadith-hadith yang berkait dengan kelebihan membaca, mempelajari dan menghafal al-Quran. Tambahan pula, hadith yang selalu kita dengar tentang kelebihan hafiz al-Quran dan menjadi topik perbincangan kita adalah: Pertama: Matan Hadith Daripada Ali bin Abi Thalib RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَاسْتَظْهَرَهُ [أي: عَنْ ظَهْرِ قَلْبِيٍ] فَأَحَلَّ حَلاَلَهُ وَحَرَّمَ حَرَامَهُ أَدْخَلَهُ اللّهُ بِهِ الْجَنَّةَ وَشَفَّعَهُ فِي عَشْرَةٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ كُلُّهُمْ قَدْ وَجَبَتْ لَهُ النَّارُ Maksudnya: “Barang siapa yang membaca dan menghafal al-Quran lalu menghalalkan yang halal di dalamnya dan mengharamkan yang haram di dalamnya nescaya Allah akan memasukkannya dengan sebab itu ke dalam jannah, dan menerima syafa’atnya untuk 10 orang daripada keluarganya yang kesemuanya mesti masuk ke dalam neraka”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2905] Pendapat ulama’ berkaitan hadith ini Antara pendapat ulama’ dalam menghukum hadith ini: Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai ghorib dan tidak diketahui (jalurnya) melainkan daripada jalur ini. Tambahan pula, ia tidak mempunyai sanad yang sahih dan padanya Hafs bin Sulaiman didhaif dalam meriwayatkan hadith. Imam al-Baihaqi mengatakan Hafs bin Sulaiman bersendiri (tafarrud) dalam meriwayatkan hadith ini dan dia seorang yang dhaif dalam meriwayatkan hadith. [Lihat: Syu’ab al-Iman, 2/804] Al-Mubarakfuri mengatakan Hafs bin Sulaiman seorang matruk (ditinggalkan) dalam meriwayatkan hadith. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 7/323] Tarjih Setelah melihat pendapat dan hukum para ulama’ dalam menilai hadith ini, kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini teramat lemah dan perawinya telah dihukum dhaif oleh para ulama’. Kedua: Matan Hadith Daripada Mu’az bin Anas al-Juhaniy RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَعَمِلَ بِمَا فِيهِ ، أُلْبِسَ وَالِدَاهُ تَاجًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، ضَوْءُهُ أَحْسَنُ مِنْ ضَوْءِ الشَّمْسِ فِي بُيُوتِ الدُّنْيَا لَوْ كَانَتْ فِيكُمْ ، فَمَا ظَنُّكُمْ بِالَّذِي عَمِلَ بِهَذَا Maksudnya: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri?”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 1453] Pendapat ulama’ berkaitan hadith ini Antara pendapat ulama’ dalam menghukum hadith ini: Abu Daud tidak memberi apa-apa komentar berkaitan hadith ini (سكت عنه). Ini bermakna hadith ini salih (صالح) berdasarkan risalah kepada ahli Makkah yang ditulis olehnya. Imam al-Baghawi mengatakan bahawa hadith ini adalah gharib. [Lihat: Syarah al-Sunnah, 4/436] Syeikh Syu’aib al-Arnaouth mengatakan sanadnya dhaif disebabkan dhaifnya Zabban bin Faid dan juga Sahl bin Mu’az. [Lihat: Sunan Abu Daud, 2/583] Tarjih Setelah melihat pendapat dan hukum para ulama’ dalam menilai hadith ini, kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini dhaif disebabkan terdapat perawi yang dihukum dhaif di dalam sanad tersebut. Walaubagaimanapun, di sana terdapat sebuah hadith yang boleh dijadikan syawahid atau mutaba’at bagi hadith ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Syu’aib al-Arnaouth, beliau berkata: إسناده حسن في المتابعات والشواهد من أجل بشير بن المهاجر الغَنَوي، وباقي رجاله ثقات رجال الشيخين Maksudnya: “Sanadnya adalah hasan pada syawahid atau mutaba’at disebabkan Basyir bin al-Muhajir al-Ghanawi dan perawi-perawi yang lain adalah thiqah iaitu perawi-perawi al-Syeikhan (al-Bukhari dan Muslim)”. [Lihat: Musnad Ahmad, 38/42] Hadith yang dimaksudkan adalah: Daripada Buraidah al-Aslamiy RA, bahawa Nabi SAW bersabda: وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ ، وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لَا يُقَوَّمُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا ، فَيَقُولَانِ : بِمَ كُسِينَا هَذِهِ ؟ فَيُقَالُ : بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجَةِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا ، فَهُوَ فِي صُعُودٍ ، مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلًا Maksudnya: “Akan dipakaikan di kepalanya mahkota dan kedua ibu bapanya akan diberi perhiasan yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia. Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”. Allah menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari al-Quran?”. Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca (ayat al_Qur’an)”.[Riwayat Ahmad, 38/42, no. Hadith 22950] al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan sanad hadith ini hasan. [Lihat: al-Mathalib al-‘Aliyah, 14/324] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 111 | ||
24 | 26/06/2018 20:39:21 | - | “Barang siapa yang mengucap Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT, maka dia adalah seorang pendakwah” | - | Bab Agama, Bab Ilmu | pendakwah, | tiada asal | Hadis tersebut begitu masyhur dan sering kita mendengarnya apabila kita menyertai program-program yang melibatkan dakwah. Untuk itu, kami menjawab, setelah kami melakukan penelitian terhadap kitab-kitab yang menghimpunkan teks-teks hadis, kami tidak menjumpai hadis seperti berikut. Untuk itu, hukum atau status hadis tersebut tiada asalnya dan kita tidak boleh sama sekali menyandarkannya kepada Nabi SAW dan menyebarkannya. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa dakwah merupakan sebuah kerja yang mulia dan amat besar ganjaran di sisi Allah SWT. Setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT perlulah menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah kepada perkara yang mungkar. Berdasarkan firman Allah SWT : كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ Maksudnya : “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”. [Ali-Imran : 110] Ibn Kathir menyatakan dalam menafsirkan ayat ini bahawa Allah SWT mengkhabarkan kepada umat Muhammad bahawa mereka adalah sebaik-baik umat. Disebabkan itu Allah SWT berfirman “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia”. Ini bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : قال : خيرَ الناسِ للناسِ، تأتون بهم في السلاسِلِ في أعناقِهم، حتى يَدخُلوا في الإسلامِ Maksudnya: “Sebaik-baik manusia bagi manusia adalah kalian membawa mereka dalam keadaan leher mereka dirantai sehingga mereka memasuki Islam”. Hadis riwayat al-Bukhari (4191) dalam Sahih al-Bukhari, Kitab Tafsir, Bab Surah al-Imran ayat 110. Daripada hadis ini, dapat difahami bahawa sebaik-baik manusia adalah orang yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. Antaranya dengan menyeru mereka kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada keburukan. وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ Maksudnya : “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)”. [Fussilat : 33] Di dalam Tafsir al-Sa’di, makna orang yang menyeru kepada kepada Allah SWT mempunyai banyak maksud, antaranya: - Mengajar orang-orang yang jahil. - Memberi peringatan kepada orang yang lalai. - Berdebat dengan orang-orang yang bathil. - Menyeru kepada ibadat kepada Allah SWT dengan apa jua cara serta menggalakkan dan memperbaiki manusia dalam beribadat sekadar yang mampu. - Menghalang diri daripada perkara yang Allah SWT larang. Ini semua jelas menunjukkan bahawa kepentingan dakwah dan tujuan Allah SWT menjadikan kita sebagai umat yang terbaik antara umat-umat terdahulu. Di samping itu, di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abi Mas’ud al-Ansari bahawa Nabi SAW bersabda : مَن دَلَّ على خيرٍ فله مثلُ أجرِ فاعلِه Maksudnya : “Barangsiapa yang membawa kepada kebaikan maka baginya pahala seperti orang yang melakukannya”. Hadis riwayat Muslim (3509) dalam Sahih Muslim, Kitab kepimpinan, Bab keutamaan membantu Mujahid di Jalan Allah SWT. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 28 | ||
25 | 27/06/2018 02:09:06 | مَنْ تَكَلَّمَ بِكَلامِ الدُّنْيَا فِي الْمَسَاجِدِ ، أَوْ فِي الْمَسْجِدِ ، أَحْبَطَ اللَّهُ تَعَالَى أَعْمَالَهُ أَرْبَعِينَ سَنَةً | “Barangsiapa yang bercakap berkaitan dunia di dalam masjid-masjid atau masjid maka Allah SWT akan membatalkan amalan-amalannya selama 40 tahun”. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 338] | - | Bab Adab, Bab Masjid | bercakap, | Palsu | Hukum hadith Hadith ini adalah palsu sepertimana yang dikatakan oleh al-Shaghani dan juga dikatakan oleh al-Qari bahawa hadith ini bathil dari sudut mabna (binaan matan) dan juga makna. [Lihat: al-Kasyf al-Khafa’, 2:240] Untuk itu, kami katakan bahawa hukum riwayat atau hadith ini adalah palsu. dan kita tidak boleh sama sekali menyandarkannya kepada Nabi SAW ataupun menyebarkannya kepada orang lain. Hukum bercakap di dalam masjid berkaitan dunia Hukum bercakap berkaitan dunia di dalam masjid adalah dibolehkan tetapi ia perlulah menepati beberapa syarat, berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Simak bin Harb ketika beliau bertanya kepada Jabir bin Samurah RA: أَكُنْتَ تُجَالِسُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ قَالَ: نَعَمْ . كَثِيْرًا. كَانَ لَا يَقُوْمُ مِنْ مُصَلَّاهُ الَّذِيْ يُصَلِّيْ فِيْهِ الصُّبْحَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ. فَإِذَا طَلَعَتْ قَامَ. وَكَانُوْا يَتَحَدَّثُوْنَ فَيَأْخُذُوْنَ فِيْ أَمْرِ الجَاهِلِيَّةِ. فَيَضْحَكُونَ. وَيَتَبَسَّمُ Maksudnya: “Adakah engkau pernah duduk bersama Rasulullah SAW? Beliau menjawab: Ya, serta banyak kali. Baginda SAW tidak akan bangun daripada tempat yang Baginda SAW solat Subuh sehingga terbit matahari. Apabila terbit matahari maka Baginda SAW bangun (daripada tempat solatnya). Para sahabat sentiasa bercerita ketika zaman jahiliyyah mereka, sambil mereka ketawa, namun Baginda SAW hanya tersenyum”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 1074] Berdasarkan hadith ini, jelas menunjukkan bahawa bercakap di dalam masjid berkaitan hal dunia adalah dibolehkan dengan syarat percakapan tersebut tidak mengandungi perkara-perkara yang haram seperti mengumpat, mengfitnah, mengeluarkan kata-kata kesat dan lain-lain lagi. Di samping itu, kita juga perlu memelihara adab-adab ketika berada di dalam masjid dan dalam masa yang sama tidak membuat gangguan kepada orang-orang yang berada di dalam masjid seperti orang yang sedang solat, berzikir, membaca al-Quran dan yang seumpama dengannya. Telah berkata Imam al-Nawawi: “Dibolehkan bercakap perkara-perkara yang harus di dalam masjid dan juga perkara-perkara melibatkan dunia serta selain daripadanya kerana ia termasuk di dalam perkara yang dibolehkan, walaupun ketika bercakap itu berlaku ketawa dan yang seumpama dengannya selagimana ia dibolehkan berdasarkan hadith Jabir bin Samurah RA”. [Lihat: al-Majmu’, 2:177] Fungsi dan peranan masjid Di antara fungsi dan peranan masjid adalah: Tempat Ibadah untuk masyarakat yang beragama Islam untuk menunaikan solat berjemaah, solat Jumaat, beri’tikaf dan lain-lain lagi. Pusat Pengajian seperti mewujudkan kelas-kelas pengajian bagi masyarakat. Pusat Pentadbiran Pusat Rujukan iaitu menjadi tempat untuk masyarakat mengajukan masalah-masalah berkaitan agama. Pusat Penerangan Maklumat contohnya melalui khutbah atau ceramah. Pusat Kebajikan contohnya terdapat unit khas bagi membantu golongan faqir, miskin dan orang-orang yang memerlukan bantuan. Pusat Masyarakat iaitu menjadi tempat untuk masyarakat berkumpul dan saling mengeratkan pertalian silaturrahim. Adab-adab ketika di masjid Antara adab-adab ketika di masjid adalah: Memakai pakaian yang cantik serta menutup aurat Firman Allah SWT: يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)”. [al-A’raf:31] Berdoa ketika masuk dan keluar dari masjid Daripada Abi Humaid atau Abi Usaid RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ المَسْجِدَ فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ وَإِذَا خَرَجَ فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kalian masuk ke masjid, maka ucapkanlah: “اللهم افتح لي أبواب رحمتك”Ya Allah, bukalah untukku pintu-pintu rahmat-Mu, dan apabila keluar (dari masjid) maka ucapkanlah: “اللهم إني أسألك من فضلك”Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepada-Mu akan kurnia-Mu dan kelebihan-Mu”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 1165] Berniat I’tikaf di dalam masjid. I’tikaf bermaksud berhenti seketika atau lama di dalam masjid dengan tujuan untuk beribadah kerana Allah SWT. Solat tahiyyah al-Masjid Daripada Abu Qatadah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ المَسْجِدَ، فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu memasuki masjid, maka janganlah dia duduk sehingga melaksanakan solat sebanyak dua rakaat”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 1097] Tidak membuat bising sehingga mengganggu orang yang berada di dalam masjid Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِنَّمَا هِيَ لِذِكْرِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَالصَّلَاةِ وَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ Maksudnya: “Sesungguhnya ia (masjid) adalah tempat untuk berzikir kepada Allah SWT, solat dan membaca al-Quran ”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 429] Perkataan dan perkara yang dilarang di dalam masjid Antara perkataan dan perkara yang dilarang ketika berada di dalam masjid adalah berdasarkan hadith-hadith Nabi SAW: Dilarang meninggikan suara ketika bertanya akan barang-barang yang hilang berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ سَمِعَ رَجُلًا يَنْشُدُ ضَالَّةً فِي الْمَسْجِدِ فَلْيَقُلْ: لَا رَدَّهَا اللهُ عَلَيْكَ ، فَإِنَّ الْمَسَاجِدَ لَمْ تُبْنَ لِهَذَا Maksudnya: “Barangsiapa yang mendengar seseorang lelaki mengumumkan barang yang hilang di masjid, hendaklah dia berkata: Semoga Allah SWT tidak mengembalikannya kepadamu kerana masjid tidak dibina disebabkan ini”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 880] Dilarang berjual beli di dalam masjid berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي المَسْجِدِ، فَقُولُوا: لَا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ Maksudnya: “Jika kalian melihat orang yang menjual atau membeli di dalam masjid, maka katakanlah kepada mereka: Semoga Allah SWT tidak memberi keuntungan kepada barang yang jualanmu”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 1242] [Hadith ini adalah hasan menurut Al-Hafiz Ibn Hajar] Dilarang bersyair (iaitu saling bersyair antara satu sama lain) berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr, bahawa Nabi SAW bersabda: نَهَى عَنْ تَنَاشُدِ الْأَشْعَارِ فِي الْمَسْجِدِ Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang melantunkan syair di dalam masjid”. [Riwayat al-Nasaie, no. Hadith 708] [Imam al-Nawawi mengatakan hadith ini adalah hasan] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 65 | ||
26 | 14/07/2018 16:07:40 | مَنْ حَدَّثَ حَدِيثًا فَعَطَسَ عِنْدَهُ فَهُوَ حَقٌّ | “Barangsiapa yang berkata-kata dengan suatu perkataan lalu dia bersin pada waktu itu, maka dia adalah benar (ucapannya).” | Imam Abi Hatim, Imam al-Qaisarani, Imam al-Baihaqi, Imam Ibn al-Jauzi, Imam al-Haithami, Imam al-Ajlouni, Imam al-Syaukani, | Bab Kelebihan | bersin, | tidak sahih | Antara pendapat ulama’ berkaitan hadith di atas: - Imam Abi Hatim apabila ditanya oleh anaknya berkaitan hadith ini maka jawapannya hadith ini adalah satu pendustaan. [Lihat: ‘Ilal al-Hadith, 311/6] - Imam al-Qaisarani menyatakan bahawa riwayat ini iaitu daripada Muawiyah bin Yahya tidak boleh dijadikan sebagai penguat (kepada riwayat yang lain). [Lihat: Dzakhirah al-Huffaz, 2263/4] - Imam al-Baihaqi menghukum Muawiyah bin Yahya sebagai seorang yang munkar. [Lihat: Syu’ab al-Iman, 509/11] - Imam Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya mengatakan hadith tersebut adalah bathil dan Muawiyah bin Yahya telah bersendiri dalam meriwayatkan hadith ini. Kata Yahya bin Main, dia (Muawiyah bin Yahya) adalah seorang perosak dan tidak ada apa padanya. Kata al-Baghawi pula, dia adalah seorang yang pelupa hadith. [Lihat: al-Maudhua’at 77/3] - Imam al-Haithami mengatakan di dalam sanad hadith tersebut terdapat perawi bernama Muawiyah bin Yahya al-Sodafiy dan dia adala seorang yang dhaif. [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 59/8] - Imam al-Ajlouni bahawa pada sanad hadith ini dhaif. [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 75/2] - Imam al-Syaukani bahawa hadith ini mawdhu’. [Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 224/1] Antara perkara yang menarik di dalam perbahasan hadith ini adalah ia dihasankan oleh Imam al-Nawawi di dalam fatwanya: “Hadith ini mempunyai asal, ia diriwayatkan oleh Abi Ya’laal-Musili di dalam musnadnya dengan sanad yang baik lagi hasan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ حَدَّثَ حَدِيثًا فَعَطَسَ عِنْدَهُ فَهُوَ حَقٌّ Maksudnya: “Barangsiapa yang berkata-kata dengan suatu perkataan lalu dia bersin pada waktu itu, maka dia adalah benar (ucapannya).” Semua perawi di dalam sanad hadith tersebut adalah thiqah (dipercayai) dan teliti melainkan Baqiyyah bin al-Walid yang mana kedudukan menjadi perselisihan dalam kalangan ulama’. Kebanyakan para huffaz al-Hadith dan imam-imam berhujah dengan riwayatnya jika riwayat tersebut daripada perawi yang berasal dari Syam. Dia (Baqiyyah) meriwayatkan hadith ini daripada Muawiyah bin Yahya al-Syami (berasal dari Syam).” [Lihat: al-Manthurat, 73/1] Akan tetapi, pendapat Imam al-Nawawi ini disanggah oleh beberapa imam yang besar seperti Imam Abi Hatim sebagaimana yang kami nyatakan di atas bahawa beliau (Abi Hatim) menghukum hadith ini sebagai dusta. Selain itu, terdapat sebuah lagi riwayat atau hadith yang boleh dijadikan sokongan daripada Anas bin Malik sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani: Daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: أَصْدَقُ الْحَدِيثِ مَا عُطِسَ عِنْدَهُ Maksudnya: “Percakapan yang paling benar adalah apa yang dibersinkan ketika perkataan itu diucapkan.” [Imam al-Haithami mengatakan hadith ini diiwayatkan oleh Imam al-Thabarani di dalam al-Awsath daripada gurunya Ja’far bin Muhammad bin Majid dan aku tidak mengenalinya. Imarah bin Zadan telah dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan jemaah (daripada kalangan ulama’) serta padanya kedhaifan. Adapun, perawi-perawi yang lain adalah thiqah (dipercayai).” [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 59/8] Riwayat Anas juga lemah dari sudut sanadnya sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Haithami dan juga Imam al-Ajlouni di dalam kitab mereka. Tambahan pula, Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah pernah berkata: “Dan hadith ini walaupun ia disahihkan oleh sebahagian ulama’ akan sanadnya, akan tetapi deria dapat merasakan akan kepalsuannya.” [Lihat: Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah, 264/1] Di samping itu, terdapat sebahagian ulama’ memberi komentar terhadap kenyataan Imam al-Nawawi ini dengan berkata: “Ini adalah salah satu daripada kesilapan beliau semoga Allah sentiasa merahmati beliau. Ini kerana, Baqiyyah dikenali sebagai seorang yang mudallis. Dia (Baqiyyah) telah meriwayatkan daripada Muawiyah dengan ‘an’anah (عن). Telah berkata al-Nasa’ie dan selain daripada beliau: Jika dia (Baqiyyah) meriwayatkan hadith dengan “telah menceritakan kepada kami (حدثنا) atau telah dikhabarkan kepada kami (أخبرنا) maka dia adalah seorang yang thiqah (dipercayai). Juga telah berkata bukannya seorang daripada kalangan ulama’ bahawa dia (Baqiyyah) merupakan seorang mudallis dan apabila dia (Baqiyyah) meriwayatkan hadith dengan ‘an (عن) maka riwayatnya itu tidak boleh dijadikan hujjah. Selain itu, berkata Abu Mushir bahawa hadith-hadith Baqiyyah tidak bersih dan juga Imam al-Zahabi menyatakan Baqiyyah merupakan perawi yang meriwayatkan riwayat-riwayat yang munkar lagi gharib (pelik).” [Lihat: Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah, 264/1] Setelah kami melihat beberapa pendapat dan hujah-hujah yang diberikan oleh para ulama’ dalam menentukan hukum terhadap hadith ini, maka kami lebih cenderung kepada hadith ini tidak sahih kerana di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Muawiyah bin Yahya yang dikritik hebat oleh para ulama’ hadith akan keadilannya dan riwayat ini dihukum dusta oleh Imam Abi Hatim tokoh besar dalam bidang hadith. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 238 | ||
27 | 05/07/2018 07:27:44 | - | “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah pada suatu malam maka rumah tersebut tidak akan dimasuki syaitan (atau makhluk jahat selainnya) sehingga pagi iaitu empat ayat awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan tiga ayat terakhir di dalam surah al-Baqarah” | Imam al-Haithami, Imam Ibn Hajar al-Asqalani, | Bab Iman, Bab Kelebihan, Bab Zikir dan Doa | rumah | Lemah | kami mendapati hadith tersebut di dalam beberapa kitab hadith. Antaranya: Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ، لَمْ يَدْخُلْ ذَلِكَ الْبَيْتَ شَيْطَانٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ حَتَّى يُصْبِحَ: أَرْبَعًا مِنْ أَوَّلِهَا، وَآيَةُ الْكُرْسِيِّ، وَآيَتَينِ بَعْدَهَا، وَثَلَاثٌ خَوَاتِيمُهَا Maksudnya: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah pada satu malam maka rumah tersebut tidak akan dimasuki syaitan pada malam tersebut sehingga pagi iaitu empat ayat awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan tiga ayat terakhir di dalam surah al-Baqarah”. [Riwayat Imam al-Darimi (3425)] Hukum Hadith Dan Ulasan Imam al-Haithami mengatakan bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani dan perawi-perawinya adalah sahih melainkan al-Sya’bi kerana beliau tidak mendengar (hadith) daripada Ibn Mas’ud. [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 118/10] Selain itu juga, Imam Ibn Hajar al-Asqalani menghukum hadith ini sebagai mawquf serta perawinya adalah thiqah dan pada sanadnya inqitha’ (terputus). [Lihat: Futuhat al-Rabbaniyyah, 284/3] Berdasarkan dua pendapat Imam yang besar ini, kami dapat menyimpulkan bahawa hadith di atas adalah termasuk di dalam kategori dhaif (lemah) kerana sanadnya terputus iaitu al-Sya’bi tidak mendengar hadith ini daripada Abdullah bin Mas’ud. Tambahan pula, terdapat sebuah hadith di dalam Sahih Muslim berkaitan kelebihan surah al-Baqarah ini dan maknanya seperti hadith di atas: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. [Riwayat Muslim (780)] Menurut Syeikh al-Mubarakfuri mengatakan yang dimaksudkan dengan menjadikan rumah seperti perkuburan adalah rumah yang kosong daripada zikir dan ketaatan maka dengan itu menjadikannya seperti perkuburan atau seperti orang yang mati. Di antara makna lain bagi hadith ini adalah tidak boleh mengebumikan orang-orang yang mati di dalam rumah. Akan tetapi, hadith ini menunjukkan pada makna yang pertama iaitu rumah yang kosong daripada zikir dan ketaatan. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 146/8] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 178 | ||
28 | 09/07/2018 07:47:01 | مَنْ قَرَأَ يس فِي لَيْلَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ غُفِرَ لَهُ | “Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akan diampunkan dosanya” | Imam al-Tirmizi, Imam al-Mizzi, Imam al-Zaila’iy, Imam Ibn Kathir, | Bab Kelebihan, Bab Zikir dan Doa | Yasin | Palsu | membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran. Selain itu, hadith Nabi SAW juga menunjukkan bahawa sesiapa yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang besar. Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi, no. hadith 2835] Hadith berkaitan kelebihan membaca Yasin Terdapat sebuah hadith yang dinilai sahih oleh Ibn Hibban walaupun status menjadi perselisihan oleh para ahli hadith, namun Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam kitabnya Sahih Ibn Hibban. Daripada Jundub bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ قَرَأَ يس فِي لَيْلَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ غُفِرَ لَهُ Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akan diampunkan dosanya”. [Riwayat Ibn Hibban, no. hadith 2574] Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إنَّ لِكُلِّ شيءٍ قَلْبًا ، وَإنَّ قَلْبَ الْقُرْآنِ ( يس ) ، مَنْ قَرَأَهَا فَكَأنَّما قَرَأَ القُرْآنَ عَشرَ مَرَّاتٍ Maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hati, dan sesungguhnya hati al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa yang membacanya maka pahalanya seumpama membaca sepuluh kali al-Quran”. [Riwayat al-Tirmizi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 2812 dan riwayat al-Darimi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 3282] Hukum hadith Imam al-Tirmizi mengatakan bahawa hadith ini gharib. [Lihat: Sunan al-Tirmizi, no. hadith 2812] Imam al-Mizzi dan Imam al-Zaila’iy menaqalkan pendapat al-Tirmizi yang menyatakan salah seorang daripada perawi di dalam hadith ini adalah majhul iaitu Harun Abu Muhammad. Selain itu, al-Hafiz Ibn Hajar juga berpendapat sedemikian. Imam Ibn Kathir menyatakan tidak sahih disebabkan sanadnya dhaif (lemah). Daripada Ubaiy bin Ka’ab, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ قَرَأَ يَس يُرِيدُ بِهَا اللهَ ؛ غَفَرَ اللهُ لهُ ، وأُعْطِيَ مِن الأَجْرِ كَأنَّما قَرَأَ القُرآنَ اثْنَتَي عَشرَةَ مرَّةٍ . وأيُّما مَرِيضٍ قُرِئَ عِنْدَه سُورَةُ يس ؛ نَزَلَ عَلَيهِ بِعَدَدِ كُلِّ حَرْفٍ عَشرةُ أَمْلَاكٍ ، يَقُومُونَ بَيْنَ يَدَيْهِ صُفُوفًا ؛ فَيُصَلُّونَ ويَسْتَغْفِرُونَ لهُ ، وَيَشْهَدُونَ قَبْضَهُ وَغَسلَهُ ، وَيتَّبِعُونَ جَنَازَتَهُ ويُصَلُّونَ عَلَيهِ ، ويَشْهَدُونَ دَفنَهُ . وأيُّما مَرِيضٍ قَرَأَ سُورَةَ يس وَهُوُ فِيْ سَكَرَاتِ الموتِ ؛ لَمْ يَقبِضْ مَلكُ الموتِ رُوحَهُ حَتَّى يَجيئَهُ رِضْوَانُ خازِنُ الجنَانِ بِشَربَةٍ مِنَ الجنَّةِ ؛ فَيَشْربُها وَهُوَ عَلَى فِرَاشِهِ ، فَيَمُوتُ وَهُوَ رَيَّانُ ، وَلَا يَحْتَاجُ إِلَى حَوْضٍ مِنْ حِيَاضِ الأَنْبِيَاءِ ؛ حَتَّى يَدْخُلَ الَجنَّةَ وَهُوَ رَيَّانُ Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin kerana Allah SWT akan diampunkan oleh Allah SWT akan dosanya, akan diberi ganjaran pahala seperti membaca al-Quran sebanyak 12 kali. Begitu juga, apabila dibacakan surah Yasin pada orang yang sakit, akan turun kepadanya setiap satu huruf sepuluh orang malaikat yang akan berdiri di sisinya dalam keadaan berbaris dan para malaikat tersebut akan selawat dan beristighfar kepadanya serta menyaksikan ketika nyawanya diambil dan akan memandikannya. Tambahan pula, akan mengikut jenazahnya serta sembahnyang ke atasnya dan menyaksikannya ketika ditanam. Selain itu juga, apabila dibacakan surah Yasin ke atas orang yang sakit ketika dalam keadaan sakaratul maut tidak akan diambil nyawanya oleh malaikat maut sehingga datang malaikat Ridhuan iaitu penjaga syurga dengan membawa minuman daripada syurga maka orang tersebut akan meminumnya ketika berada di atas katil maka dia pun meninggal dalam keadaan tenang dan orang tersebut tidak mengharapkan lagi telaga daripada telaga nabi-nabi sehingga dimasukkan ke dalam syurga dalam keadaan tenang (bahagia)”. Hukum hadith Syeikh al-Albani menghukum hadith tersebut adalah palsu. [Lihat: al-Silsilah al-Dhaifah, no. hadith 4636] Dikatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan rakaat kedua surah al-Mulk. Allah SWT jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima buku amalannya di tangan kanannya dan diberi kesempatan untuk membela 70 orang daripada ahli keluarganya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik”. Hukum hadith Kami tidak menjumpai asalnya. Ini kerana, asal di dalam ibadat adalah tawaqquf (terhenti) sehingga adanya dalil yang menceritakan akan hal tersebut. Tarjih Setelah kami melihat terhadap hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin ini, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa kebanyakan hadith yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin adalah dhaif (lemah) atau palsu. Walaupun begitu, kita sangat digalakkan dan dituntut untuk sentiasa melazimi dan membaca al-Quran tidak kira masa atau tempat, berdasarkan dalil umum yang terdapat di dalam al-Quran dan juga di dalam al-Sunnah al-Sahihah. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 58 | ||
29 | 02/07/2018 14:16:43 | مَنْ وَقَّرَ عَالِمًا فَقَدْ وَقَّرَ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ | “Barangsiapa yang memuliakan seorang alim maka dia telah memuliakan Tuhannya”. | Imam al-Zahabi, Imam al-Bukhari , Imam Ibn ‘Arraq | Bab Adab, Bab Agama, Bab Ilmu | guru, | Palsu | Hukum Hadith Antara ulama’ yang menilai hadith ini: -Imam al-Zahabi mengatakan di dalam sanad hadith terdapat al-Hakam bin Abdullah dan ramai ulama’ yang mengkritiknya (tajrih). Antaranya, Imam Ahmad mengatakan semua hadithnya palsu dan Imam al-Bukhari mengatakan tinggalkan riwayatnya. [Lihat: Mizan al-I’tidal, 572/1] - Imam Ibn ‘Arraq menilai hadith ini sebagai palsu di dalam kitabnya. [Lihat: Tanzih al-Syariah, 274/1] Kami melihat dan berpandangan bahawa hadith di atas adalah palsu dan tidak boleh sesekali kita menyandarkannya kepada Nabi SAW. Walaupun begitu, makna hadith tersebut adalah benar kerana ia sama sekali tidak bercanggah dengan apa yang diajar di dalam agama ini. Ini berdasarkan firman Allah SWT: إِنَّمَا يَخْشَى اللَّـهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ Maksudnya: “Sebenarnya yang bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama’)”. [Fathir:28] Tambahan pula, di sini kami sertakan beberapa matan hadith masyhur yang disandarkan kepada Rasulullah SAW berkaitan memuliakan ulama’ atau orang alim: Daripada Abu Hurairah RA, dikatakan Nabi SAW bersabda: مَنْ أَكْرَمَ عَالِمًا فَقَدْ أَكْرَمَ سَبْعِيْنَ نَبِيًّا Maksudnya: “Barangsiapa yang memuliakan orang alim maka sesungguhnya dia telah memuliakan 70 orang nabi”. Imam Ibn al-Jauzi menghukum hadith ini tidak sahih daripada Nabi SAW kerana padanya terdapat perawi bernama Muhammad bin Amr. Telah berkata Yahya bin Ma’in manusia masih menapis hadithnya. [Lihat: al-‘Ilal al-Mutanahiyah, 100/1] Imam Ibn ‘Arraq mengatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan Imam Ibn al-Jauzi yang mengatakan hadith ini didhaif disebabkan oleh Muhammad bin Amr. Ini kerana, Muhammad bin Amr merupakan salah seorang perawi bagi Sunan al-Arba’ah (Sunan Abi Daud, Jami’ al-Tirmizi, Sunan al-Nasa’ie dan Sunan Ibn Majah). Untuk itu, dhaifnya hadith ini disebabkan orang lain. Imam al-Zahabi mengatakan di dalam Talkhis al-‘Ilal al-Mutanahiyah bahawa hadith ini merupakan ciptaan atau rekaan daripada Abdulrahman bin Muhammad al-Balkhi. [Lihat: Tanzih al-Syariah, 290/1] Daripada Jabir bin Abdillah RA, dikatakan Nabi SAW bersabda: أَكْرِمُوا الْعُلَمَاءَ فَإِنَّهُمْ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ فَمَنْ أَكْرَمَهُمْ فَقَدْ أَكْرَمَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ Maksudnya: “Muliakanlah para ulama’ kerana mereka merupakan pewaris nabi-nabi. Barangsiapa yang memuliakan mereka maka sesungguhnya mereka itu telah memuliakan Allah dan rasulnya”. Imam Ibn al-Jauzi menghukum hadith ini tidak sahih. Telah berkata Imam Ibn ‘Adiy: al-Dahhak bin Hajwah seorang yang munkar hadith apbila diriwayatkan daripada orang-orang yang thiqah. Riwayatnya adalah munkar samada matan dan juga sanadnya. Telah berkata juga Imam Ibn Hibban tidak dibolehkan berhujah dengan hadithnya dan ulama’ telah meriwayatkan hadith ulama’ adalah pewaris nabi dengan sanad yang baik (salih). [Lihat: al-‘Ilal al-Mutanahiyah, 70/1] Imam al-Zaila’i mengatakan pada sanadnya al-Dahhak bin Hajwah dan telah berkata Imam Ibn Hibban tidak dibolehkan berhujah dengan hadithnya. Imam Ibn ‘Adiy mengatatakn dia seorang munkar hadith dan Imam al-Daraquthni mengatakan beliau seorang pemalsu hadith. [Lihat: Takhrij Ahadith al-Kasyaf, 10/3] Imam Ibn ‘Arraq mengatakan bahawa hadith Jabir ini padanya terdapat al-Dahhak bin Hajwah. Di dalam al-Mizan mengatakan hadith daripada musibahnya (al-Dahhak bin Hajwah). [Lihat: Tanzih al-Syariah, 275/1] Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ Maksudnya: “Dan ulama’ itu adalah pewaris para nabi”. [Riwayat Abu Daud (3641)] Imam Ibn Hibban meriwayatkan hadith ini di dalam sahihnya. [Lihat: Sahih Ibn Hibban, 289/1] Imam al-Sakhawi mengatakan hadith ini mempunyai syawahid yang mana setiap syawahid itu saling menguatkan antara satu sama lain. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 459] Imam Ibn al-Mulaqqin menyatakan bahawa hadith ini sahih. Ia diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam musnadnya, Abu Daud di dalam sunannya, al-Tirmizi di dalam Jami’nya dan Abu Hatim bin Hibban di dalam sahihnya daripada hadith Abi Darda’ RA secara marfu’. [Lihat: al-Badr al-Munir, 587/7] Syeikh Syuaib al-Arna’outh ketika mengtakhrijkan hadith ini mengatakan hadith ini hasan dengan syawahid-syawahidnya (sokongan daripada riwayat lain) sebagaimana dijelaskan di dalam Musnad Imam Ahmad. Manakala, sanad hadith ini adalah dhaif disebabkan dhaifnya Kathir bin Qais. [Lihat: Sunan Abi Daud, 485/5] Berikut adalah beberapa hadith yang masyhur dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Di sini, kami menyatakan bahawa kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith yang pertama dan kedua adalah teramat dhaif dari sudut sanadnya kerana mempunyai perawi yang bermasalah dan dikritik hebat oleh para ulama’. Untuk itu, kita tidak boleh menyandarkan hadith yang pertama dan kedua itu kepada Nabi SAW. Adapun, hadith yang ketiga atau yang terakhir, kami memilih untuk mengatakan bahawa hadith tersebut hasan dengan syawahid-syawahid yang ada padanya kerana ia saling kuat-menguatkan antara satu sama lain. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 194 | ||
30 | 06/07/2018 07:07:55 | مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ | “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al- Bukhari, no. Hadith 36 dan 1870] | al- Bukhari, | Bab Bulan-bulan Islam, Bab Iman, Bab Kelebihan, Bab Puasa | Ramadhan, | Sahih | Makna Hadith Hadith di atas bermaksud agar kita bersungguh-sungguh dalam menghidupkan atau membangunkan malam-malam di bulan Ramadhan. Ini kerana, ganjarannya amat besar bagi orang yang membangunkan malam-malam di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah SWT iaitu dihapuskan segala dosa-dosa yang pernah dilakukan. Al-Hafiz Ibn Hajar berkata ketika memberi makna “Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan” adalah kita menghidupkan malam-malamnya (Ramadhan) dengan bersolat. Selain itu, beliau menyebut bahawa Imam al-Nawawi memberi maksud menghidupkan Ramadhan adalah dengan solat Tarawih. [Lihat: Fath al-Bari, 4/251] Mendirikan atau menghidupkan malam Ramadhan bukanlah satu perkara yang wajib tetapi ia merupakan sunnah yang dituntut. Di sini, kami berpendapat bahawa solat tarawih merupakan satu juzuk daripada menghidupkan atau mendirikan malam Ramadhan. Selain itu, kita juga dituntut agar memperbanyakkan ibadah-ibadah yang lain seperti solat-solat sunat, berzikir, membaca al-Quran, beristighfar dan lain-lain lagi. Ini semua termasuk di dalam menghidupkan dan mendirikan malam-malam Ramadhan. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 81 | ||
31 | 14/07/2018 16:03:00 | مَنْ أَسْلَمَ عَلَى يَدَيْهِ رَجْلٌ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ | “Barangsiapa yang tangannya mengislamkan seseorang maka wajib baginya untuk mendapat syurga.” | Imam al-Zahabi, Imam Ibn al-Jauzi, Imam al-Suyuthi, Syeikh Mulla Ali al-Qari, Imam al-Syaukani, Syeikh Ibn ‘Arraq, | Bab Ilmu, Bab Kelebihan | syurga, | tiada asal | Hukum Hadith Berikut adalah beberapa pendapat para ulama’ dalam menilai hadith di atas: Imam al-Zahabi menghukum riwayat ini sebagai terlalu munkar disebabkan salah seorang perawi iaitu Ibn Mu’awiyyah bertafarrud (bersendiri) dalam meriwayatkan hadith ini. [Lihat: Mizan al-‘Itidal, 45/4] Imam Ibn al-Jauzi mengatakan hadith ini adalah palsu. [Lihat: al-Mawdhu’at, 137/1] Imam al-Suyuthi menilai hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-La’ali al-Masnu’ah, 48/1] Syeikh Mulla Ali al-Qari menghukum hadith ini sebagai palsu dan begitu juga Imam al-Saghani. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 327/1 dan juga di dalam al-Masnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Mawdhu’, 177/1] Imam al-Syaukani menilai hadith ini sebagai mawdhu’. [Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 455/1] Syeikh Ibn ‘Arraq juga menghukum hadith ini sebagai palsu. [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 226/2] Setelah melihat sebahagian pendapat para ulama’ berkaitan hukum hadith ini, maka kami cederung untuk mengatakan bahawa hadith ini tidak mempunyai asal atau mawdhu’. Ini kerana, terdapat perawi di dalam sanad hadith ini dihukum sebagai kazzab (pendusta) oleh tokoh besar hadith seperti Yahya bin Ma’in dan al-Daraquthni. Untuk itu, kita tidak boleh sesekali menyandarkannya kepada Nabi SAW dan juga meriwayatkan kepada orang lain melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa menyeru manusia ke jalan hidayah merupakan satu perbuatan yang mulia kerana dia telah melaksanakan salah satu daripada sifat wajib bagi nabi atau rasul iaitu menyampaikan. Tambahan pula, terdapat hadith-hadith lain yang menceritakan galakan menyeru kepada kebaikan dan ganjaran yang akan diperolehi apabila seseorang itu melakukan kebaikan yang diseru itu. Antaranya adalah: Daripada Sahl bin Sa’ad, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: فَوَاللَّهِ لَأَنْ يُهْدَى بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ Maksudnya: “Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik).” [Riwayat al-Bukhari (2942)] Daripada Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.” [Riwayat Muslim (1893)] Daripada Abi Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا Maksudnya: “Barangsiapa yang menyeru (seseorang) kepada hidayah, baginya ganjaran sepertimana ganjaran orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun daripada ganjaran mereka (yang melakukan).” [Riwayat Muslim (2674)] Hadith-hadith di atas, jelas menunjukkan kepada kita akan ganjaran yang hebat akan diterima oleh seseorang yang telah menyeru manusia ke jalan hidayah dan pahala tersebut akan diperolehi selagimana orang yang diseru itu melakukan serta mengamalkannya. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 225 | ||
32 | 27/06/2018 02:59:30 | تَزَوَّجُوْا وَلَا تُطَلِّقُوْا، فَإِنَّ الطَّلَاقَ يَهْتَزُّ مِنْهُ العَرْشُ | “Berkahwinlah dan janganlah kamu bercerai. Maka sesungguhnya talak (bercerai) itu akan menggegarkan ‘arash.” | - | Bab Nikah Kahwin | cerai | tidak sahih | - Imam Ibn al-Jauzi (597 H) menghukum hadith ini tidak sahih. [Lihat: al-Mawdhu’at, 277/2] - Imam al-Saghani (650 H) menilai hadith ini sebagai mawdhu’ (palsu). [Lihat: al-Mawdhu’at, 60/1] - Imam al-Sakhawi (902 H) mengatakan bahawa sanad hadith ini adalah dhaif. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 49/1] - Imam al-Suyuthi (911 H) menyatakan bahawa hadith tersebut tidak sahih. [Lihat: al-La’aali al-Masnu’ah, 151/2] - Imam Ibn Iraq al-Kinani (956 H) menilai hadith ini tidak sahih. [Lihat: Tanzih al-Syariah, 202/2] - Syeih Muhammad Thohir al-Hindi al-Fattani (986 H) menghukum mawdhu’ hadith ini. [Lihat: Tazkirah al-Mawdhu’ah, 132/1] Imam al-Syaukani (1250 H) juga menilai hadith ini sebagai mawdhu’. [Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 139/1] Setelah melihat beberapa pandangan para ulama’ dalam menentukan status hadith ini, maka kami cenderung untuk menyatakan bahawa hadith di atas adalah tidak sahih dan kita tidak boleh sesekali menyandarkannya kepada Nabi SAW serta meriwayatkannya kepada orang lain melainkan bagi menyatakan kepalsuannya. Di samping itu juga, terdapat sebuah lagi hadith yang masyhur dalam kalangan kita iaitu: Daripada Ibn Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda: أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللَّهِ الطَّلَاقِ Maksudnya: “Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak.” [Riwayat Abu Daud (2178) dan Ibn Majah (2018)] Hadith ini telah menjadi perselisihan dalam kalangan ulama’ dalam menentukan hukumnya. Ada sebahagian ulama’ mengsahihkan hadith ini dengan mengatakan bahawa sanadnya bersambung dan ada sebahagian lain yang mengdhaifkan hadith ini disebabkan gugurnya nama sahabat di dalam hadith ini dengan mengatakan bahawa hadith ini adalah mursal. Maka, di sini kami nukilkan perkataan Imam al-San’ani (1182 H) di dalam kitabnya ketika menerangkan berkaitan status hadith ini dengan berkata: “Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah. Ia disahihkan oleh al-Hakim. Akan tetapi, Imam Abu Hatim merajihkan bahawa ia adalah mursal. Begitu juga, al-Daraquthni dan al-Baihaqi merajihkan hadith ini adalah mursal.” [Lihat: Subul al-Salam, 247/2] Tambahan pula, Syeikh Syu’aib al-Arna’outh ketika menghukum hadith ini di dalam Sunan Abu Daud dengan mengatakan bahawa perawi-perawinya adalah thiqah (dipercayai). Akan tetapi, pendapat yang sahih dalam kalangan para imam bahawa hadith ini adalah mursal dan ini juga merupakan pilihan kami dalam menentukan status hadith di atas. Makna Hadith Hadith ini menunjukkan bahawa terdapat pada perkara yang halal itu, perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah SWT dan perkara yang paling dimurkai oleh Allah SWT adalah talak. Ia menjadikannya sebagai kiasan bahawa perkara tersebut tidak mendapat pahala serta perbuatannya itu tidak mendekatkan pelakunya kepada Allah SWT. Sebahagian ulama’ membuat contoh lain bagi perkara halal yang dimurkai oleh Allah SWT adalah solat fardhu yang dilakukan selain daripada masjid (iaitu tidak berjemaah di masjid bagi lelaki) tanpa keuzuran. Hadith ini juga menjadi dalil bahawa sebaiknya jauhilah diri daripada terjatuh dalam perbuatan talak ini selagimana terdapat padanya keluasan (ruang-ruang untuk tidak menceraikan). [Lihat: Subul al-Salam, 247-248/2] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 256 | ||
33 | 05/07/2018 09:59:34 | تَسَحَّرُوا، فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً | “Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 1923 dan Muslim, no. Hadith 45] | - | Bab Ilmu, Bab Kelebihan, Bab Puasa | sahur, | Sahih | Makna Hadith Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith menyatakan bahawa hadith ini menunjukkan galakan dalam bersahur. Telah berlaku ijma’ dalam kalangan ulama’ bahawa bersahur adalah sunat dan ia bukanlah wajib. Adapun keberkatan padanya bermaksud dengan bersahur akan menguatkan seseorang itu untuk berpuasa dan membuat seseorang itu bersemangat dengan bersahur. Di samping itu, dengan bersahur akan membuat keinginan seseorang itu untuk berpuasa bertambah, disebabkan kurangnya kesusahan yang dialami bagi orang yang bersahur (disebabkan keberkatan bersahur). Ini adalah pendapat yang betul dan mu’tamad pada makna hadith ini. Dikatakan juga, keberkatan yang dimaksudkan adalah dengan berjaga malam, berzikir, berdoa pada waktu yang mulia iaitu waktu turunnya rahmat dan diqabulkan (diterima) doa dan istighfar.[Lihat: al-Minhaj, 7/206] Kita juga disunatkan melewatkan bersahur dan mempercepatkan berbuka. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 90 | ||
34 | 05/07/2018 09:55:36 | رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ | “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam”. [Riwayat Ibnu Majah, no. Hadith 1690][Syeikh Syu’aib menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya juga baik] | - | Bab Adab, Bab Ilmu, Bab Iman, Bab Makan dan Minum, Bab Puasa, Bab Solat | solat, | Sahih | Antara Sebab Puasa Menjadi Sia-Sia Inilah sebab yang membuatkan puasa seseorang itu menjadi sia-sia dan hanya merasakan lapar dan dahaga sahaja. Antaranya adalah: Tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan yang keji atau dusta. Terdapat sebuah hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW: مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه Maksudnya:“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 1770, 5597] Tidak meninggalkan perkataan yang melalaikan dan lucah. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ Maksudnya: “Puasa bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum sahaja, akan tetapi puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan yang melalaikan dan lucah”. [Lihat: al-Targhib wa al-Tarhib, 2/154] Antara Sebab Qiyam Menjadi Sia-Sia Di dalam Syarah Miskkah al-Masabih, qiyam seseorang itu menjadi sia-sia apabila hilangnya dua syarat iaitu ikhlas dan khusyu’. [Lihat: Mir’ah al-Mafatih, 6/1053] Tambahan pula, riya’ juga boleh menyebabkan qiyam seseorang itu boleh menjadi sia-sia. Ini kerana, riya; merupakan sifat orang munafiq, berdasarkan firman Allah SWT: إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّـهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّـهَ إِلَّا قَلِيلًا Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang munafiq itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafiq). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riya’ (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)”. [al-Nisa’:142] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 93 | ||
35 | 27/06/2018 02:28:38 | اطْلُبُوا العِلمَ مِنَ المَهدِ إِلى اللّحْدِ | “Carilah (tuntutlah) ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad” | - | Bab Ilmu | ilmu | Palsu | Pendapat Syeikh ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah berkaitan hadis ini Telah berkata al-Syeikh ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah: Perkataan “Menuntut ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad” dan dikatakan juga dengan lafaz “Carilah (tuntutlah) ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad” bukan hadis Nabi SAW. Bahkan ia adalah perkataan yang direka oleh manusia dan tidak boleh menyandarkannya kepada Nabi SAW sebagaimana dilakukan oleh sebahagian orang. Ini adalah hadis palsu yang masyhur di lidah-lidah manusia, yang menghairankan adalah apabila karya-karya yang disusun berkaitan hadis-hadis yang masyhur tidak menukilkan hadis ini.” [Qimah al-Zaman , 30] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 23 | ||
36 | 27/06/2018 02:49:48 | اطلُبُوا العِلْمَ ولو بالصينِ | “Carilah (tuntutlah) ilmu walaupun ke negara Cina” | - | Bab Ilmu | belajar | Sangat lemah | Hukum dan pendapat ulama’ terhadap hadith ini Para ulama’ berbeza pendapat dalam menghukum hadith ini, antaranya ialah : 1) Imam al-Sakhawi : Hadith ini adalah dhaif.[al-Maqasid al-Hasanah, 93] 2) Imam al-Baihaqi : Matannya masyhur dan sanadnya adalah dhaif.[Syu’ab al-Iman, 2:724] 3) Imam al-Zurqani : Hadith ini adalah dhaif.[Mukhtasar al-Maqasid, 109] 4) Imam Ibn Hibban : Hadith ini adalah bathil dan tiada asal baginya.[al-Majruhin, 1:489] 5) Imam al-Syaukani : Hadith ini adalah palsu.[al-Fawaid al-Majumu’ah, kitab al-Fadhail,272] 6) Imam Ibn al-Jauzi : Hukum hadith ini adalah palsu.[al-Mawdhu’at, 1:347] Tarjih Setelah melihat kepada hukum dan pendapat para ulama’ terhadap hadith ini, kami memilih untuk menyatakan bahawa hadith ini adalah terlalu dhaif sebagaimana dinyatakan oleh ramai ulama’ walaupun Imam al-Suyuthi berpendapat padanya banyak jalur daripada Anas RA yang memungkinkan hukumya menjadi hasan.[al-Nukat, 43] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 18 | ||
37 | 02/07/2018 13:46:55 | فِي رَجَبٍ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ مَنْ صَامَ ذَلِكَ الْيَوْمَ ، وَقَامَ تِلْكَ اللَّيْلَةَ كَانَ كَمَنْ صَامَ مِنَ الدَّهْرِ مِائَةَ سَنَةٍ ، وَقَامَ مِائَةَ سَنَةٍ ، وَهُوَ لِثَلاثٍ بَقِينَ مِنْ رَجَبٍ ، وَفِيهِ بُعِثَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ | “Dalam bulan Rejab terdapat hari dan malam yang mana berpuasa pada hari tersebut dan mendirikan malamnya (Qiyamullail) adalah seperti seseorang yang berpuasa setahun selama 100 tahun dan berqiyamullail selama 100 tahun. Hari tersebut adalah 3 hari terakhir daripada bulan Rejab dan padanya juga dibangkitkan Muhammad SAW.” | - | Bab Bulan-bulan Islam, Bab Kelebihan, Bab Puasa | Rejab, | tidak sahih | Bulan Rejab merupakan salah satu daripada bulan yang istimewa buat umat Islam. Ini kerana, ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, bahawa Nabi SAW bersabda: Daripada Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” [al-Bukhari (4054)] Syeikh Mustafa al-Bugho mengatakan perkataan Mudhor ini dinisbahkan kepada satu kabilah yang dinamakan Bani Mudhor kerana kabilah ini amat menjaga akan pengharaman bulan tersebut berbanding bulan-bulan lain ketika menta’liqkan hadith ini di dalam Sahih al-Bukhari. Selain itu, Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 130/4] Berdasarkan soalan di atas, riwayat Salman al-Farisi RA tersebut ada diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman dan Fadhail al-Awqat. Akan tetapi, Imam al-Baihaqi menyatakan bahawa sanad hadith tersebut adalah dhaif. Adapun berkaitan status hadith ini adalah munkar sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalni bahawa hadith ini teramat munkar. [Lihat: Tabyin al-‘Ajab, 31] Tambahanpula, Syeikh Ibn Arraq al-Kinani menyatakan di dalam sanad terdapat perawi yang didhaifkan oleh Ibn Ma’in dan . [Lihat: Tanzih al-Syariah, 161/2] Untuk itu, kami katakan bahawa riwayat atau hadith ini adalah tidak sahih dan kita tidak boleh sama sekali untuk menyandarkannya kepada Nabi SAW. Di sini kami nyatakan beberapa pendapat para ulama’ berkaitan kelebihan bulan Rejab, Antaranya ialah: Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. [Tabyin al-‘Ajab, 9] Imam al-Syaukani pula berkata: “Tidak ada disebut berkaitan amalan pada bulan Rejab secara khusus di dalam sunnah yang sahih, juga yang hasan dan juga yang dhaif (dhaif ringan). Bahkan, kesemua yang diriwayatkan berkaitannya secara khusus adalah palsu lagi dusta dan teramat dhaif”. [al-Sail al-Jarrar, 297] Imam Ibn Rejab berkata: “Tidak ada yang sahih pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab yang khusus daripada Nabi SAW dan juga tidak ada yang khusus daripada sahabat Baginda SAW”. [Faidh al-Qadhir, 210/4] Untuk itu, bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang khusus daripada hadith-hadith yang sahih seperti amal ibadat tertentu. Walaupun begitu, ini tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu. Ini kerana, ia termasuk atau bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain. Kata Abu Bakar al-Warraq: “Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Sya’ban pula adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadhan pula adalah bulan untuk memungut hasil.” [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 121/1] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 261 | ||
38 | 05/07/2018 09:52:47 | والمُسْنَدُ المُتَّصِلُ الإِسْنَادِ مِنْ * رَاوِيْهِ حَتَّى المُصْطَفَى ولَمْ يَبِنْ | “Dan [Musnad] adalah yang bersambung sanadnya daripada, perawinya sampai kepada al-Mustafa (Nabi SAW) tanpa terputus”. | - | Bab Ilmu, hadith | Musnad | maksud hadith | Definisi Hadith Musnad Imam al-Baiquniy di dalam manzhumahnya telah memberi definisi berkaitan hadith Musnad adalah seperti berikut: والمُسْنَدُ المُتَّصِلُ الإِسْنَادِ مِنْ * رَاوِيْهِ حَتَّى المُصْطَفَى ولَمْ يَبِنْ Maksudnya: “Dan [Musnad] adalah yang bersambung sanadnya daripada, perawinya sampai kepada al-Mustafa (Nabi SAW) tanpa terputus”. Musnad bermaksud “yang disandarkan”, adapun pengertian atau definisi hadith Musnad adalah setiap hadith yang disandarkan kepada Nabi SAW tanpa terputus sanadnya sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Baiquniy. Berdasarkan definisi di atas, kita dapat simpulkan bahawa terdapat dua syarat yang diperlukan untuk mengatakan bahawa hadith tersebut adalah hadith Musnad, iaitu: Sanadnya bersambung dan tidak terputus. Hadith tersebut hendaklah disandarkan kepada Nabi SAW. Walaupun begitu, para ahli hadith telah berselisih pendapat dalam memberi definisi terhadap jenis hadith ini kepada beberapa definisi, antaranya: Pertama: Pendapat al-Sam’aniy, al-Hakim dan juga Ibn Hajar: “Setiap jalan atau jalur yang menyampaikan kita kepada Nabi SAW dalam keadaan bersambung”. Kedua: Pendapat Ibn Abd al-Bar: “Apa yang diangkat kepada Nabi SAW atau setiap hadith yang diriwayatkan dengan sanad kepada Nabi SAW adalah Musnad walaupun ia tidak bersambung”. Ketiga: Pendapat Ibn Salah: “Musnad adalah setiap jalur atau jalan yang menyampaikan kita kepada hadith itu Marfu’ atau Mawquf”. Persoalan: Apakah perbezaan antara hadith Musnad dan juga hadith Marfu’? Jawapan: Hadith Marfu’ tidak disyaratkan sanadnya bersambung, adapun hadith Musnah disyaratkan sanadnya bersambung. Persoalan: Adakah semua hadith Musnad itu sahih? Jawapan: Tidak, walaupun sanadnya bersambung tetapi sebahagian perawi yang berada di dalam sanad tersebut lemah atau tidak dikenali maka ia akan memberi kesan pada status hadith tersebut. Contoh hadith Musnad Antara contoh hadith Musnad adalah: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا شَرِبَ الْكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعًا Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf daripada Malik daripada Abu al-Zinad daripada al-A’raj daripada Abu Hurairah RA berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Jika anjing minum (menjilat) daripada bekas salah seorang daripada kalian, maka hendaklah dia mencucinya sebanyak tujuh kali”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 167] Ini adalah hadith Musnad kerana sanadnya bersambung daripada Imam al-Bukhari sampai kepada Nabi SAW. Tambahan pula, hadith ini marfu’ kerana dihujung sanadnya adalah Nabi SAW yang akan dijelaskan pada irsyad al-Hadith yang akan datang. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 95 | ||
39 | 26/06/2018 20:46:10 | وَصُومُوا تَصِحُّوا | “Dan berpuasalah maka kamu akan sihat” | - | Bab Puasa | puasa, | mawdhu (direka) | Hadith ini juga diriwayatkan oleh selain daripada Abu Hurairah RA seperti Ibn Abbas R.anhuma dan juga Ali bin Abi Thalib RA. Akan tetapi, kesemua riwayat tersebut bermasalah dari sudut sanadnya. Antara ulama’ yang memberi komentar terhadap hadith ini: - Imam al-Iraqi mengatakan sanad hadith ini dhaif (lemah). [Lihat: al-Mughni fi Haml al-Asfar, 754/2] - Imam al-Saghani menilai hadith ini sebagai mawdhu’. [Lihat: al-Mawdhu’at, 51] - Imam al-Fattani[1] juga mengatakan sebagaimana yang dikatakan oleh al-Saghani iaitu mawdhu’. [Lihat: Tazkirah al-Mawdhu’at, 70] - Imam al-Syaukani juga menukilkan pandangan al-Saghani iaitu mawdhu’. [Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 90] Kesimpulannya, hadith ini diriwayatkan oleh sekumpulan para sahabat Nabi SAW dan kesemua riwayat tersebut adalah tidak sahih untuk disandarkan kepada Nabi SAW. Oleh itu, para ulama’ berselisih pendapat dalam menentukan hukum terhadap hadith ini. Sebahagiannya terlalu ringan dalam menerima hadith seperti ini dengan menyatakan hadith dhaif tetapi boleh diterima kerana tidak mempunyai hubungan dengan perkara yang halal dan haram. Tambahan pula, sebahagian lagi menyatakan sebaliknya kerana hadith tersebut merupakan hadith yang menceritakan berkaitan fadhail. Walaubagaimanapun, ini tidak menunjukkan bahawa makna (matan atau teks) hadith itu juga tidak sahih. Ini kerana, ilmu kedoktoran telah membuktikan bahawa puasa mempunyai banyak faedah pada kesihatan. Bahkan, sebahagian doktor menjadikan puasa sebagai salah satu cara untuk merawat penyakit. Selain itu juga, kebanyakan manusia tersilap dalam memahami konsep ibadah ini kerana mereka menyangka bahawa diwajibkan berpuasa adalah untuk mendapatkan faedah-faedah ini, sedangkan tujuan utama berpuasa adalah sebagai tanda pengabdian seorang hamba itu kepada Tuhannya selain itu meraih taqwa. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 272 | ||
40 | 28/06/2018 23:55:12 | وَضِدُّهُ ذَاكَ الَّذِي قَدْ نَزَلاَ | “Dan lawan (yang banyak perawinya) baginya (al-Hadith al-‘Aliy) dinamakan [Hadith Nazil]” | - | Bab Ilmu | al-Hadith al-Nazil | Hukum al-Hadith al-Nazil boleh menjadi sahih dan boleh juga menjadi dhaif bergantung kepada perawi-perawi yang berada di dalam sanad | Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Imam al-Baiquniy, yang dimaksudkan dengan al-Hadith al-Nazil ialah setiap hadith yang mempunyai bilangan perawi banyak. Ini kerana, apabila banyaknya bilangan perawi di dalam sesebuah sanad hadith maka hadith tersebut atau sanad tersebut lebih jauh dengan Nabi SAW. Disebabkan itu, ia dinamakan al-Hadith al-Nazil atau al-Isnad al-Nazil kerana ia jauh daripada Rasulullah SAW. Apabila semakin jauh perawi yang meriwayatkan hadith daripada Rasulullah SAW, maka semakin rendah status hadith tersebut kerana menyebabkan bertambahnya bilangan perawi di dalam sanad dan berkemungkinan besar berlakunya kesilapan dalam periwayatan antara perawi. Bagi mengetahui samada hadith tersebut ia al-Nazil atau tidak, ia juga perlulah dibandingkan dengan hadith yang lain sama seperti kita untuk mengenali al-Hadith al-‘Aliy. Kita tidak boleh hanya melihat pada satu hadith sahaja untuk mengetahui bahawa hadith tersebut adalah al-hadith al-Nazil atau sebaliknya. Oleh sebab itu, kita dapat simpulkan bahawa perbahasan berkaitan al-Hadith al-Nazil dan al-Hadith al-‘Aliy ini tidak melibatkan status sesebuah hadith samada ia sahih atau dhaif. Ini kerana, kadang-kadang hadith yang sanadnya rendah (sanad yang perawinya ramai) boleh menjadi sahih manakala hadith yang sanadnya tinggi (sanad yang perawinya tidak ramai) boleh menjadi dhaif ataupun sebaliknya. Pembahagian al-Hadith al-Nazil atau al-Isnad al-Nazil Para ulama’ juga berbeza dalam membuat pembahagian terhadap al-hadith al-Nazil ini sebagaimana yang berlaku pada pembahagian al-Hadith al-‘Aliy. Untuk itu, kami memilih pendapat yang mengatakan bahawa Al-Hadith al-Nazil atau al-Isnad al-Nazil terbahagi kepada lima bahagian sama seperti yang kami nyatakan pada pembahagian al-Hadith al-‘Aliy sebelum ini: Pertama: al-Hadith al-Nazil atau al-Isnad al-Nazil dengan iktibar bahawa ia jauh dengan Nabi SAW. Bahagian ini dinamakan juga sebagai al-Isnad al-Nazil al-Mutlak. Kedua: al-Hadith al-Nazil atau al-Isnad al-Nazil dengan iktibar jauhnya dengan para imam yang mempunyai sifat yang tinggi seperti imam Malik, imam al-Syafie, imam Ahmad dan yang seumpama dengan mereka. Ketiga: al-Hadith al-Nazil atau al-Isnad al-Nazil diiktibar jauhnya dengan riwayat al-Syaikhan (al-Bukhari dan Muslim) dan riwayat ashab al-Sunan (al-Tirmizi, Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah). Keempat: al-Hadith al-Nazil atau al-Isnad al-Nazil disebabkan lewatnya kematian perawi yang meriwayatkan hadith berbanding perawi yang lain di dalam sanad yang lain, walaupun bilangan perawi di dalam sanad hadith tersebut sama. Kelima: al-Hadith al-Nazil atau al-Isnad al-Nazil disebabkan perawi tersebut lewat mendengar hadith daripada gurunya berbanding perawi yang lain yang mendengar lebih dulu sebelum daripadanya walaupun ia daripada guru yang sama. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 63 | ||
41 | 27/06/2018 02:25:17 | فِي الْجَنَّةِ قَصْرٌ لِصُوَّامِ رَجَبٍ | “Di dalam syurga ada sebuah istana bagi orang-orang yang berpuasa di bulan Rejab” | Amir bin Syibl, Abu Qilabah | Bab Puasa | puasa | Batil | Hukum hadith Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Ia (hadith) adalah Mawquf (juga membawa maksud Maqthu’ di sisi mutaqaddimin) pada Abi Qilabah dan dia merupakan seorang tabi’in. Maka orang sepertinya tidak akan mengatakan sesuatu perkara melainkan hanya menyampaikan apa yang didengar daripada generasi sebelumnya iaitu sahabat RA yang pada zamannya turunnya wahyu (sahabat mengambilnya daripada Nabi SAW)”. [Syu’ab al-Iman, 5:337] Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إنَّ في الجنةِ نهرًا يقال له : رجبٌ ، ماؤُه الرحيقُ ، من شرب منه شربة لم يظمأْ بعدَها أبدًا ، أعدَّهُ اللهُ لصوامِ رجبٍ Maksudnya: “Di dalam syurga ada sebuah sungai yang dinamakan sungai tersebut sebagai Rejab, airnya adalah kasturi (atau arak yang suci), barangsiapa yang meminum daripadanya dengan satu minuman tidak akan merasa dahaga selepas daripada itu buat selama-lamanya dan Allah SWT menyediakannya (sungai tersebut) bagi orang-orang yang berpuasa di bulan Rejab”. Takhrij Hadith Hadith ini dimuatkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar di dalam karyanya Tabyin al-‘Ajab fi Fadhail al-Rejab pada halaman ke 12. Hukum Hadith Imam al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa hadith ini adalah bathil. [Lihat: al-Lisan, 5:386] Imam al-Zahabi menghukum hadith ini sebagai bathil. [Lihat: al-Mizan, 5:386] Tarjih Setelah kami melihat dan menekuni berkenaan riwayat ini, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa riwayat Abi Qilabah ini adalah Maqthu’ (terputus) kerana dia merupakan seorang tabi’in dan riwayat ini tidak boleh disandarkan kepada Rasulullah SAW. Begitu juga dengan riwayat Abu Said al-Khudri yang mana kami berpendapat bahawa ia adalah Bathil. Di sini kami naqalkan pendapat atau kata-kata imam al-Baihaqi berkaitan hadith-hadith yang mengkhususkan tentang bulan Rejab: “Telah diriwayatkan dalam bab ini (kelebihan bulan Rejab) hadith-hadith yang mungkar di mana perawi-perawinya tidak dikenali (majhul) dan juga lemah (dhaif)”. [Syu’ab al-Iman, 5:337] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 48 | ||
42 | 05/07/2018 07:47:09 | - | “Di pasar Madinah terdapat seorang yahudi miskin dan buta. Lelaki ini sentiasa mengingatkan orang yang lalu hampir dengannya dengan berkata kepada mereka Muhammad adalah seorang pendusta dan penyihir. Di samping itu juga, dia sering mengejek dan menghina Nabi SAW. Disebabkan itu, Rasulullah SAW sering menziarahinya pada setiap pagi untuk memberi makan kepada lelaki tersebut tanpa Rasulullah SAW berkata sesuatu atau memberitahu siapa dirinya. Nabi SAW melazimi hal tersebut sehinggalah Baginda SAW wafat lalu tiada lagi yang memberi makan kepada lelaki tersebut. Pada suatu hari, Abu Bakar RA bertanya kepada Aisyah RA: Adakah terdapat sunnah daripada sunnah-sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang tidak aku lakukan?. Aisyah RA menjawab: Sesungguhnya engkau telah mengikuti kesemua sunnahnya melainkan satu perkara. Lalu Aisyah RA menceritakan bahawa Rasulullah sentiasa memberi makan kepada seorang yahudi yang buta pada setiap pagi. Setelah itu, Abu Bakar RA terus mengambil makanan dan pergi ke rumah lelaki tersebut untuk memberinya makan tetapi yahudi tersebut menyedari bahawa orang yang memberinya makan ini bukanlah orang yang sama seperti sebelum ini. Yahudi itu bertanya kepada Abu Bakar siapakah yang memberinya makan sebelum ini, lalu Abu Bakar mengatakan bahawa beliau adalah Rasulullah SAW. Apabila mendengar sahaja penjelasan daripada Abu Bakar RA, yahudi itu menangis dan menyesal dengan perbuatannya yang sering menyakiti Nabi SAW dengan kata-katanya. Akhirnya, yahudi tersebut masuk Islam akibat daripada perbuatan Nabi SAW itu” | - | Bab Sirah Nabi | yahudi, | Bukan hadis | Setelah kami meneliti serta cuba untuk mencari sumber dan kesahihan kisah ini, kami tidak menjumpai asal atau sumber kisah ini. Untuk itu, kita tidak dibenarkan untuk menyebarkannya kepada orang lain kerana kisah ini tidak thabit daripada Nabi SAW. Di sana terdapat sebuah kisah yang sahih di antara Rasulullah SAW dan seorang budak berbangsa yahudi. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya Sahih al-Bukhari: Daripada Anas bin Malik RA berkata: كَانَ غُلاَمٌ يَهُودِيٌّ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَمَرِضَ، فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ، فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ، فَقَالَ لَهُ: «أَسْلِمْ»، فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهُوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ: أَطِعْ أَبَا القَاسِمِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَسْلَمَ، فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ: الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ Maksudnya: Terdapat seorang budak yahudi yang membantu Nabi SAW menderita sakit. Maka Nabi SAW datang kepadanya untuk menziarahinya. Lalu Baginda SAW duduk di bahagian kepalanya sambil bersabda: “Masuklah kamu ke dalam Islam”. Budak tersebut melihat ayahnya yang berada di sisinya. Ayahnya berkata kepadanya: “Taatlah kamu kepada Abu al-Qasim (Rasulullah SAW)”. Maka budak tersebut memeluk Islam. Setelah itu, Nabi SAW keluar (daripada rumahnya) sambil bersabda: “Segala puji bagi Allah yang telah membebaskannya dari api neraka”. [Riwayat al-Bukhari (1356)] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 173 | ||
43 | 28/06/2018 20:24:38 | الدُّنْيَا مَزْرَعَةُ الآخِرَةِ | “Dunia ini adalah ladang (tempat bercucuk tanam) bagi akhirat” | - | Bab Akhirat, Bab Ilmu, Bab Iman | dunia | tiada asal | Dunia Adalah Tempat Persinggahan Di dalam al-Qur’an diceritakan bahawa dunia adalah tempat persinggahan bagi manusia dan ia merupakan tempat untuk mengumpulkan amalan-amalan untuk dibawa ke akhirat iaitu tempat yang kekal. Berdasarkan firman Allah SWT: مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak”. [al-Syura:20] Pendapat Ulama’ Berkaitan Hadith Ini Antara ulama’ yang menilai hadith ini adalah: Imam al-Sakhawi mengatakan bahawa beliau tidak menemuinya. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 351] Imam al-Zurqani menyatakan bahawa beliau tidak mengetahuinya (hadith ini). [Lihat: Mukhtasar al-Maqasid, 467] Imam al-Iraqi mengatakan bahawa beliau tidak menjumpai hadith ini marfu’ (sampai) kepada Rasulullah SAW. [Lihat: al-Mughni an Haml al-Asfar, 4/24] Imam al-Saghani menghukum hadith ini palsu. [Lihat: al-Maudhu’at, 64] Syeikh Mulla Ali Qari dalam menyatakan bahawa hadith ini adalah palsu, walaubagaimanapun makna hadith ini adalah betul. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 345] Tarjih Setelah melihat pendapat para ulama’ berkaitan hadith ini, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini tidak diketahui akan asalnya tetapi maknanya adalah sahih kerana ia bertepatan dengan firman Allah SWT di atas. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 98 | ||
44 | 05/07/2018 09:42:46 | الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ | “Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir” | Imam Muslim, Imam al-Tirmizi, Imam Ibn Hibban, Syeikh al-Arna’outh, | Bab Dunia dan Keduniaan, Bab Ilmu, Bab Iman | dunia, | Sahih | Sumber Hadith Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad-nya (8289), Imam Muslim di dalam Sahih-nya (2956), Imam al-Tirmidzi di dalam Jami’-nya (2324) dan Imam Ibn Majah di dalam Sunan-nya (4113). Hukum Hadith - Imam Muslim meletakkan hadith ini di dalam Sahihnya maka ini bermakna hadith ini adalah sahih. - Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih. - Imam Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam sahihnya. - Syeikh al-Arna’outh mengatakan hadith ini sanadnya sahih mengikut syarat Imam Muslim ketika mentaqiqkan Musnad Ahmad. Makna Hadith Imam al-Nawawi berkata makna hadith ini bahawa setiap orang mukmin dipenjara dan dihalang di dunia ini daripada syahwat yang haram dan makruh. Orang mukmin itu juga mukallaf (dituntut) untuk melakukan perbuatan ketaatan yang berat. Namun begitu, apabila dia meninggal maka dia akan berehat daripada semua ini. Dan semua itu akan berubah sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT kepadanya daripada nikmat-nikmat yang berkekalan dan juga kerehatan yang sebenarnya tanpa berkurang apa pun. Adapun orang yang kafir, mereka juga memperoleh apa yang mereka lakukan di dunia dalam keadaan sedikit dan kehidupan yang tidak sempurna atau samar-samar. Apabila dia meninggal, dia akan diazab buat selama-lamanya dan akan berada di dalam kepayahan yang abadi. Lihat al-Minhaj (93/18). Imam al-Munawi dalam mensyarahkan hadis ini dalam Faid al-Qadir (3/546), telah menyebut sebuah kisah yang diambil daripada para ulama: “al-Hafiz Ibn Hajar (al-Asqalani) Ketika dia menjadi Ketua Qadi berjalan pada suatu hari melintasi sebuah pasar. Ketika itu beliau dalam sebuah rombongan penunggang haiwan kenderaan yang besar, cantik lagi mengagumkan. Tiba-tiba meluru ke arahnya seorang lelaki Yahudi, penjual minyak biji rami. Pakaiannya kotor dengan minyak, dan kelihatan semakin lusuh dan buruk. Dia lantas memegang kekang baghal Imam Ibn Hajar dan berkata: “Wahai Syeikh al-Islam! Engkau mendakwa bahawa Nabi kalian berkata: “Dunia itu penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir,” lantas, penjara mana yang engkau berada sekarang? Dan syurga mana yang aku berada sekarang?” Jawab Ibn Hajar: “Aku jika dibandingkan apa yang Allah janjikan bagiku di akhirat nanti daripada kenikmatan syurga, seakan aku sekarang berada di penjara, manakala engkau pula, jika dibandingkan dengan apa yang Allah janjikan bagi engkau di Akhirat, seolah-olah sekarang engkau berada dalam syurga.” Lalu Yahudi itu masuk Islam. Berkaitan taklif (tanggungjawab), Imam al-Marwazi pernah menceritakan bahawa: Aku pernah bertanya kepada Imam Ahmad: “Bagaimana keadaan anda pagi hari ini?”. Beliau menjawab: “Bagaimana kira-kira keadaan seorang hamba pada pagi hari, di mana Rabbnya menuntut dirinya untuk melaksanakan berbagai kewajipan, Nabinya menuntut dirinya untuk menjalankan al-Sunnah, sementara dua malaikat menuntut dirinya untuk beramal dengan benar, di sisi yang lain, jiwanya menuntut dirinya untuk menurut hawa nafsu dan iblis pula menuntutnya untuk melakukan perbuatan keji, malaikat maut pula melihat dirinya untuk mencabut rohnya, sementara keluarganya menuntut daripadanya untuk mencari nafkah”. Penutup Huraian dan syarah hadis di atas menunjukkan bahawa orang beriman itu di dunia diperintahkan untuk taat kepada perintah dan meninggalkan larangan Allah, sebagai ujian untuk mendapatkan rahmat Allah berupa kebahagiaan di akhirat. Ini tidak menafikan peluang bagi seorang manusia, sama ada Islam atau bukan, untuk mendapatkan kekayaan dunia denga usaha dan peluang. Hadis ini juga tidak menjadi halangan untuk orang Islam untuk berbuat baik dengan orang bukan Islam dan membawa mereka untuk masuk Islam seperti mana yang diungkapkan dalam kisah Ibn Hajar di atas. Kesimpulannya, kita perlulah berusaha dan beramal dengan bersungguh-sungguh di dunia ini kerana dunia ini bersifat sementara. Selain itu, kita juga perlulah menjadikan dunia ini sebagai lading untuk kite beramal. Berdasarkan firman Allah SWT: مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) faedah di akhirat, maka Kami akan memberinya serta kami tambahkan pada faedah yang dikehendakinya. Dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, maka Kami akan beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan). Dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun (di akhirat kelak)”. [al-Syura:20] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 166 | ||
45 | 05/07/2018 08:05:12 | ضَاعَ الْعِلْمُ فِي أَفْخَاذِ النِّسَاءِ | “Hilangnya ilmu di peha-peha wanita” | Imam al-Sakhawi, Syeikh al-Zurqani, Syeikh al-Ajlouni, Syeikh Mulla Ali al-Qari, Syeikh al-Qauqaji, | Bab Ilmu, Bab Iman | ilmu | Palsu | hadith ini dinukilkan oleh para ulama’ hadith di dalam kitab mereka yang mengumpulkan hadith-hadith palsu. Hadith di atas ini juga disebut dengan lafaz yang sedikit berlainan iaitu: ضَاعَ الْعِلْمُ بَيْنَ أَفْخَاذِ النِّسَاءِ Maksudnya: “Hilangnya ilmu di antara peha-peha wanita”. Hadith di atas bukan daripada Nabi SAW dan ia merupakan perkataan daripada Bisyr al-Hafi sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Sakhawi dan juga Syeikh Mulla Ali al-Qari. Antara ulama’ hadith yang menilai hadith ini sebagai palsu di dalam kitab mereka ialah: - Imam al-Sakhawi. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 640] - Syeikh al-Zurqani. [Lihat: Mukhtasar al-Maqasid, 597] - Syeikh al-Ajlouni. [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 34/2] - Syeikh Mulla Ali al-Qari. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 237/1][Lihat: al-Mashnu’ Fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’, 120] - Syeikh al-Qauqaji. [Lihat: al-Lu’lu’ al-Marshu’, 112/1] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 170 | ||
46 | 27/06/2018 03:12:08 | لَا تَقُوْلُوْا رَمَضَانَ فَإِنَّ رَمَضَانَ اسْمٌ مِنْ أَسْمَاءِ اللهِ ، وَلَكِنَّ قُوْلُوْا : شَهْرَ رَمَضَانَ | “Janganlah kalian menyebut Ramadhan sahaja kerana Ramadhan merupakan nama daripada nama-nama Allah SWT tetapi katakanlah: bulan Ramadhan”. [Lihat: Sunan al-Kubra, 4:201] | Abu Ma’syar Najih al-Sanadi | Bab Bulan-bulan Islam | Ramadhan, | Lemah | Antara pendapat ulama’ berkaitan hukum hadith ini adalah: Imam Al-Baihaqi: Dalam hadith ini terdapat perawi bernama Abu Ma’syar Najih al-Sanadi yang dihukum dhaif oleh Yahya bin Ma’in. [Lihat: Sunan al-Kubra, 4:201] Imam Al-Hafiz Ibn Hajar: Hadith ini adalah dhaif. [Lihat: Fath al-Bari, 4:135] Imam al-San’ani: Hukum hadith adalah dhaif. [Lihat: Subul al-Salam, 2:239] Imam Al-Nawawi: Hadith ini dhaif. [Lihat: al-Azkar, 475] Imam Ibn al-Jauzi: Hadith palsu dan tiada asal baginya. [Lihat: al-Maudhu’at, 2:545] Tarjih Setelah kami melihat dan meneliti pendapat para ulama’ berkaitan status hadith ini, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini adalah dhaif dan Ramadhan bukanlah salah satu nama daripada nama Allah SWT. Ini kerana, kita hanya dibenarkan untuk menisbahkan kepada Allah SWT perkara-perkara yang Allah SWT menisbahkan hal tersebut kepada diri-Nya atau apa yang Allah SWT ajarkan kepada Nabi SAW dan juga orang-orang yang soleh dalam kalangan manusia. Tambahan pula, kita mengetahui bahawa Allah SWT mempunyai 99 nama yang mulia. Berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ للهِ تِسْعَةً وَتِسْعِيْنَ اسْمًا ، مِائَةً إِلَّا وَاحِدًا ، مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الجَنَّةَ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa yang menghitungnya maka dia akan masuk ke dalam syurga”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 2531] Di samping itu, tidak menjadi masalah jika seseorang itu menyebut Ramadhan sahaja tanpa menyebut Syahr Ramadhan (شهر رمضان). Ini kerana, terdapat di dalam hadith yang sahih bahawa Nabi SAW tidak menyebut Syahr Ramadhan tetapi hanya menyebut Ramadhan, berdasarkah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ قَامَ رَمَضَانَ ، إيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 36] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 77 | ||
47 | 14/07/2018 16:10:33 | لَا تُسَيِّدُونِي فِي الصَّلَاةِ | “Janganlah kamu mengucapkan saidina kepadaku di dalam solat. | Imam al-Sakhawi, Imam Ibn Hajar al-Haithami, Syeikh Mulla Ali al-Qari, Imam al-Qauqaji, Syeikh al-Hut al-Beiruti, | Bab Ilmu, Bab Solat | solat, | tiada asal | kami nyatakan terlebih dahulu beberapa pendapat ulama’ berkaitan hukum ke atas hadith di atas: - Imam al-Sakhawi menyatakan hadith ini adalah tiada asal baginya. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 720/1] - Imam Ibn Hajar al-Haithami menghukum hadith ini sebagai tiada asal baginya. [Lihat: al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 151/1] - Syeikh Mulla Ali al-Qari menilai hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 381/1 dan al-Masnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Mawdhu’, 206/1] - Imam al-Qauqaji menghukum hadith ini tiada asal. [Lihat: al-Lu’lu’ al-Marshu’, 219/1] - Syeikh al-Hut al-Beiruti menghukum hadith ini sebagai tiada asal baginya. [Lihat: Asna al-Mathalib, 318/1] Melihat kepada pendapat sebahagian ulama’ di atas, kami juga cenderung kepada hadith tersebut adalah mawdhu’ dan tiada asal baginya. Walaupun begitu, di sana terdapat perbahasan dalam kalangan ahli feqah berkaitan penambahan lafaz “saidina” di dalam bacaan selawat Ibrahimiyyah selepas daripada membaca tasyahhud. Selain itu, penambahan ini tidak terdapat di dalam bacaan tasyahhud sebagaimana yang diajar oleh Baginda SAW di dalam hadithnya. Di sini kami nukilkan pendapat berkaitan isu ini berdasarkan apa yang telah dinukilkan di dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah: “Lafaz selawat Ibrahimiyyah di dalam kitab-kitab hadith dan feqah yang diambil lafaz selawat tersebut daripada Nabi SAW adalah dengan tidak menyebut lafaz saidina sebelum daripada nama Baginda SAW. Adapun berkaitan penambahan lafaz saidina ini, sesiapa yang tidak bersetuju dengan penambahan tersebut adalah disebabkan mereka ini beriltizam dengan apa yang diajar oleh Nabi SAW kerana perbuatan tersebut di atas dasar mencontohi apa yang diajar oleh Nabi SAW tanpa menambah lafaz tersebut sama ada di dalam zikir-zikir yang mana lafaz-lafaznya adalah thabit daripada Baginda SAW seperti azan, iqamah, tasyahhud dan juga selawat Ibrahimiyyah. Di samping itu, berkaitan penambahan lafaz saidina di dalam selawat Ibrahimiyyah selepas daripada tasyahhud, menurut sebahagian ahli feqah terkemudian berpendapat ianya adalah sunat sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Iz bin Abd al-Salam, al-Ramli, al-Qalyubi, al-Syarqawi yang mana mereka ini daripada kalangan ulama’ yang bermazhab Syafie. Selain itu, al-Haskafiy dan Ibn Abidin daripada ulama’ bermazhab Hanafi yang mengikut apa yang dinyatakan oleh al-Ramli sepertimana yang dijelaskan akan sunatnya (menambah lafaz saidina) oleh al-Nafrawiy daripada ulama’ bermazhab Maliki. Mereka mengatakan bahawa sesungguhnya perbuatan ini (menambah lafaz saidina) adalah dari sudut adab dan meraikan adab lebih baik daripada mengikut semata-mata sepertimana yang dikatakan oleh al-Iz bin Abd al-Salam.” [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 346-347/11] Maka dengan itu, kami melihat terdapat keluasan di dalam isu ini. Barangsiapa yang tidak ingin menambah lafaz saidina tidak menjadi masalah kerana berpegang dengan apa yang diajar oleh Nabi SAW. Begitu juga barangsiapa yang ingin menambahnya juga tidak menjadi masalah kerana ia termasuk di dalam bab beradab dengan Nabi SAW dan keduanya adalah baik. Akan tetapi, mereka yang tidak cenderung kepada penambahan lafaz saidina ini tidak sesekali berhujah dengan hadith di atas kerana ia adalah hadith yang palsu. Adapun yang menerima penambahan lafaz saidina, mereka berhujah dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Nabi SAW mengatakan bahawa dirinya adalah sayyid (penghulu) kepada sekalian anak Adam. Hadith tersebut adalah: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW: أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ Maksudnya: “Aku adalah penghulu sekalian anak Adam pada hari Kiamat.” [Riwayat Muslim (2278)] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 241 | ||
48 | 27/06/2018 02:47:18 | إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا | “Jika kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah kepada Allah SWT akan kurniaan-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi (suara) keldai maka mohon perlindunganlah kepada Allah SWT daripada Syaitan, kerana ia (keldai) sedang melihat syaitan”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 3058, Muslim, no. Hadith 4908, Abu Daud, no. Hadith 4438 dan al-Tirmizi, no. Hadith 3381] | Imam al-Bukhari, Imam Muslim | Bab Kelebihan | ayam berkokok, | Sahih | Hukum Hadith Hadith ini adalah sahih dan ia merupakan hadith Muttafaqun ‘alaih (متفق عليه) kerana ia terdapat di dalam sahih al-Bukhari dan juga sahih Muslim ataupun ia diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga Imam Muslim. Makna Hadith Para ulama’ memahami makna hadith ini bahawa kita diminta untuk berdoa kepada Allah SWT ketika mendengar bunyi ayam berkokok serta dalam masa yang sama kita juga mengharapakan agar para malaikat mengaminkan doa kita dan istighfar para malaikat kepada kita. Selain itu juga, agar para malaikat ini menjadi saksi akan keikhlasan dan kerendahan (kehinaan) diri kita ketika memohon kepada Allah SWT. Tambahan pula, hadith ini menunjukkan sunat kita berdoa ketika kehadiran orang-orang yang soleh. Antara kelebihan yang ada pada ayam ialah dengan mengetahui waktu-waktu walaupun kadang-kadang siang itu panjang dan juga kadang-kadang siang itu pendek. Begitu juga, ia berkokok sebelum dan selepas subuh. Maha suci Allah yang menjadikan ayam seperti itu. Di samping itu juga, apabila kita mendengar bunyi atau suara keldai maka pohonlah kepada Allah SWT agar kita dijauhi daripada keburukan dan kejahatan was-was syaitan. [Irsyad al-Sari li Syarh Sahih al-Bukhari, 5:309] Dikatakan hadith ini menunjukkan bahawa turunnya rahmat ketika hadirnya orang-orang yang soleh maka kita disunatkan untuk berdoa pada waktu itu dan turunnya kemurkaan Allah SWT ketika kita melihat ahli maksiat maka disunatkan kita untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT. [Aun al-Ma’bud, 9:238] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 42 | ||
49 | 14/07/2018 15:54:46 | خَمْسُ خِصالٍ يُفَطِّرْنَ الصائمَ ، ويَنْقُضْنَ الوُضوءَ: الكَذِبُ ، والغِيبةُ ، والنميمةُ ، والنظرُ بشهوةٍ ، واليمينُ الكاذبةُ | “Lima perkara yang membuat orang berpuasa itu berbuka dan juga membatalkan wudhuk iaitu menipu, mengumpat, mengadu domba, melihat dengan syahwat dan bersumpah tipu.” | Imam al-Nawawi, Imam Ibn al-Jauzi, Imam al-Suyuthi, Imam al-Jauraqani, Syeikh Ibn ‘Arraq, | Bab Ilmu, Bab Iman, Bab Puasa | puasa, | Palsu | Sebelum sesorang itu menyampaikan atau meriwayatkan sesebuah hadith adalah menjadi satu kemestian iaitu mengenalpasti akan darjat atau kesahihan hadith tersebut. Ini kerana, ancaman terhadap orang yang berdusta di atas nama Nabi SAW adalah amat dahsyat. Berdasarkan soalan di atas, di sini kami sertakan berkaitan hukum hadith di atas: Imam al-Nawawi mengatakan hadith ini adalah bathil dan tidak boleh dijadikan hujjah. [Lihat: al-Majmu’, 356/6] Imam Ibn al-Jauzi menghukum hadith ini sebagai palsu (mawdhu’). [Lihat: al-Mawdhu’at, 77/2] Imam al-Suyuthi juga menyatakan bahawa hadith ini adalah palsu. [Lihat: al-La’ali al-Masnu’ah, 90/2] Imam al-Jauraqani menilai hadith ini bathil dan pada sanadnya kegelapan. [Lihat: al-Abathil wa al-Manakir, 529/1] Syeikh Ibn ‘Arraq menukilkan di dalam kitabnya bahawa Ibn Abi Hatim telah bertanya kepada ayahnya tentang hadith ini maka jawab ayahnya hadith ini adalah dusta. [Lihat: Tanzih al-Syariah, 147/2] Setelah melihat beberapa pendapat ulama’ di atas, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith tersebut adalah palsu. Untuk itu, kita tidak boleh sama sekali menyandarkannya kepada Nabi SAW ataupun menyebarkannya kepada orang lain. Akan tetapi, kata al-Mawardi dan al-Mutawalli serta selain daripada mereka berdua yang dimaksudkan dengan puasa terbatal adalah hilangnya pahala puasa tersebut dan bukannya puasa itu yang batal. [Lihat: al-Majmu’, 356/6] Walaupun hadith ini adalah palsu, tetapi perkara menipu, mengumpat, mengadu domba, melihat dengan syahwat dan bersumpah tipu adalah dilarang sama sekali di dalam Islam. Adapun dalil-dalil larangan terhadap perkara tersebut, antaranya adalah: Menipu Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ Maksudnya: “Dan jauhilah akan kamu pendustaan (penipuan), kerana pendustaan itu membawa kepada kejahatan.” [Riwayat Muslim (2607)] Mengumpat Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ Al-Hujurat:12 Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah kamu mengumpat sesama kamu dengan yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha mengasihani.” Mengadu domba Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA, bahawa Nabi SAW bersabda: لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang pengadu domba.” [Riwayat Muslim (105)] Melihat dengan syahwat Firman Allah SWT: قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ Al-Nur:30 Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menunduk pandangan mereka (daripada memandang yang haram) serta memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.” Bersumpah tipu Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ حَلَفَ يَمِينَ صَبْرٍ لِيَقْتَطِعَ بِهَا مَالَ امْرِئٍ مُسْلِمٍ، لَقِيَ اللَّهَ وَهْوَ عَلَيْهِ غَضْبَانُ Maksudnya: “Barangsiapa yang melakukan sumpah palsu atas sesuatu dengan tujuan merampas harta seseorang muslim maka dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah murka kepadanya.” [Riwayat al-Bukhari (4549)] Kesimpulannya, hadith di atas adalah tidak sahih dan kita sama sekali tidak dibenarkan menyebarkannya kepada orang lain. Apatah lagi, menyandarkannya kepada Nabi SAW. Ini kerana, hukuman bagi orang yang berdusta di atas nama Rasulullah SAW adalah neraka kerana dia adalah seorang pendusta, sebagaimana sabda Baginda SAW di dalam sebuah hadith sahih yang masyhur iaitu: Nabi SAW bersabda: مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيْثٍ يُرَىْ أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِيْنَ Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta”. [Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 219 | ||
50 | 09/07/2018 07:53:52 | مَسْحُ الرَّقَبَةِ أَمَانٌ مِنَ الْغِلِّ يَوْمَ القِيَامَةِ | “Menyapu sebahagian leher itu aman daripada belenggu pada hari Akhirat” | Imam al-Iraqi, Imam al-Nawawi, Imam Ibn Mulaqqin, Syeikh Mulla Ali al-Qari, | Bab Ilmu, Bab Kelebihan, Bab Wudhu | wudhu, | Bukan hadis | Berdasarkan hadith di atas, kami akan mendatangkan beberapa pendapat ulama’ dalam menilai hadith ini. Ini kerana, hadith ini dinyatakan di dalam kitab Ihya’ bahawa ia adalah daripada Nabi SAW dan hadith ini juga masyhur dalam kalangan fuqaha’ terkemudian yang bermazhab al-Syafie. Pendapat-Pendapat Ulama’ Berkaitan Hadith Ini Antara ulama’ yang menilai dan memberi komentar terhadap hadith ini adalah: Pertama: Imam al-Iraqi mengatakan bahawa hadith yang dimuatkan oleh Imam al-Dailamiy di dalam musnad al-Firdaus daripada hadith Umar sebagai hadith yang dhaif. [Lihat: al-Mughni ‘an Haml al-Asfar, 158/1] Kedua: Imam al-Nawawi: قَوْلُ الْغَزَالِيِّ إنَّ مَسْحَ الرَّقَبَةِ سُنَّةٌ لِقَوْلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَسْحُ الرَّقَبَةِ أَمَانٌ مِنْ الْغُلِّ فَغَلَطٌ لِأَنَّ هَذَا مَوْضُوعٌ لَيْسَ مِنْ كَلَامِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Maksudnya: “Kata-kata al-Ghazali bahawa menyapu tengkuk adalah sunnah berdasarkan hadith Nabi SAW: “Menyapu sebahagian tengkuk itu aman daripada belenggu pada hari Akhirat”. Ini merupakan kesalahan yang telah dilakukan oleh Imam al-Ghazali kerana ini (hadith) adalah palsu dan bukan daripada perkataan Nabi SAW ”. [Lihat: al-Majmu’, 465/1] Ketiga: Imam Ibn Mulaqqin menilai hadith ini sebagai teramat gharib (ganjil) dan tidak diketahui siapa yang mentakhrijkannya selepas mengkaji berkaitannya. [Lihat: al-Badr al-Munir, 221/2] Keempat: Syeikh Mulla Ali al-Qari setelah mendatangkan pendapat al-Nawawi bahawa hadith ini adalah palsu. Aku katakan: Di sana terdapat riwayat daripada Abu Ubaid al-Qasim daripada al-Qasim bin Abdul Rahman daripada Musa bin Tholhah telah berkata: مَنْ مَسَحَ قَفَاهُ مَعَ رَأْسِهِ وُقِيَ مِنَ الْغُلِّ Maksudnya: “Menyapu hujung tengkuk bersama kepalanya akan dijauhkan daripada belenggu”. وَالْحَدِيثُ مَوْقُوفٌ إِلَّا أَنَّهُ فِي الْحُكْمِ مَرْفُوعٌ لِأَنَّ مِثْلَهُ لَا يُقَالُ بِالرَّأْيِ وَيُقَوِّيهِ مَا رُوِيَ مَرْفُوعًا مِنْ مُسْنَدِ الْفُرْدَوْسِ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ لَكِنَّ بِسَنَدٍ ضَعِيفٍ وَالضَّعِيفُ يُعْمَلُ بِهِ فِي فَضَائِلِ الْأَعْمَالِ اتِّفَاقًا وَلَذَا قَالَ أَئِمَّتُنَا إِنَّ مَسْحَ الرَّقَبَةِ مُسْتَحَبٌّ أَوْ سُنَّةٌ Hadith ini adalah mawquf tetapi hukumnya adalah marfu’. Ini kerana, kata-kata seumpama ini bukan merupakan pendapat (seseorang) semata-mata. Bahkan, ia dikuatkan lagi dengan apa yang diriwayatkan secara marfu’ di dalam musnad al-Firdaus daripada Ibn Umar RA tetapi dengan sanad yang dhaif. Hadith dhaif boleh diamalkan dalam fadhail al-A’mal (fadhilat amalan) secara sepakat. Dengan itu, berkata imam-imam kami bahawa menyapu tengkuk adalah digalakkan atau sunnah”. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 315/1] Setelah melihat pendapat di atas, kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith tersebut bukanlah daripada Nabi SAW sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dan beberapa imam-imam yang lain seperti Imam Ibn al-Qayyim di dalam Zad al-Ma’ad. Walaubagaimanapun, amalan ini menjadi amalan oleh sebahagian para fuqaha yang bermazhab al-Syafie dan al-Hanafi kerana mereka berpendapat bahawa hal ini adalah sunat. Di dalam kitab Fiqh al-Islamiy yang dikarang oleh Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili bahawa menyapu tengkuk adalah termasuk di dalam adab-adab ketika berwudhuk. Akan tetapi, jumhur fuqaha’ tidak mengatakan bahawa perbuatan tersebut adalah sunnah, bahkan ia adalah makruh kerana ia termasuk ghuluw (melampau) di dalam agama. [Lihat: Fiqh al-Islamiy wa Adillatuhu, 405,406/1] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 143 | ||
51 | 29/06/2018 00:11:19 | نِيَّةُ الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ | “Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya”. [Riwayat al-Thabarani (5942) dalam al -Mu’jam al-Kabir, 185/6] | - | Bab Iman, Bab Roh | niat, | Lemah | Daripada Umar bin al-Khattab RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. [Riwayat al-Bukhari (1)]. Berdasarkan hadith ini, kita maklum bahawa niat merupakan perkara yang amat penting kerana ia yang akan menentukan tujuan amalan tersebut. Definisi Niat Niat menurut bahasa adalah mengarah diri kepada sesuatu perbuatan. [Lihat: al-Mu’jam al-Wasith, 1021] Manakala menurut dewan bahasa dan pustaka pula, niat adalah maksud atau tujuan sesuatu perbuatan. [Lihat: Kemus Dewan Edisi Keempat, 1080] Menurut Istilah pula, terdapat beberapa definisi yang diberikan: Telah berkata Imam al-Nawawi: النِّيَّةُ عَزْمُ الْقَلْبِ عَلَى عَمَلِ فَرْضٍ أَوْ غَيْرِهِ Maksudnya: “Niat adalah keazaman (tekad) di dalam hati di atas setiap perkara yang fardhu dan selain daripadanya (wajib)”. [Lihat: al-Majmu’, 310/1] Telah berkata Ibn Abidin: قَصْدُ الطَّاعَةِ وَالتَّقَرُّبِ إلَى اللَّهِ تَعَالَى فِي إيجَاد الْفِعْلِ Maksudnya: “Niat adalah tujuan melakukan ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan perbuatan”. [Lihat: Rad al-Mukhtar, 105/1] Berdasarkan definisi di atas, kami berpendapat bahawa niat adalah lintasan hati dalam ketika ingin melakukan sesuatu perkara. Antara faedah atau fungsi niat adalah: Pertama: Membezakan ibadah daripada ibadah-ibadah yang lain. Contohnya antara puasa yang wajib dengan puasa yang sunat. Kedua: Membezakan ibadah daripada adat. Contohnya, seseorang itu mandi dan diniatkan bahawa ia adalah mandi janabah maka mandi tersebut akan mendapat pahala. Jika seseorang itu mandi untuk menghilangkan kepanasan maka tidak akan mendapat pahala kerana mandiannya itu bukanlah berbentuk ibadah. Daripada inilah, para ulama’ mengeluarkan satu kaedah iaitu: الأَمُوْرُ بِمَقَاصِدِهَا Maksudnya: “Setiap perkara itu berdasarkan (dinilai) tujuan-tujuannya”. Hukum Hadith Antara pendapat ulama’ dalam menilai hadith ini adalah: Imam al-Haithami berkata bahawa perawi-perawinya dipercayai melainkan Hatim bin Abbad kerana aku tidak pernah melihat sesiapa yang menyebut berkenaan biodatanya. [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 61/1] Imam al-Iraqi menilai hadith ini sebagai dhaif. [Lihat: al-Mughni fi Haml al-Asfar, 1171/2] Imam Ibn Hajar al-Asqalani juga menilai hadith ini sebagai dhaif. [Lihat: Fath al-Bari, 219/4] Syeikh Mulla Ali Qari mengatakan hadith ini adalah tiada asal baginya (hadith tersebut) atau pada asalnya palsu. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 375/1] Setelah melihat penilaian serta pendapat para ulama’ di atas, kami cenderung untuk mengatakan bahawa hukum hadith di atas adalah dhaif. Walaupun begitu, terdapat sebahagian ulama’ yang melihat bahawa hadith ini adalah hasan dengan syawahid yang terdapat padanya. Antara yang mengatakan sedemikian adalah Imam al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah. Fiqh al-Hadith Terdapat beberapa fiqh al-Hadith yang boleh dikeluarkan daripada hadith ini: Niat memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan halatuju atau tujuan bagi setiap amalan kita. Niat yang betul bagi seorang mukmin itu amat penting dalam melaksanakan sesuatu perkara agar setiap yang dilakukan itu mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Kadang-kandang amalan kita juga boleh berlaku riak, ujub dan sifat-sifat dicela yang lain. Untuk itu, kita harus berjaga-jaga dengan setiap amalan kita agar terhindar daripada sifat-sifat yang dicela tersebut. Niat juga menjadi kayu ukur bagi penerimaan sesuatu amalan. Seruan Melakukan Amalan Soleh Antara ayat al-Qur’an yang menyeru kita agar sentiasa melakukan amal soleh adalah: Firman Allah SWT: فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا Maksudnya: “Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia menyekutukan sesiapa pun dalam ibadah kepada Tuhannya”. [al-Kahfi:110] Di dalam ayat ini, Allah SWT menyeru kita agar melakukan amalan yang soleh jika ingin bertemu dengan Allah SWT di hari Akhirat kelak. Untuk itu, para mufassir atau ahli tafsir mengatakan yang dimaksudkan dengan amalan di situ adalah amalan yang tidak dicemari dengan sifat riyak iaitu menunjuk-nunjuk. Antaranya Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya mendatangkan beberapa hadith ketika menafsirkan makna amalan soleh ini, antaranya: Daripada Jundub RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ سَمَّعَ سَمَّعَ اللَّهُ بِهِ، وَمَنْ يُرَائِي يُرَائِي اللَّهُ بِهِ Maksudnya: “Barangsiapa yang beramal kerana sum’ah (membuat sesuatu agar orang mendengarnya) maka Allah SWT akan menjadikannya (amalan) sebagai sum’ah dan barangsiapa yang beramal kerana riyak (membuat sesuatu amalan agar orang bercakap mengenainya) maka Allah SWT menjadikannya (amalan) sebagai riyak”. [Riwayat al-Bukhari (6499)] Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa kita perlu menjauhi amalan kita daripada sikap atau sifat riyak, sum’ah, ujub dan lain-lain lagi. Di samping itu, niat seseorang itu perlulah ikhlas kerana Allah SWT agar amalan tersebut diterima oleh Allah SWT dan diletakkan amalan tersebut pada timbangan atau neraca kebaikan di Akhirat kelak. Kepentingan Ikhlas Sifat atau niat yang ikhlas kepada Allah SWT adalah amat penting dalam setiap perbuatan dan tingkah laku kita. Ikhlas dari sudut bahasa adalah menyucikan sesuatu. Manakala menurut istilah pula adalah menyucikan amalan dengan niat yang betul iaitu kerana Allah SWT serta menghalang atau menjauhkan amalan tersebut daripada sifat menyekutukan Allah SWT (syirik). Disebabkan itu, Allah SWT berfirman di dalam al-Qur’an bagi menjelaskan akan kepentingan ikhlas ini. Firman Allah SWT: وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya”. [al-Baniyyah:5] Imam al-Qurthubi menafsirkan ayat ini dengan ayat yang lain iaitu: Firman Allah SWT: قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّـهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad SAW): “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadah hanya kepada-Nya”. [al-Zumar:11] Ayat ini menjadi dalil bahawa wajibnya kita berniat dalam melaksanakan perkara-perkara berkaitan ibadah. Ini kerana, ikhlas merupakan amalan hati dan ia perlulah dilakukan semata-mata kerana Allah SWT dan tidak pada selain daripada-Nya. [Lihat: Tafsir al-Qurthubi, 144/20] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 142 | ||
52 | 27/06/2018 02:04:04 | شِرَارُكُمْ مُعَلِّمُو صِبْيَانِكُمْ، أَقَلُّهُمْ رَحْمَةً عَلَى الْيَتِيْمِ، وَأَغْلَظُهُمْ عَلَى الْمِسْكِيْنِ | “Para pengajar anak-anak kalian yang paling buruk adalah yang paling sedikit rasa kasih sayangnya terhadap anak yatim dan paling keras terhadap orang miskin” | Ibn Abbas RA | Bab Adab, Bab Ilmu | pengajar | Palsu | Matan al-Hadith Daripada Ibn Abbas RA, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda: مُعَلِّمُوْا صِبْيَانِكُمْ شِرَارُكُمْ، أَقَلُّهُمْ رَحْمَةً عَلَى الْيَتِيْمِ، وَأَغْلَظُهُمْ عَلَى الْمِسْكِيْنِ Maksudnya: “Para pengajar anak-anak kalian yang paling buruk adalah yang paling sedikit rasa kasih sayangnya terhadap anak yatim dan paling keras terhadap orang miskin”. Di dalam riwayat yang lain: شِرَارُكُمْ مُعَلِّمُو صِبْيَانِكُمْ، أَقَلُّهُمْ رَحْمَةً عَلَى الْيَتِيْمِ، وَأَغْلَظُهُمْ عَلَى الْمِسْكِيْنِ Maksudnya : “Para pengajar anak-anak kalian yang paling buruk adalah yang paling sedikit rasa kasih sayangnya terhadap anak yatim dan paling keras terhadap orang miskin”. Hukum Hadith Al-Qauqaji menghukum hadith ini sebagai [Lihat: al-Lu’lu’ al-Marshu’, 103, no. Hadith 274] Mulla Ali al-Qari menghukum hadith ini sebagai [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 255, no. Hadith 243 dan juga al-Mashnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’, 113, no. Hadith 161] Imam al-Sakhawi menghukum hadith ini sebagai [Lihat: Fath al-Mughith, 1:318] Ibn ‘Adiy menghukum hadith ini sebagai mungkar pals [Lihat: al-Kamil fi al-Dhu’afa’, 4:507] Ibn Abd al-Bar menghukum hadith ini sebagai [Lihat: al-Tamhid, 21:113] Imam al-Suyuthi menghukum hadith ini sebagai [Lihat: al-Laaliy al-Masnu’ah, 2:390] Huraian Hadith ini merupakan contoh salah satu contoh yang digunakan oleh para ahli hadith dalam menerangkan sebab-sebab berlakunya pemalsuan hadith iaitu disebabkan dorongan peribadi atau emosi seseorang perawi. Hal ini disebut oleh Imam al-Suyuthi di dalam kitabnya: وَمِنْ أَمْثِلَةِ مَا دَلَّ عَلَى وَضْعِهِ قَرِينَةٌ فِي الرَّاوِي، مَا أَسْنَدَهُ الْحَاكِمُ، عَنْ سَيْفِ بْنِ عُمَرَ التَّمِيمِيِّ، قَالَ: كُنْتُ عِنْدَ سَعْدِ بْنِ طَرِيفٍ، فَجَاءَ ابْنُهُ مِنَ الْكُتَّابِ يَبْكِي، فَقَالَ: مَا لَكَ؟ قَالَ: ضَرَبَنِي الْمُعَلِّمُ، قَالَ: لَأُخْزِيَنَّهُمُ الْيَوْمَ". Antara contoh yang menunjukkan di atas kepalsuan sesuatu hadith disebabkan petunjuk daripada diri perawi adalah sebuah hadith yang dinyatakan oleh al-Hakim daripada Saif bin Umar al-Tamimi. Dia berkata: Aku berada bersama Sa’ad bin Tharif maka anaknya telah datang dari tempat mengaji Al-Qur`an sambil menangis. Sa’ad bertanya: “Kenapa dengan kamu?” Anaknya menjawab, “Aku dipukul oleh guruku”. Lalu Sa’ad berkata, “Aku akan membuat mereka hina pada hari ini!”. Lalu ia menyebut hadith di atas yang dibuat sendiri. [Lihat: Tadrib al-Rawi, 1:327] Tarjih Setelah kami melihat dan menekuni pendapat para ulama terhadap hadith ini, maka kami katakan bahawa hukum hadith atau riwayat ini adalah palsu dan kita tidak boleh sama sekali menyandarkannya kepada Nabi SAW ataupun menyebarkannya kepada orang lain. Faktor-Faktor Pemalsuan Hadith Antara sebab-sebab berlakunya pemalsuan hadith adalah: Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mencipta hadith-hadith yang berbentuk galakan kepada kebajikan dan hadith-hadith yang berbentuk ancaman dari melakukan kemungkaran. Menyokong fahaman atau kumpulan tertentu seperti Khawarij dan Syiah. Memburukkan dan melakukan serangan terhadap Islam. Mendampingi pemerintah atau kerajaan tertentu. Mendapatkan kepentingan dunia dan juga mencari kemasyhuran. Memalsukan hadith bagi tujuan peribadi. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 69 | ||
53 | 06/07/2018 07:05:16 | أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ | “Permulaan bulan Ramadhan membawa kerahmatan, pertengahannya keampunan dan kesudahannya pelepasan dari api neraka”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, no. Hadith 2815] | Ibn Adiy, Al-Khatib al-Baghdadi, Al-‘Uqailiy, Al-Hafiz Ibn Hajar, Al-Hafiz Ibn Hajar, | Bab Bulan-bulan Islam, Bab Puasa | Ramadhan, | Sangat lemah | Hukum Hadith - Ibn Adiy: Padanya (sanad) terdapat Maslamah bin al-Salt dan dia tidak diketahui. [Lihat: al-Kamil fi Dhu’afa’, 4/325] - Al-Khatib al-Baghdadi: Padanya (sanad) terdapat Salam bin Sulaiman dan dia seorang yang dhaif dalam hadith. [Lihat: Awham al-Jama’ wa al-Tafriq, 2/147] - Al-‘Uqailiy: Tiada asal baginya dan ia daripada al-Zuhri. [Lihat: al-Dhu’afa’ al-Kabir, 2/162] - Al-Hafiz Ibn Hajar: : Padanya (sanad) terdapat Maslamah bin al-Salt. Telah berkata Ibn ‘Adiy bahawa dia (Maslamah) tidak diketahui. [Lihat: Mizan al-I’tidal, 8/59] - Al-Albani: Hadith ini adalah Dhaif Jiddan (teramat lemah) [Lihat: Dhaif al-Jami’, 1/135] dan di dalam silsilahnya beliau menghukum hadith ini sebagai Munkar. [Lihat: Silsilah al-Dha’ifah, 2/263] Tarjih Setelah melihat dan menekuni pendapat para ulama’ maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini adalah teramat lemah tetapi ia boleh diamalkan di dalam al-fadhail. Ini kerana, bulan Ramadhan kesemuanya adalah rahmat, pengampunan dan pembebasan dari api neraka. Maksud Hadith Mafhum daripada hadith ini, ia jelas menunjukkan kerahmatan diperolehi dengan tibanya bulan Ramadhan. Hal ini, dapat disaksikan dengan pelbagai bentuk limpahan rahmat dan rezeki yang diperolehi dan dirasai oleh umat Islam. Begitu juga apabila mereka menekuni ibadat dengan bersungguh-sungguh sudah pasti mereka diberi keampunan Allah SWT yang akhirnya melayakkan seseorang itu terselamat dari api neraka. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 82 | ||
54 | 02/07/2018 14:11:41 | أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ | “Permulaan bulan Ramadhan membawa kerahmatan, pertengahannya keampunan dan kesudahannya pelepasan daripada api neraka”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, no. Hadith 2815] | Ibn ‘Adiy, Al-Khatib al-Baghdadi, Al-‘Uqailiy, Al-Hafiz Ibn Hajar, Al-Albani | Bab Bulan-bulan Islam, Bab Puasa | Ramadhan, | Sangat lemah | Hukum Hadith Antara ulama’ yang menilai dan menghukum hadith ini ialah: - Imam Ibn Khuzaimah menilai hadith ini sebagai sahih di dalam kitabnya iaitu Sahih Ibn Khuzaimah. [Lihat: Sahih Ibn Khuzaimah, no. Hadith 1887] - Ibn ‘Adiy: Padanya (sanad) terdapat Maslamah bin al-Salt dan dia tidak diketahui. [Lihat: al-Kamil fi Dhu’afa’, 4/325] - Al-Khatib al-Baghdadi: Padanya (sanad) terdapat Salam bin Sulaiman dan dia seorang yang dhaif dalam hadith. [Lihat: Awham al-Jama’ wa al-Tafriq, 2/147] - Al-‘Uqailiy: Tiada asal baginya dan ia daripada al-Zuhri. [Lihat: al-Dhu’afa’ al-Kabir, 2/162] - Al-Hafiz Ibn Hajar: : Padanya (sanad) terdapat Maslamah bin al-Salt. Telah berkata Ibn ‘Adiy bahawa dia (Maslamah) tidak diketahui. [Lihat: Mizan al-I’tidal, 8/59] - Al-Albani: Hadith ini adalah Dhaif Jiddan (teramat lemah) [Lihat: Dhaif al-Jami’, 1/135] dan di dalam silsilahnya beliau menghukum hadith ini sebagai Munkar. [Lihat: Silsilah al-Dha’ifah, 2/263] Tarjih Atau Pendapat Kami Setelah melihat dan menekuni pendapat para ulama’ maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini adalah teramat lemah walaupun Imam Ibn Khuzaimah meriwayatkan hadith ini di dalam sahihnya. Akan tetapi, walaupun statusnya teramat lemah namun ia boleh diamalkan di dalam fadhail al-A'mal. Ini kerana, bulan Ramadhan kesemuanya adalah rahmat, pengampunan dan pembebasan daripada api neraka. Maksud Hadith Mafhum daripada hadith ini, ia jelas menunjukkan kerahmatan diperolehi dengan tibanya bulan Ramadhan. Hal ini, dapat disaksikan dengan pelbagai bentuk limpahan rahmat dan rezeki yang diperolehi dan dirasai oleh umat Islam. Begitu juga apabila mereka menekuni ibadat dengan bersungguh-sungguh sudah pasti mereka diberi keampunan Allah SWT yang akhirnya melayakkan seseorang itu terselamat daripada api neraka. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 82 | ||
55 | 27/06/2018 03:09:15 | أَتَاهُ جِبْرِيلُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَلْعَبُ مَعَ الْغِلْمَانِ، فَأَخَذَهُ فَصَرَعَهُ، فَشَقَّ عَنْ قَلْبِهِ، فَاسْتَخْرَجَ الْقَلْبَ، فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ عَلَقَةً، فَقَالَ: هَذَا حَظُّ الشَّيْطَانِ مِنْكَ، ثُمَّ غَسَلَهُ فِي طَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ بِمَاءِ زَمْزَمَ، ثُمَّ لَأَمَهُ، ثُمَّ أَعَادَهُ فِي مَكَانِهِ، وَجَاءَ الْغِلْمَانُ يَسْعَوْنَ إِلَى أُمِّهِ - يَعْنِي ظِئْرَهُ - فَقَالُوا: إِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ قُتِلَ، فَاسْتَقْبَلُوهُ وَهُوَ مُنْتَقِعُ اللَّوْنِ "، قَالَ أَنَسٌ: «وَقَدْ كُنْتُ أَرَى أَثَرَ ذَلِكَ الْمِخْيَطِ فِي صَدْرِهِ | “Rasulullah SAW telah didatangi oleh malaikat Jibril AS ketika baginda SAW sedang bermain-main bersama budak-budak kecil yang lain. Maka, Jibril AS telah mengambil baginda SAW lalu merebahkan baginda SAW. Kemudian, Jibril As telah membelah dada baginda SAW dengan mengeluarkan segumpal darah daripada hati baginda SAW sambil berkata “Ini adalah bahagian syaitan yang terdapat di dalam dirimu”. Kemudian Jibril AS menyucikannya di dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada emas dengan menggunakan air zamzam. Setelah itu, Jibril AS menjahitnya kembali dan mengembalikan baginda SAW di tempat permainannya tadi. Budak-budak kecil yang bermain bersama baginda SAW tadi pergi mengadu kepada ibunya dengan mengataka bahawa: “Muhammad telah dibunuh”. Orang ramai menyambut baginda SAW yang dalam keadaan pucat kerana baginda masih di dalam ketakutan. Anas berkata: “Aku telah melihat kesan jahitan tersebut di dada baginda SAW”. [Riwayat Muslim, (162)] | imam muslim | Bab Nabi dan Kenabian | dibelah, | Sahih | status kisah tersebut adalah sahih kerana terdapat sebuah hadith yang sahih menunjukkan akan berlakunya peristiwa tersebut. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Muslim RA di dalam sahihnya dan ia telah diceritakan oleh Anas bin Malik RA | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 121 | ||
56 | 02/07/2018 14:02:51 | رَجَبُ شَهْرُ اللَّهِ وَشَعْبَانُ شَهْرِي وَرَمَضَانُ شَهْرُ أُمَّتِي | “Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban pula adalah bulanku (Rasulullah SAW) dan Ramadhan adalah bulan umatku”. | Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Imam Ibn al-Jauzi, Imam al-Suyuthi, Imam Ibn ‘Arraq al-Kinani, Imam al-Syaukani, Syeikh Mulla Ali al-Qari, Syeikh al-Albani, | Bab Bulan-bulan Islam, Bab Puasa | Ramadhan, | Palsu | Hukum Hadith Berikut adalah beberapa pendapat para ulama’ dalam menilai dan menghukum hadith di atas: - Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menilai hadith ini sebagai bathil. [Lihat: Tabyin al-‘Ajab, 14] - Imam Ibn al-Jauzi menghukum hadith tersebut sebagai palsu. [Lihat: al-Maudhu’at, 124/2] - Imam al-Suyuthi mengatakan hadith ini dhaif. [Lihat: Jami’ al-Saghir, 426] - Imam Ibn ‘Arraq al-Kinani menilai hadith ini sebagai palsu. [Lihat: Tanzih al-Syari’ah, 90/2] - Imam al-Syaukani mengatakan hadith ini adalah palsu. [Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 47] - Syeikh Mulla Ali al-Qari menghukum hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 460] - Syeikh al-Albani menghukum hadith ini sebagai dhaif. [Lihat: Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah] Setelah kami meniliti dan melihat penilaian yang dilakukan oleh para ulama’ berkaitan hadith ini, maka kami cenderung untuk mengatakan hadith ini sanadnya lemah kerana sanadnya terputus. Di samping itu, Syeikh Mulla Ali al-Qari mengatakan bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Abu Fath ibn Abi al-Fawaris di dalam kitab al-Amali daripada Hasan al-Basri secara mursal (iaitu riwayat tabi’in terus kepada Nabi SAW dan tidak melalui sahabat). [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 460] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 207 | ||
57 | 06/07/2018 07:02:25 | إنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ | “Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 734] [Hadith ini adalah Hasan Sahih sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Tirmizi] | Imam al-Tirmizi | Bab Ilmu, Bab Solat | tarawih | Sahih | Hadyu Nabawi Dalam Hadith Ini Lafaz Nabi SAW di dalam hadith iaitu “solat bersama imam sampai ia selesai” jelas menunjukkan bahawa yang menjadi anjuran dan sunnah Nabi adalah solat sunat tarawih bersama imam dari awal sehingga imam selesai solat witir khir. Hadith ini menunjukkan bahawa fadhilat yang besar bagi makmum yang solat bersama imam sehingga selesai dengan mendapat pahala Qiyam sepanjang malam. Hadith ini juga memberi kefahaman kepada kita bahawa seandainya imam itu mendirikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat dan 3 rakaat witir maka makmum juga perlu menyelesaikan kesemua rakaat tersebut bersama imam sekiranya ingin mendapat fadhilat pahala solat sepanjang malam. Begitu juga, jika imam mendirikan solat 8 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir maka makmum juga perlu menyelesaikan kesemua rakaat tersebut bersama imam. Persoalan Solat witir biasanya dilakukan di akhir malam sebagai penutup segala ibadah kita pada hari tersebut,. Adakah perlu dilakukan solat witir sekali lagi ketika bangun untuk melakukan solat malam secara bersendiri walaupun ia telah dilakukan bersama imam ketika solat Tarawih? Jawapan Solat Witir boleh dilakukan selepas Isyak sehingga menjelang fajar (subuh) dan ia juga sebagai penutup segala solat. Berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda: اجْعَلُوْا آخِرَ صَلَاتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا Maksudnya: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir”. [Riwayat Bukhari, no. Hadith 943 dan Muslim, no. Hadith 1245] Bagi menjawab persoalan ini, kami cenderung untuk mengatakan bahawa cukup hanya sekali melakukan witir pada satu malam, berdasarkan sebuah hadith yang dihukum hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar RA bahawa Nabi SAW bersabda: لَا وِتْرَانَ فِيْ لَيْلَةٍ Maksudnya: “Tidak ada dua witir dalam satu malam”. [Riwayat al-Nasa’ie, no. Hadith 1661] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 83 | ||
58 | 09/07/2018 07:38:19 | مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّهُ | “Sesiapa yang kenal dirinya maka dia telah mengenal Allah” | Imam al-Saghani, Imam al-Suyuthi, Imam al-Zurqani, Syeikh Mulla Ali al-Qari, | Bab Iman | Allah, | Palsu | Pendapat Ulama Berkaitan Hadith Ini Antara pendapat para ulama’ berkaitan hadith ini: - Imam al-Saghani menyatakan ia bukan daripada Rasulullah SAW. [Lihat: al-Maudhu’at, 35] - Imam al-Suyuthi mengatakan hadith ini bathil dan tidak sahih. [Lihat: al-Tadrib al-Rawi, 2/167] - Imam al-Zurqani mengatakan ia bukan hadith. [Lihat: Mukhtasar al-Maqasid, 1052] - Syeikh Mulla Ali al-Qari menilai hadith ini sebagai tiada asal baginya. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 337] Tarjih Setelah melihat dan menekuni pendapat para ulama’ dalam menilai hadith ini, maka kami berpendapat bahawa hadith ini adalah palsu dan tiada asal baginya. Dengan itu, kita sama sekali tidak boleh menyebarkannya kepada orang lain melainkan bagi menyatakan akan kepalsuannya. Akan tetapi di dalam nas ilahi, Allah SWT menuntut hamba-hambanya untuk sentiasa melihat dan berfikir dengan apa yang terdapat pada diri mereka. Ini dapat dilihat berdasarkan firman Allah SWT: وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ Maksudnya: “Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”. [al-Zariyat:21] Menurut Imam al-Thabari, makna “pada diri kamu” adalah wahai sekalian manusia pada diri kamu itu terdapat tanda dan pengajaran yang menunjukkan akan keesaan (kebesaran) Penciptamu. Selain itu, sesungguhnya tiada Tuhan bagimu selain daripada-Nya dan tidak ada sesuatu yang dapat menandingi ciptaan-Nya sebagaimana kamu (diciptakan). Manakala makna “tidakkah engkau melihatnya” bermaksud tidakkah engkau melihat padanya (penciptaanmu) lalu engkau berfikir akannya maka engkau mengetahui akan hakikat keesaan (kebesaran) Penciptamu iaitu Allah SWT. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 21/519] Selain ayat ini, terdapat banyak lagi ayat-ayat atau nas-nas ilahi yang menceritakan akan tuntutan kita untuk sentiasa berfikir dan mengingati Allah SWT dalam apa jua keadaan. Tambahan pula, Allah SWT mengurniakan kita akal agar kita berfikir serta menggunakannya sebaik-baiknya agar kita tidak termasuk di dalam orang-orang yang kufur di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 102 | ||
59 | 02/07/2018 13:36:48 | مَنْ نَامَ بَعْدَ الْعَصْرِ، فَاخْتُلِسَ عَقْلُهُ، فلا يَلُومَنَّ إِلَّا نَفْسَهُ | “Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.” | “Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.” | Bab Adab, Bab Ilmu | tidur, | Sangat lemah | Sesungguhnya Allah SWT menjadikan setiap insan atau tubuh badan manusia itu memerlukan kepada rehat secukupnya. Tidur merupakan salah satu cara untuk seseorang itu merehatkan tubuh badannya. Hal ini telah dikhabarkan oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya yang suci: Firman Allah SWT: وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا Maksudnya: “Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat. [al-Naba’ : 9] Kata Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini, tidur itu adalah memutuskan pergerakan bagi tujuan merehatkan diri daripada banyak bergerak dan berjalan pada urusan kehidupan bagi menempuh waktu siang. [Lihat: Tafir Ibn Kathir, 307/8] Berdasarkan soalan di atas, di sini kami sertakan beberapa pendapat para ulama’ dalam menentukan status hadith ini: Imam Ibn Hibban mengatakan di dalam sanad hadith ini terdapat Khalid bin al-Qasim dan dia menyambung riwayat-riwayat yang terputus, menrafa’kan riwayat-riwayat yang mursal dan juga menyambung riwayat-riwayat yang mawquf maka tidak boleh menulis riwayatnya. [Lihat: al-Majruhin, 334/1] Imam Ibn al-Jauzi menghukum hadith ini sebagai tidak sahih. [Lihat: al-Mawdhu’at, 252/2] Imam al-Zahabi mengatakan di dalam sanad hadith ini terdapat Khalid bin al-Qasim yang dituduh berdusta. [Lihat: Tartib al-Mawdhua’at, 239] Imam al-Haithami mengatakan perawi bernama Amr bin al-Husain seorang yang matruk. [Majma’ al-Zawaid, 119/5] Imam al-Syaukani mengatakan bahawa di dalam sanad hadith ini terdapat perawi yang berdusta. [Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 216] Syeikh al-Albani menilai hadith ini sebagai dhaif. [Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah, 112/1] Berdasarkan beberapa pendapat para ulama’ di atas, kita memahami bahawa sebahagian pendapat ulama’ mengdhaifkan hadith ini dan sebahagian yang lain memalsukan hadith ini. Maka dengan itu, kami berpandangan bahawa hadith tersebut adalah teramat lemah kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yang dituduh berdusta. Maka dengan itu, kami nyatakan bahawa tiada hadith sahih yang melarang tidur selepas asar. Akan tetapi, jika dikatakan tidur pada waktu ini boleh menghilangkan akal berdasarkan kepada tajrubah dan ia boleh membawa kepada mudharat maka ia sebaiknya perbuatan ini mestilahlah dijauhi kerana setiap insan itu mesti mejauhkan dirinya daripada perkara yang boleh memudharatkan dirinya. Di samping itu, jika seseorang itu memerlukan atau berhajat untuk tidur pada waktu tersebut maka ia dibolehkan. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 227 | ||
60 | 09/07/2018 07:26:27 | إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ | “Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan” | Ibn Majah | Bab Bulan-bulan Islam, Bab Ilmu, Bab Iman | Nisfu Sya’ban, | Sahih | Bulan Sya’ban adalah merupakan di antara bulan yang agung dalam syarak. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang sahih. Di samping itu, terdapat beberapa hadith yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Sya’ban. Hadith-hadith berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban telah diriwayatkan daripada Nabi SAW melalui beberapa jalur. Antaranya melalui jalur Abu Musa al-Asy’ari RA, Aisyah RA, Abu Tha’labah RA, Abdullah bin Amr RA, Mu’az bin Jabal RA, Abu Hurairah RA dan Abu Bakar RA. Matan hadith Di sini kami datangkan beberapa matan hadith yang berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban. Antaranya: Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184] Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إنَّ اللهَ تعالى يَنْزِلُ ليلةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا ، فيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كلبٍ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pengawal”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 670] Al-‘Aini mengatakan hukum hadith ini adalah munqathi’. [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 11:116] Daripada Abu Tha’labah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ اطَّلَعَ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فَيَغْفِرُ لِلْمُؤْمِنِ، وَيُمْلِي لِلْكَافِرِينَ، وَيَدَعُ أَهْلَ الْحِقْدِ بِحِقْدِهِمْ حَتَّى يَدَعُوهُ Maksudnya: “Apabila tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT melihat kepada makhluk-Nya. Kemudian Allah SWT mengampunkan orang yang beriman serta mengabaikan orang yang kufur dan membiarkan orang yang dengki dengan dengkinya sehingga mereka itu meninggalkannya”. [Syu’ab al-Iman, no. Hadith 3551] Ibn Jauzi mengatakan bahawa hukum hadith ini adalah tidak sahih. [Lihat: al-‘Ilal al-Mutanihiyah, 2:560] Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda: يَطَّلِعُ اللهُ عزَّ وجلَّ إلى خَلْقِهِ ليلَةَ النِّصفِ مِنْ شَعْبَانَ ، فيَغْفِرُ لِعبادِهِ إِلَّا لِاثْنَيْنِ مُشَاحِنٍ ، وقَاتِلِ نَفْسٍ Maksudnya: “Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 6353] Ibn Hajar mengatakan sanadnya layyin (salah satu daripada ciri hadith dhaif). [Lihat: al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, 2:43] Manakala Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih [Lihat: Musnad Ahmad, 10:127] Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda: يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665] Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَغْفِرُ اللهُ لِعِبَادِهِ إِلَّا لمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ Maksudnya: “Apabial tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Majma’ al-Zawaid, 8:68] Imam al-Sakhawi menyatakan bahawa perawi-perawinya tidak ada dipertikaikan. [Lihat: al-Ajwibah al-Mardhiyyah, 1:325] Daripada Abu Bakar RA, bahawa Nabi SAW bersabda: يَنْزِلُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِكُلِّ نَفْسٍ إِلَّا إِنْسَانًا فِيْ قَلْبِهِ شَحْنَاء أَوِ المُشْرِكَ بِاللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ Maksudnya: “Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan setiap yang bernyawa kecuali orang yang ada dalam hatinya permusuhan dan juga orang yang syirik”. Imam al-Bukhari mengatakan padanya nazhar (perlu diteliti),manakala Ibn ‘Adiy mengatakan sanadnya mungkar. [Lihat: Lisan al-Mizan, 5:269] Tarjih hukum hadith Setelah melihat hadith-hadith berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban telah berlaku perselisihan antara para ulama’ dalam menyatakan hukum berkenaan hadith ini. Sebahagian mereka mengsahihkan hadith ini dan sebahagian lagi sebaliknya. Berdasarkan hadith-hadith yang kami nyatakan, ia menunjukkan akan sabitnya hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Sya’ban sehinggakan Ibn Hibban mengsahihkan satu riwayat daripada Mu’az bin Jabal tanpa memerlukan sokongan daripada jalur yang lain. Untuk itu, kami cenderung untuk mengatakan bahawa hukum hadith ini sahih dengan kesemua jalur-jalurnya yang lain dan ini menunjukkan bahawa hadith ini mempunyai asal. Walaubagaimanapun, kelebihan malam nisfu Sya’ban adalah sabit namun amalan tertentu pada malam tersebut adalah tidak ada sama sekali melainkan amalan yang bersifat umum seperti memperbanyakkan zikir, istighfar kepada Allah SWT, solat-solat sunat, berdoa, bersedekah dan lain-lain lagi. Antara ulama’ yang menyatakan sedemikian ialah Syeikh Syuaib al-Arnaouth ketika mentahqiqkan kitab Sahih Ibn Hibban bahawa hadith berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban adalah sahih berdasarkan syawahid-syawahidnya dan syawahid-syawahid ini saling menguatkan antara satu sama lain dalam bab ini (kelebihan malam pertengahan bulan Sya’ban) walaupun setiap jalur itu mempunyai perbincangan. [Lihat: Sahih Ibn Hibban, 12:481] Feqah hadith Antara feqah hadith yang boleh diambil dan difahami daripada hadith-hadith ini: Terdapat hadith lain yang menyatakan bahawa Allah SWT turun pada setiap satu pertiga malam. Namun, di dalam hadith ini menunjukkan bahawa Allah SWT turun pada malam nisfu Sya’ban sepanjang malam sebagaimana dikhabarkan oleh Nabi SAW. Malam bermula selepas terbenamnya matahari. Kita dituntut pada malam ini untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Untuk itu, tidak dinafikan bahawa pada malam tersebut mempunyai kelebihan dan padanya terdapat keampunan serta penerimaan yang khusus bagi yang memohon ampun dan yang berdoa kepada-Nya. Disebabkan itu, Imam al-Syafie mengatakan sesungguhnya berdoa padanya iaitu pada malam nisfu Sya’ban adalah mustajab. Di dalam hadith ini juga menunjukkan keampunan Allah SWT amat luas. Antaranya firman Allah SWT yang menceritakan akan Allah SWT itu bersifat dengan pengampun. Firman Allah SWT: فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun”. [Nuh:10] Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa orang yang syirik kepada-Nya melainkan dengan taubat. Berdasarkan firman Allah SWT: إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik yang mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar”. [al-Nisa’:48] Orang yang bermusuhan tidak akan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Ini ada disebut di dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim RA. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ، فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِالله شَيْئًا إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ، فَيُقَالُ: أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا، أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا، أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا Maksudnya: “Sesungguhnya pintu-pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis maka diampunkan setiap hamba yang tidak syirik kepada Allah SWT dengan sesuatu kecuali bagi orang yang antara dia dan saudaranya saling bermusuhan. Lalu dikatakan: Tangguhkanlah dua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah dua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah dua orang ini sehingga mereka berdamai”. [Riwayat Muslim, 4652] Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempunyai sifat dengki dan Allah SWT akan membiarkan mereka ini sehingga mereka meninggal sifat tersebut. Sifat dengki ini juga boleh digolongkan dalam golongan orang yang bermusuhan. Terdapat sebuah hadith yang melarang kita daripada sifat dengki ini. Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: لاَ تَبَاغَضُوا ، وَلاَ تَحَاسَدُوا ، وَلاَ تَدَابَرُوا ، وَكُونُوا عِبَادَ اللهِ إِخْوَانًا Maksudnya: “Janganlah saling memarahi, saling mendengki, saling membelakangi. Jadilah kalian hamba-hamba Allah SWT yang bersaudara”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 5612] Di samping itu juga, orang-orang yang membunuh diri tidak akan mendapat keampunan daripada Allah SWT kerana dosa membunuh diri termasuk di dalam dosa besar yang memerlukan seseorang itu bertaubat. Berdasarkan sebuah hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الموبِقَاتِ . قالوا : يَا رَسُولَ اللهِ : وَمَا هُنَّ ؟ قال : الشِّركُ بِاللهِ ، وَالسِّحرُ ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِلَّا بِالحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا ، وَأَكْلُ مَالِ اليَتِيْمِ ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ ، وَقَذْفُ المحْصَنَاتِ المؤْمِنَاتِ الغَافِلَاتِ Maksudnya: “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Para sahabat RA bertanya: Wahai Rasulullah SAW, apakah perkara-perkara tersebut? Rasulullah SAW bersabda: Syirik kepada Allah SWT, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT kecuali dengan hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri daripada peperangan dan menuduh wanita mukmin yang suci melakukan zina”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 2560] Pendapat ulama’ berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ berkaitan malam nisfu Sya’ban: Telah berkata Imam al-Syafie RA: “Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”. [Lihat: al-Um, 1:264] Ibnu Rajab RA mengatakan: “Berkaitan malam nisfu Sya’ban, pada zaman dahulu para tabi’in daripada penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu”. [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 247] Pendapat ulama’ berkaitan solat sunat al-Raghaib (الرغائب) Solat al-Raghaib adalah solat sunat yang dilakukan pada awal malam dalam bulan Rejab sebanyak 12 rakaat dan juga ia dilakukan pada malam nisfu Sya’ban sebanyak 100 rakaat. Selain itu, solat ini dilakukan antara waktu Maghrib dan Isyak. Antara dalil yang digunakan bagi menyatakan akan kewujudan solat ini adalah: Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda: يَا عَلِي, مَنْ صَلَّى مِائَة رَكْعَة لَيْلَة النِّصْفِ مِنْ شَعْبَان، يَقْرَأ فِي كُلِّ رَكْعَة بِفَاتِحَةِ الكِتَاب, وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدْ عَشرَ مَرَّات, إِلَّا قَضَى اللهُ لَهُ كُلّ حَاجَة Maksudnya: “Wahai Ali, barangsiapa yang solat seratus rakaat pada malam nisfu Sya’ban, lalu dia membaca setiap rakaat itu surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali pasti Allah SWT akan memakbulkan setiap hajatnya”. Hadith ini adalah palsu sebagaimana dihukum oleh Imam al-Syaukani , Imam Ibn al-Jauzi dan ramai lagi dalam kalangan ahli hadith. Selain itu, Imam Ibn al-Qayyim juga menyatakan bahawa antara hadith-hadith palsu adalah hadith berkaitan solat pada malam nisfu Sya’ban. [Lihat al-Manar al-Munif, 98] Antara pendapat para ulama’ berkaitan solat sunat al-Raghaib adalah: Telah berkata Ibn Hajar al-Haithami: “Adapun solat sunat al-Raghaib adalah seperti solat yang biasa pada malam nisfu Sya’ban dan kedua-dua ini (solat pada awal malam dalam bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban ) adalah bid’ah yang buruk dan dikeji. Hadith berkaitannya pula adalah palsu maka ia dibenci kepada pelakunya samada bersendiri atau berjemaah”. [Lihat: al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1:216] Telah berkata Imam al-Nawawi: “Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib adalah solat yang dilakukan pada awal malam dalam bulan Rejab sebanyak 12 rakaat antara waktu Maghrib dan Isyak dan juga solat pada malam nisfu Sya’ban sebanyak 100 rakaat. Kedua-dua solat ini adalah bid’ah yang mungkar lagi buruk”. [Lihat: al-Majmu’, 3:548] Telah berkata Imam Ibn al-Jauzi: “Solat al-Raghaib adalah palsu (direka) di atas nama Rasulullah SAW dan pendustaan ke atas Baginda SAW. Para ulama’ telah menyebut akan bid’ah dan keburukan kedua solat ini dengan beberapa cara: Antaranya adalah bahawa sahabat, tabi’in dan generasi selepas daripada mereka daripada kalangan imam-imam yang mujtahid tidak menyatakan akan kedua solat ini. Jika kedua solat ini disyariatkan maka mereka tidak akan terlepas daripada melakukannya. Tambahan pula, ia muncul selepas 400 tahun”. Telah berkata Imam al-Syaukani: “Ini adalah solat al-Raghaib yang masyhur yang mana para huffaz telah bersepakat bahawa ianya palsu atau direka”. [Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 48] Berdasarkan sebahagian pendapat ulama’ yang kami nyatakan ini, maka di sini kami ingin tekankan dan jelaskan bahawa solat al-Raghaib adalah tidak mempunyai asal di dalam agama dan ia merupakan satu pendustaan yang direka di atas nama Nabi SAW. Amalan yang digalakkan pada malam nisfu Sya’ban Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu Sya’ban tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya samada dengan membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum. Oleh itu, sekali lagi kami nyatakan bahawa tiada amalan khusus yang sabit daripada Nabi SAW berkaitan malam nisfu Sya’ban. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 70 | ||
61 | 14/07/2018 16:17:14 | إِنَّ أَعْمَالَكُمْ تُعْرَضُ عَلَى أَقَارِبِكُمْ وَعَشَايِرِكُمْ مِنَ الْأَمْوَاتِ فَإِنْ كَانَ خَيْرًا اسْتَبْشَرُوا وَإِنْ كَانَ غَيْرَ ذَلِكَ قَالُوا: اللَّهُمَّ أَلْهِمْهُمْ أَنْ يَعْمَلُوا بِطَاعَتِكَ | “Sesungguhnya amalan-amalan kamu akan dibentangkan ke atas kaum kerabat kamu dan ahli keluarga kamu yang telah mati. Jika baik (amalannya) maka mereka (yang telah mati) akan memberinya khabar gembira. Adapun jika sebaliknya, mereka berkata: “ Ya Allah, ilhamkanlah kepada mereka agar mereka itu beramal dengan ketaatan kepada-Mu.” | - | Bab Agama, Bab Akhirat, Bab Iman, Bab Kiamat | amalan, | Lemah | beriman dengan perkara yang ghaib merupakan salah satu daripada sifat orang yang bertaqwa berdasarkan firman Allah SWT: الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ al-Baqarah:3 Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” Bagi menjawab persoalan di atas, kita perlulah mengenalpasti akan sumber keberadaan hadith atau riwayat tersebut terlebih dahulu sebelum menyandarkannya kepada Nabi SAW. Selain itu, riwayat ini telah diriwayatkan oleh salah seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Jabir bin Abdillah RA dan riwayat ini juga terdapat di dalam Musnad Abi Daud al-Thoyalisi: Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِنَّ أَعْمَالَكُمْ تُعْرَضُ عَلَى عَشَائِرِكُمْ وَأَقْرِبَائِكُمْ فِي قُبُورِهِمْ، فَإِنْ كَانَ خَيْرًا اسْتَبْشَرُوا بِهِ، وَإِنْ كَانَ غَيْرَ ذَلِكَ قَالُوا: اللَّهُمَّ أَلْهِمْهُمْ أَنْ يَعْمَلُوا بِطَاعَتِكَ Maksudnya: “Sesungguhnya amalan-amalan kamu akan dibentangkan ke atas ahli keluarga kamu dan kaum kerabat kamu di dalam kubur mereka. Jika baik (amalannya) maka mereka (yang telah mati) akan memberinya khabar gembira. Adapun jika sebaliknya, mereka berkata: “Ya Allah, ilhamkanlah kepada mereka agar mereka itu beramal dengan ketaatan kepada-Mu.” [Riwayat Abu Daud al-Thoyalisi (1903)] Tambahan pula, terdapat satu lagi riwayat yang hampir serupa dari sudut mafhum hadith di atas, akan tetapi yang meriwayatkannya adalah sahabat yang berbeza iaitu Anas bin Malik RA. Riwayat Anas bin Malik RA ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam musnadnya. Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِنَّ أَعْمَالَكُمْ تُعْرَضُ عَلَى أَقَارِبِكُمْ وَعَشَايِرِكُمْ مِنَ الْأَمْوَاتِ فَإِنْ كَانَ خَيْرًا اسْتَبْشَرُوا وَإِنْ كَانَ غَيْرَ ذَلِكَ قَالُوا: اللَّهُمَّ لَا تُمِتْهُمْ حَتَّى تَهْدِيَهُمْ كَمَا هَدَيْتِنَا Maksudnya: “Sesungguhnya amalan-amalan kamu akan dibentangkan ke atas kaum kerabat kamu dan ahli keluarga kamu yang telah mati. Jika baik (amalannya) maka mereka (yang telah mati) akan memberinya khabar gembira. Adapun jika sebaliknya, mereka berkata: “ Ya Allah, janganlah Kamu matikan mereka sehingga Kamu memberi mereka itu hidayah sebagaimana Engkau telah memberi kami hidayah.” [Riwayat Ahmad (12683)] Imam Ibn Hajar al-Haithami mengatakan di dalam riwayat Imam Ahmad ini terdapat perawi yang tidak dikenali. [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 328-329/2] Tambahan pula, Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini dhaif disebabkan tidak diketahui perawi di antara Sufyan dan Anas bin Malik. Imam Ahmad bertafarrud dalam meriwayatkan hadith ini. [Lihat: Musnad Ahmad, 114/20] Selain itu juga, terdapat sebuah lagi hadith atau riwayat yang boleh dijadikan sokongan tetapi riwayat tersebut terlalu dhaif iaitu yang diriwayatkan oleh Abi Ayub al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda: وَإِنَّ أَعْمَالَكُمْ تُعْرَضُ عَلَى أَقَارِبِكُمْ وَعَشَائِرِكُمْ مِنْ أَهْلِ الآخِرَةِ ، فَإِنْ كَانَ خَيْرًا فَرِحُوا وَاسْتَبْشَرُوا Maksudnya: “Dan sesungguhnya amalan kamu akan dibentangkan kepada kaum kerabat kamu dan juga keluarga kamu yang mana mereka ini daripada kalangan ahli akhirat. Jika baik (amalan), mereka akan bergembira dan menyampaikan khabar gembira tersebut.” [Riwayat al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir (3887)] Menurut Imam al-Qurthubi bahawa Wahab Ibn Munabbih pernah berkata sesungguhnya bagi Allah SWT di langit ketujuh terdapat satu tempat yang dipanggil “لَهَاكُ البَيْضَاء”. Di situ roh-roh orang beriman akan berkumpul apabila matinya salah seorang daripada penduduk dunia. Roh-roh tersebut bertemu dan bertanya akan perihal si mati tersebut sebagaimana pertanyaan seseorang yang lama tidak bertemu dengan ahli keluarganya apabila mereka dipertemukan. Hal ini disebut oleh Abu Nu’aim Rahimullah. [Lihat: al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah, 53] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 246 | ||
62 | 14/07/2018 15:38:38 | إِنَّ مَلَكَ الْمَوْتِ لَيَنْظُرُ فِي وُجُوهِ الْعِبَادِ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعِينَ نَظْرَةً، فَإِذَا ضَحِكَ الْعَبْدُ بَعَثَ إِلَيْهِ يَقُولُ: يَا عَجَبَاهُ بُعِثْتُ إِلَيْهِ لأَقْبِضَ رُوحَهُ وَهُوَ يَضْحَكُ | “Sesungguhnya malaikat maut akan melihat wajah-wajah hamba (manusia) setiap hari sebanyak 70 kali, apabila hamba tersebut ketawa maka akan diutuskan malaikat tersebut kepadanya lalu berkata: Sangat menghairankan, aku telah diutuskan kepada engkau untuk mengambil rohnya ketika dia sedang ketawa” | Ibn Iraq al-Kinani, Imam al-Qurthubi, Ibn al-Najjar | Bab Iman, Bab Malaikat, Bab Roh | malaikat maut, | Palsu | Hukum hadith Riwayat ini telah dihukum sebagai palsu oleh Ibn Iraq al-Kinani dan beliau telah memasukkannya di dalam kitabnya iaitu “Tanzih al-Syariah al-Marfu'ah 'an al-Akhbar al-Syani'ah al-Maudhu'ah”. [Lihat: 2:375] Tarjih Setelah kami meneliti dan menekuni riwayat tersebut, riwayat ini juga terdapat di dalam kitab “al-Tazkirah” oleh Imam al-Qurthubi dan juga di dalam “Tarikh al-Baghdad” oleh Ibn al-Najjar. Walaubagaimanapun, kami cenderung dan sependapat dengan Ibn Iraq bahawa hukum riwayat atau hadith ini adalah palsu. Untuk itu, kita tidak boleh sama sekali menyandarkannya kepada Nabi SAW ataupun menyebarkannya kepada orang lain. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 40 | ||
63 | 05/07/2018 07:33:04 | إِنَّ الْعَالِمَ وَالْمُتَعَلِّمَ إِذَا مَرَّا عَلَى قَرْيَةٍ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَرْفَعُ الْعَذَابَ عَنْ مَقْبَرَةِ تِلْكَ الْقَرْيَةِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا | “Sesungguhnya orang alim dan orang yang belajar apabila mereka berjalan di sebuah kampung maka Allah SWT akan mengangkat azab daripada perkuburan yang terletak di kampung itu selama 40 hari” | Imam al-Suyuthi, Syeikh al-Qauqaji, Syeikh al-‘Ajlouni, Syeikh Mulla Ali al-Qari | Bab Akhirat, Bab Kelebihan | azab, | Palsu | Hukum Hadith Setelah kami menekuni berkaitan hadith ini, kami mendapati hadith ini sebagai palsu dan tiada asal baginya. Antara ulama’ yang mengatakan bahawa hadith ini adalah palsu adalah: - Imam al-Suyuthi mengatakan hadith ini tiada asal baginya sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Mulla Ali al-Qari. [Lihat: dan al-Mashnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’, 65] - Syeikh al-Qauqaji menilai hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-Lu’lu’ al-Marshu’, 53/1] - Syeikh al-‘Ajlouni mengatakan bahawa hadith ini tiada asal baginya (palsu). [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 221/1] - Syeikh Mulla Ali al-Qari menghukum hadith ini sebagai palsu. [Lihat: Asrar al-Marfu’ah, 123/1] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 176 | ||
64 | 26/06/2018 20:54:26 | - | “Suara keras yang terjadi di pertengahan Ramadhan, pada malam Jumaat. Suara dahsyat itu mengejutkan orang-orang yang sedang tidur, menjadikan orang yang berdiri terjatuh.” | - | Bab Puasa | ramadhan, teriakan | Sangat lemah | Antara ulama’ yang memberi komentar berkaitan hadith adalah: - Imam al-Uqailiy mengatakan hadith ini bukanlah daripada kalangan perawi thiqah dan bukannya juga daripada sumber dipercayai. Antaranya Abd al-Wahid bin Sulaim dan dia merupakan seorang perawi yang majhul dan hadithnya tidak dihafal dengan baik serta riwayatnya tidak boleh dijadikan sokongan (pada hadith-hadith yang lain). [Lihat: al-Dhu’afa’ al-Kabir, 208/5] - Al-Hakim berkata hadith ganjil pada matannya dan seorang perawi bernama Maslamah yang tidak dibolehkan dijadikan hujah. [Lihat: al-Mustadrak, 563/4] - Imam Ibn al-Jauzi mengatakan hadith ini adalah palsu daripada Nabi SAW. [Lihat: al-Mawdhu’at, 190/3] - Imam Ibn al-Qayyim menukilkan hadith ini dan meletakkan hadith ini di dalam bab hadith-hadith masa depan yang tidak sahih. [Lihat: al-Manar al-Munif, 91] Adapun berkaitan riwayat-riwayat Nu’aim bin Hammad, di sini kami sertakan pendapat Imam al-Zahabi terhadap beliau dan terhadap kitabnya al-Fitan: لاَ يَجُوْزُ لأَحَدٍ أَنْ يَحْتَجَّ بِهِ، وَقَدْ صَنَّفَ كِتَابَ (الفِتَنِ)، فَأَتَى فِيْهِ بِعَجَائِبَ وَمَنَاكِيْرَ Maksudnya: “Tidak boleh bagi sesiapa pun berhujah dengannya dan dia telah menyusun kitab al-Fitan dengan menyebutkan di dalamnya keanehan-keanehan serta kemungkaran-kemungkaran.” [Lihat: Siyar ‘alam al-Nubala’, 117/20] Melihat kepada beberapa pandangan ulama’ di atas, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith berkaitan suara di bulan Ramadhan adalah tidak sahih (palsu) dan kita sama sekali tidak dibenarkan menyandarkan kepada Rasulullah SAW serta menyebarkannya kepada orang lain melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 274 | ||
65 | 02/07/2018 13:50:49 | مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا | “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib] | Imam al-Tirmizi | Bab Anak, Bab Kelebihan, bab korban | korban, | Hasan | Hadith ini menunjukkan ibadah yang paling afdhal untuk dilaksanakan pada hari raya aidiladha adalah dengan menumpahkan darah korban. Ini kerana, ia akan datang pada hari akhirat sepertimana ia di dunia tanpa terdapat kekurangan padanya agar setiap daripada anggota itu terdapat padanya ganjaran (pahala) dan ia juga akan menjadi tunggangan orang yang berkorban itu ketika melintasi titian sirat. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 5/61] Selain itu juga, status hadith ini menjadi perselisihan dalam kalangan ulama’ kerana ada yang melihat hadith ini sebagai dhaif dan sebagainya. Akan tetapi, al-Mubarakfuri menilai hadith ini sebagai hasan sebagaimana yang dinyatakan ketika mensyarahkan hadith ini. Tambahan pula, di akhir hadith ini terdapat perintah agar kita membersihkan jiwa atau diri kita dengan melaksanakan ibadah ini kerana padanya disediakan ganjaran dan pahala yang cukup besar oleh Allah SWT. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 211 | ||
66 | 05/07/2018 10:05:36 | مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهِنَّ أَحَبُّ إِلَىْ اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ»، فَقَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ". | “Tidak ada hari-hari untuk melakukan amalan soleh padanya lebih disukai oleh Allah SWT berbanding pada sepuluh hari ini”. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah SAW, sekalipun jihad di jalan Allah? Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya, hartanya kemudian dia tidak lagi kembali dengan membawa apa-apa daripada itu”. [Riwayat al-Tirmizi (688), Abu Daud (2082)) dan Ibn Majah (1717)] | Imam al-Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam Ibn Hibban, Al-Albani, | Bab Bulan-bulan Islam, Bab Ilmu, Bab Kelebihan, Bab Puasa, Bab Quran, Bab Selawat, Bab Solat, Bab Taubat, Bab Zikir dan Doa | Zulhijjah | Sahih | Hukum Hadith Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ berkaitan hadith ini iaitu riwayat Ibn Abbas RA: - Imam al-Tirmizi menyatakan hadith ini adalah hasan sahih gharib. - Imam Abu Daud tidak memberi apa-apa komentar terhadap hadith ini maka ia adalah soleh (صالح). - Imam Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam sahihnya. - Al-Albani mengatakan hadith ini adalah sahih. Walaubagaimanapun, hadith seperti ini diriwayatkan juga oleh sahabat Nabi SAW yang lain antaranya ialah Abdullah bin Umar, Abdullah bin Amr, Jabir bin Abdillah dan beberapa orang lagi dalam kalangan sahabat. Berdasarkan beberapa pendapat ulama’ di atas dan juga terdapat riwayat-riwayat yang lain daripada kalangan sahabat berkaitan hadith seperti ini, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa hukum hadith ini adalah sahih. Ini kerana, terdapat satu riwayat di dalam sahih al-Bukhari daripada Ibn Abbas RA yang mempunyai makna yang sama seperti hadith di atas walaupun lafaznya sedikit berbeza. Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: "مَا العَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ؟". قَالُوا: وَلاَ الجِهَادُ؟ قَالَ: "وَلاَ الجِهَادُ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ". Maksudnya: “Tidak ada amalan yang lebih baik daripadanya melainkan pada ini (iaitu hari Tasyriq)”. Mereka bertanya: Tidak juga jihad? Nabi SAW bersabda: “Tidak juga jihad melainkan seorang lelaki keluar dengan mengorbankan dirinya serta hartanya lalu dia tidak lagi kembali dengan sesuatu”. [Riwayat al-Bukhari (916)] Makna Hadith Hadith ini menerangkan kepada kita bahawa terdapat hari-hari yang paling disukai oleh Allah SWT untuk hamba-hamba-Nya melakukan amalan soleh padanya. Antaranya adalah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas di atas. Para ulama’ berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan 10 hari di dalam hadith ini adalah 10 hari pertama di bulan Zulhijjah berdasarkan sebuah hadith di dalam sahih Ibn Hibban, yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا مِنْ أَيَّامٍ أَفْضَلُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ أَيَّامِ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ Maksudnya: “Tidak ada hari-hari yang paling baik di sisi Allah SWT daripada sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah”. [Riwayat Ibn Hibban (3853)] Berdasarkan itu, kita memahami bahawa tidak ada amalan yang dilakukan pada hari-hari yang lain melebihi sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah ini kerana ia dinyatakan oleh Allah SWT sendiri bahawa ia adalah hari yang paling disukai oleh-Nya dan ia juga adalah hari yang paling afdhal. Dikatakan bahawa 10 pertama bulan Zulhijjah merupakan hari yang paling disukai dan paling baik kerana padanya terdapat ziarah baitullah, Oleh kerana ia adalah hari yang lebih baik dan mulia berbanding hari-hari yang lain maka amalan soleh padanya juga adalah lebih afdhal berbanding hari-hari yang lain. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 3/386] Tambahan pula, Rasulullah SAW menggambarkan bahawa jihad di jalan Allah tidak mampu menandingi kebesaran dan kelebihan yang terdapat pada 10 hari pertama di bulan Zulhijjah ini melainkan seseorang itu keluar di jalan Allah SWT dengan membawa dirinya serta hartanya dan kemudian dia syahid atau dia membelanjakannya harta-hartanya di jalan Allah. Dengan itu, ia adalah lebih baik atau sama seperti orang yang melakukan amalan soleh pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Fiqh al-Hadith Antara fiqh al-Hadith yang boleh dikeluarkan daripada hadith di atas adalah: Sepuluh hari yang lebih disukai oleh Allah SWT atau sepuluh hari yang lebih baik adalah sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah. Ini dapat difahami berdasarkan tafsirsan daripada hadith yang lain. Kita dituntut pada hari-hari tersebut untuk melakukan amalan-amalan soleh kerana padanya terdapat kelebihan dan kemuliannya. Ibn Rejab al-Hanbali di dalam kitabnya Lathaif al-Ma’arif menyenaraikan beberapa amalan yang boleh dilakukan, antaranya adalah berpuasa, qiyamullail, berzikir kepada Allah dan lain-lain lagi. Terdapat sebuah hadith yang dihukum hasan oleh Ibn Hajar al-Asqalani, hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar RA, bahawa Rasulullah SAW menyuruh kita agar memperbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil pada hari-hari tersebut. Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari menyatakan sebab kelainan sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah ini adalah kerana segala ibadat-ibadat yang utama terhimpun di dalamnya seperti solat, puasa, haji, sedeqah dan lain-lain lagi yang tidak mana ia tidak terdapat di bulan-bulan yang lain. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 113 | ||
67 | 05/07/2018 10:08:48 | مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى كَانُوا عَلَيْهِ إِلَّا أُوتُوا الجَدَلَ | “Tidaklah suatu kaum itu tersesat setelah mereka berada di atas hidayah melainkan orang yang suka berdebat”. [Riwayat al-Tirmizi (3176) dan Ibn Majah (47)] | Imam al-Tirmizi, Imam Ibn Hajar al-Asqalani, Imam Ibn Hajar al-Haithami, Al-Albani, | Bab Agama, Bab Ilmu, Bab Iman, Bab Kelebihan | berdebat, | Hasan | Hukum Hadith Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ berkaitan hadith ini: Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini di dalam sunannya sebagai hasan sahih. Imam Ibn Hajar al-Asqalani menghukum hadith ini hasan. [Lihat: Hidayah al-Ruwwah ila Takhrij Ahadith al-Masabih wa al-Mishkah, 1/138] Imam Ibn Hajar al-Haithami mengatakan hadith ini sahih. [Lihat: al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, 1/202] Al-Albani menghukum hadith ini dengan hasan. [Lihat: Sahih al-Tirmizi, 7/253] Berdasarkan beberapa pendapat ulama’ di atas, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa hukum hadith ini adalah hasan. Makna Hadith Hadith di atas bermaksud tidak akan tersesat sesuatu kaum yang telah mendapat hidayah selagimana mereka berada di atas jalan tersebut melainkan mereka yang gemar berdebat. Apa yang dimaksudkan dengan gemar berdebat adalah orang yang meninggalkan jalan kebenaran (hidayah) dan memilih jalan kesesatan iaitu orang yang hidupnya tidak tenang melainkan dengan perdebatan (perdebatan di atas kebathilan). Telah berkata al-Qadhi, yang dimaksudkan daripada hadith ini adalah orang yang ta’assub dalam mempromosikan mazhab yang tidak diterima atau aqidah yang sesat bukannya berdebat untuk menzahirkan kebenaran, menyingkap keadaan, menyatakan perkara yang tidak diketahui atau mengajar kepada orang lain berdasarkan apa yang dimilikinya kerana ini semua adalah fardhu kifayah dan diluar konteks hadith. [Lihat: Faidh al-Qadir, 5/453] Fiqh al-Hadith Antara fiqh al-Hadith yang boleh dikeluarkan daripada hadith di atas adalah: Kita perlulah sentiasa berada dan mengikut jalan hidayah iaitu jalan kebenaran. Perdebatan di atas kebathilan akan menyebabkan seseorang itu jauh daripada kebenaran. Sifat ta’assub adalah satu sikap yang ditentang di dalam agama. Berdebat bagi mencari kebenaran atau di atas kebenaran adalah dibenarkan. Walaupun Islam membenarkan umatnya untuk berdebat tetapi dalam masa yang sama ia perlulah dilakukan dengan cara yang harmoni dan penuh dengan adab tanpa wujud permusuhan. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 112 | ||
68 | 27/06/2018 02:53:58 | يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ | “Wahai Dzat yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku agar ia berada di atas agamamu.” Kemudian aku pun bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang kamu telah bawa. Lalu apakah kamu masih bimbang kepada kami?” Baginda SAW menjawab: “Ya, kerana sesungguhnya hati manusia itu berada di antara dua jari daripada jari-jari Allah SWT yang mana Dia akan membolak-balikkannya mengikut kehendak-Nya.” [Riwayat al-Tirmizi (2140)] | Imam al-Tirmizi | Bab Roh | berdoa | Hasan | Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW memperbanyakkan berdoa dengan doa tersebut kerana hati ini kadang-kadang ia cenderung kepada ketaatan dan kadang-kadang pula ia cenderung kepada kemaksiatan. Selain itu juga, hati ini juga kadang-kadang cenderung kepada sedar dan kadang-kadang cenderung kepada alpa. Untuk itu, doa ini bertujuan agar ditetapkan hati ini di atas agama tanpa terpesong sedikitpun daripada agama yang mulia dan jalan (agama) yang lurus ini. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 291/6] Tambahan pula, tidak ada tempat yang khusus untuk dibacakan doa ini dan ia boleh dibaca dalam apa jua keadaan sekalipun sama ada di dalam solat ataupun di luar solat. Selain itu, ia juga merupakan salah satu daripada doa-doa yang terbaik kerana ia diajar sendiri oleh Nabi SAW. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 244 | ||
69 | 02/07/2018 13:40:50 | اللَّهُمَّ إِنِّي أَسأَلك تَمام الْعَافِيَة | “Ya Allah Ya Tuhan Kami, aku memohon kepada-Mu kesempurnaan ‘afiyah.” | - | Bab Zikir dan Doa | afiyah, | tidah sahih | Di sini kami nukilkan doa yang penuh sebelum kami nyatakan sumbernya: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسأَلك إِيمَانًا دَائِما وَأَسْأَلك قلبا خَاشِعًا وَأَسْأَلك علما نَافِعًا وَأَسْأَلك يَقِينا صَادِقا وَأَسْأَلك دينا قيمًا وَأَسْأَلك الْعَافِيَة من كل بلية وَأَسْأَلك تَمام الْعَافِيَة وَأَسْأَلك دوَام الْعَافِيَة وَأَسْأَلك الشُّكْر على الْعَافِيَة وَأَسْأَلك الْغنى عَن النَّاس Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, aku memohon kepada-Mu keimanan yang berterusan, dan aku memohon kepada-Mu jantung hati yang khusyuk, dan aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, dan aku memohon kepada-Mu keyakinan yang benar, dan aku memohon kepada-Mu agama yang teguh, dan aku memohon kepada-Mu ‘afiyah (keselamatan) daripada setiap ujian, dan aku memohon kepada-Mu kesempurnaan ‘afiyah, dan aku memohon kepada-Mu ‘afiyah (kesejahteraan) yang berpanjangan, dan aku memohon kepada-Mu kesyukuran di atas ‘afiyah, dan aku memohon kepada-Mu kecukupan daripada manusia.” Doa tersebut ada dinukilkan di dalam dua buah kitab berdasarkan riwayat Ali bin Thalib RA iaitu: al-Hakim al-Tirmizi (320 H) di dalam kitabnya Nawadir al-Usul fi Ahadith al-Rasul pada bab rahsia doa-doa Abu Dzar RA. [Lihat: Nawadir al-Usul, m/s 40-41/3] al-Dailami (509 H) di dalam kitabnya al-Firdaus bi Ma’thur al-Khitab. [Lihat: Musnad al-Firdaus, no. Hadith 1832, m/s 450-451/1] Adapun berkaitan status riwayat tersebut tidak dinyatakan oleh para ulama’ secara khusus. Walaupun begitu, sanad hadith ada dinyatakan oleh al-Muttaqi al-Hindi (975 H) di dalam kitabnya Kanz al-‘Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Af’al. [Lihat: Kanz al-‘Ummal, no. Hadith 5055, m/s 678-679/2] Selain itu, Imam al-Khatib al-Baghdadi (463 H) menjelaskan sedikit kesilapan dalam sanad hadith ini bahawa guru kepada al-Hakim al-Tirmizi atau nama sebenarnya beliau ialah Muhammad bin Ali adalah Umar bin Abi Umar bukannya ‘Amr bin Abi ‘Amr sebagaimana terdapat di dalam kitab Kanz al-‘Ummal. [Lihat: al-Muttafiq wa al-Mufariq, 1612/3] Menurut Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (852 H), Umar bin Abi Umar atau Umar bin Abi Rayyah merupakan seorang perawi yang dikritik hebat oleh para ulama’ hadith seperti al-Bukhari, al-Daraquthni, al-Nasa’ie, al-Hakim, Ibn Hibban dan ramai lagi daripada tokoh-tokoh besar hadith. Antara kritikan terhadap perawi ini adalah Dajjal, Matruk (ditinggalkan riwayatnya), meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi yang thiqah, munkar hadith dan banyak lagi. [Lihat: Tahzib al-Tahzib, 447-448/7] Melihat kepada beberapa pandangan di atas, maka kami katakan bahawa riwayat doa di atas adalah tidak sahih kerana terdapat seorang perawi yang dinilai berdusta. Untuk itu, kita tidak boleh sesekali menyandarkan riwayat tersebut kepada Nabi SAW. Selain itu juga, menurut Syeikh Abdullah bin Ibrahim al-‘Alawi menyatakan bahawa kedua kitab di atas iaitu Nawadir al-Usul dan Musnad al-Firdaus merupakan kitab yang banyak terkandung di dalamnya hadith-hadith dhaif sebagaimana yang dinukilkan oleh Syeikh Abdul Karim al-Khudair. [Lihat: al-Hadith al-Dhaif, 368] Walaupun begitu, kita tidak dihalang sama sekali untuk berdoa dengan doa tersebut kerana maknanya cukup baik. Tambahan pula, di dalam doa terdapat keluasan dan boleh berdoa dengan apa jua meskipun lafaznya tidak di ajar oleh Nabi SAW selagimana makna doa tersebut adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama. Dalam masa yang sama, terdapat lafaz lain yang terdapat satu doa yang disarankan oleh Nabi SAW sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ ، فِي دِينِي ، وَدُنْيَايَ ، وَأَهْلِي ، وَمَالِي ، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي ، وَآمِنْ رَوْعَاتِي ، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ ، وَمِنْ خَلْفِي ، وَعَنْ يَمِينِي ، وَعَنْ شِمَالِي ، وَمِنْ فَوْقِي ، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku; dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.” (Riwayat Abu Daud, no. 5074) Makna al-‘Afiyah (العافية) Di sini kami nukilkan beberapa makna al-‘Afiyah: وَقَدْ كَثُرَتِ الْأَحَادِيثُ فِي الْأَمْرِ بِسُؤَالِ الْعَافِيَةِ وَهِيَ مِنَ الْأَلْفَاظِ الْعَامَّةِ الْمُتَنَاوِلَةِ لِدَفْعِ جَمِيعِ الْمَكْرُوهَاتِ فِي الْبَدَنِ وَالْبَاطِنِ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ Kata Imam al-Nawawi (676 H): “Terlalu banyak hadith-hadith disarankan agar berdoa memohon ‘afiyah (kepada Allah SWT) dan ia (lafaz ‘afiyah) adalah satu lafaz-lafaz yang umum dan terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada badan dan batin pada agama sama ada di dunia dan juga di akhirat.” [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 46/12] Kata Syeikh al-Munawi (1031 H), al-‘Afiyah adalah keselematan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘Afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan. [Lihat: Faidh al-Qadir, 107/4] Menurut Syeikh al-Mubarakfuri (1353 H) makna al-‘Afiyah adalah benteng Allah kepada hamba-Nya. Maka orang yang memohonnya adalah seseorang yang sedang memohon pemeliharaan daripada Tuhannya di atas setiap yang diniatkan itu. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 348/9] Melihat kepada beberapa definisi atau pengertian di atas, maka kami simpulkan bahawa al-‘Afiyah adalah keselamatan atau kesejahteraan pada agama daripada segala fitnah, pada badan daripada segala penyakit-penyakit sama ada penyakit hati atau sebagainya dan kepada pada ahli keluarga dan harta daripada segala bala dan musibah. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 260 | ||
70 | 14/07/2018 16:14:05 | اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة | “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.” | - | Bab Zikir dan Doa | mati, | Bukan hadis | Antara tujuan utama penciptaan manusia adalah agar mereka mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Di dalam al-Qur’an ada diceritakan bahawa dunia merupakan tempat persinggahan bagi setiap insan dan ia merupakan tempat untuk mengumpulkan amalan-amalan untuk dibawa ke alam akhirat iaitu tempat yang kekal abadi. Berdasarkan firman Allah SWT: مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ [al-Syura:20] Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” Walaubagaimanapun, terdapat sebuah hadith yang menunjukkan bahawa setiap amalan itu dilihat atau dinilai pada pengakhiran hidup seseorang itu jika baik maka baiklah dan jika buruk maka buruklah. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam sahihnya: Sabda Rasulullah SAW: وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ Maksudnya: “Sesungguhnya amalan itu dilihat pada pengakhirannya.” [Riwayat al-Bukhari (6607)] Berdasarkan soalan di atas, lafaz doa yang dimaksudkan adalah seperti ini: اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة Maksudnya: “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.” Setakat pencarian yang kami lakukan berkaitan status doa ini, maka kami nyatakan bahawa kami tidak mendapati atau menemui nas hadith daripada Nabi SAW berkaitan lafaz doa seperti di atas itu. Akan tetapi, di dalam doa terdapat keluasan dan boleh berdoa dengan apa jua meskipun lafaznya tidak di ajar oleh Nabi SAW selagimana makna doa tersebut adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama. Ini kerana, terdapat sebuah hadith yang makna hadith tersebut sama seperti lafaz doa di atas. Tambahan pula, hadith ini disahihkan oleh Imam Ibn Hibban yang mana ia menunjukkan bahawa Nabi SAW pernah berdoa agar diwafatkan dalam keadaan atau kesudahan hidup yang baik serta agar dijauhkan daripada kehinaan dunia dan juga azab api neraka. Daripada Busr bin Arthoh berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda: اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا، وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ Maksudnya: “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan siksaan hidup di akhirat.” [Riwayat Ibn Hibban (949)] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 245 | ||
71 | 27/06/2018 02:37:16 | اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ | “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadhan) kepada kami pada bulan Ramadhan” | Imam Ibn Sunni, Imam al-Baihaqi, Imam al-Bazzar, Abu Nu’aim | Bab Bulan-bulan Islam | bulan | Sangat lemah | Berdasarkan hadith berikut, terdapat sedikit perbezaan antara riwayat pertama oleh Imam Ahmad dan juga riwayat yang kedua iaitu pada lafaz ( وَبَارِكْ لَنَا ) dan juga ( وَبَلِّغْنَا ) walaupun kedua-dua riwayat ini datang daripada jalur Anas bin Malik RA. Hukum Hadith Hadith ini dihukum dhaif pada sanadnya oleh para ulama’ hadith. Antaranya ialah: Imam al-Nawawi. [Al-Azkar, 1:189] Imam Ibn Rejab. [Lathaif al-Ma’arif, 1:121] Syeikh Syu’aib al-Arnaout. [Sunan Abu Daud, 4: 180] Di dalam sanad hadith ini terdapat dua kecacatan sebagaimana yang dinyatakan oleh ahli hadith: Pertama: Pada Zaidah bin Abi al-Ruqqad (زائدة بن أبي الرقاد) Imam al-Bukhari, al-Nasa’ie dan al-Hafiz Ibn Hajar menghukumnya sebagai “mungkar al-Hadith”. Abu Hatim mengatakan bahawa “riwayat Zaidah daripada Ziyad adalah riwayat yang marfu’ tetapi mungkar dan kita tidak mengetahui adakah ia (hadith) daripadanya atau daripada Ziyad”. Kedua : Pada Ziyad al-Numairiy (زياد النميري) Ibn Ma’in dan Abu Daud “mengdhaifkannya”. Abu Hatim mengatakaan “ditulis hadithnya tetapi tidak boleh berhujah dengannya”. Ibn Hibban menyatakan di dalam “al-Thiqat bahawa dia (Ziyad) tersalah dan di dalam al-Majruhin sebagai mungkar al-Hadith. Dia meriwayatkan daripada Anas perkara-perkara yang tidak menyamai hadith daripada orang yang thiqat dan tidak boleh mengambilnya sebagai hujjah”. Al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan dia (Ziyad) adalah “dhaif”. Tarjih Setelah kami melihat dan menekuni pendapat para ulama’ berkaitan kesahihan hadith ini, maka cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini sanadnya teramat lemah kerana padanya terdapat dua orang perawi yang bermasalah serta dalam masa yang sama kita tidak boleh menyandarkannya kepada Rasulullah SAW. Walaubagaimanapun, matan atau teks hadith tersebut tidak mempunyai masalah jika kita ingin berdoa dengannya. Ini kerana di dalam berdoa, kita dituntut untuk berdoa dan meminta apa sahaja kepada Allah SWT selagimana perkara yang diminta itu tidak bertentangan dengan syariat Islam. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 41 | ||
72 | 27/06/2018 03:05:12 | قال أبو نعيم : حدثنا عبد الله بن محمد بن جعفر ، حدثنا عبد الله بن محمد بن زكريا ، حدثنا سعيد بن يحيى ، حدثنا زافر ، عن أبي عثمان ، عن يحيى بن سعيد ، عن محمد بن إبراهيم ، عن عائشة ، قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " النَظَرُ فِي ثَلَاثَة أَشْيَاءَ عِبَادَةُ ، النَظَرُ فِي َوجْهِ الَأَبوَيْنِ وِفِي المُصْحَفِ ، وَفِي البَحْرِ | ” Abu Nuaim berkata :” Abdullah Bin Muhammad Bin Jaafar menceritakan kepada kami : Abdullah Bin Muhammad bin Zakaria menceritakan kepada kami : Sa’id bin Yahya menceritakan kepada kami : Zafir menceritakan kepada kami daripada Abu Uthman daripada Yahya Bin Said daripada Muhammad bin Ibrahim daripada ‘Aisyah r.anha. Beliau berkata : Rasulullah saw bersabda : “Melihat pada tiga perkara (ini) adalah ibadah : melihat kepada wajah kedua ibu bapa, melihat mushaf (al-Quran) dan melihat laut.” | - | Bab Agama | ibadah, | Lemah | Dengan sanad yang sama, hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Dailami daripada sahabat yang sama iaitu Ummul Mukminin ‘Aisyah r.anha : النَّظَرُ إِلَى الْكَعْبةِ عِبَادَة، وَالنَّظَرُ إِلَى وَجْهِ الْوَالِدَينِ عِبَادَةٌ، وَالنَّظَرُ فِي كِتَابِ اللَهِ عِبَادَةٌ Maksudnya :”Melihat kaabah adalah ibadah, melihat kepada wajah kedua ibu bapa adalah ibadah dan melihat kitab Allah (al-Quran) adalah ibadah.” Riwayat al-Dailami (6863) di dalam al-Firdaus Bi Ma’thur al-Khitab Hadis ini tidak diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadis muktabar seperti al-Kutub al-Sittah dan lain-lain melainkan hanya terdapat di dalam Musnad al-Firdaus. Berkenaan status hadis ini, ia merupakan hadis yang lemah. Ini kerana di dalam sanad hadis tersebut terdapat perawi yang dikritik kredibilitinya. Antaranya Zafir. Nama sebenar beliau ialah Zafir Abu Sulaiman al-Quhastani. Ibnu ‘Adiy menyatakan bahawa beliau adalah perawi yang lemah. Kata beliau : “Secara umumnya apa yang diriwayatkan oleh beliau tidak boleh dijadikan sandaran dan hadis yang dia riwayatkan tidak ditulis. Di samping itu, Zafir adalah perawi yang lemah.” Rujuk al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ (3/232) | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 275 | ||
73 | 09/07/2018 07:20:48 | كَانَ النَبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم إِذَا دَخَلَ الخَلَاءَ قَالَ : ( اللهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الخُبُثِ وَالخَبائِثِ ) | Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas. Baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita” | - | Bab Adab, Bab Ilmu, Bab Zikir dan Doa | tandas, | Bukan hadis | Definisi Syaitan Kalimah syaitan (شيطان) diambil daripada perkataan syathana (شَطَنَ) yang bermaksud menentang, menyalahi atau ingkar. Menurut Imam Ibnu Kathir pengertian syaitan menurut bahasa bermaksud jauh, iaitu jauh tabiaatnya daripada tabiaat manusia dan juga jauh dengan kefasikannya daripada setiap kebaikan. [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 1/115] Di samping itu, setiap makhluk samada daripada jin, manusia dan juga haiwan yang mengingkari perintah Allah SWT serta menyeru kepada kejahatan dan jauh daripada segala kebaikan dinamakan syaitan. Berdasarkan firman Allah SWT: وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا Maksudnya: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya”. [al-An’am:112] Nama-Nama Syaitan Antara nama-nama syaitan yang disebut di dalam hadith Nabi SAW: Khanzab Uthman bin Abi al-Asr telah mendatangi Rasulullah SAW, lalu beliau berkata: يَا رَسُوْلَ اللهِ . إنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِيْ وَبَيْنَ صَلَاتِيْ وَقِرَاءَتِيْ . يُلَبِّسُهَا عَلَيَّ . فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " ذَاْكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ . فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْهُ . وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلَاثًا " فَقَالَ : فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللهُ عَنِّيْ ". Maksudnya: “Wahai Rasulullah SAW, aku sering diganggu oleh syaitan dalam solat sehingga bacaanku (bacaan dalam solat) menjadi kacau. Maka Rasulullah SAW bersabda: Itu adalah syaitan yang digelar Khanzab maka apabila engkau diganggu, mohonlah perlindungan kepada Allah SWT daripadanya. Setelah itu, ludahlah di bahagian kirimu sebanyak tiga kali. Aku pun melakukan hal tersebut, maka sejak dari itu Allah SWT telah menghilangkan gangguan tersebut daripadaku”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 4083] Al-Walahan Daripada Ubaiy bin Ka’ab, bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ لِلْوُضُوْءِ شَيْطَانًا يُقَالُ لَهُ : الْوَلَهَانُ ، فَاتَّقُوْا وَسْوَاسَ الْمَاءِ Maksudnya: “Sesungguhnya pada setiap wudhu’ ada seekor syaitan yang bernama al-Walhan maka jauhilah kalian daripada was-was ketiak menggunakan air”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 52]. [Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini adalah gharib dan sanadnya dhaif (tidak kuat) menurut ahli hadith, kerana kami tidak mengetahui seorang pun yang menyandarkan hadith kecuali Kharijah. Hadith ini juga telah diriwayatkan dari beberapa jalur daripada perkataan al-Hasan dan tidak ada hadith yang sahih daripada Nabi SAW dalam bab ini. Tambahan pula, Kharijah riwayatnya tidak kuat disisi ashab kami dan beliau (Kharijah) dihukum sebagai dhaif (lemah) oleh Ibn Mubarak]. Qarin Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda: ما منكُم من أحدٍ إلَّا وقد وُكِّلَ بهِ قرينُهُ منَ الجنِّ . قالوا : وإيَّاكَ يا رسولَ اللَّهِ ؟ قال : وإيَّايَ إلَّا أنَّ اللَّهَ أعانَني علَيهِ فأسلَمَ فلا يأمرُني إلَّا بخيرٍ Maksudnya: “Setiap daripada kamu diutuskan kepadanya Qarin (pendamping) daripada kalangan jin. Mereka berkata: Engkau juga wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW bersabda: Aku juga, tetapi Allah SWT telah membantuku daripadanya lalu ia (Qarin) masuk Islam. Selain itu, ia juga tidak meyuruhku atau memerintahku melainkan perkara kebaikan”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 5034] Di sana terdapat nama-nama lain bagi anak-anak kepada iblis tetapi ia tidak mempunyai sandaran yang kukuh. Daripada Imam al-Munawi bahawa Mujahid berkata bagi Iblis lima orang anak dan setiap daripada mereka itu mempunyai tugas tertentu. Mereka adalah: Syibr (شبر) tugasanya adalah membinasakan manusia dan menyeru kepada kejahilan. Al-A’war (الأعور) pula tugasnya menggoda dan menyeru manusia kepada zina. Sauth (سوط) tugasnya menggoda dan menyeru manusia kepada dusta. Dasim (داسم) tugasnya adalah menimbulkan kekecohan dalam keluarga sehingga berlaku permusuhan. Zalanbur (زلنبور) pula merupakan syaitan yang berada di pasar agar belaku penipuan dan juga perkara-perkara yang tidak baik. [Lihat: Faidh al-Qadir, 2/503] Definisi al-Isti’azah al-Isti’azah (الاستعاذة) atau al-Ta’awwuz (التعوذ) bermaksud memohon perlindungan daripada Allah SWT dari segala kejahatan dan keburukan. Maka apabila seseorang itu membaca isti‘azah ketika hendak memulakan bacaan al-Quran maka dia telah memohon perlindungan dan pemeliharaan Allah SWT. Lafaz al-Isti’azah Lafaz yang masyhur adalah (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran berdasarkan firman Allah SWT: فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّـهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ Maksudnya: “Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam”. [al-Nahl:98] Di sana terdapat satu lagi cara bacaan al-Isti’azah iaitu (أعوذ بًالله السميع العليم من الشيطان الرجيم) berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abi Said al-Khudri, beliau berkata: كان رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم إذا قام من الليل كبر ثم يقول سبحانك اللهم وبحمدك وتبًارك اسمك وتعالى جدك ولا إله غيرك ثم يقول لا إله إلا الله ثلاثا ثم يقول الله أكبر كبيرا ثلاثا أعوذ بًالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه ونفثه ثم يقرأ Maksudnya: “Apabila Rasulullah SAW ingin bagun melakukan solat malam, Baginda SAW akan bertakbir kemudia Baginda SAW mengucapkan “Maha suci Engkau, ya Allah aku sucikan Engkau dengan memuji-Mu, maha berkat nama-Mu, maha luhur keluhuran-Mu dan tidak ada Tuhan selain Engkau. Kemudian Baginda SAW membaca “Tiada Tuhan melainkan Allah SWT” sebanyak tiga kali. Kemudian Baginda SAW mengatakan Allah Maha Besar dengan Kebesaran-Nya yang agung sebanyak tiga kali. Kemudian baginda SAW membaca “أعوذ بًالله السميع العليم من الشيطان الرجيم” (Aku berlindung kepada Allah SWT, Dzat Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari godaan syaitan yang direjam dan juga daripada kegilaan, kesombongan dan perkara-perkara yang dikeji. Kemudian Baginda SAW membaca (surah)”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 658] Maksud al- al-Isti’azah secara umum Aku berlindung kepada Allah SWT daripada Syaitan yang direjam serta kesesatan dan kemudharatan terhadap agama dan kehidupanku. Di samping itu, Engkau bantulah aku dalam melaksanakan segala yang Engkau perintahkan dan menjagaku daripada melakukan perkara yang Engkau larang. Persoalan Kenapa kita dituntut untuk beristi’azah sebelum memasuki tandas? Para ulama’ telah menetapkan bahawa antara sebab mengapa dianjurkan kita meminta perlindungan kepada Allah SWT ketika memasuki tandas adalah agar kita terlindung daripada syaitan-syaitan yang mendiami tempat-tempat najis dan tempat terbukanya aurat. Di dalam hadith daripada Zaid bin Arqam RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ هَذِهِ الْحُشُوشَ مُحْتَضَرَةٌ ، فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الْخَلَاءَ فَلْيَقُلْ : أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الْخُبُثِ Maksudnya: “Sesungguhnya tempat membuang hajat didiami oleh syaitan, jika salah seorang di antara kalian ingin memasuki tandas, maka ucapkanlah: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الْخُبُثِ”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 5] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 75 | ||
74 | 14/07/2018 15:46:14 | - | Apakah perbezaan antara al-Musannaf, al-Sunan dan al-Mustadrak ? | - | Bab Ilmu | al-Musannaf, al-Sunan dan al-Mustadrak | Bukan hadis | Definisi al-Musannaf Al-Mushannaf ialah karya yang menghimpunkan hadith-hadith Nabi SAW dan apa yang disebut dan dibuat oleh para sahabat dan Tabi’in.[ Dirasat fi Manahij al-Muhaddithin, 245] Selain itu, ia disusun mengikut bab-bab Feqah yang terkandung di dalamnya hadith-hadith marfu’, mawquf dan maqthu’. Definisi al-Musannaf sama seperti al-Sunan tetapi al-Sunan hanya menerima hadith-hadith yang marfu’ sahaja. Terdapat dua karya yang masyhur berkaitan al-Musannaf iaitu Mushannaf ‘Abd al-Razzaq dan Mushannaf Ibn Abi Syaibah. Definisi al-Sunan Al-Sunan ialah karya-karya hadith yang disusun mengikut bab-bab Feqah, dimulakan dengan bab al-Iman, bersuci, solat, zakat dan lain-lain lagi. Dalam masa yang sama tidak terdapat hadith-hadith yang mawquf di dalamnya kecuali sedikit.[ Al-Wadhih fi Fanni al-Takhrij wa Dirasah al-Asanid, 126] Antara karya yang masyhur berkaitan al-Sunan ialah : Sunan Abu Daud oleh Abu Daud Sulaiman bin al-Ash’ath al-Sijistani. Sunan al-Nasa’ie atau dinamakan juga sebagai al-Mujtaba oleh Abu ‘Abdul Rahman Ahmad bin Syu’aib al-Nasa’ie. Sunan Ibn Majah oleh Muhammad bin Yazid bin Majah al-Qazwini. Sunan al-Darimi oleh ‘Abdullah bin ‘Abd Rahman al-Darimi. Sunan al-Kubra atau Sunan al-Baihaqi oleh Abu Bakr Ahmad bin Husain al-Baihaqi. Definisi al-Mustadrak Al-Mustadrak pula ialah setiap kitab yang menghimpunkan akan hadith-hadith daripada kitab yang lain, yang tidak disebut oleh penulisnya walaupun hadith tersebut menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh penulis.[ Al-Wadhih fi Fanni al-Takhrij wa Dirasah al-Asanid, 128]. Terdapat sebuah karya yang masyhur berkaitan al-Mustadrak iaitu Mustadrak ‘ala Sahihayn yang dikarang oleh Abu ‘Abdullah Muhammad bin ‘Abdullah al-Hakim al-Naisaburiy. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 10 | ||
75 | 09/07/2018 07:32:14 | - | Apakah status anak-anak yang belum baligh akan memberi syafaat dan menunggu ibubapa mereka di pintu syurga ? | - | Bab Akhirat, Bab Anak, Bab Ilmu, Bab Iman, Bab Kelebihan | syafaat, | Bukan hadis | Tidak terdapat ayat al-Qur’an yang menceritakan tentang syafaat seorang kanak-kanak yang belum baligh kepada ibubapa mereka dan menunggu mereka di pintu syurga secara jelas tetapi terdapat beberapa ayat yang menceritakan tentang keadaan di dalam syurga kelak, bahawa Allah SWT akan mengumpulkan anak dan ibubapa mereka jika mereka berlainan darjat di dalam syurga. Antaranya : Firman Allah SWT : وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannyaa”. [Al-Thur:21] Di dalam hadith pula, terdapat beberapa hadith yang menceritakan tentang syafaat seorang kanak-kanak atau bayi belum baligh kepada ibubapa mereka. Antaranya : Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW telah bersabda kepada salah seorang wanita ansar : لَا يَمُوتُ لِإِحْدَاكُنَّ ثَلَاثَةٌ مِنَ الْوَلَدِ فَتَحْتَسِبَهُ، إِلَّا دَخَلَتِ الْجَنَّةَ» فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ: أَوِ اثْنَيْنِ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: أَوِ اثْنَيْنِ Maksudnya: “Tidaklah ada daripada kamu seorang perempuan yang mati tiga orang anaknya, maka kamu mengharapkan keampunan ke atas anaknya serta menghadapinya dengan sabar. Demikian itu, kamu akan memasuki syurga. Seorang perempuan telah bertanya “ sekiranya dua orang ?” sabda Rasulullah SAW lagi: “walaupun 2 orang”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 151] Berdasarkan ayat al-Qur’an dan al-Hadith yang diberikan, ini menunujukkan bahawa kanak-kanak yang meninggal sebelum baligh mampu memberi syafaat kepada kedua ibubapanya tetapi apa yang kita perlu faham bahawa Allah SWT mampu memberi syafaat kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Manakala berkaitan hadith yang menceritakan tentang kanak-kanak yang belum baligh akan menunggu ibubapa mereka di pintu syurga disebut oleh Imam al-Thabarani di dalam mu’jamnya yang diriwayatkan oleh Habibah RA, beliau berkata: حَدَّثَتْنِي حَبِيبَةُ، أَنَّهَا: كَانَتْ عِنْدَ عَائِشَةَ، فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى دَخَلَ عَلَيْهَا فَقَالَ: «مَا مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَمُوتُ لَهُمَا ثَلَاثَةٌ مِنَ الْوَلَدِ لَمْ يَبْلُغُوا الْحِنْثَ إِلَّا جِيءَ بِهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُوقَفُوا عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَيُقَالُ لَهُمُ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ فَيَقُولُونَ حَتَّى يَدْخُلَ آبَاؤُنَا فَيُقَالُ لَهُمِ ادْخُلُوا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْجَنَّةَ Maksudnya: “Aku berada bersama Aisyah RA maka telah datang Nabi SAW sehingga baginda SAW masuk lalu bersabda: Tidaklah dua orang muslim meninggal dunia, di antara keduanya ada tiga orang anak (mereka adalah tiga bersaudara) yang belum berusia dewasa (baligh) kecuali Allah akan datangkan mereka pada hari Kiamat sehingga didirikan pada pintu-pintu syurga lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam Syurga. Mereka menjawab: Sehingga dimasukkan ibubapa kami. Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu dan juga ibubapa kamu ke dalam Syurga”. [Lihat: Mu’jam al-Kabir, no. hadith 571, 24/225] [Imam al-Haithami mengatakan perawi-perawinya thiqah di dalam Majma’ al-Zawaid dan al-Albani menghukum hadith ini sahih sebagaimana di dalam sahih al-Targhib] Definisi Syafaat Syafaat dari sudut bahasa adalah lawan bagi witir iaitu menjadikan sesuatu yang ganjil kepada genap. Manakala dari sudut istilah pula adalah menjadi perantara bagi orang lain dengan memberikan manfaat kepadanya atau menolak mudharat iaitu pemberi syafaat akan memberikan manfaat kepada orang yang diberi syafaat atau menolak mudharat untuknya. Dalam erti kata lain, syafaat juga bermaksud memohon perlindungan bagi orang lain. [Lihat: Mukhtasar al-fiqh al-Islami, 1/767] Pembahagian Syafaat Syafaat pada hari Kiamat terbahagi kepada dua secara umumnya: Syafaat khusus Syafaat khusus yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW dan ia termasuk syafaat al-‘Uzhma (terbesar) yang terjadi pada hari Kiamat kelak. Hal ini, dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an: وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا Maksudnya: “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. [al-Isra’:79] Syafaat umum Allah mengizinkan kepada hamba-hamba-Nya yang soleh untuk memberikan syafaat kepada orang-orang yang diperkenankan untuk diberikan syafaat. Syafaat ini diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, nabi-nabi yang lain, orang-orang yang jujur, para syuhada’ serta orang-orang soleh. Contohnya mereka akan memberikan syafaat kepada penghuni Neraka daripada kalangan orang-orang beriman agar mereka keluar dari Neraka. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 103 | ||
76 | 14/07/2018 15:35:16 | - | Apakah tugas-tugas seorang ahli hadis? | - | Bab Agama, Bab Ikhlas, Bab Ilmu, Bab Iman | hadith, | Bukan hadis | Sebelum kami menjawab pertanyaan di atas, suka untuk kami nyatakan terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan ahli hadis. Para ulama’ telah memberikan definisi yang berbeza berkaitan maksud ahli hadis. Antaranya ialah: Telah berkata Khatib al-Baghdadi: “Di dalam ahli hadis terdapat orang alim, faqih (ahli feqah), khatib, pendakwah yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar. Allah SWT jadikan mereka sebagai tiang atau rukun di dalam syariat, pemusnah kepada perkara bid’ah yang direka, mereka merupakan wakil-wakil Allah dalam mentadbir alam ini, mereka juga menjadi perantara antara Nabi SAW dan umatnya serta mereka ini adalah mujtahid (orang yang bersungguh-sungguh) menjaga agama ini...”. [Syaraf Ashab al-Hadis, 4] Telah berkata Ibn Taimiyyah: “Ahli hadis ialah satu kumpulan yang berjaya, mereka ini adalah pengikut kepada sunnah Rasulullah SAW dan mereka tidak melampau (ta’assub) dalam mengikut tokoh tertentu melainkan mereka ini bersungguh-sungguh dalam mengikut petunjuk Nabi SAW”. [Majmu’ al-Fatawa, 3:347] Berdasarkan definisi-definsi ini, ahli hadis yang dimaksudkan di dalam penulisan ini ialah mereka yang mahir dalam setiap cabang ilmu hadis (المحدثون) dan sentiasa sibuk berkhidmat dan bekerja dengan hadis Rasulullah SAW (المشتغلون) seperti menyemak status hadis, mengtakhrijkan hadis-hadis dan lain-lain lagi. Perbahasan ilmu hadis hanya berkisar pada masalah sanad dan matan sejak dahulu hingga ke zaman ini. Ini kerana, setiap topik yang dibahaskan tidak akan keluar daripada dua perkara ini iaitu sanad dan matan. Antara tugas utama ahli hadis ialah mengenalpasti akan kesahihan sanad atau matan dan juga kesahihan penisbahan sesuatu hadis itu kepada perawi yang dinisbahkan itu. Tambahan pula, tidak semestinya dan bukan menjadi tugas atau tanggungjawab seorang ahli hadis itu untuk mengistinbhat (mengeluarkan) hukum-hukum yang berada di dalam matan atau teks hadis. Ini kerana, tugas ini adalah tugas seorang ahli feqah iaitu mengeluarkan hukum-hukum yang terdapat di dalam hadis. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa seorang ahli hadis itu merupakan seorang hali feqah dalam masa yang sama. Contohnya seperti Imam al-Bukhari, Imam al-Nawawi dan ramai lagi. Secara umumnya, tugas seorang ahli hadis ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu: Tugas yang berkaitan dengan sanad hadis. Seorang ahli hadis itu perlu melihat kepada setiap perawi yang ada di dalam sanad seperti kesahihan bahawa kedua perawi saling bertemu dan berlak periwayatan antara mereka berdua. Selain itu juga, seorang ahli hadis perlu melihat kepada sifat atau sikap setiap perawi, adakah mereka ini boleh diterima riwayatnya atau ditolak disebabkan beberapa faktor antaranya perawi ini seorang pendusta. Tugas yang berkaitan dengan matan hadis. Seorang ahli hadis perlu terhadapa kesahihan matan atau teks yang diungkapkan oleh setiap daripada perawi. Adakah matan atau teks ini diungkapkan oleh setiap daripada seorang perawi sampailah kepada Rasulullah SAW. Ini kerana, kadang-kadang berlaku penambahan terhadap lafaz (matan) atau syak daripada perawi itu sendiri. Maka daripada sinilah, perlunya seorang ahli hadis itu memastikan akan kesahihan matan tersebut agar tidak berlaku sebarang pendustaan terhadap Nabi SAW. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 37 | ||
77 | 09/07/2018 07:40:30 | - | Apakah yang dimaksudkan dengan al-Hadith al-‘Aliy? | - | Bab Ilmu | hadith | Bukan hadis | Definisi Hadith al-‘Aliy Al-‘Aliy dari sudut bahasa bermaksud tinggi. Selain itu, ia juga dinamakan sebagai al-Isnad al-‘Aliy dan lawan bagi al-hadith al-‘Aliy atau al-Isnad ‘Aliy adalah al-hadith al-Nazil (النازل) atau al-Isnad al-Nazil. Imam al-Baiquniy di dalam manzhumahnya telah memberi definisi al-hadith al-‘Aliy seperti berikut: وَكُلُّ مَا قَلَّتْ رِجَالُهُ عَلاَ Maksudnya: “ Dan setiap (hadith) yang kurang perawinya dinamakan [al-Hadith al-‘Ali (tinggi)]”. Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Imam al-Baiquniy, yang dimaksudkan dengan al-Hadith al-‘Aliy ialah setiap hadith yang bilangan perawinya sedikit. Ini kerana, apabila sedikitnya bilangan perawi di dalam sesebuah sanad hadith maka hadith tersebut atau sanad tersebut lebih dekat dengan Nabi SAW. Disebabkan itu, ia dinamakan al-hadith al-‘Aliy atau al-Isnad al-‘Aliy kerana ia hampir dengan Rasulullah SAW. Semakin hampir perawi yang meriwayatkan hadith dengan Rasulullah SAW, semakin tinggi status hadith tersebut. Bagi mengetahui samada hadith tersebut al-‘Aliy atau tidak, ia perlulah dibandingkan dengan hadith yang lain. Kita tidak boleh hanya melihat kepada satu hadith sahaja untuk mengetahui bahawa hadith tersebut adalah al-hadith al-‘Aliy atau tidak. Pembahagian al-hadith al-‘Aliy atau al-Isnad al-‘Aliy Para ulama’ berbeza dalam membuat pembahagian terhadap al-hadith al-‘Aliy ini. Untuk itu, kami memilih pendapat yang mengatakan bahawa Al-Hadith al-‘Aliy atau al-Isnad al-‘Aliy terbahagi kepada lima bahagian: Pertama: al-Hadith al-‘Aliy atau al-Isnad al-‘Aliy dengan iktibar bahawa ia hampir dengan Nabi SAW. Bahagian ini dinamakan juga sebagai al-Isnad al-‘Aliy al-Mutlak. Kedua: al-Hadith al-‘Aliy atau al-Isnad al-‘Aliy dengan iktibar dekatnya dengan para imam yang mempunyai sifat yang tinggi seperti imam Malik, imam al-Syafie dan yang seumpama dengan mereka. Ketiga: al-Hadith al-‘Aliy atau al-Isnad al-‘Aliy diiktibar dekatnya dengan riwayat al-Syaikhan (al-Bukhari dan Muslim) dan riwayat ashab al-Sunan (al-Tirmizi, Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah). Keempat: al-Hadith al-‘Aliy atau al-Isnad al-‘Aliy disebabkan awalnya kematian perawi yang meriwayatkan hadith berbanding perawi yang lain di dalam sanad yang lain, walaupun bilangan perawi di dalam sanad hadith tersebut sama. Kelima: al-Hadith al-‘Aliy atau al-Isnad al-‘Aliy disebabkan perawi tersebut lebih dahulu mendengar hadith daripada gurunya berbanding perawi yang lain yang mendengar selepas daripadanya walaupun ia daripada guru yang sama. Hukum al-Hadith al-‘Aliy Al-Hadith al-‘Aliy boleh menjadi sahih dan boleh juga menjadi dhaif. Faedah daripada al-Hadith al-‘Aliy Telah berkata Dr. Syaraf al-Qudhoh bahawa al-Isnad al-‘Aliy adalah lebih kuat daripada sanad yang al-Nazil. Ini kerana, setiap hadith yang bertambah jumlah bilangan perpindahannya (daripada seorang perawi kepada perawi yang lain) pada sesuatu hadith, daripada setiap halqah kepada halqah yang lain, menyebabkan bertambahnya kemungkinan berlakunya kesilapan dalam periwayatan. Maka jika kurang perpindahannya, maka kuranglah kemungkinan berlakunya kesilapan. [Lihat: al-Minhaj al-Hadith, 97] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 60 | ||
78 | 14/07/2018 16:19:44 | - | Apakah yang dimaksudkan dengan hadith palsu? | - | Bab Ilmu | hadith palsu, | definasi | Menyandarkan sesuatu perkara kepada Rasulullah SAW yang mana perkara tersebut bukannya daripada Nabi SAW adalah dilarang. Ini kerana, hukuman bagi orang yang berdusta di atas nama Rasulullah SAW adalah tempatnya di neraka. Banyak hadith-hadith berkaitan larangan berdusta di atas nama Nabi SAW. Antaranya: Nabi SAW bersabda: مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (107)] Nabi SAW bersabda: مَنْ تَعَمَّدَ عَلَيَّ كَذِبًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ Maksudnya: “Barangsiapa yang sengaja berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (108)] Nabi SAW bersabda: مَنْ يَقُلْ عَلَيَّ مَا لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ Maksudnya: “Barangsiapa yang berkata di atas namaku yang mana aku tidak perah mengucapkannya maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (109)] Nabi SAW bersabda: وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (110)] Nabi SAW bersabda: لاَ تَكْذِبُوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجِ النَّارَ Maksudnya: “Janganlah kamu berdusta di atas namaku, kerana ia iaitu yang berdusta di atas namaku tempatnya adalah neraka.” [Riwayat al-Bukhari (106) dan Muslim (1)] Nabi SAW bersabda: مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيْثٍ يُرَىْ أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِيْنَ Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta.” [Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim] Berdasarkan beberapa hadith di atas, jelaslah kepada kita bahawa ancaman yang cukup keras terhadap pendusta-pendusta terhadap hadith Nabi SAW. Untuk itu, dapat kita simpulkan bahawa hukum berdusta di atas nama Nabi SAW adalah haram secara jelas berdasarkan nas-nas di atas. Sejarah Pemalsuan Atau Pendustaan Terhadap Hadith Nabi SAW Tidak diketahui daripada kalangan sahabat Nabi SAW yang berdusta di atas nama Nabi SAW. Ini kerana, Rasulullah SAW merupakan insan yang mulia dan agung untuk didustakan di atas nama Baginda SAW. Telah diriwayatkan lebih daripada seratus orang sahabat Nabi SAW akan hadith yang menceritakan berkaitan ancaman terhadap orang yang berdusta ini dengan neraka sebagai nasihat (peringatan) buat umat ini (Nabi Muhammad SAW) dan juga menjauhkan mereka daripada berdusta di atas nama Rasulullah SAW. Menurut ahli sejarah bermulanya pemalsuan hadith Nabi SAW adalah apabila berlakunya fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman bin Affan RA. Ini kerana, pada waktu itu masuklah golongan-golongan al-Ahwa’ (golongan yang mengikut hawa nafsu) apabila berlakunya perpecahan dan perselisihan yang membawa kepada pendustaan terhadap hadith Nabi SAW agar hadith yang didustakan itu bertepatan dengan tuntutan hawa nafsunya. [Lihat: al-Wadha’ Fi al-Hadith al-Nabawi, 19-20] Kedudukan Dan Definisi Hadith Palsu Kedudukan hadith palsu adalah seburuk-buruk hadith dhaif sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama’ seperti: Imam Ibn Salah (643 H) berkata: اعْلَمْ أَنَّ الْحَدِيثَ الْمَوْضُوعَ شَرُّ الْأَحَادِيثِ الضَّعِيفَةِ Maksudnya: “Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya hadith palsu adalah termasuk di dalam hadith-hadith dhaif yang paling buruk.” [Lihat: al-Muqaddimah, 98] Imam al-Nawawi (676 H) juga berkata: الْمَوْضُوعُ: هُوَ الْمُخْتَلَقُ الْمَصْنُوعُ، وَشَرُّ الضَّعِيفِ Maksudnya: “Hadith palsu adalah hadith yang direka atau dicipta dan ia adalah seburuk-buruk hadith dhaif.” [Lihat: Tadrib al-Rawi, 323/1] Sebelum kita membincangkan secara lebih mendalam berkaitan hadith palsu ini maka ada baiknya kita memahami terlebih dahulu pengertian atau definisi hadith palsu ini. Kata Imam al-Baiquniy di dalam manzhumahnya yang masyhur hadith palsu adalah: وَالكَذِبُ المُخْتَلَقُ المَصْنُوعُ * عَلَى النَّبِيِّ فَذَلِكَ المَوْضُوْعُ Pendustaan yang direka dan dicipta Di atas nama Nabi SAW maka itulah yang dinamakan [Hadith Mawdhu’] Menurut Imam al-Baiquniy, hadith mawdhu’ atau palsu ini ialah hadith dusta yang direka atau dicipta dan ia disandarkan kepada Nabi SAW. Di samping itu, menurut Syeikh Sayyid Abd al-Majid al-Ghouri di dalam kitabnya menyatakan bahawa hadith palsu adalah: “Hadith yang tidak datang daripada Nabi SAW sama ada ia berbentuk ucapan, perbuatan, taqrir dan ia disandarkan kepada Nabi SAW secara tersalah, sengaja, kejahilan dan juga muslihat.” [Lihat: Mu’jam al-Musthalahat al-Hadithiyyah, 798] Untuk itu, jelaslah kepada kita bahawa hadith palsu ini adalah hadith yang direka atau dicipta lalu disandarkan ia di atas nama Nabi SAW secara dusta sama ada berbentuk ucapan, perbuatan dan iqrar Nabi SAW sedangkan ia tidak pernah datang daripada Nabi SAW. Hukum Meriwayatkan Hadith Palsu Para ulama’ menyatakan bahawa tidak dibolehkan atau haram bagi kita meriwayatkan hadith palsu apabila diketahui akan keadaannya (palsu) melainkan bagi menjelaskan akan kepalsuannya. Ini merupakan pendapat Imam Ibn Salah, Imam al-Nawawi, al-Suyuthi (911 H) dan ramai lagi termasuk ulama’-ulama’ hadith masa kini. Hukum ini terbina berdasarkan hadith-hadith berkaitan larangan keras Rasulullah SAW terhadap pendustaan di atas nama Baginda SAW. Akan tetapi, hukum ini tidak terpakai kepada hadith dhaif kerana ia boleh diriwayatkan di dalam perkara fadhail apabila menepati syarat-syaratnya sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan kami sudah pun menjawabnya pada artikel yang lepas di bawah tajuk hadith dhaif. Ciri-Ciri Atau Tanda-Tanda Hadith Palsu Perkara ini dapat dikesan sama ada pada sanad dan juga matan hadith dan kami nukilkan daripada kitab Ulum al-Hadith oleh Prof. Dr, Muhammad Abu Laith iaitu: Pada Sanad: Iqrar atau pengakuan daripada perawi tersebut bahawa dia telah mencipta hadith tersebut. Terbukti daripada pengakuannya bahawa dia telah berdusta. Contohnya seperti dia berkata, bahawa dia telah mendengar hadith ini daripada syeikh sekian di tempat sekian, sedangkan syeikh tersebut diketahui tidak pernah masuk atau sampai ke tempat tersebut. Perawi tersebut terkenal sebagai seorang pemalsu hadith Nabi SAW. Pada Matan: Teks hadith bercanggah dengan al-Quran, usul-usul dan kaedah-kaedah agama. Teks hadith bercanggah dengan teks hadith sahih yang lain. Teks hadith bercanggah ijma’ para sahabat R.anhum. Bertentangan dengan naluri, penyaksian dan ilmu sains (penemuan ilmiah moden yang sahih dan tidak bertentangan dengan al-Quran, hadith dan sumber-sumber utama di dalam agama). Teks tersebut tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadith yang muktabar. Kelemahan pada susunan lafaz dan juga makna. Terkandung di dalam teks hadith perkara-perkara yang dilihat melampau yang mustahil bagi seorang Nabi SAW mengucapkan kata-kata tersebut. Terkandung di dalam teks hadith perkara-perkara bid’ah yang diada-adakan dan tidak mempunyai asal serta perawi tersebut termasuk di dalam orang yang menyeru kepadanya. Tujuan Dicipta Hadith Palsu Antara tujuan hadith palsu ini direka atau dicipta adalah: Menyokong golongan-golongan tertentu termasuk golongan agama (aqidah), mazhab atau parti politik. Dendam terhadap agama Islam dan juga umat Islam. Menjauhkan manusia daripada agama. Sifat keinginan terlalu tinggi untuk membawa merubah manusia ke arah agama. Menginginkan habuan tertentu. Istilah-Istilah Hadith Palsu Di sini kami nukilkan kembali sebahagian artikel yang pernah kami tulis dahulu berkaitan istilah-istilah hadith palsu. Antara istilah yang biasa digunakan oleh para ulama’ dalam menyatakan sesuatu hukum terhadap sesebuah hadith adalah: Al-Mawdhu’ (الموضوع): Istilah ini adalah yang paling masyhur dan sering digunakan. Tiada asal baginya (لا أصل له): Di dalam kitab Tadrib al-Rawi “tiada asal baginya” bermaksud hadith yang tidak ada sanad baginya. [Lihat: Tadrib al-Rawi, 162/1] Bathil (الباطل): Sebahagian ulama’ juga menggunakan istilah “bathil” yang merujuk kepada makna palsu. Tiada sanad baginya (لا إسناد له): Kadang-kadang ditambah sedikit pada istilah ini iaitu “aku tidak ketahui baginya sanad (لا أعرف له إسنادا).” Menurut Ibn ‘Irraq (‘Arraq), jika para huffaz al-Hadith menyatakan pada hukum sesebuah hadith dengan menggunakan istilah “aku tidak mengetahuinya (لا أعرفه) atau tiada asal baginya (لا أصل له) maka telah cukup dalam menghukum sesebuah hadith.” [Lihat: Tanzih al-Syariah. 8/1] Tidak sampai (kepada Nabi SAW) (ليس مرفوعا): Iaitu apabila sesebuah hadith dihukum dengan istilah ini maka ia menunjukkan bahawa sanadnya terputus atau tidak sampai kepada Nabi SAW. Tidak diketahui dengan lafaz ini (لا يعرف بهذا اللفظ): Ini juga merupakan salah satu istilah yang digunakan dalam menyatakan bahawa hadith ini tidak sahih. Kitab-Kitab Berkaitan Hadith Palsu Antara kitab-kitab yang mengumpulkan dan menjelaskan berkaitan hadith-hadith palsu ini adalah: Tazkirah al-Mawdhu’at oleh al-Hafiz Ibn Thahir al-Maqdisi (507 H) Al-Mawdhu’at Min al-Ahadith al-Marfu’at oleh Imam al-Juzaqaniy (543 H) Al-Mawdhu’at oleh Imam Ibn al-Jauzi (597 H) Al-Manar al-Munif oleh Imam Ibn al-Qayyim (751 H) Al-Maqasid al-Hasanah oleh Imam al-Sakhawi (902 H) Al-La’aali al-Masnu’ah oleh Imam al-Suyuthi (911 H) Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah oleh Imam Ibn ‘Irraq (‘Arraq) al-Kinaniy (963 H) Al-Asrar al-Marfua’ah dan al-Masnu’ Fi Ma’rifah al-Hadith al-Mawdhu’ oleh Syeikh Mulla Ali al-Qari (1014 H) Kasyf al-Khafa’ Wa Muzil al-Ilbas oleh Imam al-‘Ajlouniy (1126 H) Al-Fawaid al-Majmu’ah Fi al-Ahadith al-Mawdhu’ah oleh Imam al-Syaukani (1255 H) Al-Athar al-Marfu’ah Fi al-Ahadith al-Mawdhu’ah oleh Syeikh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (1304 H) Tanggungjawab Dan Peranan Kita Sebagai seorang mukmin yang cinta kepada Rasulullah SAW seharusnya bagi kita menjaga nama dan batang tubuh Rasulullah SAW daripada dicemari dengan pendustaan dan pemalsuan golongan yang tidak bertanggungjawab. Ini merupakan bukti cinta dan kasih kita kepada Rasulullah SAW sebagaimana di dalam sebuah hadith: Sabda Nabi SAW لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ Maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia kasih kepadaku lebih daripada dia kasih kepada ibubapanya, anakya dan manusia keseluruhannya.” [Riwayat al-Bukhari (15)] Di samping itu juga, menjadi kewajipan kita semua sebelum membaca, menulis, mengajar, menyampai atau menyebarkan sesebuah hadith Nabi SAW perlulah dikenalpasti terlebih dahulu akan sumber dan status (hukum) hadith tersebut kerana bimbang dengan tidak menyatakan sumber dan hukum hadith akan terjerumus ke dalam ancaman Nabi SAW tersebut. Dengan cara ini, ia akan menjaga kesucian agama ini dan juga penyelewengan golongan-golongan yang ingin menghancurkan Islam. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 249 | ||
79 | 02/07/2018 13:32:19 | مَنْ أنفَقَ دِرْهَمًا فِي مَوْلِدِي فَكَأَنَّمَا أنفَقَ جَبَلًا مِن ذَهَبِ فِي سَبِيلِ الله | Barangsiapa yang membelanjakan satu dirham pada hari maulidku, maka seolah-olah dia telah membelanjakan segunung emas pada jalan Allah. | - | Bab Kelebihan, Bab Nabi dan Kenabian | maulid, | Palsu | Hadith ini pernah dijawab oleh mantan mufti Negeri Johor al-Syeikh Syed Alwi bin Tahir al-Haddad Rahimahullah dan telah dimuatkan di dalam buku Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang mana jawapan yang diberikan oleh beliau: Hadis-hadis yang tuan sebutkan di atas itu adalah Hadis Maudhu' (dusta) tidak benar dan tidak ada asalnya. Umat Nabi Muhammad s.a.w. disuruh membesarkan Rasulullah s.a.w. dan memuliakannya menurut ayat-ayat Quran ada tersebut di dalam surah al-Fath. Syeikh Abdullah bin Abd al-Rahman al-Jibrin apabila ditanyakan tentang status hadith: مَنْ عَظَّمَ مَولِدِي كُنْتُ شَفِيعًا لَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ Jawab fadhilah al-Syeikh: “Hadith ini tidak sahih. Tidak diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadith yang sahih, tidak juga di dalam kitab-kitab sunan dan ianya adalah satu penipuan…”[1] Maka, kami nyatakan di sini bahawa hadith ini adalah palsu dan tidak sabit dari Nabi SAW. Mereka yang menyebar dan membacakan hadith ini dengan sengaja perlulah bertaubat kerana haram dan berdosa besar bagi sesiapa yang menipu di atas nama Nabi SAW. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 3 | ||
80 | 06/07/2018 07:11:19 | أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ | Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 907] | Ibn Hibban, | Bab Bulan-bulan Islam, Bab Ilmu, Bab Iman, Bab Kelebihan, Bab Puasa, Bab Solat | Ramadhan, | Palsu | Makna Hadith Di dalam hadith ini, jelas menunjukan bahawa orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT di dalam Ramadhan termasuk di dalam orang-orang yang rugi. Bagi yang berkesempatan untuk berada di dalam bulan Ramadhan, kita disarankan untuk beribadah dengan penuh keimanan dan sunguh-sungguh dalam mengharapkan pahala daripada Allah SWT. Ganjaran besar berupa pengampunan dosa yang telah lalu menanti bagi mereka yang beribadah bersungguh-sungguh di dalam bulan yang mulia ini. Persoalan Benarkah doa Jibril AS menjelang Ramadhan dengan lafaz ini ? “Ya Allah, abaikan puasa umat Muhammad jika sebelum masuk Ramadhan dia tidak melakukan tiga hal ini: Tidak minta maaf kepada kedua orang tuanya. Tidak bermaafan dengan sahabat-sahabatnya. Tidak bermaafan dengan orang sekitarnya. Maka Rasulullah SAW mengaminkan sebanyak tiga kali (untuk tiga hal ini)”. Ulasan Berkaitan Persoalan Di Atas Bagi menjawab persoalan di atas, hadith di atas sudah tersebar dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Untuk itu, kami nyatakan di sini bahawa hukum hadith tersebut adalah palsu dan direka oleh sebahagian pihak yang tidak bertanggungjawab dan kita tidak boleh sesekali menyebarkannya kepada orang lain melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat sebuah hadith yang sama seperti di atas tetapi hal-hal yang terdapat di dalam hadith yang sahih ini adalah berbeza dengan hadith di atas kecuali hal yang pertama. Hadith yang sahih berkaitan hal ini adalah seperti yang kami nyatakan di awal perbincangan ini iaitu yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يَبِرَّهُمَا فَمَاتَ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ Maksudnya: Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa sempat dengan kedua orang tuanya tetapi tidak berlaku baik kepada meraka. Kemudian dia meninggal maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa yang disebut kepadanya dan dia tidak berselawat kepadaku, maka dia akan dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”. [Lihat: al-Targhib wa al-Tarhib, 2/57] Berdasarkan hadith ini, tiga hal yang disebut di dalam hadith yang sahih ini adalah: Orang yang bertemu bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT. Orang yang tidak berlaku baik kepada kedua orang tuanya sehingga dia meninggal. Orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW apabila disebut kepadanya. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 80 | ||
81 | 14/07/2018 15:33:39 | - | kisah biawak pasir yang beriman atau bersaksi akan kenabian Nabi Muhammad SAW? | Imam Ibn Kathir, Ibn Dihyah, Imam al-Zahabi, Imam al-Hafiz Ibn Hajar | Bab Iman | biawak, | Batil | Ringkasan kisah biawak pasir yang beriman Rasulullah SAW sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim kepada Rasulullah SAW dan bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan tersebut untuk dimakan. Kelihatan sekumpulan manusia mengelilingi seorang lelaki dan pada waktu itu, dia tidak mengetahui bahawa lelaki tersebut adalah Rasulullah SAW. Setelah itu, Arab Badwi tersebut mendatangi sekumpulan manusia itu dan mengungkapkan kata-kata yang kesat kepada Rasulullah SAW apabila mengetahui bahawa lelaki tersebut adalah Rasulullah SAW yang menyebabkan saidina Umar bin al-Khattab marah. Kemudian Rasulullah SAW menenangkan umar, lalu Nabi SAW bertanya kepada Arab Badwi tersebut mengapa engkau berkata sedemikian. Arab Badwi itu menjawab bahawa dia tidak akan beriman sehingga biawak yang ada bersamanya turut beriman. Apabila Nabi SAW mendengar kata-kata Arab Badwi tersebut, maka Rasulullah SAW memanggil memanggil biawak itu dan kedengaran biawak itu menjawab dengan bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir. Biawak itu berkata bahawa Allah adalah Tuhan bagi sekalian alam dan Nabi Muhammad SAW adalah rasul yang diutuskan oleh Allah SWT. Setelah mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata: وَاللَّهِ لَقَدْ جِئْتُكَ وَمَا عَلَى ظَهْرِ الْأَرْضِ أَبْغَضُ إليَّ مِنْكَ، وإنَّك الْيَوْمَ أَحَبُّ إليَّ من والدي، وَمِنْ عَيْنِي وَمِنِّي، وَإِنِّي لَأُحِبُّكَ بِدَاخِلِي وَخَارِجِي، وَسِرِّي وَعَلَانِيَتِي Maksudnya: “Demi Allah! Aku datang kepada engkau dan tidak ada di atas dunia ini orang yang paling aku benci melainkan engkau, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amat kukasihi zahirku dan batinku”. Kemudian dia mengucapkan kalimah syahadah di hadapan para sahabat yang berada di situ. [Lihat Dalail al-Nubuwwah, 6:37, al-Bidayah wa al-Nihayah, 6:149] Pendapat ulama terhadap kisah ini Berikut adalah beberapa pendapat ulama terhadap kisah biawak yang beriman ini: Imam Ibn Kathir berkata di dalam al-Bidayah : Pada kisah ini terdapat keganjilan dan aneh. Ibn Dihyah mengatakan di dalam al-Khasais : Ini adalah kisah palsu. Imam al-Zahabi pula berkata di dalam al-Mizan : Kisah ini adalah bathil. Imam al-Hafiz Ibn Hajar berkata di dalam al-Lisan : Kisah ini bathil kerana salah seorang daripada perawi di dalam kisah ini iaitu Muhammad bin Ali bin al-Walid al-Sulami al-Basri adalah munkar al-Hadith. Tarjih Setelah meneliti dan menekuni pendapat para ulama terhadap kisah ini, maka kami berpendapat bahawa kisah ini adalah tidak sahih atau bathil. Untuk itu, kita tidak boleh menyandarkan kisah ini kepada Nabi SAW dan menyebarkan melainkan bagi menyatakan akan kebathilan kisah ini. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 30 | ||
82 | 14/07/2018 15:27:01 | - | kisah Nabi Sulaiman AS bersama pemuda soleh yang berbakti kepada ibu dan bapanya? | - | Bab Adab, Bab Anak | ibu bapa, | Bukan hadis | kami tidak menemui kisah ini di dalam kitab-kitab yang muktabar dan kami juga tidak dapat mengetahui akan status berkaitan kisah ini. Akan tetapi kisah ini ada dinyatakan di dalam kitab al-Nawadir yang dikarang oleh Ahmad Syihab al-din al-Qalyubi pada muka surat ke 45. Karya beliau ini tidak disertai dengan sanad atau rujukan yang membolehkan kita mengkaji atau menganalisis akan kesahihan kisah tersebut. Berbakti Kepada Ibubapa Walaubagaimanapun, berbakti atau berbuat kepada ibubapa adalah satu tuntutan bagi setiap insan. Antara dalil yang diwajibkan kita untuk berbakti kepada ibubapa adalah berdasarkan firman Allah SWT: وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya kamu tidak menyembah melainkan-Nya semata-mata dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua (dalam jagaan dan peliharaan) maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ahh" serta janganlah kamu menengking mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”. [al-Isra’:23] Nasihat Kami Dalam kita mengutip mutiara ilmu dan juga mengambil manfaat daripada kitab-kitab maka sewajarnya dilihat dari sudut kesahihan maklumat lebih-lebih lagi datang dalam bentuk israiliyyat atau sumber yang tidak ada dalil atau tidak disahkan dalilnya oleh ulama’ yang muktabar lagi thiqah seperti Imam al-bukhari, Imam Muslim, Imam al-Tirmizi, Imam al-Nawawi dan lain-lain lagi. Begitu juga, amat perlu seseorang itu melihat sighah (acuan) yang dilafazkan boleh jadi dalam bentuk sighah tamridh (sakit dan lemah) yang sudah pasti tidak boleh menjadi hujah. Seperkara yang menjadi penting juga ialah sifat logik mantiq dan aqli diambil kira agar ia tidak bercanggah dengan aqal yang sihat. Kecualilah jika ia sebagai mukjizat, karamah dan ma’unah yang kita imani dan yakini. Justeru, mengambil jalan ihtiyath (berhati-hati) sekalipun terdapat dalam kitab adalah amat penting dalam disiplin ilmu bagi seseorang Islam. Satu kaedah yang masyhur menyebut: إَنْ كُنْتَ نَاقِلًا فَعَلَيْكَ بِالتَّصْحِيْحِ وَإِنْ كُنْتَ مُدَّعِيًا فَعَلَيْكَ بِالدَّلِيْلِ Maksudnya: “Jika kamu menukilkan satu-satu berita maka hendaklah kamu mentashihkannya dan jika sekiranya kamu mendakwa maka hendaklah kamu datangkan dalil, hujah dan bukti”. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 140 | ||
83 | 14/07/2018 15:29:37 | - | kisah Tha’labah enggan membayar zakat | - | Bab Harta, Bab Ikhlas, Bab Sedekah, zakat | zakat, | Bukan hadis | ramai para sahabat Nabi SAW yang bernama Tha’labah. Oleh itu, siapakah Tha’labah yang dimaksudkan di dalam kisah ini? Al-Hafiz Ibn Hajar telah menyenaraikan nama-nama sahabat yang bernama Tha’labah di dalam karyanya, antaranya ialah : Tha’labah bin Aus Tha’labah bin Abi Balta’ah Tha’labah bin Thabit Tha’labah bin al-Harith Tha’labah bin Hatib bin al-Aus al-Ansari (syahid dalam peperangan Uhud) Tha’labah bin Harram Tha’labah bin al-Hakam Tha’labah bin Khaddam al-Ansari Tha’labah bin Sa’idah (wafat dalam peperangan Uhud) Tha’labah bin Salam Tha’labah bin Suwaid al-Ansari Tha’labah bin Abd al-Rahman al-Ansari Tha’labah bin Qais Demikian adalah beberapa orang sahabat Nabi SAW yang bernama Tha’labah, tetapi yang Tha’labah yang dimaksudkan di dalam kisah ini ialah Tha’labah bin Hatib al-Ansari. Beliau telah menyertai peperangan Badar dan Uhud bersama Rasulullah SAW. Di samping itu, beliau telah wafat ketika zaman pemerintahan Umar dan ada juga berkata bahawa beliau wafat ketika zaman pemerintahan Uthman. Selain itu, beliau dikatakan telah enggan membayar zakat ketika diperintahkan oleh Nabi SAW sebagaimana yang diceritakan oleh Sa’id bin Jubair dan Abi Qatadah ketika menafsirkan ayat ke 75 di dalam surah al-Taubah. Lihat al-Isti’ab fi Ma’rifah al-Sahabah (1/20) Ringkasan kisah Tha’labah Telah datang Tha’labah bin Hatib al-Ansari kepada Rasulullah SAW, beliau berkata: Wahai Rasulullah SAW, doakan aku agar Allah SWT mengurniakan aku harta, maka Rasulullah SAW menjawab: “Celakalah engkau wahai Tha’labah, sedikit membawa kepada kesyukuran kepada Allah lebih baik daripada banyak yang engkau tidak mampu”. Setelah beberapa tempoh, beliau datang lagi kepada Rasulullah SAW dan mengulang benda yang sama. Maka Rasulullah SAW mendoakan baginya agar Allah SWT memberinya harta. Setelah itu, turunnya ayat al-Qur’an : خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ Maksudnya : “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Surah al-Taubah, 9:103) Lalu Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki dari al-Ansar dan seorang lagi daripada Bani Sulaim dan Nabi SAW memberikan catatan berkaitan zakat ini kepada mereka. Di samping itu, Nabi SAW meminta dua lelaki tersebut untuk meminta daripada Tha’labah sebahagian hartanya untuk disedekahkan. Kedua lelaki tersebut terus melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Nabi SAW dan mereka bertemu dengan Tha’labah lalu membaca apa yang ditulis oleh Nabi SAW di dalam catatan tersebut. Setelah dibacakan apa yang terkandung di dalam catatan tersebut, Tha’labah enggan mengeluarkan sebahagian hartanya untuk dizakatkan dan mengatakan bahawa ini adalah jizyah. Kedua lelaki tersebut bertemu dengan Rasulullah SAW dan menceritakan kepada Baginda SAW berkenaan peristiwa tersebut. Maka Allah SWT menurunkan ayat : وَمِنْهُم مَّنْ عَاهَدَ اللَّـهَ لَئِنْ آتَانَا مِن فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ Maksudnya: “Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”. (Surah al-Taubah, 9:75) Apabila turunnya ayat tersebut, salah seorang daripada lelaki tersebut telah bertemu dengan Tha’labah dan memberitahu beliau bahawa: Allah SWT telah menurunkan ayat di atas keengganan engkau membayar zakat maka celakalah engkau wahai Tha’labah. Apabila mendengar kata-kata tersebut, Tha’labah terus bertemu dengan rasulullah SAW dan ingin membayar zakat tetapi Rasulullah enggan menerimanya kerana Allah SWT telah menghalangku daripada menerima apa-apa daripada engkau. Setelah Rasulullah SAW wafat, Tha’labah bertemu dengan Abu Bakar RA yang pada waktu sebagai khalifah tetapi Abu Bakar menolaknya. Kemudian di zaman khilafah Umar bin al-Khattab RA, Umar RA juga menolak untuk menerima harta daripada Tha’labah, sehingga tiba zaman Uthman RA menjadi khalifah, Uthman RA juga melakukan perkara yang sama. Akhirnya, Tha’labah wafat di zaman Uthman bin Affan RA dalam keadaan tidak membayar zakat setelah mencubanya berkali-kali. Lihat Tafsir al-Thabari (no. 16987) al-Mu’jam al-Kabir Thabarani, (no. 7873) dan Asbab al-Nuzul oleh al-Wahidi hal. 252. Pendapat ulama berkaitan kisah ini Kisah ini adalah tidak sahih berdasarkan apa yang dinyatakan pendapatnya oleh para ulama, antaranya ialah: Imam al-Qurthubi berkata: “Tha’labah ialah salah seorang yang menyertai peperangan Badar dan beliau juga antara orang yang telah diakui keimanannya sebagaimana yang termaktub di dalam hadith. Untuk itu, apa yang diriwayatkan ini adalah tidak sahih”. Imam Ibn Hazim berkata: “Tha’labah seorang ahli badar dan hal ini umum mengetahuinya, maka riwayat ini adalah bathil”. Imam al-Iraqi mengatakan bahawa: “Thabarani telah mengtahkrijkan hadis ini dengan menggunakan sanad yang lemah”. Imam al-Qurthubi menyatakan: “Apa yang diriwayatkan berkaitan Tha’labah adalah tidak benar”. Imam al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan: “Aku tidak merasakan bahawa khabar ini benar”. Tarjih Setelah melihat kepada pendapat-pendapat yang dikemukan oleh para ulama berkaitan riwayat atau kisah ini, kami juga memilih untuk menyatakan bahawa kisah ini adalah tidak benar (sahih) dan ia tidak boleh disebarkan kepada masyarakat melainkan untuk menyatakan bahawa kisah ini tidak benar (sahih). Ini juga selari dengan pendapat ulama hadith yang muktabar. Antara sebab-sebab kami mengatakan bahawa kisah ini tidak benar ialah: Tha’labah merupakan seorang sahabat nabi SAW. Kita sebagai umat Islam perlu berpegang dan percaya bahawa sahabat bersifat dengan ‘adalah (adil), dalam erti kata lain bahawa mereka tidak menipu, apatah lagi untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan rukun Islam seperti tidak membayar zakat. Tha’labah merupakan salah seorang sahabat yang menyertai peperangan badar. Sebagaimana kita ketahui bahawa. Ahli badar mempunyai keistimewaannya tersendiri. Antaranya Allah SWT telah bersaksi di atas keimana mereka dan Allah SWT mengampunkan dosa mereka yang lalu dan akan datang. Berdasarkan hadith Nabi SAW : اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ فَقَدْ وَجَبَتْ لَكُمُ الْجَنَّةُ Maksudnya : “Buatlah apa yang kalian suka kerana Allah SWT telah meletakkan kalian di dalam syurga”. Riwayat al-Bukhari (3684) dalam Kitab Peperangan, Bab Keutamaan Orang yang Menyertai Perang Badar. Setelah melihat kepada sebab turunnya ayat tersebut, kami mendapati bahawa pendapat yang rajih (kuat) adalah ayat tersebut diturunkan kepada golongan munafik kerana mereka begitu bakhil dan kedekut untuk mengeluarkan sebahagian daripada harta mereka sebagaimana dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar di dalam Tahzib al-Tahzib. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 27 | ||
84 | 26/06/2018 20:30:07 | مَنْ أَحْيَا سُنَّتِيْ بَعْدَ فَسَادِ أُمَّتِيْ فَلَهُ أَجْرُ مِائَةِ شَهِيْدٍ | Maksudnya:“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku ketika rosaknya umatku maka baginya pahala 100 orang syahid”. | Al-Hasan Ibn Qutaibah | Bab Akhirat, Bab Jihad | sunnah, akhir zaman | Lemah | - Imam al-Daraquthni menilai dia (perawi tersebut) adalah Matruk al-Hadith. - Imam Abu Hatim mengatakan dia (perawi tersebut) adalah seorang yang dhaif. - Imam al-Azdiy menilai dia (perawi tersebut) adalah seorang yang lemah dalam hadith. - Imam al-Uqailiy mengatakan dia (perawi tersebut) adalah seorang yang banyak melakukan kesalahan. - Telah berkata imam al-Haithami pada riwayat Abu Hurairah RA bahawa padanya (sanad) terdapat Muhammad bin Soleh al-Adawiy serta aku tidak melihat sesiapa yang menterjemahkannya (menceritakan perihal perawi tersebut) dan selain daripadanya (Muhammad bin Soleh) adalah thiqah atau dipercayai. [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 172/1] Imam al-Munziri berkata bahawa sanad pada riwayat Abu Hurairah RA tidak mempunyai apa-apa masalah tetapi dalam riwayat tersebut hanya menyebut “فَلَهُ أَجْرُ شَهِيدٍ” (tanpa perkataan seratus “مِائَةِ”). [Lihat: al-Targhib al-Tarhib, 41/1] Imam al-Dhimyathi mengatakan bahawa sanad daripada jalur Abu Hurairah RA tidak mempunyai masalah. [Lihat: al-Muttajir al-Rabih, no. Hadith 50, 31] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 129 | ||
85 | 28/06/2018 20:06:55 | - | persidangan bagi membincangkan isu-isu berkaitan Sunni dan Syiah | - | kisah silam | persidangan, | Bukan hadis | kisah tersebut masyhur dan sering disebutkan oleh para penceramah. Walaubagaimanapun, kami cuba untuk mencari akan status atau asal bagi kisah ini, namun kami tidak menemui asalnya di dalam mana-mana kitab yang dikarang oleh para ulama’ hatta di dalam kitab yang dikaryakan oleh Imam Ahmad sendiri. Untuk itu, kami simpulkan bahawa kisah ini tiada asalnya. Disebabkan itu, seorang tabi’in yang agung Imam Abdullah bin al-Mubarak berkata: إِنَّ الإِسْنَادَ مِنَ الدِّيْنِ، وَلَوْلَا الإِسْنَاد لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ Maksudnya: “Sesungguhnya sanad itu sebahagian daripada agama, jika tanpa sanad maka sesiapa sahaja boleh berkata apa yang mereka ingin katakan”. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 184 | ||
86 | 09/07/2018 07:35:10 | - | Ringkasan Mengenai Pembentangan Kertas Kerja Seminar “Home of Hadith” (Pengamalan Hadith Dhoif) | - | Bab Ilmu | hadith | Bukan hadis | Ini adalah sedikit ulasan atau ringkasan yang diambil daripada kertas kerja keempat yang bertajuk “Hadith Dhaif dalam Fadhail, Targhib, Tarhib dan Akhlak” oleh al-Fadhil Maulana Ust Nasaie Hanaffi bin Hasin. Isu hadith Dha’if sentiasa menjadi perbualan dan berlegar di dalam masyarakat kita. Kebanyakan masyarakat dan juga sebahagian pihak mengambil mudah dalam isu ini dengan mengatakan bahawa hadith Dha’if boleh diamalkan di dalam Fadhail dan juga pada Targhib (galakan) dan Tarhib (ancaman) secara mutlak. Untuk itu, kertas kerja ini ditulis bagi menjelaskan “Hadith Dhaif dari sudut amalan di dalam Fadhail, Targhib dan Tarhib”. Peranan al-Sunnah Menguatkan hukum yang ada di dalam al-Quran. Mengkhususkan umum al-Quran. Mentafsil (menjelaskan) ayat-ayat mujmal di dalam al-Quran. Mentaqyidkan (menghadkan atau mengikat) ayat-ayat mutlak di dalam al-Quran. Mengeluarkan hukum baru yang tidak disebut di dalam al-Quran. Fungsi ilmu hadith Antara fungsi ilmu hadith ialah untuk mengetahui status sesebuah hadith samada ia boleh diterima atau tidak. Pembahagian hadith Secara umumnya hadith dibahagikan kepada dua, iaitu: Pembahagian hadith yang maqbul (yang diterima) Sahih Hasan Hasan li Zatihi Hasan li Ghairihi Pembahagian hadith yang mardud (yang ditolak) Maudhu’ Dhaif Definisi hadith Sahih Hadith Sahih (الصحيح) ialah hadith yang sanadnya bersambung serta diriwayatkan oleh seseorang yang bersifat adil dan kuat ingatan daripada orang yang bersifat sama sepertinya, hingga kepada sumber yang pertama berita tersebut tanpa sebarang kejanggalan (الشذوذ) dan kecacatan (العلة). Syarat-syarat hadith Sahih: Sanad yang bersambung. Adil dan bermaruah. Mempunyai dhabit yang sempurna. Tidak syaz. Tidak ada ‘illah. Definisi hadith Hasan Hadith Hasan ialah syaratnya seperti hadith Sahih namun terdapat sedikit kekurangan daripada sudut hafalannya berbanding hadith Sahih, ini dinamakan hadith Hasan li Zatihi. Adapun hadith Hasan li Ghairihi ialah pada asalnya hadith tersebut bersifat Dhaif namun ia dikuatkan dengan hadith yang lain sehingga dinaiktaraf kepada hadith Hasan li Ghairihi. Definisi hadith Dha’if Dari sudut bahasa : dha’if adalah sifat musyabbahah dan lawan bagi kuat. Manakala, dha’if pada istilah ialah : Kata Ibn Salah: “Hadith Dhaif ialah hadith yang tidak mencukupi sifat hadith Sahih ataupun hadith Hasan”. Kata Ibn Hajar: “Hadith Dhaif ialah hadith yang sifat-sifat penerimaan (syarat-syarat hadith Sahih dan Hasan) tidak ada padanya”. Peringkat hadith Dhaif Hadith Dhaif mempunyai beberapa peringkat: Dhaif berat Antara ciri hadith Dhaif berat: Hadith yang direka-reka. Hadith yang datang daripada jalur perawi yang berdusta. Hadith daripada perawi yang fasiq. Hadith daripada perawi ahli bid’ah mukaffirah (yang membawa kepada kekufuran) Dhaif ringan Antara ciri hadith Dhaif ringan: Perawi yang meriwayatkan hadith itu majhul (tidak dikenali) Perawi di dalam sanad hadith tersebut bersifat dhaif (lemah) yang ringan tetapi dengan syarat bahawa dhaif tersebut adalah bersifat muhtamil (berkemungkinan) Mudha’’af Hadith Mudha’’af adalah hadith yang paling tinggi kedudukannya. Ini kerana, statusnya menjadi perselisihan antara para ulama’ samada ia dhaif atau hasan tetapi ia perlulah melihat kepada dhawabit (panduan) dalam berinteraksi dengan situasi seperti ini. Hukum beramal atau berhujah dengan hadith dha’if Para ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan adakah hadith dha’if menjadi hujah di dalam hukum dan boleh diamalkan di dalam fadhail al-‘Amal (kelebihan amalan-amalan): Pertama : Hadith dha’if tidak boleh diamalkan secara mutlak dan tidak boleh dijadikan hujah di dalam hukum dan juga fadhail al-‘Amal. Kedua : Hadith dha’if hanya boleh diamalkan di dalam fadhail al-‘Amal dan tidak menjadi hujah di dalam hukum. Ini merupakan pendapat jumhur ulama’ tetapi para ulama’ telah meletakkan beberapa syarat untuk beramal dengan hadith dha’if. Antaranya ialah : Tidak terlalu dha’if. Terdapat asal bagi amalan tersebut. Tidak beri’tiqad ketika beramal dengannya bahawa Nabi SAW melakukannya. Beramal dalam perkara-perkara yang melibatkan fadhail al-A’mal sahaja. Tarjih : Selepas meneliti pendapat-pendapat para ulama’ dalam menjadikan hadith dha’if sebagai hujah dan boleh diamalkan di dalam fadhail al-A’mal, kami cenderung terhadap keharusan beramal dengan hadith dha’if tetapi dalam masa yang sama perlu diikat dengan syarat-syarat atau dhawabit (panduan-panduan) seperti yang dinyatakan oleh jumhur ulama’ sebagaimana yang dinyatakan dalam pendapat yang kedua. Ini juga merupakan pendapat imam al-Nawawi RA dan Mulla ‘Ali al-Qari. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 68 | ||
87 | 20/07/2018 19:55:52 | إِذَا جَلَسَ الْمُتَعَلِّمُ بَيْنَ يَدَيِ الْعَالِمِ فَتَحَ اللَّهُ تَعَالَى عَلَيْهِ سَبْعِينَ بَابًا مِنَ الرَّحْمَةِ وَلا يَقُومُ مِنْ عِنْدِهِ إِلا كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ؛ وَأَعْطَاهُ اللَّهُ بِكُلِّ حَرْفٍ ثَوَابَ سِتِّينَ شَهِيدًا، وَكَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ حَدِيثٍ عِبَادَةَ سَبْعِينَ سَنَةً، وَبُنِيَ لَهُ بِكُلِّ وَرَقَةٍ مَدِينَةٌ، كُلُّ مَدِينَةٍ مِثْلُ الدُّنْيَا عَشْرَ مَرَّاتٍ | “Apabila duduknya seorang pelajar di sisi seorang alim, maka Allah SWT akan membuka kepadanya 70 pintu rahmat dan tidak bangun dia daripada bersama orang alim itu melainkan seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya (diampunkan dosa baginya). Dan Allah akan memberikan kepadanya pada setiap huruf itu dengan ganjaran 60 orang syahid. Dan Allah juga akan menulis baginya pada setiap hadith (kata-kata) itu ibadah selama 70 tahun serta dibina baginya dengan setiap kertas itu sebuah bandar dan setiap bandar itu seperti sepuluh kali ganda dunia.” | Imam al-Suyuthi, Ibn ‘Irraq (‘Arraq) al-Kinani, al-Fattaniy, Syeikh Mulla Ali al-Qari, al-‘Ajlouniy, Imam al-Syaukani, al-Qawuqji, | Bab Ilmu, Bab Iman, Bab Kelebihan | ilmu, | Palsu | Agama kita Islam amat menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu dan juga berdamping dengan para alim ulama’. Ini kerana, mereka adalah para pewaris nabi berdasarkan hadith Nabi SAW: وَإِنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ ، وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ ، لَمْ يُوَرِّثوا دِيْنَارًا ، وَلَا دِرْهَمًا ، إِنَّمَا وَرّثوا العِلْمَ ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sungguhpun para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka telah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.”. [Riwayat Abu Daud (3157)][Menurut Syeikh al-Arna’outh hadith ini adalah hasan dengan syawahidnya] Berdasarkan soalan di atas, di sini kami nyatakan beberapa pendapat para ulama’ berkaitan hukum hadith di atas: - Kata Imam al-Suyuthi (911 H) hadith ini adalah palsu tanpa ragu-ragu lagi. [Lihat: Zail al-La’aliy al-Masnu’ah, 200/1] - Kata Ibn ‘Irraq (‘Arraq) al-Kinani (963 H) adalah palsu. [Lihat: Tanzih al-Syari’ah, 283/1] - Kata al-Fattaniy (986 H) hadith ini adalah palsu tanpa ragu-ragu. [Lihat: Tazkirah al-Mawdhu’at, 19/1] - Kata Syeikh Mulla Ali al-Qari (1014 H) menghukum ia adalah palsu sebagaimana di dalam al-Zail. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 89/1] dan [Lihat: al-Masnu’ Fi Ma’rifah al-Hadith al-Mawdhu’, 52/1] - Kata al-‘Ajlouniy (1162 H) menghukum hadith ini palsu sebagaimana yang dikatakan oleh al-Qari. [Lihat: Kasyf al-Khafa’ Wa Muzil al-Ilbas, 85/1] - Kata Imam al-Syaukani (1250 H) hadith ini adalah palsu. [Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 285/1] - Kata al-Qawuqji (1305 H) hadith ini adalah palsu. [Lihat: al-Lu’lu’ al-Marshu’, 35/1] Melihat kepada beberapa pendapat ulama’ di atas, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith di atas palsu dan haram untuk kita meriwayatkannya serta menyebarkannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya. Di samping itu juga, jika dilihat pada teks hadith tersebut jelas terdapat padanya beberapa ciri-ciri hadith palsu seperti kandungan teks hadith dilihat melampau dari sudut ganjaran yang disediakan kepada orang yang bersama dengan orang alim. Walaupun begitu, kita juga dituntut untuk sentiasa berdamping dengan orang-orang yang soleh atau alim agar sifat atau perkara yang ada pada diri mereka itu terkesan kepada diri kita juga. Hal ini, ada dinyatakan di dalam sebuah hadith yang sahih: مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)] Hadith ini menunjukkan kepada kita bahawa Nabi SAW membuat perumpamaan teman atau kawan yang baik ini umpama seorang penjual wangi kerana manfaat yang kita akan perolehi daripadanya apabila kita berdamping dengannya. Tambahan pula, Imam al-Nawawi meletakkan hadith ini di bawah baba tau tajuk sunat berdamping (bergaul) dengan orang yang soleh. Selain itu juga, hadith ini menunjukkan kepada kita kelebihan duduk bersama orang yang soleh, orang yang baik, orang yang menjaga maruah, orang yang mulia akhlaknya, orang yang warak, ahli ilmu, orang yang beradab di samping larangan duduk bersama orang yang tidak baik, ahli bid’ah, orang yang dibenci masyarakat atau yang melakukan maksiat, malas beramal dan sebagainya yang termasuk di dalam perkara-perkara yang dicela. [Lihat: al-Minhaj, 178/16] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 251 | ||
88 | 20/07/2018 20:00:37 | وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ، وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ | “Barangsiapa yang menyambung saf maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf maka Allah akan memutuskannya.” | Imam al-Hakim, Imam al-Nawawi, Imam al-Suyuthi, Syeikh Ahmad Syakir, Syeikh Syuaib al-Arnaouth, | Bab Ilmu, Bab Kelebihan, Bab Solat | saf, | Sahih | Perbuatan meluruskan dan memenuhkan saf merupakan perbuatan yang dituntut sebelum seseorang itu mendirikan solat. Ini kerana, terdapat banyak hadith yang menceritakan akan kelebihan perbuatan tersebut. Selain itu, perbuatan ini termasuk di dalam perkara yang sunat dilakukan sebelum solat. [Lihat: Taqrirat al-Sadidah, 236] Di samping itu juga, Nabi SAW sentiasa memastikan saf para sahabat RA yang solat bersama Baginda SAW berada dalam keadaan yang sempurna sebelum solat jemaah itu didirikan. Untuk itu, meluruskan saf ini adalah satu perkara yang amat penting dan perlu dititikberatkan oleh para imam. Antara hadith yang menceritakan akan kepentingan meluruskan saf adalah: Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: سَوُّوا صُفُوفَكُمْ، فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاَةِ Maksudnya: “Luruskan saf-saf kamu kerana meluruskan saf itu termasuk di dalam mendirikan solat.” [Riwayat al-Bukhari (723)] Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: سَوُّوا صُفُوفَكُمْ، فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ، مِنْ تَمَامِ الصَّلَاةِ Maksudnya: “Luruskan saf-saf kamu kerana meluruskan saf itu termasuk di dalam kesempurnaan solat.” [Riwayat Muslim (433)] Berdasarkan persoalan di atas, di sini kami nukilkan beberapa pendapat para ulama’ dalam menilai hukum hadith ini: - Imam al-Hakim (405 H) mengatakan bahawa hadith ini adalah sahih mengikut syarat Imam Muslim. [Lihat: al-Mustadrak, 333/1] - Imam al-Nawawi (676 H) menilai sanad hadith ini adalah sahih. [Lihat: al-Majmu’, 227/4] - Imam al-Suyuthi (911 H) menghukum hadith ini adalah sahih di dalam al-Jami’. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, 104/1] - Syeikh Ahmad Syakir sanadnya adalah sahih. - Syeikh Syuaib al-Arnaouth menilai sanad hadith adalah sahih dan perawinya adalah thiqah. Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ berkaitan hadith di atas, maka kami cenderung mengatakan bahawa hadith tersebut adalah sahih dengan melihat atau berpandukan kepada beberapa pendapat di atas. Makna Hadith Hadith ini membicarakan berkaitan kepentingan meluruskan saf ketika solat dan memenuhi ruang saf yang kosong adalah termasuk di dalam meluruskan saf. Di dalam Aun al-Ma’bud, penulis menyatakan ketika mensyarahkan hadith ini bahawa maksud sesiapa yang menyambung saf itu adalah datang pada saf tersebut serta memenuhi ruang kosong yang ada padanya. Adapun yang dimaksudkan dengan Allah menyambungnya adalah Allah SWT akan menyambungnya dengan rahmat-Nya. Barangsiapa yang memotong saf pula bermaksud sesiapa yang tidak datang ke saf tersebut dan tidak memenuhi ruang yang kosong itu atau meletakkan sesuatu benda yang menghalang (daripada dirapatkan saf). Selain itu juga, Allah akan memotongnya bermaksud terputus daripada rahmat Allah dan penjagaan-Nya yang sempurna. [Lihat: Aun al-Ma’bud, 258/2] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 253 | ||
89 | 20/07/2018 20:05:11 | السَّاكِتُ عَنِ الْحَقِّ شَيْطَانٌ أَخْرَسُ، والنَّاطِقُ بِالْبَاطِلِ شَيْطَانٌ نَاطِقٌ | “Orang yang diam daripada kebenaran adalah syaitan bisu dan orang yang bercakap berkaitan perkara bathil adalah syaitan yang bercakap.” | - | Bab Iman, teguran, | syaitan, | Sahih | Agama kita Islam amat menitik beratkan perkara al-Amr bi al-Ma’ruf (menyeru kepada kebaikan) dan al-Nahi an al-Munkar (mencegah daripada perkara mungkar). Ini berdasarkan, banyak firman Allah SWT: وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ali-Imran:104 Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” Menurut ayat di atas, jelas menunjukkan kepada kita akan kewajipan seorang mukmin atau muslim itu untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada perkara yang mungkar. Tambahan pula, terdapat hadith sahih yang menyeru agar kita semua mencegah perkara-perkara yang mungkar: Daripada abu Sa’id al Khudri RA berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda: مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim (78)] Berdasarkan ungkapan di atas, kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa makna ungkapan ini adalah sahih (benar) kerana kita tidak boleh berdiam diri dalam perkara-perkara maksiat atau kemungkaran. Akan tetapi, kami tidak menemui ungkapan ini di dalam kitab-kitab hadith yang muktabar dengan cara ia disandarkan kepada Rasulullah SAW. Untuk itu, kita sama sekali tidak boleh menyandarkannya kepada Nabi SAW dan berkemungkinan ia merupakan kata-kata para ulama’ Islam. Tambahan pula, Imam al-Nawawi (676 H) meriwayatkan daripada Abi al-Qasim al-Qusyairi dan kata-kata ini disandarkan kepada Abi Ali al-Daqqaq bahawa “barangsiapa yang diam akan sesuatu kebenaran, dia adalah syaitan bisu.” [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 20/2] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 259 | ||
90 | 20/07/2018 20:11:56 | إِنَّ الْوَلَدَ مَبْخَلَةٌ مَجْبَنَةٌ مَجْهَلَةٌ مَحْزَنَةٌ | “Sesungguhnya anak boleh menjadikan seseorang itu bakhil, penakut, jahil dan kesedihan.” | Imam Ahmad, Ibn Majah, Abu Ya’la dan al-Thabarani, | Bab Anak, Bab Harta | anak, | Sahih | Hadith ini diriwayatkan dalam beberapa sighah oleh beberapa tokoh antaranya al-Hakim. Kami nyatakan seperti berikut: عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الأَسْوَدِ بْنِ خَلَفٍ ، عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حُسَيْنًا فَقَبَّلَهُ ، ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالَ : إِنَّ الْوَلَدَ مَبْخَلَةٌ مَجْبَنَةٌ مَجْهَلَةٌ مَحْزَنَةٌ. Maksudnya: Daripada Muhammad bin al-Aswad bin Khalaf, daripada ayahnya RA, bahawa Nabi SAW telah mengambil dan mendukung Husain kemudian menciumnya. Lantas Baginda mengadap para sahabat seraya bersabda: “Sesungguhnya anak boleh menjadikan seseorang itu bakhil, penakut, jahil dan kesedihan.” [Riwayat al-Hakim (5284)] Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibn Majah, Abu Ya’la dan al-Thabarani. Adapun al-Hakim di dalam Mustadraknya dengan penambahan (محزنة) dan al-Thabarani dengan penambahan (مجهلة). Hadith ini telah disahihkan oleh Imam al-Hakim dan berkata ia sahih mengikut syarat Muslim [Lihat: al-Mustadrak, 179/3] sedangkan al-Zahabi diam sahaja dalam kitabnya al-Talkhis. Al-Hafiz al-Iraqi berkata sanadnya sahih ketika mengtakhrijkan hadith ini di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin. [Lihat: al-Mughni ‘an Haml al-Asfar, 1168/1] Selain itu, Imam al-Haithami mengatakan bahawa perawi-perawi hadith ini adalah thiqah. [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 155/8] Syarahan Hadith Al-Iraqi berkata, makna (مَجْبَنَةٌ) menjadi takut kerana anak menyebabkan si bapa menjadi takut lantas tidak berperang fi sabilillah dengan sebab kasih kepada anak dan takut mati. Sedangkan makna (مَبْخَلَةٌ) pula bahawa anak menyebabkan si bapa bakhil dengan harta. Seterusnya makna (مَجْهَلَةٌ) kerana seseorang itu rela tidak bermusafir untuk menuntut ilmu dan berusaha untuk menhghasilkannya. Ini disebabkan kerana prihatinnya untuk mengumpul harta bagi anaknya. Makna (مَحْزَنَةٌ) pula kerana kedua ibubapanya akan merasa dukacita kerana anak yang menjadi buah hatinya sakit. Apabila anak menuntut sesuatu yang keduanya tidak mampu, maka keduanya merasa sedih. Inilah yang dinyatakan oleh al-Imam al-Munawi. [Lihat: Faidh al-Qadir, 403/2] Al-Zamakhsyari pula berkata makna hadith ini iaitu seorang anak akan menjadikan bapanya dalam kebakhilan kerana untuk mengekalkan harta dan disimpan untuk anaknya. Begitu juga kejahilan kerana sudah tentu dengan adanya anak, menyibukkannya daripada menuntut ilmu. Berkenaan dengan penakut pula kerana bimbang dibunuh dan perasaan takut anaknya terabai selepasnya. Adapun perasaan dukacita kerana sentiasalah si bapa merasa runsing dan dukacita berkenaan urusan anaknya. Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah SAW menyatakan “Sesungguhnya kamu daripada wangian Allah” yang memberi maksud anak-anak akan dicium, dikucup serta dipeluk. Ini sebahagian daripada sifat wangian atau pohon wangian yang Allah tumbuhkannya. [Lihat: al-Fa’iq, 185/1] Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah telah membincangkan hadith ini dengan panjang lebar dalam mukaddimah kitabnya [Lihat: al-Ulama’ al-‘Uzzab, 21-23]. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 270 | ||
91 | 20/07/2018 20:28:19 | سَأَلْتُ اللهَ فِي أَبْنَاءِ الأَرْبَعِيْنَ مِنْ أُمَّتِيْ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ. قُلْتُ : فَأَبْنَاءِ الخَمْسِيْنَ؟ قَالَ إِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ. قُلْتُ: فَأَبْنَاءِ السِّتِّيْنَ؟ قَالَ: قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ | “Aku telah meminta (keampunan) kepada Allah terhadap anak-anak yang berumur 40 tahun daripada umatku.” Maka Allah berfirman: “Wahai Muhammad, aku telah ampunkan mereka.” Aku berkata lagi: “Adakah untuk yang berumur 50 tahun juga.” Allah berfirman lagi: “Aku telah mengampunkan mereka semua.” Aku berkata sekali lagi: “Adakah untuk yang berumur 60 tahun juga.” Allah berfirman lagi: “Aku telah mengampunkan mereka semua.” | Imam al-Suyuthi, al-Albani, | Bab Akhirat, Bab Iman | umur, | Hasan | Setiap manusia tidak mengetahui bilakah usianya akan berakhir. Akan tetapi, semua ini telah ada di dalam ilmu Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan di dalam banyak ayat al-Quran ketika membicarakan berkaitan ajal manusia. Di samping itu juga, Nabi SAW pernah menyebut di dalam sebuah hadith berkaitan usia atau umur umatnya iaitu: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ، وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ Maksudnya: “Umur-umur umatku di antara 60 hingga 70 tahun dan amat sedikit yang lebih daripada itu.” [Riwayat al-Tirmizi (3550)][Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi] Tambahan pula, jika Allah SWT melanjutkan usia atau umur seseorang itu adalah bertujuan agar mereka berfikir serta mempelajari agama ini. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran menerusi firman Allah SWT: أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ al-Fatir:37 Maksudnya: “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir.” Syeikh Sayyid al-Tantawi menyatakan ketika menafsirkan ayat ini bahawa Allah SWT menegur insan-insan yang terus kekal dan lalai dengan kehidupan dunia sedangkan usia mereka itu mampu untuk mencari kebenaran atau cahaya keimanan. [Lihat: Tafsir al-Wasith, 352/11] Berdasarkan soalan di atas, riwayat tersebut ada dinukilkan di dalam kitab al-Jami’ al-Saghir karya Imam al-Suyuthi. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, 455/1, no. Hadith 4600] Akan tetapi, riwayat tersebut sanadnya dinilai sebagai dhaif sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab al-Siraj al-Munir. [Lihat: al-Siraj al-Munir, 205/3] Tambahan pula, riwayat ini juga dinilai dhaif oleh al-Albani ketika beliau mentakhrijkan hadith-hadith di dalam kitab al-Jami’ al-Saghir ini. [Lihat: Dhaif al-Jami’, 472/1] Selain itu, Syeikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi meletakkan riwayat ini di dalam kumpulan hadith-hadith dhaif dan palsu. [Lihat: Mausu’ah al-Ahadith wa al-Athar al-Dha’ifah wa al-Mawdhu’ah, 200/5] Untuk itu, kami cenderung bahawa riwayat tersebut adalah dhaif. Akan tetapi berkaitan umur ini ada disebutkan oleh Nabi SAW di dalam hadith-hadith yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga Imam Ahmad iaitu: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: أَعْذَرَ اللَّهُ إِلَى امْرِئٍ أَخَّرَ أَجَلَهُ، حَتَّى بَلَّغَهُ سِتِّينَ سَنَةً Maksudnya: “Allah SWT menghilangkan keuzuran bagi sesiapa yang dilewatkan ajalnya (dipanjangkan usianya) ketika dia sampai usia 60 tahun.” [Riwayat al-Bukhari (6419)] Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ عُمِّرَ سِتِّينَ سَنَةً، أَوْ سَبْعِينَ سَنَةً، فَقَدْ عُذِرَ إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ Maksudnya: “Sesiapa yang sampai usianya 60 tahun atau 70 tahun, maka Allah tidak menerima alasam disebabkan umurnya itu.” [Riwayat Ahmad (9251)][Hadith ini dinilai sahih oleh Syeikh Syu’aib al-Arna’outh] Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ أَتَتْ عَلَيْهِ سِتُّونَ سَنَةً، فَقَدْ أَعْذَرَ اللهُ إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ Maksudnya: “Sesiapa yang sampai usianya 60 tahun, maka Allah tidak menerima alasan disebabkan umurnya itu.” [Riwayat Ahmad (8262)][Riwayat ini sanadnya adalah kuat menurut Syeikh Syu’aib dan riwayat ini dijadikan sebagai syawahid (sokongan kepada hadith lain) oleh Imam Muslim] Hadith-hadith di atas menunjukkan kepada kita bahawa antara tujuan Allah SWT memanjangkan usia seseorang itu adalah supaya mereka menggunakan peluang tersebut pada perkara-perkara ketaatan supaya ia tidak menjadi hujjah di akhirat kelak disebabkan sedikitnya amalan seseorang itu. Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini berkata, makna hadith tersebut adalah tidak berbaki lagi keuzuran (tidak menerima alasan) bagi sesiapa yang telah dipanjangkan usianya oleh Allah SWt seperti mereka berkata “jika Allah memanjangkan usia aku pasti aku melakukan apa yang telah diperintahkan.” Dihilangkan keuzuran (tidak diterima alasan) tersebut adalah kerana seseorang itu telah mencapai penghujung kepada keuzuran dan mereka juga mampu untuk melakukannya di samping tiada lagi keuzuran buatnya untuk meninggalkan ketaatan kerana mereka mampu untuk melakukannya apabila dikurniakan usia yang sedemikian. Maka, tidak layak seseorang itu ketika berada pada usia sedemikian menyibukkan diri mereka melainkan pada perkara seperti istighfar (memohon ampun kepada Allah), melakukan ketaatan dan juga mempersiapkan diri sepenuhnya untuk menghadapi hari Akhirat. [Lihat: Fath al-Bari, 240/11] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 276 | ||
92 | 20/07/2018 20:30:48 | سَأَلْتُ اللهَ فِي أَبْنَاءِ الأَرْبَعِيْنَ مِنْ أُمَّتِيْ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ. قُلْتُ : فَأَبْنَاءِ الخَمْسِيْنَ؟ قَالَ إِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ. قُلْتُ: فَأَبْنَاءِ السِّتِّيْنَ؟ قَالَ: قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ | “Aku telah meminta (keampunan) kepada Allah terhadap anak-anak yang berumur 40 tahun daripada umatku.” Maka Allah berfirman: “Wahai Muhammad, aku telah ampunkan mereka.” Aku berkata lagi: “Adakah untuk yang berumur 50 tahun juga.” Allah berfirman lagi: “Aku telah mengampunkan mereka semua.” Aku berkata sekali lagi: “Adakah untuk yang berumur 60 tahun juga.” Allah berfirman lagi: “Aku telah mengampunkan mereka semua.” | - | Bab Ilmu, Bab Iman, Bab Selawat, Bab Taubat | umur, | Hasan | Setiap manusia tidak mengetahui bilakah usianya akan berakhir. Akan tetapi, semua ini telah ada di dalam ilmu Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan di dalam banyak ayat al-Quran ketika membicarakan berkaitan ajal manusia. Di samping itu juga, Nabi SAW pernah menyebut di dalam sebuah hadith berkaitan usia atau umur umatnya iaitu: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ، وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ Maksudnya: “Umur-umur umatku di antara 60 hingga 70 tahun dan amat sedikit yang lebih daripada itu.” [Riwayat al-Tirmizi (3550)][Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi] Tambahan pula, jika Allah SWT melanjutkan usia atau umur seseorang itu adalah bertujuan agar mereka berfikir serta mempelajari agama ini. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran menerusi firman Allah SWT: أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ al-Fatir:37 Maksudnya: “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir.” Syeikh Sayyid al-Tantawi menyatakan ketika menafsirkan ayat ini bahawa Allah SWT menegur insan-insan yang terus kekal dan lalai dengan kehidupan dunia sedangkan usia mereka itu mampu untuk mencari kebenaran atau cahaya keimanan. [Lihat: Tafsir al-Wasith, 352/11] Berdasarkan soalan di atas, riwayat tersebut ada dinukilkan di dalam kitab al-Jami’ al-Saghir karya Imam al-Suyuthi. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, 455/1, no. Hadith 4600] Akan tetapi, riwayat tersebut sanadnya dinilai sebagai dhaif sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab al-Siraj al-Munir. [Lihat: al-Siraj al-Munir, 205/3] Tambahan pula, riwayat ini juga dinilai dhaif oleh al-Albani ketika beliau mentakhrijkan hadith-hadith di dalam kitab al-Jami’ al-Saghir ini. [Lihat: Dhaif al-Jami’, 472/1] Selain itu, Syeikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi meletakkan riwayat ini di dalam kumpulan hadith-hadith dhaif dan palsu. [Lihat: Mausu’ah al-Ahadith wa al-Athar al-Dha’ifah wa al-Mawdhu’ah, 200/5] Untuk itu, kami cenderung bahawa riwayat tersebut adalah dhaif. Akan tetapi berkaitan umur ini ada disebutkan oleh Nabi SAW di dalam hadith-hadith yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga Imam Ahmad iaitu: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: أَعْذَرَ اللَّهُ إِلَى امْرِئٍ أَخَّرَ أَجَلَهُ، حَتَّى بَلَّغَهُ سِتِّينَ سَنَةً Maksudnya: “Allah SWT menghilangkan keuzuran bagi sesiapa yang dilewatkan ajalnya (dipanjangkan usianya) ketika dia sampai usia 60 tahun.” [Riwayat al-Bukhari (6419)] Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ عُمِّرَ سِتِّينَ سَنَةً، أَوْ سَبْعِينَ سَنَةً، فَقَدْ عُذِرَ إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ Maksudnya: “Sesiapa yang sampai usianya 60 tahun atau 70 tahun, maka Allah tidak menerima alasam disebabkan umurnya itu.” [Riwayat Ahmad (9251)][Hadith ini dinilai sahih oleh Syeikh Syu’aib al-Arna’outh] Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ أَتَتْ عَلَيْهِ سِتُّونَ سَنَةً، فَقَدْ أَعْذَرَ اللهُ إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ Maksudnya: “Sesiapa yang sampai usianya 60 tahun, maka Allah tidak menerima alasan disebabkan umurnya itu.” [Riwayat Ahmad (8262)][Riwayat ini sanadnya adalah kuat menurut Syeikh Syu’aib dan riwayat ini dijadikan sebagai syawahid (sokongan kepada hadith lain) oleh Imam Muslim] Hadith-hadith di atas menunjukkan kepada kita bahawa antara tujuan Allah SWT memanjangkan usia seseorang itu adalah supaya mereka menggunakan peluang tersebut pada perkara-perkara ketaatan supaya ia tidak menjadi hujjah di akhirat kelak disebabkan sedikitnya amalan seseorang itu. Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini berkata, makna hadith tersebut adalah tidak berbaki lagi keuzuran (tidak menerima alasan) bagi sesiapa yang telah dipanjangkan usianya oleh Allah SWt seperti mereka berkata “jika Allah memanjangkan usia aku pasti aku melakukan apa yang telah diperintahkan.” Dihilangkan keuzuran (tidak diterima alasan) tersebut adalah kerana seseorang itu telah mencapai penghujung kepada keuzuran dan mereka juga mampu untuk melakukannya di samping tiada lagi keuzuran buatnya untuk meninggalkan ketaatan kerana mereka mampu untuk melakukannya apabila dikurniakan usia yang sedemikian. Maka, tidak layak seseorang itu ketika berada pada usia sedemikian menyibukkan diri mereka melainkan pada perkara seperti istighfar (memohon ampun kepada Allah), melakukan ketaatan dan juga mempersiapkan diri sepenuhnya untuk menghadapi hari Akhirat. [Lihat: Fath al-Bari, 240/11] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 277 | ||
93 | 20/07/2018 20:33:54 | مَنْ صَلَّى الْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا حَجَّ خَمْسِينَ حَجَّةً مَعَ آدم | “Sesiapa yang solat Fajar (subuh) secara berjemaah, maka seumpama dia telah menunaikan 50 kali haji bersama nabi Adam.” | Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Imam al-Suyuthi, Imam Ibn ‘Arraq al-Kinani, Imam al-Fattani, Imam al-Syaukani, | Bab Solat | subuh, | Palsu | Solat Subuh mempunyai banyak kelebihan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang berjaya menunaikannya dengan sebaiknya. Disebabkan itu, di dalam sebuah hadith yang sahih dinyatakan bahawa solat Subuh merupakan salah satu solat yang berat untuk dilaksanakan buat orang munafiq. Ini kerana, ia memerlukan usaha dan keazaman yang tinggi kerana ketika itu manusia baru sahaja bangun daripada tidur mereka. Hal ini disebutkan oleh junjungan besar kita Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ، وَصَلَاةُ الْفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا Maksudnya: “Seseungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafiq adalah solat isyak dan solat al-Fajar (subuh). Sekiranya mereka mengetahui (pahala) apa yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.” [Riwayat Muslim (651)] Hukum Hadith Berdasarkan soalan di atas, di sini kami nyatakan pendapat para ulama’ yang menilai atau menghukum hadith di atas: Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (852 H) juga menukilkan riwayat ini di dalam kitabnya dengan menyatakan ia adalah palsu. [Lihat: Lisan al-Mizan, 454/2] Imam al-Suyuthi (911 H) menyatakan hadith ini adalah palsu. [Lihat: Zail al-La’aliy al-Masnu’ah, 223] Imam Ibn ‘Arraq al-Kinani (963 H) menghukum hadith ini adalah palsu. [Lihat: Tanzih al-Syariah, 42/2] Imam al-Fattani (986 H) menilai hadith ini adalah palsu. [Lihat: Tazkirah al-Mawdhu’at, 106] Imam al-Syaukani (1250 H) juga menilai hadith ini adalah bathil (palsu). [Lihat: al-Fawaid al-Majmu’ah, 32] Melihat kepada beberapa pandangan ulama’ dalam menilai riwayat atau hadith di atas, maka kami menyatakan bahawa hadith tersebut adalah tidak sabit daripada Nabi SAW. Untuk itu, kita sama sekali tidak dibenarkan untuk meriwayatkannya dengan menyandarkannya kepada Rasulullah SAW melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya. Penutup Kesimpulannya, tidak dinafikan bahawa solat Subuh mempunyai kelebihan dan ganjarannya yang istimewa bagi sesiapa yang berjaya menunaikannya. Lebih-lebih lagi, bagi sesiapa yang menunaikannya secara berjemaah. Ini kerana, terdapat hadith lain yang hampir sama dengan riwayat di atas tetapi hadith ini adalah sahih dalam menyatakan ganjaran sesiapa yang solat subuh secara berjemaah. Antaranya adalah: Daripada Uthman bin al-Affan RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ Maksudnya: “Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam.” [Riwayat Muslim (656)] | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 278 | ||
94 | 20/07/2018 20:43:09 | أَفْضَلُ عِبَادَةِ أُمَّتِي قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ | ” Sebaik-baik ibadat umatku adalah membaca al-Quran.” | - | Bab Ilmu, Bab Iman, Bab Kelebihan, Bab Quran | Al-quran, | Lemah | Hadis tersebut direkodkan oleh al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman daripada Nukman Bin Basyir. Nabi saw bersabda : أَفْضَلُ عِبَادَةِ أُمَّتِي قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ Maksudnya :” Sebaik-baik ibadat umatku adalah membaca al-Quran.” Riwayat al-Baihaqi (1865) di dalam Syu’ab al-Iman Hadis ini juga diriwayatkan oleh beberapa sahabat yang lain seperti Ubadah Bin Somit dan Anas. Imam al-Ghazali menyebut dan meletakkan hadis ini di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din. Bahkan Abu Nuaim al-Asbahani merekodkan hadis ini di dalam kitabnya Fadhail al-Quran. Berkenaan soalan yang dikemukakan, al-Hafiz al-Iraqi ketika berkomentar berkenaan hadis ini, beliau menyatakan bahawa sanad hadis ini adalah lemah[1]. Ini kerana terdapat dua perawi yang dipertikai kredibilitinya. Dua perawi tersebut ialah : Abbas Bin Fadhl. Antara pakar hadis yang mengkritik beliau : Yahya Bin Ma’in menyatakan beliau bukan di kalangan perawi yang terpercaya (thiqah).( al-Mughni Fi al-Dhu’afa, 1/323) Imam al-Nasaie menyatakan beliau ditinggalkan hadisnya (matruk) Imam al-Bukhari menyebut hadis yang diriwayatkan olehnya adalah munkar. (Mizan al-‘Itidal , 4/263) Ibnu ‘Adi menyebut kebanyakan hadis yang diriwayatkannya di ingkari. (al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ ,6/4) Abbad Bin Kathir. Beliau juga merupakan perawi yang lemah. Imam al-Bukhari menyatakan beliau dipertikaikan (al-Tarikh al-Kabir , 6/13) Yahya Bin Ma’in menyebut beliau adalah perawi yang lemah Syu’bah menyatakan : “berhati-hati dengan riwayatnya”. (al-Kamil Fi Dhu’afa’ al-Rijal , 5/331) Namun kelemahan sanad hadis ini tidak menafikan bahawa matan hadis tersebut mempunyai makna yang sahih. Kelebihan membaca al-Quran dapat dilihat menerusi ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Antaranya Firman Allah swt : إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَـٰبَ ٱللَّـهِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَـٰرَةً لَّن تَبُورَ Maksudnya :” Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” (Surah al-Fatir : 29) Bermakna orang yang membaca al-Quran tidak akan mengalami kerugian bahkan akan mendapat dan merasa keuntungan yang banyak. Kelebihan membaca al-Quran juga dapat difahami melalui hadis Nabi saw yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud. Sabda Nabi saw : مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ Maksudnya :” Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” Riwayat al-Tirmizi (2910).Beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 276 | ||
95 | 20/07/2018 20:46:17 | حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ أَبُو عُبَيْدَةَ عَنْ سَلَّامٍ أَبِي الْمُنْذِرِ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حُبِّبَ إِلَيَّ النِّسَاءُ وَالطِّيبُ وَجُعِلَ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ | ” Telah menceritakan kepada kami Abdul Wahid Abu Ubaidah daripada Sallam Abu Munzir daripada Thabit daripada Anas sesungguhnya Nabi saw bersabda Perkara yang aku suka ialah wanita, minyak wangi dan dijadikan penyejuk mataku ketika solat.” | - | Bab Kelebihan, Bab Perhiasan, Bab Solat, Bab Wanita | solat, | Hasan | Hadis tersebut diriwayatkan menerusi pelbagai jalan periwayatan. Antaranya yang direkodkan oleh Imam Ahmad. Kata beliau: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ أَبُو عُبَيْدَةَ عَنْ سَلَّامٍ أَبِي الْمُنْذِرِ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حُبِّبَ إِلَيَّ النِّسَاءُ وَالطِّيبُ وَجُعِلَ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ Maksudnya :” Telah menceritakan kepada kami Abdul Wahid Abu Ubaidah daripada Sallam Abu Munzir daripada Thabit daripada Anas sesungguhnya Nabi saw bersabda Perkara yang aku suka ialah wanita, minyak wangi dan dijadikan penyejuk mataku ketika solat.” Riwayat Imam Ahmad ( 12293) di dalam Musnad Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani (w.852 H) menyatakan bahawa sanad hadis ini adalah sanad yang hasan. Rujuk Talkhis al-Habir Fi Takhrij Ahadis al-Rafi’ie al-Kabir (3/249) Sheikh Shuaib al-Arnaut menyatakan bahawa sanad ini adalah sanad yang hasan kerana perawi yang bernama Sallam Abi Munzir. Imam Ahmad menyatakan bahawa beliau adalah perawi yang hasan. Rujuk Musnad Ahmad (19/305-306), Mizan al-‘Itidal (2/370) Hadis ini juga direkodkan oleh al-Nasaie dengan dua sanad berikut : أَخْبَرَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ عِيسَى الْقُوْمَسِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَفَّانُ بْنُ مُسْلِمٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا سَلاَّمٌ أَبُو الْمُنْذِرِ ، عَنْ ثَابِتٍ ، عَنْ أَنَسٍ Maksudnya :” al-Husain Bin Isa al-Qumasi telah mengkhabarkan kepada kami. Beliau berkata : Affan Bin Muslim menceritakan kepada kami. Beliau berkata : Sallam Bin Abi Munzir menceritakan kepada kami daripada Thabit daripada Anas” أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْلِمٍ الطُّوسِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا سَيَّارٌ قَالَ حَدَّثَنَا جَعْفَرٌ قَالَ حَدَّثَنَا ثَابِتٌ عَنْ أَنَسٍ Maksudnya :” Ali Bin Muslim al-Tusi mengkhabarkan kepada kami. Beliau berkata : Sayyar menceritakan kepada kami. Jaafar menceritakan kepada kami. Beliau berkata : Thabit menceritakan kepada kami daripada Anas.” Riwayat al-Nasaie (2940) al-Daruqutni(w.385 H) menyatakan bahawa riwayat Jaafar daripada Thabit menyerupai ketepatan. al-Baihaqi juga merekodkan hadis ini dengan sedikit tambahan. Kata beliau : أَخْبَرَنَا أَبُو مُحَمَّدٍ : عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرٍ : مُحَمَّدُ بْنُ الْحُسَيْنِ بْنِ الْحَسَنِ الْقَطَّانُ حَدَّثَنَا عَلِىُّ بْنُ الْحَسَنِ بْنِ أَبِى عِيسَى الْهِلاَلِىُّ حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ ح وَأَخْبَرَنَا الإِمَامُ أَبُو إِسْحَاقَ : إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا مُطَيَّنٌ حَدَّثَنَا عَلِىُّ بْنُ الْجَعْدِ قَالاَ حَدَّثَنَا سَلاَّمٌ أَبُو الْمُنْذِرِ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : إِنَّمَا حُبِّبَ إِلَىَّ مِنْ دُنْيَاكُمُ النِّسَاءُ وَالطِّيبُ وَجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِىَ فِى الصَّلاَةِ Maksudnya :”Abu Muhammad Abdullah Bin Yusuf mengkhabarkan kepada kami. Abu Bakar Muhammad Bin al-Husain Bin al-Hasan al-Qattan mengkhabarkan kepada kami. Ali Bin al-Hasan Bin Abi Isa al-Hilali menceritakan kepada kami. Musa Bin Ismail menceritakan kepada kami (H) Imam Abu Ishak Ibrahim Bin Muhammad Bin Ibrahim mengkhabarkan kepada kami. Ahmad Bin Ibrahim Bin Ismail mengkhabarkan kepada kami. Mutayyan menceritakan kepada kami. Ali bin al-Ja’d meceritakan kepada kami. Kedua-duanya berkata (Musa Bin Ismail dan Ali Bin al-Ja’d) : Sallam Bin al-Munzir menceritakan kepada kami. Daripada Thabit daripada Anas Bin Malik r.a. Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Perkara yang lebih aku sukai dari dunia kalian. Iaitu wanita, minyak wangi dan dijadikan penyejuk mataku di dalam solat.” Riwayat al-Baihaqi ( 8836) di dalam Sunan al-Kubra Seorang tokoh hadis terkemuka iaitu al-Hafiz al-Iraqi (w.806 H) yang merupakan guru kepada Ibnu Hajar al-Asqalani menyebut bahawa sanad hadis ini bertaraf jayyid Rujuk al-Mughni ‘an Hamli al-Asfar fi al-Asfar (hlm 378) Berkenaan dengan penambahan perkataan ثلاث yang bermaksud tiga adalah penambahan yang tiada asalnya. Kami tidak menjumpainya pada mana-mana jalan periwayatan atau kitab-kitab hadis yang muktabar. Ini juga dinyatakan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam Talkhis al-Habir. Kata beliau : “Kami tidak menjumpai lafaz ‘tiga’ pada mana-mana jalan periwayatan yang bersanad.” Rujuk Talkhis al-Habir Fi Takhrij Ahadis al-Rafi’ie al-Kabir (3/249) Kami menyimpulkan bahawa hadis yang dinyatakan adalah hadis yang bertaraf hasan seperti mana yang dinyatakan oleh al-Hafiz al-Iraqi, al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani dan al-Daruqutni. Adapun lafaz ثلاث yang bermakna tiga adalah lafaz yang | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 279 | ||
96 | 11/08/2018 10:19:45 | نِّي تَارِكٌ فِيكُمْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدِي أَحَدُهُمَا أَعْظَمُ مِنَ الآخَرِ كِتَابُ اللَّهِ حَبْلٌ مَمْدُودٌ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأَرْضِ وَعِتْرَتِي أَهْلُ بَيْتِي وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَىَّ الْحَوْضَ فَانْظُرُوا كَيْفَ تَخْلُفُونِي فِيهِمَا | Sesungguhnya aku tinggalkan untuk kalian dua pusaka yang berat iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Ahl al-Baytku (keluargaku). Jika kalian berpegang teguh dengannya maka tidak akan pernah tersesat selama-lamanya. Sungguh keduanya tidak akan pernah saling berpisah hingga kelak akan berjumpa denganku di telaga Al-Haudh | Zaid bin Arqam RA | Bab Ahlu Bayt, Bab Quran | Ahli Bayt, keturunan Nabi, | Sahih | IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-2: KELEBIHAN AHLI BAYT NABI SAW DENGAN BAHTERA NUH Dimuatnaik oleh Umar Mukhtar Mohd Noor Diterbitkan: 29 Disember 2015 Soalan: Apakah status bagi hadis-hadis berikut: Dari Zaid bin ArqamRA, telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku tinggalkan untuk kalian dua pusaka yang berat iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Ahl al-Baytku (keluargaku). Jika kalian berpegang teguh dengannya maka tidak akan pernah tersesat selama-lamanya. Sungguh keduanya tidak akan pernah saling berpisah hingga kelak akan berjumpa denganku di telaga Al-Haudh”. Aku mendengar sendiri Abu Dzar RA di pintu Kaabah, “Wahai sekalian umat manusia, barangsiapa yang mengenali aku, sungguh aku adalah orang yang kalian kenal dan barangsiapa yang mengingkari aku, ingatlah aku adalah Abu Dzar. Aku telah mendengar Baginda Nabi SAW bersabda: Perumpamaan Ahl al-Baytku seumpama bahtera Nabi Nuh AS. Barangsiapa yang menaikinya, dia akan selamat dan barangsiapa meninggalkannya ia akan tenggelam.” Jawapan: Bagi hadis yang pertama, lafaz asal hadis adalah seperti berikut: حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ الْمُنْذِرِ، - كُوفِيٌّ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ، قَالَ حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ، عَنْ عَطِيَّةَ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، وَالأَعْمَشُ، عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالاَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " إِنِّي تَارِكٌ فِيكُمْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدِي أَحَدُهُمَا أَعْظَمُ مِنَ الآخَرِ كِتَابُ اللَّهِ حَبْلٌ مَمْدُودٌ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأَرْضِ وَعِتْرَتِي أَهْلُ بَيْتِي وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَىَّ الْحَوْضَ فَانْظُرُوا كَيْفَ تَخْلُفُونِي فِيهِمَا " . قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ . hadis ini telah diriwayatkan oleh: Al-Imam al-Tirmizi di dalam Sunannya (3786) dan (3788) di bawah Kitab al-Manaqib. Al-Imam al-Nasa’ie di dalam Sunan al-Kubra (8148) dan (8464). Al-Hakim di dalam Mustadraknya (4711) seraya berkata: hadis ini sahih sanadnya mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim. Dikeluarkan juga oleh al-Imam al-Tabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (2678), (2679), (2680), (4980). Di dalam Mu’jam al-Awsat (5536). Komentar terhadap hadis: Syeikh Nasiruddin al-Albani Rahimahullah menghukumkan hadis ini Sahih di dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah (1750) setelah menilainya dengan jalan-jalan sanad yang lain. Wallahu a’lam. Bagi hadis yang kedua, lafaz asalnya adalah seperti berikut: سَمِعْتُ أَبَا ذَرٍّ، يَقُولُ: وَهُوَ آخِذٌ بِبَابِ الْكَعْبَةِ: أَيُّهَا النَّاسُ، مَنْ عَرَفَنِي فَأَنَا مَنْ عَرَفْتُمْ، وَمَنْ أَنْكَرَنِي فَأَنَا أَبُو ذَرٍّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مَثَلُ أَهْلِ بَيْتِي مَثَلُ سَفِينَةِ نُوحٍ مَنْ رَكِبَهَا نَجَا، وَمَنْ تَخَلَّفَ عَنْهَا غَرِقَ hadis ini telah diriwayatkan oleh: Al-Hakim di dalam al-Mustadrak (3312) & (4720). Al-Zahabi di dalam Talkhis mengatakan bahawa salah seorang perawi bagi hadis ini Mufaddhal bin Soleh lemah. Al-Imam al-Bazzar di dalam Musnadnya (5142) dan berkata bahawa hadis ini tidak kami ketahui seorangpun yang meriwayatkannya melainkan Al-Hasan bin Abi Ja’far dan Al-Hasan bukanlah seorang yang kuat (di dalam ilmu hadis) dan kebanyakan ahli ilmu memperkatakan tentangnya. Al-Imam al-Tabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (2636), (2638) & (12388). Di dalam Mu’jam al-Awsat (5536) & (5870). Komentar terhadap hadis: Syeikh Nasiruddin al-Albani Rahimahullah di dalam Silsilah al-Ahadis al-Dho’ifah wa al-Maudhu’ah (4503) menghukumkan hadis ini sebagai Dhoif (lemah). hadis ini, selain diriwayatkan oleh Abi Dzar al-Ghifari RA terdapat juga syawahid yang lain diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas, Abdullah bin al-Zubayr, Abi Sa’id al-Khudri dan Anas bin Malik R.Anhum. Meskipun terdapat jalan periwayatan yang lain, namun kesemua jalan tersebut tidak terlepas daripada kritikan yang mana kesemuanya tersangatlah lemah dan tidak mampu untuk menguatkan antara satu sama lain. Wallahu a’lam. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 2 | Sesungguhnya aku tinggalkan untuk kalian dua pusaka yang berat | Berikut adalah soaljawab dari laman web Irsyad Al-Hadith, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: |
97 | 11/08/2018 10:23:14 | مَثَلُ أَهْلِ بَيْتِي مَثَلُ سَفِينَةِ نُوحٍ مَنْ رَكِبَهَا نَجَا، وَمَنْ تَخَلَّفَ عَنْهَا غَرِقَ | Perumpamaan Ahl al-Baytku seumpama bahtera Nabi Nuh | Abu Dzar RA | Bab Ahlu Bayt | keturunan Nabi, | Lemah | IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-2: KELEBIHAN AHLI BAYT NABI SAW DENGAN BAHTERA NUH Dimuatnaik oleh Umar Mukhtar Mohd Noor Diterbitkan: 29 Disember 2015 Soalan: Apakah status bagi hadis-hadis berikut: Dari Zaid bin ArqamRA, telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku tinggalkan untuk kalian dua pusaka yang berat iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Ahl al-Baytku (keluargaku). Jika kalian berpegang teguh dengannya maka tidak akan pernah tersesat selama-lamanya. Sungguh keduanya tidak akan pernah saling berpisah hingga kelak akan berjumpa denganku di telaga Al-Haudh”. Aku mendengar sendiri Abu Dzar RA di pintu Kaabah, “Wahai sekalian umat manusia, barangsiapa yang mengenali aku, sungguh aku adalah orang yang kalian kenal dan barangsiapa yang mengingkari aku, ingatlah aku adalah Abu Dzar. Aku telah mendengar Baginda Nabi SAW bersabda: Perumpamaan Ahl al-Baytku seumpama bahtera Nabi Nuh AS. Barangsiapa yang menaikinya, dia akan selamat dan barangsiapa meninggalkannya ia akan tenggelam.” Jawapan: Bagi hadis yang pertama, lafaz asal hadis adalah seperti berikut: حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ الْمُنْذِرِ، - كُوفِيٌّ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ، قَالَ حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ، عَنْ عَطِيَّةَ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، وَالأَعْمَشُ، عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالاَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " إِنِّي تَارِكٌ فِيكُمْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدِي أَحَدُهُمَا أَعْظَمُ مِنَ الآخَرِ كِتَابُ اللَّهِ حَبْلٌ مَمْدُودٌ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأَرْضِ وَعِتْرَتِي أَهْلُ بَيْتِي وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَىَّ الْحَوْضَ فَانْظُرُوا كَيْفَ تَخْلُفُونِي فِيهِمَا " . قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ . hadis ini telah diriwayatkan oleh: Al-Imam al-Tirmizi di dalam Sunannya (3786) dan (3788) di bawah Kitab al-Manaqib. Al-Imam al-Nasa’ie di dalam Sunan al-Kubra (8148) dan (8464). Al-Hakim di dalam Mustadraknya (4711) seraya berkata: hadis ini sahih sanadnya mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim. Dikeluarkan juga oleh al-Imam al-Tabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (2678), (2679), (2680), (4980). Di dalam Mu’jam al-Awsat (5536). Komentar terhadap hadis: Syeikh Nasiruddin al-Albani Rahimahullah menghukumkan hadis ini Sahih di dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah (1750) setelah menilainya dengan jalan-jalan sanad yang lain. Wallahu a’lam. Bagi hadis yang kedua, lafaz asalnya adalah seperti berikut: سَمِعْتُ أَبَا ذَرٍّ، يَقُولُ: وَهُوَ آخِذٌ بِبَابِ الْكَعْبَةِ: أَيُّهَا النَّاسُ، مَنْ عَرَفَنِي فَأَنَا مَنْ عَرَفْتُمْ، وَمَنْ أَنْكَرَنِي فَأَنَا أَبُو ذَرٍّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مَثَلُ أَهْلِ بَيْتِي مَثَلُ سَفِينَةِ نُوحٍ مَنْ رَكِبَهَا نَجَا، وَمَنْ تَخَلَّفَ عَنْهَا غَرِقَ hadis ini telah diriwayatkan oleh: Al-Hakim di dalam al-Mustadrak (3312) & (4720). Al-Zahabi di dalam Talkhis mengatakan bahawa salah seorang perawi bagi hadis ini Mufaddhal bin Soleh lemah. Al-Imam al-Bazzar di dalam Musnadnya (5142) dan berkata bahawa hadis ini tidak kami ketahui seorangpun yang meriwayatkannya melainkan Al-Hasan bin Abi Ja’far dan Al-Hasan bukanlah seorang yang kuat (di dalam ilmu hadis) dan kebanyakan ahli ilmu memperkatakan tentangnya. Al-Imam al-Tabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (2636), (2638) & (12388). Di dalam Mu’jam al-Awsat (5536) & (5870). Komentar terhadap hadis: Syeikh Nasiruddin al-Albani Rahimahullah di dalam Silsilah al-Ahadis al-Dho’ifah wa al-Maudhu’ah (4503) menghukumkan hadis ini sebagai Dhoif (lemah). hadis ini, selain diriwayatkan oleh Abi Dzar al-Ghifari RA terdapat juga syawahid yang lain diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas, Abdullah bin al-Zubayr, Abi Sa’id al-Khudri dan Anas bin Malik R.Anhum. Meskipun terdapat jalan periwayatan yang lain, namun kesemua jalan tersebut tidak terlepas daripada kritikan yang mana kesemuanya tersangatlah lemah dan tidak mampu untuk menguatkan antara satu sama lain. Wallahu a’lam. | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 2 | Perumpamaan Ahl al-Baytku seumpama bahtera Nabi Nuh | Berikut adalah soaljawab dari laman web Irsyad Al-Hadith, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: |
98 | 11/08/2018 10:40:53 | مَنْ عَظَّمَ مَولِدِي كُنْتُ شَفِيعًا لَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ | Barangsiapa yang mengagungkan maulidku nescaya akulah pemberi syafaatnya pada hari kiamat | - | Bab Perayaan | maulid nabi, | Palsu | IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-3: HADITH-HADITH BERKAITAN MAULID NABI SAW Dimuatnaik oleh Umar Mukhtar Mohd Noor Diterbitkan: 31 Disember 2015 SOALAN: Apakah status bagi hadith-hadith berikut? Kerana setiap kali berlakunya maulid Nabi SAW, hadith ini disebar serta dibacakan kepada orang awam. Hadithnya ialah: Barangsiapa yang mengagungkan maulidku nescaya akulah pemberi syafaatnya pada hari kiamat. Barangsiapa yang membelanjakan satu dirham pada hari maulidku, maka seolah-olah dia telah membelanjakan segunung emas pada jalan Allah. JAWAPAN: Bagi hadith yang pertama, lafaznya adalah seperti berikut: مَنْ عَظَّمَ مَولِدِي كُنْتُ شَفِيعًا لَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ Manakala hadith yang kedua lafaznya adalah seperti berikut: مَنْ أنفَقَ دِرْهَمًا فِي مَوْلِدِي فَكَأَنَّمَا أنفَقَ جَبَلًا مِن ذَهَبِ فِي سَبِيلِ الله Kedua-dua hadith ini pernah dijawab oleh mantan mufti Negeri Johor al-Syeikh Syed Alwi bin Tahir al-Haddad Rahimahullah dan telah dimuatkan di dalam buku Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang mana jawapan yang diberikan oleh beliau: Hadis-hadis yang tuan sebutkan di atas itu adalah Hadis Maudhu' (dusta) tidak benar dan tidak ada asalnya. Umat Nabi Muhammad s.a.w. disuruh membesarkan Rasulullah s.a.w. dan memuliakannya menurut ayat-ayat Quran ada tersebut di dalam surah al-Fath. Syeikh Abdullah bin Abd al-Rahman al-Jibrin apabila ditanyakan tentang status hadith: مَنْ عَظَّمَ مَولِدِي كُنْتُ شَفِيعًا لَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ Jawab fadhilah al-Syeikh: “Hadith ini tidak sahih. Tidak diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadith yang sahih, tidak juga di dalam kitab-kitab sunan dan ianya adalah satu penipuan…”[1] Maka, kami nyatakan di sini bahawa hadith ini adalah palsu dan tidak sabit dari Nabi SAW. Mereka yang menyebar dan membacakan hadith ini dengan sengaja perlulah bertaubat kerana haram dan berdosa besar bagi sesiapa yang menipu di atas nama Nabi SAW. Semoga pencerahan ini dapat memberi kefahaman kepada kita seterusnya lebih berhati-hati dalam menukilkan sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW. Wallahu a’lam. [1] http://www.ibn-jebreen.com/fatwa/vmasal-6019-.html | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 3 | Barangsiapa yang mengagungkan maulidku | Berikut adalah soaljawab dari laman web Irsyad Al-Hadith, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: |
99 | 11/08/2018 10:42:47 | مَنْ أنفَقَ دِرْهَمًا فِي مَوْلِدِي فَكَأَنَّمَا أنفَقَ جَبَلًا مِن ذَهَبِ فِي سَبِيلِ الله | Barangsiapa yang membelanjakan satu dirham pada hari maulidku, maka seolah-olah dia telah membelanjakan segunung emas pada jalan Allah | - | Bab Perayaan | maulid nabi, | Palsu | IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-3: HADITH-HADITH BERKAITAN MAULID NABI SAW Dimuatnaik oleh Umar Mukhtar Mohd Noor Diterbitkan: 31 Disember 2015 SOALAN: Apakah status bagi hadith-hadith berikut? Kerana setiap kali berlakunya maulid Nabi SAW, hadith ini disebar serta dibacakan kepada orang awam. Hadithnya ialah: Barangsiapa yang mengagungkan maulidku nescaya akulah pemberi syafaatnya pada hari kiamat. Barangsiapa yang membelanjakan satu dirham pada hari maulidku, maka seolah-olah dia telah membelanjakan segunung emas pada jalan Allah. JAWAPAN: Bagi hadith yang pertama, lafaznya adalah seperti berikut: مَنْ عَظَّمَ مَولِدِي كُنْتُ شَفِيعًا لَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ Manakala hadith yang kedua lafaznya adalah seperti berikut: مَنْ أنفَقَ دِرْهَمًا فِي مَوْلِدِي فَكَأَنَّمَا أنفَقَ جَبَلًا مِن ذَهَبِ فِي سَبِيلِ الله Kedua-dua hadith ini pernah dijawab oleh mantan mufti Negeri Johor al-Syeikh Syed Alwi bin Tahir al-Haddad Rahimahullah dan telah dimuatkan di dalam buku Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang mana jawapan yang diberikan oleh beliau: Hadis-hadis yang tuan sebutkan di atas itu adalah Hadis Maudhu' (dusta) tidak benar dan tidak ada asalnya. Umat Nabi Muhammad s.a.w. disuruh membesarkan Rasulullah s.a.w. dan memuliakannya menurut ayat-ayat Quran ada tersebut di dalam surah al-Fath. Syeikh Abdullah bin Abd al-Rahman al-Jibrin apabila ditanyakan tentang status hadith: مَنْ عَظَّمَ مَولِدِي كُنْتُ شَفِيعًا لَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ Jawab fadhilah al-Syeikh: “Hadith ini tidak sahih. Tidak diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadith yang sahih, tidak juga di dalam kitab-kitab sunan dan ianya adalah satu penipuan…”[1] Maka, kami nyatakan di sini bahawa hadith ini adalah palsu dan tidak sabit dari Nabi SAW. Mereka yang menyebar dan membacakan hadith ini dengan sengaja perlulah bertaubat kerana haram dan berdosa besar bagi sesiapa yang menipu di atas nama Nabi SAW. Semoga pencerahan ini dapat memberi kefahaman kepada kita seterusnya lebih berhati-hati dalam menukilkan sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW. Wallahu a’lam. [1] http://www.ibn-jebreen.com/fatwa/vmasal-6019-.html | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 3 | Barangsiapa yang membelanjakan satu dirham pada hari maulidku | Berikut adalah soaljawab dari laman web Irsyad Al-Hadith, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: |
100 | 11/08/2018 10:55:36 | - | Telah datang Tha’labah bin Hatib al-Ansari kepada Rasulullah SAW, beliau berkata: Wahai Rasulullah SAW, doakan aku agar Allah SWT mengurniakan aku harta, maka Rasulullah SAW menjawab: “Celakalah engkau wahai Tha’labah, sedikit membawa kepada kesyukuran kepada Allah lebih baik daripada banyak yang engkau tidak mampu”. Setelah beberapa tempoh, beliau datang lagi kepada Rasulullah SAW dan mengulang benda yang sama. Maka Rasulullah SAW mendoakan baginya agar Allah SWT memberinya harta. Setelah itu, turunnya ayat al-Qur’an : خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ Maksudnya : “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Surah al-Taubah, 9:103) Lalu Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki dari al-Ansar dan seorang lagi daripada Bani Sulaim dan Nabi SAW memberikan catatan berkaitan zakat ini kepada mereka. Di samping itu, Nabi SAW meminta dua lelaki tersebut untuk meminta daripada Tha’labah sebahagian hartanya untuk disedekahkan. Kedua lelaki tersebut terus melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Nabi SAW dan mereka bertemu dengan Tha’labah lalu membaca apa yang ditulis oleh Nabi SAW di dalam catatan tersebut. Setelah dibacakan apa yang terkandung di dalam catatan tersebut, Tha’labah enggan mengeluarkan sebahagian hartanya untuk dizakatkan dan mengatakan bahawa ini adalah jizyah. Kedua lelaki tersebut bertemu dengan Rasulullah SAW dan menceritakan kepada Baginda SAW berkenaan peristiwa tersebut. Maka Allah SWT menurunkan ayat : وَمِنْهُم مَّنْ عَاهَدَ اللَّـهَ لَئِنْ آتَانَا مِن فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ Maksudnya: “Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”. (Surah al-Taubah, 9:75) Apabila turunnya ayat tersebut, salah seorang daripada lelaki tersebut telah bertemu dengan Tha’labah dan memberitahu beliau bahawa: Allah SWT telah menurunkan ayat di atas keengganan engkau membayar zakat maka celakalah engkau wahai Tha’labah. Apabila mendengar kata-kata tersebut, Tha’labah terus bertemu dengan rasulullah SAW dan ingin membayar zakat tetapi Rasulullah enggan menerimanya kerana Allah SWT telah menghalangku daripada menerima apa-apa daripada engkau. Setelah Rasulullah SAW wafat, Tha’labah bertemu dengan Abu Bakar RA yang pada waktu sebagai khalifah tetapi Abu Bakar menolaknya. Kemudian di zaman khilafah Umar bin al-Khattab RA, Umar RA juga menolak untuk menerima harta daripada Tha’labah, sehingga tiba zaman Uthman RA menjadi khalifah, Uthman RA juga melakukan perkara yang sama. Akhirnya, Tha’labah wafat di zaman Uthman bin Affan RA dalam keadaan tidak membayar zakat setelah mencubanya berkali-kali. | - | Bab Zakat | kaya, | Tidak sahih | Irsyad al-Hadith Siri ke-27 : Kisah Tha’labah tidak ingin membayar zakat Dimuatnaik oleh Umar Mukhtar Mohd Noor Diterbitkan: 22 Mac 2016 Soalan : Apakah status kisah Tha’labah enggan membayar zakat ? Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Mutakhir ini, kita mendengar banyak kisah yang masyhur sehinggakan sebahagian kisah yang didengar itu mencarik maruah individu yang digelar sebagai sahabat Nabi SAW. Antaranya ialah kisah Tha’labah dan kisah ini dikatakan merupakan antara sebab turunnya salah satu ayat di dalam surah al-Taubah. Sebelum kita melihat lebih jauh lagi, di sana juga terdapat ramai lagi para sahabat Nabi SAW yang bernama Tha’labah. Oleh itu, siapakah Tha’labah yang dimaksudkan di dalam kisah ini? Al-Hafiz Ibn Hajar telah menyenaraikan nama-nama sahabat yang bernama Tha’labah di dalam karyanya, antaranya ialah : Tha’labah bin Aus Tha’labah bin Abi Balta’ah Tha’labah bin Thabit Tha’labah bin al-Harith Tha’labah bin Hatib bin al-Aus al-Ansari (syahid dalam peperangan Uhud) Tha’labah bin Harram Tha’labah bin al-Hakam Tha’labah bin Khaddam al-Ansari Tha’labah bin Sa’idah (wafat dalam peperangan Uhud) Tha’labah bin Salam Tha’labah bin Suwaid al-Ansari Tha’labah bin Abd al-Rahman al-Ansari Tha’labah bin Qais Demikian adalah beberapa orang sahabat Nabi SAW yang bernama Tha’labah, tetapi yang Tha’labah yang dimaksudkan di dalam kisah ini ialah Tha’labah bin Hatib al-Ansari. Beliau telah menyertai peperangan Badar dan Uhud bersama Rasulullah SAW. Di samping itu, beliau telah wafat ketika zaman pemerintahan Umar dan ada juga berkata bahawa beliau wafat ketika zaman pemerintahan Uthman. Selain itu, beliau dikatakan telah enggan membayar zakat ketika diperintahkan oleh Nabi SAW sebagaimana yang diceritakan oleh Sa’id bin Jubair dan Abi Qatadah ketika menafsirkan ayat ke 75 di dalam surah al-Taubah. Lihat al-Isti’ab fi Ma’rifah al-Sahabah (1/20) Ringkasan kisah Tha’labah Telah datang Tha’labah bin Hatib al-Ansari kepada Rasulullah SAW, beliau berkata: Wahai Rasulullah SAW, doakan aku agar Allah SWT mengurniakan aku harta, maka Rasulullah SAW menjawab: “Celakalah engkau wahai Tha’labah, sedikit membawa kepada kesyukuran kepada Allah lebih baik daripada banyak yang engkau tidak mampu”. Setelah beberapa tempoh, beliau datang lagi kepada Rasulullah SAW dan mengulang benda yang sama. Maka Rasulullah SAW mendoakan baginya agar Allah SWT memberinya harta. Setelah itu, turunnya ayat al-Qur’an : خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ Maksudnya : “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Surah al-Taubah, 9:103) Lalu Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki dari al-Ansar dan seorang lagi daripada Bani Sulaim dan Nabi SAW memberikan catatan berkaitan zakat ini kepada mereka. Di samping itu, Nabi SAW meminta dua lelaki tersebut untuk meminta daripada Tha’labah sebahagian hartanya untuk disedekahkan. Kedua lelaki tersebut terus melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Nabi SAW dan mereka bertemu dengan Tha’labah lalu membaca apa yang ditulis oleh Nabi SAW di dalam catatan tersebut. Setelah dibacakan apa yang terkandung di dalam catatan tersebut, Tha’labah enggan mengeluarkan sebahagian hartanya untuk dizakatkan dan mengatakan bahawa ini adalah jizyah. Kedua lelaki tersebut bertemu dengan Rasulullah SAW dan menceritakan kepada Baginda SAW berkenaan peristiwa tersebut. Maka Allah SWT menurunkan ayat : وَمِنْهُم مَّنْ عَاهَدَ اللَّـهَ لَئِنْ آتَانَا مِن فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ Maksudnya: “Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”. (Surah al-Taubah, 9:75) Apabila turunnya ayat tersebut, salah seorang daripada lelaki tersebut telah bertemu dengan Tha’labah dan memberitahu beliau bahawa: Allah SWT telah menurunkan ayat di atas keengganan engkau membayar zakat maka celakalah engkau wahai Tha’labah. Apabila mendengar kata-kata tersebut, Tha’labah terus bertemu dengan rasulullah SAW dan ingin membayar zakat tetapi Rasulullah enggan menerimanya kerana Allah SWT telah menghalangku daripada menerima apa-apa daripada engkau. Setelah Rasulullah SAW wafat, Tha’labah bertemu dengan Abu Bakar RA yang pada waktu sebagai khalifah tetapi Abu Bakar menolaknya. Kemudian di zaman khilafah Umar bin al-Khattab RA, Umar RA juga menolak untuk menerima harta daripada Tha’labah, sehingga tiba zaman Uthman RA menjadi khalifah, Uthman RA juga melakukan perkara yang sama. Akhirnya, Tha’labah wafat di zaman Uthman bin Affan RA dalam keadaan tidak membayar zakat setelah mencubanya berkali-kali. Lihat Tafsir al-Thabari (no. 16987) al-Mu’jam al-Kabir Thabarani, (no. 7873) dan Asbab al-Nuzul oleh al-Wahidi hal. 252. Pendapat ulama berkaitan kisah ini Kisah ini adalah tidak sahih berdasarkan apa yang dinyatakan pendapatnya oleh para ulama, antaranya ialah: Imam al-Qurthubi berkata: “Tha’labah ialah salah seorang yang menyertai peperangan Badar dan beliau juga antara orang yang telah diakui keimanannya sebagaimana yang termaktub di dalam hadith. Untuk itu, apa yang diriwayatkan ini adalah tidak sahih”. Imam Ibn Hazim berkata: “Tha’labah seorang ahli badar dan hal ini umum mengetahuinya, maka riwayat ini adalah bathil”. Imam al-Iraqi mengatakan bahawa: “Thabarani telah mengtahkrijkan hadis ini dengan menggunakan sanad yang lemah”. Imam al-Qurthubi menyatakan: “Apa yang diriwayatkan berkaitan Tha’labah adalah tidak benar”. Imam al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan: “Aku tidak merasakan bahawa khabar ini benar”. Tarjih Setelah melihat kepada pendapat-pendapat yang dikemukan oleh para ulama berkaitan riwayat atau kisah ini, kami juga memilih untuk menyatakan bahawa kisah ini adalah tidak benar (sahih) dan ia tidak boleh disebarkan kepada masyarakat melainkan untuk menyatakan bahawa kisah ini tidak benar (sahih). Ini juga selari dengan pendapat ulama hadith yang muktabar. Antara sebab-sebab kami mengatakan bahawa kisah ini tidak benar ialah: Tha’labah merupakan seorang sahabat nabi SAW. Kita sebagai umat Islam perlu berpegang dan percaya bahawa sahabat bersifat dengan ‘adalah (adil), dalam erti kata lain bahawa mereka tidak menipu, apatah lagi untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan rukun Islam seperti tidak membayar zakat. Tha’labah merupakan salah seorang sahabat yang menyertai peperangan badar. Sebagaimana kita ketahui bahawa. Ahli badar mempunyai keistimewaannya tersendiri. Antaranya Allah SWT telah bersaksi di atas keimana mereka dan Allah SWT mengampunkan dosa mereka yang lalu dan akan datang. Berdasarkan hadith Nabi SAW : اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ فَقَدْ وَجَبَتْ لَكُمُ الْجَنَّةُ Maksudnya : “Buatlah apa yang kalian suka kerana Allah SWT telah meletakkan kalian di dalam syurga”. Riwayat al-Bukhari (3684) dalam Kitab Peperangan, Bab Keutamaan Orang yang Menyertai Perang Badar. Setelah melihat kepada sebab turunnya ayat tersebut, kami mendapati bahawa pendapat yang rajih (kuat) adalah ayat tersebut diturunkan kepada golongan munafik kerana mereka begitu bakhil dan kedekut untuk mengeluarkan sebahagian daripada harta mereka sebagaimana dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar di dalam Tahzib al-Tahzib. Kesimpulan Marilah sama-sama kita menunaikan salah satu daripada rukun Islam ini iaitu mengeluarkan zakat. Ini kerana, harta kita bukanlah milik kita sepenuhnya, bahkan ia adalah milik Allah SWT dan juga milik saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik seperti kita. Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan orang-orang yang sentiasa menyucikan hartanya iaitu berzakat dan semoga Allah SWT menerima amalan kita dan meletakkannya di neraca kebaikan kelak. Amin. Wallahua’lam | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Hadith. Dicapai dari http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith | 27 | Tha’labah enggan mengeluarkan sebahagian hartanya untuk dizakatkan | Berikut adalah soaljawab dari laman web Irsyad Al-Hadith, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: |