ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
1
PANDUAN PENGGUNAAN TEMPLAT
2
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
TEMPLAT GURU KELAS
3
4
PENGENALAN
5
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada komponen didalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenalpasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.
6
7
8
9
10
11
A
MAKLUMAT AM
12
Templat Pelaporan PBD Tahap 1 bagi Guru Kelas mengandungi beberapa Worksheet/Tab:
13
1. PANDUAN
14
2. REKOD PRESTASI MURID
15
3. LAPORAN MURID
16
4. LAPORAN MATA PELAJARAN
17
5. TEMPLAT PEREKODAN SEMUA MATA PELAJARAN (17) DI TAHAP 1 [TAHUN 1/2/3]
18
6. TAFSIRAN TP TENGAH TAHUN
19
7. TAFSIRAN TP AKHIR TAHUN
20
8. GRAF PELAPORAN
21
22
B
PENGGUNAAN TEMPLAT
23
Guru hendaklah melengkapkan maklumat asas pada templat ini di halaman REKOD PRESTASI MURID.
24
Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah:
25
1. Nama dan Alamat Sekolah
26
2. Nama Guru dan Nama Kelas
27
3. Senarai Nama Murid, Nombor Kad Pengenalan dan Jantina
28
4. Nama Pentadbir
29
5. Jawatan Pentadbir (Guru Besar)
30
31
C
TAHAP PENGUASAAN
32
Tahap Penguasaan murid bagi setiap komponen di dalam templat ini direkodkan untuk tujuan pelaporan perkembangan pembelajaran murid bagi sesuatu tempoh tertentu (Pertengahan / Akhir Tahun). Guru Kelas hanya perlu memaklumkan kepada Guru Mata Pelajaran untuk merekodkan Tahap Penguasaan ini di halaman TEMPLAT MENGIKUT MATA PELAJARAN SAHAJA sahaja dan seterusnya pelaporan individu murid akan dijana secara automatik di halaman LAPORAN MURID untuk cetakan. Tahap Penguasaan (TP) bagi tujuan analisis kelas dijana secara automatik di halaman GRAF PELAPORAN.
33
34
35
36
37
38
39
D
PENENTUAN TAHAP PENGUASAAN DAN ULASAN GURU MATA PELAJARAN
40
1Tahap Penguasaan yang akan dimasukkan ke dalam Templat Pelaporan PBD ini adalah Tahap Penguasaan Keseluruhan sahaja dari semua mata pelajaran yang diambil oleh murid bagi kelas berkenaan sahaja.
41
2Guru Mata Pelajaran juga boleh membuat ulasan tambahan pada ruangan yang disediakan berkenaan pencapaian, kemahiran dan nilai yang difikirkan perlu untuk tujuan makluman tambahan kepada Ibu Bapa murid.
42
43
E
ULASAN GURU KELAS
44
Guru kelas hendaklah memberikan ulasan yang berbentuk komprehensif yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ulasan tambahan berbentuk kebolehan lain yang unik antara murid juga digalakkan jika seperti kebolehan pengucapan awam (public speaking), mudah menghafal, mengenal paten dan sebagainya. Guru kelas atau guru mata pelajaran juga digalakkan menggunakan nama ringkas murid dalam membuat ulasan yang berkenaan untuk memberikan lebih nilai peribadi (personal touch) antara guru dan murid.
45
46
Guru Mata Pelajaran:
47
1Guru mata pelajaran melengkapkan Tahap Penguasaan Keseluruhan (TP) bagi semua murid.
48
2Guru mata pelajaran memberi ulasan tentang murid merangkumi pengetahuan, kemahiran, nilai atau perkara lain sebagai makluman kepada ibu bapa. Ulasan guru mata pelajaran adalah secara pilihan sahaja (optional).
Contoh:
"Adli suka meneroka pengetahuan baru dalam Sains.Dia selalu memimpin rakan kumpulan menjalankan aktiviti projek mudah. Dia juga suka bertanya dan mencari penyelesaian sendiri."
49
3Semasa Pelaporan Pertengahan Tahun, guru mata pelajaran dibenarkan membuat pindaan (edit) ke atas Tafsiran Tahap Penguasaan Keseluruhan bagi mata pelajaran masing-masing berdasarkan topik-topik yang telah diajar di sheet TAFSIRAN TP TENGAH TAHUN sekiranya ada keperluan. Pelaporan Akhir Tahun tidak perlu melalui langkah ini.
50
4Pindaan yang dibenarkan (editable) ke atas Tafsiran Tahap Penguasaan Keseluruhan bagi mata pelajaran masing-masing hendaklah secara minimum sahaja mengikut kesesuaian mata pelajaran masing-masing. Bentuk dan kaedah penulisan hendaklah merujuk kepada sheet TAFSIRAN TP AKHIR TAHUN yang telah disediakan.
51
Lampiran / sheetTAFSIRAN TP TENGAH TAHUN
52
TAFSIRAN TP AKHIR TAHUN TAHUN
53
54
Guru Kelas:
55
1Guru kelas perlu memberi ulasan tentang kebolehan,usaha, sikap dan nilai murni bagi setiap murid dalam kelasnya secara deskriptif.
Contoh: "Adli merupakan seorang murid yang suka belajar, aktif dan rajin dalam pembelajarannya. Dia selalu bertanya tentang perkara yang kurang difahami dalam pembelajarannya. Dia boleh berkomunikasi dengan baik dan bekerjasama dengan rakan-rakannya. "
56
2Guru kelas boleh membuat cetakan pelaporan bagi setiap murid secara automatik secara sekali klik dengan mengguanakan butang CETAK SEMUA yang disediakan. Guru kelas perlu memastikan semua TP murid telah dilengkapkan sebelum membuat cetakan.
57
3Guru kelas boleh keluarkan sheet mata pelajaran yang tidak berkaitan dengan menggunakan kaedah Hide jika perlu.
58
59
Nota #1
60
Semua lembaran kerja dalam fail excel ini telah dikunci untuk mengelakkan terpadam formula atau pautan yang telah diberikan. Walaubagaimana pun guru masih boleh membuat pindaan atau aktiviti lain pada perkara atau ruangan yang dibenarkan seperti besarkan lajur atau baris dan sembunyikan (hide) pada tab yang tidak diperlukan.
61
62
Nota #2
63
Tafsiran bagi Tahap Penguasaan(TP) yang dilaporkan untuk PERTENGAHAN tahun adalah merujuk kepada lampiran/sheet TAFSIRAN TP TENGAH TAHUN yang boleh diubah (editable) oleh guru mata pelajaran bersesuaian dengan pembelajaran sehingga pertengahan tahun. Guru kelas hendaklah memaklumkan perkara ini kepada semua guru mata pelajaran masing-masing.
64
Tafsiran bagi Tahap Penguasaan(TP) yang dilaporkan untuk AKHIR tahun adalah merujuk kepada lampiran/sheet TAFSIRAN TP AKHIR TAHUN yang telah ditetapkan.
65
66
Lampiran / sheetTAFSIRAN TP TENGAH TAHUN
67
TAFSIRAN TP AKHIR TAHUN TAHUN
68
69
Senarai Tab (Sheet):
70
1
PANDUAN
Panduan penggunaan Templat Pelaporan ini.
71
2
REKOD PRESTASI MURID
Mengandungi maklumat Sekolah, Kelas dan Murid yang perlu dilengkapkan oleh Guru Kelas.
72
3
LAPORAN MURID
Mempunyai butang pilihan untuk:
1. Export pelaporan murid kepada format PDF (semua rekod)
2. Mencetak pelaporan murid (semua rekod)
3. Cetak atau eksport pelaporan murid ( 1 rekod )
73
4
LAPORAN MATA PELAJARAN
Rekod Pelaporan PBD mengikut mata pelajaran. Untuk rujukan guru mata pelajaran atau guru kelas.
74
5BMTemplat pelaporan mata pelajaran untuk dilengkapkan oleh guru mata pelajaran yang berkaitan. Guru mata pelajaran perlu melengkapkan maklumat Nama Guru, TP murid dan Ulasan yang merangkumi aspek seperti pengetahuan, kemahiran, nilai, karekter serta amalan murni yang berkaitan. Ulasan adalah bersifat pilihan sahaja (optional), walaubagaimana pun ia adalah amat digalakkan untuk pelaporan yang lebih bermakna dan menyeluruh baerkaitan perkembangan dan potensi setiap murid untuk makluman kepada ibu bapa.

Mata pelajaran yang tidak berkaitan dengan kelas berkenaan, boleh disembunyikan (hide) jika perlu.
75
6BI
76
7
MATEMATIK
77
8SAINS
78
9P ISLAM
79
10
PEND KESENIAN
80
11PJPK
81
12MORAL
82
13ARAB
83
14CINA SK
84
15CINA SJK
85
16
TAMIL SK
86
17
TAMIL SJK
87
18IBAN
88
19SEMAI
89
20
KADAZANDUSUN
90
21
TAFSIRAN TP TENGAH TAHUN
Tafsiran terhadap semua tahap penguasaan (TP) mata pelajaran bagi pentaksiran pertengahan tahun akan merujuk kepada lampiran ini. Ia adalah boleh dipinda (editable) supaya bersesuaian dengan pembelajaran sehingga pertengahan tahun bagi semua mata pelajaran. Guru mata pelajaran boleh membuat pindaan ini secara minimum dengan merujuk kepada cara penulisan yang sama dengan yang diberikan kecuali dengan membuat pindaan di mana perlu sahaja seperti topik-topik atau kemahiran-kemahiran yang tidak terlibat sehingga pertengahan tahun.
91
22
TAFSIRAN TP AKHIR TAHUN
Tafsiran terhadap semua tahap penguasaan (TP) mata pelajaran bagi pentaksiran akhir tahun akan merujuk kepada lampiran ini dan ia adalah tidak boleh diubah.
92
23
GRAF PELAPORAN
Memaparkan analisis keseluruhan Tahap Penguasaan (TP) mata pelajaran dalam bentuk graf dan jumlah yang berkaitan.
93
94
Manual Penggunaan Templat
95
Langkah 1 : Guru Kelas
96
Guru Kelas boleh mewujudkan satu folder khas bagi kelas masing-masing secara berasingan. Ini kerana arahan simpan/ekport kepada format PDF pelaporan murid akan disimpan dalam folder yang berkenaan sahaja. Lampiran mata pelajaran yang tidak berkaitan bagi kelas tersebut boleh disembunyikan (hide).
97
98
Langkah 2 : Guru Kelas
99
Guru Kelas melengkapkan maklumat awal berkaitan kelas masing-masing seperti nama murid, nama kelas, nama Guru besar, tarikh dan sebagainya.
100