Kongsi Artikel di Stanza Mahabbah
 Share
The version of the browser you are using is no longer supported. Please upgrade to a supported browser.Dismiss

 
View only
 
 
Still loading...
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU
1
TimestampTajuk ArtikelLink/Website/SumberPengisian Artikel Nama Penulis@Pena Nota untuk editor artikel Stanza Mahabbah
2
3
3/17/2012 21:03:32Mencintai Sumayyah Yang DicintaiAssalamualaikum WBT
Alhamdulillah,segala syukur dan puji-pujian selama-lamanya milik Allah Azza Wa Jalla,,Pencipta Langit dan Bumi,mencipta makhlukNya yang pelbagai dan mudah-mudahan kita bersyukur.Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW,dan keatas ahli keluarganya ,para sahabat,tabi’in ,tabii’ tabi’in,dan para shuhada.
Islam bermula bukan pada jalan yang mudah ,segala ujian dan cabaran,namakan saja,semuanya pernah di alami oleh Rasulullah SAW dan para sahabat R.A.Pemulauan,kelaparan ,diseksa,dihina,dicerca dan difitnah serta diugut bunuh merupakan antara cabaran yang di alami oleh generasi awal pemeluk islam.Namun dek kerana keimanan yang teguh dan tegar yang semakin kuat di dalam jiwa mereka,mereka menghadapinya dengan tabah dan sabar.Di saat itu,Sahabat di uji dengan seberat-berat ujian sehingga ada di antara mereka gugur syahid kerana mempertahankan aqidah mereka.
Menyingkap kembali sejarah para shuhada,tidak akan pernah sesekali kita lupa kepada seorang wanita mukmin pertama yang syahid,tatkala mempertahan khalimah syahadah,Summayyah Binti Khayyat R.A.Beliau,mengikut riwayat merupakan orang ketujuh yang memeluk islam .Beliau merupakan hamba kepada Abu Huzaifah.Mencipta sejarah sebagai wanita islam pertama syahid di Jalan Allah,tatkala tombak Abu Jahal menikam tubuhnya yang sudah lemah kerana berhari-hari diseksa di padang pasir.
Keteguhan kepada kalimah La ilaha Illa Allah,Muhammad Rasul Allah menjadi saksi syahidnya seorang hamba wanita yang kental Aqidahnya.Hasil daripada pengorbanan beliau, menaikkan semangat para sahabat Rasulullah.Dengan Keteguhan Imannya, Islam dapat bertahan dan dapat sampai pada kita hari ini .Dengan Kesabarannya,beliau menjadi inspirasi kepada golongan wanita dan ibu untuk berjihad di jalan Allah SWT .Akan kerana keimanan yang baru sahaja bertapak dalam jiwanya,beliau rela badannya diseksa dan dizalimi kerana beliau yakin akan janji Allah.
Kita lihat dari pengajaran yang boleh kita dapat ,boleh kita muhasabah diri dimana letaknya iman kita sebagai hamba Allah yang sejak lahir memeluk agama murni ini.Sumayyah R.A memeluk islam hanya dapat merasai nikmat islam itu sebentar sahaja tetapi mempunyai iman dan kepercayaan yang tinggi .
Bukan sahaja kaum hawa dapat mengambil ibrah dan tauladan dari kisah riwayat Sumayyah Binti Khayyat R.A,tetapi golongan rijal pun wajar mencontohi kekentalan iman Sumayyah Binti Khayyat.Sebagai Pelajar perubatan ,kita hendaklah sentiasa kental dan tabah serta “face all the challenges” di dalam diari kita sebgai pelajar dan pengamal perubatan.Segala cabaran dan ujian mendatang adalah amat sedikit jika di bandingkan dengan apa yang dihadapi oleh Nabi SAW dan Sahabat RA.Putus asa,letih,malas dan kecewa sepatutnya tidak pernah wujud dalam kamus kita sebgai pelajar perubatan khususnya dan sebagai orang muslim amnya
Sebagai khulasohnya,kita mempunyai ramai tokoh islam yang patut dicontohi akhlak dan perwatakannya…wassalam
Dr.ANDSunting nama kot...pastikan betul dulu...check grammmar...UPI kan bnyk ahli
4
3/28/2012 4:04:07Kosongnya hidup iniManusia, apabila berbicara tentang impiannya, cita – citanya, seperti tiada penghujungnya, seolah – olah semuanya boleh digapai dengan mudah, tiada halangan, tiada ujian, tetapi sedarkah kita? Apabila manusia berjaya mencapai cita – cita itu, apa yang mereka rasakan? Bahagia? Atau perasaan yang dirasakan “bahagia” itu akhirnya hilang juga, seolah ianya tidak kekal lama meskipun impian sudah ada dalam genggaman.

Kita kembali mencari impian yang lain

Keinginan manusia itu sentiasa berubah, mencari dan terus mencari impian yang baru untuk digapai, tetapi Begitu juga perasaan yang dirasakan ketika sudah mencapai impian yang baru itu, terasa jiwa ini kosong, kadang kala sampai ketika, hati berbisik bersendirian tertanya – Tanya apa yang kau inginkan dalam hidup ini.

Satu analogi atau contoh yang mudah, seseorang yang belajar tidak kiralah, di sekolah, di university, atau di mana pun, mesti mahukan keputusan yang cemerlang bukan? Seterusnya mendapat keputusan yang amat cemerlang, gembira bukan? Tetapi sesudah itu mahukan pekerjaan pula, selepas itu mahukan pasangan, dan, dan dan. Kesemua impian dapat kita gapai.Tetapi apakah perasaan gembira itu berkekalan?

Kehidupan seolah – olah kosong, sunyi dan hambar. . . seolah - olah sentiasa ada satu ruang kosong dalam hidup ini yang belum dipenuhkan lagi, apakah dia? jawablah wahai hatiku dengan fitrah dirimu dengan sejujur – jujurnya.

Aku inginkan Allah

Bisikan hati dan jiwaku!! Itulah yang kita cari dalam hidup ini sebenar – benarnya, kembalilah kepada fitrah kita yang asal, iaitu menjadi hamba kepada Allah S.W.T. jadilah insan yang bergantung harap kepada – Nya, bermohon dan memintalah kepada-Nya, kerana itulah punca kebahagian kita dalam kehidupan ini.

Kita meninggalkan fitrah kita lantas mengejar nafsu

Kembalilah, tiada apa yang indah dalam hidup ini jika kehidupan yang kita
bina bukan di atas fitrah sebagai seorang hamba-Nya. Tiada indah kehidupan ini jika ianya hanya menjauhkan diri kita dengan Pencipta.

Bukan yang ini yang ku pohon, bukan impian yang ku pinta, bukan ini, Ya Allah. Aku mohon agar dijadikan kehidupanku ini bulat – bulat hanya untuk Mu, Ya Allah.
.
Alhamdulillah
SDhoho
5
3/30/2012 12:58:43kegagalanSemua manusia ingin berjaya dalam kehidupan ini, dan kerana itu juga kita terpilih untuk lahir ke dunia ini. Tiada manusia yang apabila ditanya apakah dia ingin gagal dalam kehidupannya, dia akan menjawab “tidak” meskipun perbuatannya tidak melambangkan dia seorang yang ingin berjaya. Itulah fitrah yang dijadikan dalam jiwa setiap manusia iaitu inginkan kejayaan dan kemenangan dalam apa jua bidang yang diceburinya hatta permainan sekalipun.

Kadang – kadang kita lupa kita sedang diuji

Ya, kita lupa mengenai hakikat itu, kadang kala, sampai satu tahap dimana kita telah curahkan dan korbankan segalanya iaitu harta, masa, tenaga, jiwa untuk mencapai satu – satu kejayaan, sehingga kita rasakan kita tidak akan menghadapi kegagalan, kita tidak akan diuji dengan kekalahan. Perasaan sebegitu yang timbul, menyebabkan kita ini berputus asa apabila diuji dengan kekalahan.

Dunia ini terlalu kecil untuk kita tangisi

Apakah perasaan anda apabila gagal dalam sesuatu bidang, cuba saudara bayangkan saudara sendiri yang gagal dalam peperiksaan module 2 dan module 3, apakah perasaan saudara? Sedih, kecewa, rasa ingin menangis. Tetapi cuba saudara bayangkan kita gagal dihadapan Allah nanti

• Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabbnya, (mereka berkata): "Ya Rabb kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin". (QS. 32:12)

Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah". (QS. 78:40)

Titisan kemenangan dan kegagalan dalam dunia ini terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan kebesaran lautan akhirat sana. Jangan berasa bangga dan sedih akannya.

Tiada kegagalan dalam perjuangan seorang mukmin

Kita lihat zaman para nabi yang terdahulu, zaman nabi (S.A.W), zaman sahabat (R.A) sehingga ke hari ini, kita lihat pejuang – pejuang agama Allah, hidup mereka sentiasa diuji, dan kebanyakan mereka mati dalam keadaan yang mengerikan, ada yang dipenggal kepalanya, ada yang belah badannya, ada yang dibakar hidup – hidup, ada yang digergaji kepalanya, ada yang dicakar badannya dengan besi sehingga gugur daging – daging mereka, tetapi tidak langsung mengubah keimanan mereka, kita lihat seolah – olah mereka ini kalah dalam perjuangan mereka,tetapi mereka telah menang di sisi Allah, bandingkan dengan kita yang baru sedikit diuji dengan kegagalan, dimana kita letakkan keimanan kita kepada Allah? Dimana sangka baik kita kepada takdir Allah?

Apabila diuji dengan kekalahan dan kegagalan, janganlah kita terus bersedih di dalamnya. Muhasabah kembali, terimalah ia sebagai teguran halus dari tuhanmu, kerana bicara tuhanmu hanya akan kita fahami apabila bersangka baik dengan ketentuan-Nya. Tipulah kita, jika ditakdirkan gagal, kita tidak merasa sedih langsung atas kegagalan tersebut, tetapi jadikan kegagalan itu adalah kejayaan pada masa hadapan
balewafi... hhoho
6
3/31/2012 2:29:05our bright sun of yesterdayhttp://www.youtube.com/watch?v=W9bPkOkWGpspandai2la enta edit
7
5/23/2012 0:43:26Tips Menutup AuratSolusi isu 26Menutup aurat adalah perintah Allah swt.Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki,namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki.Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar.

Di bawah disertakan beberapa kaedah praktikal menjadi Muslimah yang prihatin dengan penampilannya di hadapan ajnabi.

1. Tahu. Langkah pertama ialah ilmu.Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat,ciri-ciri pakaian yang menutup aurat,siapa mahram dan siapa ajnabi,hukum-hukum berkenaan aurat dan sebagainya.
2. Sedar bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan secepat mungkin.Jangan sambil lewa dan acuh tidak acuh.Soal halal dan haram adalah perkara besar.
3. Syiar. Setiap agama ada imejnya.Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. Fungsi cermin. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin,tanyalah cermin,”Wahai cermin,adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?” Jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.
5. Asingkan pakaian kepada 2 kriteria; sesuai atau tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya,masih boleh dipakai tetapi hanya bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.
6. Malu. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu,takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7. Bersahabat dengan wanita solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seorang muslimah yang ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yang patuh kepada syariah.
8. Eksklusif.Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma,jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9. Banyak manfaat. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah ke luar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, dan tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini.

Sumber: Solusi isu 26
-tiada--ini adalah artikel bawah tajuk AURAT
-boleh edit mengikut kesesuaian masyarakat,tempat dan suasana pelajar islam di sini.
8
6/25/2012 1:56:04INFO TIP USAHA MENCARI JODOH BAGI KAUM WANITAUstazah Fatimah SyarhaYa,Wanita juga perlu berusaha,tapi bagaimana?

1. Berusaha menyediakan diri menjadi produk 'solehah' yang diidam-idamkan.biasanya produk 'solehah' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan akhirat.Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah 'kesediaan hati' anda untuk dirisik dengan jalan yang syarak.

2. Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik,mudah menyerah dan melayan kerana wanita sebgini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS,call pujian dan lain-lain) mudah pula untuk dipersia-siakan.

3.Berkawan dengan kawan-kawan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukannya matlamat tetapi wasilah semata-mata.

4.Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar terus hasrat kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda di matanya.

5.Minta ibu bapa,abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.

6.Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik,mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa,bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia.Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan Rasulullah saw.

MuslimahSejati
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100
Loading...
 
 
 
Sheet1