ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
1
ISBN Judul Lengkap Pengarang Penerbit No Panggilan LokasiSinopsis
2
3
19789672250661Ya Tuhan! Bantu Aku BangkitBegum IrdawatiMust ReadHQ814.B434KOLEKSI AM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 5)
Mencintai tidak semestinya memiliki, kadang-kadang Tuhan hanya menemukan demi sebuah pengajaran. Jangan salahkan Tuhan, jangan salahkan takdir. Kerana setiap yang berlaku, pasti terselit hikmah yang indah.

Naskhah ini khusus buat wanita yang mencari kekuatan untuk bangkit selepas menghadapi keruntuhan rumah tangga, dan juga sumber inspirasi buat para wanita yang masih berpegang kepada 'aku bertahan demi anak-anak', 'aku malu bergelar janda' kerana takut akan persepsi negatif masyarakat sekeliling.

Pelbagai isu keruntuhan rumah tangga berakhir dengan wanita yang menjadi mangsa. Wanita dikasari, wanita dikejami oleh kaum lelaki yang berstatus suami mahupun hanya sekadar teman.

Buku ini akan membantu para wanita untuk bangkit daripada kekecewaan dalam alam rumahtangga. Tuhan hanya sekadar menguji, tidak sesekali membebankan. Buku ini juga mengajar para wanita agar kuat dan tabah dengan setiap dugaan yang datang.
4
29789830977065Pelan-Pelan KayuhBonda NorGaleri IlmuBP188.2.B6684 kiKOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Umpama pemakanan, demikian juga ujian. Kalau yang dimakan hanya yang manis saja, kita akan sakit. Dah sakit, terpaksalah cari penawar. Dan penawarnya memang pahit!


Sebab itu, antara tanda Maha Baiknya Allah ialah ditimpakan ke atas kita musibah. Hal-hal yang kita tak suka itu, yang kita anggap musibah itu, sebenarnya adalah penawar. Penawar untuk dosa-dosa kita. Penawar untuk keangkuhan kita. Penawar kepada penyakit ‘lupa syurga hingga mencari sempurna pada dunia’.
Ya, ‘mencari sempurna pada dunia’ juga adalah sejenis penyakit! Dan kita perlu berubat!
5
39789830975795BE COOL, Pujuklah Hati 2Bonda NorGaleri IlmuBP188.2.B643 kiKOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4
Perkongsian kisah yang biasa berlaku terhadap diri, pasangan dan sesiapa sahaja yang tampak sukar, sebal dan pelbagai namun sekiranya diamati ia merupakan kisah ‘semua' orang. Jika di tangani dan dilihat takdirnya dari mata hati serta fikiran yang positif, semuanya akan jadi mudah dan tenang-tenang sahaja.





6
49789830976334BangkitBonda NorGaleri IlmuBP188.15.B6682 kiKOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)

Hidup ini perlu kuat, kawan! Sebesar apa pun ujian, harus percaya Tuhan ada dan tidak pernah tinggalkan kita!






















7
59789830976051BE STRONGBonda NorGaleri Ilmu BP188.2.B646 ki KOLEKSI ISLAM RUJUKAN-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Kau gagal, Allah hantar bantuan. Kau luka, Allah sembuhkan. Kau takut apa kalau kau ada Tuhan?

Ujian demi ujian akan terus singgah di dalam hidup kita tanpa henti. Ia suatu janji. Kalau yang kita cari adalah ketenangan, maka kita tiada pilihan. Belajarlah mengalah dan akur sahaja kepada semua takdir Allah. Maka insya-Allah, biar sehebat mana gelombang yang datang, kita masih mampu bertenang-tenang. Selamat membaca Be Strong dengan doa daripada penulis agar sedikit perkongsian ini berjaya dihadam, seterusnya membawa anda ke suatu zon kehidupan yang bernama ketenangan. Insya-Allah.
8
69789830977256Berani Menjadi AkuBonda NorGaleri Ilmu
PL5139.B636B443 sbr
SBR-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 5)
Ia kisah kita! Kisah zaman ‘tak cukup akal’ yang mempamerkan pemikiran yang dangkal. Kisah yang menjadi bukti bahawa satu ketika dahulu kita juga pernah menjadi keliru dan mungkin tersilap memilih sesuatu. Namun, ia kemudiannya menjadi kisah menarik yang telah banyak membantu kita menjadi lebih baik. Banyak ibrah yang boleh diraih daripada sesuatu yang telah menjadi sejarah. Sesuatu yang membawa kita semakin hampir kepada Allah.

Berani Menjadi Aku adalah satu antologi kisah yang cuba membawa pembaca mendekati kebenaran tanpa perlu kehilangan jati diri. Ia cuba menyedarkan pembaca bahawa banyak keinginan kita boleh ditunaikan jika dilentur dengan cara yang betul. Setiap kisah di dalam antologi ini saya ulas dengan memfokus kepada mesej utamanya. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada pembaca. Selamat menjadi seorang yang berani. Berani menjadi diri sendiri!
9
79789830977447ClearBonda NorGaleri IlmuBP188.B643 ki KOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Kalau kita gambarkan pelangi sebagai kebahagiaan, maka kita kena faham satu perkara. Kebahagiaan memerlukan waktu suka dan duka. Kebahagiaan tidak boleh hadir dengan waktu yang kita anggap senang dan gembira saja. Ia juga memerlukan waktu susah, waktu duka, waktu marah dan waktu mengalirkan air mata.

Benar. Kedua-dua elemen yang sangat kontra antara satu sama lain sebenarnya saling memerlukan. Rintik air dan cahaya matahari membentuk pelangi. Suka dan duka, itulah juga yang sebenarnya membentuk kebahagiaan kita!

Kisah-kisah pelangi selepas hujan. Inilah yang cuba diketengahkan menerusi antologi CLEAR ini. Tentang kebahagiaan yang hanya mampu dirasai oleh orang-orang yang telah teruji.
10
89789830978093Stay StrongBonda NorGaleri Ilmu BP188.2.B668 ki KOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Apa khabar jiwa kita hari ini? Sudahkah berpuas hati dengan apa yang ada? Sudahkah berasa cukup apa adanya?
.
Kalau masih belum, seharusnya engkau mula terus mendaki dan mendaki. Berusaha untuk menjadi lebih baik lagi.
.
Kalau rasa sudah pun berada di zon selesa, seharusnya engkau mula risau. Jenguk hatimu. Apa yang engkau temui di situ?
.
Adakah seputar cerita tentang engkau, engkau dan engkau? Gaji engkau sudah cukup, kerja engkau sudah bagus, rumah engkau sudah mewah, kereta engkau sudah selesa, jiran engkau sudah baik, itu sudah cukup?
.
Engkau lupa tuntutan utama hidupmu sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah? Ingatlah, selagi engkau bernafas, inilah tugas yang harus engkau galas tanpa sedikit pun rasa mahu bermalas-malas!
11
99789672118169Agar Kau BahagiaNajmi FetihTarbiah Sentap Press
PL5139.N335A336 sbr
SBR-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 5)
Buku yang bakal membuatkan hati yang sayu kembali segar,
Membuatkan hati yang lemah kembali bersemangat,
Dan untuk hati yang sedih kembali ceria bahagia.

Ramai yang kata:

"Tuhan kejam. Kenapa aku? Aku pun teringin nak hidup seperti orang lain. Bahagia."

Sedang mereka merintih menginginkan sesuatu dalam hidup orang lain, mereka tidak sedar.. Berapa ramai orang yang sedang menanti doa mereka dikabulkan untuk mendapatkan sesuatu seperti apa yang kita kecapi.

Bersyukurlah.

Hanya dengan bersyukur, kita akan merasa tenang.

Dan untuk mereka yang sedang mencari sesuatu yang seakan-akan hilang dalam diri, Ini aku hadiahkan,

Agar Kau Bahagia.
12
109789672118183Bagaimana Menjadi PemimpinIr. Lukman Al-HakimTarbiah Sentapuku ini cuba menyelongkar ramuan paling mujarab dari semua sumber ini bagi melahirkan pemimpin

luar biasa yang mampu mentransformasi umat dan mengalahkan musuh sehingga lumat:

1. Menerangkan kepimpinan dari sudut pandang Islam yang holistik.

2. Memasyarakatkan kepimpinan supaya setiap orang merasakannya relevan, mudah dan sangat berkuasa.

3. Menggilap mutiara pengajaran daripada kisah kepimpinan para rasul, siri peperangan Nabi

Muhammad s.a.w dan pengalaman peribadi penulis sendiri.

4. Memperincikan tips dan teknik yang amat praktikal bagi menguasai kemahiran pengurusan,

mempengaruhi dan spiritual.

5. Menjadi manual ringkas kepimpinan bagi menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan yang menghimpit.
13
119789671404874Aku Bukan Malaikat ObligasiSyukery AzizanTarbiah Sentap HM1261.L837KOLEKSI AM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 5)
Buku ini menyentuh tentang hal ehwal dakwah dan tarbiyyah seperti cara untuk menggerakkan dakwah di sekolah dan IPT, penyucian hati dan jiwa semasa ditarbiyyah dan penekanan tentang kewajipan dakwah.
14
129789672118190Harapan Masih AdaQamarul NazrinTarbiah Sentap BF632.Q338 ki KOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Ramai yang dah berputus asa...
Putus asa dalam mujahadah untuk tinggalkan dosa...
Putus asa dalam hubungan keluarga yang semakin keruh...
Putus asa dalam hidup bermasyarakat yangsemakin sesak dalam masalah sosial...Putus asa dalam perjuangan agama yang tak menang-menang...Putus asa dalam berpegang dengan prinsip Islam yang seakan-akan outdated dan tak trending dengan zaman...

Akhirnya manusia memilih untuk terus berada dalam kesesatan,
letih dengan ujian hidup, lelah dengan masalah umat, lesu dengan perjuangan yang panjang.
Namun, mereka lupa dengan janji Allah dan Rasul; Islam akan menguasai suatu hari nanti!
Kerana itu, Harapan Masih Ada!
15
139789671404812Kerna Syurga Bukan PercumaNajmi FeithTarbiah SentapPN3427.N33 2018 KOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? ni set-set tudung labuh pun kau minat?” tanya Khai.

“Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha.” Gelak Is kuat, diikuti Hanif.

“Eh kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?” marah Solehah.

Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa.

“Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni Is? Hanif? Come on la.” Kata Khai sambal menepuk bahu kedua-dua kawannya itu.

Khairul Rafeeq. Ya, mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukan untuk dikasari.

Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Neraka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina. Hidayah, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padahal kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi.

Manusia tak jahat, it is the dasa that makes the poison. Pain – changes people.

“Kerana Syurga bukan percuma. Sebab tu kena usaha.” – Khai.
16
149789672118015Kerna Syurga Bukan Percuma 2Najmi FeithTarbiah Sentap PN3427.N33 kiKOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
“Mustahillah dia hidup balik. Kau jangan main-main Raziq, mana ada manusia yang dah mati hidup balik!”

Khai berang. Dia tidak kisah andai sahabatnya itu ingin bergurau dengannya. Tapi satu, jangan bergurau tentang lelaki yang paling dicintainya. Lelaki yang pertama menjentik hatinya, memberi semangat dan sentiasa ada dengannya sehinggalah dia berjaya tinggalkan jahiliahnya.

Tapi tak lama..

“Aku tak sangka kau buat benda ni Khai. Sejak bila?” tempik Raziq.

Khai yang terkejut dengan kehadiran Raziq yang tiba-tiba itu menggelabah.

“Kau pilih Khai. Aku, atau benda haram tu?” Soal Nafisah kepada Adawiyah, kakaknya.

Sampai hari ini, Adawiyah masih tidak dapat melupakan lelaki itu. Lelaki pertama yang dapat menarik hatinya. Tetapi malang, jodoh tak panjang. Lelaki itu meninggal dunia ketika ingin menyelamatkan seorang budak yang hampir mati terbakar di surau. Ya, Khai.

“InsyaAllah dalam dua tiga hari lagi, akak bagi jawapan eh untuk lamaran abang kawan kamu tu?” kata Adawiyah, melarikan diri seperti biasa.

“Ya Allah, pandulah aku dalam setiap keputusan yang aku buat.” Bisik hati kecil Adawiyah.

“Kenapa? Kau macam tak percaya ja?” soal Nazmi yang tesenyum sinis melihat Khai.

Lemah lutut Khai. Hampir terduduk dia, jatuh ke lantai. Kudratnya yang ada, tiba-tiba terasa lemah tak bermaya.
“Nazmi?” kata Khai, terkejut.

Nazmi yang ketika itu memandang Khai dengan penuh kebencian dan dendam, tersenyum sinis apabila melihat keadaan Khai yang terkejut melihat dia.

“Dulu kau cakap aku munafik. Sekarang, apa beza aku dengan kau? Hahahaha.” Kata Nazmi sambil ketawa tanpa henti, menghina Khai.
17
159789672118114Kerna Syurga Bukan Percuma 3Najmi FeithTarbiah Sentap PN3427.N33 2018 KOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
"Kerna syaitan tak pernah berputus asa mengajak kita ke Neraka."

Belum sempat Khai keluar dari tandas tersebut, tiba-tiba hidungnya dapat menangkap satu bau yang tersangatlah busuk dan aneh. Bau yang terus mematikan bau-bau hancing yang dia bau sedari awal tadi. Hampir termuntah Khai dibuatnya.

“Bau apakah?” bisik hati kecil Khai.

Setelah Khai membuka pintu tandasnya untuk keluar, tiba-tiba.. “A…bang… Sayalah.. orang sebelah… sebelah ada.. sebelah.. hilang.. ha..ha..”

Hampir pitam Khai dibuatnya apabila melihat makhluk di hadapannya itu. Astaghfirullah.. apakah benda depan aku ni?
18
169789674811976200 Tip Memimpin Gaya RasulullahMuhammad Syafiq Mohd YusofPTS Publishing HouseBP190.5.L4 M845 KOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Buku 200 Tip Memimpin Gaya Rasulullah memberi informasi kepada kita gaya kepimpinan bermula dari diri sendiri, seterusnya keluarga, organisasi dan akhir sekali masyarakat.

Setiap orang wajib memimpin sekurang-kurang memimpin diri sendiri. Kehidupan ini tidak boleh lari daripada memimpin.







19
179789673884520Meniti Masa BerbakiRoza Roslan / Muhd Kamil IbrahimTelaga BiruBP163.R637 kiKOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Sungguh ... Meniti Masa Berbaki ibarat berhenti sejenak di simpang empat, menanti lampu merah bertukar hijau dan diteruskan perjalanan ke destinasi. Jarang benar kita terpaksa menunggu dua kali di persimpangan yang sama pada detik yang sama kecuali trafik begitu sibuk sekali. Barangkali perjalanan ini merupakan perjalanan terakhir. Ia terhenti apabila tiba satu detik, denyut nadi terhenti dan kita dikapankan untuk berhijrah menuju alam kubur. Kemudian kita dibangkitkan, menghadap Allah SWT dan dizinkan terus memasuki syurga tanpa dihisab. Ia impian tanpa pilihan. Tiada siapa yang mahu menunggu lama dan akhirnya dihumban ke neraka yang panas membara.

20
189781925884210Better Me: 365 Ways To Transform Your Everyday LifeWael IbrahimDakwah Corner Bookstore BF637.S4I278KOLEKSI AM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 5)
No doubt, that words used effectively, or inappropriately could have a tremendous impact on those who hear or read it. A word could end relationships, start a fight, change moods or incite emotions.

Better Me: 365 ways to transform your everyday life, contains a selection of powerful words that were said during my talks as well as inspiration sparked from my mentors throughout the past 10 years. I am hoping that within this compilation you will find inspiration that will change your life for the better.






21
199789672250852Andai Kau Kenal TuhanmuAngah SunanMustreadBP175.A537 kiKOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
“Susahnya hidup ini, besarnya ujian ini, aku tak mampu, aku lemah, aku penat…”

Selama kita berada di dunia ini, jangan hairan dan mengeluh akan terjadinya sesuatu yang menyulitkan kerana itu sudah sifatnya dunia. Bersifat sementara, sakitnya cuma sementara, namun bahagianya juga sementara. Dunia hanyalah sebuah filem berskripkan dugaan. Kita pula sebagai...





22
209789672014690That One CaseDr Ahmad ZakimiKata-Pilar BooksR705.T483 sbrSBR-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 5)
A hospital is a battleground.

People with all sorts of wounds and scars— crawling with their pain, fear, and hopes— struggle to survive this war. The internal battle of life that seems to never end.

Being a healthcare worker in this battlefield means being allowed a special peek into each of these intricately wounded lives. We watched, we observed, we were allowed to hold their flags, and more often than not, the blood smeared onto our hands, and the pains of our patients forever mingled with that of ours.

That One Case attempts to capture each of these stories, that has left lasting scars on the memories of our lives as healhcare workers.

Every story of patients that we have met, the colours of their lives blending, the blood spilling outside the borders of their picture frames, splashing onto the hospital floor, splattering onto our hands, leaving patterns and images that will always feature in our memories.

When we close our eyes, we will see that one picture, which we will always remember. Irony. Conflicts. Motivation. Inspiration. Anxiety. Panic. Sorrow. Laughter. Lessons. Fear.

That one case.

These are the battlefield of life (and death) that the writers attempt to capture in words, to let the readers see, what we have seen.

What we can never forget.
23
219789672250814Ketika Hati DijentikAin Al AdiatMustreadBP188. A386KOLEKSI AM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 5)
“Allah SWT sayang kau, Ammar. Sebab tu Allah SWT jentik rasa rindu kepada Dia dalam diri kau dan itu sebenarnya yang kau tengah rasa sekarang. Hati kau risau bukan sebab kau bakal kehilangan dunia. Tapi ia sebenarnya isyarat untuk remind kau betapa hati kau sebenarnya sangat rindu kepada Allah SWT.”
24
229789672250791Bersangka Baik dengan TuhanSyira LokmanMustreadBP166.78 .S975KOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Dunia ini tidak adil,
Ada sahaja duka yang menjenguk,
Ada sahaja sakit yang dirasa,
Ada sahaja dugaan yang menimpa,
Mengapa aku sahaja yang kena?
Mengapa hidup mereka sungguh sempurna?

Bersangka baik dengan Tuhan tidak mudah, tetapi mencuba bersangka baik juga tidaklah susah.
Di setiap ujian yang kita bencikan, dalam setiap sabar yang kita wujudkan, ada kebaikan yang Allah SWT mahu kurniakan. Ada jalan yang Allah SWT mahu tunjukkan.

Di setiap kegelapan yang kita rasa akan hilang segalanya, sebenarnya ada harapan yang akan menyinari hari – hari kita.
Jadi, bersangka baiklah dengan Tuhan, kerana Tuhan tidak pernah kejam.
Dia pasti mendengar.
25
239789672250821You’ll Never Walk AloneNik Alia HayatiMustreadBP175.N537 kiKOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Awak,

Saya tahu awak penat.

Saya tahu awak letih sangat.

Awak rasa nak menangis. Awak rasa kecewa.

Sabar ye. Kejap je. Awak pasti boleh hadapinya.

Semua itu ada ganjarannya.

Teruskanlah usaha awak tu. Jangan gusar, jangan bimbang. Awak tak pernah sendirian.

Kita kan ada Dia!
26
249789672250869Aku Mahu PulangDeanna CheeMustreadBP188.D433 kiKOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Masa semakin suntuk. Padahal sudah berjanji berjumpa Allah dengan baik-baik saja. Namun apabila direnung semula langkah ini masih tersasar kasar. Jalan menuju-Nya masih atas jalan mungkar!

Aduh. Bagaimana ini?

Wahai Rabbi. Wahai Ilahi. Wahai ar-Rahman.

Suluhkan lorong ini kembali ke jalan yang jelas menuju-Mu. Aku benar-benar mahu pulang ke pangkuan-Mu dengan cerita indah dan baik-baik saja. Pandu aku ke arah jalan pulang yang baik dan mulia.

Tuhan, aku mahu pulang!
27
259789832423881Seni Berfikir Yang HilangHasrizal Abdul JamilIman PublicationBP166.H373 kiKOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Kalaulah boleh diabaikan saja isu-isu yang menyerabutkan kita pada hari ini, pasti hidup akan jadi lebih mudah.

Malang sekali, ia mustahil!

Isu-isu ini akan tetap wujud dan berlegar di sekeliling kita. Tanpa prinsip yang jelas, kita akan mudah dipengaruhi oleh pandangan orang lain.

Mungkin telah sampai masa untuk kita berpatah balik selangkah ke belakang dalam melihat semua isu ini. Mengapakah ia mencetuskan pelbagai konflik?

Melalui buku Seni Berfikir Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengupas enam cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai. Ilmu yang membentuk cara fikir kita, sekali gus membantu kita menghadapi isu-isu sekitar kehidupan dengan lebih matang.
28
269789832423928You Are LovedMizi WahidIman PublicationBP175.M539KOLEKSI AM-P. TUN SERI LANANG (ARAS 5)

KOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG (ARAS 4)

KOLEKSI AM-P. PUSAT PERUBATAN UKM
In Mizi Wahid’s third book, he explores the concept of love and its impact on our lives. With his signature narration style of hope and compassion, ‘You Are Loved’ is not just emotionally inspiring but also spiritually empowering— it is the companion that we all need as we try to find our way back to the real meaning of love.
29
279789832423997Talk to Allah: Finding Comfort By Making Duaa to HimAyesha SyahiraIman PublicationBP188 .A934 KOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG (ARAS 4)

KOLEKSI AM-P. PUSAT PERUBATAN UKM
We have been taught that the only time we can communicate with Allah is when we are making du’a to Him. Even then, it comes with a set of restrictive rules that puts a ‘barrier’ between Allah and us.

The things we recite are verses that we were told to memorise, but rarely do we truly talk to Allah about the troubles that are weighing down our hearts.

Because it feels awkward.

Thus when we are down and sad, we seek other means for comforting ourselves, but often they offer only temporary respite. We forget that true comfort lies only with Allah.
30
289789672459002Pendiam? (Memahami Introvert Dalam Dunia Ekstrovert)Aiman Amri
Aqila Masri
Iman PublicationBF698|b.A294p

BF698|b.A386
BUKU BAHARU-P. TUN SERI LANANG (ARAS 4)

KOLEKSI AM-P. TUN SERI LANANG (ARAS 5)

KOLEKSI AM-P. PRAKLINIKAL

KOLEKSI AM-P. PUSAT PERUBATAN UKM

PAMERAN-P. DR ABDUL LATIFF
Biasanya, kita akan lihat ada dua jenis orang di sekeliling kita. Satu ialah Ekstrovert – yang tampil yakin bercakap, lebih terkehadapan, dan dikenali ramai orang. Satu lagi ialah Introvert – yang kelihatan pasif, pendiam, dan jarang-jarang mengikuti sebarang aktiviti sosial.

Adakah menjadi Ekstrovert lebih baik daripada Introvert? Benarkah Introvert perlu ubah diri menjadi lebih Ekstrovert agar lebih berjaya pada masa hadapan?

Hakikatnya, setiap orang daripada kita mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu dikenal pasti dan digilap potensinya.

‘Pendiam?’ menampilkan situasi biasa yang dilalui Introvert dalam masyarakat berserta kupasannya – agar personaliti ini lebih difahami dan dirai dengan kekuatan yang mereka ada.
31
299789832423850Dear GodNorhafsah HamidIman PublicationPR9530.9.N637|bD433

PR9530.9|b.N839d 2020 9HUKMPRA
BUKU BAHARU-P. TUN SERI LANANG (ARAS 4)

KOLEKSI AM-P. PRAKLINIKAL
In Dear God (the sequel to Letters To God), author Norhafsah Hamid weaves a tender story of young love, second chances and a soul that is lost, seeking to find what has been missing in his heart all along.

Jonah thought he had everything a guy could ever needed to sail through life. A family that is supportive, cool friends that made university life a breeze and looks that won him the affection of many girls.

Except for one - Sarah.

An encounter with Sarah made Jonah realise that there is more than the one revolving around him. Jonah decides to brave the path least taken in the search for the meaning of eternal contentment. He found himself connecting to the One that he has long forgotten since he was little.

Is there still hope for him?

'Dear God, grant me strength., prayed Jonah silently.
32
309789832423867Nearness To YouNur Fadhilah WahidIman Publication BP163 N847KOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG (ARAS 4)

KOLEKSI AM-P. PUSAT PERUBATAN UKM
For those who have just begun their spiritual journey, what is the path to get closer to God?
For those who found themselves distant from God over the years, is there a path to return to Him?
Does one still have a chance at being near to God, even after all the mistakes and transgressions?

Nearness To You explores what it means to seek closeness to God in this life through the author’s essays of reflections and contemplations during her travels to meet the seekers of God.
While each of our journeys varies, it will eventually lead us back to Him, if only we take a moment to pause and think about God’s presence in our life, our relationship with Him and His endless mercy upon us.
33
319789678609197HOPEPU Fariskarya BestariBP163.M838 kiKOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Dalam dunia ini, masing-masing ada kisah hidup tersendiri. Baik gembira atau berduka. Ada masa diuji sampaikan terasa mahu putus asa! Semua itu ALLAH punya kerja. Hati kita, DIA yang jaga. Tugas kita, jadilah hamba yang taat kepada Pencipta. Semua cerita yang dikongsi adalah cetusan kisah benar insan yang diberi peluang untuk melakukan hijrah hati. Biarpun cerita kita berbeza, tetapi pengharapan tetap sama iaitu bersandar hanya pada-NYA
34
329789678609180Redha Dengan TuhanMohd Iqbal Samsudinkarya BestariBP188.M83294 kiKOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Naskhah istimewa ini buat yang sedang bergelut gelisah dan dihempap kuat dengan ujian mendatang, di samping untuk mereka yang masih dalam perjalanan menuju redha Tuhan. Ikuti juga beberapa kisah inspirasi yang membawa hidup menuju redha Allah dan lebih yakin dengan pertolongan-Nya.
35
339789671588703Projek Bibliofil: Melawan Mitos Bangsa Malas MembacaZahrah YunosJejak TarbiahLB1050.Z19p 2018 9HUKMPRA

LB1050 .Z33 ki
KOLEKSI AM-P. PRAKLINIKAL

KOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Buku Projek Bibliofil ditulis untuk mengajak semua orang supaya membaca dengan aktif. Antara caranya adalah dengan membuat catatan tentang buku yang dibaca.
Oleh itu, buku ini didatangkan dengan jurnal membaca yang ringkas. Pembaca juga digalakkan untuk berkongsi jurnal membaca mereka di laman sosial.
36
349789678609340Mendepani Zaman Melayu Abad Ke-21 (Edisi Bahasa Melayu)Nik Nazmi Nik AhmadAlaf 21 DS595.2.M3N55KOLEKSI AM-P. ALAM DAN TAMADUN MELAYU

KOLEKSI AM-P. TUN SERI LANANG (ARAS 5)

KOLEKSI ASIA TENGGARA-P. TUN SERI LANANG (ARAS 5)
Nik Nazmi Nik Ahmad mengajak pembaca merenungi zaman Melayu abad ke-21 dengan pelbagai kemungkinan politik yang berlaku pada negara. Beliau mengutarakan impian dan harapan untuk melihat negara beroleh kedamaian dalam kepelbagaian politik. Beliau mahukan anak muda bangkit daripada kelesuan yang membelenggu diri dan sedar dalam hidup bernegara yang berbilang kaum. Malah, beliau mahu anak Malaysia bersedia menghadapi pelbagai cabaran era globalisasi menerusi semangat permuafakatan Perlembagaan negara.
37
359789678608992Terbang Tinggi Inilah Kisahku - Dari Airasia Ke QPRTony FernandesAlaf 21
HE9764.76.M4T643 kat
KOLEKSI ASIA TENGGARA-P. TUN SERI LANANG (ARAS 5)
Inilah kehidupan Tony Fernandes yang mencapai kejayaan yang menakjubkan. Kisah hidup beliau dari zaman kanak-kanak, remaja dan kini yang penuh liku-liku hidup hingga membawa kejayaan untuk diri sendiri, negara dan dunia.
• Tahukah anda beliau pernah bercita-cita ingin menjadi juruterbang, pemandu kereta lumba pemain bola sepak? Tetapi adakah beliau berjaya mencapai cita-citanya itu?
• Rahsia kejayaan beliau dalam menerajui bisnes penerbangan, bola sepak dan muzik membuatkan anda teruja dan mampu memberi inspirasi.
38
359781611599947Chicken Soup for the Soul: The Forgiveness FixNewmark, AmyChicken Soup for the Soul
39
379789830978291Sakitnya Tu Di Sini ! Bonda NorGaleri IlmuBP188.5.B627 kiKOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Sesekali bila takdir melampiaskan bahana kesilapan kita, memang terasa benar sakitnya. Tapi mengapa mesti mengeluh pada sesuatu takdir yang kita tak suka sedangkan itulah yang sedang mendidik kita?
Ya. Takdir yang menyakitkan itu juga ada gunanya! SAKITNYA TU DI SINI! Adalah rangkuman pelbagai kisah kafarah dan teguran Allah yang sangat mahal ditemui ada semasa proses muhasabah.
Dan inilah yang mahal tentang antologi ini. Betapa takdir yang tidak disukai juga adalah petanda bahawa Allah Maha Baik dalam segala hal!
40
389789830978260Tamparan Takdir Bonda NorGaleri IlmuBP188.5.B628 kiKOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Tuhan itu terlalu dekat. Dia berbicara dengan kita menerusi pelbagai cara. Dalam pada kita leka, ditariknya kita agar kembali kepada fitrah sebagai seorang khalifah. Dalam pada kita lupa, Dia hantar peringatan demi peringatan agar kita segera kembali ke pangkal jalan.

Adakalanya bicara amaran yang dikirimkannya itu datang perlahan, menusuk ke dasar hati. Pedih, dan luka itu kita tanggung sendiri-sendiri. Adakalanya bicara amaran itu datang dengan begitu kuat hingga terkapai-kapai kita mencari semangat di tengah-tengah gelombang kecaman masyarakat. Allahuakbar, malunya
41
399789830978253Berani BerhijrahBonda NorGaleri IlmuBP188.5.B633 kiKOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Selalu kita tersekat berlama-lama di satu takah kerana takut mahu terus melangkah. Pelbagai perkara membenak di fikiran. Kadang, kekurangan diri sendiri membuahkan rasa tidak yakin. Kadang terpaksa pula berdepan dengan kekurangan orang lain.

Namun, Rasulullah berpesan dengan begitu jelas sekali tentang misi setiap Mukmin. Setiap hari mesti menjadi semakin baik dan semakin baik. Apa-apa pun kekurangan diri kita, seharusnya menjadi asbab untuk kita belajar mengatasinya. Apa-apa pun kekurangan orang lain, seharusnya menjadi asbab untuk kita mengambil iktibar daripadanya.

Belajar dan mengambil iktibar. Itu yang seharusnya menjadi focus kita agar dapat memenuhi misi ini.
42
409789830978307Meludah Ke LangitBonda NorGaleri IlmuBP188.5.B626 kiKOLEKSI ISLAM-P. TUN SERI LANANG
(ARAS 4)
Subhanallah. Ini memang betul-betul pendedahan eksklusif! Bukan semua orang boleh berlapang dada untuk berkongsi kisah-kisah seperti ini!

Ini salah satu naskhah muhasabah diri yang membuka aib penulisnya sendiri. Tentang bagaimana mereka tersilap bicara, bahkan tersilap tafsir. Kemudian aturan takdir sesudah itu membuat mereka tersentak, sedar kesilapan dan cuba berubah untuk menjadi lebih baik!

Ini bukan sekadar perkongsian mereka, bahkan ini juga mungkin kisah kita!

Meludah Ke Langit – satu pembetulan yang terbit daripada satu penyesalan yang amat perit!
43
419781982137274The 7 Habits of Highly Effective People: Revised and UpdatedCovey, Stephen RSimon & Schuster
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100