ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
1
SOALAN LAZIM BERKAITAN PERMOHONAN BAYARAN BALIK PEMBELIAN KOMPUTER
2
3
SEARCH:
4
5
6
SKOPSOALAN PESERTAJAWAPAN
7
PERMOHONANAdakah permohonan akan dibuka semula selepas tarikh 20 Mei 2024 nanti?Asasnya permohonan dibuka setahun sekali sahaja.

Kemaskini 5/2/2025-Sila rujuk Tentatif Proses Kelulusan Bayaran Balik Pembelian Komputer
8
PERMOHONANJika telah membuat tuntutan ini, adakah masih layak untuk memohon pembiayaan komputer dan telefon pintar bagi pegawai UPM?Ya, pemohon masih layak untuk memohon pembiayaan komputer dan telefon pintar disebabkan ianya merupakan permohonan yang berbeza.
9
PERMOHONANSekiranya pegawai memegang jawatan tertentu di PTJ lain, permohonan perlu disahkan oleh PTJ yang memegang jawatan atau PTJ hakiki (asal)?Permohonan perlu disahkan oleh Ketua PTJ/Ketua Pentadbiran PTJ hakiki (asal).
10
PERMOHONANAdakah kelulusan permohonan tertakluk kepada kuota antara PTJ?Pada asasnya semua pegawai yang layak boleh memohon. Tetapi jika bilangan pegawai yang memohon adalah ramai, pemilihan berdasarkan kuota PTJ adalah terpakai.
11
TEMPOH PERMOHONANPermohonan terbuka sepanjang tahun atau ada tempoh?Permohonan mempunyai tempoh tertentu untuk dipohon.
Sebagai contoh bagi tahun 2024, permohonan dibuka mulai 1 April 2024 hingga 20 Mei 2024.

Kemaskini 5/2/2025-Sila rujuk Tentatif Proses Kelulusan Bayaran Balik Pembelian Komputer
12
SEBUT HARGABerapakan sebut harga yang perlu dikemukakan semasa permohonan?Pemohon hanya perlu mengemukakan 1 sebut harga sahaja semasa permohonan.
13
SEBUT HARGABagaimana cara untuk mendapatkan sebut harga daripada platform pembelian atas talian seperti Lazada atau Shopee? Adakah secara tangkap layar boleh diterima?Boleh, sebut harga secara tangkap layar adalah diterima.
14
SEBUT HARGAAdakah sebut harga komputer (desktop/laptop) bersama aksesori boleh secara berasingan? Contoh tangkap layar harga laptop dan tangkap layar harga aksesori.Boleh, sebut harga secara tangkap layar adalah diterima. Kedua-dua sebut harga tersebut hendaklah dilampirkan dalam satu permohonan.
15
SEBUT HARGAApakah kaedah untuk mendapatkan sebut harga?Sebut harga boleh diperolehi dari mana-mana kedai, atau secara atas talian yang murah dan berpatutan.
16
SEBUT HARGAAdakah sebut harga wajib untuk dikemukakan? Sebut harga perlu dikemukakan semasa permohonan dan kelulusan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum pembelian dilakukan.
17
SEBUT HARGAAdakah kos penghantaran/pengeposan boleh disekalikan dalam permohonan?Ya, boleh tertakluk kepada kadar tuntutan maksimum RM4000 dan perlu memasukkan kos penghantaran semasa permohonan.
18
SPESIFIKASIBolehkah memohonan pembelian untuk customised desktop computer?Boleh, namun tertakluk kepada spesifikasi minimum yang ditetapkan dan ianya adalah baharu.
19
SPESIFIKASIAdakah perlu mengikut spefikasi yang diberi untuk laptop?Perlu, spesifikasi komputer yang hendak dibeli perlu dikemukakan semasa permohonan.
20
SPESIFIKASIUntuk pembelian laptop dan aksesori, adakah monitor tambahan termasuk dalam kategori aksesori?Ya, monitor tambahan termasuk dalam kategori aksesori.
21
SPESIFIKASIAdakah komputer yang dibeli tu perlu komputer baharu atau yang terpakai?Ya, komputer perlulah baharu.
22
SPESIFIKASIAdakah terdapat spesifikasi minimum untuk pembelian skrin komputer?
Adakah saya boleh membeli medical grade screen terpakai?
Ada, monitor hendaklah mematuhi syarat minimum. Peralatan yang dibeli hendaklah baharu.
23
SYARAT DAN KELAYAKANJika belum sah jawatan, jadi saya tidak layak untuk memohon?Betul, pemohon perlu disahkan jawatan sebelum memohon.
24
SYARAT DAN KELAYAKANMaksud " Pegawai yang telah mendapat kemudahan komputer perlu memulangkan komputer universiti apabila bersetuju menerima tawaran kemudahan bayaran balik pembelian komputer"Hanya komputer yang dibekalkan oleh PTJ sahaja perlu dipulangkan.
25
SYARAT DAN KELAYAKANMemulangkan kemudahan komputer tu maksudnya komputer yang dipasang dibilik pegawai untuk kegunaan kerja harian ke?Komputer yang menggunakan geran penyelidikan tidak perlu dipulangkan. Hanya komputer yang dibekalkan oleh PTJ sahaja perlu dipulangkan.
26
SYARAT DAN KELAYAKANSekiranya komputer sekarang adalah desktop dan komputer baharu yang dibeli adalah laptop. Adakah desktop tersebut perlu juga dipulangkan?Ya perlu dipulangkan. Komputer yang menggunakan geran penyelidikan tidak perlu dipulangkan.
27
SYARAT DAN KELAYAKANAdakah UPS, mouse dan keyboard juga perlu dipulangkan?Ya, perlu dipulangkan jika alat dibekalkan oleh PTJ.
28
SYARAT DAN KELAYAKANAdakah pegawai yang berkhidmat kurang daripada 5 tahun boleh memohon dan dipertimbangkan?Syarat kelayakan pemohon adalah tetap dan disahkan jawatan.
29
SYARAT DAN KELAYAKANSaya ingin bertanya, saya dalam proses menunggu kelulusan cuti belajar, adakah bermakna saya tidak layak untuk memohon untuk masa ini?Ya, pemohon yang telah diluluskan cuti belajar atau sedang cuti belajar tidak layak memohon.
30
SYARAT DAN KELAYAKANSaya layak tak mohon kerana bakal bersara pada usia 58 tahun? Sekarang saya berusia 53 tahun.Syarat kelayakan pemohon yang tempoh baki perkhidmatan di Universiti kurang daripada 5 tahun adalah tidak dibenarkan.
31
SYARAT DAN KELAYAKANSaya ialah Pegawai Penyelidik dari PTJ XYZ, UPM dan untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya telah mengisi borang permohonan bayaran balik komputer seperti yang dilampirkan. Untuk masa sekarang, saya menggunakan komputer sewaan PTJ yang baru berusia 2 tahun dan saya mendapati perkara (d) dalam senarai semakan menyatakan "Kemudahan komputer yang disediakan oleh Universiti berusia melebihi daripada lima (5) tahun sehingga tarikh permohonan". Boleh saya tahu kenyataan ini termasuk komputer sewaan dan adakah saya masih layak untuk memohon? Saya berharap masih dapat memohon memandangkan keperluan kerja saya dalam bidang bioinformatik yang memerlukan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding komputer yang sedia ada.Perenggan 5.3 menyatakan, Pegawai dalam kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:-
a) telah diluluskan cuti belajar atau sedang cuti belajar;
b) dipinjamkan ke agensi/organisasi luar;
c) tempoh baki perkhidmatan di Universiti kurang daripada 5 tahun;
d) telah mendapat komputer yang disediakan oleh Universiti yang berusia kurang daripada 5 tahun; dan
e) sedang dalam siasatan dan tindakan tatatertib.

Sehubungan itu, pegawai hendaklah merujuk semula kepada PTJ pegawai berkenaan, mengenai komputer sedia ada yang telah disediakan oleh PTJ dan juga keperluan komputer yang diperlukan oleh pegawai dalam melaksanakan tugas.
32
TABLET/MAC MINI/IPADAdakah Mac Mini, boleh dibeli?Boleh, namun tertakluk kepada spesifikasi minimum yang ditetapkan. Rujuk contoh spesifikasi M2.
33
TABLET/MAC MINI/IPADTadi dimaklumkan Mac Mini boleh dibeli, tapi portnya tidak memenuhi spesifikasi minimum port yang dinyatakan. Bolehkah?Boleh, port boleh berada di luar atau di dalam komputer.
34
TABLET/MAC MINI/IPADAdakah tablet atau iPad boleh dibeli?Tidak boleh, hanya komputer dekstop dan komputer riba sahaja yang dibenarkan.
35
TABLET/MAC MINI/IPADMicrosoft Surface boleh ke?Boleh, Microsof Surface dikategorikan sebagai laptop.
36
TAMBAHAN PERKAKASANAdakah pegawai boleh membeli komputer (desktop/laptop) berserta tambahan 1 monitor?Boleh, namun pemohon perlu mematuhi spesifikasi minimum dahulu sebelum mengambil kira pembelian tambahan perkakasan.
37
TAMBAHAN PERKAKASANBolehkah saya hanya beli desktop sebab monitor dah ada?Sekiranya monitor sedia ada adalah hak milik peribadi, maka pembelian dekstop sahaja dibenarkan.
Sebaliknya, jika monitor tersebut adalah hak milik PTJ, maka permohonan hendaklah dibuat bagi pembelian set yang lengkap.
38
KOMPUTER DI BELI MENGGUNAKAN GERAN PENYELIDIKANApakah maksud memulangkan komputer Universiti? adakah termasuk komputer/laptop yang dibeli menggunakan geran penyelidikan perlu dipulangkan bagi pembelian baru ini?Komputer yang menggunakan geran penyelidikan tidak perlu dipulangkan. Hanya komputer yang dibekalkan oleh PTJ sahaja perlu dipulangkan.
39
PEMANTAUANAdakah semakan kewujudan/keberadaan komputer (desktop/laptop) dibuat setelah kelulusan permohonan?Ya, semakan dan verifikasi akan dilakukan sebelum tuntutan melalui Sistem E-Claim dibuat.
40
PEMBEKALAdakah sebut harga hanya boleh diperolehi dari
pembekal yang berdaftar dengan UPM?
Pembekal tak perlu berdaftar dengan UPM memandangkan pembayaran akan dibuat oleh pemohon.
41
PEMBELIAN ATAS TALIANAdakah pembelian boleh dibuat secara atas talian melalui laman web pembekal seperti Lenovo/Dell/HP? Dan adakah sebut harga tersebut perlu dikepilkan?Boleh. Pembelian boleh dibuat secara atas talian setelah mendapat kelulusan dan sebut harga bersama spesifikasi hendaklah dikemukakan semasa permohonan dibuat.
42
TUNTUTANBagaimana jika lebih RM4000? Boleh ke pegawai tanggung sendiri?Boleh, dan tuntutan terhad kepada RM4000 sahaja.
43
TUNTUTANBoleh ke resit komputer melebihi RM4000 tetapi tuntutan dibuat sehingga RM4000 sahaja.Boleh, dan tuntutan terhad kepada RM4000 sahaja.
44
TUNTUTANJika saya buat pembelian pada bulan disember yang lepas, masih boleh tuntutan ke?Tidak boleh, pembelian selepas tarikh kuatkuasa, iaitu 1 April 2024 dan telah mendapat kelulusan JBBPK sahaja yang dibenarkan.
45
TUNTUTANAdakah boleh, jika pembelian dibuat menggunakan kredit kad dan hantar bukti tuntutan dikepilkan sekali?Boleh, pemohon memastikan maklumat terperinci dikemukakan semasa tuntutan.
46
TUNTUTANAdakah pegawai perlu memohon kelulusan semula jika terdapat perubahan harga peralatan dari penjual ataupun pembelian dibuat daripada penjual yang lain yang memberikan harga yang lebih baik dengan spesifikasi yang sama? Pegawai tidak perlu membuat permohonan kelulusan semula kepada Jawatankuasa sekiranya:-
1. Harga peralatan lebih murah; atau
2. Spesifikasi setara/bertambah baik dan harga kekal/harga yang diluluskan kekal (RM4000).

Sekiranya melibatkan perubahan spesifikasi dan harga yang berlainan, maka pegawai hendaklah melaksanakan perkara berikut:-

1. Cetak sebut harga baharu dan dapatkan mendapatkan pengesahan Seksyen ICT pada sebut harga baharu;
2. Kemukakan surat kepada urusetia Jawatankuasa Bayaran Balik Pembelian Komputer untuk kelulusan;
3. Tunggu surat kelulusan daripada JKBBPK; dan
4. Buat pembelian komputer.
47
TUNTUTANApabila kita membuat tuntutan, bermakna komputer/asessori ini mejadi hakmilik universiti. Walau bagaimanapun, adakah kita dibenarkan untuk membawa pulang komputer ini?
Komputer adalah hak milik pemohon dan pemohon boleh menggunakannya di mana sahaja.
48
49
50
Seterunya, pemohon hendaklah menyimpan dokumen tersebut bagi tujuan pengauditan sekurang-kurangnya selama 7 tahun
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100