KAJIAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) GURU

Tuan / Puan yang dihormati, Sukacita dimaklumkan bahawa JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI WP KUALA LUMPUR sedang menjalankan KAJIAN SET KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) GURU . Kajian ini bertujuan untuk meninjau kemahiran TMK dalam kalangan guru . Sehubungan itu, kerjasama tuan/puan amat diharapkan untuk menjawab SEMUA soalan yang terkandung dalam soal selidik ini dengan ikhlas dan jujur. Segala maklumat yang diberikan adalah SULIT dan hanya digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kajian ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. PENGARAH PELAJARAN JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR JAN 2013
* Required

BAHAGIAN A : PROFIL











BAHAGIAN B: SET KEMAHIRAN TMK GURU

Penerangan Kompetensi: Domain ini melibatkan kompetensi berkaitan konsep dan operasi teknikal, serta produktiviti pelbagai peralatan TMK dan aplikasi yang terdapat dalam dan luar talian.

ARAHAN: Sila klik pada ruangan skala berdasarkan penjelasan di bawah. Anda diwajibkan menjawab semua soalan.

1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Agak Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju

SET KEMAHIRAN 1: Menunjukkan pengetahuan dan kemahiran

• Operasi asas komputer dan peralatan komunikasi. • Penyenggaraan dan troubleshooting asas

a) Mengenali dan mengetahui fungsi komponen komputer dan lain-lain peranti komunikasi Cth: modem jalur lebar, WIFI, telefon bimbit , Broadband, iPad, iPhone, Tablet dll.


A 1. Saya boleh menggunakan komputer untuk menyelesaikan urusan pembelajaran.
A 2. Saya boleh mengakses internet dengan menggunakan komputer.
A 3. Saya boleh menggunakan peranti TMK selain dari komputer untuk melayari internet.

b) Mengaplikasi fungsi komponen komputer dan lain-lain peranti komunikasi dalam pembelajaran dan pengajaran (PDP) Cth: Thumbrive, external hard disc, adapter wireless


A 4. Saya boleh menggunakan storan luaran untuk menyimpan bahan pembelajaran dan pengajaran.
A 5. Saya boleh mendapatkan maklumat daripada CD untuk pembelajaran dan pengajaran.
A 6. Saya boleh muat turun bahan daripada internet menggunakan peranti selain komputer.
A 7. Saya berupaya mengakses internet secara wireless.

c) Memasang dan menggunakan pelbagai peranti (peripherals) Cth: LCD, pencetak, pengimbas, kamera digital, dan video digital


d) Mengenal pasti punca masalah (Troubleshoot) perkakasan, perisian dan peranti Cth: LCD, pencetak, TV dan capaian internet


A 8. Saya boleh menyambung projektor LCD ke laptop untuk pembelajaran dan pengajaran.
A 9. Saya boleh menggunakan projektor LCD.
A 10. Saya boleh menyambung laptop kepada pencetak untuk mencetak dokumen.
A 11. Saya boleh membuat cetakan menggunakan pencetak dalam rangkaian.
A 12. Saya boleh mengimbas dokumen atau gambar/imej.
A 13. Saya boleh memindahkan imej atau video daripada peranti digital.
A 14. Saya boleh menyelesaikan masalah kegagalan mencetak.
A 15. Saya boleh mengganti cartridge pencetak apabila kehabisan toner/dakwat.
A 16. Saya boleh menyelesaikan masalah perisian dan perkakasan berkaitan komputer dengan berbantukan fungsi ‘HELP’.
A 17. Saya boleh menyelesaikan masalah penggunaan aplikasi komputer berbantukan enjin carian.
A 18. Saya boleh menyelesaikan masalah penggunaan komputer dengan menyertai ruangan forum dalam talian.

e) Menguruskan komputer menggunakan system tools dalam sistem pengoperasian Cth: Disk clean up, defragmentation


A 19. Saya boleh menggunakan fungsi disk clean up untuk membuang fail yang tidak diperlukan dalam komputer.
A 20. Saya boleh menggunakan fungsi defragmentation untuk menyusun semula semua fail dalam komputer.

f) Menggunakan Sistem Pengoperasian (Operating System) Cth: Mac OS, Windows atau Linux.


A 21. Saya boleh mengendalikan Sistem Pengoperasian Windows.
A 22. Saya boleh mengendalikan Sistem Pengoperasian Mac OS.
A 23. Saya boleh mengendalikan Sistem Pengoperasian Linux.
A 24. Saya boleh membuat instalasi aplikasi dalam Sistem Pengoperasian.

SET KEMAHIRAN 2 : Menggunakan administrative and teaching productivity tools

ARAHAN: Sila klik pada ruangan skala berdasarkan penjelasan di bawah. Anda diwajibkan menjawab semua soalan. 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Agak Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju

A 25. Saya boleh menggunakan perisian pengurusan pejabat untuk tujuan analisis, rekod dan laporan.
A 26. Saya boleh menggunakan formula untuk membuat pengiraan mudah dengan hamparan elektronik.
A 27. Saya boleh menggunakan hamparan elektronik untuk menyimpan data.
A 28. Saya boleh menggunakan perisian penyuntingan grafik untuk menyediakan bahan pembentangan.
A 29. Saya boleh menggunakan perisian penyuntingan audio untuk membuat rakaman atau tayangan.
A 30. Saya boleh menggunakan perisian penyuntingan video untuk tayangan.

b) Menggunakan persekitaran pembelajaran maya untuk pembelajaran dan pengajaran.


A 31. Saya boleh menyediakan bahan pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan kemudahan sistem pengurusan pembelajaran.
A 32. Saya boleh berkongsi bahan pembelajaran dan pengajaran dalam sistem pengurusan pembelajaran.
A 33. Saya boleh menyediakan pautan bahan digital dalam sistem pengurusan pembelajaran.

c) Membangunkan persembahan digital dan multimedia untuk PDP Cth elemen multimedia: teks, audio, video, grafik, imej dan animasi


A 34. Saya boleh membangunkan bahan persembahan digital untuk pembelajaran dan pengajaran.
A 35. Saya boleh menggunakan elemen-elemen multimedia dalam persembahan.
A 36. Saya boleh menerbitkan bahan video untuk pembelajaran dan pengajaran.
A 37. Saya boleh menerbitkan bahan audio untuk pembelajaran dan pengajaran.
A 38. Saya boleh membuat pautan kepada sumber-sumber rujukan dalam bahan persembahan.
A 39. Saya boleh membuat suntingan multimedia (Contoh: imej/audio/video) untuk membangunkan bahan persembahan.

SET KEMAHIRAN 3: Menggunakan aplikasi dan bahan sumber melalui rangkaian dan internet

ARAHAN: Sila klik pada ruangan skala berdasarkan penjelasan di bawah. Anda diwajibkan menjawab semua soalan. 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Agak Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju

a) Boleh membuat capaian ke rangkaian (LAN / WAN).


A 40. Saya boleh mencapai internet dengan menggunakan Local Area Network (LAN).
A 41. Saya boleh menggunakan e-mel.
A 42. Saya boleh menghantar fail melalui e-mel.

b) Mengakses dan mengguna peranti melalui rangkaian


A 43. Saya boleh menggunakan pencetak dalam rangkaian.
A 44. Saya boleh mencapai maklumat daripada folder yang dikongsikan (shared folder).

c) Mengakses dan berkongsi perisian melalui rangkaian


A 45. Saya boleh mengakses bahan pembelajaran dan pengajaran digital melalui rangkaian.
A 46. Saya boleh muat naik bahan digital yang direka untuk dikongsikan dalam rangkaian.

d) Menggunakan pelbagai kaedah carian maklumat Cth: Search engine


A 47. Saya boleh mencari maklumat dengan menggunakan enjin carian.
A 48. Saya boleh menggunakan kata kunci untuk mencari maklumat.
A 49. Saya boleh memperoleh maklumat digital (imej, peta dan berita) daripada internet.

e) Menggunakan rangkaian untuk berkongsi maklumat, berkolaborasi dan menyelesaikan masalah


A 50. Saya menggunakan forum dalam talian untuk bertukar pendapat dengan kumpulan pakar.
A 51. Saya berkolaborasi dengan rakan dalam atau luar negara.

KEMAHIRAN 4: Mengurus data dan maklumat

ARAHAN: Sila klik pada ruangan skala berdasarkan penjelasan di bawah. Anda diwajibkan menjawab semua soalan. 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Agak Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju

a) Membangunkan pangkalan data


A 52. Saya menggunakan perisian hamparan elektronik untuk mengurus data.
A 53. Saya boleh membangunkan pangkalan data saya sendiri.

b) Mengurus dan memproses data dan maklumat.


A 54. Saya boleh menyimpan data dengan menggunakan hamparan elektronik.
A 55. Saya boleh memproses data dengan menggunakan hamparan elektronik.

BAHAGIAN B : PEDAGOGI

Penerangan Kompetensi: Domain ini merangkumi kompetensi berkaitan penggunaan teknologi dalam komponen-komponen proses pengajaran berikut: 1) Merancang dan merekabentuk persekitaran dan pengalaman pembelajaran yang berkesan yang disokong oleh teknologi 2) Melaksana, memudah cara dan memantau strategi pembelajaran dan pengajaran (PDP) yang mengintegrasikan pelbagai teknologi TMK 3) Mentaksir dan menilai pencapaian pembelajaran murid

SET KEMAHIRAN 1: Penerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis menggunakan TMK

ARAHAN: Sila klik pada ruangan skala berdasarkan penjelasan di bawah. Anda diwajibkan menjawab semua soalan. 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Agak Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju

a) Mengintegrasi pelbagai peralatan dan aplikasi (tools and application) yang sesuai untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan masalah. Cth: forum,wiki, e-bahan


B 56. Saya merekabentuk masalah yang boleh diselesaikan dengan aplikasi teknologi

b) Mengintegrasi pelbagai peralatan dan aplikasi (tools and application) yang sesuai untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan projek. Cth: persembahan elektronik, hamparan elektronik, CD pendidikan, teaching courseware


B 57. Saya menggunakan persembahan elektronik untuk pelaporan status projek.
B 58. Saya merancang timeline pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek dengan hamparan elektronik.
B 59. Saya menggunakan forum/chat/e-mel untuk mendapatkan maklumbalas hasil projek.

SET KEMAHIRAN 2: Meningkatkan kualiti PDP mengguna TMK

ARAHAN: Sila klik pada ruangan skala berdasarkan penjelasan di bawah. Anda diwajibkan menjawab semua soalan. 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Agak Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju

a) Mengetahui sumber TMK yang sesuai untuk tugasan murid


B 60. Saya boleh memilih sumber yang sesuai untuk tugasan murid

b) Memudah cara penerbitan tugasan murid secara elektronik


B 61. Saya boleh membimbing rakan untuk muat naik bahan tugasan ke sistem pengurusan pembelajaran
B 62. Saya boleh membimbing rakan untuk muat naik bahan tugasan ke internet.

c) Menjadi moderator dan pemudahcara aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam talian (facilitate face to face & online peer to peer discussions)


B 63. Saya menggunakan laman sosial untuk membincangkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

SET KEMAHIRAN 3: Menggunakan TMK untuk persekitaran pembelajaran menjangkaui bilik darjah (learning beyond the classroom & ubiquitous learning)

ARAHAN: Sila klik pada ruangan skala berdasarkan penjelasan di bawah. Anda diwajibkan menjawab semua soalan. 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Agak Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju

a) Menggunakan pelbagai aplikasi dalam talian untuk pembelajaran


B 64. Saya boleh berkolaborasi dengan rakan dalam talian pada bila-bila masa dengan menggunakan webcam.
B 65. Saya boleh berkolaborasi dengan rakan dalam talian pada bila-bila masa dengan menggunakan blog.
B 66. Saya boleh berkolaborasi dengan rakan dalam talian pada bila-bila masa dengan menggunakan skype.

B) Mengguna pelbagai teknologi untuk pembelajaran ubiquitous. Cth: Pembelajaran secara dalam talian, telefon mudah alih, podcast, tablet


B 67. Saya boleh menggunakan pelbagai peralatanTMK yang sesuai untuk mengakses bahan pembelajaran dalam talian.

SET KEMAHIRAN 4: Menggunakan TMK untuk menyampaikan maklumat kepada pihak berkepentingan

ARAHAN: Sila klik pada ruangan skala berdasarkan penjelasan di bawah. Anda diwajibkan menjawab semua soalan. 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Agak Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju

a) Menggunakan TMK untuk berkomunikasi dengan ibubapa dan komuniti. Cth. E-mel, SMS, blog, forum, b) Memudahcara penyampaian maklumat secara dalam talian


B 68. Saya boleh berhubung dengan pensyarah menerusi e-mel.
B 69. Saya boleh muat naik maklumat untuk dikongsi.

SET KEMAHIRAN 5: Menggunakan TMK untuk pentaksiran

ARAHAN: Sila klik pada ruangan skala berdasarkan penjelasan di bawah. Anda diwajibkan menjawab semua soalan. 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Agak Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju

a) Mengguna aplikasi pentaksiran yang sesuai mengikut tahap pencapaian murid


B 70. Saya boleh menggunakan pemprosesan kata untuk menghasilkan instrumen pentaksiran.
B 71. Saya boleh menggunakan pemprosesan kata untuk menguruskan data pentaksiran murid.
B 72. Saya boleh menggunakan rubrik untuk mentaksir.

DOMAIN C : PROFESIONAL

Penerangan Kompetensi: Domain ini merangkumi kompetensi berkaitan dengan perkembangan profesional dan pembangunan, penyelidikan, inovasi dan kolaborasi

SET KEMAHIRAN 1: Mengguna TMK untuk pembangunan dan inovasi dalam pendidikan

ARAHAN: Sila klik pada ruangan skala berdasarkan penjelasan di bawah. Anda diwajibkan menjawab semua soalan. 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Agak Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju

a) Membuat penilaian dan refleksi tentang penggunaan teknologi bagi menyokong pembelajaran murid


C 73. Saya boleh membuat penyelidikan teknologi terkini yang sesuai untuk menyokong pembelajaran.

b) Menjadi moderator aktiviti profesional dalam talian (facilitate online peer to peer discussions) Cth: forum,Facebook dan Chatbox (synchronous and asynchronous)


C 74. Saya boleh menjadi moderator sesuatu forum yang dilaksanakan secara dalam talian.

c) Berkongsi maklumat dan menerbitkan bahan pembelajaran dan pengajaran.


C 75. Saya boleh berkongsi rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran dan pengajaran melalui rangkaian.

DOMAIN D: SOSIAL, ETIKA DAN KESELAMATAN

Penerangan Kompetensi: Domain ini merangkumi kompetensi berkaitan dengan sosial, etika, perundangan dan keselamatan

SET KEMAHIRAN 1: Mematuhi amalan perundangan dalam penggunaan TMK

ARAHAN: Sila klik pada ruangan skala berdasarkan penjelasan di bawah. Anda diwajibkan menjawab semua soalan. 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Agak Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju

a) Memahami implikasi perundangan terhadap penyalahgunaan TMK.


D 76. Saya memahami undang-undang siber.

b) Mematuhi amalan perundangan hak milik intelektual


D 77. Saya memahami hak milik inteletual (Intellectual Property Rights) .

SET KEMAHIRAN 2: Mengguna TMK secara beretika

ARAHAN: Sila klik pada ruangan skala berdasarkan penjelasan di bawah. Anda diwajibkan menjawab semua soalan. 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Agak Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju

a) Menyatakan sumber rujukan yang digunakan


D 78. Saya sentiasa menyatakan sumber rujukan yang digunakan.

b) Menggunakan semua jenis produk digital berlesen


D 79. Saya sentiasa menggunakan produk digital berlesen.

c) Mengamalkan etika siber


D 80. Saya sentiasa mengemukakan maklumat yang benar.
D 81. Saya tidak muat naik maklumat palsu ke alam siber.
D 82. Saya tidak muat naik bahan terlarang ke alam siber
D 83. Saya tidak melayari laman web berunsur negatif.
D 84. Saya tahu etika penulisan teks dalam internet. Contoh: Flaming

d) Mengesan perbuatan plagiat


D 85. Saya tidak menciplak (plagiat) karya orang lain.

SET KEMAHIRAN 3: Mengamal dan menggalakkan persekitaran digital yang selamat

ARAHAN: Sila klik pada ruangan skala berdasarkan penjelasan di bawah. Anda diwajibkan menjawab semua soalan. 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Agak Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju

a) Mematuhi langkah keselamatan dalam penggunaan TMK. Cth: Peraturan penggunaan makmal komputer.


D 86. Saya mematuhi langkah keselamatan dalam penggunaan TMK.

b) Mengurus dan melaksana langkah-langkah keselamatan untuk penjagaan peralatan TMK.


D 87. Saya boleh menjaga peralatan TMK dengan baik.

c) Menggamalkan kaedah penjagaan keselamatan data. Cth: Anti Virus, Password, dan Firewall, user tracking records tersedia


ID 88. Saya mengamalkan kaedah penjagaan keselamatan data.
D 89. Saya boleh menggunakan user tracking untuk memantau aktiviti murid.

d) Menjaga keselamatan maklumat peribadi dalam persekitaran siber.


D 90. Saya tahu menjaga keselamatan maklumat peribadi dalam persekitaran siber.

e) Menggunakan peralatan komputer dan aplikasi secara berhemah. Cth.Mengelakkan muat turun aplikasi yang mengandungi virus.


D 91. Saya menggunakan peralatan komputer secara berhemah.

TAMAT

Terima kasih kerana memberikan kerjasama dalam melaksanakan kajian ini.

Never submit passwords through Google Forms.