Untuk menjadi agen dropship Gedung T-shirt Muslimah @ Alif Aisya Shoppe sila pastikan anda telah membaca & fahamkan syarat dan terma yang dinyatakan di bawah:
Syarat & Peraturan Dropshipping Gedung T-Shirt Muslimah @Alif Aisya Shoppe
1- Untuk melayakkan anda menjadi agen dropshipping, buat belian min 1 helai mana – mana t-shirt (bukan yang dijual dengan harga promosi)
2- Sila daftarkan diri anda dengan mengisi borang yang disediakan di bawah.
3- Kemudian setelah mendapat pengesahan anda bolehlah mula mempromosi t-shirt di blog ini secara online atau offline.
4- Untuk jenama Sik Clothing, Ukhti, Ukhti Teen, Ukhti Kids, Qirani dan Sinar Inspirasi anda akan mendapat keuntungan sebanyak 10%. Untuk jenama Zariya & Hilyah anda layak mendapat 5% keuntungan
5- Contoh kiraan untuk dropship adalah berikut. Anda akan mendapat 10% keuntungan dari harga runcit jika anda menjual sehelai tshirt ukhti kepada pelanggan dgn harga seperti tertera di website kami (contoh bagi tshirt berharga RM48 di blog, anda hanya perlu bayar kepada Gedung T-Shirt Muslimah @Alif Aisya Shoppe RM43.20 + kos penghantaran) kos penghantaran dibayar oleh pelanggan anda.
6- Anda juga boleh jual ikut harga lain yg anda rasa sesuai (jika ingin dijual dengan harga lebih tinggi)
7- Kami uruskan penghantaran terus kepada pelanggan anda selepas bayaran dijelaskan.
8- Sila confirmkan dengan pihak kami dahulu samada tshirt yang dikehendaki pelanggan masih ada. Kami juga akan maklumkan kos pos yang akan dicajkan.
9- Setelah disahkan stok masih ada, boleh jelaskan bayaran, maklumkan kepada kami melalui email
dropship@alifaisya.com & kami poskan terus kepada pelanggan anda.
10- Semua agen dropship boleh copy dr website kami semua gambar, keterangan & size yg available.
11- Jika tiada pesanan dalam masa 3 bulan, keahlian dropship anda akan terbatal.
12. Setelah menjadi agen dropship anda tidak layak untuk menerima diskaun belian borong/banyak.
Sila daftar menjadi agen dropship Gedung T-Shirt Muslimah @ Alif Aisya Shoppe dengan mengisi borang online di bawah: