Bengkel Aqil Baligh (Perempuan)
“Remaja Bertaqwa Akhlaq Terpelihara”
Tarikh: 7 Oktober 2012 (Ahad)
Masa: 8:00 pagi -5:00 petang
Terbuka kepada anak-anak perempuan berumur 10-13 tahun
Tempat
Khalifah Institute,
427 Jalan 2 Taman Ampang Utama
68000 Ampang Selangor
Dianjurkan oleh
KHALIFAH INSTITUTE
Tel: 03-4256 6810/013-248 9555 Faks: 03-4256 5423
Emel:
khalifahproject@yahoo.comwww.islamic-world.netwww.khalifah-institute.blogspot.comDikendalikan oleh
KHALIFAH YOUTH CIRCLE (KYC)
***** ***** ***** ***** ***** ***** *****
Bengkel ini terbuka untuk anak-anak PEREMPUAN berumur 10 hingga 13 tahun. Isu-isu yang bersangkutan khususnya pendidikan seks akan dibincangkan secara lebih menyeluruh dan merangkumi aspek fizikal dan spiritual. Kehadiran ibu sebagai pemerhati juga digalakkan bagi memupuk suatu hubungan yang sangat istimewa antara ibu dan anak kerana perkongsian ilmu yang begitu suci tetapi sukar dibincangkan ini merupakan titik permulaan untuk memulakan perbincangan terbuka dan menjalinkan hubungan yang mesra antara ibu dan anak.
OBJEKTIF
1. Memberi maklumat kepada anak-anak perempuan mengenai isu-isu penting berhubung proses baligh dan pendidikan seks dari perspektif sains dan agama.
2. Menyedarkan anak-anak perempuan tentang tanggungjawab agama setelah baligh.
3. Memberi kesedaran kepada anak-anak perempuan tentang penderaan seks.
4. Memberi kesedaran kepada anak -anak perempuan tentang isu perhubungan lelaki dan perempuan berlandaskan syariat Islam.
5. Membuka jalan kepada para ibu untuk berbincang isu-isu berhubung pendidikan seks secara terbuka dan ikhlas dengan anak-anak perempuan mereka pada masa akan datang.
TENTATIF
Untuk tentatif program, klik -->
https://docs.google.com/document/d/1L4wPtzbwZ6d1YQQYqlkcseso3gT6qeAzVbn55PtK6wk/editPENCERAMAH
Dr. Ariza Mohamad (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Ampang Puteri)
Puan Hanani Saman (Pengasas Tadika Dzul Iman dan Trainer, Khalifah Institute)
Dr. Alini Marzuki (Pemegang Amanah & Trainer Khalifah Institute)
FASILITATOR
- Sukarelawan Khalifah Youth Circle (KYC) yang terlatih
YURAN
Peserta:
Daftar sebelum 28 September: RM80 seorang
Daftar selepas 28 September: RM100 seorang
Ibu:
RM50 seorang
*Penyertaan ibu amat digalakkan
Pembayaran boleh dibuat ke akaun Bank Islam 12122010007111 di atas nama Persatuan Pembangunan Ummah Cemerlang Malaysia.
Untuk pendaftaran, sila isi borang di bawah.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 013-284 9555/03-4256 6810 atau e-mel ke
khalifahproject@yahoo.com