1 of 70

PENGENALAN KESIHATAN PERSEKITARAN�(SKPK 1112)

TOPIK 5�BIDANG-BIDANG DI BAWAH KESIHATAN PERSEKITARAN

Oleh : MAZLAN MANSOR

Pengajar

Program Kesihatan Awam

ILKKM SAS, Perak

2 of 70

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Selepas kuliah, pelatih berupaya untuk :

  1. Menyatakan bidang-bidang di bawah kesihatan persekitaran.
  2. Menerangkan tujuan setiap bidang di bawah kesihatan persekitaran.
  3. Menerangkan tugas dan tanggungjawab pengamal kesihatan persekitaran dalam setiap bidang.

3 of 70

KESIHATAN

PERSEKITARAN ??

4 of 70

Kesihatan persekitaran ditakrifkan dalam dokumen 1989 oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai:

    • Aspek kesihatan manusia dan penyakit yang ditentukan oleh faktor-faktor di persekitaran.
    • Ia juga merujuk kepada teori dan praktik menilai dan mengawal faktor-faktor di persekitaran yang berpotensi mempengaruhi kesihatan.

KESIHATAN

PERSEKITARAN

5 of 70

  • Satu ilmu yang berkaitan dengan kawalan terhadap proses fizik, kimia, biologi, yang merupakan faktor yang mempengaruhi secara langsung atau tidak langsung, kesihatan fizik, mental dan kesejahteraan manusia serta masyarakat.

WHO, 1972

  • Mengambil kira penilaian dan pengawalan impak manusia terhadap persekitaran mereka.

(Moeller, 1992)

  • Kawalan semua faktor-faktor fizikal manusia yang boleh memberikan kesan mudarat kepada pembangunan fizikal, kesihatan atau kehidupan.

(WHO, 1993)

KESIHATAN PERSEKITARAN

6 of 70

BIDANG DI BAWAH KESIHATAN PERSEKITARAN

7 of 70

BIDANG-BIDANG DI BAWAH KESIHATAN PERSEKITARAN

  1. Keselamatan & Kualiti Makanan
  2. Pengurusan Sisa Pepejal
  3. Kawalan Mutu Air
  4. Kawalan Penyakit Berjangkit
  5. Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
  6. Sistem Rawatan Kumbahan
  7. Kualiti Udara
  8. Kawalan Vektor
  9. Kawalan Sisa Berjadual (sisa mudarat)

8 of 70

SELAIN DARI ITU..

  1. Perundangan dan Penguatkuasaan
  2. Pengurusan dan analisis data
  3. Promosi kesihatan dan risiko komunikasi
  4. Merancang keperluan sumber manusia, kewangan dan logistik
  5. Penyelidikan dan pembangunan
  6. Merancang program intervensi

9 of 70

TUJUAN SETIAP BIDANG DI BAWAH KESIHATAN PERSEKITARAN

10 of 70

BIDANG KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN

    • Memastikan makanan yang dijual tidak menjejaskan kesihatan
    • Memastikan keselamatan makanan melalui konsep dari ladang kepada pengguna (From Farm To Table)

1

11 of 70

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di KKM bertanggungjawab memastikan Keselamatan Dan Kualiti Makanan berfungsi untuk :

  1. Merancang, melaksana, memantau dan menilai program keselamatan dan kualiti makanan 
  2. Melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan serta memudahkan perdagangan makanan.
  3. Menentukan agar penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan bersih.

12 of 70

4. Menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:

    • Bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan penipuan.
    • Mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
    • Dilabel dan diiklan dengan tidak mengelirukan dan memberikan gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut.
  1. Menentukan supaya semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
  2. Menentukan konsainan makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport.
  3. Menentukan orang ramai menerima maklumat yang mencukupi mengenai aspek keselamatan makanan. 

13 of 70

PERUNDANGAN

14 of 70

KOMPONEN-KOMPONEN PROGRAM KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

  1. Program Pensampelan Makanan.
  2. Program Pemeriksaan Premis Makanan.
  3. Pemeriksaan Makanan.
  4. Kawalan Makanan Yang Diimpot.
  5. Penyiasatan Penyakit Bawaan Makanan.
  6. Semakan, kemaskini dan pembentukan undang-undang makanan, kod-kod amali dan garis panduan.
  7. Perkhidmatan Makmal.

15 of 70

PENSAMPELAN MAKANAN

16 of 70

PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN

17 of 70

18 of 70

PENUTUPAN PREMIS MAKANAN

19 of 70

BIDANG PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pengurusan sisa pepejal satu keperluan dalam usaha untuk melindungi alam sekitar dan menjamin kelestarian serta kualiti hidup masyarakat.

2

20 of 70

SISA PEPEJAL

"Sisa Pepejal" ditafsirkan sebagai : Apa-apa bahan

    • Sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses;
    • Yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak; atau
    • Yang mengikut akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain dikehendaki oleh pihak berkuasa supaya dilupuskan, tetapi tidaklah termasuk buangan terjadual sebagaimana yang diperihalkan di bawah akta kualiti alam sekeliling 1974 [akta 127], kumbahan sebagaimana yang ditakrifkan dalam akta industri perkhidmatan air 2006 [akta 655] atau sisa radioaktif sebagaimana yang ditakrifkan dalam akta pelesenan tenaga atom 1984 [akta 304]
    • Memastikan sistem pelupusan sisa pepejal tidak mencemarkan persekitaran dan menjejaskan kesihatan.

21 of 70

SISA PEPEJAL TERKAWAL

  • Akta 672 menyatakan “Sisa Pepejal Terkawal” ertinya apa-apa sisa pepejal yang tergolong dalam mana-mana kategori berikut:
  • Sisa isi rumah
  • Sisa pepejal import
  • Sisa pepejal komersial
  • Sisa pepejal Instuisian
  • Sisa pepejal Pembinaan
  • Sisa pepejal Perindustrian
  • Sisa pepejal Awam

22 of 70

ELIMEN PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal" ertinya proses :

Pengurusan sisa boleh membabitkan pepejal, cecair, gas, atau bahan radioaktif

23 of 70

PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI MALAYSIA

  • 1994 - Kerajaan Malaysia mula menyarankan kepada syarikat swasta bagi penswastaan pengurusan sisa pepejal
  • 6/9/1995 - Kabinet bersetuju menswastakan pengurusan sisa pepejal di Semenanjung Malaysia
  • Disember 1995 - Kerajaan Persekutuan menawarkan kontrak secara interim kepada 4 buah syarikat
  • 1998 - Pengurusan sisa masih telah diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing- masing
  • Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam ditubuhkan untuk mentadbir dan menguatkuasa Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)
  • Akta 672 telah memberikan kuasa untuk Kerajaan Persekutuan mengambil alih pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

24 of 70

PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI MALAYSIA

  • Amalan pengurusan sisa berbeza
  • Pengurusan untuk sisa tak berbahaya bagi kawasan kediaman dan institusi di kawasan metropolitan biasanya merupakan tanggungjawab pihak berkuasa kerajaan tempatan,
  • Manakala sisa tak berbahaya komersil dan perindustrian biasanya merupakan tanggungjawab penjananya.

25 of 70

KITAR SEMULA

Kaedah pelupusan sisa pepejal 3R

  • Reduce (Kurangkan) Ia merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang dijana di punca, dengan mengurangkan jumlah produk dan jenis produk yang digunakan. Ia juga merujuk kepada pengurangan penggunaan sumber semula jadi. Ini bermakna kita perlu memberi perhatian kepada barang-barang yang dibeli, dihasilkan dan dibuang.
  • Reuse (Guna Semula) Ia merujuk kepada penggunaan semula barangan berulang kali, dan dengan berbuat demikian penjanaan sisa dan pembuagannya dapat dikurangkan.
  • Recycle (Kitar Semula) "Re" merujuk kepada "untuk melakukan sekali lagi" dan "cycle" merujuk "pusingan". Oleh yang demikian, "Kitar Semula" merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam kitaran. Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi produk baru untuk kegunaan kita. Simbol antarabangsa untuk kitar semula adalah Mobius Loop, sebuah bulatan khas yang mencadangkan satu kitaran yang berterusan

26 of 70

PENSWASTAAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DI MALAYSIA

  • Agensi Penguatkuasaan
    • Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
  • Senarai Syarikat-syarikat Konsensi
    • Alam Flora Sdn.Bhd - WP K.Lumpur, WP Putrajaya, Pahang
    • SWM Environment Sdn Bhd – Johor, Melaka, N. Sembilan
    • Environment Idaman Sdn Bhd – Kedah, Perlis

27 of 70

ISU PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI MALAYSIA

PENJANAAN SAMPAH BERTERUSAN

KEKANGAN TAPAK PELUPUSAN

KETIDAKCEKAPAN SYARIKAT KONSESI

ISU

28 of 70

PENJANAAN SAMPAH BERTERUSAN

  • Peningkatan bahan buangan domestik, perniagaan dan kilang, merupakan factor utama dalam peningkatan bahan sisa pepejal.
  • Dianggarkan 1.5 kg sampah dijana oleh setiap rakyat Malaysia sehari (Harian Metro, 2016).
  • Rakyat Malaysia menghasilkan sisa pepejal pada kadar yang membimbangkan serta lebih cepat berbanding proses degradasi bahan buangan (Aslina & Haliza, 2015)

29 of 70

KEKANGAN TAPAK PELUPUSAN

  • Malaysia kekurangan tanah yang sesuai untuk dijadikan tapak pelupusan sampah.
  • Malaysia terlalu bergantung kepada tapak pelupusan bagi menguruskan sisa pepejal.
    • 95% sisa dilupusan di tapak pelupusan.
    • Risiko tapak pelupusan sedia ada semakin cepat mencapai jangka hayatnya.
    • Dijangka meningkatkan pembebasan gasm rumah hijau kepada 50% menjelang 2020.

Sumber : JPSPN

30 of 70

KETIDAKCEKAPAN SYARIKAT KONSESI

  • Masa kutipan tidak mengikut jadual yang ditetapkan
  • Air larut resap meleleh sepanjang jalan semasa pengangukutan atau pada kenderaan.
  • Sampah bertaburan
  • Kekurangan fasiliti pengangkutan
    • Tidak diselenggara dengan baik
    • Penggunaan kenderaan yang tidak sesuai

31 of 70

PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI MALAYSIA

  • Malaysia telah menguna pakai pelbagai kaedah pelupusan sisa pepejal seperti tapak pelupusan sampah dan pembakaran.
  • Kaedah tapak pelupusan sampah adalah lebih popular dipraktikkan di Malaysia berbanding kaedah pembakaran.
  • Merupakan kaedah menjadi pilihan paling bawah yang digunakan untuk melupuskan sisa pepejal.
  • Melalui kaedah ini, sisa perlu diasingkan dan dipulihkan berdasarkan ciriciri fizikal, kimia, dan biologikal yang memerlukan kos yang tinggi dan masa yang panjang (Grodzinska-Jurczak, 2001)

32 of 70

Menurut idris et al., (2004), tapak pelupusan sampah boleh diklsifikasikan berdasarkan proses penguraian atau pereputan yang digunakan iaitu:

  1. Tapak pelupusan sampah an-aerobik
  2. Tapak pelupusan sampah sanitari an-aerobik tertutup
  3. Tapak pelupusan sampah an-aerobik sanitari yang ditambah baik dengan paip pengumpulan bahan larut resap bawah tanah
  4. Tapak pelupusan sampah semi-aerobik dengan kemudahan infrastruktur pengudaraan dan pengumpulan bahan larut resap
  5. Tapak pelupusan sampah dengan tekanan pengudaraan

33 of 70

KAEDAH PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Berikut adalah beberapa kaedah yang digunakan untuk melupuskan sisa pepejal

  • Pemulihan dan kitar semula
  • Recycling
  • Sanitary Landfill -Tempat pembuangan sampah
  • Composting (Kaedah Pelupusan Pelupusan Sisa Pepejal) - penguraian sisa organik oleh mikrob
    • Pengkomposan mekanikal (Mechanical composting)
    • Open window composting (Buka kompos tingkap)
  • Incineration - Rawatan Terma (Thermal treatment)
  • Disposal in Ocean/Sea (SP bersifat Radioaktif)
  • Plasma Gasification - pelupusan sisa yang mesra alam
  • Reducing Wast Production – mengurangkan pengeluaran SP melalui bahan pakai buang

34 of 70

SANITARY LANDFILL

35 of 70

36 of 70

KAWALAN MUTU AIR

Pengenalan

  • Memastikan mutu air tidak memudaratkan kesihatan dengan memantau sumber dan cara rawatan serta pengagihan air.
  • Pengawalan yang berkesan dengan mengurangkan berlakunya penyakit wabak air atau keracunan yang berkaitan dengan bekalan-bekalan air 
  • Unit Kawalan Mutu Air Minuman (KMAM) yang bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan air di logi atau di kawasan tadahan supaya air yang di salurkan kepada pengguna bersih dan selamat untuk di gunakan.

3

37 of 70

OBJEKTIF PROGRAM KEBANGSAAN PENGAWALAN MUTU AIR MINUM

  • Meninggikan taraf kesihatan orang ramai dengan memastikan air minum yang dibekalkan adalah selamat dan boleh diterima oleh pengguna-pengguna.

Sampling point

38 of 70

OBJEKTIF UNIT KAWALAN MUTU AIR MINUM

  • “Untuk meningkatkan taraf kesihatan orang ramai Dan mengurangkan kejadian kes penyakit berjangkit terutama penyakit bawaan air dengan mempastikan air yang dibekalkan adalah selamat untuk diminum.”
  • Objektif ini boleh dicapai melalui satu program pengawalan yang berkesan dengan mengurangkan berlakunya penyakit wabak air atau keracunan yang berkaitan dengan bekalanbekalan air awam yang tidak memuaskan.

39 of 70

KEPERLUAN PROGRAM INI ADALAH TERMASUK UNSUR-UNSUR PENGAWALAN BERTERUSAN SEPERTI :

  1. Pengawasan
  2. Kajian kebersihan di Catchment Area (Kawasan Tadahan), loji dan rangkaian agihan (sistem retikulas) serta ladang-ladang
  3. Pemprosesan dan Analisis/penilaian data
  4. Tindakan pemulihan dan
  5. Pemeriksaan institusi

Aktiviti pensampelan air minum

40 of 70

PENGAWASAN

  • Sampel air diambil pada setiap minggu di stesen-stesen  pensampelan  yang telah dikenalpasti. 
  • Kekerapan pengambilan sampel adalah berdasarkan National Standard for Drinking Water Quality (NSDWQ), Edisi 2, 2004 yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 
  • Pemantauan dijalankan di sepanjang rangkaian air iaitu daripada muka sauk sehinggalah kepada pengguna.

Keadaan di muka sauk (Intake), Loji Air

41 of 70

KAJIAN KEBERSIHAN

  • Kajian kebersihan adalah satu elemen penting dalam program KMAM. 
  • Kajian kebersihan adalah satu aktiviti untuk mengenalpasti risiko-risiko pencemaran di kawasan tadahan, loji rawatan air dan sepanjang rangkaian paip pengguna yang boleh mengakibatkan kemerosotan kualiti air terawat seterus secara tidak langsung memberi kesan kepada kesihatan pengguna. 

42 of 70

PEMPROSESAN DAN ANALISIS DATA

  • Data-data pengawasan kualiti air disimpan pada peringkat daerah yang juga peringkat negeri. 
  • Pengurusan data kualiti air pada masa ini dilakukan dengan menggunakan perisian Water Quality Software (WQS). 
  • Pengisian data dijalankan di peringkat daerah juga merupakan  data peringkat negeri. 
  • Data-data disemak jika terdapat sebarang kesilapan dan pembetulan sebelum dimuat turun ke server  Seksyen KMAM, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM. 

43 of 70

TINDAKAN PEMULIHAN

  • Apabila pelanggaran kualiti air dikesan, tindakan pemulihan akan dilakukan dengan segera. 
  • Pihak pembekal air akan dimaklumkan agar tindakan pemulihan dapat dijalankan untuk memastikan kualiti air di tahap yang dibenarkan oleh KKM.

44 of 70

SENARAI UNDANG-UNDANG / PERATURAN / GARISPANDUAN UNIT KAWALAN MUTU AIR MINUM

  1. Guidelines For Drinking Water Quality. Second Edition, Vol.1 (Recommendations) World Health Organizations, Geneva 1993.
  2. Buku Panduan Pengawalan Mutu Air Minum, Unit Pengawalan Mutu Air Minum, Daerah Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 1987.
  3. National Guidelines For Drinking Water Quality, Drinking Water Quality Surveillance Unit, Division of Engineering Services, Ministry of Health, Kuala Lumpur, October 1983.
  4. Program Kebangsaan Pengawalan Mutu Air Minum, Unit Pengawalan Mutu Air Minum, Daerah Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 1987.
  5. Principles of Sanitary Survey by Division of Engineering Service, Ministry of Health Malaysia.

45 of 70

4 KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT

Pengenalan

  • Unit kawalan penyakit berjangkit (Communicable Disease Control atau CDC) atau Epidemiologi merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Kesihatan Awam sejak 1971.
  • Unit ini bertanggungjawab memantau semua jenis penyakit yang tersenarai dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), HIV/STI dan TB/kusta.
  • Program Kawalan Penyakit merangkumi pelbagai penyakit berjangkit.
  • Program ini merupakan satu fungsi utama kesihatan awam untuk mencegah dan mengawal kejadian penyakit di kalangan penduduk bagi meningkatkan taraf kesihatan penduduk.

46 of 70

KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT

Objektif Kawalan Penyakit Berjangkit

  1. Mengurangkan kejadian penyakit dan kematian akibat jangkitan penyakit berjangkit supaya ia tidak menjadi ancaman kepada kesihatan awam.
  2. Menggalakkan cara hidup sihat, langkah pencegahan yang sesuai, pengesanan dan rawatan segera, pemantauan berterusan dan perkhidmatan rehabilitasi yang sesuai.
  3. Menggalakkan pernyertaan masyarakat umum disamping kerjasama pelbagai agensi/sektor ke arah melahirkan masyarakat yang sihat dan prihatin.

47 of 70

KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT

Perkhidmatan yang disediakan

  • Mencegah dan mengurangkan beban penyakit berjangkit melalui aktivti pencegahan dan pengawalan, pengawasan, penguatkuasaan, penyiasatan dan Pendidikan kesihatan meliputi penyakit :
  • Penyakit bawaan udara
    • Tibi, Kusta
  • Penyakit bawaan Makanan dan Air
    • Kolera, Disentri, Hepatitis A, Keracunan makanan dan Tifoid
  • Zoonosis/Reemerging
    • Leptospirosis, Rabies, Ebola, Brucellosis, Q-fever, Nipah Encephalitis, Anthrax, Toxoplasmosis
  • Cegahan vaksin/imunisasi
    • Measles, Pertussis, Polimyelitis, Tetanus, Difteria, Hepatitis B
  • Lain-lain penyakit
    • Melioidosis, HFMD & Enterovirus, Acute Flaccid Paralysis (AFP), Soil Transmitted Helminthiasis (STH), HIV, AIDS/STD

48 of 70

KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT

49 of 70

KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT

50 of 70

KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN

Pengenalan

  • Bertanggungjawab menguruskan dua aktiviti utama iaitu :
    • Aktiviti Kesihatan Pekerjaan
    • Aktiviti Kesihatan Alam sekitar

  • Objektif Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar
    • Untuk mengekalkan persekitaran, proses dan amalan pekerjaan yang sihat, selamat dan mencegah masalah kesihatan yang mungkin berlaku akibat pekerjaan atau persekitarannya.
    • Untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kesihatan dan keselamatan pekerjaan di kalangan majikan, pekerja dan pelanggan.
    • Melatih anggota kesihatan daerah, hospital dan pergigian tentang kepentingan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar.

5

51 of 70

AKTIVITI KESIHATAN PEKERJAAN

  1. Aktiviti Survelan Perubatan Anggota Unit Vektor
    • Pemeriksaan dilakukan kepada semua anggota di Unit Vektor bagi setiap Pejabat Kesihatan Daerah.
    • Program ini meliputi soal selidik kesihatan anggota, pemeriksaan fizikal, pemeriksaan darah, ujian fungsi paru-paru, ujian pendengaran dan pendidikan kesihatan berkaitan kesihatan dan keselamtan pekerjaan.
    • Pemeriksan darah yang dijalankan ialah paras hemoglobin, parameter untuk fungsi ginjal, parameter untuk fungsi hepar, dan serum cholinesterase.�

52 of 70

AKTIVITI KESIHATAN PEKERJAAN

  1. Klinik Kesihatan Pekerjaan�Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Klinik Kesihatan Pekerjaan meliputi rawatan penyakit pekerjaan yang dirujuk dari Klinik-klinik Kesihatan, pemeriksaan perubatan anggota kesihatan dan juga dari jabatan-jabatan lain termasuk Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.
  2. Aktiviti Survelan Kecederaaan Oleh Alatan Tajam di Kalangan Anggota Kesihatan

Anggota yang berisiko dalam kejadian ini adalah terdiri daripada anggota kesihatan, pelajar yang sedang menjalani latihan di fasiliti kesihatan dan petugas perkhidmatan sokongan Radicare.

53 of 70

AKTIVITI KESIHATAN PEKERJAAN

  1. Aktiviti Kepastian Kualiti Kecederaan Tertusuk Jarum
    • Kecederaan tertusuk jarum ini meliputi kecederaan oleh jarum jahitan dan jarum jenis hollow core sahaja dan hanya mengambil kira kecederaan yang melibatkan anggota terdedah kepada penggunaan jarum tersebut yang bekerja dengan Kementerian Kesihatan sahaja
    • Indikator bagi program ini ialah kadar insiden tertusuk jarum dengan sasaran, tiada kecederaan.

54 of 70

AKTIVITI KESIHATAN PEKERJAAN

  1. Aktiviti-aktiviti lain
    1. Memperkukuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP).
    2. Memperkukuhkan Program Immmunisasi Hepatitis B di kalangan anggota.
    3. Latihan untuk pelbagai kategori anggota kesihatan di pejabat kesihatan daerah, hospital dan pergigian.
    4. Menjalankan audit keselamatan dan kesihatan bagi kemudahan kesihatan.
    5. Menjalankan pemeriksaan kesihatan pada anggota kesihatan.
    6. Menjalankan kursus-kursus dan bengkel kesihatan pekerjaan dan alam sekitar.
    7. Memperkukuhkan program menghadapi bencana

55 of 70

6 SISTEM RAWATAN KUMBAHAN

  • Adalah proses membuang bahan buangan daripada air sisa, terutamanya daripada kumbahan di rumah.
  • Proses-proses ini termasuk kaedah fizikal, kimia, dan biologi untuk membuang bahan pencemar ini dan menghasilkan air buangan yang tidak mengancam alam sekitar (atau dirawat kumbahan).
  • Sebuah produk sampingan dari pengolahan limbah biasanya sisa separa pejal atau sluri (slurry) dipanggil enap cemar kumbahan, yang telah menjalani rawatan lanjutan sebelum ia dianggap sesuai untuk dilupuskan atau dipakaikan dalam tanah.
  • Memastikan sistem rawatan kumbahan tidak mencemarkan persekitaran dan menjejaskan kesihatan.

56 of 70

KAWALAN SISA BERJADUAL (SISA MUDARAT)�

  • Buangan terjadual adalah apa-apa buangan yang mempunyai ciri-ciri berbahaya yang berpotensi memberi kesan negatif kepada orang awam dan alam sekitar.
  • Sebanyak 77 jenis buangan terjadual disenaraikan di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, dan pengurusan buangan tersebut hendaklah selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan di atas
  • Memastikan pengutipan dan pelupusan sisa-sisa mudarat terkawal, dan tidak menjejaskan persekitaran dan kesihatan.
    • Termasuk Sisa Klinikal dan Sisa Merbahaya.

57 of 70

7 KAWALAN KUALITI UDARA

58 of 70

8 KAWALAN VEKTOR

  • Vektor ialah mana-mana agen (orang, haiwan atau mikroorganisma) yang membawa dan memindahkan patogen berjangkit ke dalam organisma hidup lain.
  • Kawalan vektor bermaksud kaedah untuk memusnahkan atau mengurangkan populasi vektor.

59 of 70

  • Kawalan habitat dan alam sekitarMengalih keluar atau mengurangkan kawasan di mana vektor boleh membiak dengan mudah boleh membantu mengehadkan pertumbuhannya.
  • Mengurangkan sentuhanMengehadkan pendedahan kepada serangga atau haiwan yang diketahui sebagai vektor penyakit boleh mengurangkan risiko jangkitan
  • Kawalan kimiaRacun serangga, racun larva, racun tikus, ovitrap maut dan penghalau boleh digunakan untuk mengawal vektor.
  • Kawalan biologiPenggunaan pemangsa vektor semulajadi, seperti toksin bakteria atau sebatian botani, boleh membantu mengawal populasi vektor.

60 of 70

KAWALAN VEKTOR

61 of 70

KAWALAN RODENSIA

62 of 70

KAWALAN LALAT

63 of 70

TUGAS & TANGGUNGJAWAB PENGAMAL KESIHATAN PERSEKITARAN DI PEJABAT KESIHATAN

64 of 70

  • Bertanggunjawab dalam aspek perancangan, pengurusan, pelaksanaan, pencegahan, pengawalan, pemeriksaan, penyiasatan, penilaian, pengauditan, penganalisaan, advokasi, perundingan dan penyelidikan dalam aktiviti kesihatan persekitaran 

65 of 70

  • Pegawai Kesihatan

- mengurus dan merancang aktiviti

  • Antara tugas Pegawai Kesihatan Daerah yang berkaitan dengan sanitasi persekitaran ialah:
    1. Menyediakan keperluan pengimunan
    2. Mengawal penyakit berjangkit dan tidak berjangkit
    3. Menjalankan aktiviti kesihatan persekitaran termasuk kawalan mutu makanan dan kebersihan persekitaran
    4. Menjalankan program khas, seperti Program Amalan Makanan dan Pemakanan, Kawalan Vektor, Kawalan Tibi dan Kawalan Kusta.

66 of 70

67 of 70

  • Jurutera Kesihatan Umum

- Mengurus dan merancang aktiviti kejuruteraan

  • Pegawai Kesihatan Persekitaran

- Merancang dan menyelia perlaksanaan semua aktiviti

68 of 70

  • Pegawai Teknologi Makanan

- Memantau kualiti makanan

  • Ahli Kaji Serangga

- Merancang dan menyelia aktiviti kawalan vektor

  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

- Melaksanakan aktiviti berkaitan kesihatan persekitaran

  • Pembantu Kesihatan Awam

- Membantu melaksana aktiviti berkaitan persekitaran

69 of 70

TOPIK AKAN DATANG

TOPIK 6 : PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARAN

70 of 70

TERIMA KASIH