1 of 71

EMK322�KESUSASTERAAN MELAYU

SUHASNI BIN DOLLAH

2 of 71

BAB 7: GURINDAM

3 of 71

7.1 PENGENALAN

  • Menurut Za'ba, 1962 di dalam karyanya ilmu mengarang melayu, perkataan gurindam itu berasal daripada bahasa sanskrit menerusi bahasa Tamil.

  • Ertinya, biasa difahamkan rangkap yang telah menjadi bidalan atau sebutan biasa pada orang ramai ataupun sesuatu pepatah berangkap yang disebutkan berpadanan dengan tempatnya

4 of 71

  • Gurindam juga adalah satu bentuk puisi Melayu lama yang terdiri daripada dua baris rangkap.

  • Gurindam ini dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh sastera Hindu. Gurindam juga berasal daripada bahasa sankskrit menerusi bahasa Tamil (India), iaitu “kirindam” yang bermaksud perumpamaan. Baris pertama dipanggil syarat (protatsis) dan baris kedua pula dipanggil sebagai jawab (apodotis).

5 of 71

  • Menurut Ismail Hamid, gurindam berasal daripada istilah bahasa Sanskrit iaitu pepatah berangkap yang menjadi sebutan orang ramai.

  • Dalam perkembangan puisi Melayu, gurindam itu berkembang dalam tradisi Melayu serta mempunyai bentuk yang tersendiri dan kelainan dengan gurindam dalam bahasa Sanskrit

6 of 71

PERANAN / FUNGSI GURINDAM

  • Gurindam mempunyai fungsi dan peranannya dalam masyarakat Melayu iaitu sebagai tujuan didikan, hiburan, gambaran masyarakat Melayu lama dan digunakan dalam majlis-majlis formal Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya ialah iman dan moral yang baik.

7 of 71

CIRI DAN BENTUK GURINDAM

  • Merupakan puisi tidak terikat Rangkap : Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap.

  • Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa kepada makna yang lengkap.

  • Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua dikenali sebagai “jawab”.

8 of 71

  • Baris pertama “syarat” menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi.

  • Perkataan : Jumlah perkataan sebaris tidak tetap
  • Suku kata : Jumlah suku kata juga tidak tetap
  • Rima : Rima akhirnya tidak tetap. Contoh : a / a; a / b atau serima.

9 of 71

Gurindam Dua Belas – Raja Ali Haji

10 of 71

7.2 Nota Gurindam Tonggak Dua Belas – Antologi Dirgahayu � Bahasaku

11 of 71

7.2.2 Aspek-aspek Komsas dalam Gurindam Tonggak Dua� Belas

12 of 71

13 of 71

14 of 71

15 of 71

Jenis Gurindam

  • 7.3.1 Gurindam Serangkap Dua Baris

16 of 71

17 of 71

18 of 71

Kesimpulan

  • Gurindam adalah puisi dua-dua baris, rima akhir bagi dua baris adalah sama dan tiada had bagi jumlah keseluruhan barisnya.

  • setiap dua baris itu terdapat timbal antara baris pertama dan baris kedua.

  • Sesebuah gurindam sarat dengan tema dan perutusan yang bersifat nasihat, keagamaan, dan pengajaran.

19 of 71

BAB 8: PANTUN

20 of 71

8.1 PENGENALAN

  • Pantun ialah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakan sumber khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu, baik dari segi pemikiran, kesenian, maupun nilai-nilai moral dan sosialnya.

  • Akal budi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun yang diungkapkan secara spontan dengan begitu ringkas dan padat.

21 of 71

  • Menurut kamus Dewan edisi keempat, pantun merupakan puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya).

22 of 71

  • Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah, dari pantun dua kerat dan pantun empat kerat sehingga ke pantun berkait.

  • Genre ini menduduki tempat yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam percintaan, upacara peminangan dan perkahwinan, nyanyian, dan upacara adat.

  • Pendeknya setiap tahap kehidupan manusia Melayu, yakni dari dalam buaian hingga ke alam percintaan dan hari-hari tua, dibantu dan dihiasi oleh pantun.

23 of 71

  • Pantun merupakan sastera lisan yang lahir dan berkembang dalam kalangan masyarakat yang akrab dengan alam, dan diwarisi dari generasi ke genarasi .

  • Apabila muncul teknologi percetakan pada akhir abad ke-19, koleksi pantun telah diterbitkan dalam pelbagai dialek Melayu, seperti Betawi, Minangkabau, Peranakan Jakarta dan Melaka, dan bahasa-bahasa seperti Ambon dan Acheh.

  • Kini terdapat kira-kira seratus buah manuskrip pantun yang dikumpulkan di perpustakaan seperti di Jakarta, Leiden, Paris, London, dan Berlin.

24 of 71

  • Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati.

  • Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya.

  • Baris-baris inipula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris.

  • Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan

25 of 71

  • Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun.

  • Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

26 of 71

8.2 Definisi, Konsep dan Unsur Pantun

8.2.2 Penciptaan Pantun

  • Sastera Melayu di Malaysia dihasilkan oleh pengarang-pengarang yang kehidupan dan pemikiran mereka dibentuk dan dipengaruhi oleh alam sekitar dan kepercayaan yang dianuti oleh mereka

27 of 71

8.2.3 Unsur Alam dalam Pantun

  • Sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan terdahulu, unsur alam ialah segala-gala yang boleh (berupaya) dilihat, didengar, dan dirasai (dengan deria sentuh dan perasaan) oleh insan dan makhluk yang lain.

28 of 71

8.2.4 Unsur-unsur Lain dalam Pantun

  • Contoh yang baik ialah Syair Ma’rifat karya Syeikh Abdul Rauf al-Singkel, seperti contoh yang berikut:

29 of 71

8.3 Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi

a. Milik Melayu asli. Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puisi yang lahir daripada maysarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya.

b. Puisi Melayu yang tertua, iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat Melayu.

c. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan seterusnya.

d. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Pantun terkenal dalam kalangan orang tua, orang muda dan kanak-kanak.

e. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat,

budi,cinta, cinta, dan sebagainya.

30 of 71

f. Mampu membawa makna yang tersirat secara halus dan berkesan. Ini sesuai dengan jiwa masyarakat melayu yang suka mendidik secara halus.

g. Mudah dicipta secara spontan.

h. Mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu

31 of 71

8.3.2 Ciri-ciri Pantun

a. Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap. Ciri ini tidak terdapat dalam puisi yang lain.

b. Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan dengan rangkap yang berikutnya.

c. Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak demikian dalam puisi lain.

d. Ada unsur persamaan dengan puisi lain terutama syair seperti dari segi rima akhirnya, jumlah perkataan dan sukukata.

32 of 71

8.3.3 Kepentingan Pantun

a. Pantun dapat disulami dalam puisi melayu yang lain bagi mempelbagaikan ungakapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa berirama dan lain-lain.

b. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain.

c.Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan bahasa yang puitis.

d. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera.

33 of 71

8.3.4 Pantun Nasihat

Angin teluk menyisir pantai,

Hanyut rumpai di bawah titi,

Biarlah buruk kain dipakai,

Asal pandai mengambil hati.

34 of 71

8.3.5 Pantun Melayu Klasik

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Tetak buluh panjang suluh,

Mari jolok sarang penyengat,

Angkat doa jari sepuluh ,

Doa minta biar selamat.

35 of 71

8.4 Jenis-jenis Pantun

36 of 71

37 of 71

38 of 71

39 of 71

BAB 9: ISU-ISU DALAM SASTERA MELAYU

40 of 71

9.2 Isu Pertentangan Fungsi Seni

  • Konsep pertentangan fungsi seni sekali gus menjurus kepada perjuangan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang ditubuhkan pada tahun 1950-an dan hubungkaitnya dengan tindakan beberapa orang pengarang muda di Singapura pada ketika itu.

  • Pada tahap awal penubuhan ASAS 50, pengarang-pengarang lebih cenderung menghasilkan karya kreatif berbanding dengan esei kritikan.

  • Dengan adanya penglibatan pengarang seperti Asraf, Keris Mas, A. Samad Ismail, Tongkat Warrant, Masuri S.N., Awam il-Sirkam, Bachtiar Djamily dan Hamzah menjadikan bidang kritikan sastera bertambah mantap setelah ia dirintis oleh Keris Melayu.

41 of 71

  • Konsep Seni Untuk Masyarakat didukungi oleh majoriti anggota ASAS 50 seperti Asraf, Keris Mas, A. Samad Ismail, Tongkat Warrant, Awam il-Sirkam, dan Bachtiar Djamily.

  • Golongan ini berkarya secara terarah, berfalsafah dan dengan sasaran matlamatnya agar khalayak pembaca memperoleh manfaat hasil dari menghayati sesebuah karya sastera.

  • Keberhasilan karya diukur dari sudut fungsi sosialnya dan jika ia tidak menyerlah atau diabaikan maka karya itu dianggap tidak signifikan.

42 of 71

  • Hamzah dan segelintir rakan-rakannya tidak menerima dengan pandangan dan hujah golongan ini.

  • Hamzah lebih mengutamakan konsep Seni Untuk Seni dengan mengangkat karya sastera sebagai wahana atau berfungsi untuk mendidik dan keperluan hiburan.

  • Pengarang yang mengutamakan fungsi sosial semata-mata adalah menafikan faktor estetik atau keindahan akan menjadikan karya sastera sebagai propaganda, alat politik, kepupusan estetika dan kepuasan dalaman pembaca aabila menghayati sesebuah karya sastera.

43 of 71

  • Polemik konsep seni di antara Asraf dengan Hamzah tidaklah meleret-leret tetapi agak tidak seimbang kerana lebih banyak anggota ASAS 50 yang mempertahankan konsep Seni Untuk Masyarakat.

  • Asraf pula lebih berwibawa dalam berhujah dengan menggunakan petikan sarjana Barat.

  • Hamzah pula hanya berpegang teguh dengan keyakinan sendiri dan bertolak dari pemikiran sendiri.

44 of 71

  • Hamzah menjadi terpencil dan kemudiannya tersingkir dari ASAS 50 serta tidak kesampaian memperjuangankan konsep Seni Untuk Seni.

  • Apa yang berlaku dalam kritikan pada zaman ASAS 50 terdapat semacam penafian terhadap kritikan teoritis yang cuba mengangkat fenomena estetika dalam karya sastera.

  • Keadaan menunjukkan wujudkan kekurangan dalam perkembangan kritikan zaman ASAS 50.

  • Yang ketara ialah isu kesusasteraan telah dicampur adukkan dengan persoalan-persoalan peribadi sehingga kritikan yang terhasil tidak murni lagi.

45 of 71

9.3 Isu Idealisme Formalistik

  • Hashim Awang menamakan pendekatan formalistik sebagai pendekatan struktur kerana pendekatan ini menelusuri unsur dalaman atau sktruktur yang membina karya seperti tema, plot, watak, agama dan sosiologi.

  • Apa yang dibicarakan adalah hanya teks atau karya sastera itu sendiri.

46 of 71

  • Aminuddin Baki merupakan perintis kritikan formalistik yang agak sistematik apabila beliau mengkritik novel Korban Kesucian karya Keris Mas pada tahun 1949.

  • Yahya Ismail turut memberi tumpuan terhadap pendekatan formalistik pada sekitar tahun 1960-an.

  • Tulisan kritikan Yahya Ismail banyak ditemui pada era tersebut dan dihimpunkan ke dalam dua buah buku teori yang berjodol Kesusasteraan Moden Dalam Esei dan Kritik I & II (1967).

  • Kritikan praktis yang dikemukakan oleh Yahya Ismail masih dianggap berbaur dengan unsur luaran seperti biografi dan sosiologi.

47 of 71

  • Ramli Isin merupakan pengkritik yang banyak memanfaatkan pendekatan formalistik semenjak dekad 1970-an lagi.
  • Pembicraan Ramli Isin berkisar pada genre novel, cerpen, dan puisi dalam aspek plot, watak perwatakan, gaya bahasa, latar, tema, persoalan, dan perubahan dalam bentuk puisi.
  • Pendekatan formalistik Ramli Isin seringkali disinonimkan dengan pendekatan struktur dan begitu terserlah dalam buku tulisannya Riak dan Gelombang Sastera Melayu (1984).
  • Novel-novel yang dikupas oleh Ramli Isin menggunakan pendekatan formalistik termasuklah Lingkaran oleh Arena Wati, Ombak Bukan Biru oleh Fatimah Busu, Seluang Menodak Baung oleh Shahnon Ahmad, Khutbah Di Atas Bukit oleh Kuntowidjoyo, Pabrik oleh Putri Widya, dan Jangan Ambil Nyawaku oleh Titie Said

48 of 71

9.4 Isu Hubungan Sastera dengan Masyarakat

  • Hubungan antara sastera dengan masyarakat dapat dilihat melalui perkaitan di antara karya sastera dengan masyarakat tempat karya itu dilahirkan atau masyarakat yang menghasilkan karya berkenaan.

  • Hubungan ini juga memperlihatkan bahawa sastera merupakan cerminan masyarakat pada zamannya.

49 of 71

  • Asraf kuat memperjuangkan isu seni untuk masyarakat.

  • Tulisan-tulisan Asraf tetap tidak memisahkan masyarakat dengan karyanya dan karya sastera terhasil untuk masyarakat.

  • Namun begitu isu itu tidak lama mendapat dukungan setiap sasterawan ASAS 50.

  • Ada yang menyedari bahawa wujud semacam propaganda dan nilai sastera atau estetika menjadi terabai oleh ketaksuban itu.

  • Pembelaan terhadap nasib rakyat kelas bawahan sebagai subjek cerita dan terlalu memetingkan perutusan menyebabkan keindahan seni karya terpinggir.

50 of 71

  • Terdapat beberapa orang pengkritik lain yang turut membincangkan isu kaitan sastera dengan masyarakat pada 1960-an seperti A. Samad Said, Ismail Hussein, S Othman Kelantan, dan M Noor Azam.

  • Ismail Hussein seringkali mengaitkan kerja tulisannya dengan masyarakat.

  • Ismail lebih cenderung ke arah mengaitkan sastera Melayu dengan warisan tradisi bangsa Melayu. M. Moor Azam pula seringkali menyentuh aspek tema dan persoalan karya sastera dan hubung kaitnya dengan masyarakat yang menghasilkan karya berkenaan.

51 of 71

9.5 Isu konsep Sastera Islam

  • Isu konsep sastera Islam hangat dibincangkan sejak 1970-an dan ia menjadi rancak dan semakin hebat apabila Shahnon Ahmad menulis sebuah artikel dalam Dewan Masyarakat (Julai 1977) yang membincangkan konsep dan ciri-ciri sastera Islam.

  • Shahnon juga turut membentangkan kertas kerjanya yang berjudul “Kesusasteraan : Antara yang Hak dan yang Batil” dalam Simposium Kesusasteraan di Universiti Sains Malaysia (15 Disember 1979) serta menerbitkan buku Kesusasteraan dan Etika Islam (1981).

  • Kertas kerja dan buku tersebut telah mencetuskan polemik dengan Kassim Ahmad yang bermula dalam Dewan Sastera (November 1982).

52 of 71

  • Dalam tulisan yang sama Shahnon Ahmad mengkritik sebahagian daripada pengarang ASAS 50 sebagai tidak mengabdikan diri kepada Allah dan hanyut dalam fahaman arus barat seperti humanisme, sosialisme, idealisme dan realisme.

  • Pandangan ini telah mendapat reaksi daripada Kassim Ahmad yang menjelaskan “ pandangan Shahnon terhadap ideologi-ideologi seperti nasionalisme, liberalisme, dan sosialisme sempit… bahawa semua falsafah yang terkandung di dalam ideologi yang tersebut juga terdapat dalam Islam”.

53 of 71

9.6 Isu Penggunaan Pendekatan Barat dengan Pendekatan Melayu

  • Wujud beberapa faktor mengapa teori dan pendekatan Barat
  • digunakan untuk menganalisis kesusasteraan
  • Melayu. Antaranya ialah ada kaitannya dengan dasar pendidikan
  • di negara ini iaitu masih mengguna pakai beberapa nilai atau
  • falsafah dari barat. Hal ini adalah wajar dalam usaha pencarian
  • dan kemudian mencari pendekatan sendiri. Namun begitu, telah
  • timbul kesedaran bahawa betapa pentingnya teori dan
  • pendekatan Melayu setelah kesusasteraan moden berusia lebih
  • dari satu abad.

54 of 71

  • Peranan institusi pengajian tinggi seperti Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya sejak dari Singapura lagi turut memberikan sumbangan ke arah pengaruh dan pemantapan kesusasteraan Melayu.

  • Hal ini ketara menerusi pengaliran teori dan pendekatan serta kritikan Barat dalam kursus kesusasteraan yang ditawarkan.

  • Bertolak dari sinilah munculnya teori_x0002_teori dan pendekatan-pendekatan seperti realisme, romantisme, formalisme, moral, sosialisme, dan psikologi mengalir ke dalam sastera Melayu.

  • Kehadiran teori dan pendekatan barat menjadi begitu dominan untuk mengisi kekosongan yang wujud dalam dunia sastera Melayu.

55 of 71

Kesimpulan

  • Muncul beberapa orang tokoh pengkritik yang menggunakan teori dan pendekatan Barat sejak akhir era 1950-an hingga 1970-an seperti Kassim Ahmad dan Pena Patriot dengan teori realisme-sosialis.

  • Dengan menggunakan teori berkenaan Kassim Ahmad telah mengkritik novel Musafir karya Hassan Ali, Jalan Pulang karya Anas K. Hadimadja, Salina karya A Samad Said, Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad dan kumpulan sajak Warna Suasana oleh Masuri S.N

56 of 71

BAB 10

57 of 71

58 of 71

59 of 71

60 of 71

61 of 71

62 of 71

63 of 71

64 of 71

65 of 71

66 of 71

67 of 71

68 of 71

69 of 71

70 of 71

71 of 71