1 of 44

UNIT PEPERIKSAAN �POLITEKNIK MELAKA

2 of 44

TAKLIMAT PEPERIKSAAN

DAN KAEDAH PENILAIAN

SESI II:2025/2026

3 of 44

PENGENALAN UNIT PEPERIKSAAN

4 of 44

MENJADI UNIT RUJUKAN UTAMA DALAM PENGURUSAN PERKHIDMATAN PEPERIKSAAN DAN PENSIJILAN�

VISI

5 of 44

FUNGSI DAN PERANAN PERKHIDMATAN

Pengurusan Peperiksaan

    • Menyediakan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Politeknik
    • Urusan segala hal-ehwal bagi tujuan Peperiksaan Akhir
    • Urusan Pengemaskinian Rekod Keputusan Peperiksaan
    • Urusan Keputusan Peperiksaan oleh Lembaga Peperiksaan dan  Penganugerahan Diploma Politeknik

​

​

Pengurusan Pensijilan

  • Urusan Surat Pengesahan Tamat belajar untuk pelajar Semester Akhir permohonan selepas tamat latihan industri.
  • Urusan Surat Lulus Penuh kepada Graduan selepas Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/ Diploma Politeknik
  • Urusan Pensijilan graduan sempena Konvokesyen
  • Urusan Transkrip dan Sijil selepas Konvokesyen (Gantian)

​

6 of 44

ARAHAN- ARAHAN PEPERIKSAAN

DAN KAEDAH PENILAIAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

EDISI PERTAMA

​

Berkuatkuasa pada tahun 2025

7 of 44

Syarat kelayakan menduduki peperiksaan akhir

a. Telah mendaftar pengajian pada sesi semasa

b. Telah mendaftar kursus sesi semasa (selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh lapor diri pada setiap semester)

c. Telah menghadiri 80% atau lebih kuliah/tutorial/amali bagi jangka masa yang ditetapkan.

d. Lulus Pentaksiran Berterusan (PB) bagi kursus yang mempunyai komponen peperiksaan akhir.

8 of 44

Sekiranya pelajar tidak layak menduduki peperiksaan akhir atas sebab �kehadiran kurang dari 80%, keseluruhan penilaian pelajar tersebut adalah �terbatal. Pelajar akan diberi Gred F dengan Nilai Mata 0.00 bagi kursus �berkenaan.

9 of 44

Pelajar digantung pengajian dan keputusan rayuan gagal atas tindakan tatatertib mengikut Akta 174 ; ��i. Pelajar tidak layak untuk menduduki � peperiksaan akhir; �ii. Penilaian semua kursus dalam semester � berkenaan bagi pelajar tersebut adalah terbatal; �iii. Pelajar perlu mengambil semula kursus tersebut; dan� iv. Semester berkenaan diambil kira sebagai tempoh

pengajian.

10 of 44

MENGIRA KEHADIRAN PELAJAR

(Peratus)% kehadiran

=

{ jumlah kehadiran sebenar(jam) / [jumlah kehadiran sepatutnya(jam) )] } x 100%

Cth: 46/60 X 100% =76.7% (tidak layak)

​

80% KE ATAS (Layak menduduki peperiksaan)

11 of 44

KEHADIRAN SEMASA PEPERIKSAAN AKHIR

Pelajar hendaklah menduduki sesuatu peperiksaan akhir pada masa yang ditetapkan bagi kursus-kursus yang memerlukannya berbuat demikian kecuali mendapat kebenaran Pengarah bagi perkara berikut:

  1. disahkan sakit oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta; atau.
  2. Menghadapi kes-kes kecemasan seperti kes kematian keluarga terdekat, kemalangan, bencana alam atau kebakaran dengan pengesahan dari pihak berkuasa; atau
  3. Berurusan mana-mana perkara undang-undang dengan pengesahan daripada pihak berkuasa; atau
  4. Menyertai aktiviti yang diluluskan oleh Pengarah dengan mengemukakan surat pengesahan daripada pihak penganjur

Pelajar atau wakilnya hendaklah memaklumkan ketidakhadiran dengan kadar segera kepada Pengarah.

​

12 of 44

PENYELEWENGAN AKADEMIK DAN PELANGGARAN PERATURAN

PENYELEWENGAN AKADEMIK

Pelajar tidak dibenarkan melakukan mana-mana penyelewengan akademik seperti berikut:

i. Meniru, memberi tiru, cubaan meniru atau cubaan memberi tiru dalam penilaian;

ii. Menipu atau cubaan menipu dalam penilaian

13 of 44

  • LARANGAN TERHADAP PLAGIARISME
    • Larangan terhadap plagiarisme ini ialah seperti yang termaktub di dalam Akta 174.

​

    • Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain.

14 of 44

TINDAKAN PELANGGARAN PERATURAN

  1. Seseorang pelajar yang didapati melanggar mana-mana Arahan-Arahan Am Peperiksaan Akhir pada Perkara 3.3.1 dan 3.3.2 boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

i. amaran; atau

ii. dimansuhkan markah penilaian bagi kursus berkenaan dan diberikan Gred dengan Nilai Mata 0.00.

  • Pelajar yang telah dibuktikan melakukan Perkara 4.1.1 atau Perkara 4.2 akan dimansuhkan penilaian bagi kursus berkenaan dan diberikan Gred F dengan Nilai Mata 0.00.

15 of 44

3) Seseorang pelajar yang digantung pengajian dan keputusan rayuan gagal atas tindakan tatatertib mengikut Akta 174;

i. Penilaian bagi semua kursus yang diambil pelajar tersebut dalam semester berkenaan adalah terbatal;

ii. Pelajar perlu mengambil semula kursus tersebut; dan

iii. Semester berkenaan diambil kira sebagai tempoh pengajian.

4) Selain daripada Perkara 4.3.1, 4.3.2 dan 4.3.3, pelajar- pelajar yang melanggar Peraturan Peperiksaan juga boleh dikenakan tindakan tatatertib merujuk panduan dan peraturan am pelajar yang sedang berkuatkuasa.

16 of 44

KAEDAH PENILAIAN

Penilaian Politeknik KPT berdasarkan kaedah penilaian kuantitatif prestasi pelajar didalam sesuatu program yang dikenali sebagai Sistem Nilaian Mata (SNM)

Pencapaian pelajar menggunakan ukuran:

i. Purata Nilai Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA)

PNM = Jumlah Mata Kredit yang diperolehi dalam semester semasa

Jumlah Jam Kredit yang diambil di dalam semester semasa

​

ii. Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point Average (CGPA)

HPNM = Jumlah Mata Kredit yang diperolehi hingga kini

Jumlah Jam Kredit yang diambil hingga kini

17 of 44

DEFINISI

PNM : Purata Nilai Mata @ GPA : Grade Point Average

Purata nilai mata kredit seseorang pelajar bagi setiap semester

​

HPNM : Himpunan Purata Nilai Mata @ CGPA : Cumulative Grade Point Average

Purata nilaian mata yang diperolehi oleh seseorang pelajar di dalam semua peperiksaan yang diambilnya sehingga kini

18 of 44

Nilai mata bagi pelajar Latihan Industri dan Work Based Learning adalah seperti berikut:

  1. Penilaian Latihan Industri tidak akan diambil kira dalam menentukan Himpunan Purata Nilai Mata pelajar.
  2. Penilaian Work Based Learning akan diambil kira dalam menentukan Himpunan Purata Nilai Mata pelajar

19 of 44

CONTOH PENGIRAAN

MASA

KREDIT

PNM = Jumlah Mata Kredit yang diperolehi dalam semester semasa

Jumlah Jam Kredit yang diambil di dalam semester semasa

PNM : 3(2.33) + 2(2.67) + 2(3.33) + 3(4.00) + 2(4.00) + 0(4.00) + 2(4.00) + 2 (2.33) + 2(4.00) = 3.31

18

20 of 44

  • Jam Kredit
    • Ukuran kuantitatif yang melambangkan bebanan pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu
  • Mata Kredit
    • Hasil darab nilai mata dengan kredit sesuatu kursus.
  • Nilai Mata
    • Suatu nilai dalam bentuk angka yang telah diberi ke atas kumpulan markah seperti yang terdapat dalam Sistem Gred
  • Gred
    • Merupakan tahap pencapaian penilaian dalam bentuk abjad bagi menunjukkan prestasi pelajar bagi sesuatu kursus

21 of 44

SYARAT LULUS KURSUS

Pelajar layak dinilai prestasi akademik dengan memenuhi syarat berikut:

i. Telah mencapai kehadiran 80% atau seperti yang ditetapkan bagi aktiviti pembelajaran yang diwajibkan bagi sesuatu kursus.

ii. Lulus kedua-dua pentaksiran berterusan (PB) dan peperiksaan akhir/pentaksiran akhir (PA) bagi setiap kursus.

iii. Markah lulus adalah seperti berikut:

    • Pentaksiran Berterusan = 40%; dan
    • Pentaksiran Akhir = 40%; atau
    • Peperiksaan Akhir = 20% (kecuali bagi program-program tertentu mengikut keperluan badan akreditasi).

​

Markah kumulatif pentaksiran berterusan (PB) dan peperiksaan akhir/pentaksiran akhir (PA) adalah menepati syarat lulus mengikut Sistem Gred.

​

​

22 of 44

SISTEM GRED

23 of 44

KEPUTUSAN PENILAIAN

KATEGORI KEPUTUSAN PENILAIAN

  • Lulus Penuh (LP)

Pelajar semester akhir yang memperolehi Himpunan Purata Nilai Mata bersamaan atau lebih daripada 2.00 dan memenuhi syarat serta layak dianugerahkan sijil akademik.

​

  • Kedudukan Baik (KB)

Pelajar memperoleh Himpunan Purata Nilai Mata bersamaan atau lebih daripada 2.00.

​

  • Kedudukan Bersyarat (KS)

Pelajar memperoleh Himpunan Purata Nilai Mata bersamaan atau lebih daripada 1.60 dan kurang daripada 2.00

​

24 of 44

KEPUTUSAN PENILAIAN

  • Gagal dan Diberhentikan (GB)
  • Memperolehi Himpunan Purata Nilai Mata kurang daripada 1.60; atau
  • Memperolehi Purata Nilai Mata kurang daripada 1.00 kecuali bagi pelajar yang dinyatakan pada perkara 2.3.1 (i), 2.3.1 (ii), dan 2.3.1 (iii); atau
  • Gagal sesuatu kursus sebanyak TIGA (3) kali termasuk peperiksaan akhir khas atau penilaian khas atau semester pendek; atau
  • Memperolehi keputusan Kedudukan Bersyarat TIGA (3) kali berturut turut tidak termasuk semester pendek; atau
  • Gagal Latihan Industri sebanyak DUA (2) kali; atau
  • Gagal kursus yang sama semasa Work Based Learning DUA (2) kali; atau
  • Telah melebihi tempoh maksimum pengajian sesuatu program.

​

25 of 44

PEPERIKSAAN AKHIR KHAS &� PENILAIAN KHAS

  • Peperiksaan Akhir Khas
    • Kes-kes tertentu sahaja (sakit, kemalangan, bencana alam, kematian, kebakaran)
    • Mesti disahkan oleh yang berwajib

​

  • Penilaian Khas
    • Layak untuk pelajar semester akhir sahaja
    • Berbaki satu kursus yang gagal pada semester akhir

26 of 44

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENILAIAN

Pegawai Peperiksaan akan mengumumkan keputusan penilaian bagi pihak Jawatankuasa Peperiksaan institusi pada tarikh keputusan rasmi.

SYARAT LAYAK MENERUSKAN PENGAJIAN

Pelajar yang mendapat keputusan Kedudukan Baik (KB) dan Kedudukan Bersyarat (KS) adalah layak meneruskan pengajian ke semester berikutnya.

11 JANUARI 2027

27 of 44

RAYUAN

Pelajar yang ingin membuat rayuan terhadap keputusan penilaian boleh berbuat demikian secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan institusi dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh keputusan rasmi. Rayuan hendaklah disertakan dengan alasan-alasan munasabah dan bukti-bukti berkaitan.

Pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 bagi setiap rayuan yang dikemukakan dan dibuat mengikut prosedur kewangan institusi berkenaan.

Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar oleh Pegawai Peperiksaan mengikut tarikh keputusan rasmi rayuan. Keputusan rayuan adalah muktamad.

28 of 44

SEMAKAN SEMULA SKRIP JAWAPAN

Pelajar yang ingin membuat penyemakan semula skrip jawapan sesuatu kursus hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan institusi dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan rasmi diumumkan.

Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus dan hendaklah dibuat mengikuti prosedur kewangan institusi.

Keputusan semakan semula akan dimaklumkan kepada pelajar oleh Pegawai Peperiksaan mengikut tarikh keputusan rasmi rayuan. Keputusan rayuan adalah muktamad.

29 of 44

MEMPERBAIKI GRED

Bagi pelajar yang mendapat Lulus dengan gred C-, D+ dan D bagi mana mana kursus;

  • Pelajar dibenarkan untuk memperbaiki gred kursus hanya sekali sahaja sepanjang pengajian bagi kursus tersebut.
  • Pelajar perlu mengikuti semula aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi kursus-kursus berkenaan sepenuhnya pada mana-mana semester berikutnya termasuk semester pendek.
  • Keputusan bagi pelajar yang memperbaiki gred kursus akan diambil dari gred terbaik.
  • Jumlah kredit yang perlu diambil oleh pelajar yang memperbaiki Gred Kursus tidak boleh melebihi dua puluh (20) kredit kecuali pada keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan pelajar berbuat demikian dan mendapat kelulusan Ketua Jabatan Akademik.
  • Tempoh maksimum pengajian bagi sesuatu kursus masih terpakai kepada pelajar yang memperbaiki Gred Kursus

30 of 44

PENGANUGERAHAN

TEMPOH PENGAJIAN

31 of 44

SYARAT LAYAK PENGANUGERAHAN

Pelajar dianggap telah menamatkan pengajian dan layak dianugerahkan sijil akademik bagi sesuatu program yang ditetapkan sekiranya telah memenuhi kriteria berikut:

  • Lulus semua kursus yang ditetapkan bagi program berkenaan;
  • Mendapat Himpunan Purata Nilai Mata bersamaan atau lebih daripada 2.00
  • Melengkapkan sepenuhnya jumlah kredit yang ditetapkan bagi sesuatu program;
  • Tidak melebihi tempoh maksimum pengajian; dan
  • Telah diperakui oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik atau Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.

32 of 44

JAM KREDIT

  • Jumlah jam kredit yang perlu diambil oleh pelajar bagi setiap semester 12 jam kredit hingga 20 jam kredit.

​

  • Kursus yang tidak melibatkan peperiksaan akhir dinilai 100% Kerja Kursus (KK).

​

  • Pemberatan KK : PA adalah 50:50/60:40 bagi kursus yang dinilai dengan PA (Peperiksaan Akhir) dan KK (Kerja Kursus )

​

​

33 of 44

PENAMBAHAN DAN PENGUGURAN KURSUS

  • Penambahan dan pengguguran kursus boleh dibuat pada minggu ke 3 hingga minggu ke 6 sesi pengajian melalui sistem SPMP.

MENAMBAH KURSUS

Pelajar boleh menambah kursus dengan syarat tidak melebihi jumlah kredit yang dibenarkan bagi semester berkenaan.

MENGGUGUR KURSUS

Pelajar boleh menggugur kursus dengan syarat tidak kurang daripada jumlah kredit minimum.

34 of 44

PENARIKAN @ PEMBATALAN DIPLOMA

  • Jika didapati mengemukakan dokumen kelayakan palsu semasa membuat permohonan kemasukan ke Politeknik Kementerian Pendidikan

35 of 44

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENILAIAN

  • Tarikh keputusan peperiksaan boleh disemak melalui :
      • Papan kenyataan
      • Laman Portal PMK
      • FB Politeknik Melaka

​

  • Keputusan boleh disemak melalui sistem SPMP pada tarikh keputusan diumumkan.

​

36 of 44

PINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KREDIT (CTCE)

  • PINDAHAN KREDIT - Diberikan kepada pelajar yang telah mengambil kursus dalam sesuatu pengajian terdahulu ke program yang sedang di ikuti sekarang.

​

  • PENGECUALIAN KREDIT – Kursus yang dikecualikan kepada pelajar berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dari pengalaman atau pembelajaran terdahulu yang mana ia tidak membawa sebarang nilai kredit bagi kursus yang dikecualikan.

37 of 44

PINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KREDIT (CTCE)

SYARAT UMUM PINDAHAN KREDIT

  • Gred lulus minimum kursus terlibat yang boleh dipindah kredit adalah Gred C.
  • Kesetaraan antara kandungan kursus mestilah tidak kurang daripada 80%. Kandungan kursus yang dibenarkan untuk disetarakan tidak melebihi 2 kursus jika digabungkan (pemetaan akan dilakukan oleh KP)
  • Nilai kredit kursus bagi program terdahulu mestilah sekurang-kurangnya sama dengan nilai kredit kursus bagi program yang diikuti.
  • Kursus yang dipohon untuk dipindahkan kredit mestilah daripada program pengajian yang telah mendapat Perakuan Akreditasi daripada MQA.

38 of 44

PINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KREDIT (CTCE)

  • Pindahan kredit dibenarkan bagi kes-kes berikut:

i) Mendatar (pelajar sedang mengikuti program dalam sistem politeknik)

a. Pelajar bertukar program pengajian di politeknik yang sama.

b. Pelajar bertukar politeknik dengan mengikuti program yang sama.

c. Pelajar bertukar politeknik dengan mengikuti program yang lain.

​

ii) Mendatar (pelajar sedang mengikuti program di IPT lain)

a. Pelajar dari IPT lain menyambung pengajian ke politeknik pada peringkat dan program yang sama.

b. Pelajar dari IPT lain menyambung pengajian ke politeknik pada peringkat yang sama tetapi program yang berlainan.

​

39 of 44

PINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KREDIT (CTCE)

iii) Menegak

a. Pelajar lepasan diploma lanjutan politeknik atau IPT lain (yang turut memiliki diploma) yang menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda politeknik. Pindahan kredit dibenarkan sehingga maksimum dua tahun pengajian program yang akan diikuti.

b. Pelajar lepasan diploma politeknik atau IPT lain yang menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda politeknik. Had maksimum kredit yang dipindahkan adalah 30% daripada jumlah kredit program yang akan diikuti.

​

40 of 44

PINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KREDIT (CTCE)

  • Pindahan kredit tidak dibenarkan bagi kes-kes berikut;

i. Mendatar

a. Pelajar yang telah memiliki kelayakan dan ingin melanjutkan pelajaran dalam peringkat yang sama dengan kelayakan yang dimiliki.

b. Pelajar yang diberhentikan dari pengajian di atas sebab kegagalan akademik dan kemudiannya menyambung semula pengajian di dalam program yang lain.

​

ii) Menegak

a. Daripada kelayakan peringkat sijil ke diploma.

b. Daripada kelayakan yang lebih tinggi ke program di peringkat yang lebih rendah.

c. Latihan industri tidak dibenarkan untuk dipindah kredit .

41 of 44

PINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KREDIT (CTCE)

Permohonan:

Mesti dibuat pada Minggu 1 hingga Minggu 3 kuliah (permulaan semester).

Maklum Balas: (29/06/2026-10/07/2026)

Keputusan permohonan CTCE akan diumumkan paling lewat pada Minggu 6 sesi pengajian.

Had Permohonan:

Pelajar hanya boleh membuat permohonan CTCE satu kali sepanjang tempoh pengajian Diploma. 

Proses Ringkas:

  1. Rujuk PA: Bincang dengan Penasihat Akademik untuk kenal pasti kursus yang layak.
  2. Hantar Dokumen: Lengkapkan borang dan hantar kepada Penyelaras Peperiksaan Jabatan.
  3. Kelulusan: Permohonan akan dinilai di peringkat jabatan dan politeknik untuk kelulusan.

Rujukan:

Garis Panduan Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus (CTCE) Politeknik dan Kolej Komuniti.

​

42 of 44

  • BORANG PERMOHONAN BOLEH DIAMBIL DI UNIT PEPERIKSAAN PMK

​

  • TARIKH AKHIR HANTAR PERMOHONAN ADALAH PADA
  • 10 JULAI 2026 (12.00 TGHR)

KEPUTUSAN PERMOHONAN AKAN DI MAKLUMKAN BERMULA

SELEWAT-LEWATNYA

31 JULAI 2026 (M6 K)

NOTA: SEHINGGA DIMAKLUMKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN, PEMOHON WAJIB UNTUK HADIR KE KELAS SEPERTI BIASA MENGIKUT JADUAL WAKTU

43 of 44

SESI SOAL JAWAB

44 of 44

TERIMA KASIH