1 of 19

Kesalahan-Kesalahan Umum Tatabahasa

2 of 19

Kesalahan Umum Kata Nama

Penggunaan kata ganti nama diri tak tentu

Penggunaan kata ganti nama diri

3 of 19

Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Tak Tentu

Apa-apa

Mana-mana

Siapa-siapa

Perlu diketahui bahawa kata ganti nama diri tak tentu TIDAK BOLEH DISINGKATKAN SEWENANG-WENANGNYA.

4 of 19

Contoh ayat:

Ayat yang menggunakan KGNDTT yang salah: Awak boleh menyerahkan dompet yang awak jumpa itu kepada mana balai polis yang berdekatan.

Ayat yang menggunakan KGNDTT yang betul: Awak boleh menyerahkan dompet yang awak jumpa itu kepada mana-mana balai polis yang berdekatan.

5 of 19

Penggunaan kata ganti nama diri:

  • Dia- Hanya digunakan kepada orang-orang yang sebaya dengan kita, orang yang tidak dihormati dan kawan-kawan kita.
  • Beliau- Hanya digunakan kepada orang-orang kenamaan, yang mempunyai pangkat, ibu bapa kita dan orang yang lebih tua daripada kita.
  • Baginda- Digunakan kepada raja, nabi, rasul dan Sultan

6 of 19

Kesalahan penggunaan KGND

Kesalahan menggunakan KGND yang ditujukan kepada perkara bukan hidup dan bukan manusia.

Contoh: Anjing itu sakit. Dia memerlukan rawatan

7 of 19

Kesalahan menggandakan KGND

  • Masalah penggandaan KGND sememangnya salah.

Contoh: Mereka-mereka yang bersalah akan ditahan. (SALAH)

Sepatutnya: Mereka yang bersalah akan ditahan. (BETUL)

8 of 19

Kesalahan Umum Penggunaan Kata Kerja

9 of 19

Kesalahan pertama: Menghadirkan kata kerja yang digugurkan imbuhan.

Nadzirah sedang lompat. (Kata Kerja Aktif Tak Transitif).

Ayat ini adalah salah kerana menggugurkan imbuhan “me-..” KKATT adalah salah menggugurkan imbuhan. Sepatutnya:

Nadzirah sedang melompat. (Betul).

10 of 19

Kesalahan Pertama: Menghadirkan Kata Kerja yang digugurkan imbuhan

Iqbal sedang alami kesakitan. (Ayat Aktif Transitif).

Ayat ini adalah salah kerana menghadirkan kata kerja transitif (mengalami) yang digugurkan imbuhan “men…”

Sepatutnya: Iqbal sedang mengalami kesakitan (Ini baru betul)

11 of 19

Kesalahan Kedua: Penggunaan Kata Kerja Aktif Tak Transitif

  • Ayat aktif tak transitif yang menggunakan imbuhan “ber-…” jika ingin diperluas dengan kata nama MESTI dihadirkan dengan kata sendi.
  • Contoh ayat aktif tak transitif yang salah: Dia bercakap hal itu. (Ayat ini adalah salah kerana ayat ini tidak dihadirkan dengan kata sendi untuk diperluas kepada kata nama.
  • Sepatutnya: Dia bercakap tentang hal itu.

12 of 19

Kesalahan Kedua: Penggunaan Kata Kerja Tak Transitif

Apabila ayat aktif tak transitif yang berimbuhan “ber-…-kan” jika ingin diperluas kepada kata nama TIDAK PERLU menghadirkan kata sendi nama.

Contoh ayat yang salah: Keterangan itu berdasarkan kepada bukti yang kukuh.

Sepatutnya: Keterangan itu berdasarkan bukti yang kukuh. (baru betulsss).

13 of 19

Kesalahan Ketiga: Penggunaan Kata Kerja Transitif

Kata kerja aktif transitif yang berimbuhan “men-…-kan” WAJIB menerima kata nama sebagai objek.

Contoh ayat yang salah: Dia menceritakan tentang kisah itu. (SALAH)

Sepatutnya: Dia menceritakan kisah itu. (Baru Betulss)

14 of 19

Kesalahan Keempat: Penggunaan kata sendi “akan” selepas kata kerja aktif tak transitif yang melibatkan perasaan

  • Saya sayangkan awak.(salah)
  • Sepatutnya: Saya sayang akan awak. (Betul)

15 of 19

Kesalahan 5: Pemasifan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif Mengikut Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri 1

Kata Ganti Nama Diri 2

Kata Ganti Nama Diri 3

1.Aku

2 Kami

3.Kita

4.Saya

5.Patik

6.Beta

1.Kamu

2.Awak

3.Kalian

4.Engkau

5.Anda

1.Mereka

2. Dia

3.Ali dan Abu

4. Orang lain

16 of 19

Kesalahan 5: Pemasifan Ayat Aktif Transitif Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua

Ayat Aktif (KGN 1): Aku perlu menyiapkan pekerjaan ini.

Ayat Pasif (KGN1): Pekerjaan ini perlu aku siapkan.

Ayat Aktif (KGN2): Kamu perlu menyiapkan pekerjaan ini.

Ayat Pasif (KGN 2): Pekerjaan ini perlu kamu siapkan.

Keterangan: Berdasarkan ayat-ayat di atas, dalam pemasifan ayat aktif KGN1 dan KGN2 anda dilarang menyisipkan sebarang perkataan di antara subjek kata nama dan kata kerja pasif.

17 of 19

Kesalahan Lima: Pemasifan Ayat Aktif Transitif bagi Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Pemasifan ayat aktif transitif kata ganti nama diri ketiga perlu menggunakan perkara berikut:

A. Imbuhan “di-…-kan” pada kata kerja aktif transitif

B. Menggunakan kata sendi “oleh” selepas kata kerja aktif transitif berimbuhan pasif

18 of 19

Kesalahan Enam: Penggunaan Kata Pemeri

Kata Pemeri “ialah”: Kata pemeri “ialah” wajib menerima kata nama selepasnya

Contohnya: Pemenang bagi pertandingan itu “ialah” Ali.

Kata pemeri “adalah”: Kata pemerin ini menerima kata sendi nama dan kata adjektif sahaja.

Contoh (Kata sendi nama): Hari jadi saya adalah pada bulan Februari.

Contoh (Kata adjektif): Baju yang dipakai oleh abang adalah cantik sekali.

19 of 19

Pantang Larang Penggunaan Kata Pemeri

  • Dilarang menghadirkan kata nafi selepas kata pemeri seperti “bukan” atau “tidak”
  • Contoh: Kenyataan itu adalah tidak benar (salah)
  • Dilarang menghadirkan kata kerja selepas kata pemeri
  • Contoh: Cara yang terbaik untuk menjadi seorang yang berakhlak adalah menunjukkan pekerti yang baik
  • Dilarang menghadirkan kata pemeri di awal subjek ayat.
  • Contoh: adalah ini dimaklumkan bahawa PKP berjaya dibatalkan.