BAB 4�Prestasi Bahasa dan Linguistik�
Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:
Pengenalan
Lebah dan manusia
Bahasa Manusia
Beza komunikasi haiwan dan manusia
1. Si pemberi maklumat yang menghantar maklumat dalam bentuk
isyarat.
2. Bentuk fizikal penghantaran isyarat.
3. Si penerima maklumat yang mentafsir isyarat untuk mendapatkan
maklumat yang dihantar oleh si pemberi maklumat
Penghantar atau sumber mesej mungkin individu atau organisasi seperti yang dapat dilihat dalam imej proses komunikasi
a. bahasa ialah sistem
b. bahasa ialah simbol bunyi
c. bahasa dihasilkan oleh alat ucapan manusia
d. bahasa adalah sewenang-wenang
e. bahasa ialah cara komunikasi antara manusia.
�
Mengenal bunyi vokal dan konsonan.
Manusia juga memiliki kemampuan mempelajari bahasa.
Memiliki organ–organ untuk memproduksi bahasa.
Bahasa manusia dapat memanipulasi pelbagai bunyi sehingga
membentuk berbagai-bagai macam kata.
Bahasa yang digunakan oleh binatang tidak dapat diungkapkan secara jelas kerana susunanya tidak sistematik
Tidak memiliki mengenal bunyi vokal dan konsonan
Tidak memiliki struktur yang mampu membezakan bunyi-bunyi menjadi
suatu kata yang bermakna
Bahasa binatang terbatas sehingga bunyi-bunyi yang diproduksi memiliki erti
yang umum
BAB 5�IMEJAN
Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat;
Proposisi
Mempunyai kaitan dengan makna.
Contoh : Manusia, mamalia, ikan, danburung dikatakan ‘bernyawa’.
Wanita, biri-biri betina, dan ikan duyung dikatakan ‘betina’.
Imejan
1. Tahap pendengaran,
2. Tahap fonetik,
3. Tahap fonologi.
Rumusan
Terdapat dua makna yang umum.
Bab 6� Ingatan
Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat;
Perkataan ‘ingatan’, yang digunakan dalam percakapan seharian atau penulisan saintis kognitif, mempunyai empat makna.
Pertama, ingatan merujuk kepada jumlah semua perkara yang tinggal dalam minda manusia sebagai hasil daripada peristiwa yang pernah dialami, iaitu ingatan sebagai produk (“Saya ingat dengan jelas keseluruhan peristiwa itu”).
Kedua, ingatan diumpamakan seperti satu tempat (“Bagaimanakah saya boleh memuatkan nama-nama mereka dalam ingatan saya?”).
Ketiga, ingatan juga dianggap sebagai satu sifat khas dalam sistem saraf manusia yang memberikan kita sesuatu produk.
Keempat, ingatan diibaratkan sebagai satu kuasa (“Tiga Minggu untuk Ingatan yang lebih Kuat”). Dalam konteks yang lain, ingatan digambarkan sebagai alat yang melakukan sesuatu proses.
Gambaran tentang Ingatan
Pada tahun 1996, psikologi dari Harvard, iaitu Daniel Schacter, telah membuat satu kajian tentang ingatan. Schacter tertanya-tanya bagaimanakah manusia boleh mengekalkan banyak maklumat dalam otak? Sebagai contoh, untuk satu temu janji makan tengah hari, kita memerlukan ingatan tentang sejumlah perkataan, peraturan bunyi dan tatabahasa, penampilan dan sahsiah jemputan, satu katalog nama restoran, peta minda untuk sampai ke restoran, dan fakta-fakta lain.
Dalam ingatan jangka panjang inilah tersimpan pembelajaran terpendam yang hanya boleh dicungkil melalui hipnotis atau terapis.
1. Jenis Bahasa
Jenis bahasa yang mempengaruhi ingatan dihubungkan dengan percakapan seharian, kuliah, drama, syair, daftar ayat, dan sebagainya.
2.Input
Input yang didengar, dibaca, atau dihafal, iaitu seseorang mengambil isi atau makna input sahaja atau input digunakan untuk menganalisis kesalahan bahasa.
3.Waktu
Waktu mendengar atau membaca sesuatu wacana, sama ada masih baru atau sudah lama didengar atau dibaca.
4.Output
Orang mengingat fakta yang didengar atau dibaca secara harfiah (kata demi kata)atau mengambil makna sahaja.
Pengetahuan yang luas tentang dunia kekal dalam ingatan jangka Panjang tetapi ingatan tentang pengetahuan yang baharu, seperti senarai perkataan dan nama yang baharu agak lemah (Steinberg, 1995).
Faktor yang Mempengaruhi Ingatan
Penghasilan hafalan rote ialah faktor utama yang mempengaruhi ingatan. Selain penghafalan rote, Clark dan Clark (1977) pernah menyebut tentang bahasa, input, waktu dan output.
Terdapat empat halangan dalam proses pembinaan semula, iaitu kecenderungan memilih binaan ayat yang lazim, arahan, fokus proses ingatan, dan rujukan.
Halangan dalam Proses Pembinaan Semula
Individu yang mencuba mengingat sesuatu percakapan akan membina semula ayat- ayat tersebut dalam ingatannya. Dalam keadaan tersebut, individu cenderung memilih ayat yang lazim digunakan orang. Umpamanya, jika dalam fikirannya dia ragu-ragu sama ada jenis sesuatu ayat itu aktif atau pasif, dia akan memilih binaan- binaan ayat yang lebih lazim mengikut perkiraannya. Misalnya, dalam masyarakat Inggeris, individu cenderung mengingati ayat aktif.
Jika individu diminta mengingat kembali ayat-ayat yang pernah didengar atau dibaca, maka dia bergantung kepada arahan. Umpamanya, dalam satu eksperimen, para responden diberi beberapa ayat. Mereka dikehendaki menilai sama ada terdapat kesalahan ejaan dalam sesuatu ayat atau sebaliknya. Kemudian, mereka dikehendaki mengingat kembali ayat-ayat tersebut.
Dalam satu eksperimen, sejumlah responden telah diminta menumpukan perhatian kepada struktur luaran ayat supaya mereka mampu menyatakan bentuk ayat itu secara harfiah. Sejumlah responden lain diminta membuat gambaran visual tentang hubungan kata dengan ayat yang sama. Kemudian, dua kumpulan itu diberi ujian mengenal kembali ayat yang betul dengan memilih satu daripada empat ayat. Semua ayat itu tidak sam bentuknya, tetapi struktur dalamannya sama. Cuma satu antara empat pilihan ayat itu yang betul. Sebahagian besar daripada responden kumpulan pertama dapat mengulang kembali ayat yang dikehendaki.
Sewaktu mengingat kembali ayat dalam bentuk lisan atau tulisan, individu akan menggabungkan maklumat baru dengan maklumat lama. Apabila individu mendengar sesuatu maklumat, dia menentukan terlebih dahulu rujukan kepada maklumat itu sebelum dapat menggabungkan maklumat baru dan lama ke dalam memorinya.