1 of 22

TOPIK 8 �UNDANG-UNDANG BERKAITAN KESIHATAN PERSEKITARAN

KURSUS SIJIL PEMBANTU KESIHATAN AWAM

TAHUN 1 SEMESTER 1

SUBJEK SKPK1112 PENGENALAN KESIHATAN PERSEKITARAN

Mazlan bin mansor

Pengajar program pka

Ilkkk sas, perak

2 of 22

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti sesi kuliah, pelatih berupaya

  1. menyatakan undang-undang yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran
  2. menerangkan tujuan akta dan peraturan.
  3. menerangkan agensi-agensi yang menguatkuasakan undang-undang.

3 of 22

UNDANG-UNDANG �BERKAITAN KESIHATAN PERSEKITARAN

  1. Akta Makanan 1983
  2. Peraturan-Peraturan Makanan 1985
  3. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
  4. Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004
  5. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
  6. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000)
  7. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
  8. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
  9. Akta Racun Makhluk Perosak 1974
  10. Akta Kerajaan Tempatan 1976

4 of 22

TUJUAN AKTA DAN PERATURAN

5 of 22

TUJUAN AKTA DAN PERATURAN

  • Suatu Akta bagi melindungi orang ramai terhadap bahayanya di segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.

1. Akta Makanan 1983

6 of 22

7 of 22

2. PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985

Tujuan secara umum ialah untuk menetapkan

    • prosedur mengambil sampel bagi analisis fizikal, kimia dan mikrobiologi
    • kehendak am, standard dan kehendak pelabelan tertentu bagi makanan
    • peraturan mengenai aditif makanan dan nutrien yang ditambah
    • bungkusan bagi makanan
    • aspek juzuk kebetulan
    • standard mengenai penggunaan air, ais dan stim, dan
    • makanan yang tak distandardisasikan di tempat lain, iradiasi makanan dan penalti

8 of 22

PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009

  • Berdasarkan kod amali kebersihan makanan 1974
  • Peraturan ini menyediakan satu prasarana yg boleh mengawal kebersihan premis makanan dan keselamatan makanan di negara ini bagi melindungi kesihatan rakyat.

9 of 22

TUJUAN AKTA DAN PERATURANPERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009�

Tujuan umum ialah menetapkan aspek;

  1. pendaftaran premis makanan
  2. premis makanan bersih segi reka bentuk dan bangunan
  3. penjalanan dan penyelenggaraan premis makanan
  4. pengendali makanan ; latihan, pemeriksaan perubatan, pakaian, kebersihan diri, dan perlindungan makanan
  5. kehendak khas dalam pengendalian, penyediaan, pembungkusan, penyajian, penyimpanan dan penjualan makanan khusus

10 of 22

SAMBUNGAN… TUJUAN UMUM IALAH MENETAPKAN ASPEK

  1. pengangkutan makanan
  2. Menyeragamkan aktiviti penguatkuasaan kebersihan makanan
  3. Mewajibkan program jaminan keselamatan makanan seperti haccp, ghp dan gmp di kilang makanan

11 of 22

PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004

Tujuan peraturan ini ialah menetapkan peraturan berkaitan

  • Pengawal seliaan atau larangan terhadap pengiklanan atau penajaan hasil tembakau,
  • kawalan penjualan hasil tembakau.
  • larangan mengenai merokok, dsb., terhadap orang belum dewasa (obd)
  • larangan merokok hasil tembakau dalam bangunan tertentu, perisytiharan tempat larangan dan notis
  • peruntukan cara pelabelan bekas rokok dan butiran label
  • tatacara pengambilan sampel hasil tembakau untuk analisis

12 of 22

AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988

  • Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit berjangkit dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

13 of 22

AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988�

  • Pencegahan pembawaan masuk penyakit berjangkit, pengiytiharan kawasan jangkitan, memasuki dan memeriksa kenderaan
  • Mengawal merebaknya penyakit berjangkit ;
    • memberitahu tentang penyakit berjangkit,
    • pengisytiharan kawasan jangkitan,
    • kawalan orang dijangkiti,
    • pengawalan barang tercemar dan binatang yang dijangkiti,
    • pengasingan orang yang dijangkit dan disyaki, pemerhatian atau pemeriksaan kontak

14 of 22

AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975 (PINDAAN 2000).�

  • Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi memusnahkan dan mengawal serangga pembawa penyakit dan bagi pemeriksaan dan rawatan perubatan orang yang menghidapi penyakit yang dibawa oleh serangga dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.

15 of 22

TUJUAN AKTA DAN PERATURANAKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

  • Suatu Akta berhubung dengan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling, dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.
  • Mengandungi:
    1. Peraturan Kualiti Alam Sekeliling
    2. Perintah Kualiti Alam Sekeliling

16 of 22

TUJUAN AKTA DAN PERATURANAKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 �

Tujuan Akta ini ialah untuk

a. memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja

b. melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja

17 of 22

�AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974

Suatu Akta bagi mengawal racun makhluk perosak, meliputi aspek berkaitan dengan; 

  • mengawal pengimportan dan perkilangan racun makhluk perosak dengan pendaftaran dan permit
  • mengawal perkilangan, penjualan dan penyimpanan racun makhluk perosak dengan melesen.
  • mengawal adanya racun makhluk perosak dalam makanan; peraturan untuk mengawal kehadiran racun makhluk perosak dalam makanan,

18 of 22

TUJUAN AKTA DAN PERATURAN�AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Akta Kerajaan Tempatan ialah suatu akta bagi menyusun semula undang-undang berhubung dengan Kerajaan Tempatan. Secara khusus akta ini bertujuan untuk menetapkan aspek berkaitan dengan;

  • kawalan kesihatan persekitaran secara khusus dengan memberi fokus kepada tempat-tempat awam, pencemaran anak sungai, makanan, pasar, kebersihan dan kacauganggu, tempat perkuburan, krematorium dan mengeluarkan mayat daripada kubur
  • menetapkan peruntukan berkaitan kuasa tambahan Pihak Berkuasa Tempatan, Undang-undang kecil, lesen, notis, kuasa memasuki premis dsb.

19 of 22

AGENSI-AGENSI YANG MENGUATKUASAKAN �UNDANG-UNDANG.

I. Kementerian Kesihatan Malaysia

    • Akta Makanan 1983
    • Peraturan-Peraturan Makanan 1985
    • Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
    • Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004
    • Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
    • Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000).

20 of 22

AGENSI-AGENSI YANG MENGUATKUASAKAN �UNDANG-UNDANG.

II. Jabatan Alam Sekitar

    • Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

 III. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 

    • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

 IV. Jabatan Pertanian

    • Akta Racun Makhluk Perosak 1974

V. Pihak Berkuasa Tempatan

    • Akta Kerajaan Tempatan 1976

21 of 22

RUJUKAN

  1. Akta Makanan 1983, 2010, MDC Publishers Sdn. Bhd.,, Kuala Lumpur.
  2. Peraturan-Peraturan Makanan 1985, 2010, MDC Publishers Sdn Bhd., Kuala Lumpur.
  3. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, 2010, MDC Publishers Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
  4. Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, 2010, MDC Publishers Sdn. Bhd.,, Kuala Lumpur.
  5. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
  6. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000) 2005, International Law Book Services, Petaling Jaya
  7. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, 2008, International Law Book Services, Petaling Jaya
  8. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, 2004, International Law Book Services, Petaling Jaya
  9. Akta Racun Makhluk Perosak 1974, 2006, MDC Publishera Sdn.Bhd., Kuala Lumpur.
  10. Akta Kerajaan Tempatan 1976, 1995, International Law Book Services, Petaling Jaya

22 of 22

AKAN DATANG

TOPIK 9

SISTEM PENGURUSAN PEJABAT