Dasar Kewangan
Bab 6
Objektif pembelajaran
Definisi
Langkah-langkah Bank Pusat untuk mempengaruhi aktiviti ekonomi negara dengan mengawal bekalan wang dan kadar bunga.
01
Tujuan
Mengawal bekalan wang dan kredit dalam ekonomi bagi mencapai matlamat makroekonomi.
02
Alat-alat Dasar Kewangan
03
Dasar Kewangan
Kualitatif
Kuantitatif
Dasar Kewangan Kuantitatif
Jika dasar kewangan menguncup dilaksanakan, Bekalan wang dikurangkan – kadar bunga meningkat – pelaburan merosot – AE menurun – Y jatuh – AD jatuh – mengurangkan inflasi tarikan permintaan.
Dasar kerajaan yang tujuan utamanya untuk mempengaruhi dan mengawal bekalan wang dan kadar bunga secara langsung dalam ekonomi.
Jika dasar kewangan mengembang dilaksanakan, Bekalan wang ditambah – kadar bunga menurun – pelaburan meningkat – AE meningkat – Y meningkat – AD meningkat – mengurangkan pengangguran kitaran
Operasi Pasaran Terbuka
MONETARY
01
(Alat Dasar Kewangan Kuantitatif)
02
04
03
01
OPT ialah satu tindakan bank pusat menjual-beli bil perbendaharaan dan bon kerajaan di pasaran terbuka untuk mengawal bekalan wang dalam ekonomi.
Tujuannya ialah untuk mempengaruhi rizab bank dan seterusnya penawaran wang/bekalan wang serta kredit dalam ekonomi akan berubah.
Tindakan ini akan mengurangkan dana bank perdagangan dan jumlah wang yang boleh dibelanjakan oleh orang ramai. Kesannya, bekalan wang dalam ekonomi berkurang dan menyebabkan kadar bunga meningkat.
Semasa ekonomi melambung, bekalan wang dalam ekonomi perlu dikurangkan. BNM akan menjual bil perbendaharaan/bon kerajaan di pasaran terbuka, iaitu kepada institusi kewangan (termasuk bank perdagangan) dan orang ramai.
Apabila r meningkat, jumlah pelaburan serta permintaan agregat (AD) dikurangkan. P turun dan tekanan inflasi dapat dikurangkan.
05
02
04
03
01
Tindakan ini akan meningkatkan dana bank perdagangan dan jumlah wang yang boleh dibelanjakan oleh orang ramai. Kesannya, bekalan wang dalam ekonomi bertambah dan menyebabkan kadar bunga menurun.
Semasa ekonomi meleset, bekalan wang dalam ekonomi perlu ditingkatkan.
Apabila r menurun, jumlah pelaburan serta permintaan agregat (AD) meningkat. Y juga meningkat dan pengangguran kitaran dapat dikurangkan.
BNM akan membeli bil perbendaharaan/bon kerajaan di pasaran terbuka, iaitu kepada institusi kewangan (termasuk bank perdagangan) dan orang ramai.
Kadar Diskaun /Kadar Bank
02
(Alat Dasar Kewangan Kuantitatif)
Nisbah Rizab Tunai & Nisbah Rizab Berkanun
03
(Alat Dasar Kewangan Kuantitatif)
Peratusan daripada jumlah deposit bank yang wajib disimpan dalam bentuk tunai atau aset mudah tunai di Bank Perdagangan masing-masing.
Nisbah Rizab Berkanun
Peratusan daripada jumlah deposit bank perdagangan yang wajib disimpan dalam akaun khas di Bank Pusat.
Nisbah Rizab Tunai
Semasa ekonomi melambung
Semasa ekonomi meleset
Pendanaan Semula
04
(Alat Dasar Kewangan Kuantitatif)
Langkah bank pusat mengubah tempoh matang surat jaminan dan akan menyebabkan perubahan kecairan kepada pemilik surat jaminan kerajaan.
Contohnya, bank pusat mengurangkan pengeluaran bil-bil perbendaharaan/bon kerajaan jangka pendek dan menambahkan pengeluaran bil-bil perbendaharaan/bon kerajaan jangka panjang.
Dasar Kewangan Kualitatif
Kawalan kredit terpilih
Kawalan keperluan margin
Ia digunakan untuk mengawal aktiviti spekulasi, khasnya jual beli saham di pasaran. Syarat keperluan margin dapat mengehadkan jumlah pinjaman yang boleh dibuat untuk membeli saham.
Contohnya: Syarat keperluan margin dikenakan oleh Bank Pusat ialah 30%, bermakna ahli spekulasi perlu menggunakan wang sendiri sebanyak 30% dan bakinya 70% boleh dipinjam dari institusi kewangan.
Semasa ekonomi melambung, bank pusat akan menaikkan keperluan margin menyebabkan pelabur perlu mengeluarkan wang sendiri yang lebih banyak untuk membeli saham dan pinjaman akan berkurang. Ini akan mengurangkan permintaan wang untuk tujuan spekulasi dan mengurangkan inflasi apabila AD berkurang.
Semasa ekonomi meleset, bank pusat akan menurunkan keperluan margin menyebabkan pelabur hanya perlu mengeluarkan wang sendiri lebih sedikit untuk membeli saham dan pinjaman akan meningkat. Ini akan meningkatkan permintaan wang untuk tujuan spekulasi dan mengurangkan pengangguran kitaran apabila AD bertambah.
Kawalan kredit ansuran
Kawalan Bank Pusat melalui menentukan kadar bayaran pendahuluan pinjaman dan tempoh masa pembayaran balik ke atas semua pembelian secara ansuran.
Contoh: Harga rumah RM500 000, jika Bank Pusat menetapkan bayaran pendahuluan 10%, maka pembeli perlu membayar RM50 000, dan bakinya diperolehi dari pinjaman bank perdagangan. Semakin tinggi bayaran pendahuluan semakin rendah pinjaman yang boleh dilakukan oleh pembeli.
Semasa ekonomi melambung, bank pusat akan mengetatkan syarat kredit ansuran dengan meningkatkan bayaran pendahuluan dan memendekkan tempoh pinjaman. Ini akan mengurangkan kemampuan orang ramai untuk membeli barang secara kredit ansuran. Kesannya bekalan wang berkurang & inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.
Semasa ekonomi meleset, bank pusat akan melonggarkan syarat kredit ansuran dengan menurunkan bayaran pendahuluan dan memanjangkan tempoh pinjaman. Ini akan meningkatkan kemampuan orang ramai untuk membeli barang secara kredit ansuran. Kesannya bekalan wang bertambah & pengangguran kitaran dapat dikurangkan.
Kawalan gadai janji
Pinjaman yang digunakan untuk membeli rumah atau lain-lain hartanah.
Dalam perjanjian gadai janji, peminjam akan memberi hak kepada bank atas hartanah sehingga pinjaman diselesaikan sepenuhnya.
Semasa ekonomi melambung, bank pusat akan mengetatkan syarat gadai janji dengan meningkatkan kadar bayaran pendahuluan dan menetapkan tempoh pembayaran balik yang pendek. Hal ini tidak menggalakkan orang ramai membeli hartanah secara gadai janji. Kesannya, akan mengehadkan penciptaan kredit dan tekanan inflasi dikawal.
Semasa ekonomi meleset, bank pusat akan melonggarkan syarat gadai janji dengan mengurangkan kadar bayaran pendahuluan dan menetapkan tempoh pembayaran balik yang panjang. Seterusnya menggalakkan orang ramai membeli hartanah secara gadai janji. Kesannya, akan penciptaan kredit meningkat dan tekanan deflasi dikawal.
Arahan khas
Pujukan Moral
(Alat Dasar Kewangan Kualitatif)
Melalui pujukan moral, bank pusat akan mengadakan pertemuan untuk menggalakkan institusi kewangan memberikan sokongan positif terhadap dasar yang dijalankan oleh kerajaan.
Ia bertujuan agar bank perdagangan secara sukarela mengawal pinjaman bagi memastikan dasar kerajaan berkesan untuk menyelesaikan masalah inflasi dan pengangguran.
Menerangkan penggunaan dasar kewangan untuk mengurangkan inflasi tarikan permintaan dan pengangguran kitaran menggunakan pendekatan AD-AS
AD1
Y2
Semasa inflasi, Ms↓ → AD↓ → Inflasi↓
Harga
Keluaran negara
AS
AD0
E0
P0
Y0
Semasa inflasi, Ms↓ → AD↓ → Inflasi↓
AD1
E1
P1
Y1
Harga
Keluaran negara
AS
AD0
E0
P0
Y0
Semasa pengangguran,
Ms↑ → AD↑ → Pengangguran↓
AD1
Harga
Keluaran negara
AD0
AS
E0
P0
Y0
Y2
Semasa pengangguran,
Ms↑ → AD↑ → Pengangguran↓
AD1
Harga
Keluaran negara
AD0
AS
E0
P0
Y0
E1
P1
Y1
Sekian, terima kasih.