1 of 7

KAJIAN PEMBANGUNAN BLUEPRINT TRANSFORMASI PEMODENAN PEMASARAN FAMA

2 of 7

PENGENALAN & LATAR BELAKANG

Inisiatif strategik bagi menyediakan satu pelan tindakan menyeluruh untuk memodenkan fungsi pemasaran agromakanan yang dilaksanakan oleh FAMA.

  • Menyediakan dokumen pelan induk (blueprint) yang bersifat strategik, praktikal dan mampan.
  • Menyokong matlamat jangka panjang FAMA dan dasar RMK-13 berkaitan keterjaminan makanan dan pendigitalan sektor awam.
  • Memperkasa keupayaan FAMA melalui strategi digital, pembangunan sistem, dan integrasi rantaian nilai pemasaran.

Business

Fokus kepada pembangunan strategi rantaian nilai, model perniagaan, pembangunan produk dan pengurusan pasaran.

Data

Menstrukturkan pengurusan data – dari pengumpulan, penyimpanan hingga ke analisis berasaskan bukti.

Application

Membangunkan aplikasi digital yang efisien, mesra pengguna dan menyokong perkhidmatan FAMA secara menyeluruh.

Technology

Menggunakan teknologi moden seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet Benda (IoT), serta automasi logistik dan data.

B

D

A

T

Pendekatan Strategik: Enterprise Architecture (EA)

Blueprint ini dibangunkan berasaskan rangka kerja EA FAMA yang merangkumi empat domain utama

TUJUAN KAJIAN

3 of 7

SENARIO SEMASA & KEPERLUAN TRANSFORMASI

  • Sistem sedia ada masih bersifat berasingan (stand-alone)
  • Rantaian fizikal pemasaran seperti pusat pengumpulan, pasar tani, dan logistik masih menggunakan pendekatan tradisional.
  • Ketidakcekapan dalam capaian pasaran, pengurusan data, dan komunikasi antara sistem serta pihak berkepentingan.
  • FAMA telah membangunkan iFAMA dan FDW di bawah Program SISDA untuk analisis pasaran.
  • Data di kumpul dari pelbagai sumber.
  • FAMA mempunyai sistem simpanan data berpusat dan integrasi transaksi menerusi Agrobazaar Online.

  • FAMA memerlukan satu pelan strategik untuk menyepadukan semua inisiatif digital dan fizikal dalam satu ekosistem pemodenan.
  • Transformasi diperlukan bukan hanya pada peringkat sistem, tetapi juga proses operasi, pengurusan data, serta struktur organisasi.

SENARIO SEMASA ORGANISASI

ISU DAN CABARAN

KEPERLUAN TRANSFORMASI

Transformasi pemodenan pemasaran FAMA adalah kritikal bagi mengatasi cabaran semasa dan melonjakkan keupayaan agromakanan negara. Senario semasa organisasi FAMA telah menunjukkan kemajuan dalam pembangunan aplikasi digital, namun integrasi dan kecekapan operasi masih perlu dipertingkatkan.

4 of 7

OBJEKTIF

1

2

3

4

5

6

7

Menilai Status Semasa

Menilai status sistem, proses, data, dan infrastruktur berkaitan pemodenan pemasaran agromakanan FAMA.

Mengenal Pasti Jurang

Mengenal pasti jurang keupayaan, integrasi, teknologi, dan tadbir urus yang sedia ada dalam ekosistem pemasaran FAMA.

Mencadangkan Penambahbaikan

Mencadangkan subset tambahan dan penambahbaikan kepada inisiatif sedia ada bagi mencapai sinergi yang lebih baik.

Merangka Strategi Transformasi

Merangka strategi transformasi yang bersepadu, inovatif, dan bersifat jangka panjang untuk masa depan FAMA.

Menyediakan Pelan Tindakan

Menyediakan pelan tindakan pemodenan mengikut fasa (pendek, sederhana, panjang) dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang jelas.

Membangunkan Pelan Teknologi

Membangunkan pelan teknologi terkini untuk menyokong pemodenan digital dan logistik pemasaran FAMA.

Menghasilkan Dokumen Strategik

Menghasilkan dokumen strategik yang lengkap sebagai panduan pelaksanaan rasmi bagi semua pihak berkepentingan.

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini meliputi penilaian situasi semasa secara holistik (proses, teknologi, data, dan struktur organisasi), identifikasi jurang pelaksanaan dan cadangan reka bentuk semula seni bina (architecture), pemetaan pemegang taruh dan pelan komunikasi bersepadu, serta penetapan keutamaan dan pelan pelaksanaan yang praktikal dan berkesan.

5 of 7

PERANAN PERUNDING & OUTPUT (DELIVERABLES)

Sesi Libat Urus

Menjalankan sesi libat urus menyeluruh dengan semua pemegang taruh berkaitan, termasuk agensi kerajaan, pengeluar, dan pemasar.

Pengumpulan & Analisis Data

Mengumpul, menganalisis, dan menyemak maklumat berkaitan sistem, aplikasi, data, dan proses pemasaran sedia ada.

Perangkaan Model Seni Bina

Merangka model seni bina transformasi BDAT (Business, Data, Application, Technology) yang bersepadu dan futuristik.

Penyediaan Dokumen Strategik

Menyediakan laporan dan dokumen strategik lengkap serta membentangkan kepada pengurusan tertinggi FAMA untuk kelulusan.

Output Kajian (Deliverables)

Kajian ini akan menghasilkan beberapa laporan penting yang mendokumentasikan setiap fasa projek. Ini termasuk Laporan Insepsi (perancangan awal), Laporan Interim (dapatan awal dan hala tuju), Laporan Draf Akhir (semua dapatan, analisis, dan pelan tindakan untuk semakan akhir), serta Laporan Akhir (dokumen rasmi yang dimuktamadkan). Tambahan pula, Dokumen Tambahan seperti pelan teknologi, cadangan transformasi, dan pelan roadmap pemodenan akan turut disediakan bagi panduan pelaksanaan yang lebih terperinci.

6 of 7

JADUAL, KOS & KESIMPULAN

Tempoh Pelaksanaan: 

6 bulan (Jul – Dis 2025)

Fasa pelaporan

Siling Nilai:

RM495,000.00

Sebut Harga (Bekalan & Perkhidmatan)

Kaedah pembayaran adalah mengikut PK 3.2

BIL

PERKHIDMATAN/ DELIVARABLES (OUTPUT)

TEMPOH MASA

1

Laporan Insepsi

Jul 2025

2

Laporan Interim

Jul – Ogos 2025

3

Laporan Draf Akhir

Sept – Okt 2025

4

Laporan Akhir

Nov - Dis 2025

Jadual Bayaran

BIL

PERKHIDMATAN/ DELIVARABLES (OUTPUT)

PERATUS BAYARAN

1

Laporan Insepsi

20%

2

Laporan Interim

30%

3

Laporan Draf Akhir

30%

4

Laporan Akhir

20%

Kesimpulan

  • Blueprint ini adalah asas strategik untuk transformasi menyeluruh pemasaran FAMA.
  • Ia akan memperkukuh sistem sedia ada dan menyepadukan fungsi digital & fizikal.
  • Dengan kerjasama perunding dan pihak berkepentingan, FAMA mampu bergerak ke arah organisasi pemasaran agromakanan yang lebih moden, mampan dan berdaya saing.

7 of 7

SEKIAN

TERIMA KASIH