1 of 23

Keanjalan Penawaran

2 of 23

Keanjalan Penawaran (Es)

Definisi Es

Penentu Es

Darjah Es

Menghitung & Mentakrif Es

3 of 23

 

 

 

Keanjalan titik

4 of 23

Menghitung & Mentakrif Es

Keanjalan penawaran lengkuk mengukur perubahan dua titik yang berasingan di atas satu keluk penawaran.

Contoh, apabila harga majalah meningkat daripada RM20 kepada RM25, kuantiti ditawar majalah meningkat daripada 10 naskah kepada 15 naskah.

 

 

 

5 of 23

Menghitung & Mentakrif Es

  • Mengukur darjah tindakbalas kuantiti ditawar sesuatu barang apabila berlaku perubahan harga yang sangat kecil ke atas barang tersebut sehinggakan tidak menampakkan kewujudan dua titik di atas lengkuk penawaran yang sama.
  • Disebabkan keadaan itu seolah-olah hanya wujud satu titik sahaja di atas keluk penawaran tersebut.
  • Rumus keanjalan titik,

 

Atau

 

6 of 23

Menghitung & Mentakrif Es

  • Contoh 1, berdasarkan jadual di bawah, hitung keanjalan penawaran pada tingkat harga RM2.

Harga (RM)

Qs (unit)

2

5

4

10

 

 

7 of 23

Menghitung & Mentakrif Es

  • Contoh 2, diberi fungsi penawaran Qs=200+20P. Hitung keanjalan penawaran pada tingkat harga RM4 dengan kuantiti 280 unit.

 

 

8 of 23

Tafsiran nilai keanjalan

  • Nilai Es bagi penawaran barang normal akan sentiasa bernilai positif.
  • Es yang bernilai positif, menunjukkan hubungan langsung di antara harga dengan kuantiti ditawar sesuatu barang.
  • Contoh 1,

  • Contoh 2,

Apabila harga meningkat daripada RM20 kepada RM25, 𝐄s=2 bermaksud,

Apabila harga meningkat sebanyak 1%, kuantiti ditawar meningkat sebanyak 2%.

Apabila harga menurun daripada RM25 kepada RM20, 𝐄s=1.67 bermaksud,

Apabila harga menurun sebanyak 1%, kuantiti ditawar menurun sebanyak 1.67%.

9 of 23

Darjah Keanjalan Penawaran

10 of 23

Darjah Es

Anjal

  • Es anjal bermaksud %∆Q > %∆P.
  • Keluk penawaran bercerun landai dan bermula dari paksi P.
  • 1<Es<∞
  • Berdasarkan keluk,
  • %∆Q = 125% > %∆P = 25%

SS

25

20

P (RM)

Q (unit)

0 4 9

 

 

 

11 of 23

Darjah Es

Tak Anjal

  • Es tak anjal bermaksud %∆Q < %∆P.
  • Keluk penawaran bercerun curam dan bermula dari paksi Q.
  • 0<Es<1
  • Berdasarkan keluk,
  • %∆Q = 25% < %∆P = 80%

SS

54

30

P (RM)

Q (unit)

0 8 10

 

 

 

12 of 23

Darjah Es

Anjal 1

  • Es anjal satu bermaksud %∆Q = %∆P.
  • Keluk penawaran bermula dari titik asalan (0).
  • Es=1
  • Berdasarkan keluk,
  • %∆Q = 100% = %∆P = 100%

SS

8

4

P (RM)

Q (unit)

0 10 20

 

 

 

13 of 23

Darjah Es

Anjal Sempurna

  • Es anjal sempurna bermaksud %∆Q tidak terhingga & %∆P = 0.
  • Keluk penawaran bergaris lurus mendatar selari dengan paksi Q.
  • Es=∞
  • Berdasarkan keluk,
  • %∆Q = ∞ & %∆P = 0

SS

5

P (RM)

Q (unit)

0 10 15

 

 

 

14 of 23

Darjah Es

Tak Anjal Sempurna

  • Es tak anjal sempurna bermaksud %∆Q = 0 walaupun terdapat perubahan dalam tingkat P.
  • Keluk penawaran bergaris lurus tegak selari dengan paksi P.
  • Es=0
  • Berdasarkan keluk,
  • %∆Q = 0 & %∆P =

SS

10

5

P (RM)

Q (unit)

0 20

 

 

 

15 of 23

Penentu Keanjalan Penawaran

Masa penyesuaian input.

Tempoh masa pengeluaran.

Penambahan kos pengeluaran.

Mobiliti faktor pengeluaran.

Penggantian faktor pengeluaran.

Bilangan firma.

16 of 23

Masa penyesuaian input.

  • Keanjalan penawaran sesuatu barangan akan bertambah melalui masa.
  • Semakin pendek jangka masa semakin tidak anjal penawaran dan semakin panjang jangka masa semakin anjal penawaran sesuatu barang.
  • Jangka masa pengeluaran terbahagi kepada masa singkat, pendek dan panjang.

  • Jangka masa singkat merujuk kepada satu keadaan di mana firma hanya mempunyai input tetap sahaja.
  • Firma tidak dapat menambah sebarang input untuk mengeluarkan barang.
  • Oleh itu, penawaran adalah tidak anjal sempurna.

17 of 23

Masa penyesuaian input.

  • Jangka masa pendek pula adalah satu keadaan apabila firma mempunyai input tetap dan input berubah. Firma boleh menambah ouput dengan menambah input berubah.
  • Tetapi tambahan output adalah sedikit kerana firma tidak dapat menambah input tetap & input berubah serentak untuk mengeluarkan barang dalam jumlah yang banyak. Oleh itu penawaran adalah tidak anjal.

  • Jangka masa panjang adalah satu keadaan apabila firma dapat menambah input tetap & input berubah selaras dengan penambahan output pasaran.
  • Dalam jangka panjang, semua input adalah input berubah. Oleh itu penawaran adalah ajal.

18 of 23

Tempoh masa pengeluaran.

  • Jika sesuatu barang mengambil masa yang pendek untuk dikeluarkan, penawaran barang tersebut adalah anjal.

  • Contoh pengeluaran baju kurung lebih anjal daripada pengeluaran busana pengantin.

  • Sebaliknya jika proses pengeluaran sesuatu barang itu mengambil masa yang lama, penawaran barang tersebut adalah tidak anjal.

  • Contoh pengeluaran kapal terbang tidak anjal berbanding pengeluaran kereta.

19 of 23

Penambahan kos pengeluaran.

  • Jika sesuatu barang melibatkan tambahan kos yang rendah penawaran barang tersebut adalah anjal.

  • Contoh pengeluaran baju kurung lebih anjal daripada pengeluaran busana pengantin.

  • Sebaliknya jika tambahan kos pengeluaran sesuatu barang itu tinggi, penawaran barang tersebut adalah tidak anjal.

  • Contoh pengeluaran kapal terbang tidak anjal berbanding pengeluaran kereta.

20 of 23

Mobiliti faktor pengeluaran.

  • Mobiliti faktor pengeluaran merujuk kepada mobiliti tempat dan mobiliti kegunaan.

  • Mobiliti tempat merujuk kepada keupayaan sesuatu input untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain (contoh : buruh).

  • Mobiliti kegunaan pula merujuk kepada keupayaan sesuatu input untuk pelbagai kegunaan (contoh : tanah).

  • Jika faktor pengeluaran dapat dipindahkan dengan mudah/banyak kegunaan, maka penawaran sesuatu barang akan cenderung menjadi lebih anjal.

  • Sebaliknya jika faktor pengeluaran sukar dipindahkan/kurang kegunaan, maka penawaran sesuatu barang akan menjadi tidak anjal.

21 of 23

Penggantian faktor pengeluaran.

  • Penggantian faktor merujuk kepada bilangan input pengganti untuk menghasilkan sesuatu barang.

  • Semakin banyak bilangan input pengganti dalam pengeluaran sesuatu barang, semakin anjal penawaran barang tersebut. Contohnya jika harga barang naik sedikit sahaja, pengelurannya dapat ditambah dengan banyak kerana barang itu mempunyai banyak input penggantinya.

  • Sebaliknya semakin kurang bilangan input pengganti dalam pengeluaran sesuatu barang, semakin tak anjal penawaran barang tersebut. Ini adalah disebabkan apabila harga naik, penawaran barang tersebut tidak boleh ditingkatkan dengan banyak kerana tidak mempunyai input pengganti yang banyak.

22 of 23

Bilangan firma.

  • Semakin banyak jumlah firma yang menghasilkan sesuatu barang yang sama/hampir sama, semakin anjal penawaran barang tersebut.

  • Sebaliknya semakin sedikit jumlah firma yang menghasilkan sesuatu barang yang sama/hampir sama, semakin tak anjal penawaran barang tersebut.

  • Contohnya penawaran pisang goreng adalah lebih anjal berbanding penawaran kapal terbang kerana jumlah peniaga pisang goreng lebih ramai daripada jumlah pengeluar kapal terbang.

23 of 23

Thank you.

“Jika kamu tidak tahan lelahnya menuntut ilmu, maka kamu harus tahan menanggung peritnya kebodohan.”

-Imam Syafie