1 of 25

BAB 1 ARAH

GEOGRAFI TINGKATAN 1 KSSM

OLEH CIKGU NUR SHAZLINDA AB RAHMAN

2 of 25

1.1 ARAH MATA ANGIN

3 of 25

ARAH MATA ANGIN

  • Arah ialah hala tuju sesuatu tempat dari suatu tempat yang lain
  • Terdapat lapan arah mata angin. Empat daripadanya dikenali sebagai arah mata angin utama, iaitu:
  • Utara (U)
  • Selatan (S)
  • Timur (T)
  • Barat (B)

4 of 25

  • Selain itu, empat arah mata angin yang lain dikenali sebagai arah mata angin perantaraan.
  • Arah mata angin perantaraan tersebut ialah:
  • Timur Laut (TL)
  • Tenggara (Tg)
  • Barat Daya (BD)
  • Barat Laut (BL)

5 of 25

1.2 CARA MENENTUKAN ARAH MATA ANGIN MENGGUNAKAN MATAHARI

6 of 25

CARA MENENTUKAN ARAH MATA ANGIN MENGGUNAKAN MATAHARI

  • Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur.
  • Keadaan ini menyebabkan matahari kelihatan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat
  • Oleh itu, kita dapat menggunakan matahari sebagai panduan untuk menentukan arah mata angin.

7 of 25

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENENTUKAN ARAH MATA ANGIN BERPANDUKAN MATAHARI

  • Berdiri menghadap ke arah matahari terbit.
  • Arah di hadapan anda ialah timur manakala arah di belakang anda ialah barat.
  • Depakan kedua-dua belah tangan anda
  • Tangan kiri anda menunjukkan arah utara manakala tangan kanan anda menunjukkan arah selatan.

8 of 25

1.3 CARA MENENTUKAN ARAH MATA ANGIN MENGGUNAKAN KOMPAS

9 of 25

CARA MENENTUKAN ARAH MATA ANGIN MENGGUNAKAN KOMPAS

10 of 25

CARA MENENTUKAN ARAH MATA ANGIN MENGGUNAKAN KOMPAS

  • Kompas dicipta untuk menentukan arah dengan tepat.
  • Jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah utara kerana dipengaruhi oleh tarikan magnet dari kutub utara bumi.

11 of 25

CARA MENENTUKAN ARAH MATA ANGIN MENGGUNAKAN KOMPAS

  • Kompas terdiri daripada:
  • perumah
  • pemuka jarum kompas
  • Lapan arah mata angin ditunjukkan pada permukaan kompas

12 of 25

  • Kompas jarum dicipta pada Zaman Tamadun Islam dan digunakan oleh pelayar-pelayar Islam di Lautan Hindi.

13 of 25

  • Kompas purba Cina ini dicipta pada Zaman Dinasti Han yang pada awalnya digunakan untuk tujuan pelayaran

14 of 25

  • Kompas kiblat ialah kompas yang mempunyai konsep hampir sama dengan kompas magnetik.
  • Kompas ini digunakan untuk menentukan arah kiblat bagi umat Islam.

15 of 25

PANDUAN MENGORIENTASIKAN KOMPAS MAGNETIK

  • Berdiri menghadap objek yang anda ingin tentukan arah
  • Letakkan kompas pada permukaan yang rata.
  • Pastikan anda menjauhi objek besi seperti tiang besi dan kerusi besi.

16 of 25

PANDUAN MENGORIENTASIKAN KOMPAS MAGNETIK

  • Orientasikan kompas dengan memusingkan kompas perlahan-lahan sehingga jarum kompas menunjukkan arah utara.
  • Anda dapat menentukan arah objek tersebut dengan berpandukan kompas.

17 of 25

1.4 BEARING SUDUTAN

18 of 25

BEARING SUDUTAN

  • Arah sesuatu tempat dapat ditentukan dengan menggunakan bearing.
  • Bearing ialah arah sesuatu objek atau tempat dari satu titik rujukan
  • Unit yang digunakan ialah darjah (°).
  • Bearing sudutan ialah bearing yang diukur dari arah utara (0°) mengikut arah pusingan jam.
  • Bearing sudutan dapat ditentukan dengan menggunakan jangka sudut

19 of 25

20 of 25

LANGKAH-LANGKAH MENGUKUR BEARING SUDUTAN

LANGKAH-LANGKAH YANG BERIKUT MENUNJUKKAN CARA MENGUKUR BEARING SUDUTAN TITIK Y DARI TITIK X

21 of 25

  • Tentukan dua titik, iaitu titik X dan titik Y.
  • Lukis garisan lurus yang menyambungkan kedua-dua titik.

22 of 25

  • Tentukan titik rujukan.
  • Titik rujukan yang dikenal pasti adalah pada titik X.
  • Lukis arah mata angin.

23 of 25

  • Letakkan pusat jangka sudut pada titik rujukan.
  • Bearing sudutan diukur dari utara 0° hingga ke garisan XY, iaitu 120°.

24 of 25

CARA MENGUKUR BEARING SUDUTAN YANG LEBIH DARIPADA 180

25 of 25

TAMAT