1 of 53

WARISAN

NEGARA

KSSM SEJARAH �TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

2 of 53

2

BAB 5�KESULTANAN MELAYU MELAKA

SEJARAH TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

3 of 53

KESULTANAN MELAYU MELAKA

5.1 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

  • Parameswara
  • Pemilihan Lokasi yang Strategik
  • Laluan perdagangan
  • Bentuk muka bumi
  • Benteng pertahanan
  • Terlindung angin monsun.

5.2 Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

  • Faktor Kegemilangan
  • Kepemimpinan raja
  • Sistem pentadbiran
  • Sistem perundangan
  • Aspek Kegemilangan
  • Empayar yang luas
  • Pusat penyebaran agama Islam
  • Pusat perdagangan
  • Pengurusan perdagangan
  • Hubungan luar

5.3 Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang Berpusat di Melaka

  • Faktor Dalaman
  • Serangan Portugis
  • Strategi Melaka Menghadapi Serangan Portugis
  • Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

4 of 53

5.1 PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan tentang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka (KMM)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

5 of 53

PENGENALAN

5

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1,400.

Lokasinya yang strategik menjadikan Melaka pusat perdagangan antarabangsa

Muara sungai ini juga merupakan tempat berjual beli barang serta pertukaran barang dagangan

Asalnya muara sungai ini merupakan perkampungan nelayan

Parameswara memilih mendirikan kerajaan Melaka di muara Sungai Bertam (Sungai Melaka)

Pemilihan lokasi strategik menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang unggul

6 of 53

FAKTOR MELAKA MEMPUNYAI KEDUDUKAN YANG STRATEGIK�

6

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

1. LALUAN PERDAGANGAN

2. BENTUK MUKA BUMI

3. BENTENG PERTAHANAN

4. TERLINDUNG ANGIN MONSON

7 of 53

LALUAN PERDAGANGAN

7

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

Ini membolehkan Melaka mengawal laluan kapal dagang

Melaka terletak di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat

8 of 53

BENTUK MUKA BUMI

8

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit bukau

Sesuai dijadikan benteng pertahanan

Sesuai menjadi panduan kapal dagang

9 of 53

BENTENG PERTAHANAN

9

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

Mempunyai pokok bakau dan api-api di persisir pantai

berfungsi sebagai benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh

10 of 53

TERLINDUNG ANGIN MONSON

10

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

Muara sungai terletak di Selat Melaka

Pelabuhan terlindung daripada tiupan angin monsun

Kapal dagang boleh berlabuh di pelabuhan dengan selamat

11 of 53

5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menghuraikan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

12 of 53

PENGENALAN

12

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

Kesultanan Melayu Melaka berkembang dari sebuah perkampungan nelayan dan akhirnya menjadi

kerajaan yang masyhur

  • Faktor Kegemilangan
  • Kepemimpinan raja
  • Sistem pentadbiran
  • Sistem perundangan

  • Aspek Kegemilangan
  • Empayar yang luas
  • Pusat penyebaran agama Islam
  • Pusat perdagangan
  • Pengurusan perdagangan
  • Hubungan luar

13 of 53

FAKTOR KEGEMILANGAN

13

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

KEPEMIMPINAN RAJA

1. Keturunan Raja Palembang

  • Pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang yang bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain- Sulalatus Salatin

  • Susur galur ini memberikan taraf kedudukan yang tinggi kepada Sultan Melaka dalam kalangan kerajaan lain di Alam Melayu

14 of 53

FAKTOR KEGEMILANGAN

14

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

KEPEMIMPINAN RAJA

2. Peranan yang Unggul

  • Raja mempunyai pelbagai peranan:
    • Simbol perpaduan rakyat
    • Ketua angkatan tentera
    • Mengetuai hubungan diplomatik
    • Menyelaraskan kegiatan ekonomi
    • Ketua Agama Islam
    • Menegakkan keadilan

15 of 53

FAKTOR KEGEMILANGAN

15

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

KEPEMIMPINAN RAJA

3. Daulat dan Alat Kebesaran

  • Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin.
  • Rakyat akui kedaulatan raja dengan memberi taat setia sepenuhnya dan tidak boleh derhaka kepada raja
  • Alat kebesaran diraja termasuk cop mohor, nobat, keris, lembing dan mahkota
  • Digunakan semasa upacara istiadat pertabalan, perkahwinan dan kemangkatan raja
  • Konsep daulat, adat istiadat dan alat kebesaran menjadikan raja mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa serta kedudukannya kukuh

16 of 53

FAKTOR KEGEMILANGAN

16

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

KEPEMIMPINAN RAJA

4. Kewibawaan

  • Raja memiliki ciri kepemimpinan seperti adil, berwibawa dan mengambil berat kebajikan rakyat
  • Raja memerintah berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan Hukum Kanun Melaka
  • Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mansur Shah merupakan pemerintah yang mengutamakan keamanan dan kebajikan rakyat
  • Bukti:
    • Sultan Mansur Shah menasihatkan anaknya Sultan Alauddin Riayat Shah supaya bersikap adil terhadap rakyat, menyiasat segala tuduhan dengan teliti dan berkerjasama dengan pegawai

17 of 53

FAKTOR KEGEMILANGAN

17

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

1. Sistem Pembesar Empat Lipatan

  • berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan
  • bermaksud pada setiap peringkat pentadbiran, terdapat pembesar yang dilantik oleh pemerintah bagi membantu melicinkan pentadbiran
  • Sultan dibantu oleh:
  • pembesar berempat
  • pembesar berlapan
  • pembesar enam belas
  • pembesar tiga puluh dua
  • Pembesar - pentadbir kerajaan pada peringkat pusat, jajahan, daerah, mukim dan kampung
  • Pembesar berempat peringkat pusat - tonggak utama
  • dikenali sebagai Orang Kaya Berempat

Sultan

SISTEM PENTADBIRAN

32

16

8

4

18 of 53

FAKTOR KEGEMILANGAN

18

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

SISTEM PENTADBIRAN

  • Penasihat raja
  • Menteri utama peringkat pusat
  • Ketua turus angkatan perang
  • Ketua hakim
  • Pemangku sultan

Bendahara

  • Pemungut hasil atau ufti
  • Ketua segala bendahari
  • Ketua urus setia istana
  • Ketua syahbandar
  • Ketua polis dan penjara
  • Penguasa bandar dan kota Melaka
  • Pegawai protokol istana
  • Hakim di darat
  • Ketua angkatan laut
  • Pengawal peribadi raja
  • Ketua duta
  • Ketua utusan ke luar negara
  • Hakim di laut

Penghulu Bendahari

Temenggung

Laksamana

SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN

Pembesar Berempat

Sultan

19 of 53

FAKTOR KEGEMILANGAN

19

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

SISTEM PENTADBIRAN

2. Tugas Pembesar

  • wujudkan sistem pentadbiran yang berkesan seperti:
  • jaga keamanan kawasan
  • kutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah
  • bekal tenaga tentera ketika perang
  • sediakan tenaga buruh melalui sistem kerah

  • Pemerintah Melaka kurniakan kawasan khas kepada pembesar untuk ditadbir
  • kawasan ini sebagai tanda untuk dapat sokongan pembesar - wujudkan pentadbiran yang mantap:
  • kawasan pembesar berempat - kawasan pegangan
  • kawasan pembesar jajahan dan daerah - kawasan pemakanan
  • Pembesar dibenarkan mengutip cukai di kawasannya
  • serahkan cukai kepada pemerintah sebagai ufti.

20 of 53

FAKTOR KEGEMILANGAN

20

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

SISTEM PENTADBIRAN (KESIMPULAN)

  • Kita patut berbangga dengan kestabilan sistem pentadbiran negara kita pada masa ini yang dimantapkan daripada warisan KMM

Sistem Serah:

  • pemberian sebahagian hasil tanaman yang diusahakan oleh rakyat kepada pemerintah
  • pemberian dilakukan sebagai balasan kepada pembesar yang menyediakan tanah untuk rakyat.
  • kadar dan nilai serahan bergantung pada hasil tanaman dan ternakan yang diperoleh

Sistem Kerah:

  • sesuatu pekerjaan yang dibuat tanpa diberi upah.
  • misalnya, membina istana, kubu, jalan dan saliran.
  • menunjukkan wujud sikap taat setia, sedia berkorban dan rakyat berganding bahu untuk membantu pemerintah

1

2

3

  • Pentadbiran Sistem Pembesar Empat Lipatan yang mantap telah membawa keamanan dan kemakmuran kepada KMM
  • Corak pentadbiran Melaka ini diwarisi kemudiannya oleh kerajaan Melayu yang lain

21 of 53

FAKTOR KEGEMILANGAN

21

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

SISTEM PERUNDANGAN

Undang-undang tersohor kesultanan ini ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka

KMM telah memperkenalkan sistem perundangan yang mantap

Hal ini telah melonjakkan KMM ke arah kegemilangan

22 of 53

FAKTOR KEGEMILANGAN

22

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

SISTEM PERUNDANGAN

  1. Hukum Kanun Melaka
  2. Hukum Kanun Melaka mula ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456)
  3. disusun semula secara teratur pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1489-1511)
  4. mengandungi 44 fasal - hak keistimewaan, tanggungjawab raja dan pembesar
  5. Hukum Islam juga terdapat dalam undang-undang ini berkaitan dengan jenayah, urusan jual beli dan kekeluargaan
  6. dapat mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan rakyat
  7. Jenayah dapat diatasi dengan baik dan terurus

23 of 53

FAKTOR KEGEMILANGAN

23

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

SISTEM PERUNDANGAN

2. Undang-Undang Laut Melaka

  • ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah
  • untuk tentukan peraturan pelayaran dan perdagangan.
  • mengandungi 25 fasal - peraturan di laut, tertib berniaga dan tatacara berjual beli.
  • Kandungannya juga berkaitan tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan syahbandar.
  • Undang-undang Laut Melaka
  • jadikan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar dan adil
  • berikan keyakinan kepada para pedagang

Kiwi: saudagar yang menghantar dan menyebarkan barangan mereka untuk diperdagangkan. Mereka menyewa petak tempat letak barangan di dalam kapal atau perahu. Sekiranya kiwi tidak belayar bersama-sama, tempatnya akan digantikan oleh wakilnya yang dikenali sebagai maula kiwi.

24 of 53

FAKTOR KEGEMILANGAN

24

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

SISTEM PERUNDANGAN

3. Undang-Undang Adat

  • adat yang diguna ialah Adat Temenggung
  • diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan
  • berkaitan sistem pemerintahan, perwarisan takhta, perkahwinan, perwarisan harta dan perundangan.
  • berkaitan sistem penggantian sultan, iaitu takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki yang sulung.
  • amalkan sistem pemerintahan beraja.
  • kuasa tertinggi terletak di tangan sultan atau raja.
  • sistem perwarisan takhta berlaku secara teratur

25 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

25

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

PEMBENTUKAN EMPAYAR

PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM

PUSAT PERDAGANGAN

PENGURUSAN PERDAGANGAN

HUBUNGAN LUAR

26 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

26

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

Kegemilangan KMM juga dapat dibuktikan dengan kemunculan bahasa Melayu sebagai lingua franca dan sebanyak 84 bahasa dipertuturkan di Melaka.

01

02

03

KMM meneruskan tradisi kegemilangan kerajaan yang unggul di Alam Melayu

Kegemilangan dapat dilihat dalam aspek pembentukan empayar, kemunculan sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pusat perdagangan serta kejayaan menjalinkan hubungan luar dengan kerajaan lain.

27 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

27

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

PEMBENTUKAN EMPAYAR

  • Empayar KMM meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan pantai timur Sumatera.
  • Empayar ini terdiri daripada tanah jajahan dan naungan.
  • Kegemilangan empayar yang luas ini dapat dilihat dalam aspek cara pembentukan, kepentingan dan struktur pentadbirannya

28 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

28

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

CARA PEMBENTUKAN EMPAYAR

  • Penaklukan dilakukan untuk jamin keselamatan dan kemakmuran KMM
  • Kawasan taklukan di Semenanjung Tanah Melayu - Kuala Linggi, Beruas, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
  • Kawasan taklukan di Sumatera - Siak, Rokan, Kampar dan Rupat
  • Perkahwinan berlaku antara Sultan Melaka dengan puteri diraja kerajaan lain.
  • Perkahwinan kukuhkan hubungan persahabatan dan kekeluargaan antara kerajaan Melaka dengan kerajaan lain.
  • Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan puteri Majapahit (Raden Galuh Cendera Kirana) menyebabkan pengaruh Melaka semakin meluas.
  • Terdapat pemerintah kerajaan lain yang rela bernaung di bawah KMM
  • Raja yang berada di bawah naungan Melaka ditabalkan oleh sultan Melaka.
  • Antara kerajaan yang rela bernaung - Lingga, Patani dan Kedah.

1. Penaklukan

2. Perkahwinan

3. Naungan

29 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

29

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

KEPENTINGAN PEMBENTUKAN EMPAYAR

01

02

03

04

1. Politik

  • luaskan wilayah dan jajahan takluk
  • kukuhkan hubungan dengan kerajaan yang ditakluk
  • sekat pengaruh kuasa serantau - Siam, Majapahit dan Pasai

2. Ekonomi

  • terima hadiah dalam bentuk wang, emas, timah dan bantuan ketenteraan
  • dapat bekalan - hasil pertanian, rempah-ratus dan bijih timah untuk diperdagangkan di pelabuhan Melaka
  • kuasai perdagangan di Selat Melaka

3. Sosial

  • Berlaku asimilasi budaya tempatan dengan budaya dari Arab, India, China dan Alam Melayu
  • Wujud masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku dan bangsa

4. Agama

  • dorong usaha penyebaran agama Islam
  • Islam telah berkembang luas ke Pahang, Kelantan, Perak, timur Sumatera dan Patani

30 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

30

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

PENTADBIRAN EMPAYAR

3. Pentadbiran Kawasan Jajahan

  • Pemerintahan diketuai oleh pemerintah yang dilantik oleh Sultan Melaka.

01

02

03

1. Pentadbiran Pusat

  • pusat pemerintahan dan pentadbiran - terletaknya tempat raja bersemayam.
  • Raja dibantu oleh pembesar pusat

2. Pentadbiran Kawasan Naungan

  • kawasan yang mengakui ketuanan Melaka
  • hantar ufti
  • Pemerintahan diketuai oleh pemerintah negeri berkenaan
  • dibantu oleh pembesar tempatan.

31 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

31

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM

  • Sebelum kemunculan KMM, kerajaan awal yang menerima pengaruh Islam di Alam Melayu ialah Samudera-Pasai dan Perlak
  • Pengislaman pemerintah menyebabkan KMM muncul sebagai pusat penyebaran Islam yang unggul di Alam Melayu pada abad ke-15.

32 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

32

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

CARA PENYEBARAN AGAMA ISLAM

  1. Pengislaman

Pemerintah

  • Pengislaman Sultan Iskandar Shah (1414) diikuti oleh para pembesar dan rakyat.
  • Sultan Muzaffar Shah menjadikan agama Islam - agama rasmi KMM

2. Perkahwinan

  • Perkahwinan puteri Sultan Mansur Shah dengan putera Raja Siak

3. Peranan Ulama dan Mubaligh

  • Pemerintah Melaka hantar ulama dan mubaligh ke seluruh kawasan pengaruhnya
  • ajaran tasawuf dan sufi dikembangkan melalui ulama (Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf) dari Timur Tengah dan India
  • Sultan Alauddin Riayat Syah hantar ulama untuk ajar Raja Pahang, Kampar dan Inderagiri tentang hal ehwal agama

4. Perdagangan

  • Islam tersebar melalui pedagang Arab, India dan China yang datang ke Melaka
  • selain berjual beli, mereka punyai sifat mubaligh yang dorong penyebaran Islam.
  • dari Melaka, mereka sebarkan Islam ke kawasan lain yang disinggahi - Brunei, Filipina dan kepulauan Indonesia

5. Peluasan Kuasa

  • KMM sebarkan agama Islam melalui proses perluasan kuasa
  • negeri naungan dan jajahan memeluk Islam - tanda taat setia kepada pemerintah Melaka

33 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

33

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

KESAN PENYEBARAN AGAMA ISLAM

  • Melaka menjadi tumpuan ulama dan pendakwah
  • Sultan Melaka jadi penaung kepada aktiviti dakwah dan perbincangan kitab agama seperti Darul Manzum

1. Tumpuan Ulama

  • semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, madrasah, masjid dan surau jadi tempat mempelajari al-Quran dan ilmu tasawuf

2. Tempat Pembelajaran

  • pengaruh Islam terdapat dalam saduran karya sastera dari Arab dan Parsi - Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah
  • berlaku perkembangan tulisan Jawi dan bahasa Melayu
  • bahasa Melayu menjadi bahasa persuratan dan bahasa penulisan

3. Persuratan

4. Pemerintahan dan Pentadbiran

  • Undang-undang Islam terkandung dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
  • Ulama mainkan peranan penting - hal pentadbiran.
  • jawatan mufti dan kadi diwujudkan - kelicinan pengurusan agama Islam

34 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

34

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

PUSAT PERDAGANGAN

01

02

Kedudukan Strategik

  • Melaka terletak di laluan perdagangan antara India dengan China
  • Kedudukan strategik di Selat Melaka - Melaka dikunjungi oleh pedagang dari dalam dan luar Alam Melayu
  • Kesannya - muncul sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan yang maju

Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barangan

  • Barang dikumpul dan diedar kepada pedagang luar - timah, emas, kapur barus, hasil hutan dan rempah-ratus
  • diperoleh daripada negeri naungan dan jajahan serta kawasan sekitar Alam Melayu
  • Barangan luar yang dibawa masuk ke Melaka - benang emas, kain pelikat, batu delima, tembikar, wangian dan bahan makanan
  • Kepelbagaian barang dagangan ini buktikan pelabuhan Melaka - emporium yang maju

35 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

35

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

PUSAT PERDAGANGAN

03

04

Dikunjungi Pedagang dari Dalam dan Luar Alam Melayu

Pusat Perkapalan

  • Pedagang paling ramai kunjungi pelabuhan Melaka - pedagang Arab, China dan Gujerat
  • Pedagang Pasai dan Jawa - pedagang yang paling ramai dari Alam Melayu
  • Pelabuhan Melaka juga dikunjungi oleh pedagang dari Brunei, Pegu, Parsi, Turki, Mesir, Luzon, Ceylon, Burma, Kemboja, Champa dan Annam
  • Pelabuhan Melaka dikunjungi oleh pelbagai jenis kapal besar dan kecil
  • Kapal kecil - perahu, sampan, ghurab, penjajap, sagur, payar, baluk, lancang, kakap, balang dan kelulus
  • Kapal besar - jong dan bahtera

36 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

36

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

PENGURUSAN PERDAGANGAN

Syahbandar

  • pegawai mahir dan berpengalaman mengurus pelabuhan dengan teratur dan cekap
  • kendalikan urusan perdagangan
  • memainkan peranan penting menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot

Tugas syahbandar

  • urus pasar dan gudang
  • jaga kebajikan dan keselamatan pedagang
  • periksa alat timbang, sukat dan mata wang
  • jadi hakim di pelabuhan
  • urus cukai
  • kuatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.

37 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

37

01

02

03

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

PENGURUSAN PERDAGANGAN

CUKAI PERDAGANGAN

pedagang berminat ke Melaka kerana:

  • pengurusan cukai barangan yang cekap dan sistematik
  • pengurusan cukai pelabuhan yang rendah
  • Cukai dan bayaran surat kebenaran berniaga di pelabuhan menjadi sumber pendapatan KMM

Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan.

  • cukai rasmi
  • cukai import yang dikenali sebagai panduan
  • kadarnya berbeza-beza ikut tempat asal pedagang.
  • cukai tidak rasmi
  • dalam bentuk hadiah
  • pedagang dari China dan Jepun hanya dikehendaki beri hadiah nilainya sama dengan cukai 5%

38 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

38

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

PENGURUSAN PERDAGANGAN

  • Penggunaan mata wang
  • lancarkan urusan jual beli
  • peringkat awal - tukaran nilaian - jongkong timah, serbuk emas dan kulit siput (cowrie) digunakan
  • mata wang timah - dikenali sebagai Calains
  • pada kepingan timah ini terpahat nama Sultan Melaka yang memerintah
  • terdapat juga mata wang emas dan perak
  • mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan
  • Urusan berjual beli dijalankan dalam dua bentuk
  • pertukaran barangan
  • guna mata wang
  • Perdagangan tukar barangan Alam Melayu berlaku antara :
  • barangan dari China
  • barangan dari Barat dan India

MATA WANG

39 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

39

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

PENGURUSAN PERDAGANGAN

  • bertanggungjawab sebagai tentera untuk jamin keselamatan pedagang di perairan Melaka.

ORANG LAUT

  • berikan taat setia kepada raja
  • mainkan peranan penting dalam mengekalkan kestabilan kerajaan - pastikan urusan perdagangan dapat dijalankan tanpa gangguan
  • merupakan pelayar dan penunjuk arah yang cekap kepada pedagang yang berdagang di Melaka.

40 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

40

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

PENGURUSAN PERDAGANGAN

Kemudahan Pelabuhan

  • dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang menarik minat pedagang.
  • Antaranya :
  • Gudang tempat menyimpan barang.
  • Kemudahan pengangkutan.
  • Kemudahan bekalan makanan dan minuman.
  • Khidmat membaiki kapal.
  • Tempat penginapan.
  • Syahbandar yang menjaga kebajikan pedagang.
  • Kemudahan tempat beribadat.

41 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

41

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

HUBUNGAN LUAR

Hubungan ini - KMM dapat menjamin kestabilan dan keselamatan kerajaan serta dapat kekalkan penguasaannya terhadap perdagangan di Selat Melaka.

Hubungan Diplomatik: hubungan secara langsung dengan menggunakan perantaraan perwakilan (diplomat) antara dua negara.

Hubungan Luar: kerjasama yang terjalin antara sesebuah kerajaan dengan kerajaan lain. Kerjasama ini berlaku dalam pelbagai aspek - politik, ekonomi, keselamatan, pertukaran teknologi, kebudayaan dan keamanan.

KMM jalinkan hubungan luar dalam bentuk hubungan diplomatik dan perdagangan

Hubungan berlaku dengan kerajaan Alam Melayu - kerajaan Pasai, Demak, Majapahit dan Makasar

Selain itu, hubungan luar berlaku dengan kerajaan luar Alam Melayu - China, Ryukyu, Siam, Mesir, Parsi, Turki dan Pegu

42 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

42

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

HUBUNGAN LUAR

Demak

  • berlaku atas dasar kepentingan bersama dalam perdagangan dan penyebaran Islam
  • Kerajaan Demak membekalkan beras, bahan makanan, rempah-ratus dan tentera kepada Melaka
  • penting bagi menjamin keamanan dan kemakmuran Melaka.

Pasai

  • berlaku atas dasar sama taraf
  • terjalin melalui perkahwinan Sultan Melaka dengan puteri kerajaan Pasai, iaitu Puteri Ratna Kaumala
  • berlaku atas dasar berkongsi pendapat dan perbincangan berkaitan hal agama Islam
  • bantu Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam.

Majapahit

  • terjalin disebabkan oleh perkahwinan pemerintah Melaka dengan puteri Majapahit
  • kukuhkan lagi persahabatan dengan Majapahit
  • kesan - wilayah Melaka semakin luas dan tamatnya ancaman daripada Majapahit

Makasar

  • hantar utusan persahabatan ke Makasar
  • berlaku dalam aspek perdagangan, perkapalan, Islam, kebudayaan dan kesenian
  • semakin rapat - kerajaan Makasar menghadiahi “Budak Raja” kepada Sultan Melaka.

Hubungan KMM dengan Kerajaan Alam Melayu

43 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

43

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

HUBUNGAN LUAR

China

  • Hubungan diplomatik, persahabatan dan perdagangan terjalin dengan kunjungan utusan diketuai oleh Yin Ching (1403) dan Laksamana Zheng He (1405).
  • Pengurniaan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kepada Sultan Melaka.
  • Melaka mendapat naungan dan perlindungan daripada China.
  • Pengiktirafan dan perlindungan China dapat elakkan ancaman Siam.
  • Melaka mahu situasi menang- menang dengan Siam untuk kekalkan kedaulatannya.

Ryukyu (Jepun)

  • jalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan kerajaan Ryukyu.
  • Sultan Mansur Shah berutus surat dengan kerajaan Ryukyu berkaitan tingkah laku pedagangnya yang melanggar undang-undang di Melaka.
  • Hubungan ini bantu tingkatkan lagi perdagangan dengan Melaka.

Hubungan KMM dengan Kerajaan Luar Alam Melayu

44 of 53

ASPEK KEGEMILANGAN

44

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

HUBUNGAN LUAR

Siam

  • pernah diancam oleh Siam semasa pemerintahan Parameswara dan Sultan Muzaffar Shah.
  • jalinkan hubungan dengan Siam atas dasar diplomatik dan perdagangan.
  • hantar utusan ke Siam yang diketuai oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera.
  • melalui hubungan ini, Melaka memperoleh bekalan kayu jati, beras dan bahan makanan daripada Siam serta dapat menjamin keselamatannya.

Kerajaan Lain

  • berbentuk perdagangan pula dilakukan dengan Pegu, Luzon, Gujerat, Koromandel dan Bengal
  • jalinkan hubungan dengan Mesir, Parsi, Turki dan Arab
  • Kesannya, Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran Islam yang ulung di Alam Melayu.

Hubungan KMM dengan Kerajaan Luar Alam Melayu

45 of 53

5.3 PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA YANG BERPUSAT DI MELAKA

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan berakhirnya pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

46 of 53

PENGENALAN

46

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

Walaupun terpaksa berundur, pemerintah KMM terus berjuang untuk mengembalikan kedaulatannya.

02

01

04

03

Kegemilangan KMM berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun 1511

Peristiwa ini penting kerana tahun tersebut menandakan bermulanya serangan Portugis dan penaklukan ke atas Melaka

KMM telah menggunakan beberapa strategi untuk menghadapi serangan Portugis

47 of 53

PENGAKHIRAN KMM

47

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

Faktor Dalaman

Serangan Portugis

Strategi Melaka Menghadapi Serangan Portugis

Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan

48 of 53

PENGAKHIRAN KMM

48

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

FAKTOR DALAMAN

Masalah Kepimpinan

  • Kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar dalam pemerintahan dan pentadbiran - ketidakstabilan politik.
  • Amalan pilih kasih, rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran.
  • Perbalahan sesama sendiri dalam kalangan pembesar.

Masalah Perpaduan

  • Rakyat tidak bersatu padu.
  • Berlaku persaingan kuasa antara pembesar Melaka - menyebabkan perpecahan.
  • Askar upahan dari luar yang tidak taat setia kepada Melaka.

49 of 53

PENGAKHIRAN KMM

49

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

SERANGAN PORTUGIS

Kedatangan Portugis ke Alam Melayu kerana ingin mencapai matlamat kekayaan, keagamaan dan kemasyhuran.

Di samping kawal perdagangan rempah, Portugis ingin sebarkan agama Kristian dan hapuskan penguasaan pedagang Islam.

Hubungan Melaka-Portugis bermula dengan kedatangan Lopez de Sequeira (11 September 1509)

Kegagalan rundingan menyebabkan Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka.

Serangan berlaku sebanyak tiga kali, iaitu pada

  • 25 Julai 1511,
  • 10 Ogos 1511
  • 24 Ogos 1511.

50 of 53

PENGAKHIRAN KMM

50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

Strategi Melaka Menghadapi Serangan Portugis

  • Malahan askar tempatan digambarkan punyai semangat keperwiraan yang tinggi.
  • gunakan lancaran dan perahu berapi.
  • pertahanan Melaka diperteguhkan di kawasan pantai dengan kayu-kayan dan pelbagai jenis meriam serta peti-peti berisi serbuk peluru.
  • tembakan meriam bertalu-talu dari pantai.
  • Melaka gunakan tentera bergajah bagi menghadapi serangan Portugis.
  • Kepemimpinan KMM melaksanakan pelbagai ikhtiar pertahankan maruah dan kedaulatannya - aspek diplomasi, strategi, pertahanan dan pertempuran.
  • Melaka juga tidak tandus dari segi semangat juang.

51 of 53

PENGAKHIRAN KMM

51

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

PERJUANGAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN

  • Akhirnya, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar dan mangkat pada tahun 1528.

Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka ke beberapa wilayah naungan serta jajahannya kemudian bersemayam di Bentan.

  • Di antara tahun 1515 hingga 1519, Sultan Mahmud Shah melakukan 3 kali serangan untuk mendapatkan semula Melaka tetapi gagal.
  • Pada tahun 1526, pusat pemerintahan Sultan Mahmud Shah di Bentan telah dimusnahkan oleh Portugis.

52 of 53

PENGAKHIRAN KMM

52

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN SELANGOR

RUMUSAN

Hal ini bagi mengelakkan perpecahan yang boleh mengancam perpaduan dan keamanan negara.

04

03

02

01

Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka berakhir pada 24 Ogos 1511

Legasi kegemilangan KMM diwarisi dan diteruskan pula oleh Kesultanan Johor Riau

Kekalahan KMM perlu dijadikan iktibar kepada kita tentang kepentingan memelihara perpaduan

53 of 53

TERIMA KASIH

UNIT SEJARAH, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DENGAN KERJASAMA JPN SELANGOR

Unit Sejarah

603-8884 2000

http://bpk.moe.gov.my/

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula