1 of 51

EKM322�KESUSASTERAAN MELAYU��

SUHASNI BIN DOLLAH

BAB 4

2 of 51

  • Cerita rekaan atau singkatannya cereka (sebutan: ceréka) atau fiksyen ialah karya sastera penulisan yang dicipta daripada imaginasi penulis.

  • Fiksyen mungkin dalam bentuk novel dan cerita pendek. Istilah 'cereka' tercipta dari istilah cerita rekaan.

  • Fiksyen, mungkin memasukkan atau merujuk kepada fakta atau peristiwa sebenar oleh si penulis sebagai sumber inspirasi.

3 of 51

4.2.1 Fiksyen Peminat

  • Fiksyen peminat (bahasa Inggeris: fan fiction atau fanfiction; singkatan fanfic, FF atau fic) ialah istilah pengertian umum bagi hasil fiksyen mengenai watak-watak atau latar-latar yang dikarang oleh para peminat sesuatu karya asal, dan bukannya pengkarya asalnya.

  • Fiksyen peminat lazimnya menghuraikan hasil kerja yang tidak menerima izin pengkarya asalnya, dan biasanya (tetapi bukan selalunya) tidak diterbit secara profesional.

  • Fiksyen peminat diertikan berlawanan dengan fiksyen asli yang wujud di dalam alam diskret tersendiri, serta berlawan dengan hasil daftar karya dalam lingkungan alam tersebut.

4 of 51

4.2.2 Fiksyen Sains sebagai Aliran Sastera

  • Fiksyen sains berbeza dari arus perdana sastera kerana ia menceduk segala metafora ceritanya dari bidang sains dan teknologi, namun perbezaan ini sahaja tidak cukup jelas untuk mendirikannya sebagai suatu genre yang tersendiri.

  • Sebagaimana yang telah dibicarakan sebelum ini, kepelbagaian ragam tema dan spektrum genre yang beraneka menyebabkan fiksyen sains sukar diterjemahkan selaku suatu genre mutlak dalam dunia sastera moden, malah definisi fiksyen sains itu sendiri sering mengundang perdebatan di antara para pelopor dan pengkajinya.

  • Kekeliruan ini seringkali berlaku akibat pertindihan fiksyen sains dengan aliran fantasi

5 of 51

Damon Knight, seorang pengarang fiksyen sains yang terkenal di Amerika Syarikat, telah mengariskan beberapa kriteria fiksyen sains seperti berikut:

1. Sains

2. Teknologi Dan Rekaan (Technology and Invention)

3. Zaman Akan Datang Dan Zaman Lampau, termasuk semua cerita

pengembaraan di dalam masa (The future and remote past, includin all

time travel stories)

4. Ekstrapolasi

5. Metod Saintifik (The Scientific Method)

6. Dunia Lain (seperti planet lain, dimensi lain dan sebagainya, termasuk

pelawat dari dunia atau dimensi tersebut)

6 of 51

4.2.3 Contoh-contoh buku fiksyen

  • Buku fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau khayalan seseorang pengarang.

  • Buku fiksyen dapat diklasifikasikan mengikut bahasa, antaranya :
  • Buku Fiksyen Melayu
  • Buku Fiksyen Inggeris
  • Buku Fiksyen Cina
  • Buku Fiksyen Tamil
  • Buku Fiksyen Arab

7 of 51

Kebiasaannya cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku fiksyen adalah :

  • Cerita Sains
  • Cerita Nasihat
  • Cerita Dongeng
  • Cerita Khayalan
  • Cerita Binatang
  • Cerita Rakyat

8 of 51

4.2.4 Contoh-contoh buku bukan fiksyen

Semua buku bukan fiksyen dikelas dibawa sepuluh bidang utama iaitu :

  • Karya am
  • Falsafah
  • Agama
  • Sains Kemasyarakatan
  • Bahasa
  • Sains Tulen
  • Teknologi
  • Kesenian
  • Kesusasteraan
  • Sejarah & Geografi

9 of 51

4.3 Fiksyen Melayu Moden

  • Antara unsur gaya bahasa yang lazimnya digunakan dalam sesebuah penulisan adalah seperti diksi ( pemilihan kata ), ayat, bahasa perbandingan dan estetika bahasa ( keindahan bahasa ).

  • Kemahiran menggunakan gaya bahasa akan memancarkan keindahan dalam sesuatu karya di samping menonjolkan keperibadiaan penulis kerana biasanya seseorang penulis memiliki gaya bahasanya yang tersendiri,

10 of 51

4.3.2 Definisi gaya bahasa

  • Mana Sikana dalam bukunya yang berjudul Kritikan Sastera: Pendekatan dan Teori (1986 : 160), gaya bahasa ialah suatu kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa.

  • Gaya bahasa juga bertujuan untuk memperlihatkan sejauh mana keberhasilan seseorang pengarang itu mengolah bahasa yang sesuai sebagai penerapan karya kreatif yang bersifat imaginatif, figuratif, dan simbolik yang mampu mengukuhkan pemikiran.

11 of 51

4.3.3 CONTOH PENGOLAHAN GAYA BAHASA DARIPADA BUAH � TEKS : TEH DI BUKIT TINGGI oleh Nor Faridah Manaf

Petikan dari cerpen Teh di Bukit Tinggi :

Kereta buruknya merangkak memanjat bukit tinggi itu. Di belakang kereta itu terpampang besar pelekat ini : Jutawan akan Datang Anda. Aku tergelak besar. Siapakah gerangan badut ini, hatiku tertanya-tanya. Kami semua menuju ke destinasi yang sama : majlis minum teh di bukit tingi di Malaysia. Kami semua mendapat jemputan seorang ahli politik yang sedang naik namanya. Orang mengatakan dia pilihan nombor tiga dan bakal menjadi Perdana Menteri dalam masa dua atau tiga pilihan raya lagi. Aku dijemput sebagai wartawan sebuah surat khabar terkenal di Negara ini. Surat khabar yang dikatakan menjadi telunjuk kerajaan yang memerintah. Ini tidak benar. Sama sekali tidak benar. Kami ini telah merdeka. Kami telah lama mempunyai kebebasan bersuara.

12 of 51

Aktiviti Kendiri

13 of 51

14 of 51

15 of 51

BAB 5: DRAMA

16 of 51

5.1 PENGENALAN

  • Drama berasal dari kata Yunani, draomai yang bererti berbuat, bertindak, bereaksi, dan sebagainya.
  • Jadi, kata drama dapat diertikan sebagai perbuatan atau tindakan. Secara umum, pengertian drama adalah karya sastera yang ditulis dalam bentuk dialog dengan maksud pertunjukan oleh pelakon.
  • Pementasan naskah drama dikenal dengan istilah teater.
  • Dapat dikatakan bahawa drama berupa cerita yang dipertonton oleh para pelakon di panggung.
  • Pengertian drama adalah semua bentuk tontonan yang mengandungi cerita yang dipertontonkan di hadapan ramai orang.
  • Dalam erti kata sempit pula, pengertian drama adalah kisah hidup manusia dalam masyarakat yang diadaptasikan ke atas panggung.

17 of 51

5.1.1 Pengertian drama

  • Drama adalah karangan yang menggambarkan kehidupan dan watak manusia dalam bertingkah laku yang dipentaskan dalam beberapa babak. Seni drama sering disebut seni teater.

18 of 51

5.1.2 Sejarah drama

  • Sejarah drama sebagai tontonan sudah ada sejak zaman dahulu. Nenek moyang kita sudah memainkan drama sejak ribuan tahun yang lalu.

  • Bukti tertulis yang bisa dipertanggung jawabkan mengungkapkan bahawa drama sudah ada sejak abad kelima SM.

  • Hal ini didasarkan temuan naskah drama kuno di Yunani.

  • Penulisnya Aeschylus yang hidup antara tahun 525-456 SM. Isi lakonnya berupa persembahan untuk memohon kepada dewa-dewa.

19 of 51

  • Dalam pembahagian jenis drama, biasanya digunakan tiga dasar, iaitu: berdasarkan persembahan pelakon drama, berdasarkan sarana, dan berdasarkan naskah drama.

  • Berdasarkan lakonan, drama dapat dibezakan menjadi beberapa jenis, iaitu:

Tragedi: drama yang penuh dengan kesedihan

Komedi: drama kelakar yang penuh dengan kelucuan.

Tragekomedi: perpaduan antara drama tragedi dan komedi.

Opera: drama yang dialognya dinyanyikan dengan diiringi

muzik.

20 of 51

  • Melodrama: drama yang dialognya diucapkan dengan diiringi melodi/musik.

  • Farce: drama yang menyerupai dagelan, tetapi tidak sepenuhnya dagelan.

  • Tablo: jenis drama yang mengutamakan gerak, para pelakonnya tidak mengucapkan dialog, tetapi hanya melakukan gerakan-gerakan sahaja.

  • Sendratari: gabungan antara seni drama dan seni tari.

21 of 51

Berdasarkan pementasannya, terdapat beberapa jenis drama iaitu:

  • Drama Panggung: drama yang dimainkan oleh para pelakon di panggung.
  • Drama Radio: drama radio tidak dapat dilihat, tetapi hanya dapat didengarkan oleh penikmat.
  • Drama Televisyen: hampir sama dengan drama panggung, hanya bezanya drama televisyen dapat disentuh.
  • Drama Filem: drama filem menggunakan layar lebar dan biasanya dipertunjukkan di bioskop.

22 of 51

  • Drama Wayang: drama yang diiringi dengan wayang.

  • Drama Boneka: para tokoh drama digambarkan dengan boneka yang dimainkan oleh beberapa orang.

23 of 51

5.2 Drama Melayu : Konsep dan Ciri

  • Drama berasal dari bahasa Greek; dari kata kerja dran yang bererti berbuat, atau to act atau to do (Morris 1964 : 476).

  • Dari segi makna khusus mengutamakan perbuatan, gerak yang merupakan elemen yang bersifat drama.

  • Drama ialah hidup yang ditampilkan melalui gerak (Moulton : 1989).

  • Drama adalah kesenian melukis sifat dan sikap manusia dengan gerak

(Slametmuljana : 1957).

24 of 51

5.2.1 Latar Belakang Drama Pentas

  • Perkembangan awal pementasan drama di Malaysia dilihat mempunyai pertalian yang erat dengan pertumbuhan drama pentas di Greek, Mesir, India, China, Jepun atau Indonesia yang turut memasukkan unsur-unsur dan amalan ritual iaitu kepercayaan kepada amalan nenek moyang yang bersifat animisme; kepercayaan terhadap alam sekeliling yang dianggap mempunyai kuasa_x0002_kuasa tertentu.

25 of 51

  • Berdasarkan huraian tersebut, ternyata kemunculan drama ada pertaliannya dengan keagamaan (Francis Edward : 1976).

  • Di Mesir Tua, misalnya ada upacara keagamaan yang berbentuk tarian dan lakonan.

  • Hal yang sama terdapat di Malaysia dengan wujudnya aktiviti_x0002_aktiviti yang pengisian seakan-akan sama seperti main pantai, puja pantai, main puteri.

  • Aktiviti tersebut dengan jelas memperlihatkan unsur animisme (Mana Sikana : 1991).

26 of 51

5.2.2 Drama Bangsawan

  • Kemunculan drama bangsawan dikatakan berasal dari benua kecil India (Rahmah Bujang: 1975).

  • Pada tahun 1870, datang rombongan dari negara India yang dikenali sebagai “Rombongan Wayang Parsi” atau “Mandu” yang anggotanya terdiri daripada lelaki dan perempuan dan persembahannya menggabungkan unsur lakonan, nyanyian dan tarian.

  • Tema yang dipilih pula berkisar mengenai cerita-cerita fantasi penggembaraan ke alam khayalan manakala tujuan persembahannya ialah sebagai hiburan

27 of 51

5.2.3 Drama Bentuk Realisme

  • Konsep pementasan drama realisme telah diperkenalkan oleh beberapa orang aktivis drama seperti George Benard Shaw, Henrik Ibsen, August Strinberg dan Anton Chekhov di Eropah.

  • Dramatis Barat ini menggunakan peralatan realistik dalam pementasan drama mereka untuk menarik perhatian masyarakat kepada isu-isu semasa.

  • Pengaruhan pementasan bentuk ini akhirnya berkembang ke serata tempat termasuk Malaysia yang dicubabawakan pada dekad 1960-an itu.

28 of 51

5.3 Analisis Drama Melayu dari Perspektif Stilistik

  • Keindahan sesuatu karya banyak dipengaruhi oleh kreativiti pengarang sendiri dengan menggunakan bakat dan stailnya sebaik mungkin agar dapat mewujudkan kesan yang boleh memberi kesenangan kepada khalayak.

  • Stail atau stilistik yang dimaksudkan adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa.

  • Ilmu ini juga terdapat dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan.

  • Umar Junus, 1989 ada menyatakan bahawa stilistik merupakan “ilmu gabung” yang menerapkan disiplin linguistik yang digunakan untuk mengkaji dan meneliti hasil-hasil sastera.

29 of 51

5.3.2.1 Stail perlambangan atau simbol

  • Menurut kamus Webster simbol adalah sesuatu yang berarti atau mengacu pada sesuatu yang berdasarkan hubungan nalar,asosiasi, konvensi, kebetulan dan kemiripan tanda yang dapat dilihat dari sesuatu yang tidak terlihat.

  • Simbol dalam kesusasteraan dapat berupa ungkapan tertulis , gambar, benda, latar, peristiwa dan perwatakan yang biasanya digunakan untuk memberi kesan dan memperkuat makna dengan mengatur mempersatukan erti secara keseluruhan.

30 of 51

  • Drama “Orang-Orang Kecil”merupakan satu hasil kreativiti pengarang dalam mengetengahkan stail penulisan dengan menggunakan simbol orang- orang kecil sebagai perlambangan.

  • Dengan ini dapat dikaitkan dengan pendekatan stilistik seperti yang ditegaskan oleh Raymond Chapman (1973 : 11-12), menjelaskan bahawa sesebuah karya sastera itu ditandai oleh kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya iaitu bahasa khusus untuk menimbulkan kesan artistik.

31 of 51

5.3.2.2 Stail Penggunaan diksi

  • Diksi ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dan lain-lain) secara bertulis atau lisan (Kamus Dewan, 2007 : 351).

  • Melalui penggunaan diksi ini terdapat interpritasi tertentu yang dapat memperlihatkan kreativiti berbahasa pengarang yang dituntut untuk menjadikan bahasa yang digunakan kemas dan memberi kesan maksimum kepada pembaca atau penonton drama.

  • Lantaran itu, pemilihan kata-kata atau diksi ini dapat memberi makna atau maksud sebenar sesuatu ayat digunakan mengikut konteks pertuturan yang sebenarnya (2010 : 226).

32 of 51

5.3.2.3 Dari sudut Semantik

  • Semantik ialah cabang ilmu linguistik yang berkaitan makna atau erti.
  • Mengikut Kamus Dewan pula semantik adalah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

  • Secara khusus semantik mempunyai perkaitan saling berkait dengan stilistik, kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang enyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

33 of 51

  • Makna sesuatu perkataan bergantung kepada masyarakat untuk mentafsirnya, selebihnya hanya pengarang sahaja yang mengetahui makna disebalik pemikiran yang cuba di ketenggahkan.

34 of 51

  • ke era ini sejak kemunculannya sekitar 1930 an. Kehadiran genre ini merancakkan lagi dunia penulisan kreatif tanah air.

  • Saban tahun muncul penulis-penulis baru untuk mengaktifkanperkembangan drama Melayu seterusnya dapat mempertahankan karya Kesusasteraan Melayu.

  • Apabila berbicara tentang sastera, aspek keindahan bahasa tidak dapat dipisahkan lagi kerana penggunaan bahasa yang indahlah menjadi tarikan utama masyarakat terhadap sesebuah karya sastera.

  • Bahasa merupakan wahana pengucapan yang bermakna.

35 of 51

BAB 6: SAJAK

36 of 51

Pengenalan

  • Sajak ialah puisi Melayu moden yang berbentuk karangan berangkap ,
  • berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.

  • Sajak merupakan salah satu genre kesusasteraan moden yang popular.

  • Genre kesusasteraan moden yang lain ialah cerpen, novel dan drama.

37 of 51

  • Dalam konteks yang berlaku pada hari ini, orang menamakan sajak sebagai puisi juga.
  • Sebenarnya, mereka menyebut puisi sebagai singkatan daripada rangkai kata puisi moden.
  • Puisi sebenarnya meliputi juga pantun, syair, gurindam, seloka dan beberapa lagi.
  • Ini dikatakan puisi lama. Manakala, puisi moden pula ialah sajak.

38 of 51

  • Dalam sastera, puisi pula terbahagi kepada dua jenis iaitu puisi tradisional dan puisi moden (sajak).
  • Puisi tradisional atau puisi lama adalah seperti pantun, syair, seloka, gurindam dan selanjutnya.
  • Manakala puisi moden atau lebih dikenali sebagai sajak tidak terikat kepada bentuk-bentuk puisi lama seperti yang dinyatakan sebelum ini.
  • Sajak bebas daripada ikatan tradisional.
  • Pernyataan fikiran penyair dapat dinyatakan dengan lebih bebas dan dinamis melalui sajak berbanding dengan gaya puisi lama yang mempunyai peraturan-peraturan tertentu.

39 of 51

  • Menurut Za’ba, daripada perkataan “sajak” itu sebenarnya ada dua pengertian yang boleh difahami oleh orang Melayu sekarang iaitu makna sajak secara umumnya ialah segala jenis karangan berangkap baik pantun atau syair atau lain-lainnya.

  • Manakala makna sajak secara khususnya ialah suatu jenis karangan berangkap cara baru dalam bahasa Melayu, keadaannya seakan-akan gurindam dan seloka pada bentuk luarnya tetapi berlainan pada isi dan rasa keseniannya dengan beberapa sifat yang tertentu.

  • Selain itu, menurut beliau, asal perkataan sajak ialah daripada perkataan Arab “saj” yang bererti karangan prosa yang memakai pertentangan bunyi sama ada pada hujung tiap-tiap ayat atau suku ayatnya.

40 of 51

6.2 Definisi Sajak

  • Pada umumnya, sajak adalah suatu ekspresi tentang pengalaman manusia yang secara imaginatif dan terjalin dalam bentuk-bentuk struktur yang tidak terkawal serta mempunyai bahasa yang indah untuk menemukan nilai rasa dan nilai erti yang seimbang.

  • Ciri utama sajak seperti juga cerpen, novel dan drama yang mengandungi unsur_x0002_unsur emosi, imaginatif, dan akal budi

41 of 51

  • Menurut Hashim Musa, sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima.

  • Sajak bersifat demikian supaya dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.

42 of 51

6.2.2 Sifat Sajak

  •  Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap
  •  Sajak tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau

rima akhir di hujung tiap-tiap baris ayat atau di mana-mana juga.

  •  Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap

tidaklah tetap.

  •  Mempunyai baris-baris ayat yang membangunkan rangkap.
  •  Mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi

dengan bahasa

43 of 51

6.2.3 Nada dalam sajak

  • nada melankolik
  • nada romantik
  • nada patriotik
  • nada sinis
  • nada protes

44 of 51

6.2.4 Tema sajak

Tema ialah persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh penyair.

  •  Tema diri: berdasarkan pengalaman diri.
  •  Tema cinta: cinta akan kekasih, ibu bapa, tanah air, bangsa & negara.
  •  Tema masyarakat: memaparkan simpati & nasib masyarakatnya di samping

saranan penyajak tentang langkah-langkah mengatasinya.

  •  Tema alam: gambaran alam seperti keindahan & pencemaran alam.
  •  Tema semangat perjuangan / nasionalisme: semangat pahlawan negara
  •  Tema ketuhanan & keagamaan: soal kesedihan, kematian, kesedaran &

sebagainya.

45 of 51

6.2.5 Bentuk Sajak

  •  Disitkhon. Sajak yang ditulis dalam bentuk dua baris bagi setiap rangkap.
  •  Terzina. Sajak yang serangkapnya terdiri daripada tiga baris.
  •  Quantrain. Sajak yang rangkap-rangkapnya terbangun atas empat baris

Bentuknya lebih menyerupai pantun & syair.

  •  Quintain. Sajak yang rangkapnya dibentuk oleh lima baris atau kalimat
  •  Sextet. Sajak yang digubah dengan pemakaian rangkap yang terdiri daripada

enam baris.

  •  Oktaf (stanza). Sajak yang rangkapnya terdiri oleh lapan baris atau kalimat

46 of 51

6.2.6 Gaya bahasa

  • Gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai khususnya dalam tulisan atau karangan (Keris Mas, 1990 : 13).

  • Penggunaan atau pemakaian bahasa pula mempunyai pelbagai jenis yang khusus.

  • Gaya bahasa juga bermaksud gaya seseorang penulis menggunakan bahasa dan gaya bahasa ini adalah wahana yang paling sempurna untuk manusia menyampaikan amanatnya.

47 of 51

6.2.7 Bahasa Figuratif

  • Bahasa figuratif atau figurative language adalah kelangsungan ucapan yang berupa penggantian makna.

  • Bahasa figuratif yang juga dikenali sebagai kiasan telah muncul dan sesuai dengan kebiasaan sesuatu masyarakat.

  • Gaya bahasa figuratif juga sering dipertentangkan dengan bahasa logik. Ini kerana bahasa fuguratif adalah satu kerangkan yang membawa maksud subjektif dan lebih bersifat tanggapan individu (Hashim Ismail, 1995 : 1002)

48 of 51

6.2.8 Jenis-jenis bahasa figuratif

  • Terdapat berbagai jenis bahasa fuburatif di dalam sajak. Namun begitu, terdapat beberapa bahasa figuratif yang lebih dominan dan digunakan iaitu metafora, personafikasi, simile, sinekdot, eufimesme, dan ironi.

  • Setiap bahasa figuratif tersebut mengalihkan sesuatu pengertian yang lain sehinggan muncul pengertian baharu.

49 of 51

6.3 Sajak sebagai Mantra Baru dalam Sastera Melayu Moden

  • Dalam makalah ini, istilah penyajak digunakan untuk menggantikan istilah “penyair” yang tidak sesuai lagi digunakan kerana sajak dan bukannya syair, tetapi hanya satu bentuk “karangan berangkap” (istilah Pendeta Za’ba) yang ringan dari segi isi dan mudah dari segi bahasa, walaupun sajak kadang-kadang terlalu tepu dengan penggunaan bahasa yang dibuat_x0002_buat, misalnya penggunaan retorik yang keterlaluan seperti metafora, perbandingan, pengulangan, dan lain-lain jenis retorik yang biasa digunakan dalam sajak-sajak Inggeris /Barat.

50 of 51

  • Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh, seorang sasterawan negara; sajak juga digunakan sebagai mantra peribadi untuk menceritakan kehidupan penulis sajak sendiri, seperti yang ditunjukkan oleh Leo A.W.S. dalam sajak_x0002_sajaknya; atau sajak juga menjadi mantra masyarakat, untuk mengkritik perkara-perkara tertentu dalam masyarakat, seperti yang ditunjukkan oleh T. Alias Taib dalam sajak-sajaknya

51 of 51

Kesimpulan

  • Sajak juga merupakan salah satu rujukan dalam aspek sastera Melayu. Sajak merupakan ungkapan ataupun karangan tulisan yang berangkap. Sajak juga merupakan unsur sastera moden yang semakin mendapat tempat di hati bangsa Melayu.

  • Sajak telah dijadikan sebagai salah satu cara penyampaian maklumat perasaan dan lain-lain kepada pembaca.

  • Ternyata kemahiran berbahasa digunakan dalam sajak ini. Intihannya, sajak merupakan salah salah satu genre moden yang amat diminati dan mudah dikaryakan.