1 of 37

BAB 12 SUMBER AIR

GEOGRAFI TINGKATAN 1 KSSM

2 of 37

12.1 JENIS-JENIS SUMBER AIR

3 of 37

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

 

  • 5.1.1 Mengenal pasti jenis sumber air.

4 of 37

JENIS-JENIS SUMBER AIR

  • Malaysia menerima jumlah hujan yang tinggi sepanjang tahun, iaitu kira-kira 2 500 mm hingga 3 000 mm setahun.
  • Malaysia kaya dengan dua sumber air, iaitu air permukaan dan air bawah tanah.

5 of 37

JENIS-JENIS SUMBER AIR

  • Sumber air permukaan adalah sumber air utama dan sebahagian kecil sahaja sumber air bawah tanah digunakan
  • Secara umumnya, 97% sumber air negara adalah daripada air permukaan

6 of 37

AIR PERMUKAAN

  • Air permukaan ialah air yang didapati di permukaan daratan.
  • Apabila hujan turun, air hujan akan mengalami beberapa proses hidrologi seperti intersepsi dan infiltrasi.
  • Intersepsi : proses air hujan yang jatuh ke daratan tetapi tidak menyerap ke dalam tanah
  • Infiltrasi : proses air yang menyerap ke dalam tanah

7 of 37

AIR PERMUKAAN

  • Air hujan akan mengalir di permukaan bumi sebagai air permukaan yang akan sampai ke sistem saliran seperti sungai, empangan dan tasik.
  • Sungai merupakan sumber air utama untuk kegunaan harian, industri dan sumber pengairan bagi pertanian.
  • Terdapat lebih kurang 150 lembangan sungai utama di Malaysia yang membekalkan sumber air mentah negara.

8 of 37

SUNGAI

  • Sungai Kelantan (Kelantan)
  • Sungai Rajang (Sarawak)
  • Sungai Pahang (Pahang)
  • Sungai Muda (Kedah)
  • Sungai Kinabatangan (Sabah)

Sungai Kinabatangan

9 of 37

TASIK

  • Tasik Banding (Perak)
  • Tasik Kenyir (Terengganu)
  • Tasik Bera (Pahang)
  • Tasik Chenderoh (Perak)

Tasik Chenderoh

10 of 37

AIR BAWAH TANAH

  • Air bawah tanah bermaksud air yang tersimpan dalam lapisan tanah atau batuan yang terletak di bawah permukaan bumi.
  • Malaysia mempunyai kira-kira 5 000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah yang belum diterokai
  • Hanya tiga peratus air bawah tanah yang digunakan di Malaysia.

11 of 37

12 of 37

12.2 PUNCA KRISIS AIR DI MALAYSIA

13 of 37

PUNCA KRISIS AIR DI MALAYSIA

  • Malaysia tidak terlepas daripada krisis air walaupun kaya dengan sumber air.
  • Krisis air merujuk kepada situasi kekurangan sumber air yang dapat digunakan.
  • Krisis air pernah berlaku di Malaysia seperti di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur pada tahun 2014.

14 of 37

PUNCA KRISIS AIR DI MALAYSIA

  • Penebangan hutan di kawasan tadahan air
  • Fenomena cuaca
  • Pembuangan sampah

15 of 37

PUNCA KRISIS AIR DI MALAYSIA

  • Permintaan tinggi dalam sektor perindustrian
  • Pencemaran baja kimia dan racun serangga
  • Peningkatan populasi penduduk

16 of 37

PENEBANGAN HUTAN DI KAWASAN TADAHAN AIR

  • Hutan merupakan ekosistem yang penting untuk sumber bekalan air bersih.
  • Penerokaan hutan secara meluas dalam kegiatan pembalakan dan pertanian menjadi punca hakisan tanah.
  • Pemendapan dan hakisan cerun menjejaskan bekalan serta kualiti sumber air.

17 of 37

FENOMENA CUACA

  • Fenomena cuaca seperti kemarau dan El Nino merupakan salah satu punca berlakunya krisis air di Malaysia.
  • Pada tahun 2016, berlaku fenomena El Nino yang menyebabkan kemarau panjang di seluruh Semenanjung Malaysia.
  • Antara kesannya adalah penyusutan aras air di Empangan Timah Tasoh (Perlis) dan Empangan Tasik Merah (Perak) sehingga mencapai tahap kritikal.

18 of 37

PEMBUANGAN SAMPAH SARAP KE DALAM SUNGAI

  • Kebanyakan sungai di Malaysia tercemar dengan sampah dan sisa industri.
  • Berdasarkan pemantauan Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2016, sebanyak 229 daripada 473 sungai di seluruh negara didapati tercemar.

19 of 37

PERMINTAAN YANG TINGGI SEKTOR PERINDUSTRIAN

  • Menjelang tahun 2020, permintaan air dalam sektor perindustrian akan terus meningkat.
  • Antara industri yang melibatkan banyak penggunaan air ialah industri pemprosesan makanan, industri pembuatan dan penyaduran serta industri kimia.

20 of 37

PENGGUNAAN BAJA KIMIA DAN RACUN SERANGGA DALAM PERTANIAN

  • Penggunaan baja kimia dan racun serangga yang berlebihan atau tidak mengikut piawaian dalam pertanian menyebabkan pencemaran sungai yang serius.

21 of 37

PENINGKATAN POPULASI PENDUDUK MALAYSIA

  • Pada tahun 2020, penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 35 juta orang.
  • Pertambahan penduduk menyebabkan peningkatan permintaan terhadap air.

22 of 37

12.3 KESAN KRISIS AIR DI MALAYSIA

23 of 37

KESAN KRISIS AIR DI MALAYSIA

  • Air merupakan keperluan asas bagi semua hidupan dan krisis air yang berlarutan akan mendatangkan kesan buruk

24 of 37

KEKURANGAN BEKALAN AIR BERSIH

  • Bekalan air bersih terpaksa dicatu apabila berlaku krisis air.
  • • Kekurangan bekalan air juga akan menyukarkan kegiatan harian penduduk dan mengganggu sektor perindustrian.

25 of 37

KESAN KE ATAS TANIH

  • Krisis air akan menyebabkan tanah menjadi kering-kontang dan mengubah tekstur tanah
  • Masalah ini memberi kesan terhadap kegiatan pertanian seperti penanaman padi seterusnya menjejaskan bekalan makanan dan hasil pengeluaran negara.

26 of 37

KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

  • Pencemaran air menyebabkan flora dan fauna mati dan pupus.
  • Kepupusan flora dan fauna akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem yang dapat mengancam kehidupan manusia.
  • Pencemaran air pula memberi kesan buruk terhadap hidupan akuatik.

27 of 37

KEMUDARATAN KEPADA MANUSIA

  • Penyakit bawaan air boleh menular kepada manusia setelah bekalan air bersih tercemar.
  • Sebagai contoh, penyakit bawaan air ialah taun, demam kepialu dan leptospirosis.

28 of 37

12.4 LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KRISIS AIR

29 of 37

LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KRISIS AIR

  • Pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan tadahan hujan
  • Penguatkuasaan undang-undang
  • Rawatan air kumbahan
  • Meneroka air bawah tanah
  • Kempen kesedaran terhadap alam sekitar

30 of 37

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN KAWASAN TADAHAN HUJAN

  • Hutan di kawasan tanah tinggi berperanan sebagai kawasan tadahan hujan.
  • Penjagaan dan pengekalan kawasan tadahan hujan penting untuk memastikan sumber air yang selamat dan bersih.
  • Sebagai contoh, kawasan hutan seluas 160 000 hektar di Padang Terap, Kedah merupakan kawasan tadahan hujan bagi Empangan Pedu.

Padang Terap

31 of 37

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

  • Penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan untuk mengurangkan
  • Pihak berkuasa sentiasa memantau pengusaha industri yang sering melakukan pembuangan sisa toksik dan bahan buangan kimia ke longkang dan seterusnya ke sungai.

32 of 37

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

  • Pemantauan terhadap penggunaan baja kimia dan racun serangga dilaksanakan agar pengusaha pertanian mengikut piawaian yang ditetapkan.
  • Sebagai contoh, penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan krisis air adalah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

33 of 37

RAWATAN AIR KUMBAHAN

  • Rawatan air kumbahan ialah proses bahan pepejal yang diasingkan, kemudian dirawat, ditapis dan dilepaskan ke sungai.
  • Tujuannya adalah untuk menjadikan air selamat digunakan.
  • Sebagai contoh, Kerajaan Malaysia menubuhkan Indah Water Consortium (IWK) pada tahun 1994 untuk membangunkan dan menyelenggara sistem rawatan air kumbahan.

34 of 37

MENEROKA AIR BAWAH TANAH

  • Dianggarkan hanya 3% air bawah tanah yang telah diteroka di Malaysia.
  • Air bawah tanah di Malaysia mampu diekstrak sebanyak enam bilion meter padu setahun.
  • Sebagai contoh, perlaksanaan penerokaan air bawah tanah telah dijalankan di negeri Kelantan dan Selangor.

35 of 37

KEMPEN KESEDARAN TERHADAP ALAM SEKITAR

  • Kempen kesedaran dan pendidikan penting untuk menyedarkan masyarakat
  • Kempen tentang pentingnya penjagaan alam sekitar perlu diberikan sejak peringkat awal lagi dengan melibatkan murid-murid dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar.

36 of 37

KEMPEN KESEDARAN TERHADAP ALAM SEKITAR

  • Pelbagai pihak seperti kerajaan, badan bukan kerajaan dan media massa memainkan peranan penting dalam melaksanakan kempen ini bagi menyedarkan orang awam.
  • Sebagai contoh, kempen Sambutan Hari Sungai Sedunia yang dianjurkan oleh WWF pada 27 September 2015.

37 of 37

TAMAT