1 of 9

PENGENALAN ATLAS.TI DALAM PENYELIDIKAN

  • Muhammad Nazir Alias

2 of 9

PENDAHULUAN

  • Perisian yang digunakan untuk menganalisis data kualitatif.
  • Boleh digunakan untuk melakukan kajian literatur dan mengenal pasti ruang (gap) yang memerlukan kajian.
  • Memudahkan analisis tematik dilakukan terhadap data yang diperolehi.

Pengenalan Atlas.ti

2

3 of 9

ANALISIS TEMATIK

  • Analisis tematik adalah satu kaedah sistematik yang digunakan untuk mengenal pasti corak makna yang merentasi sesuatu set data. Ia membolehkan corak penting, maksud yang sama atau perkongsian pengalaman serta tema bagi data yang telah dikutip dapat dikenal pasti.
  • Tema adalah kod atau label serupa yang dikumpul bersama untuk membentuk idea utama dalam pangkalan data. Ia membentuk elemen teras dalam analisis data kualitatif .
  • Analisis tematik yang baik dapat memberikan tafsiran dan kefahaman yang tepat mengenai sesuatu isu atau data yang telah dikumpulkan.

3

4 of 9

ANALISIS TEMATIK

  • Analisis tematik perlu melalui beberapa langkah penting secara umumnya iaitu:
    • Bacaan secara berulang kali bagi mengenal pasti corak konsisten yang ada pada data.
    • Pengekodan data iaitu proses pengenalpastian dan pelabelan data berdasarkan kepada corak yang telah dikenal pasti. Semua data dilabelkan dengan kod yang bersesuaian dengan corak yang telah ditentukan.
    • Menggabungkan dan mengkatalog corak data yang diperoleh ke sub tema atau kategori-kategori tertentu untuk mendapatkan pandangan yang komprehensif mengenai sesuatu data.
    • Penentuan tema berdasarkan kepada hujah yang betul daripada sub tema atau kategori yang diperoleh.

4

5 of 9

ANALISIS TEMATIK

  • Analisis tematik ini agak fleksibel kerana ia boleh menggunakan dua pendekatan iaitu analisis secara deduktif dan juga secara induktif.
  • Analisis secara induktif digunakan dalam atlas.ti kerana ia bertujuan untuk membentuk teori/hukum.
  • Pendekatan induktif menekankan kepada pemerhatian dan mendapatkan kesimpulan melalui pemerhatian. Secara amnya bergerak daripada spesifik ke umum kerana penyelidik menggeneralisasikan pemerhatian terhadnya terhadap keadaan tertentu kepada keadaan umum
  • Ia dimulai dengan pengamatan dan ukuran tertentu terhadap data secara spesifik untuk mengesan corak dan peraturan tertentu dan kemudiannya merumuskan beberapa hipotesis yang dapat diterokai. Analisis ini akhirnya akan menemui kebenaran yang terkandung di dalam data dan menghasilkan beberapa kesimpulan atau teori umum

5

6 of 9

PERBEZAAN ANTARA ANALISIS DEDUKTIF DAN INDUKTIF

6

7 of 9

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN ATLAS.TI

7

Tujuan

Langkah

Mencipta satu projek baharu

Klik ikon “create a new project”

Memasukkan dokumen ke dalam projek

Drag fail pdf/word/gambar/audio/video ke dalam atlas.ti

Membuat kategori/kumpulan bagi dokumen

Klik Home > Documents > Drag dokumen berkenaan ke kotak sebelah kiri > Tulis nama group bagi dokumen tersebut > klik “Create”

Mencipta kod

  1. Highlight teks yang berkaitan
  2. Klik “Apply Codes”
  3. Tuliskan kod dan klik pada tanda

Membuat kategori bagi kod

Klik Home > Codes > Drag kod berkenaan ke dalam kotak sebelah kirinya > Tulis nama group untuk kod tersebut > Klik “Create”

8 of 9

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN ATLAS.TI

8

Tujuan

Langkah

Menggabungkan dua kod kepada satu sahaja disebabkan persamaan

Klik Home > Codes > klik dua kod > Right click > Merge > Pilih kod yang ingin dikekalkan

Memadam kod daripada quotation yang tersilap

Buka quotation yang silap > Right click kod > Unlink

Membuat kod daripada teks

Highlight teks yang berkenaan dan klik “Code in Vivo”

Meletakkan kod yang telah digunakan sebelumnya kepada petikan baharu

Highlight teks yang berkenaan dan klik “Quick Coding”

Mencipta memo

Klik Home > New Entities > New Memo > Tulis tajuk memo > Create > Tulis catatan dan penerangan terhadap memo > Klik “Save”

Menghubungkan memo kepada petikan teks

Drag memo berkenaan kepada teks yang telah dihighlight

9 of 9

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN ATLAS.TI

9

Tujuan

Langkah

Membuat analisis terhadap kod yang telah dibuat

Klik Home > Codes > Highlight semua kod dan klik Open Network

Membuat sub kod

Drag kod kepada kod yang lain > pilih “is part of”

Memadam sub kod

Klik pada anak panah > right click > pilih “Cut Link”

Mengubah kedudukan dan paparan kod supaya mudah untuk difahami dan dibaca

Klik “Layout” dan pilih mana-mana layout yang disukai

Mengeksport kod dan petikan yang ditanda ke dalam fail Excel

Klik dua kali ke atas kod > klik “Excel Export” > Pilih “All items” > klik “Export”

Mengeksport kod dan petikan yang ditanda ke dalam fail word

Klik Home > Codes > klik kod yang dikehendaki > klik “Report” > klik “Create Report” > Klik “Save”

Membuat salinan projek untuk simpanan atau dipindahkan ke pc lain

Klik File > Export > Project Bundle > Pilih di mana fail hendak disimpan > Klik “Save”