KSSM SEJARAH TINGKATAN 5
Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KSSM SEJARAH TINGKATAN 5
SEJARAH TINGKATAN 5
BAB 5 PEMBENTUKAN
MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
BAB 5: PEMBENTUKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
3
KONSEP GAGASAN MALAYSIA
PERJANJIAN JULAI 1963 DAN PERISTIWA PENGISYTIHARAN MALAYSIA
PERKEMBANGAN IDEA DAN USAHA PEMBENTUKAN MALAYSIA
KONFRONTASI DAN
USAHA MENANGANI
LANGKAH PEMBENTUKAN
MALAYSIA
REAKSI TEMPATAN DAN NEGARA JIRAN TERHADAP
PEMBENTUKAN MALAYSIA
01
02
03
04
05
06
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
4
5.1
KONSEP GAGASAN MALAYSIA
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
01
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu disusuli dengan pembentukan Malaysia telah melahirkan negara ini sebagai sebuah negara yang berdaulat
02
Pembentukan Malaysia memperlihatkan kerjasama tokoh dari Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura dalam rundingan dengan kerajaan British
03
Kesepakatan antara semua pihak ini menzahirkan pembentukan Malaysia dan kemudiannya terbentuklah Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
5
PENGENALAN
KONSEP GAGASAN MALAYSIA
01
02
03
04
Idea gagasan Malaysia ialah konsep yang menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara
Antara idea lain yang pernah dilahirkan termasuklah Melayu Raya oleh gerakan
nasionalis sebelum Perang Dunia Kedua yang mahu mendapatkan kemerdekaan wilayah Alam Melayu daripada kuasa penjajah British, Belanda dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, idea ini tidak berjaya dilaksanakan
Bagi pihak pegawai British, mereka mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara dalam satu sistem pentadbiran dan ekonomi. Langkah ini bertujuan memudahkan pentadbiran pihak British
Idea gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ialah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei untuk merdeka dalam satu sistem Kerajaan Persekutuan
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
6
IDEA GAGASAN MALAYSIA
APLIKASI KBAT
CAKNA MINDA
Pembentukan Malaysia bermula dari secebis idea. Bincangkan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
7
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
8
5.2
PERKEMBANGAN IDEA DAN USAHA PEMBENTUKAN MALAYSIA
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
9
IDEA PEGAWAI BRITISH
1887
1960
1952
1951
01
02
03
04
Dekolonisasi: Proses ke arah berkerajaan sendiri
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
10
IDEA PENDUDUK TEMPATAN
1906
Majalah Al-Imam menggesa penyatuan raja dan orang Melayu dalam pendidikan dan pembangunan ekonomi di Alam Melayu
1955
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam ucapan di Persidangan Agung UMNO pada bulan Oktober 1955 mencadangkan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei menyertai Persekutuan Tanah Melayu
1938
1958
Datu Mustapha Datu Harun, pemimpin Sabah dalam satu pertemuan dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di Kuala Lumpur pada tahun 1958 menyatakan minat untuk membawa Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu
1960
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj memaklumi Lord Perth pada 10 Jun 1960 bahawa beliau berminat untuk bergabung dengan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
11
RASIONAL IDEA PEMBENTUKAN MALAYSIA
KESELAMATAN
Rancangan pembentukan Malaysia mula berjalan apabila Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj memberikan komitmen terhadap rancangan penggabungan semua wilayah yang terlibat dan mendapat sokongan kerajaan British
KESEIMBANGAN KOMPOSISI PENDUDUK
MEMPERCEPAT KEMERDEKAAN
PEMBANGUNAN WILAYAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
12
KESIMPULAN
Penduduk tempatan turut memainkan peranan dalam usaha menyatupadukan negara
Pembentukan Malaysia membuktikan pemimpin dan rakyat mempunyai fikiran yang jauh untuk merancang masa hadapan yang baik
Pembentukan Malaysia juga sekali gus dapat mengekang anasir komunis yang boleh mengancam keamanan negara untuk mewujudkan keamanan serantau
01
02
03
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
13
APLIKASI KBAT
DAN ELEMEN K
(K13.1.7)
Berfikiran strategik penting untuk berjaya dalam kehidupan. Jelaskan.
APLIKASI KBAT
CAKNA MINDA
Tunku Abdul Rahman memulakan usaha dan memberikan komitmen padu untuk menjayakan pembentukan Malaysia. Buktikan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
14
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
15
5.3
REAKSI TEMPATAN DAN NEGARA JIRAN TERHADAP
PEMBENTUKAN MALAYSIA
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
16
PENGENALAN
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengumumkan pembentukan Malaysia pada 27 Mei 1961
01
Pembentukan Malaysia mendapat reaksi daripada pelbagai pihak
02
Reaksi tempatan terdiri daripada penduduk dan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei
04
Reaksi negara jiran pula daripada Indonesia, Filipina dan Thailand
05
Terdapat pihak yang menerima
baik cadangan pembentukan dan ada juga pihak yang menentang
03
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
17
REAKSI AWAL TERHADAP GAGASAN MALAYSIA
TEMPATAN
NEGARA JIRAN
Reaksi Awal terhadap
Gagasan Malaysia
Brunei dan Singapura dikategorikan dalam reaksi tempatan kerana membincangkan konsep Malaysia yang sama
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj berucap kepada wartawan asing di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, mengumumkan cadangan pembentukan Malaysia
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
18
REAKSI TEMPATAN (PERSEKUTUAN TANAH MELAYU)
Pada umumnya, rancangan pembentukan Malaysia mendapat sambutan baik daripada penduduk dan parti politik di Persekutuan Tanah Melayu
REAKSI TEMPATAN
(PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU)
Parti politik secara prinsipnya bersetuju dan menerima cadangan pembentukan Malaysia, walaupun wujud perbezaan pendapat dalam melaksanakannya
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mendapat sokongan UMNO berkaitan dengan rancangan pembentukan Malaysia
01
02
03
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
19
REAKSI TEMPATAN (SARAWAK)
MENYOKONG
BARJASA yang dipimpin oleh Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub dan Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman menyokong pembentukan Malaysia. Sementara itu, PANAS yang dipimpin oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha, PESAKA pimpinan Temenggung Jugah anak Barieng dan SCA turut menyokong Malaysia
MENENTANG
Pada peringkat awal, SUPP yang dipimpin oleh Ong Kee Hui dan SNAP yang diketuai
oleh Stephen Kalong Ningkan menentang cadangan pembentukan Malaysia
MENENTANG KEMUDIAN MENYOKONG
Pada peringkat awal, SNAP turut menentang rancangan pembentukan Malaysia. Walau
bagaimanapun, SNAP kemudiannya menyokong berdasarkan cadangan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)
Pada bulan Oktober 1962,
PANAS, SNAP, BARJASA,
SCA dan PESAKA bergabung
membentuk Parti Perikatan
Sarawak untuk menyokong
Malaysia. Parti politik Sarawak
menubuhkan gabungan
menyokong Malaysia yang
dinamakan Sarawak Alliance
pada bulan Januari 1963
01
02
03
04
Menjelang pembentukan Malaysia, terdapat parti politik utama ditubuhkan. Antaranya termasuklah UNKO, USNO, Pasok Momogun dan Sabah Chinese Association (SCA). USNO yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun menyokong idea pembentukan Malaysia sejak awal lagi
Parti politik di Sabah menubuhkan gabungan menyokong Malaysia yang dinamakan Sabah Alliance pada bulan Oktober 1962. Parti gabungan ini terdiri daripada UNKO, USNO, United Pasok Momogun (UPKO), Democratic Party dan Sabah Indian Congres
Cadangan pembentukan Malaysia mengejutkan pemimpin dan penduduk di Sabah. Mereka melahirkan keinginan untuk mendapatkan kemerdekaan secara berasingan atau membentuk sebuah Kesatuan Negeri-negeri Borneo yang merdeka
Kebanyakan penduduk di Sabah menganggap Tanah Melayu terasing seperti Indonesia dan Filipina. Mereka mempersoalkan keadaan pemimpin tempatan yang perlu menyesuaikan diri dengan kegiatan politik, pilihan raya dan berkerajaan sendiri yang sudah diamalkan di Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Pada masa yang sama, jarak antara Sarawak, Sabah dengan Kuala Lumpur yang jauh juga menimbulkan masalah
Disebabkan oleh kebimbangan tersebut, para pemimpin di Borneo membentuk Barisan Bersatu (United Front) pada 9 Ogos 1961 untuk mencabar rancangan pembentukan Malaysia. Barisan Bersatu ini dianggotai oleh Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), A.M. Azahari (Parti Rakyat Brunei) dan Donald Stephens (Fuad Stephens) daripada UNKO. Walau bagaimanapun, UNKO kemudiannya menyokong pembentukan Malaysia
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
20
REAKSI TEMPATAN (SABAH)
MENENTANG
MENYOKONG
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
21
REAKSI TEMPATAN (SINGAPURA)
MENENTANG
MENYOKONG
01
02
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
22
REAKSI TEMPATAN (BRUNEI)
01
01
02
02
03
Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin mengalu-alukan cadangan pembentukan Malaysia
Rakyat Brunei juga pada peringkat awalnya berminat untuk menyertai gabungan ini. Namun begitu, mereka ingin mencapai kemerdekaan terlebih dahulu
Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentang cadangan tersebut kerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan Brunei, Sarawak, Sabah dan Kalimantan Utara dalam satu kesatuan
A.M. Azahari berpendapat bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruh agar dapat menguasai ekonomi dan menjamin
keselamatan
Selain itu, mereka juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaan
sekiranya menyertai gabungan ini
MENENTANG
MENYOKONG
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
23
REAKSI NEGARA JIRAN
FILIPINA
Presiden Diosdado Pangan Macapagal (Macapagal) dari Filipina menentang pembentukan Malaysia kerana menuntut wilayah Sabah. Walau bagaimanapun, bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tuntutan ini adalah di bawah urusan kerajaan British
THAILAND
Kerajaan Thailand memberikan reaksi positif dan menerima idea pembentukan Malaysia.
Pembentukan Malaysia dianggap memperkuat usaha ke arah keamanan di rantau Asia Tenggara
INDONESIA
Pada peringkat awal rancangan pembentukan Malaysia, kerajaan Indonesia tidak menentang. Dr. Mohammad Hatta, iaitu
Naib Presiden Indonesia dan Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia mengalu-alukan
idea pembentukan Malaysia
01
02
03
0
Pembentukan Malaysia mendapat reaksi
daripada penduduk tempatan dan juga
negara jiran
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
24
KESIMPULANNYA
Walaupun terdapat penentangan,
pembentukan ini tetap diteruskan demi
kebaikan rakyat
01
02
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
25
APLIKASI KBAT
DAN ELEMEN K
(K13.1.8)
Kesepakatan penting untuk kestabilan sesebuah negara. Bahaskan.
APLIKASI KBAT
CAKNA MINDA
Pembentukan sistem persekutuan di negara kita merupakan penerusan tradisi sejarah yang berakar umbi daripada pemerintahan beraja. Bincangkan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
26
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
27
5.4
LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
28
PENGENALAN
1. Mengadakan lawatan ke negeri yang terlibat
2. Penubuhan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)
3. Referendum Singapura
4. Rundingan London
5. Suruhanjaya
Cobbold
6. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
29
SIRI LAWATAN
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengatur lawatan pemimpin Sarawak dan Sabah ke Persekutuan Tanah Melayu. Pada bulan Ogos 1962, Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggung Jugah anak Barieng, Donald Stephens dan Datu Mustapha Datu Harun mengadakan lawatan untuk meninjau kemajuan di Persekutuan Tanah Melayu
02
Julai 1961: Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak
dan Brunei. Lawatan ini untuk meninjau
dan bertemu dengan pemimpin
tempatan bagi menerangkan rancangan
pembentukan Malaysia
01
November 1962 : Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan Sabah
03
Lawatan rombongan Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Ghafar Baba ke Sarawak dan Sabah. Lawatan ini menunjukkan terdapat kesepakatan dalam kalangan ahli politik di Tanah Melayu untuk menjelaskan gambaran sebenar tentang rancangan Malaysia kepada penduduk Sarawak dan Sabah
04
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
30
JAWATANKUASA SETIA KAWAN MALAYSIA (JSKM)
Dalam mesyuarat kedua, JSKM membuat keputusan menyokong rancangan Malaysia
Jawatankuasa ini memainkan peranan
penting dalam memberikan kefahaman kepada pemimpin tempatan dan mendapatkan sokongan terhadap pembentukan Malaysia
Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil pemimpin dari Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Donald Stephens dilantik menjadi pengerusi JSKM
Mesyuarat JSKM diadakan sebanyak empat kali, iaitu di Jesselton, Kuching, Kuala Lumpur dan Singapura
Malaysia Solidarity Consultative Committee (MSCC) atau dikenali sebagai Jawatankuasa
Setia Kawan Malaysia (JSKM) ditubuhkan ketika Persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel di Singapura pada 23 Julai 1961
01
02
03
04
05
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
31
TUJUAN PENUBUHAN JSKM
Memupuk aktiviti penghebahan dan mempercepat pembentukan Malaysia
05
03
04
02
01
Meyakinkan penduduk Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia
Menyediakan ruang perbincangan bagi mendapatkan kata sepakat terhadap pembentukan Malaysia
Mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia
Menyebarkan maklumat berkaitan dengan Malaysia
Aktiviti penghebahan seperti mendedahkan perkembangan kemajuan dalam bidang pentadbiran serta projek pembangunan di Persekutuan Tanah Melayu
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
32
REFERENDUM SINGAPURA
01
02
03
REFERENDUM SINGAPURA
Satu referendum diadakan di Singapura pada awal bulan September 1962 menyatakan bentuk pilihan Singapura menyertai Malaysia
Rundingan antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura yang diadakan pada bulan Ogos 1962 hingga bulan September 1962 menghasilkan persetujuan penyertaan Singapura ke dalam Malaysia
Keputusan referendum mendapati rakyat Singapura bersetuju untuk bergabung membentuk Malaysia seperti syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Keputusan ini membolehkan Singapura menyertai Malaysia
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
33
RUNDINGAN LONDON
02
01
Pada bulan November 1961, rundingan berhubung dengan pembentukan Malaysia diadakan di London antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British
Kedua-dua kerajaan bersetuju agar ditubuhkan sebuah suruhanjaya bagi meninjau reaksi penduduk di Sarawak dan Sabah
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
34
SURUHANJAYA COBBOLD
02
01
Antara kandungan Laporan Suruhanjaya Cobbold ialah:
Suruhanjaya ini dibentuk secara rasmi pada bulan Januari 1962. Suruhanjaya Cobbold mengandungi wakil yang dilantik oleh kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu
Referendum
Pungutan suara rakyat berhubung dengan sesuatu dasar politik dan sebagainya
01
02
03
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Lord Lansdowne, Menteri Tanah Jajahan
Timbalan pengerusi ialah Tun Abdul Razak Hussein
Wakil Sarawak ialah Ketua Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha Kewangan, Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggong Jugah anak Barieng, Pengarah Montegrai, Ling Beng Siew dan Chia Chin Sin
04
Wakil Sabah terdiri daripada Ketua Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha Kewangan, Datu Mustapha Datu Harun, Donald Stephens dan Koo Siak Chiew
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
35
PEMBENTUKAN JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)
PENGENALAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
36
PEMBENTUKAN JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)
JAK
Jawatankuasa ini telah mengadakan mesyuarat pertama di Jesselton (Kota Kinabalu), Sabah pada 30 Ogos 1962. Mesyuarat terakhir diadakan di Kuala Lumpur pada 18 – 20 September 1962
JAK mempunyai lima jawatankuasa kecil:
1. Perlembagaan
2. Kewangan
3. Perkhidmatan Awam
4. Perundangan dan Kehakiman
5. Organisasi Jabatan
Jawatankuasa ini mengusulkan 18 perkara bagi Sarawak dan 20 perkara bagi Sabah yang perlu dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menjamin hak serta kepentingan rakyat Sarawak dan Sabah
01
02
03
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
37
PEMBENTUKAN JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)
01
02
03
04
05
Islam ialah agama Persekutuan Malaysia tetapi dikecualikan kepada Sarawak dan Sabah
Antara perkara 18 perkara bagi Sarawak dan 20 perkara bagi Sabah yang menjadi teras utama dalam perlembagaan termasuklah:
Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Persekutuan Malaysia tetapi bahasa Inggeris juga digunakan sebagai bahasa rasmi di Sarawak dan Sabah
Sistem pendidikan dikekalkan di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan kecuali di Sarawak dan Sabah. Sistem pendidikan di Sarawak dan Sabah kekal di bawah kawalan Kerajaan Negeri sehingga Majlis Negeri membuat pindaan
Dalam Parlimen Malaysia, sebanyak 24 kerusi hendaklah diperuntukkan kepada Sarawak, 16 kerusi kepada Sabah dan 15 kerusi kepada Singapura
Kuasa imigresen terletak di bawah Kerajaan Persekutuan tetapi Sarawak dan Sabah diberi kuasa tersendiri untuk mengendalikan hal ehwal imigresen
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
38
KESIMPULANNYA
Sikap toleransi yang ditunjukkan perlu diamalkan oleh generasi muda bagi menjamin kesejahteraan negara
02
01
Pelbagai langkah diambil bagi merealisasikan pembentukan Malaysia. Langkah ini melibatkan semua pihak sama ada pemimpin mahupun rakyat
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
39
APLIKASI KBAT
DAN ELEMEN K
(K13.1.9)
Sikap bersedia menerima dan meraikan idea serta pandangan yang berbeza penting untuk menjayakan sesuatu organisasi. Jelaskan.
APLIKASI KBAT
CAKNA MINDA
Sikap toleransi kunci menjayakan Pembentukan Persekutuan Malaysia. Bincangkan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
40
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
41
5.5
PERJANJIAN JULAI 1963 DAN PERISTIWA PENGISYTIHARAN
MALAYSIA
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
42
PENGENALAN
01
02
04
03
Prinsip utama perjanjian ini
mengiktiraf hak yang sama kepada semua negeri dalam Malaysia
Sabah bersetuju mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai balasan dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris dalam tempoh 10 tahun selepas tahun 1963. Pada tahun 1970, Datu Mustapha Datu Harun menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan sebagaimana mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pada tahun 1971, Dewan Undangan Sabah meluluskan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa dalam urusan rasmi negeri Sabah
Perjanjian ini ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London. Kandungan perjanjian ini adalah seperti yang dikemukakan oleh JAK
Perjanjian Julai 1963 yang turut dikenali sebagai Perjanjian Malaysia atau Malaysia Agreement (MA63) ialah sebuah dokumen yang ditandatangani oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
43
INTI PATI PERJANJIAN MALAYSIA
Antara inti pati Perjanjian Malaysia termasuklah:
Sarawak, Sabah dan Singapura akan menjadi ahli dalam Persekutuan Malaysia bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu
Memperuntukkan tempoh masa peralihan, contohnya dalam bidang pentadbiran awam serta pendidikan kepada Sarawak dan Sabah
Tarikh pembentukan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963
Kerajaan British akan mengiktiraf kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Malaysia
Kerusi Parlimen diberikan kepada Singapura sebanyak 15 kerusi; Sarawak 24 kerusi; dan Sabah 16 kerusi
Memberikan kelebihan kepada Sarawak dan Sabah menubuhkan kabinet negeri
01
02
03
04
05
06
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
44
MISI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)
01
02
04
03
05
Indonesia membuat bantahan rasmi pembentukan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Oleh itu, U Thant, Setiausaha Agung PBB mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa,
iaitu United Nations Malaysia Mission (UNMM) pada 12 Ogos 1963 untuk menilai dan membuat
laporan
Laurence Michelmore, Duta Amerika Syarikat di PBB mengetuai rombongan melakukan
tinjauan di Sarawak dan Sabah
Pembentukan Malaysia yang sepatutnya diisytiharkan pada
31 Ogos 1963 ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963
Pada 14 September 1963, misi ini menerbitkan laporan penduduk Sarawak dan Sabah yang menerima pembentukan Malaysia
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
45
PERISTIWA PENGISYTIHARAN MALAYSIA
Yang di-Pertuan Agong membacakan Pengisytiharan Malaysia di Stadium
Merdeka dan disaksikan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Kuala Lumpur
Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Pengisytiharan Malaysia
dibaca oleh Khir Johari wakil Kerajaan Persekutuan di Kuching, Sarawak. Turut hadir ialah anggota kabinet negeri
Sarawak
Datu Mustapha Datu Harun mengumumkan Pengisytiharan Malaysia di Kota Kinabalu,
Sabah serta menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang pertama. Tun Abdul Razak Hussein mewakili Kerajaan Persekutuan
Sabah
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
46
KESIMPULANNYA
Penduduk yang terlibat diberi peluang untuk menyuarakan
pandangan mereka bagi menjaga kepentingan bersama
Pembentukan Malaysia dilakukan dengan cara yang teratur melibatkan semua pihak
Oleh itu, kita perlu menjaga kepentingan kesepakatan
untuk memastikan kestabilan negara terpelihara
01
02
03
APLIKASI KBAT
CAKNA MINDA
Rakyat perlu diberi peluang untuk menyuarakan pandangan/ pendapat masing-masing bagi menjaga kepentingan bersama. Bersetujukah anda? Bincangkan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
47
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
48
5.6
KONFRONTASI DAN USAHA MENANGANI
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
49
PENGENALAN
Kerajaan Indonesia tidak menentang pada peringkat awal rancangan pembentukan Malaysia
Penentangan mula muncul selepas Pemberontakan Brunei 7 Disember 1962, apabila Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membuat kenyataan bahawa Indonesia terlibat membantu pemberontakan
Partai Komunis Indonesia menggunakan kesempatan ini menyelar rancangan Malaysia sebagai penerusan dasar neokolonialisme yang dirancang oleh kerajaan British
01
02
03
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
50
KONFRONTASI
Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia mengumumkan
dasar konfrontasi terhadap Malaysia dengan alasan mengancam
kedudukan
Indonesia
KONFRONTASI
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
51
PERISTIWA PENENTANGAN
INDONESIA
01
Melancarkan dasar konfrontasi terhadap Tanah Melayu “Ganyang Malaysia”
20 Januari 1963
03
Pendaratan gerila di Johor
Ogos – Disember 1964
02
Tentera Indonesia melancarkan
serangan gerila di Sarawak
16 Januari 1963 – 27 Mac 1963
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
52
PERISTIWA PENENTANGAN
Berlaku peristiwa berbalas tembakan antara tentera Malaysia dengan Indonesia di Kalabakan, Sabah
29 Disember 1963
Tindakan ketenteraan terawal berlaku apabila pendaratan tentera dan separa tentera Indonesia di Tebedu, Sarawak
12 April 1963
berlaku peristiwa pendaratan seramai 30 orang gerila
Indonesia di Labis, Johor. Gerila Indonesia yang masuk ke Johor ditahan oleh
pasukan tentera Malaysia
2 September 1964
Dr. Ismail Abdul Rahman membawa isu serangan ini ke dalam Majlis
Keselamatan PBB. Kaedah provokasi tidak mengubah pendirian Malaysia
untuk bertindak selain cara diplomatik
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
53
LANGKAH MENAMATKAN KONFRONTASI
Usaha awal dilakukan oleh
U Thant, Setiausaha Agung
PBB. Beliau mengutus
wakilnya C.V. Narasimhan
pada bulan Februari 1963
untuk berunding dengan
pemimpin kerajaan Indonesia dan Tanah Melayu
02
04
06
03
05
07
08
01
Tunku Abdul Rahman
menerima undangan Presiden Soekarno untuk bertemu di Tokyo pada 1963. Dalam pertemuan ini, Tunku Abdul Rahman menerangkan tujuan pembentukan Malaysia
Tunku Abdul Rahman menghadiri mesyuarat bersama-sama Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal di Manila pada 31 Julai – 5 Ogos 1963. Hasil penting ialah penerimaan kerajaan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia selepas penilaian dibuat oleh PBB terhadap Sarawak dan Sabah
Tun Abdul Razak Hussein menghadiri mesyuarat peringkat Menteri Luar di Manila pada 7 –11 Jun 1963 bagi mencari penyelesaian konfrontasi. Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia, hadir bagi pihak negaranya
Presiden Macapagal
menganjurkan rundingan
peringkat pegawai di Manila pada 9 April 1963. Negara kita diwakili oleh Muhammad Ghazali Shafie
Rundingan Malaysia, Indonesia dan Filipina berlangsung pada tahun 1964 melibatkan dua persidangan peringkat menteri di Bangkok dan satu sidang kemuncak di Tokyo. Peranan utama dimainkan oleh Thanat
Khoman, Menteri Luar Thailand yang menganjurkan pertemuan dengan Menteri Luar Indonesia
Peralihan kepimpinan di Indonesia pada 30 September 1965 menamatkan konfrontasi.
Jeneral Suharto melantik Jeneral Ali Moertopo dan Adam Malik untuk berunding menamatkan konfrontasi
Kerajaan Indonesia mengumumkan penamatan konfrontasi pada 4 Ogos 1966. Tun Abdul Razak Hussein menandatangani perjanjian Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia – Malaysia di Jakarta pada 11 Ogos 1966
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
54
LANGKAH MENAMATKAN KONFRONTASI
Tanggungjawab
menyusun strategi diserahkan kepada Kementerian Luar Negeri yang diketuai oleh Muhammad
Ghazali Shafie
Konfrontasi memberikan pengalaman kepada negara kita untuk
mengurus krisis pada peringkat serantau dan antarabangsa
Oleh itu, penting bagi rakyat Malaysia bersatu
padu untuk memastikan kestabilan negara dan mengelakkan ancaman luar
Tugas utama kementerian ini adalah untuk mematahkan kempen propaganda dan mendapatkan sokongan negara luar
Komitmen tinggi yang diberikan oleh pemimpin dan pegawai kerajaan berjaya mengelakkan masalah ini menjadi konflik yang lebih besar
02
03
04
05
06
01
Malaysia menggunakan pendekatan diplomatik dalam usaha menangani konfrontasi
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
55
KESIMPULANNYA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
56
APLIKASI KBAT
DAN ELEMEN K
(K13.1.10)
Sikap berwaspada terhadap anasir luar penting demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Bahaskan.
APLIKASI KBAT
CAKNA MINDA
Pembentukan Malaysia dianggap memperkuat usaha ke arah keamanan di rantau Asia Tenggara.
Bincangkan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
57
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
58
LATIHAN PENGUKUHAN AKHIR BAB 5
#USAHATANGGAKEJAYAAN
#SELAMATMAJUJAYA
1. Apakah matlamat Malcolm MacDonald mencadangkan penggabungan semua tanah jajahan British di Asia Tenggara? | ||
| ||
| | |
| ||
2. Mengapakah Indonesia melancarkan konfrontasi? | ||
| ||
| | |
| ||
3. Faktor yang menamatkan konfrontasi Indonesia dan Malaysia ialah… | ||
| ||
| | |
| ||
4. Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei untuk merdeka dalam satu sistem Kerajaan Persekutuan dicadangkan oleh… | ||
| ||
| | |
| ||
Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
59
SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)
5. Antara berikut yang manakah merupakan faktor pembentukan Malaysia? | ||
| ||
| | |
| ||
6. Antara berikut yang manakah merupakan parti politik di Sarawak yang menentang idea pembentukan Malaysia pada peringkat awal? | ||
| ||
| | |
| ||
7. Apakah faktor yang mengukuhkan sistem persekutuan? | ||
| ||
| | |
| ||
8. Antara negara jiran yang memberikan reaksi terhadap pembentukan Malaysia ialah.. | ||
| ||
| | |
| ||
Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
60
SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)
|
i) …………………………………………….………………. ii) …………………………………………………………….
i) ..............................………………………………………. ii) ……………….…………………………………………….
|
c) Jelaskan dua sebab mengapa pegawai British mahu menggabungkan semua tanah jajahan British di Asia Tenggara? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. |
e) Pembentukan Malaysia membuktikan pemimpin dan rakyat mempunyai fikiran yang jauh untuk merancang masa hadapan yang lebih baik. Bincangkan. (4m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. |
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
61
Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan
SOALAN STRUKTUR
2. Pelbagai cara dilakukan untuk merealisasikan pembentukan Malaysia |
………………………………………………………………
………………………………………………………………. ………………………………………………………………. |
c) Jelaskan dua tujuan penubuhan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)? (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. d) Namakan suruhanjaya yang berperanan dalam pembentukan Malaysia (1m) ……………………………………………………………….
|
d) Bersetujukah anda bahawa sikap toleransi adalah kunci kejayaan Pembentukan Persekutuan Malaysia? Berikan hujah anda. (4m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. |
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
62
Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan
SOALAN STRUKTUR
TERIMA KASIH
BPK Peneraju Pendidikan Negara
Unit Sejarah
+603-8884 2000
unitsejarahbpk@gmail.com
http://bpk.moe.gov.my/
Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula