1 of 23

MPU2163 PENGAJIAN MALAYSIA 2

2 of 23

Tugasan ini terdiri daripada TIGA bahagian:

Bahagian A (20 %)

Bahagian B (20 %)

Bahagian C (20 %)

TUGASAN (60%)

3 of 23

Bahagian B (20%)

  • Anda dikehendaki muat turun artikel.

  • Tajuk artikel :Meninjau Hubungan Antarabangsa dan Dasar Luar di Malaysia: Penelitian Definisi dan Pengaruh Gaya Kepimpinan Perdana Menteri (1957-2022)

4 of 23

Tugasan

  • Jelaskan fokus artikel tersebut.
  • Nyatakan definisi dasar luar bagi konteks negara Malaysia.
  • Analisiskan artikel tentang dasar luar oleh Perdana - Perdana

Menteri Malaysia.

  • Berdasarkan artikel tersebut, nyatakan faktor yang mempengaruhi

dasar luar bagi negara Malaysia

5 of 23

PERDANA MENTERI MALAYSIA

  • Tunku Abdul Rahman (1957-1970);
  • Tun Abdul Razak (1970-1976);
  • Tun Hussein Onn (1976-1981);
  • Tun Mahathir Mohamad (1981-2003);
  • Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009);
  • Datuk Seri Najib Razak (2009-2018);
  • Tun Mahathir Mohamad (2018-2020);
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-2021); dan
  • Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
  • Datuk Seri Anuar Ibrahim (2022- sekarang)

6 of 23

Tunku Abdul Rahman

  • Dasar luar di Tanah Melayu atau Malaya (sekarang Malaysia) mengutamakan hubungan diplomatik dengan negara-negara jiran kerana Tanah Melayu baru sahaja mencapai kemerdekaan.

  • Pada masa itu, keadaan negara masih tidak stabil kerana ancaman komunis dan keupayaan ketenteraan adalah sangat minimum.

  • Tunku dilihat lebih tertumpu kepada pendirian pro-Barat.

  • Beliau berpandangan, rakyat haruslah berpegang kepada ideologi demokrasi menurut Barat dalam menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.

7 of 23

  • Tunku berusaha untuk mengekalkan Tanah Melayu sebagai sebuah negara dengan dasar pelbagai kaum (multi-racial).

  • Tunku lantang menyelar dan menentang isu ‘Apartheid’ dalam Persidangan Kommanwel dan ini menunjukkan peribadi Tunku yang sangat mengutamakan perpaduan antara pelbagai kaum.

  • Keadaan politik serantau juga menyaksikan beberapa peristiwa yang mencabar keupayaan diplomatik negara termasuklah konfrontasi Malaysia dengan Indonesia dan konflik dengan Filipina berkaitan dengan tuntutan mereka terhadap Sabah.

  • Tunku lebih tegas untuk mempertahankan prinsip pro-Baratnya dalam mencari sokongan antarabangsa dan bantuan kewangan daripada kuasa penjajah.

8 of 23

  • Tunku juga perlu berdepan dengan Perdana Menteri Singapura pada masa itu, iaitu Presiden Lee Kuan Yew yang mengutamakan kepentingan masyarakat Cina.

  • Pertembungan agenda politik antara Tunku dan Presiden Lee Kuan Yew telah mengakibatkan perselisihan hubungan antarabangsa yang akhirnya menyebabkan Singapura keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu.

9 of 23

  • Keputusan-keputusan Tunku bertindak balas dengan situasi-situasi mencabar di arena antarabangsa.

  • Konsep dasar luar pada era Tunku Abdul Rahman bersifat reaktif berbanding proaktif

10 of 23

Tunku Abdul Razak

  • Tun Abdul Razak memilih untuk beralih tumpuan dari negara-negara pro-Barat ke arah yang lebih neutral, sederhana, dan pragmatik.

  • Usaha Tun Razak untuk menjadikan dasar luar Malaysia lebih berkecuali dengan melaksanakan dasar yang tidak berat sebelah dan menjalin hubungan diplomatik dengan semua negara kecuali dengan negara-negara tertentu tanpa membuat ideologi tersendiri seperti pada zaman Tunku.

  • Dasar berkecuali tidak hanya diterapkan dalam politik dalaman tetapi juga diperluaskan di peringkat serantau, iaitu dengan Malaysia menyertai Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

11 of 23

  • Keputusan Tun Abdul Razak dalam menentukan dasar luar Malaysia pada waktu itu, dipengaruhi oleh kekacauan politik yang berlaku di negara-negara serantau dan antarabangsa.

  • Beliau berpegang teguh kepada prinsip bahawa Malaysia harus bebas dari cengkaman dan pengaruh dominan daripada negara_x0002_negara luar.

  • Prinsip ini juga dapat dilihat melalui tindakan-tindakan beliau dalam mengamalkan konsep neutral dan sentiasa menjaga hubungan harmoni antara negara lain.

12 of 23

  • Tun Abdul Razak juga mengambil jalan yang berbeza daripada Tunku dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara pro-komunis seperti Rusia dan China.

  • Pendirian Tun Razak dalam penggubalan dasar luar Malaysia adalah mencabar kerana walaupun Malaysia ialah negara yang agak kecil, kerajaan terpaksa menghadapi pelbagai tuntutan mendesak dalam dan luar negara.

13 of 23

  • Tun Abdul Razak memutuskan untuk membentuk perjanjian keselamatan (security pacts) bersama pihak Britain, Australia, dan New Zealand.

  • Tun Razak telah meningkatkan kerjasama dua hala dengan Singapura yang mana pada masa itu, tidak timbul konflik antara dua negara jiran tersebut.

14 of 23

Tun Hussein Onn

  • Beliau berpegang teguh kepada dasar berkecuali yang merupakan kesinambungan daripada Perdana Menteri sebelumnya.

  • Tun Hussein Onn juga dilihat lebih menumpukan perhatian kepada hubungan dengan negara-negara ASEAN berbanding negara-negara Barat.

  • Tun Hussein Onn lebih mementingkan usaha dalam memperkukuh hubungan diplomasi yang sedia ada dengan negara jiran terutamanya Singapura, Thailand, dan Indonesia.

15 of 23

Tun Mahathir

  • Beliau memerintah, dasar luar Malaysia dianggap lebih bebas, dinamik, dan bersifat pragmatik.

  • Kepimpinannya yang berwawasan menjadikan Malaysia diakui oleh dunia sebagai negara dengan transformasi ekonomi yang cemerlang.

  • Tun Mahathir terbukti sangat lantang terhadap penindasan kuasa dunia terhadap negara-negara Islam.

16 of 23

  • Sikap tanpa kompromi dan keperibadiannya yang berani telah mempengaruhi orientasi dasar luar Malaysia.

  • Pendekatan dasar beliau berbanding perdana menteri sebelumnya, Tun Mahathir dilihat telah membuka jalan diplomatik dengan negara-negara Asia Timur seperti Jepun dan Korea Selatan.

17 of 23

  • Strategi pertama Tun Mahathir dalam dasar luar adalah tidak tertumpu kepada fokus politik sahaja tetapi menumpukan kepada usaha mempercepat pertumbuhan ekonomi .

  • Tun Mahathir membuka langkah berani dengan memperluas hubungan luar negeri antara Malaysia dengan negara-negara AsiaTengah seperti Kazakhstan dan Uzbekistan.

  • Sebagai contoh, antara dasar-dasar luar yang berjaya menarik perhatian dunia adalah dasar Buy British Last, Look East Policy, AntiBritish/AntiCommonwealth, Malaysia selaku pembela negara-negara dunia ketiga, dunia Islam, dan pengukuhan kerjasama antarabangsa dari Asia Timur ke Asia Tengah.

18 of 23

Tun Abdullah Ahmad Badawi

  • Tun Abdullah berjaya memberi sumbangan khasnya terhadap dasar luar Malaysia dengan memperkenalkan konsep Islam bertamadun atau lebih dikenali sebagai Islam Hadhari.

  • Dengan misi menuju keunggulan, kemuliaan, dan bertamadun, konsep ini telah diiktiraf secara rasminya oleh negara anggota OIC pada tahun 2005.

19 of 23

Datuk Seri Najib Tun Razak

  • Datuk Seri Najib memperkasakan dasar-dasar luar negara dalam memenuhi aturan dunia yang semakin berubah.

  • Antara dasar luar yang menonjol adalah berkaitan dengan hubungan dua hala yang dipulihkan antara Malaysia dengan Singapura dan China .

  • Pendekatan Datuk Seri Najib dalam mengembangkan dasar luar Malaysia dianggap sebagai pendekatan berpandangan ke depan dan pragmatik.

20 of 23

  • Datuk Seri Najib memberi penekanan kepada jalinan hubungan diplomasi dua hala antara negara lain seperti Jepun, China, Amerika Syarikat dan Singapura kerana negara-negara ini dianggap sebagai kuasa besar dalam ekonomi dunia yang mempengaruhi prestasi perdagangan Malaysia di arena antarabangsa.

  • Pengukuhan hubungan diploma dengan negara China adalah penting kerana China ialah rakan dagang yang penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

21 of 23

Tan Sri Muhyiddin Yassin

  • Beliau menekankan pendirian tegas bagi pertikaian dengan negara China mengenai isu persempadanan Laut China Selatan dan turut membatalkan beberapa kontrak untuk perkhidmatan 5G dari syarikat China (Narang, 2020).

  • Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin telah mengakhiri era dasar luar yang pro-China.

  • Dasar luar sepanjang tempoh Tan Sri Muhyiddin berkhidmat, masih tertumpu mengenai kerjasama dua hala dengan AS dan beliau menyatakan kembali pendekatan pro-Barat.

22 of 23

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

  • Datuk Seri Ismail Sabri mengukuhkan ekonomi negara yang terjejas teruk sama ada di dalam atau luar negara.

  • Antara tindakan beliau dalam memperkasakan dasar luar Malaysia, lawatan ke negara ASEAN dan Timur Tengah seperti Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan sebagainya telah membawa kejayaan dengan perjanjian dua hala berkaitan pemulihan ekonomi melalui pelaburan dan kolaborasi perdagangan antarabangsa.

23 of 23

  • Tindakan Datuk Seri Ismail Sabri dalam merangka dasar luar Malaysia dianggap sebagai pendekatan yang pragmatik dan holistik.

  • Beliau adalah antara Perdana Menteri Malaysia yang pertama dalam membentuk hubungan diplomasi kesihatan antarabangsa, iaitu melalui perkongsian ilmu, kepakaran, teknologi dan pengurusan bekalan vaksin di seluruh dunia.