Penciptaan Kredit
Hasil Pembelajaran
Menerangkan andaian proses penciptaan kredit.
Menerangkan proses penciptaan kredit menggunakan akaun ‘T’
Menghitung pengganda wang, jumlah pinjaman, jumlah rizab, jumlah DS & jumlah penawaran wang.
Menerangkan faktor yang menghadkan penciptaan kredit.
Konsep asas
Penciptaan kredit adalah satu proses yang dilakukan oleh bank perdagangan untuk mencipta wang/pinjaman melalui deposit semasa orang ramai.
Hak bank perdagangan untuk mencipta wang/pinjaman berpunca daripada kuasanya mengeluarkan cek dan kuasa pelanggannya menggunakan cek dalam menjalankan urusniaga.
Apabila bank perdagangan menerima deposit semasa daripada pelanggan , sejumlah daripada deposit itu dipegang dalam bentuk aset cair dan bakinya boleh dipinjamkan atau dilaburkan.
Nisbah rizab berkanun ialah peratusan wang tunai daripada deposit semasa yang mesti disimpan oleh bank perdagangan di bank pusat.
Nisbah rizab tunai ialah peratusan wang tunai daripada deposit semasa yang mesti disimpan oleh bank perdagangan di bank perdagangan.
Jumlah deposit semasa yang dapat dicipta ini adalah berkali ganda daripada jumlah yang diterima daripada pelanggan.
Deposit semasa utama ialah apabila bank perdagangan menerima simpanan daripada pelanggan dalam bentuk wang tunai atau cek.
Deposit semasa yang dicipta ialah apabila bank perdagangan memberi pinjaman kepada pelanggan.
1
2
3
4
5
6
Andaian
Semua urusniaga menggunakan cek (deposit semasa).
Tiada bocoran tunai.
Tiada lebihan rizab di bank perdagangan.
Semua lebihan rizab dipinjamkan.
1
2
4
3
Proses penciptaan kredit.
PERINGKAT PERTAMA
Andaikan individu 1 memasukkan wang tunai RM10,000 ke dalam akaun semasa di Bank A.
Dengan andaian nisbah rizab tunai adalah 20%. Kunci kira-kira Bank A adalah seperti berikut.
Aset | RM | Liabiliti | RM |
Rizab tunai | 2,000 | Deposit semasa | 10,000 |
Pinjaman | 8,000 | | |
Jumlah | 10,000 | Jumlah | 10,000 |
Bank A menyimpan 20% daripada deposit semasa untuk memenuhi nisbah rizab seperti yang telah ditetapkan oleh bank pusat sebanyak RM2,000 (20% daripada RM10,000).
Lebihan rizab sebanyak RM8,000 (RM10,000 – RM2,000) akan dipinjamkan kepada individu 2 dengan membuka akaun deposit semasa di Bank A atau lain-lain bank.
PERINGKAT KEDUA
Deposit individu 2 di dalam akaun semasa di Bank A adalah seperti jadual di bawah.
Dengan andaian nisbah rizab tunai adalah 20%. Kunci kira-kira Bank A bagi peringkat kedua adalah seperti berikut.
Aset | RM | Liabiliti | RM |
Rizab tunai | 1,600 | Deposit semasa | 8,000 |
Pinjaman | 6,400 | | |
Jumlah | 8,000 | Jumlah | 8,000 |
Bank A menyimpan 20% daripada deposit semasa untuk memenuhi nisbah rizab seperti yang telah ditetapkan oleh bank pusat sebanyak RM1,600 (20% daripada RM8,000)
Lebihan rizab sebanyak RM6,400 (RM8,000 – RM1,600) akan dipinjamkan kepada individu 3 dengan membuka akaun deposit semasa di Bank A atau lain-lain bank.
Jadual proses penciptaan kredit.
Peringkat | Deposit semasa (RM) | Rizab tunai 20% (RM) | Pinjaman (RM) |
1 | 10,000 | 2,000 | 8,000 |
2 | 8,000 | 1,600 | 6,400 |
3 | 6,400 | 1,280 | 5,120 |
Lain-lain | 25,600 | 5,120 | 20,480 |
Jumlah | 50,000 | 10,000 | 40,000 |
Pengganda
wang
Jadual proses penciptaan kredit.
Peringkat | Deposit semasa (RM juta) | Rizab tunai 20% (RM juta) | Pinjaman (RM juta) |
1 | 10,000 | 2,000 | 8,000 |
2 | 8,000 | 1,600 | 6,400 |
3 | 6,400 | 1,280 | 5120 |
Lain-lain | 25,600 | 5120 | 20,480 |
Jumlah | 50,000 | 10,000 | 40,000 |
Faktor yang menghadkan penciptaan kredit
Bocoran tunai. Berlaku apabila peminjam tidak memasukkan semula wang yang dipinjam ke dalam akaun semasanya. Sebaliknya cek tersebut ditunaikan dan digunakan sebahagian atau sepenuhnya untuk berbelanja. Keadaan ini akan mengurangkan keupayaan bank mencipta wang.
Kesukaran untuk mendapatkan peminjam.
Pelabur potensi tidak berminat kerana ketakstabilan ekonomi dan politik, kadar bunga atas pinjaman yang tinggi & kadar pulangan pelaburan yang rendah.
Keinginan untuk menjaga keutuhan bank.
Tindakan bank yang menyimpan sebahagian lebihan rizab.
Suasana pelaburan yang tidak baik.
Semasa kemelesetan ekonomi, pelabur kurang berminat melabur. Oleh itu pelabur kurang minat untuk meminjam wang daripada bank perdagangan.
Kadar syarat pinjaman.
Pelabur tidak layak untuk meminjam kerana tiada cagaran atau tiada penjamin dsb.
1
2
3
4
5