1 of 112

EEM443�TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL

TUTOR

SUHASNI BIN DOLLAH

2 of 112

BAB 1

GEJALA SOSIAL PADA ABAD KE-21

DI MALAYSIA

3 of 112

  • Peningkatan kejadian jenayah dan pelbagai bentuk gejala sosial lain seperti pembunuhan, rompakan, rogol, keganasan rumah tangga, penagihan dadah, ragut, seks di luar nikah, dan pornografi internet telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan anggota masyarakat, pelancong dan pelabur asing terhadap tahap keselamatan yang sedia ada.

4 of 112

  • Beberapa masalah sosial di Malaysia sering kali dikaitkan dengan proses pembangunan dan transformasi sosial yang mendadak.

  • Proses perbandaran dan perindustrian yang berlaku sejak kemerdekaan khususnya selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru bukan sahaja telah merancakkan proses pembangunan negara, tetapi turut mengakibatkan berlakunya krisis nilai dan keterasingan sosial dalam kalangan sesetengah golongan masyarakat khususnya remaja dan golongan muda.

5 of 112

  • Hal ini disebabkan pelbagai faktor seperti status sosioekonomi yang secara relatif rendah selain ketidakupayaan sesetengah anggota masyarakat itu untuk memenuhi tuntutan umum masyarakat berhubung status,kejayaan, pekerjaan yang baik dan pemilikan barang konsumer .

6 of 112

TRANSFORMASI MASYARAKAT MALAYSIA DAN KEMUNCULAN PELBAGAI GEJALA SOSIAL

  • Ahli sosiologi Perancis, Emile Durkheim, menerangkan tentang keadaan yang dipanggil anomie, iaitu kekacauan norma yang berlaku dalam masyarakat di Eropah yangmengalami proses pemodenan dan perindustrian akibat kebangkitan kapitalisme mulai Zaman Pencerahan(Enlightenment) pada abad ke-17, disusuli dengan Revolusi Industri dan Revolusi Sains pada abad ke-18 dan ke-19.

7 of 112

  • Dalam bukunya bertajuk Suicide (1951), Durkheim menyatakan bahawa runtuhnya ikatan moral, aturan, budaya, dan undang-undang adalah berpunca daripada transformasi sosial yang mendadak dalam masyarakat.

  • Oleh itu, masyarakat terpaksa membentuk kawalan sendiri kerana norma baru belum sempat atau dapat berkembang dengan kukuh.

8 of 112

  • Kesan balas daripadanya ialah kekacauan dan ketidakseragaman antara keadaan masyarakat dan peluang individu untuk membangun, mencapai kepuasan, dan menikmati daya pengeluaran di dalam masyarakat.

  • Keadaan anomie ini menghasilkan ketegangan dalam kalangan individu kerana persekitaran sosial yang mengundang konflik, ketegangan, kekeliruan, atau kehendak yang mustahil untuk dipenuhi

9 of 112

  • Robert K. Merton (1937) pula telah mengembangkan teori anomie ini dengan menekankan ‘percanggahan’ antara definisi goals (matlamat) menurut kehendak sosial masyarakat dengan means (cara atau kaedah) untuk mencapai matlamat tersebut.

  • Merton menekankan bahawa kekayaan dan kemewahan adalah matlamat utama anggota masyarakat, khususnya bagi kelompok minoriti dan miskin dalam masyarakat industri.

  • Apa yang diingini dan dicapai oleh anggota masyarakat adalah berkisar mendapatkan wang, kedudukan, status, mendapatkan barang konsumer.

10 of 112

  • Kupasan tentang teori anomie ini digunakan dalam masyarakat Barat bagi memahami norma-norma dan nilai masyarakat industri yang mengalami transformasi sosial besar-besaran kesan daripada Revolusi Industri danRevolusi Sains.

  • Seperti telah terbukti dalam sejarah sains sosial, dalam latar belakang sejarah Eropah Barat inilah maka lahir tokoh-tokoh pemikir sosial yang mencetuskan perdebatan dan penulisan yang prolifik, yang mengupas persoalan-persoalan kemasyarakatan demi memahami serta mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang timbul.

  • Dengan demikian lahir dan berkembanglah sains sosial dan kemanusiaan seperti ilmu falsafah,ekonomi, politik, sosiologi, psikologi, pendidikan dan lain-lain di Eropah untuk menganalisis masalah-masalah tersebut dan mencari jalan keluar (Abdul Rahman 2006

11 of 112

PENYELIDIKAN BERTEMAKAN GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA

  • Seiring dengan kemajuan ekonomi dan proses perbandaran yang pesat, Malaysia berdepan dengan pelbagai jenis jenayah dan gejala delinkuensi yang boleh mengganggu-gugat keamanan dan kesejahteraan masyarakat.

  • Banyak kajian yang dijalankan oleh ramai pengkaji tertumpu kepada jenis-jenis jenayah yang melibatkan orang muda (remaja) dan dewasa, faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang terlibat dalam jenayah, dan kesan-kesan daripadanya.

12 of 112

  • Zeenath Kausar (2005) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

  • Beliau mengkaji tentang jenis-jenis masalah sosial yang dilakukan atau melibatkan golongan wanita seperti rogol, gangguan seksual, seks luar nikah, penceraian, dan penagihan dadah.

  • Zeenath telah mengumpul data statistik dan maklumat mengenainya, dan menyiasat sebab-musabab berlakunya masalah sosial tersebut.

13 of 112

  • Kajian Hasan Baharom et.al (2003) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjudul ‘Kajian Jenayah Juvana di Pantai Timur’ mengkaji tentang faktor-faktor yang menjadi punca keterlibatan remaja dalam pelbagai jenayah dan delinkuensi, dan mengenal pasti bilangan si pelaku yang melakukan kesalahan menurut jantina.

  • Hasil kajian mendapati faktor keluarga, latar belakang pendidikan, pengaruh negatif rakan sebaya, media massa dan masyarakat menyumbang ke arah remaja melakukan jenayah dan delinkuensi.

  • Namun, faktor umur, tempat tinggal dan latar belakang keluarga merupakan antara penyumbang utama kepada pelbagai masalah sosial dalam kalangan remaja

14 of 112

  • Satu kajian PhD oleh Sohaimi Daud (2004) dari Universiti Malaya (UM) berjudul ‘Proses dan Prosedur Sistem Pengadilan Jenayah di Malaysia Terhadap Jenayah Rogol’ telah mengkaji proses dan prosedur sistem pengadilan jenayah rogol di Malaysia.

  • Menurut beliau, pemahaman menyeluruh berkenaan proses sistem keadilan jenayah di Malaysia ini secara tidak langsung dapat mengenal pasti kategori perogol, dan memperbetulkan persepsi masyarakat dan negara terhadap mangsa rogol, keterlibatan perogol kanak-kanak, dan persoalan hukuman ke atas pesalah rogol.

15 of 112

  • Kajian oleh Zulfakar Ramlee (2004) dari UIAM berjudul ‘Incest: Its Legal Implication from Islamic Perspective’ mengkaji tentang seks di luar nikah atau zina, kategori hukuman yang dikenakan kepada si pelaku dalam konteks hukum Islam, dan isu-isu yang berkaitan dengan pengadilan ke atas jenayah tersebut termasuk kedudukan perundangan terhadap anak ‘luar nikah’.

  • Maheran Zakaria (2004) dari UiTM yang menjalankan kajian berjudul ‘Kajian Mengenai Ciri-ciri Pelaku dan Mangsa Jenayah Sumbang Mahram di Malaysia’ telah meneliti trend jenayah sumbang mahram di Malaysia dan kekerapan berlakunya jenayah tersebut berdasarkan lokasi atau negeri.

  • Hasil kajian beliau menunjukkan kebanyakan pelaku dan mangsa berada dalam golongan kelas bawahan dan orang Melayu.

16 of 112

  • Kajian PhD oleh Ahmad Hassan (2004) dari UM berjudul ‘Wanita Kelantan dan Pelacuran: Satu Kes Kajian di Kota Bharu, 1950an-1970an’ meneliti dinamika kegiatan pelacuran akibat perubahan gaya hidup yang pesat di Kota Bharu, Kelantan antara tahun 1950anhingga 1970an.

  • Kajian tersebut turut mengkaji pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan kegiatan pelacuran dalam tempoh tersebut.

  • Hasil kajian mendapati peningkatan penceraian, kemiskinan dan masalah mendapatkan pekerjaan merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kegiatan pelacuran.

17 of 112

  • Fauziah Ibrahim et.al (2008) bertajuk ‘Sokongan Keluarga dan Kecenderungan Penagihan Relaps Dalam Kalangan Penagih Dadah di Malaysia’. Kajian dijalankan ke atas 400 orang responden dari lapan buah pusat serenti yang merangkumi Zon Selatan, Zon Timur, Zon Tengah dan Zon Utara bagi mengukur tahap sokongan keluarga terhadap penagih relaps dan menentukan perkaitan antara sokongan keluarga dengan kecenderungan penagihan relaps.

  • Hasil kajian mendapati 96 peratus penagih dadah berulang menyatakan bahawa mereka menerima sokongan yang sederhana daripada keluarga dan hanya empat peratus sahaja yang menerima sokongan yang rendah daripada keluarga.

18 of 112

  • Selain daripada jenis-jenis jenayah dan masalah sosial yang disebut di atas, kajian tentang skim cepat kaya juga merupakan antara tumpuan pengkaji untuk menerangkan perubahan dalam masyarakat yang turut menyumbang kepada kemunculan pelbagai bentuk masalah sosial.
  • Kajian oleh Muhammad Muda et.al (2002) dari UniversitiS ains Islam Malaysia (USIM) bertajuk ‘Kajian KegiatanSkim Cepat Kaya di Semenanjung Malaysia’ mengkaji bagaimana skim cepat kaya beroperasi, faktor-faktor yang mendorong orang menyertai skim tersebut, dan apakah kedudukan skim ini dari segi hukum syarak.

19 of 112

  • Selain kajian yang dijalankan oleh Rahimah AbdulAziz, satu lagi kajian tentang mangsa penderaan fizikal ke atas kanak-kanak yang memberi fokus kepada aspek tahap perkembangan personaliti dan resiliensi mangsa dijalankanoleh Mariani Mansor dan Asnarulk hadi Abu Samah (2008) bertajuk ‘Analisis Personaliti dan Resiliensi Kanak-Kanak Mangsa Penderaan Fizikal’.

  • Kajian yang dijalankan ke atas 106 kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 16 tahun dari lima buah pusat perlindungan kanak-kanak di Selangor dan Kuala Lumpur mendapati tahap personaliti kanak-kanak mangsa penderaan fizikal adalah rendah dari segi penyesuaian personaliti dan mangsa penderaan kurang atau tiada keinginan atau keupayaan untuk memajukan diri.

20 of 112

BAB 2

KEGANASAN KELUARGA:

GEJALA PENGANIAYAAN DAN PENGABAIAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

21 of 112

  • Secara umum keganasan keluarga antara lain merangkumi penganiayaan kanak-kanak

  • Keganasan domestik; keganasan oleh kanak-kanak; penganiayaan adik-beradik,

  • Penganiayaan warga tua dalam keluarga.

  • Antara keganasan keluarga yang paling memusnahkan ialah penganiayaan kanak-kanak dan keganasan domestik atau keganasan yang berlaku antara suami-isteri.

22 of 112

  • Keganasan mengikut Gelles dan Cornell (1990) bermaksud satu tindakan yang dilakukan dengan niat atau niat yang dipersepsikan untuk menyebabkan kesakitan atau kecederaan fizikal terhadap orang lain.

  • Sementara sebagai satu konsep, keganasan keluarga merujuk kepada sebarang tindakan yang diambil terhadap individu yang mempunyai hubungan yang sah dengan pelaku atau terhadap mereka yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pelaku bertujuan untuk menyebabkan kecederaan fizikal.

23 of 112

  • Mengikut Levinson (1989) dan juga Eshleman (2000) keganasan keluarga ini tidak terdapat berlaku dalam masyarakat yang kehidupan berkeluarganya dicirikan oleh sikap kerjasama, komitmen, berkongsi dan kesamaan.

  • Sebaliknya, keganasan keluarga adalah lebih lazim terdapat dalam masyarakat di mana golongan lelaki mengawal kehidupan golongan wanitanya, terdapatnya penerimaan penyelesaian secara ganas terhadap konflik dan ibu-ibu menanggung sebahagian besar tanggungjawab menjaga dan membesarkan anak-anak.

24 of 112

PENERANGAN TEORITIS

  • Gejala keganasan keluarga. Gejala tersebut dilihat bukan saja dari sudut individu, tetapi juga dari sudut sosiobudaya yang lebih luas.

  • Bermakna, keganasan dilihat sebagai disebabkan oleh sistem konflik yang terdapat dalam sesebuah masyarakat dan keberadaan norma budaya yang menerima serta membolehkan keganasan keluarga itu berlaku.

  • Banyak teori telah diutarakan guna menerangkan tentang fenomena keganasan keluarga yang dipercayai terdapat dalam hampir semua negara di dunia.

25 of 112

  • Dari sudut individu, Gelles (1974) telah mengutarakan teori psikopatologi berkaitan keganasan keluarga ini.

  • Teori ini menegaskan bahawa keganasan yang berlaku antara anggota sesebuah keluarga adalah kerana terdapatnya ciri-ciri psikologi yang tidak normal (abnormal) dalam kalangan mereka yang terlibat dengan keganasan itu.

  • Sumber keganasan keluarga diandaikan terdapat dalam personaliti penganiaya itu sendiri (O’Leary, 1993).

26 of 112

  • Goode (1974) telah mengutarakan teori sumber atau kawalan sosial berkaitan keganasan keluarga ini.

  • Secara ringkas teori ini menegaskan bahawa keganasan merupakan sumber yang boleh digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan, iaitu apabila sumber-sumber lain seperti wang, penghormatan, kasih sayang, dan matlamat yang dikongsi bersama dirasakan telah berkurangan, tidak mencukupi atau pun tiada

27 of 112

  • Tindakan ganas individu juga cuba diterangkan dari sudut sosial dan psikologikal, iaitu melalui teori pembelajaran sosial, yang menekankan bahawa secara umum individu belajar bertindak ganas daripada masyarakatnya dan juga daripada keluarganya (Ney 1992; Eshleman, 2000).

  • Konsep ‘lingkaran keganasan’ (cycle of violence) menunjukkan bahawa tindak laku ganas dipelajari hasil seseorang individu itu menjadi mangsa keganasan atau menjadi saksi kepada keganasan.

  • Dalam hal ini dikatakan bahawa individu yang dibesarkan dalam keluarga yang ganas akan cenderung untuk mengulangi pola yang telah dipelajari itu.

28 of 112

  • Selain itu terdapat teori budaya yang memberi tumpuan kepada penerimaan keganasan dalam sistem nilai masyarakat dan norma sosial, yang menentukan bila dan dalam keadaan apa perilaku ganas boleh diterima (Wolfgang dan Ferracuti,1967).

  • Satu ketika dahulu banyak masyarakat dunia memiliki norma budaya dan perundangan yang memberi hak kepada seorang suami untuk mengenakan hukuman berat terhadap isterinya bagi memperbetulkan perlakuannya’ yang dianggap salah.

29 of 112

Penganiayaan Kanak-kanak sebagai Satu Bentuk Keganasan Keluarga

  • Lazimnya, masyarakat menerima bahawa tidak menjadi kesalahan untuk ibu bapa memukul anaknya sekiranya tindakan itu adalah untuk tujuan memperbetulkan salah laku yang terus menerus berlaku atau untuk tujuan mengawal.

  • Selain itu, kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan yang berlaku antara ibu bapanya, didapati lebih kerap menjadi mangsa penganiayaan

30 of 112

Erti Penganiayaan Kanak-kanak

  • Kebanyakan orang bersetuju bahawa bentuk penganiayaan kanak-kanak yang dikatakan serius, adalah seperti tindakan fizikal yang mengakibatkan kesan-kesan luka dan abrasi, lebam-lebam, kecederaan kepala dan otak, kerosakan sistem urat saraf, melecur, terbakar, patah tulang, seliuh dan dislokasi; penganiayaan seksual, kecederaan dalaman dan kematian.

31 of 112

  • Di Malaysia, norma dan budaya yang diamalkan mempertahankan hak ibu bapa mengawal dan mengurus anak-anak mereka dengan cara yang dia anggap sesuai.

  • Budaya yang terdapat di negara ini juga secara tradisinya menerima penggunaan hukuman berat untuk tujuan mengawal dan mengurus ini, seperti yang dibayangkan oleh ungkapan “sayangkan anak tangan-tangankan” (pepatah Melayu), “anak yang setia (filial) dihasilkan daripada belantan” (terjemahan pepatah Cina) dan “spare the rod and spoil the child” (pepatah Inggeris)

32 of 112

Jenis Penganiayaan Kanak-kanak

  • Penganiayaan secara umumnya boleh dikategorikan kepada empat jenis utama: iaitu penganiayaan fizikal, yang bermaksud keganasan dan tindakan yang disengajakan, yang menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak berkenaan dan boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan yang kekal terhadap perkembangan kanak-kanak

33 of 112

  • Jenis kedua ialah pengabaian fizikal yang merujuk kepada kegagalan menyediakan keperluan asas kepada seorang kanak-kanak untuk membolehkan ia hidup dengan sempurna termasuk makanan, pakaian, tempat kediaman, keselamatan emosi, rawatan perubatan dan pendidikan.

  • Pengabaian fizikal termasuk ditinggalkan atau dibiarkan tanpa jagaan untuk satu tempoh yang lama.

  • Jenis ketiga ialah penganiayaan seksual.

34 of 112

  • Henry Kempe (1978) telah menerangkan penganiayaan kanak-kanak sebagai meliputi daripada bayi yang dihentam kepada penganiayaan fizikal yang dikenakan terhadap kanak-kanak pelbagai umur, sehinggalah kepada kegagalan kanak-kanak untuk berkembang, pengabaian, penganiayaan psikologi dan emosi dan penganiayaan seksual.

35 of 112

Sebab Berlakunya Penganiayaan Kanak-kanak

  • Perkara yang menyebabkan penganiayaan berlaku dalam keluarga ialah pengangguran atau tingkat pendapatan yang rendah yang mengakibatkan tekanan ekonomi berlaku;
  • Rumah yang sesak, berbahaya, kotor atau tidak sihat; keluarga yang tidak mempunyai banyak hubungan dengan saudara mara, jiran, rakan dan sebagainya;
  • Kejiranan yang tidak selamat;
  • Keluarga beribu tunggal yang terpaksa berkerja dan memenuhi bermacam tanggungjawab yang lain lalu menghadapi tekanan yang amat sangat;
  • Masalah kesihatan dalam keluarga dan lain-lain.
  • Keganasan suami-isteri, gejala penganiayaan kanak-kanak secara umumnya merentasi sempadan sosial dan ekonomi sesebuah masyarakat

36 of 112

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendedahkan, penderaan seksual kanak-kanak adalah yang tertinggi berbanding bentuk penderaan lain dalam kalangan golongan itu.

  • Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM Wan Noraidah Wan Mohd Zain, berdasarkan statistik setakat 2022, sebanyak 1,168 kes direkodkan melibatkan penderaan seksual kanak-kanak.

  • Antara punca yang dikenal pasti sebagai faktor utama penderaan terhadap kanak-kanak adalah masalah ekonomi yang dihadapi ibu bapa.

  • “Penderaan seksual adalah paling tinggi, di mana berdasarkan kes statistik penderaan, 6,770 kes dilaporkan pada 2022, penderaan seksual paling tinggi, iaitu sebanyak 1,168.

37 of 112

BAB 3

PERANAN PENDIDIKAN ISLAM DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM MEMBINA SAHSIAH PELAJAR BERKUALITI

38 of 112

  • Gejala sosial boleh dihuraikan sebagai satu keadaan atau cara hidup yang berlaku di dalam suatu masyarakat yang mana ia adalah bertentangan dengan ciri-ciri atau nilai budaya dan juga nilainilai keagamaan sesebuah masyarakat (Ab. Halim Tamuri, et.al, 2004)

  • Peranan guru amat rumit di mana guru perlu memahami bahawa tujuan pendidikan iaitu mewujudkan ciri-ciri ketuhanan di dalam diri manusia untuk kebaikan diri sendiri dan untuk kebaikan manusia sejagat.

  • Guru harus menegakkan nilai-nilai tertentu dan mahir sebagai seorang pengajar, pengurus, pekerja sosial dan kesihatan mental, mahupun seorang ilmiah serta pengganti ibu bapa.

39 of 112

  • Sabitha Marican (1995), perubahan dan pertumbuhan ekonomi yang drastik menyebabkan semakin ramai ibu bapa yang sibuk bekerja di luar.

  • Ibu bapa kurang menyedari fungsi mereka sebagai ibu bapa dan kegagalan memberi pengawasan moral terhadap anak-anak.

40 of 112

  • Kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anakanak yang bersekolah, tetapi hal ini turut memberi impak terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan tingkah laku generasi muda (Rozana dan Nor Hashimah, 2005)

41 of 112

  • Pihak sekolah sudahpun menyediakan pelbagai kursus motivasi dan kaunseling kepada pelajar bermasalah ini dan mengharapkan golongan ini berubah bukan setakat untuk kebaikan diri sendiri, tetapi juga untuk agama, bangsa dan negara.

42 of 112

  • Pendidikan Moral yang bermatlamat melahirkan pelajar yang berakhlak dan mempunyai nilai terpuji yang mana diharapkan dapat dipraktikkan dalam kerjaya kelak amat signifikan.

43 of 112

  • Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik pelajar supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.

  • Pendidikan Moral di sekolah menengah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan pelajar melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini.

44 of 112

  • Mata pelajaran PM merupakan satu usaha untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan kepada tiga aspek iaitu perkembangan penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral.

  • Mata pelajaran ini diharap dapat menghasilkan murid yang berpengetahuan, berperwatakan mulia dan mengutamakan perpaduan serta bersemangat patriotik ke arah menyumbang secara produktif terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara

45 of 112

  • Kurikulum PM memberi tumpuan kepada usaha memupuk kerohanian dan moraliti murid dengan memberi penekanan kepada pemahaman, penghayatan dan amalan nilai universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum.

  • Kurikulum ini juga turut menyediakan satu panduan hidup kepada murid untuk membuat keputusan dan tindakan yang membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial terhadap keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara.

46 of 112

  • Mata pelajaran PM juga menekankan kepada kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid bagi menyediakan mereka menghadapi cabaran Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21).

  • Kurikulum PM sekolah rendah dan sekolah menengah bermatlamat untuk membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arah perpaduan dan kesejahteraan negara serta masyarakat global.

47 of 112

Prinsip-prinsip tersebut adalah :

i. Bertanggungjawab pada diri, keluarga, dan orang lain.

ii. Berpegang teguh pada ajaran agama.

iii. Prihatin kepada alam sekitar.

iv. Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup.

v. Bersemangat patriotik.

vi. Menghormati hak asasi manusia.

vii. Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

48 of 112

  • Penerapan nilai-nilai murni dalam merentasi kurikulum pembelajaran amat digalakkan bagi mengukuhkan penghayatan akhlak pelajarpelajar tidak kira lapisan peringkat pendidikan.

  • Terdapat empat elemen yang terkandung di dalam penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum iaitu nilai-nilai agama, nilai-nilai moral, nilai-nilai budaya dan juga nilai-nilai-nilai estetika.

  • Elemen penerapan nilai-nilai agama dalam merentas kurikulum adalah terdiri daripada etika, kemanusiaan dan keagamaan.

49 of 112

  • Terdapat beberapa prinsip utama yang telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial sebagaimana hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui ungkapan “ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”.

50 of 112

51 of 112

Peranan Pendidik dan Ibu bapa

  • Menurut Mohamad Muda (1998), para pendidik bertanggungjawab dalam menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak yang mana penekanan dititikberatkan mengenai perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan.

  • Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.

52 of 112

53 of 112

SEKIAN TERIMA KASIH

54 of 112

BAB 4

KETAGIHAN PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN REMAJA

55 of 112

56 of 112

  • Berdasarkan kajian „Norton Online Living Report (NOLR) di Malaysia‟ yang dikendalikan oleh Saffron Hill bagi pihak Symantec, mengenai tabiat penggunaan Internet, mendapati remaja menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari Internet.

  • Jumlah itu sebenarnya 6 jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kajian ke atas 12 negara utama dunia dan juga 4 jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka.

  • Dalam kajian tersebut, 31 peratus daripada mereka melayari Internet di kafe siber dan 60 peratus daripada mereka cuma menghabiskan masa melayari laman sembang dan berbual dalam talian dengan individu tidak dikenali

57 of 112

LEPAK DI KAFE SIBER

  • Isu lepak siber dalam kalangan remaja turut mendapat perhatian oleh pihak berkuasa California yang berusaha untuk mengurangkan keganasan yang berlaku di kafe siber.

  • Sebilangan remaja yang mengunjungi kafe siber lebih berminat untuk bermain sejenis permainan yang dipanggil counter strike dan terlibat dengan pergaduhan dan pembunuhan akibat terpengaruh dengan aksi ganas yang ditonjolkan dalam permainan yang dilayari (California, 2000).

58 of 112

  • Di kafe siber, remaja boleh mendapat apa sahaja maklumat yang diingini melalui internet tanpa sebarang tapisan.

  • Keadaan ini dapat dikaitkan dengan gejala cyberbooze di internet di kalangan remaja Amerika Syarikat yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai cyberporn.

  • Mereka boleh memesan ubat dan minuman keras melalui internet. Gejala seperti ini tidak mustahil akan tersebar melepasi sempadan dan merebak ke negara ini apabila tersiar berita seorang remaja wanita membeli pil mengawan jenis spanish fly untuk meningkatkan ketahanan menari yang ditempahnya melalui internet (Utusan Malaysia, 5 Februari 1998).

59 of 112

BAB 5�VANDALISME

  • Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda di sekolah dikategorikan sebagai salah laku yang berat dan serius. Ini terbukti apabila sejak 1968 lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling yang membenarkan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung sementara waktu, di bawah undang-undang 1.3.5 merosak atau membinasakan harta sekolah (Mohd Zin Sham, 1996).

60 of 112

  • Kira-kira 14,229 perbuatan laku musnah atau vandalisme melibatkan harta benda awam dan kemudahan awam direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh empat tahun sejak 2020 sehingga awal tahun ini.

  • Daripada jumlah itu, kes vandalisme paling tinggi dilaporkan, iaitu pada tahun 2021 dengan 5,054 kejadian diikuti 2022 (4,575 kejadian) 2020 (4,237 kejadian)

61 of 112

  • Menurut (Ann Wan Seng, 1994) vandalisme dilakukan oleh beberapa kategori pelajar. Pertama, yang melakukan perbuatan vandalisme hanya secara suka-suka.

  • Tidak terlintas dalam fikiran mereka bahawa perbuatan vandalisme boleh membawa akibat yang tidak baik seperti permandangan yang menyakitkan mata.

  • Apa yang terlintas dalam fikiran dicurahkan atas permukaan meja, kerusi, tembok, simen dan batu-batan.

  • Motif perbuatan mereka tidak jelas. Mungkin sekadar untuk menghabiskan masa lapang.

62 of 112

  • Kedua, golongan pelajar yang mengalami tekanan jiwa yang hebat. Pelajar yang hidup keseorangan merasakan dunia ini tidak bermakna.

  • Kesunyian yang dihadapi menyebabkan mereka melakukan perbuatan menconteng sekadar untuk menarik perhatian orang ramai.

  • Di samping itu, golongan pelajar dalam kategori ini mempunyai alasan untuk melakukan vandalisme.

63 of 112

  • Golongan ketiga pula terdiri daripada mereka yang sentiasa tidak puas hati dengan keadaan diri dan masyarakat.

  • Oleh itu, kita dapati sesetengah tempat diconteng dengan gambar-gambar lucah, kata-kata yang memberahikan.

  • Apabila mereka berbuat demikian, mereka berasa puas dapat menggangu kehidupan orang lain.

64 of 112

  • Golongan yang keempat pula terdiri daripada remaja yang mabuk bercinta. Vandalisme dan golongan ini bertumpu di taman-taman, tepi pantai dan tempat rekreasi.

  • Antara hasil ukiran ialah lambang love, anak panah dan ukiran nama merpati sejoli. Demi cinta abadi kasih terpahat, rindu terpaku dan kasih diukir.

  • Golongan ini melakukan vandalisme tanpa kesedaran dan pertimbangan yang rasional

65 of 112

  • Berdasarkan kajian, 80 peratus gejala vandalisme dilakukan oleh golongan remaja dalam lingkungan umur 15 hingga 20 tahun dan 70 peratus ke atas terdiri daripada mereka yang berpendidikan rendah atau tercicir dari segi akademik sementara kebanyakan dilakukan secara berkumpulan.

66 of 112

  • Kebiasaannya gejala ini dianggap sebagai satu bentuk jenayah tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme juga merupakan jenayah ritual yang dilakukan kerana rasa tidak puas hati terhadap keadaan masyarakat dan untuk menghilangkan kebosanan semata-mata.

  • Pengaruh rakan sebaya menjadi punca utama berlakunya vandalisme, namun masalah keluarga serta kurangnya bimbingan sempurna daripada ibu bapa turut mendorong kepada perbuatan keji ini kerana dendam dan rasa ingin bebas.

  • Oleh itu, remaja harus berupaya membezakan antara perkara baik dan buruk.

67 of 112

Sebab-sebabnya adalah:

  • Untuk mendapatkan sesuatu, contohnya duit dari telefon awam;
  • Untuk masuk ke sesuatu tempat, contohnya memecah masuk ke dalam rumah;
  • Untuk menyatakan sesuatu idea dan kepercayaan;
  • Untuk membalas dendam;
  • Untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang atau sesebuah organisasi;
  • Untuk keseronokan dan kepuasan diri;
  • Untuk diterima sebagai kawan dan ahli kumpulan.

68 of 112

Mengapa remaja terlibat dalam ‘geng’?

  • Keseronokan;
  • Rasa megah / status;
  • Perlindungan;
  • Peluang untuk mencari wang dan sumber pendapatan;
  • Rasa diterima oleh ahli kumpulan (sense of belonging);
  • Dipaksa (jarang berlaku).

69 of 112

BAB 6

GEJALA BULI

70 of 112

  • Gejala perlakuan ganas dalam kalangan pelajar yang semakin hangat dibicarakan di dada-dada akhbar sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa ianya perlu tindakan segera oleh pihak-pihak tertentu agar ianya tidak terus menular.

  • Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan salah laku yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik pelajar yang dibuli.

71 of 112

Apa itu buli?

  • Buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang.

  • Buli juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya (peer abuse).

  • Buli melibatkan serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras ugut, penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman dan gangguan seksual.

72 of 112

Adakah buli kerap berlaku?

  • Buli sebenarnya kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak tetapi tanpa pengetahuan ibu bapa atau guru.

  • Buli amat ketara/berlaku dalam kalangan pesalah laku muda dan di institusi-institusi.

  • Buli dilakukan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan; tetapi kanak-kanak lelaki lebih cenderung menggunakan keganasan manakala kanak-kanak perempuan selalunya menggunakan cara halus seperti tidak mahu berkawan.

73 of 112

Kesan-kesan buli

  • Buli boleh menyebabkan kesan yang serius dan menyebabkan kematian. Lebih kurang 85% dari mangsa buli menderitai kesan psikologi jangka panjang dan mengalami penyakit berkaitan dengan tekanan dalam kehidupan di masa akan datang.

  • Masalah buli yang tidak dikawal akan mengakibatkan masalah mental seperti;

- Tiada keyakinan diri

- Rasa rendah diri

- Prestasi pelajaran merosot

- Kehadiran ke sekolah rendah/menurun

- Masalah penyesuaian diri apabila dewasa

74 of 112

Contoh buli

  • Pada 8 November 2020 pula, Utusan Online melaporkan bahawa seorang pelajar sekolah menengah di Johor berumur 14 tahun diberitakan telah dipukul oleh enam orang pelajar senior sehingga mengakibatkan kecederaan pada otot dada serta paru-paru yang hampir bocor.

  • Ibu pelajar yang menyedari akan kejadian dera tersebut setelah memeriksa telefon bimbit anaknya telah membuat laporan polis.

75 of 112

  • Laporan tersebut menyebut Malaysia berada di tempat ke tiga di Asia dalam kategori negara tidak selamat akibat peningkatan kes jenayah seperti buli.

  • Artikel turut menyebut berdasarkan suatu kajian tahun 2016, seramai 37.3% pelajar di sekolah-sekolah luar bandar khususnya di FELDA telah menjadi mangsa buli verbal dan fizikal.

  • Artikel tersebut turut merujuk kepada suatu kajian lain dalam tahun 2014 yang menyebut seramai 49.4% kanak-kanak pra-sekolah (elementary schools) diberitakan pernah menjadi mangsa buli.

76 of 112

  • Tingkah laku buli boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bentuk fizikal dan juga verbal serta psikologi.

  • Perlakuan ini boleh dialirkan secara langsung ataupun tidak langsung.

  • Tingkah laku buli dalam bentuk fizikal ialah perbuatan yang melibatkan pukul-memukul atau sepak terajang.

  • Buli juga boleh melibatkan penggunaan senjata, ugutan serta ancaman.

  • Buli bentuk verbal dan psikologi pula lebih kepada ejek-mengejek misalnya jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa; maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.

  • Pelajar yang mempunyai paras rupa tidak menarik atau berkulit gelap juga kerap menjadi mangsa.

77 of 112

Mengapa buli berlaku di sekolah?

  • Banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan tidak sihat ini. Faktor rakan sebaya adalah pengaruh yang paling kuat dalam mengubah tingkah laku pelajar.
  • Jika diperhatikan kejadian membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
  • Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka membuli.
  • Faktor lain ialah dari segi fizikal, iaitu pelajar yang bertubuh besar dan tegap suka membuli pelajar yang saiz tubuhnya lebih kecil bagi menunjukkan `kuasa' dan kekuatan fizikal.
  • Dapatan kajian turut menunjukkan pelajar membuli kerana berasa dirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya daripada perkara yang tidak diingini.

78 of 112

  • Faktor persekitaran turut menyumbang kepada perlakuan agresif tersebut. Faktor persekitaran ini membabitkan sikap ibu bapa dan masyarakat yang kurang berdisiplin hingga menyebabkan penerapan nilai-nilai ini dalam diri para remaja.

  • Selain itu, pengaruh media seperti televisyen, filem dan juga Internet juga tidak boleh diketepikan dalam memperkatakan tentang isu ini.

  • Buli juga mungkin berkaitan dengan emosi para pelajar.

  • Pelajar-pelajar sekolah menengah yang sedang meniti alam remaja mudah terbawa-bawa dengan emosi terutamanya yang bersifat negatif. Sesetengah pelajar atau remaja ini mempunyai emosi dan ego yang tinggi manakala yang lain pula mempunyai perasaan rendah diri (inferiority complex).

79 of 112

Teori Psikososial Erikson: Krisis Identiti Remaja

  • Erik Erikson ialah seorang ahli psikologi personaliti yang telah dilahirkan di Jerman pada tahun 1902.

  • Beliau telah diabaikan oleh bapanya sejak dia masih dalam kandungan lagi dan telah dibesarkan oleh bapa tirinya, Dr. Theodore Homburger yang berbangsa Yahudi.

  • Erikson merupakan seorang kanak-kanak yang mengadapi dilema identiti. Beliau lebih menyayangi bapa tirinya daripada ayah kandungnya sendiri lalu meletakkan nama Homburger sebagai nama keluarganya.

80 of 112

81 of 112

Hubungan Buli Dan Konsep Kendiri

  • Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang rendah mungkin melibatkan diri dalam perlakuan membuli dalam usaha mereka untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.

  • Staub (1999), menyatakan bahawa kanak-kanak mungkin tidak mempunyai niat nilai sosial untuk mencapai imej positif melalui kompeten dan pencapaian yang baik.

  • Oleh yang demikian mereka akan mengarahkan estim kendiri mereka dalam lingkungan kekuatan, kuasa dan kekuasaan fizikal terhadap orang lain.

  • Mengancam orang lain mungkin akan menjadi satu cara mengukuhkan identiti kendiri dan untuk memenuhi atau menampung kekecewaan dalam bidang-bidang yang lain.

82 of 112

Buli Dan Kaitannya Dengan Perbezaan Jantina

  • Dari aspek jantina, perlakuan buli dilihat lebih cenderung berlaku di kalangan pelajar lelaki.

  • Namun menurut Roberts (1988), perlakuan buli di kalangan pelajar perempuan tidak harus diketepikan malah ada yang merasakan bahawa kekerapan perlakuan buli dalam kalangan pelajar perempuan semakin meningkat.

  • Walaupun beberapa insiden yang berlaku sejak akhir-akhir ini membabitkan hanya pelajar lelaki, namun ianya tidak membuktikan bahawa pelajar perempuan sebenarnya bebas daripada tingkah laku ini.

  • Pelajar lelaki dan pelajar perempuan sebenarnya mempunyai potensi yang sama untuk dibuli. Secara amnya, pelajar lelaki dilihat lebih gemar untuk membuli secara fizikal.

  • Berbeza dengan remaja perempuan yang lebih suka membuli secara verbal dan psikologi seperti menyisihkan mangsa dari segi sosial

83 of 112

Di mana buli berlaku?

  • Kajian Olweus (1991), mendapati bahawa bilik darjah merupakan lokasi yang paling banyak dilaporkan masalah perlakuan buli dilakukan dan para pelajar merasakan bahawa mereka merasa kurang selamat dan tidak selesa dengan kehidupan di sekolah.

  • Didapati di sekolah rendah dan menengah bahawa padang permainan dan bilik darjah merupakan lokasi paling kerap berlakunya perlakuan buli diikuti dengan dalam perjalanan dari sekolah dan di koridor sekolah.

84 of 112

  • Kajian yang dijalankan oleh Blatchford (1998), terhadap situasi bermain di sekolah mendapati bahawa waktu rehat boleh merupakan masa berlakunya tingkah laku-tingkah laku agresif, mencemuh, dan buli.

  • Waktu rehat juga boleh merupakan masa berlakunya peluang kepada pelajar membentuk ikatan persahabatan, pembentukan kompeten sosial dan budaya.

  • Sekolah kini menghadapi cabaran besar bagi mencapai imbangan antara mengawal tingkah laku pelajar sambil membekalkan para pelajar mereka dengan perkembangan sosial dan berdikari.

85 of 112

  • Kajian untuk melihat semula peranan padang permainan sebagai kawasan atau agen untuk menghentikan perlakuan buli di sekolah telah dijalankan oleh Pereira et, al (2002).

  • Mereka mendapati bahawa ruang fizikal mewakili salah satu keadaan yang paling menonjol apabila menganalisis pembelajaran di sekolah secara keseluruhan yang mana meliputi sosial, hubungan dan persahabatan dimensi pembelajaran.

86 of 112

87 of 112

88 of 112

SEKIAN TERIMA KASIH

89 of 112

BAB 7��PENGARUH FAKTOR SOSIAL KESAN KEMPEN MEDIA TAK NAK MEROKOK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

90 of 112

  • Merokok dalam kalangan remaja dikatakan didorong oleh pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada pembabitan remaja terhadap gejala yang tidak sihat ini.

  • Pengaruh sosial, pengaruh persekitaran, pengaruh psikologi dan sebagainya dikatakan antara pengaruh yang menyumbang kepada remaja untuk merokok.

  • Gejala ini juga mendatangkan kesan bukan sahaja kepada remaja, masyarakat mahupun negara kerana jumlah remaja merokok yang kian hari semakin meningkat.

91 of 112

  • Pada tahun 2004, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memulakan kempen antimerokok yang dinamakan sebagai Kempen Tak Nak Merokok.

  • Titik permulaan pelaksanaan kempen ini adalah atas berikutan peningkatan bilangan penduduk yang terlibat dalam aktiviti merokok.

92 of 112

  • Laporan Kementerian Kesihatan dalam kempen “Anti Merokok Tak Nak” (2004) telah menyenaraikan beberapa penyakit kronik kesan daripada merokok antaranya ialah kanser paruparu, COPD (enfisima dan bronkitis), kanser kerongkong, kanser mulut dan tekak, kanser esophagus, strok, crohn’s disease, penyakit jantung iskemia, kanser pundi kencing, artherosclerosis, ulser pepetik, kanser pancreas dan pneumonia.

  • Selain dari itu, merokok juga mempercepat proses penuaan dan memendekkan usia seseorang

93 of 112

  • Mulai 1 Januari 2020 Malaysia melaksanakan larangan menghisap rokok dan vape di semua premis makan atau restoran. Perintah itu di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.

  • Namun, sejak diberi kebenaran untuk dine in di restoran baru-baru ini, peraturan itu sudah dilupakan oleh sebilangan perokok. Mereka tidak lagi segan-silu merokok di meja makan walaupun tahu perbuatan itu salah.

94 of 112

  • Tabiat merokok dalam kalangan remaja pada hari ini begitu membimbangkan semua pihak.

  • Malah remaja yang merokok bukan sahaja membabitkan remaja lelaki bahkan kini sudah menular dalam kalangan remaja perempuan di negara ini.

  • Terdapat kempenkempen anti merokok telah dilaksanakan oleh kerajaan mahupun badan bukan kerajaan bagi membendung masalah ini. Namun kempen ini dikatakan gagal.

95 of 112

  • Faktor-faktor pengaruh sosial yang mendorong remaja untuk merokok adalah pengaruh peribadi atau dorongan diri sendiri.

  • Pengaruh sosial kedua tertinggi yang mempengaruhi remaja untuk merokok adalah pengaruh rakan sebaya.

  • Rakan sebaya sememangnya memainkan peranan dalam kehidupan remaja hari ini. Masa banyak dihabiskan bersama rakan-rakan. Hal ini disokong oleh Kamaludin (1996) mengatakan remaja lebih cenderung untuk memilih rakan sebaya dan tingkah laku mereka ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan sebaya mereka

96 of 112

  • Pengaruh sosial ketiga tertinggi adalah pengaruh keluarga .Keluarga sememangnya institusi yang amat penting dalam kehidupan remaja. Pincang sebuah keluarga, pincanglah kehidupan anak-anak.

  • Pendapat ini disokong oleh Proescholdbell, Chassin dan Mackinnon (2000) berkaitan hubungan merokok dengan peraturan merokok dalam keluarga dan para sarjana mendapati setelah kajian dibuat, iaitu terdapat hubungan kuat antara tabiat tidak merokok dengan larangan ibu bapa mereka sendiri.

  • Kajian yang dilakukan bersandarkan andaian bahawa ibu bapa mensosialisasikan anak-anak meraka tentang pelbagai tingkah laku iaitu jika ibu bapa merokok, anak-anak juga mempunyai peratusan yang tinggi untuk merokok dan jika ibu bapa tidak merokok, maka kemungkinan besar anak-anak mereka juga tidak akan merokok.

97 of 112

BAB 8

HUBUNGAN SEKSUAL REMAJA

98 of 112

  • Trend masa kini menampakkan isu dara atau keperawanan sudah tidak begitu relevan dengan fenomena remaja hari ini. Malah, remaja-remaja kini juga aktif melakukan hubungan seks lebih dari seorang pasangan.

  • Sebagai contoh, kajian oleh Schutt-Aine dan Maddaleno (2003), mendapati 50 peratus remaja di Amerika di bawah umur 17 tahun aktif melakukan hubungan seksual

99 of 112

Siapakah yang berisiko?

  • Mereka yang terlibat dalam penggunaan arak dan dadah
  • Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa
  • Kurang berminat dengan sekolah
  • Sejarah penderaan fizikal atau seksual
  • Kurang pengawasan ibu bapa

100 of 112

Apakah kesan-kesannya?

  • Dari aspek perubatan:
    • Kehamilan yang tidak diingini
    • Pengguguran anak yang tidak selamat
    • Pembuangan bayi
    • Jangkitan seksual

  • Dari aspek psikologi dan sosial:
    • Masalah perhubungan.
    • Mengalami gangguan emosi
    • Tiada keharmonian keluarga dan sosial
    • Implikasi undang-undang

101 of 112

Apakah implikasi undang-undang yang ada?

  • Rang undang-undang jenayah Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal Akta 574 telah menetapkan umur minimum untuk kesalahan tertentu.

  • Perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang berumur di bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang.

  • Contohnya, umur minimum untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah pihak seperti yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk menghukum mereka yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak/remaja di bawah umur. Ini dikenali sebagai “Statutory rape” .

102 of 112

  • Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF, 2006), perkahwinan sebelum usia 18 tahun didefinisikan sebagai perkahwinan kanak-kanak.

  • Di Malaysia, bagi orang bukan Islam, Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 memperuntukkan bahawa umur minimum untuk berkahwin bagi perempuan ialah 18 tahun.

  • Perkahwinan bagi perempuan yang telah mencapai umur 16 tahun dibenarkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah dan Ketua Menteri.

103 of 112

  • Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, tinjauan yang dilakukan oleh NHMS pada tahun 2022, seramai 154 ribu remaja di Malaysia dilaporkan pernah melakukan huhungan seks dan 75% menyatakan mereka masih aktif melakukan hubungan tersebut.

  • Lebih mengejutkan, 33% daripada jumlah tersebut telah mula berhubungan seks sebelum tingkatan 2 lagi dan 88% tidak menggunakan sebarang perlindungan.

  • 11% daripada jumlah keseluruhan juga menyatakan bahawa mereka mempunyai lebih daripada satu pasangan. Perkara ini sangat membimbangkan dan perlu ditangani segera supaya generasi akan datang tidak terikut-ikut.

104 of 112

KESAN SEKS SEBELUM NIKAH

1. HAMIL SEBELUM NIKAH

  • Walaupun ada segelintir yang memilih untuk memakai kondom ketika melakukan seks tetapi risiko untuk mengandung tetap tinggi.

2. RISIKO PENYAKIT KELAMIN

  • HIV boleh membunuh berjuta-juta orang di seluruh dunia dan punca utama adalah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin.

105 of 112

BAB 9�GANGTERISME DAN LUMBA HARAM

106 of 112

  • Di Malaysia, individu yang dilabel sebagai Mat Rempit adalah suatu istilah yang diberikan kepada remaja yang terlibat dalam aktiviti lumba haram.

  • Mereka dilabel sebagai seorang yang ganas, agresif, dan tidak mematuhi peraturan lalu lintas.

  • Tindakan tersebut telah membahayakan diri sendiri dan orang lain.

107 of 112

  • Terdapat beberapa definisi yang menjelaskan pengertian terma Mat Rempit dalam kalangan belia.

  • Terma rempit berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘remp-it’ yang mencirikan pelumba yang sedang memeras minyak di jalan raya (litar) yang mana menjadi nama jolokan bagi individu yang terlibat (Rozmi, 2005).

  • Menurut Yahya Don (2009), Mat Rempit adalah penunggang motorsikal yang melakukan aksi-aksi berbahaya.

  • Dalam erti kata yang lain, Mat Rempit adalah kumpulan belia yang terbabit dalam perlumbaan haram dengan menggunakan motorsikal kapcai, menunggang motorsikal secara berbahaya di jalan raya yang membahayakan pengguna dan menggugat ketenteraman (Samsuddin, 2007).

108 of 112

  • Fenomena ini, bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia yang mana insiden-insiden sedemikian seringkali dikaitkan dengan masalah dadah, pengedaran dadah, keganasan dan jenayah terancang.

  • Namun begitu, gelaran atau istilah yang diguna pakai untuk kumpulan remaja bermotorsikal ini berbeza berdasarkan persepsi masyarakat, kaum dan budaya sesebuah negara atau kawasan.

  • Contohnya di Amerika terkenal dengan Night Rider, Ghost Rider, Max Cam dan sebagainya (Clark, 2005; Scott, 2005; McLaren, 2004; Woods, 2004).

109 of 112

  • Antara kejadian dan tindakan ganas gang rempit yang berlaku dan dipaparkan di media-media tempatan antara ialah tindakan mat rempit menyerang balai polis Kubang Semang, Bukit Mertajam, Seberang Prai.

  • Kejadian ini berpunca apabila rakan mereka yang berumur 19 dan 20 tahun, pelajar politeknik di tahan kerana terlibat dalam perlumbaan haram (Utusan Malaysia, 17 Oktober 2006).

  • Mat rempit melanggar anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (Utusan Malaysia, 26 Ogos 2008),

110 of 112

Menurut Abidin (2005), agresif mempunyai tiga ciri penting, iaitu:

  • Agresif merupakan tingkah laku yang bersifat membahayakan, menyakitkan, dan melukai orang lain.
  • Agresif merupakan suatu tingkah laku yang dilakukan seseorang dengan bertujuan untuk melukai, menyakiti, dan membahayakan orang lain atau dengan kata lain dilakukan dengan sengaja.
  • Agresif tidak hanya dilakukan untuk melukai korban secara fizikal, tetapi juga secara psikologi, misalnya melalui kegiatan yang menghina atau mencaci.
  • Contoh tingkah laku agresif seperti merompak, memeras ugut, meragut, penyalahgunaan dadah, perlakuan seks bebas, lumba haram dan gejala sosial lain (Mahmood Nazar, 2009)

111 of 112

  • Kajian Mansor dan Mat (2011) telah mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi belia untuk melibatkan diri dalam perlumbaan haram. Keputusan analisis memberikan alasan yang jelas untuk penglibatan dalam lumba haram.

  • Hipotesis dirumuskan dalam kajian tersebut yang simetri kepada mereka yang telah dibincangkan oleh orang awam menunjukkan mempunyai hubungan yang signifikan.

  • Oleh itu, unsur-unsur seperti tekanan, ganjaran, rakan-rakan dan gambaran psikologi memberikan penjelasan yang baik dan signifikan untuk penglibatan belia dalam lumba haram.

112 of 112

SEKIAN TERIMA KASIH