BAB 5
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Disusun Oleh: Pisol bin Nasir
2022M/1443H
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
MPU 23052
Topik ini membincangkan pengertian dan peranan kaedah fiqh dalam sains teknologi dan kejuruteraan.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, pelajar dapat:
1. Menerangkan pengertian kaedah fiqh.
2. Membincangkan peranan kaedah fiqh.
3. Membincangkan konsep asas kaedah fiqh dan aplikasinya.
5.0 Pengenalan
Kaedah fiqh merupakan prinsip-prinsip umum yang memainkan peranan penting dalam ilmu fiqh. Kaedah ini telah berjaya pelbagai permasalahan semasa yang dihadapi oleh umat Islam khususnya. Ia dibuat oleh para ulama untuk memudahkan proses merujuk sesuatu masalah fiqh berpandukan prinsip syarak.
5.1 PENGERTIAN KAEDAH FIQH
Kaedah Fiqh
Koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu- isu tertentu.
3
Fiqh
Bahasa : suatu kefahaman.
2
Kaedah
Bahasa : Tapak, asas rumah dan prinsip.
1
5.2 PERANAN KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Memudahkan pemahaman terhadap hukum untuk digunapakai kepada persoalan sains teknologi dan kejuruteraan
01
5.2 PERANAN KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu- isu sains teknologi dan kejuruteraan
02
5.2 PERANAN KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam sains teknologi dan kejuruteraan
03
KONSEP ASAS KAEDAH FIQH
1.Setiap Sesuatu Itu Bergantung Kepada Tujuannya.الامور بمقاصدها
2.Keyakinan Tidak Boleh Disingkirkan Dengan Syak
اليقين لا يزال با لشك
3.Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan. المشقة تجلب التيسير
5. Adat Dijadikan Sebagai Rujukan Hukum.العادة محكمة
4. Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan.الضرر يزال
05
01
02
03
04
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
1
الامور بمقاصدها
Huraian
1. Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang samada pertuturan atau perbuatan, maka kedudukan atau hukum bagi amalan tersebut adalah bergantung kepada niat atau tujuannya.
2. Persoalan yang timbul adalah apabila amalan yang dilakukan tersebut mempunyai tujuan atau niat yang bukan untuk ibadat. Mungkin juga berlaku sebahagian amalan tersebut bertujuan ibadat dan sebahagian yang lain untuk tujuan tertentu.
3. Rujukan utama kaedah ini adalah hadis riwayat Saiyidina Umar al- Khattab yang bermaksud:
انما الاعمال بالنية وانما لكل امرئ ما نوى
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang diniatkan".
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
1
Maksud Niat & Kepentingannya
Huraian
1. Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk melaksanakan sesuatu perkara.
2. Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dan adat, berpahala atau berdosa, bermanfaat atau bermafsadah kepada seseorang atau kumpulan.
3. Niat juga menentukan tingkatan atau kualiti ibadat seseorang samada mendapat darjat amalan soleh atau amalan toleh, mendapat status sekadar membuat amalan atau mencapai tahap seronok beramal, mendapat balasan syurga atau mendapat status reda Allah SWT.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
1
Perbincangan Kaedah
Huraian
Amalan selain adat seperti beriman kepada Allah SWT tidak perlukan niat kerana ia sudah dimaklumi berbeza dengan yang lain.
2. Ibadat khusus seperti solat tidak disyaratkan niat ibadat kecuali bagi penentuan klasifikasinya seperti berniat solat fardu bagi membezakan dengan solat sunat atau niat solat zohur bagi membezakan waktu.
3. Niat diperlukan bagi menentukan jenisnya samada wajib seperti nazar dan kaffarat atau sunat contohnya puasa.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
1
Perbincangan Kaedah
Huraian
4. Bagi amalan selain ibadat khusus, niat sangat diperlukan bagi tujuan mencapai status ibadat atau bernilai di sisi Allah SWT dengan memenuhi syarat-syarat berikut:
i. Kajian, rekaan dan penyelidikan hendaklah bertujuan baik dan menepati syarak. Contohnya menghasilkan telefon pintar yang boleh memudahkan dan membantu kerja manusia.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
1
Perbincangan Kaedah
Huraian
ii. Setiap perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai matlamat di atas hendaklah disusun dengan baik dan menepati kualiti syarak dan semasa. Contohnya menghasilkan sistem pengurusan yang mampu menjadikan kerja tersusun dan efektif.
iii. Mendahulukan sesuatu yang terpenting daripada yang penting sebagaimana yang diminta oleh tujuan syariat. Contohnya menyelamatkan nyawa ramai manusia menjadi keutamaan dalam menghasilkan kenderaan berbanding untuk tujuan keuntungan.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
2
Huraian
1. Kaedah ini menjelaskan keyakinan pada sesuatu perkara tidak boleh diubah kerana sesuatu keraguan. Perubahan keyakinan boleh berlaku seandainya terdapat keyakinan lain yang mampu mengubah keyakinan asal. Contohnya jika seseorang berkeyakinan bahawa dia berada pada rakaat kedua dalam solat zohor, maka tiada sebab dia perlu menambah satu rakaat untuk menghabiskan solat zohornya. Meskipun dia merasa syak atau ragu tentang rakaatnya samada dua atau tiga. Maka ketika itu dia hendaklah memegang keyakinannya yang asal iaitu hanya menambah dua rakaat sahaja.
2. Keyakinan tidak boleh disingkirkan dengan syak.
اليقين لا يزال با لشك
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
2
Huraian
2. Keyakinan adalah sesuatu yang dipegang atau dipercayai benar pada asal sesuatu perkara. Syak atau ragu pula bermaksud ketidakyakinan atau ketidakpastian terhadap sesuatu perkara.
3. Kaedah fiqh menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang tidak boleh berubah dengan sewenang-wenangnya oleh gangguan syak atau keraguan yang tidak pasti status kebenarannya.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
2
Huraian
4. Dalil yang menjadi sandaran kaedah ini adalah firman Allah SWT dalam surah Yunus: 36.
“Dan kebanyakannya mereka tidak menurut melainkan suatu sangkaan sahaja. Pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak untuk menentukan sesuatu kebenaran”.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
2
Perbincangan Kaedah
Huraian
1. Kaedah ini memberikan suatu konsep yang menjelaskan bahawa pentingnya keyakinan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Keyakinan tersebut mestilah berdasarkan sandaran atau sumber yang jelas dan tiada keraguan padanya.
2. Keraguan pula merupakan musuh kepada manusia yang diilhamkan oleh syaitan dan asas keyakinan yang tidak kukuh. Gangguan-gangguan yang datangnya daripada kelemahan diri dan dibantu dengan dorongan jahat syaitan menjadikan sesuatu perkara tidak pasti. Inilah punca pendirian manusia kerap berubah dan berlakunya pergeseran sesama manusia.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
2
Perbincangan Kaedah
Huraian
3. Dalam konteks sains teknologi dan kejuruteraan, maka kaedah ini menuntut suatu keyakinan kepada ilmu yang dimiliki secara benar mampu menghasilkan keputusan dan tindakan yang benar dan penuh keyakinan.
4. Gangguan yang datang dalam diri berupa suara-suara meragukan atau cuba untuk memperdayakan saintis dengan hasutan kebendaan, kemahsyuran dan keuntungan pasti menjadi kekangan mereka menghasilkan rekaan, ciptaan dan penyelidikan yang terbaik.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
2
Perbincangan Kaedah
Huraian
5. Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah berkeyakinan bahawa segala usaha mereka adalah memenuhi tujuan syariat iaitu untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia. Di samping itu hasil kerja mereka dapat memberikan impak terbaik bagi keselesaan dan kesempurnaan hidup manusia.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Huraian
1. Masyaqqah atau kesukaran atau kesempitan yang dimaksudkan dalam kaedah ini adalah merujuk kepada beberapa keadaan kesukaran yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal.
2. Kesukaran-kesukaran ini pasti akan berlaku dalam melaksanakan kewajipan di dunia sehingga menimbulkan kemudaratan bagi terlaksananya kewajipan tersebut.
3. Kesukaran Menjadi Sebab Kemudahan dan Keringanan.
المشقة تجلب التيسير
3
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
3
Contoh serta Dalil
Huraian
3. Contohnya puasa dalam bulan ramadan tidak dapat diteruskan kerana kesakitan yang melampaui hingga menyebabkan seseorang itu terpaksa berbuka atau diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa.
4. Dalil yang menjadi sumber rujukan untuk kaedah ini adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah: ayat 185
“Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
3
Perbincangan Kaedah
Huraian
1. Antara kesukaran yang boleh menjadi sebab berlakunya kemudahan dan keringanan ialah :-
i. Kekurangan
Kekurangan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada gila hingga siuman, kanak-kanak sehingga umur baligh dan orang yang tidur sehingga ia sedar.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
3
Perbincangan Kaedah
Huraian
ii. Jahil
Kejahilan yang dimaksudkan merujuk kepada hilangnya kewarasan biasa sebagai seorang manusia. Atau kejahilan juga bermaksud suatu keadaan tidak tahu perkara sebenar. Namun diketahui selepas berlakunya sesuatu perkara tersebut.
iii. Sakit
Kesakitan memberi makna diberikan kemudahan untuk memilih kaedah lain untuk melunaskan kewajipan. Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk bertayammum kerana sakit yang boleh memudaratkan dirinya andai ia berwuduk.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
3
Perbincangan Kaedah
Huraian
iv. Musafir
Seseorang yang bermusafir atas tujuan yang baik, dibenarkan untuk menyempurnakan kewajipan tertentu andai urusan musafir tersebut menimbulkan kesukaran baginya. Contohnya seseorang itu dibenarkan untuk melakukan solat qasar dan jamak bagi menggantikan solat fardu secara penuh.
v. Kelupaan atau terlupa
Seseorang yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat atau apa jua perkara dianggap tidak menanggung apa-apa tanggungjawab. Contohnya tidak dianggap berdosa bagi seseorang yang makan pada siang hari bila ia terlupa.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
3
Perbincangan Kaedah
Huraian
vi. Paksaan
Paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur memikul tanggungjawab dalam agama adalah untuk menyelamatkan agama, nyawa dan lain-lain maksud syariat.
vii. Umum al-Balwa
Suatu perkara yang telah diterima umum yang boleh dimaafkan bila berlakunya perkara tersebut. Contohnya percikan tanah merah yang mengenai pakaian.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
3
Perbincangan Kaedah
Huraian
2. Konsep Rukhsah (Kelonggaran) yang dibenarkan oleh syarak merangkumi perkara-perkara berikut:
i. Pengguguran
Digugurkan sesuatu hukum atas sebab tertentu yang boleh dianggap kesukaran. Contohnya dibenarkan meninggalkan puasa ramadan disebabkan kesakitan yang berat.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
3
Perbincangan Kaedah
Huraian
ii. Pengurangan
Pengurangan dalam melaksanakan ibadat boleh berlaku apabila kesukaran boleh mengganggu tujuan sesuatu perkara. Contohnya
dibenarkan mengurangkan solat fardu empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
3
Perbincangan Kaedah
Huraian
iii. Penggantian
Kesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh diganti dengan sesuatu yang lain. Contohnya bertayyammum untuk menggantikan wuduk.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
3
Perbincangan Kaedah
Huraian
v. Penangguhan atau melewatkan
Pengangguhan boleh dibuat dalam melaksanakan ibadat apabila ia diperlukan untuk mengelakkan kesukaran. Contohnya melaksanaka solat zohur dalam waktu asar atas sebab bermusafir.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
3
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
1. Aplikasi kaedah ini bagi sains teknologi dan kejuruteraan adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip syariat dan tujuan-tujuannya.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
3
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
2. Antara perkara-perkara penting yang perlu menjadi perhatian bagi saintis, teknokrat dan jurutera adalah seperti berikut:
i. Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses penyelidikan hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat yang membolehkan rukhsah terpakai.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
3
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
ii. Pertimbangan untuk mencipta sesuatu bagi kepentingan manusia haruslah menjadi keutamaan untuk menggunapakai konsep rukhsah.
iii. Keizinan untuk menggunapakai kaedah ini berlaku apabila sesuatu tujuan yang sangat diperlukan oleh manusia di dunia terhalang oleh sesuatu kesukaran atau kepayahan.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
3
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
iv. Status kebenaran untuk menggunakan segala bentuk rukhsah adalah berkuatkuasa selama mana kesukaran tersebut masih berlaku.
v. Kaedah ini bukan diambil mudah untuk menghalalkan segala bentuk rukhsah sebelum pelbagai pilihan lain diuji bagi mengelak atau mengatasi kesukaran tersebut.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
3
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
vi. Keluasan pemakaian kaedah ini tiada had dan sempadan waktu. Keutamaan hanya diberikan kepada kes-kes yang boleh memudaratkan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta manusia.
vii. Kejujuran dan kepertanggungjawaban yang maksima diperlukan oleh para saintis, teknokrat dan jurutera dalam menjalankan peranan mereka. Kewajaran dan kerelevanan sesuatu perkara dibuat atau dihasilkan hendaklah benar lagi tulus bagi tujuan kebaikan dan menolak kesukaran.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Huraian
1. Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, maruah, keturunan, akal dan harta.
4. Kemudharatan hendaklah dihilangkan.
الضرر يزال
4
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
4
Huraian
2. Kaedah ini lahir berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang dikeluarkan oleh Imam Suyuti yang berbunyi :-
لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya “Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan membalas sesuatu dengan kemudaratan”.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
4
Huraian
3. Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan samada kepada diri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, Islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
4
Huraian
4. Ukuran kemudaratan adalah dengan merujuk kepada impak buruk atau negatif menurut perspektif agama di samping sedikit sistem nilai dan norma masyarakat yang tidak bercanggah dengan tujuan dan prinsip syariat.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
4
Huraian
5. Contohnya Islam menetapkan etika berpakaian yang tertentu kepada lelaki dan perempuan. Kegagalan mematuhi etika ini akan mengundang kemudaratan kepada sistem nilai manusia. Fesyen pakaian yang pelbagai merupakan suatu kemaslahatan kepada konsep menghayati kecantikan dan keindahan. Namun begitu, fesyen pakaian yang boleh memudaratkan pandangan, perasaan, akal dan hati walaupun masyarakat mengiktiraf fesyen tersebut, dianggap haram oleh Islam.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
4
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
1. Kaedah kemudaratan hendaklah dihilangkan atau ditiadakan adalah sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia. Kemajuan sains, teknologi dan kejuruteraan banyak membantu kehidupan manusia menjadi lebih mudah, selesa, cepat dan melampaui norma kehidupan biasa.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
4
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
2. Andai kita melihat pengurusan kehidupan manusia pada hari ini telah menjadi bukti kukuh bahawa ciptaan sains, teknologi dan kejuruteraan telah banyak membantu menghilangkan kesukaran dan kemudaratan dalam hidup manusia.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
4
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
3. Sebagai contoh hubungan manusia di mana jua berada menjadi dekat dengan bantuan medium telekomunikasi dan ICT. Kemudaratan yang timbul sebelum wujudnya peralatan tersebut telah dihapuskan. Malah kehidupan manusia bertambah maju dan selesa.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
4
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
4. Namun begitu, kemudaratan yang lain pula timbul. Ketiadaan kawalan iman dan akhlak menyebabkan kecanggihan tersebut telah disalahguna untuk mengaut keuntungan. Kerosakan akhlak dan krisis amalan untuk bekalan selepas mati telah menerjah masuk dalam hidup manusia. Akibatnya ciptaan teknologi dan kejuruteraan sekadar memudahkan sementara hidup manusia, sedangkan daya fikir serta kos membendung dan merawat penyakit yang timbul daripadanya berganda-ganda beratnya.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
4
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
5. Aplikasi kaedah ini juga membolehkan sesuatu kemudaratan yang akan disingkirkan boleh membenarkan sesuatu yang asalnya terlarang atau haram untuk dilaksanakan atau digunakan.
6. Contohnya keharusan doktor lelaki memandang aurat wanita sekadar yang perlu untuk tujuan rawatan. Dengan syarat tiada doktor wanita yang boleh merawatnya.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
4
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
7. Dalam waktu yang sama, kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang setaraf dengannya. Contohnya seseorang itu tidak boleh menghasilkan sesuatu yang bahayanya sama walaupun berbeza bentuk. Penggunaan arak samada untuk diminum atau dimakan atau digunakan atas alasan biasa masih dihukumkan haram. Namun jika digunakan untuk menjadi penawar terbaik setelah gagalnya ubatan yang lain, maka penggunaan itu dibenarkan.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
4
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
8. Melalui kaedah ini, “menolak kerosakan menjadi keutamaan daripada mengambil kebaikan”. Kaedah ini menuntut apa jua program dan aktiviti dalam sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah lebih mendahulukan tujuan menyingkirkan kemudaratan berbanding kebaikan. Ini bermakna para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menjadikan penyelidikan mereka bagi menghapuskan kesukaran dan kemudaratan berbanding nilai kebaikan serta keselesaan.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
4
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
9. Sebagai satu rumusan, kaedah ini memberikan satu panduan umum kepada para saintis, teknokrat dan jurutera tentang pentingnya nilai menolak kemudaratan demi mencari kebaikan. Tiada istilah kerana kepentingan manusia segala perkara menjadi halal. Konsep kemudaratan dan kesukaran serta kebaikan sewajarnya diberikan makna yang sebenar berasaskan panduan Islam dalam kaedah-kaedah fiqh.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
5
Huraian
1. Adat bermaksud adalah sesuatu yang sudah menjadi satu kelaziman dilakukan oleh manusia. Uruf pula merujuk kepada sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga menjadi amalan kebiasaan. Ia melibatkan perkataan atau perbuatan atau sesuatu yang tidak dilakukan.
5. Adat Dijadikan Sebagai Rujukan Hukum.
العادة محكمة
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
5
Huraian
2. Kaedah ini memberi maksud adat dan uruf boleh dijadikan rujukan bagi menetapkan sesuatu hukum bagi satu-satu isu atau kes dengan syarat ketiadaan nas syarak dalam permasalahan tersebut. Andai terdapat nas syarak, maka penggunaan kaedah ini akan terbatal.
Pembahagian Adat dan Uruf
Ia merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima umum sebagai satu yang memberi maksud tertentu.
2. Adat Khusus
Ia bermaksud sesuatu yang terpakai dan difahami oleh sesetengah masyarakat atau negeri atau di kalangan golongan tertentu.
3. Adat Sahih
Sesuatu adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau tidak membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan dalam syariat.
5. Uruf
Hendaklah uruf tersebut menjadi satu amalan kebiasaan atau satu budaya yang diamalkan secara berskala besar oleh masyarakat, konsisten dan tidak mudah berubah-ubah dalam tempoh yang singkat.
4. Adat Fasid atau Rosak
Sesuatu adat yang berlawanan atau bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan dalam syariat.
05
01
02
03
04
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
5
Pembahagian Adat dan Uruf
Huraian
3. Adat atau uruf terbahagi kepada empat bahagian utama, iaitu:
i. Adat Am
Ia merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima umum sebagai satu yang memberi maksud tertentu. Contohnya sembahyang merujuk kepada solat bukan bermaksud yang lain seperti yang difahami oleh agama lain.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
5
Huraian
ii. Adat Khusus
Ia bermaksud sesuatu yang terpakai dan difahami oleh sesetengah masyarakat atau negeri atau di kalangan golongan tertentu. Contohnya kesarjanaan merujuk kepada kepandaian dan kecendekiawan seseorang.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
5
Huraian
iii. Adat Sahih
Sesuatu adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau tidak membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan dalam syariat. Contohnya pemberian hantaran dalam majlis perkahwinan tidak termasuk dalam mas kahwin. Contoh lain hanya seorang sahaja antara pembeli atau penjual yang melafazkan aqad jual beli.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
5
Huraian
iv. Adat Fasid atau Rosak
Sesuatu adat yang berlawanan atau bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan dalam syariat. Contohnya menjual barang secara bertangguh melebihi daripada bayaran secara tunai.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
5
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
1. Kaedah ini amat besar peranannya dalam pengurusan manusia. Setiap kajian dalam sains, teknologi dan kejuruteraan dibenarkan menggunakan kaedah ini bagi tujuan sebagai sumber rujukan untuk membuat keputusan.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
5
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
2. Pemakaian kaedah ini hendaklah didasari oleh kefahaman yang mendalam tentang konsep adat dan uruf yang mampu menjadi rujukan hukum. Kebiasaan yang berstatus baik serta menepati kehendak syarak atau tidak bertentangan dengan prinsip syariat seharusnya menjadi bahan perbincangan khusus sebelum sesuatu operasi penyelidikan dibuat.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
5
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
3. Kebiasaan yang diterima umum dan satu kelaziman yang meluas belum cukup menjadi sandaran untuk menghasilkan bahan rekaan dan teknologi baru, andaikata impak buruknya lebih besar.
4. Asas pertimbangan utama untuk menerima adat sebagai rujukan hukum ialah mencegah berlakunya kemudaratan melebihi daripada menarik kemaslahatan untuk manusia.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
5
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
5. Para saintis, teknokrat dan jurutera tidak dapat tidak untuk menjadikan nas syarak dan prinsip-prinsip utama syariat serta tujuan-tujuan syariat sebagai sumber teras dalam membuat penyelidikan.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
5
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
6. Antara syarat utama ‘Uruf atau Adat diterima ialah:
i. Hendaklah uruf tersebut menjadi satu amalan kebiasaan atau satu budaya yang diamalkan secara berskala besar oleh masyarakat, konsisten dan tidak mudah berubah-ubah dalam tempoh yang singkat. Contohnya amalan membaca Yasin setiap malam Jumaat.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
5
Perbincangan Aplikasi Kaedah
Huraian
ii. Hendaklah amalan yang dikatakan sebagai adat tersebut tidak bercanggah dengan nas syarak atau mana-mana prinsip syariat yang putus (Qat’i).
iii. Andai ‘Uruf boleh menimbulkan kemudaratan dan kepayahan dalam pengurusan hidup, maka ‘Uruf tersebut dikira terbatal. Contohnya larangan mengambil upah mengajar al-Qur’an oleh para ulamak terdahulu. Kini zaman sudah berubah, ulamak mutakhir mengambil sikap dibenarkan mengambil upah atas sebab perubahan ‘Uruf semasa.
KESIMPULAN
Kaedah fiqh tidak dianggap sebagai dalil syarak yang akan menentukan hukum, sebaliknya adalah satu rumusan perundangan teliti terhadap hukum fiqh yang pelbagai. Permasalahan semasa yang menyentuh hukum fiqh dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan memerlukan suatu kaedah penyelesaian yang jitu berteraskan perundangan Islam.
SOALAN PERBINCANGAN
Bahagian A: Tentukan situasi di bawah samada dibenarkan (/) atau tidak (x). Bincangkan berdasarkan kaedah fiqh yang dipelajari.
1. Membuat rawatan kosmetik untuk menipu bakal pasangan yang hendak dikahwini. ( )
2. Penjenayah melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajah. ( )
3. Menjalankan rawatan kosmetik untuk merawat luka akibat kebakaran. ( )
4. Menjalankan pembedahan plastik bagi membaiki mulut yang sumbing. ( )
SOALAN PERBINCANGAN
Bahagian A: Tentukan situasi di bawah samada dibenarkan () atau tidak (x). Bincangkan berdasarkan kaedah fiqh yang dipelajari.
5. Mencacah tatu di badan dengan simbol tertentu. ( )
6. Pembayaran zakat menggunakan sistem autopay adalah sah. ( )
7. Menerima suntikan ubat di bahagian kulit tidak membatalkan puasa. ( )
8. Boleh menggunakan ujian DNA untuk menentukan kesahihan hubungan. ( )
9. Suatu kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan yang lain. ( )
Bahagian B: Bincangkan topik-topik berikut:
1. Pemindahan organ.
2. Pembedahan plastik.
3. Penubuhan bank susu.
4. Bayi tabung uji.
5. Penggunaan mesin basuh di kedai dobi.
Bibliografi
Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Rumi). Kuala Lumpur: Darul Fikir. (ISBN 9830420132)
Abdul Manan Ismail (2005), Kaedah-Kaedah Fiqh: Satu Pengenalan Ringkas. Nilai: USIM
Diyan Yulianto & M.S. Rohman alih bahasa Noraini Abdullah (2011), Sumbangan Karya Sains Hebat Islam Abad Pertengahan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd. Cet.1.
Jalaluddin as-Suyuthi, Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jami’ush Shaghir), Johor: Perniagaan Jahabersa. (ISBN: 983-077-288-8)
Hasan Ahmad dan Salleh Ahmad (2002), Usul Fiqh al-Qawaid al-Fiqhiyah. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sulaiman Nordin (2005), Sains Menurut Perspektif Islam. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka
Shahrir M.Zain (2006), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains dan Teknologi. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka
Wahbah al-Zuhaili (2007), Fiqh & Perundangan Islam. 8 jil. Terjemahan Md. Akhir Haji Yaacob et.al. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Saleh Haji Ahmad (1999), Pengantar Syariat Islam., Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid
Zulekha Yusoff dan Asmak Hj. Ali (2007), Ikhtisar Sains dan Teknologi Dalam Islam. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA