1 of 28

JAWAPAN USULUDDIN STPM 931/1

2 of 28

Kistaniiiii

3 of 28

Jelaskan maksud rasul?

Maksud rasul ialah lelaki Yang dipilih oleh Allah dan diberikan wahyu untuk dirinya sendiri dan baginda perlu menyampaikan kepada orang lain samada orang yang tidak dikenali atau memusuhinya. Tugas rasul adalah untuk menyeru manusia untuk mentauhidkan Allah dan tidak mempersekutukanNya. Contohnya Nabi Muhammad.

Nyatakan maksud akidah dan berikan dua ciri akidah Islam?

Maksud Akidah ialah perkara Yang dibenarkan oleh hati, jiwa menjadi tenang kepadanya sehingga beroleh keyakinan yang jitu serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan dan syak contohnya ilmu tauhid.

Antara ciri Akidah dalam Islam ialah berasaskan ilmu Yang mantap dan bersifat teguh.Hal ini kerana ia dapat melambangkan keimanan seseorang Muslim.Selain itu, ciri lain adalah Akidah Islam juga adalah pencetus kepada segala aktiviti Yang mana asas penerimaan amalan disisi Allah adalah dengan memandangkan setiap amalam seperti berdakwah kepada orang ramai.

4 of 28

Keruntuhan sebuah negara kerana moral rendah. Bincangkan.

Moral bermaksud akhlak,budi pekerti ,tabiat dan perangai. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka moral ialah ajaran atau pegangan bukan buruk baik sesuatu perbuatan.

Antara sebab berlakunya keruntuhan sebuah negara adalah ketamakkan kuasa dalam kalangan politik. Hal ini kerana mereka menggunakan kuasa mereka untuk kepentingan peribadi .Sebagai mukmin haruslah Kita memilih pemimpin Yang mana menggunakan ajaran Islam sebagai asas dalam pentadbiran. Sebagaimana Firman Allah SWT كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته. Dengan adanya pemimpin Yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam di dalam negara Kita, penyalahgunaan kuasa dapat dielakkan seperti pemimpin Yang tidak berlaku Adil dan memberikan hak yang Sama dalam pentadbiran malah mengabaikan lagi orang Islam.Hal ini boleh menyebabkan berlakunya kezaliman dalam kalangan rakyat. Oleh itu hendaklah Kita memilih pemimpin Dari kalangan orang yang beragama Islam agar agama Kita tidak mudah diruntuhkan oleh kuasa barat.

5 of 28

Selain itu,punca berlakunya keruntuhan sesebuah negara adalah kerosakan akhlak dalam kalangan remaja. Remaja pada zaman sekarang Banyak berlaku penyelewengan Yang mana budaya barat menjadi ikutan kebangaan dalam diri mereka contohnya Dari sudut pakaian iaitu pakaian Yang tidak berlandaskan Syariat Islam Yang mana perempuan memakai pakaian tidak menutup aurat. Sebagaimana Firman Allah SWT لا تلقوا بايديكوم إلى التهلكة. Oleh itu, Sebagai umat Islam hendaklah Kita mengikut ajaran daripada Nabi Muhammad SAW Yang mana telah bersusah payah mengangkat martabat wanita.

Disamping itu, keruntuhan sebuah negara dalam masyarakat iaitu berlaku rasuah dalam ekonomi. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

Jelas disini bahawa Nabi Muhammad SAW telah menegaskan bahawa Allah SWT melaknat pemberi dan penerima rasuah kerana ia merupakan perbuatan yang Zalim dan kemungkinan akan menindas orang pimpinan iaitu masyarakat. Hal ini demikianlah boleh dicegah dengan adanya pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan akta-akta berkaitan dengan rasuah. Contohnya, akta suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia 2009 .

6 of 28

Secara tuntasnya, terdapat pelbagai sebab berlakunya keruntuhan sebuah negara kerana adanya mereka yang mempunyai didikan moral Yang rendah. Oleh itu, kementerian pendidikan haruslah menjadikan subjek pendidikan moral dititikberatkan kepada pelajar dari dari tahap pembelajaran rendah lagi. Sebagaimana pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

7 of 28

( STPM - USULUDDIN) - ALYA -

  1. Jelaskan maksud Rasul [2M]
  2. Rasul ialah lelaki yang sempurna dari segi akal diutuskan oleh Allah kepada manusia untuk menyampaikan ajaran Islam supaya manusia mendapat petunjuk. Rasul menerima wahyu daripada Allah dan wajib disampaikan apa sahaja yang diterimanya kepada orang lain. Setiap rasul adalah nabi, tetapi tidak semua nabi adalah rasul.

  1. Nyatakan maksud akidah dan berikan 2 ciri akidah. [4M]
  2. Akidah dari sudut bahasa bermaksud simpul atau ikat. Dari sudut istilah ialah perkara yang dibenarkan oleh hati, jiwa menjadi tenang kepadanya sehingga beroleh keyakinan yang jitu serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan dan syak. Antara ciri akidah ialah yakin, iaitu syarat mutlak dan zari dalam akidah. Selain itu, ciri akidah ialah berasaskan ilmu yang mantap dan bersifat teguh.

8 of 28

3. “Keruntuhan sebuah negara kerana kerosakkan moral” . Bincangkan [10M

]

  • Antara faktor keruntuhan sebuah negara adalah kerana pengaruh media massa yang tiada sempadan. Media massa sering memaparkan aksi yang tidak bermoral sehingga menyebabkan masyarakat mudah terpengaruh dengan perkara negatif. Hal ini turut memberi kesan kepada negara kerana wujudnya masyarakat yang kurang bermoral dan mengundang kepada keruntuhan sebuah negara.

Selain itu, masyarakat mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan anasir luar seperti penagihan dadah. Masyarakat muda seperti pelajar sekolah mudah terpengaruh terutamanya dengan rakan sebaya yang telah terjebak dengan perilaku negatif menyebabkan mereka ingin mencuba benda baharu. Masyarakat yang telah ketagih akan dipandang serong oleh masyarakat lain dan menyebabkan mereka sukar untuk diberi perhatian oleh pihak luar.

9 of 28

Antara langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah ini ialah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat oleh individu yang bertanggungjawab. Hal ini jika tidak ditangani, masyarakat yang telah terpengaruh akan leka dan menganggap apa yang dilakukannya adalah baik kerana tiada tindakan atas perbuatannya.

Selain itu, ibubapa turut memainkan peranan penting dalam menangani masalah anak mereka. Ibubapa perlu menerapkan nilai-nilai murni dan didikan agama yang mencukupi kepada anak-anak mereka agar sentiasa menjadi masyarakat yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Kesimpulannya, semua masyarakat perlu bekerjasama bagi memastikan semua individu bersifat dengan sifat yang baik agar terhindar daripada berlakunya kerosakkan moral dan keruntuhan sebuah negara dapat dielakkan.

10 of 28

STPM - USULUDDIN ( AMIRAH )

1. Jelaskan maksud rasul (2m)

  • Rasul ialah kalangan lelaki yang dipilih oleh Allah serta menerima wahyu dan wajib disampaikan segala syariat dan apa sahaja yang diterimanya kepada orang lain.

2. Nyatakan maksud akidah dan berikan dua ciri akidah (4m)

  • Akidah dari sudut bahasa ialah simpul atau ikat. Dari sudut istilah pula ialah perkara yang dibenarkan oleh hati, jiwa menjadi tenang kepadanya sehingga beroleh keyakinan yang jitu serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan dan syak. Antara ciri akidah ialah berasaskan ilmu yang mantap dan bersifat teguh. Selain itu, akidah benar dan sempurna.

11 of 28

3. Keruntuhan sebuah negara kerana kerosakan moral. Bincangkan (10m)

  • Masalah sosial kalangan remaja
  • Remaja kini mengubah tingkah laku mereka dan juga apabila terpedaya dengan pengaruh negatif yang mengkhayalkan, akhlak remaja mudah rosak sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti salah laku dan juvenil. Keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin remaja boleh dibahagikan dua bahagian utama iaitu salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh pelajar.
  • Kerosakan moral ibu bapa
  • Sikap ibu bapa yang kurang prihatin adalah sebab berlakunya keruntuhan akhlak anak-anak. Kesibukan ibu bapa dengan tugasan harian terutamanya yang bekerja telah mengakibatkan ramai anak-anak yang terkontang-kanting tanpa kawalan. Terdapat juga ibu bapa yang tidak pedulikan tingkah laku anak-mereka dan hanya melimpahkan kemewahan sahajaKeruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu

12 of 28

  • Kerosakan moral masyarakat
  • Masyarakat islam yang baik adalah masyarakat yang prihatin yang akan memastikan setiap anggota masyarakatnya tidak terlibat dengan gejala keruntuhan akhlak dan moral. Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud “barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya dan sekirangnya masih tidak mampu maka cegahlah di dalam hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman.

Kesimpulanya pihak yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan yang penting dan bekerjasama bagi menangani masalah keruntuhan akhlak dan moral sesebuah negara.

13 of 28

SOALAN USULUDDIN STPM( 931/1) - ANIS -

Jelaskan maksud rasul.(2m)

-Rasul ialah kalangan lelaki yang dipilih oleh Allah serta menerima wahyu dan wajib disampaikan segala syariat dan apa sahaja yang diterimanya kepada orang lain.

2)Nyatakan maksud akidah dan berikan 2 ciri akidah islam.(4m)

-Akidah ialah berpegang dan membenarkan di dalam hati dan meyakini dengan pasti tanpa bercampur sebarang keraguan,syak dan kegundahan jiwa.Justeru,akidah berasaskan keyakinan dan membenarkannya tanpa soal.

2 Ciri akidah islam

-menepati dengan yang sebenar-benarnya pada hakikat yang diyakini.

-berdasarkan dalil dan bukti yang boleh ditunjukkan dan disahkan.

-

14 of 28

3)Keruntuhan sebuah negara kerana kerosakan moral.Bincangkan

-Masalah sosial yang berleluasa dalam kalangan remaja.

Hal ini demikian apabila berlakunya masalah sosial dalam kalangan masyarakat seperti jenayah zina,lumba haram,penyalahgunaan dadah dan sebagainya akan mencemarkan imej negara.Jadi,sebuah negara tidak dapat bersaing dengan negara lain dalam pelbagai bidang menyebabkan keruntuhan sebuah negara.

-Kepincangan politik dalam kalangan ahli politik.

Ini kerana kepincangan politik juga akan berlakunya keruntuhan sebuah negara.Hal ini dikatakan demikian,perbahasan ahli politik yang tercetusnya kepincangan politik ini kerana kerosakan moral ahli politik tersebut dalam membahaskan sesuatu isu yang berlaku dalam negara tidak dapat diselesaikan dengan baik.Contohnya,ketidakpuasan hati akan menyebabkan mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan berlaku perbalahan dalam kalangan mereka.

15 of 28

-Kerosakan moral ibu bapa

Hal ini kerana ibu bapalah yang memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak ke arah yang lebih baik.Jika moral ibu bapa berada pada tahap yang rendah,anak-anak tidak akan terdidik menyebabkan pelbagai gejala sosial berlaku seperti jenayah mencuri dan penyalahgunaan dadah.

-Kerosakan moral para ulama

Perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama dikaitkan dengan kerosakan moral.Ini demikian kerana,perbezaan pendapat dalam kalangan ulama dalam membahaskan sesuatu hukum berdasarkan dalil-dalil dan hukum syarak mempunyai kekhilafan dan perselisihan dalam kalangan mereka.

Oleh itu,kerosakan moral tidak kira dalam kalangan masyarakat,ahli politik mahupun ahli ulama akan menyebabkan berlakunya keruntuhan bagi sebuah negara itu.Lebih-lebih lagi dengan masalah yang kian berleluasa berlaku dalam negara akan memperlihatkan pembangunan dan kejatuhan sebuah negara.Jadi,semua pihak mestilah bekerjasama dalam pembangunan sesebuah negara ke arah yang lebih baik dan stabil dari segi politik,ekonomi dan sosial.

16 of 28

Stpm (usuluddin) - Azi -

1)Jelaskan maksud rasul(2m)

-Rasul ialah manusia yang dipilih oleh Allah dalam kalangan lelaki yang menerima wahyu dan wajib disampaikan segala syariat dan apa yang diterimanya kepada orang lain.

2)Nyatakan maksud akidah dan berikan dua ciri(2m)

-Maksud akidah dari segi bahasa ialah ikat atau simpul.Manakala dari segi istilah ialah perkara yang dibenarkan oleh hati,jiwa menjadi tenang kepadanya sehingga beroleh keyakinan yang jitu serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan dan syak

Antara dua ciri akidah ialah berasakan ilmu yang mantap dan bersifat teguh.seterusnya yakin.

17 of 28

3)Keruntuhan sebuah negara kerana kerosakkan moral.Bincangkan(10m)

-Kerosakkan moral dalam kalangan remaja.

Di mana kebanyakkan remaja pada zaman kini mengamalkan budaya barat contohnya mengamalkan pergaulan bebas.Remaja kini juga kurang pengetahuan tentang ilmu agama.Hal ini boleh menyebabkan sesebuah negara itu runtuh.

-Kerosakkan moral pemimpin

Pemimpin yang tidak amanah dalam melakukan tugas dan hanya menjaga kepentingan sendiri dan orang yang dikenalinya sahaja.pemimpin juga bersifat pilih kasih kerana tidak mengambil peduli tentang rakyat yang tidak setaraf dengannya.

18 of 28

-Kerosakkan moral ibu bapa

Ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak.Ibu bapa perlu menerapkan sikap keperibadian islam dalam diri anak-anak dari kecil lagi supaya dapat mengelakkan mereka dari berperangai negatif contohnya mencuri.

-Kerosakkan moral masyarakat

Masyarakat kurang berkomunikasi dengan orang ramai dan mempunyai sikap pentingkan diri sendiri menyebabkan keruntuhan sesebuah negara berlaku..Hal ini kerana rakyat tidak bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara untuk menaikkan nama negara.

Kesimpulannya,semua pihak haruslah memikul tanggungjawab dan memainkan peranan supaya dapat mengelak dari berlakunya keruntuhan negara.

19 of 28

~ Fatin ~

20 of 28

  1. Jelaskan maksud Rasul

Rasul ialah lelaki utusan yang dipilih oleh Allah dan diberikan wahyu untuk dirinya sendiri dan mempunyai amanah yang memerlukan mereka menyampaikan wahyu tersebut kepada orang lain sama ada orang yang tidak dikenali mahupun orang yang memusuhinya.

21 of 28

2. Nyatakan maksud akidah dan dua ciri akidah dalam Islam

Akidah dari segi bahasa bermaksud ikat atau simpul yang merujuk kepada ikatan kepercayaan yang merupakan sesuatu yang maknawi.

Akidah dari segi istilah pula memberi makna kepercayaan dan keyakinan yang dipegang dan dibenarkan dalam hati yang terikat padu dan tersimpul mantap dalam jiwa sehingga tidak mungkin bercerai antara muslim mukmin dengan Allah SWT dan rukun-rukun iman yang lain

Dua ciri

  • Benar dan Sempurna
  • Berdasarkan dalil dan bukti yang boleh ditunjukkan dan disahkan

22 of 28

3. Keruntuhan sesebuah negara kerana kemerosotan moral

Kerosakan moral remaja

Golongan yang kurang pengawasan daripada ibubapa lebih cenderung kepada keruntuhan nilai moral dalam hidup mereka. Hal ini kerana, golongan ini beranggapan bahawa mereka bebas dan tiada sekatan daripada mana-mana pihak untuk bergaul bebas dengan bukan mahram yang seterusnya akan mengundang kepada pelbagai masalah sosial dalam kalangan remaja.

“Remaja penentu masa depan negara”

Kerosakan moral masyarakat

Masyarakat yang berpecah belah akan menggugat kesejahteraan negara dan seterusnya akan meruntuhkan institusi negara. Ini kerana, masyarakat yang berpecah belah tidak akan peka dan prihatin terhadap keadaan sekeliling mereka, yang seolah-olah membenarkan apa yang berlaku di sekeliling mereka, seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang berkemungkinan besar akan mendekati perbuatan zina.

23 of 28

Kepincangan politik

Krisis politik juga menggugat kesejahteraan negara yang boleh mengundang kepada keruntuhan institusi bernegara. Sebagai contoh, ketidakstabilan politik yang berlaku seperti masalah perebutan kuasa, amalan rasuah yang berleluasa dan sebagainya akan meruntuhkan nilai moral yang ada. Hal ini, akan mengundang kepada perpecahan dalam kalangan pengikut politik yang seterusnya akan mengakibatkan perpecahan dalam kalangan rakyat dan organisasi bermasyarakat dalam sesebuah negara.

Kerosakan moral para ulama’

Para alim ulama yang mementingkan dunia, akan mengejar kekayaan dan nama akan turut mengundang kepada keruntuhan sebuah negara. Hal ini kerana, para alim ulama merupakan golongan yang akan menyelesaikan permasalahan masyarakat. Ulama yang mengalami keruntuhan moral tidak akan prihatin dengan masalah berkaitan agama dalam kalangan masyarakat yang seterusnya akan mengundang kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Kesimpulannya, keruntuhan sesebuah negara berpunca daripada nilai moral yang rendah. Keruntuhan sesebuah negara terutamanya negara Islam akan membuka peluang kepada negara musuh untuk menindas dan memandang serong terhadap agama Islam. Secara tidak langsung, ini akan mengundang kepada keruntuhan tamadun Islam.

24 of 28

STPM(USULUDDIN) -yuni

  1. Jelaskan maksud Rasul.(2 markah)

Rasul ialah lelaki yang dipilih oleh Allah dan menerima wahyu untuk dirinya sendiri serta wajib sampaikan segala syariat dan apa sahaja yang diterimanya kepada orang lain

  1. Nyatakan maksud akidah dan diberi ciri-ciri.(4 markah)

Akidah bermaksud ikat atau simpul dengan kepercayaan dan keyakinan yang dipegang serta dibenarkan di dalam hati yang terikat mantap dalam jiwa orang mukmin dengan Allah SWT dan rukun-rukun iman yang lain.

Ciri-ciri akidah berasaskan ilmu yang mantap dan berdasarkan dalil serta bukti yang boleh ditunjukkan dan disahkan.

25 of 28

3. Keruntuhan sebuah negara kerana moral. Bincangkan (

Kerosakan akhlak dalam kalangan remaja

Remaja merupakan aset negara yang paling berharga dalam sesebuah negara, merekalah yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan pada masa akan datang. Oleh itu, setiap ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting untuk menerapkan akhlak yang terpuji dalam jiwa anak-anak dan menjadikan Rasulullah SWT sebagai teladan dan ikutan sepanjang zaman. Antara kerosakan akhlak pada hari ini ialah merokok, membuli, mencuri dan sebagainya,

26 of 28

STPM USULUDDIN - AZIMAH

  1. Jelaskan maksud Rasul.

-Maksud Rasul ialah lelaki yang dipilih oleh Allah dan diabaikan wahyu untuk dirinya sendiri dan perlu menyampaikan kepada orang lain samada orang yang tidak dikenali atau memusuhinya.

27 of 28

2. Nyatakan maksud akidah dan dua ciri akidah dalam Islam

Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat

Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya

2 ciri akidah :

  • Berasaskan ilmu yang mantap dan bersifat teguh
  • Berdasarkan dalil dan bukti yang boleh ditunjukkan dan disahkan

28 of 28

3. Keruntuhan sebuah negara kerana kerosakan moral. Bincangkan

Manusia semakin hari semakin rakus mengejar arus pemodenan dan kemajuan duniawi. Dalam masa itu, kita hampir terlupa pembangunan rohaniah yang seharusnya seiring dengan kemajuan duniawi. Maka, tidak hairanlah, ramai umat Islam kini yang hanyut dengan arus pemodenan itu. Malah, kebanyakan masalah sosial kini diterajui oleh sebilangan besar umat Islam.

Terdapat beberapa perkara yang termasuk dalam perilaku keruntuhan akhlak kanak-kanak atau remaja yang hebat diperkatakan oleh masyarakat akhir-akhir ini antaranya ialah kerengganan dalam keluarga. Perkara ini amat membimbangkan dan boleh berlaku pepecahan dalam keluarga. Contohnya, ibu dan bapa selalu bergaduh, anak-anak tidak mendengar nasihat dan melawan cakap ibu bapa. Semua ini boleh mengundang kepada keruntuhan akhlak dan jauh dari rahmat dan hidayat Allah. Perkara-perkara berikut tidak seharusnya berlaku terutamanya umat islam yang sepatutnya mencontohi tauladan yang baik.