1 of 25

BAB 11 PENDUDUK DAN PETEMPATAN DI ASIA TENGGARA

Geografi Tingkatan 1 KSSM

2 of 25

11.1 TABURAN PENDUDUK DI ASIA TENGGARA

3 of 25

TABURAN PENDUDUK ASIA TENGGARA

  • Taburan penduduk merujuk kepada sebaran penduduk di sesuatu kawasan di muka bumi.
  • Taburan penduduk di Asia Tenggara adalah berbeza-beza mengikut kawasan.

Indonesia

4 of 25

5 of 25

  • Penduduk di Asia Tenggara dianggarkan melebihi 640 juta orang (sehingga Jun 2016).
  • Angka tersebut bersamaan 8.62% daripada keseluruhan populasi penduduk dunia.

6 of 25

TABURAN PENDUDUK ASIA TENGGARA

  • Padat
  • Sederhana
  • Jarang

7 of 25

PADAT

  • Ibu negara dan bandar utama
  • Sungai sebagai jalan perhubungan
  • Delta dan lembah sungai yang subur
  • Dataran pantai untuk perikanan
  • Sebagai contoh, pantai barat Semenanjung Malaysia, Pulau Jawa (Indonesia) dan Bangkok (Thailand)

Pulau Jawa

8 of 25

SEDERHANA

  • Kawasan pinggir bandar
  • Kawasan bandar baharu
  • Kawasan pertanian
  • Sebagai contoh, pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai barat Sumatera (Indonesia), pantai Arakan Yoma (Myanmar) dan pinggir Sungai Mekong (Vietnam)

pantai Arakan Yoma

9 of 25

JARANG

  • Kawasan pedalaman yang mempunyai perhubungan yang terhad
  • Kawasan pergunungan dan banjaran
  • Kawasan berpaya dan berhutan tebal
  • Sebagai contoh, kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah (Malaysia), kawasan paya Sumatera Timur (Indonesia) dan kawasan Banjaran Annam (Vietnam)

pedalaman Sarawak

10 of 25

11.2 FUNGSI-FUNGSI PETEMPATAN BANDAR UTAMA DI ASIA TENGGARA

11 of 25

FUNGSI-FUNGSI PETEMPATAN BANDAR UTAMA DI ASIA TENGGARA

  • Ibu Negara dan Pusat Pentadbiran
  • Pusat Perdagangan
  • Pusat Pelancongan
  • Pusat Perindustrian
  • Pusat Perhubungan dan Pengangkutan

12 of 25

IBU NEGARA DAN PUSAT PENTADBIRAN

  • Kebanyakan bandar utama di Asia Tenggara merupakan ibu negara dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran.
  • Sebagai contoh, Jakarta (Indonesia), Bangkok (Thailand) dan Manila (Filipina).

Jakarta

13 of 25

PUSAT PERDAGANGAN

  • Terdapat pusat perniagaan, gedung beli-belah dan aktiviti import dan eksport di bandar utama.
  • Sebagai contoh, Bandung dan Surabaya (Indonesia), Johor Bahru (Johor) dan Orchard Road (Singapura).

Orchard Road

14 of 25

PUSAT PELANCONGAN

  • Bandar utama di Asia Tenggara menjadi daya tarikan pelancong.
  • Pelancong datang setiap tahun untuk melawat dan menikmati panorama bandar setiap negara di Asia Tenggara.
  • Sebagai contoh, Kuala Lumpur (Malaysia), Jakarta (Indonesia) dan Bangkok (Thailand)

Bangkok

15 of 25

PUSAT PERINDUSTRIAN

  • Perindustrian merupakan sektor sekunder yang penting dalam pembangunan ekonomi negara di Asia Tenggara.
  • Bandar utama merupakan pusat perindustrian bagi setiap negara di Asia Tenggara.

Manila

16 of 25

PUSAT PERINDUSTRIAN

  • Sebagai contoh, Manila (Filipina) terkenal dengan industri pemasangan kenderaan bermotor dan besi keluli, Bangkok (Thailand) terkenal dengan industri elektrik dan elektronik serta industri makanan

Bangkok

17 of 25

PUSAT PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN

  • Pusat perhubungan dan pengangkutan terletak di bandar utama di Asia Tenggara.
  • Sebagai contoh, pusat pengangkutan yang terdapat di bandar utama ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta (Indonesia) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Malaysia).
  • Bandar utama di Asia Tenggara juga mempunyai rangkaian Internet dan telekomunikasi yang lengkap.

Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta (Indonesia)

18 of 25

LIMA BANDAR UTAMA DI ASIA TENGGARA

  • Jakarta (Indonesia)
  • Bangkok (Thailand)
  • Kuala Lumpur (Malaysia)
  • Singapura
  • Manila (Filipina)

19 of 25

20 of 25

JAKARTA (INDONESIA)

  • Jumlah penduduk 10.4 juta orang (2016)
  • Terletak di muara Sungai Tjiliwung di Pulau Jawa
  • Pusat kegiatan ekonomi, pusat pendidikan dan pusat perdagangan
  • Bandar metropolitan terbesar di Indonesia

21 of 25

BANGKOK (THAILAND)

  • Jumlah penduduk 9.44 juta orang (2016)
  • Terletak di sebelah timur tebing Menam Chao Phraya
  • Ibu negara Thailand
  • Pusat kegiatan ekonomi Thailand
  • Berfungsi sebagai sebuah pelabuhan
  • Terkenal dengan jolokan ‘Venice Timur’

22 of 25

KUALA LUMPUR (MALAYSIA)

  • Jumlah penduduk 1.76 juta orang (2016)
  • Terletak di pertemuan Sungai Klang dengan Sungai Gombak
  • Ibu negara Malaysia
  • Pusat perindustrian dan perdagangan, pusat pendidikan
  • Bandar metropolitan terbesar di Malaysia

23 of 25

SINGAPURA

  • Jumlah penduduk 5.70 juta orang (2016)
  • Terletak di selatan Semenanjung Malaysia dipisahkan oleh Selat Tebrau
  • Pusat kewangan dan perdagangan antarabangsa
  • Antara pelabuhan terpenting didunia
  • Bandar raya metropolitan

24 of 25

MANILA (FILIPINA)

  • Jumlah penduduk 13.1 juta orang (2016)
  • Ibu negara Filipina
  • Terletak di timur Teluk Manila di Pulau Luzon
  • Pusat kegiatan ekonomi utama Filipina
  • Merupakan bandar raya kosmopolitan

25 of 25

TAMAT