Malaysia komited kepada IAI (Inisiatif Integrasi ASEAN). Sejak 1981, bantuan teknikal yang diberikan kepada negara negara CLMV (Kemboja, Laos , Myanmar dan Vietnam) termasuk kursus-kursus latihan yang dikendalikan di bawah Pelan Kerja IAI keseluruhannya berjumlah lebih daripada RM38 juta. Malaysia telah menyumbangkan sebanyak RM 8.89 juta kepada Pelan Kerja IAI bagi tahun 2003-2005.
Dalam sokong seterusnya bagi IAI , Malaysia akan menyediakan geran tambahan sehingga RM1.91 juta untuk menyokong Projek Sekolah Pintar bagi CLMV. Inisiatif ini menyediakan negara-negara berkenaan dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pakej program pembangunan sumber manusia.
Malaysia turut berkongsi keperihatin global terhadap Avian Influenza. Berdasarkan pengalaman Malaysia dalam menangani kemunculan wabak penyakit baru seperti Nipah Encephalitis pada 1998 - 1999, SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) pada 2003 dan Avian Influenza (selesema burung) pada 2004, Malaysia menunjukkan keprihatinan dengan menubuhkan Pusat Kerjasama WHO serantau bagi Influenza pada mesyuarat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Avian Influenza di Geneva.
3 of 6
Negara-negara anggota telah menunjukkan sokongan untuk menubuhkan Pusat Kerjasama WHO Serantau ini di Malaysia sejak kewujudan beberapa pusat rujukan WHO bagi selesema manusia ditempatkan di luar rantau ASEAN. Sebagai tambahan, dengan kepakaran Institut Penyelidikan Haiwan dalam membuat diagnostik, Malaysia juga mencadangkan pembentukan Pusat Rujukan dan Penyelidikan Avian Influenza Serantau. Dengan kedua-dua sistem kawalan bagi haiwan dan manusia di sebuah negara, ia akan menjadi amaran awal bagi pengawasan serangan selesema di rantau ini. Ia merupakan sumbangan Malaysia ke arah keselamatan kesihatan global.
4 of 6
Bantuan kepada mangsa banjir
Pada 21 Disember 2011, Malaysia telah menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kepada empat Negara ASEAN (Myanmar, Laos, Kemboja dan Filipina) yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda wilayah itu dan masing masing menerima kira-kira RM316,000 daripada kerajaan Malaysia. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyampaikan bantuan itu bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kepada duta-duta Kemboja, Myanmar, Laos dan Filipina.
Malaysia berharap sumbangan itu dapat membantu dan meringankan bebanan keempat-empat kerajaan berkenaan dalam usaha mereka untuk memulihkan dan membangunkan semula kawasan di wilayah terjejas teruk akibat banjir.
Lebih 1,000 orang dalam wilayah terbabit terkorban dalam banjir yang melanda baru-baru ini dengan yang terbaru di Filipina, manakala kerosakan jalan raya, sekolah dan jambatan dijangka mencecah berbilion-billion ringgit. Dengan adanya sumbangan ini, sekurang-kurangnya dapat membantu negara yang terlibat untuk memulihkan infrastuktur dan menghulurkan bantuan makanan serta keperluan kepada mangsa yang terlibat.
5 of 6
KEPENTINGAN KERJASAMA SERANTAU
Keuntungan dalam konteks aliran perdagangan antara negara. Amalan dalam liberalisasi perdagangan akan dapat dinikmati oleh semua negara dan tidak dimonopoli oleh negara tertentu sahaja. Aliran perdagangan akan lebih adil dengan prinsip timba-balik.
Keuntungan daripada segi perluasan saiz pasaran. Kesan positif perluasan pasaran boleh dinikmati oleh semua negara anggota menerusi pertambahan penduduk serantau apabila bergabung dan peningkatan kuasa beli pengguna yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh dijual ke serata negara.
Keuntungan daripada segi perkongsian teknologi dan R&D. Perkongsian hasil R&D dan inovasi baru dalam pelbagai bidang. Negara-negara yang kurang maju teknologinya dalam sesebuah pakatan kerjasama boleh menikmati keuntungan pemindahan teknologi dari negara yang lebih maju apabila Kerjasama yang lebih erat wujud.
Keuntungan daripada segi perkongsian pelaburan modal. Perkongsian modal kewangan dilangsungkan menerusi pelbagai konsep dan kaedah seperti Pelaburan Silang, Pelaburan Bersama serta Pelaburan Langsung.
6 of 6
Keuntungan dalam konteks pembangunan sumber alam sekitar yang lestari. Pengurusan dan penjagaan alam sekitar di negara masing-masing akan menjadi lebih mapan menerusi pertukaran maklumat dan teknologi terkini. Isu-isu alam sekitar serantau seperti pencemaran laut, jerebu merentas sempadan, pencerobohan, perairan perikanan di luar daripada ZEE (Zon Ekonomi Ekslusif). Isu kepupusan sumber marin akan dapat diatasi secara bersama melalui Kerjasama teknikal, tenaga, kewangan, kepakaran dan sebagainya.
Keuntungan dalam konteks pengaliran buruh dan tenaga pakar. Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain melalui pelbagai bentuk Kerjasama seperti latihan lanjutan luar negara atau pinjaman tenaga pakar.