EKONOMI ANTARABANGSA
BAB 7
◤
Subtopik Ekonomi Antarabangsa
7.1 Perdagangan antarabangsa.
7.2 Imbangan pembayaran.
7.3 Kadar pertukaran asing.
◤
Hasil Pembelajaran
◤
Mentakrifkan Perdagangan Antarabangsa
◤
Apakah sebab wujudnya PAB?
◤
Faedah PAB
◤
Teori Faedah Berbanding
◤
Andaian Teori Faedah Berbanding
◤
Menerangkan Teori Faedah Berbanding � (Pendekatan Jadual)
Jadual 1: Sebelum PAB
Negara/ Keluaran | Komputer | Kereta |
Malaysia | 200 | 160 |
Jepun | 400 | 640 |
Dunia | 600 | 800 |
◤
Mengira Kos Lepas/ Harga relatif
Jadual 2 : Pengiraan Kos Lepas
Negara | Kos Lepas 1 unit Komputer | Kos Lepas 1 unit Kereta |
Malaysia | 0.8 unit kereta (160ke/200km) | 1.25 unit komputer (200km/160ke) |
Jepun | 1.6 unit kereta (640ke/400km) | 0.63 unit komputer (400km/640ke) |
* ke-kereta
* km-komputer
◤
Penerangan Jadual 2
Kos lepas untuk mengeluarkan 1 unit komputer di Malaysia ialah 0.8 unit kereta (160kereta/200komp.).
Manakala di Jepun kos lepas mengeluarkan 1 unit komputer ialah 1.6 unit kereta (640kereta/400komp.).
Maka kos lepas mengeluarkan komputer lebih rendah di Malaysia berbanding di Jepun. Ini bermakna Malaysia menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran komputer.
◤
Penerangan Jadual 2
Kos lepas untuk mengeluarkan 1 unit kereta di Malaysia ialah 1.25 unit komputer (200komputer/160kereta).
Manakala di Jepun kos lepas mengeluarkan 1 unit kereta ialah 0.63 unit komputer (400komputer/640kereta).
Maka kos lepas mengeluarkan kereta lebih rendah di Jepun berbanding di Malaysia. Jepun menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran kereta.
◤
Penerangan Jadual 2
►Maka Malaysia akan mengkhusus dalam pengeluaran Komputer
►Jepun akan mengkhusus dalam pengeluaran kereta.
◤
Selepas Pengkhususan
Jadual 3 : Pengkhususan
Negara/ Keluaran | Komputer | Kereta |
Malaysia | 400 | 0 |
Jepun | 0 | 1280 |
Dunia | 400 | 1280 |
◤
Malaysia yang mengkhusus dalam pengeluaran komputer dapat mengeluarkan 400 unit dan 0 unit kereta.
Manakala Jepun yang mengkhusus dalam pengeluaran kereta dapat mengeluarkan 1280 dan 0 unit computer.
Kemungkinan perdagangan Malaysia dan Jepun bergantung kepada kadar pertukaran yang dipersetujui oleh kedua-dua negara.
Kadar pertukaran ini mesti terletak antara harga relatif / kos lepas antara Komputer dan Kereta di Malaysia dan Jepun.
Penerangan Jadual 3
Ini bermakna julat kadar pertukaran antara komputer dengan kereta yang bakal dipilih harus terletak di antara harga relatif/kos lepas komputer dan kereta antara kedua-dua negara Malaysia dan Jepun.
0.8 unit kereta < 1 unit komp < 1.6 unit kereta
Atau
0.63 unit komp < 1 unit kereta < 1.25 unit komp
◤
Andaikan kadar pertukaran yang dipersetujui (1 komputer : 1 kereta) dan Malaysia ingin mengimport 180 unit kereta dari Jepun. Atau Malaysia hanya memerlukan 220 unit komputer untuk kegunaan tempatan.
Untuk memperoleh kereta itu Malaysia perlu mengeksport 180 unit komputer ke Jepun sebagai pertukaran dalam kegiatan X dan M.
Selepas PAB
Jadual Selepas PAB
Negara/ keluaran | Komputer | Kereta |
Malaysia Jepun | 220 180 | 180 1100 |
Dunia | 400 | 1280 |
◤
**Bandingkan dengan jadual sebelum perdagangan
Penerangan Jadual 4
(460 komputer – 220 komputer)
**Bandingkan dengan jadual sebelum perdagangan
20
Penerangan Jadual 4
1. Pengeluaran Sebelum Perdagangan Negara Komputer (unit) Kereta (unit) |
Malaysia 200 160 Jepun 400 640 |
JUMLAH 600 800 |
2. Pengeluaran Selepas Pengkhususan Negara Komputer (unit) Kereta (unit) |
Malaysia 400 0 Jepun 0 1280 |
JUMLAH 400 1280 |
3. Pengeluaran Selepas Perdagangan (kadar pertukaran 1 komputer :1 kereta) Negara Komputer (unit) Kereta (unit) |
Malaysia 220 180 Jepun 180 1100 |
JUMLAH 400 1280 |
Ringkasan Jadual Faedah Berbanding
Teori Faedah Berbanding�(Pendekatan Rajah)
◤
Komputer
Kereta
400
200
0
160 320
Sebelum Perdagangan
Rajah (a) menunjukkan KKP Malaysia yang menunjukkan
bahawa jika Malaysia menggunakan faktor pengeluarannya
dalam komputer ia boleh mengeluarkan 400 unit komputer,
dan jika semuanya digunakan untuk mengeluarkan kereta ia
boleh mengeluarkan 320 kereta.
Komputer
Kereta
800
400
0
640 1280
Sebelum Perdagangan
Rajah (b) menunjukkan KKP Jepun yang menunjukkan
bahawa jika Jepun menggunakan faktor pengeluarannya
dalam komputer ia boleh mengeluarkan 800 unit komputer,
dan jika semuanya digunakan untuk mengeluarkan kereta
ia boleh mengeluarkan 1280 unit kereta.
Komputer
Kereta
400
200
0
160 320 400
Selepas Pengkhususan
Selepas PAB
Sebelum Perdagangan
Rajah Malaysia: Sebelum Perdagangan, selepas pengkhususan & selepas PAB
X
P
Q1
X1
Q
220
180
Komputer
Kereta
800
400
0
640 1280
Selepas
Pengkhususan
Selepas PAB
Sebelum Perdagangan
Rajah Jepun: Sebelum Perdagangan, Selepas Pengkhususan & Selepas PAB
Y
T
S1
Y1
S
1280
180
1100
Keluk KKP Malaysia juga menunjukkan harga relatif komputer dan kereta iaitu 1:0.8. Dan kecerunan KKP ialah 1.25 (1/0.8).
Sebelum perdagangan Malaysia mengeluarkan pada titik X iaitu 200 unit komputer dan 160 unit kereta.
Keluk KKP Jepun juga menunjukkan harga relatif komputer dan kereta iaitu 1:1.6 Dan kecerunan KKP ialah 0.625 (1/1.6)
Sebelum perdagangan Jepun mengeluarkan pada titik Y iaitu 400 unit komputer dan 640 unit kereta.
Penerangan Rajah: Sebelum Perdagangan
Sekiranya Malaysia dan Jepun menjalankan pengkhususan, Malaysia yang mempunyai kecekapan relatif dalam pengeluaran komputer akan mengeluarkan komputer pada titik P (400 unit komputer sahaja).
Manakala Jepun yang mempunyai kecekapan relatif dalam pengeluaran kereta akan mengeluarkan kereta pada titik T (1280 unit kereta sahaja).
Jika kadar pertukaran yang dipersetujui 1komp : 1kereta, maka keluk syarat niaga mempunyai Kecerunan 1/1 = 1.
Oleh yang demikian keluk kadar syarat niaga
(KK Penggunaan) Malaysia ialah PQ1, manakala keluk kadar syarat niaga (KK Penggunaan) Jepun ialah TS1.
Penerangan Rajah: Selepas Pengkhususan
Penerangan Rajah: Selepas PAB
E025
◤
Penerangan Rajah: Selepas PAB
Kedudukan Malaysia selepas perdagangan ditunjukkan oleh titik X1 dan didapati Malaysia mendapat tambahan 20 unit komputer dan 20 unit kereta.
Manakala kedudukan Jepun selepas perdagangan ditunjukkan oleh titik Y1 dan didapati Jepun kehilangan / melepaskan 220 unit komputer dan memperoleh tambahan 460 unit kereta.
◤
Selepas pengkhususan dan perdagangan antarabangsa kedua-dua buah negara memperoleh keuntungan berdasarkan julat kadar pertukaran yang dipersetujui kedua-dua buah negara.
Ini bermakna walaupun hanya sebuah negara menikmati faedah mutlak, perdagangan antarabangsa masih boleh dijalankan berdasarkan teori faedah berbanding dan kedua-dua negara akan menikmati faedah berbanding.
Walau bagaimanapun jika kedua-dua buah negara mempunyai kos lepas / harga relatif yang sama untuk barang-barang yang dihasilkannya, tiada pengkhususan dan PAB tidak boleh dijalankan kerana kedua-dua negara tidak menikmati sebarang faedah.