1 of 22

GLOBALISASI EKONOMI

Geografi Sem 2

2 of 22

x

x

x

x

x

x

x

x

Members

LISA

FATIN

​

​

​

3 of 22

Konsep Globalisasi Ekonomi

  • Globalisasi ekonomi ialah suatu kehidupan ekonomi secara global dan terbuka tanpa mngenal sempadan negara atau wilayah antara satu sama lain.
  • Globalisasi juga ialah suatu proses aktiviti ekonomi dan perdagangan dimana pelbagai negara di seluruh dunia menjadi pasaran dan akan terintergrasi tanpa batasan sempadan negara.
  • Globalisasi ekonomi menuntut adanya dasar penghapusan seluruh halangan dan sekatan terhadap pergerakan barangan serta modal ia merupkan sebahagian kegiatan pelaburan perdagangan dan bergerak ke arah liberalisasi perdangan dan pelaburan secara global.
  • Globalisasi ekonomi berkaitan dengan perdagangan bebas yang berusaha utk menghasilkan kawasan perdagangan yg makin luas dan menghapuskan sekatan dan halangan yg menghalanh perdagangan antarabangsa
  • Globalisasi ekonomi adalah satu proses penyebaran atau penyelerakan aktiviti ekonomi melintasi sempadan geografi sesebuah negara di seluruh dunia.
  • Globalisasi ekonomi juga bermaksud saling bergantung antara negara daripada segi bahan mentah, modal, buruh, pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran dan pemasaran barangan dan perkhidmatan ke seluruh dunia tanpa had sempadan.��

4 of 22

Kecenderungan Mendukunga Globalisasi Ekonomi

  • Aliran dan dana semakin mudah utk memsuki mana2 sempadan negara
  • Pelaburan asing semkin giat membeli dan menjual aset2 kewangan mereka
  • Institusi kewangan asing semakin rancak menembusi pusat kewangan dunia dan wilayah
  • Banyak perusahan menawarkan saham2 mereka di pasaran modal dunia
  • Wujudnya deregulasi dan liberalisasi dalam sector kewangan

5 of 22

Dimensi Globalisasi Ekonomi

  • Terjadinya pesengkataan kekuatan ekonomi dunia yg menyebabkan munculnya tiga pasaran besar ekonomi dunia iaitu MEE,Amerika Utara dan Asia Timur serta Asia Tenggara
  • Globalisasi pelaburan mendorong perkembangan dan pertumbuhan perusahaan merentasi sempadan sesebuah negara

6 of 22

Aspek Saling Kebergantungan Antara Kawasan

Pelaburan

  • Negara yang tidak cukup modal seperti negara membangun terpaksa bergantung kepada negara maju yang mempunyai banyak modal untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi.Negara USA telah membuat pelaburan ke Brazil,Malaysia,Tahialand dll dalam bidang eksploitasi sumber alam spt minyak,gas,hutan,perindustrian dan bekalan perkhidmatan.Pelaburan ini telah menyediakan dana modal dan dapat mengembangkan sektor-sektor ekonomi.Peluang pekerjaan dan taraf hidup penduduk meningkat di negara-nagara membangun.

Pasaran

  • Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa-kuasa pasaran khususnya permintaan dan citarasa pengguna dalam urus niaga barangan dan perkhidmatan.Maka sesebuah negara itu boleh memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke negara lain.Misalnya barangan negara-negara Asia Tengggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.Begitu juga negara Eropah dan Amerika memasarkan barangan mereka ke Asia.Saling keuntungan akan dinikmati melalui pelaksanaan liberalisasi perdagangan.

​

7 of 22

Teknologi  

  • Tahap teknologi yang mundur dan kekurangan tenaga pakar menjadi halangan kepada negara membangun untuk maju dalam sektor ekonomi moden.Melalui globalisasi ekonomi, pemindahan teknologi dan kepakaran dari negara maju seperti Jepun,Jerman dll boleh dimiliki oleh penduduk tempatan negara membangun.Kepakaran ini diguna unyuk membangunkan negara.Contoh teknologi  HITEC,teknologi reka bentuk dll.

Pengeluaran

  • Globalisasi  membolehkan aktiviti pengeluaran seperti perkilangan  dan pembuatan berpindah dari negara maju ke negara membangun.hal ini berlaku kerana negara maju mengambil faedah daripada kos buruh yang rendah di negara membangun.Secara tak langsung mereka telah membawa masuk teknologi dan kepakaran sekali, maka negara membangun seperti Malaysia mengambil peluang ini dalam meningkatkan KDNK,mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak.Contohnya di kawasan zon perdagangan bebas yang menempatkan kilang-kilang elektronik dan elektrik di Malaysia.

​

8 of 22

Bekalan Buruh

  • Kekurangan buruh sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan buruh. Sebagai contoh Malaysia amat bergantung kepada buruh-buruh  Indonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan.Aliran buruh ini dapat mengembangkan sektor ekonomi di Malaysia manakala Indonesia mendapat faedah daripada aliran wang masuk.Selain itu, kekurangan tenaga pakar juga boleh dialirkan dari negara maju ke negara membangun.

​

Bahan Memtah & Sumber Tenaga

  • Negara yang tidak mempunyai bekalan bahan mentah dan sumber tenaga yang cukup tidak boleh menggerakkan sektor industrinya.Misalnya Jepun terpaksa bergantung kepada negara –negara Teluk dan Asia bagi memperoleh bekalan petroleum, negara Teluk bergantung kepada Malaysia untuk mendapat minyak kelapa sawit.Malaysia bergantungkepada Thailand untuk mendapat bekalan beras.Demikian juga dengan negara-negara lain , wujud saling kebergantungan terhadap bahan bdan sumber tertentu.

9 of 22

Proses dalam Globalisasi Ekonomi

  1. Liberalisasi Ekonomi

​

  • Liberalisasi ekonomi ialah dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja termasuk pemodal-pemodal asing memasuki seterusnya menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa batas.
  •     Persaingan pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas. Aliran keluar masuk modal dan perdagangan dalam sesebuah negara itu juga tidak boleh disekat atau dikawal oleh kerajaan. la bergantung sepenuhnya kepada kuasa-kuasa pasaran (kuasa permintaan dan penawaran].
  •   Seluruh dunia akan menjadi sebuah negara yang terbuka kepada semua yang berkemampuan dan berkesanggupan mengeksploitasi pasaran.���

10 of 22

B . Deregulasi Ekonomi

​

  •   Deregulasi ekonomi ialah dasar penghapusan segala peraturan dan sekatan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara yang selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan, pasaran barangan serta perkhidmatan dan lain-lain dengan bebasnya keluar masuk dalam negara tersebut.
  •    Sebagai contoh penghapusan dasar perlindungan, penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tarif, penghapusan skim keutamaan dagangan (PTA), penghapusan dasar kawalan modal berpilih seperti mana yang diamalkan oleh Malaysia dan lain-lain yang bertentangan dengan tuntutan pasaran bebas��

11 of 22

Faktor Umum Globalisasi

Globalisasi Pengeluaran

  • Pengeluaran oleh perusahan diberbagai negara dgn tujuan agar kos pengeluaran menjadi lebih rendh
  • Dalam keadaan ini,lokasi pengeluaran akan menjadi pilihan syarikat2 multinasional utk melabur dan membiayai perusahaan di negara2 tersebut.

Globalisasi Pembiayaan

  • Perusahan bertaraf global mempunyai akses bagi mendptkan pinjaman atau melakukan kegiatan pelaburan di seluruh negara di dunia.Sebagai contohnya,Syarikat Tabung Haji Plantation telah memperkembangkan dan memperbanyakkan ladang2 kelapa sawit di negara2 lain dgn usaha sama modal dan pembiayaan dri negara2 yg terlibat

Globalisasi Buruh (tenaga kerja)

  • Kehadiran tenaga buruh asing adalah satu fenomena dlm globalisasi ekonomi
  • Tenaga buruh asing tidak professional,separa professional dan professional akan memasuki dan bekerja di negara lain bagi meningkatkan perekonomian di negara tersebut.
  • Tenaga kerja tidak professional biasanya datng dri negara2 mundur atau dunia ketiga dan keniasaannya mereka bekerja sebgai buruh kasar manakala tenaga kerja separa dan prosefional dating dri negara2 maju dan terlibat dlm kerja2 pengurusan sesebuah perusahaan

12 of 22

Globalisasi Jaringan Maklumat

  • Bentuk globalisasi jaringan meklumat dpt dilihat pd masayarakat sesebuah negara dimana dgn mudah dan cepat mendapatkan maklumat dri pelbagai negara di dunia dgn adanya kemajuan dalam teknologi telemunikasi
  • Jaringan telekomunikasi yg semakin berkembang maju membantu meluaskan dan menyebarkan pasaran barangan ke seluruh dunia

​

Globalisasi Perdagangan

  • Dibidang perdagangan,globalisasi wujud dlm bentuk penyeragaman dan pengurangan tarif serta penghapusan sekatan2 dan halangan2 bukan tarif dan ia menyebabkan kegiatan perdagangan menjadi semakin cepat,bebas dan mudah.

13 of 22

Faktor Yang Mempercepatkan Globalisasi Ekonomi

  • Kepesatan perkembangan ICT Ledakan maklumat. Kemajuan lCT banyak membantu dalam mengendalikan urusan perniagaan, pelaburan, pemasaran dll bentuk perdagangan dengan cepat dan tepat. Kos pengurusan bertambah murah dan mudah. ·       
  •   Kemajuan pengangkutan global ‘Trans benua’. Sistem pengangkutan melangkaui benua juga menjadi pemanan kepada proses globalisasi. Proses globalisasi menjadi bertambah mudah dengan meningkatnya kecanggihan pengangkutan udara dan pengangkutan laut iaitu kemudahan pengangkutan yang sangat diperlukan oleh sektor ekonomi masa kini. ·       
  •   Dasar terbuka kerajaan masa kini. Dasar buka pintu kepada pasaran bebas telah diamalkan oleh keseluruhan negara demokrasi. Kerajaan merasakan penyertaan dalam aktiviti ekonomi di peringkat global adalah satu perkara yang sangat penting supaya negara tidak ketinggalan dalam mengelar kemajuan sosio-ekonominya. ·        
  • Keupayaan modal dan teknologi. Syarikat Multinasional (MNCs) memiliki modal dan teknologi yang tinggi untuk melabur di mana sahaja yang menguntungkan. Ekonomi sesebuah kawasan lebih cepat berkembang dengan suntikan modal asing ini (FDI).��

14 of 22

Komponen Globalisasi Ekonomi

  •   Komponen Pengaliran Modal. Pengaliran modal menerusi pelaburan asing (FDI) menjadi faktor utama dalam mengintegrasi dan memacu ekonomi sesebuah negara di peringkat antarabangsa. Ia dilakukan melalui firma pelaburan antarabangsa atau dikenali sebagai syarikat multinasional [Multinasional Corporation (MNCs). ·       
  •   Komponen Perdagangan Antarabangsa. Komponen ke dua dalam proses globalisasi ialah perdagangan antarabangsa. Proses globalisasi akan meningkatkan aktiviti perdagangan di peringkat antarabangsa. Penghapusan dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT) serta pengenalan kawasan perdagangan bebas (FTA) telah menggalakkan liberalisasi dalam perdagangan antarabangsa ·      
  •    Komponen Buruh dan Tenaga Pakar. Buruh atau tenaga manusia adalah satu lagi komponen globalisasi yang penting. ia melibatkan pergerakan tenaga manusia merentasi sempadan dari kawasan yang berlebihan buruh ke kawasan yang menghadapi kekurangan buruh. Proses globalisasi ekonomi telah mewuiudkan keperluan buruh berkualiti tinggi di peringkat global (Global Workers). Komponen Teknologi Telekomunikasi dan Pengangkutan. ·        
  • Komponen globalisasi juga dipercepatkan dengan perkembangan teknologi masa kini. Teknologi adalah alat atau tatacara yang membantu memudahkan pembuatan sesuatu produk. Teknologi ICT terutamanya internet memudahkan untuk berkomunikasi, membantu dalam mengendalikan perniagaan, pelaburan. pasaran saham dan perdagangan antarabangsa.��

15 of 22

Kesan Positif Umum Globalisasi

  • Meningkatkan pengeluaran global.Melalui keistimewaan dan perdangan bebas menyebabkan faktor2 pengeluaran dunia dpt digunakan lebih cekap,output dunia kian bertambah dan masyaarakat mendptkan keuntungan dalam bentuk pendapatan semakin meningkat serta perbelanjaan semakin tinggi dan jumlah tabungan semakin banyak.
  • Meningkatkan kemakmuran kepd sesebuah negara yg menyertai globalisasi.

-Perdangan yg lebih bebas akan menyebabkan masyarakat pelbagai negara lebih banyak meingport barangan dri luar negara.Keadaan ini menyebabkan pengguna mempunyai lebih banyak pilihan barangan dan selain itu,pengguna dpt menikmati barangan dgn harga yg lebih rendh dan kualiti yg lebih baik.

  • Meluasnya pasaran produk tempatan.Perdagangan luar negara yg lebih bebas memungkinkan sebuah negara mendptkan pasaran yg lebih jauh serta lebih luas berbanding pasaran tempatan.
  • Perusahan di setiap negara akan mendpt lebih banyak modal dan tingkat teknologi yg lebuh baik.
  • Modal yg diperolehi dri pelaburan asing yg melabur di perusahan2 yg sedng berkembang di sesebuah negara.

16 of 22

Kesan Negatif Umum Globalisasi

  • Menyekat pertumbuhan di sector industry.

Globalisasi ekonomi menyebabkan negara2 yg sedng berkembang tidak mampu lagi memakai tarif tinggi bagi menghalang industry yg baru berkembang

Perdangan negeri yg cukup bebas dan cekap menimbulkan sekatan dan halangan bagi negara2 yg baru berkembang dalam memajukan sector industry.

  • Meningkatkan kebergantungan kpd industri2 yg dimiliki oleh perusahaan antarabangsa yg bersifat multinasional dan konglomerat

Keadaan ini akan memburukkan imbangan pembayaran sesebah negara kerana ia cenderung menaikkan harga barang2 import manakala barangan eksport tidak beerkembang dan ahrganya semakin rendh.

  • Sektor kewangan menjadi tidak stabil

Arus pelaburan iaitu modal yg semakin besar akan menjadi salah satu kesan globalisasi.Salah satunya pelaburan dlm bentuk penyertaan dana dri luar negara ke saham temapatan

Di saat pasaran saham mengalami peningkatan pelaburan luar akan menarik saham2 mereka keluar manakala di saat pasar saham mengalami penurunan,mereka akan mula melabur bagi mendptkan keuntungan.

Ketidakstabilan di sector kewangan ini dpt menimbulkan kesan buruk kepd keseluruhannya

17 of 22

  • Memperburukkan peluang pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dlm jangka masa yg Panjang

Dalam jngka masa pnjang,pertumbuhan ekonomi yg buruk ini akan mengurangi kemasukan pelaburan luar.Pendapatan sesebuah negara akan semakin menurun dan ini akan menyebabkan lambatnya pertumbuhan dan pembangunan negara tersebut.

18 of 22

Cara Memasuki Pasaran Global dlm Globalisasi Ekonomi

  • Melalui eksport barangan
  • Melalui pemberian lesen
  • Melalui sistem francais
  • Melalui kontrak pengurusan
  • Melalui kontrak pengeluaran
  • Melalui pelaburan langsung
  • Melalui usaha sama
  • Melalui pembukaan cawangan
  • Melalui operasi global
  • Melalui pelaburan kwatfolio

19 of 22

Kesan-Kesan Globalisasi Ekonomi kpd Malaysia

A)      Kesan Positif Globalisasi Ekonomi ·       

  •   Meningkatkan Daya Saing Ekonomi Sesebuah negara. Keterbukaan yang dibawa oleh proses globalisasi telah mewujudkan persaingan yang hebat dalam segala aspek ekonomi hari ini. Sesebuah negara terpaksa meningkatkan kualiti produk yang berkos rendah dalam usahanya untuk kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa. ·       
  •   Menambahkan keupayaan modal dalam negara. Globalisasi ekonomi akan membawa masuk pelaburan luar asing (FDI) yang sudah tentu mampu menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara yang diiabun'nya. Hanya dengan suntikan modal asing sahaja membolehkan industri berkembang pesat terutamanya di negara-negara sedang membangun. ·       
  •   Perluasan pasaran dan perdagangan antarabangsa. Penghapusan dasar perlindungan dan sekatan tarif (GATT) dan amalan pasaran bebas akan memberikan peluang kepada produk negara sedang membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata. ·       
  •   Menggalakkan Pemindahan Teknologl, R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) seria Inovasi. Melalui globalisasi akan menggalakkan kemasukan Teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara-negara yang lebih maju��

20 of 22

B)Kesan Negatif Globalisasi Ekonomi ·       

 

  • Monopoli Pasaran Terlalu Bergantung Kepada Pelaburan Asing. Kemasukan pelaburan bebas dari syarikat MNCs dan TNCs akan mewujudkan pergantungan yang kuat kepada firma-firma tersebut dan jika tidak dikawal dari awal lagi maka firma-firma itu pula yang memonopoli pasaran dan menentukan arus perkembangan ekonomi sesebuah negara. ·      
  •    Jurang ekonomi bandar dengan luar bandar semakin melebar. Selain itu, pelaburan asing yang sukar dikawal akan dibiarkan bertumpu di bandar-bandar utama sahaja oleh sebab kemudahan asas yang sudah sedia terdapat di bandar. Kawasan luar bandar terus ketinggalan.
  • Persaingan Kepada industri Kecil dan Sederhana (IKS) Risiko Muflis. Globalisasi juga membawa persaingan yang hebat akibat keterbukaan kepada penyertaan syarikat gergasi dari luar negara. Entiti ekonomi tempatan yang lebih kecil saiznya, tidak cekap dari segi pengurusan dan pengeluaran sukar untuk bersaing dan risiko untuk muflis ·      

·       

 �

21 of 22

​

  • Menghakis Kedaulatan Negara Negara sedang membangun sangat mudah terjejas oleh proses globalisasi terkini. Monopoli ekonomi akan menyebabkan negara sedang membangun terpaksa tunduk kepada kehendak syarikat multinasional. Ini akan menghakis kedaulatan sesebuah negara yang lemah ekonominya. ·      
  •    Ancaman Kepada Budaya Tempatan. Perkembangan pesat iCT dan keterbukaan dalam aspek internet dan teknologi maya telah mendorong kepada gejala negatif seperti penyebaran pornografi, penyebaran ideologi yang bertentangan dengan nilai dan agama dan lain-lain yang akan menjejaskan budaya tempaan melalui penerapan budaya kuning. Selain itu budaya tidak sihat iU90_ mudah disebarluaskan melalui pelbagai media alternatif seperti budaya gay (LGBT), punk. rock dari-lain ke dalam masyarakat tempaan. Nilai budaya murni sedia ada akan terhakis.��

​

22 of 22

5:53

Thank you.

x

x

x

Google

The end of the slide (Thankyou)