1 of 110

Bolehkah anda bezakan ciri-ciri unsur cuaca di antara 2 kawasan dibawah

2 of 110

3 of 110

Manakah suhu lebih tinggi?

  • Kawasan bandar mengalami suhu yang lebih tinggi.

4 of 110

Manakah kawasan lebih lembap

  • Kawasan luar bandar mengalami keadaan yang lebih lembap daripada kawasan bandar.

5 of 110

Perbandingan ciri-ciri unsur cuaca

bandar

Unsur cuaca

Luar bandar

tinggi

suhu

Rendah

kurang

Jumlah hujan

banyak

tinggi

Kekerapan hujan

Rendah

tinggi

Kelajuan angin

rendah

Badai

Pola tiupan angin

laminar

rendah

Kelembapan udara

Tinggi

6 of 110

Mikroiklim bandar

Apakah mikroiklim bandar?

7 of 110

Mikroiklim bandar

  • Fenomena cuaca dan iklim yang terbentuk dan dialami di kawasan yang terbatas keluasannya .
  • Ciri-ciri unsur cuaca adalah berbeza dengan kawasan pinggir bandar atau luar bandar atau sebelum pembandaran.

8 of 110

Proses pembandaran

  • Proses pembandaran mengubah sifat fizikal permukaan bumi dan meningkatkan aktiviti manusia yang menambah pengeluaran haba serta bahan pencemar udara.

9 of 110

Pulau haba

10 of 110

Bagaimana keadaan di bawah meningkatkan suhu?

  • Proses pembandaran melibatkan pemusnahan hutan untuk pembinaan bangunan dan jalan raya.
  • Pemusnahan hutan mengurangkan proses sejatpeluhan yang menyebabkan udara lebih kering.

11 of 110

Pemusnahan hutan meningkatkan suhu

  • Kekurangan tumbuh-tumbuhan di bandar juga menyebabkan kadar albedo permukaan bandar lebih rendah.
  • Kurang bahangan matahari yang dibalikkan oleh permukaan bumi di bandar.

12 of 110

Bagaimana aktiviti di bawah meningkatkan suhu?

  • Proses pembandaran melibatkan pembinaan bangunan, jalan raya dan medan letak kereta.
  • Pembinaan permukaan ini meningkatkan kadar penyerapan haba pada waktu siang.

13 of 110

Bagaimanakah keadaan di bawah boleh meningkatkan suhu?

14 of 110

Kesan rumah hijau dan suhu di bandar

  • Apakah kesan rumah hijau ?

15 of 110

Cuba anda fikirkan , bagaimana suhu dalam kereta meningkat ?

16 of 110

Kesan rumah kaca

  • Apakah rumah kaca?
  • Petani-petani Eropah mengunakan kaedah ini untuk memerangkap haba daripada keluar.Rumah ini membenarkan cahaya matahari menembusinya tetapi menghalang haba keluar untuk kegunaan tanaman seperti sayuran dan bunga-bungaan.

17 of 110

Bagaimana kesan rumah hijau meningkatkan suhu?

  • Prinsip yang sama seperti rumah kaca bagi menjelaskan kesan rumah hijau.
  • Gas-gas karbon dioksida dan metana membentuk lapisan dalam lapisan atmosfera .

18 of 110

Kesan rumah hijau

  • Lapisan tersebut membenarkan cahaya matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan bahangan bumi terlepas ke angkasa lepas.
  • Ini menyebabkan haba berkitar dalam ruang atmosfera di kawasan bandar terutamanya dan meningkatkan suhu.

19 of 110

Gas-gas rumah hijau

20 of 110

Sumber Gas-gas rumah hijau

21 of 110

Pemanasan global

  • Pada skala yang lebih besar peningkatan suhu makro berlaku .
  • Ini menyebabkan peningkatan suhu global atau pemanasan global.

22 of 110

Lapisan ozon

  • Lapisan ozon terletak dalam lapisan stratosfera iaitu 50 km daripada permukaan bumi.
  • Apakah ozon ?

23 of 110

Adakah ozon dalam lapisan troposfera?

  • Ada sedikit molekul ozon dalam lapisan troposfera.
  • Namun ozon pada lapisan ini adalah merbahaya kepada manusia.

24 of 110

Molekul ozon

  • Bagaimana ozon terbentuk ?
  • Apabila sinar UV memancar pada molekul oksigen , molekul oksigen terpisah kepada dua atom oksigen .
  • Satu atom oksigen bergabung dengan molekul oksigen yang lain membentuk ozon.

25 of 110

Apakah peranan lapisan ozon?

  • Ozon bertindak menyerap sinar Ultra Violet yang merbahaya kepda manusia.

26 of 110

Bagaimana penipisan lapisan ozon berlaku ?

27 of 110

Penipisan lapisan ozon

  • Molekul-molekul CFC yang dibebaskan oleh manusia bertindakbalas dan memutuskan ikatan molekul ozon .
  • Atom klorin membentuk klorin oksida.

28 of 110

Bagaimana penipisan ozon meningkatkan suhu ?

  • Penipisan ozon menyebabkan pembentukan lubang-lubang pada lapisan ozon.
  • Ini menyebabkan sinar UV dapat sampai ke permukaan bumi .Oleh itu bumi menyerap lebih banyak tenaga matahari.
  • Pembebasan semula bahangan bumi pula dihalang oleh lapisan gas rumah hijau.Wujud ketidak seimbangan tenaga yang diserap dengan dibebaskan yang meningkatkan suhu.

29 of 110

Kesan rumah hijau dan penipisan ozon

Apakah puncanya ?

30 of 110

Punca penipisan lapisan ozon

31 of 110

Industri pencuci

  • CFC dalam bentuk cecair digunakan sebagai bahan pencuci minyak dalam peralatan eletronik, eletrik , mikrocip

32 of 110

Industri pendingin udara

  • Penggunaan CFC dalam pendingin udara kenderaan , bangunan dan rumah serta peti sejuk.
  • CFC dibebaskan semasa berlaku kebocoran dan peringkat servis

33 of 110

Industri keluaran foam

  • Dalam industri pengeluaran kusyen, tilam , mesin pembasuh.
  • CFC dibebasakan semasa peringkat pembuatan , penggunaan dan pembuangan.

34 of 110

Industri aerosol

  • CFC dibebaskan dengan banyak dalam penggunaan tin penyemburan pewangi, kosmetik, racun serangga dan cat.

35 of 110

Ujian senjata nuklear

  • Ujian senjata nuklear membebaskan nitrus oksida yang memusnahkan ozon
  • Ujian senjata nuklear oleh Russia dan Amerika Syarikat di Antartika membentuk lubang ozon sebesar benua Eropah .

36 of 110

supersonic

  • Penggunaan jet supersonik telah membebaskan banyak gas-gas nitrus oksida yang boleh memusnahkan molekul-molekul ozon.

37 of 110

Contoh soalan

  • Apakah maksud pulau haba
  • Pulau Haba ialah fenomena cuaca yang berlaku di bandar di mana min suhu harian bandar lebih tinggi dari kawasan sekitarnya.

38 of 110

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Pulau Haba

39 of 110

Faktor-faktor

Pemusnahan hutan

Pertambahan

kenderaan

Pembakaran terbuka

Pertambahan

industri

Pertambahan

Permukaan

konkrit

Bangunan

Pencakar langit

Yang padat

40 of 110

Pemusnahan hutan

  • Kekurangan hutan mengurangkan proses sejatpeluhan.
  • Ini menyebabkan udara kering .
  • Permukaan bumi menjadi gondol.kadar albedo permukaan rendah menyebabkan kadar penyerapan bahangan matahari tinggi.

41 of 110

Pembinaan bangunan konkrit

  • Bangunan konkrit , jalan raya bertar dan medan letak kereta mempunyai kadar albedo yang rendah.
  • Kadar penyerapan bahangan matahari tinggi.

42 of 110

Pembinaan bangunan konkrit

  • Bahangan matahari yang diserap di simpan dalam bangunan sebagai haba pendam.
  • Pada waktu malam , bahangan bumi dibebaskan daripada bangunan sebagai haba rasa .
  • Haba tidak dapat dibebaskan ke angkasa kerana halangan lapisan gas rumah hijau

43 of 110

Pertambahan kenderaan dan industri

  • Jumlah kenderaan dan kilang yang semakin bertambah di bandar .
  • Ini menyebabkan kadar pembebasan asap yang mengandungi gas karbon dioksida dan metana adalah tinggi.
  • Pertambahan gas karbon dioksida menyebabkan pembentukan lapisan gas rumah hijau yang tebal di bandar .

44 of 110

Pertambahan industri dan kenderaan

  • Lapisan gas rumah hijau yang terbentuk dalam lapisan troposfera di bandar menyebabkan lebih banyak bahangan bumi yang diperangkap daripada yang dibebaskan ke angkasa lepas.
  • Disamping itu enjin kenderaan dan mesin industri juga membebaskan haba.

45 of 110

Bangunan pencakar langit

  • Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur banyak bangunan pencakar langit yang dibina secara padat.
  • Bangunan ini menghalang tiupan angin.

46 of 110

Bangunan pencakar langit

  • Angin tidak dapat bertiup dan bergerak dengan bebas akibat halangan bangunan .
  • Ini menyebabkan haba yang terperangkap dalam kawasan bandar tidak dapat dikeluarkan ke kawasan lain.

47 of 110

Kesan-kesan penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau

48 of 110

Pemanasan global

  • Kenaikan suhu dunia
  • Peningkatan suhu berlaku semua skala sama ada mikro atau makro iaitu dari pulau haba bandar hingga wilayah dan benua.
  • Pemanasan global bermaksud wujud ketidakseimbangan dalam bajet haba bumi –matahari.

49 of 110

Kesan kepada proses geomorfologi

  • Pemanasan global menyebabkan kadar penyerapan haba batuan lebih tinggi.
  • Batuan lebih cepat mengembang dan mudah mengalami pemecahan fizikal .

50 of 110

Kadar luluhawa fizikal

  • Kadar pemanasan batuan yang meningkat menunjukkan kadar luluhawa fizikal di kawasan gurun bertambah.

51 of 110

Kadar hakisan angin

  • Kawasan gurun menjadi semakin gersang.
  • Oleh itu tiupan angin di gurun semakin meningkat .
  • Ini meningkatkan kadar hakisan angin terhadap batuan yang tersepai.

52 of 110

Fikirkan , kawasan gurun semakin meluas atau mengecil?

53 of 110

Apakah kesan peningkatan suhu terhadap kawasan di bawah ?

54 of 110

Pencairan ais di kutub

  • Lubang ozon di antartika menyebabkan kawasan tersebut menerima lebihan pancaran UV yang membawa lebih banyak tenaga.
  • Peningkatan suhu global menggalakan pencairan ais berlaku.

55 of 110

Apabila ais cair , apa akan berlaku ?

  • Pencairan ais akan menyebabkan peningkatan air laut.
  • Isipadu dan paras air laut meningkat menyebabkan kadar hakisan ombak bertambah.

56 of 110

Air laut meningkat , apa akan berlaku ?

  • Kawasan-kawasan pinggir pantai yang rendah mudah ditenggelami air.
  • Negara seperti Belanda dan Bangladesh akan mengalami banjir.

57 of 110

banjir

  • Jika semua litupan ais di Antartika mencair akan menenggelamkan seluruh benua Eropah.

58 of 110

Apakah kesan peningkatan suhu global terhadap kawasan di bawah?

  • Litupan ais pergunungan seperti Everest , Himalaya , banjaran Alps , Andes dan Rocky akan mengalami pencairan.

59 of 110

Pencairan ais di gunung

  • Ais cair membentuk sungai-sungai glasier .
  • Ini meningkatkan kadar hakisan glasier .
  • Kejadian runtuhan tebing dan salji akan meningkat.

60 of 110

Peningkatan suhu dan kawasan laut

  • Kadar kenaikan suhu lautan khususnya lautan Pasifik lebih cepat.
  • Contohnya pada Sept 1997 – Disember 1997suhu lautan Pasifik meningkat 5 o C

61 of 110

Peningkatan suhu lautan

  • Peningkatan suhu lautan mewujudkan pusat tekanan rendah di Lautan Pasifik.
  • Ini telah melemahkan tiupan angin monsun timur laut dan mengubah pola tiupannya.
  • Peningkatan suhu lautan dan perubahan pola tiupan angin dinamakan El-Nino.
  • El-Nino menyebabkan angin monsun timur laut tidak sampai ke Asia Tenggara.

62 of 110

Angin monsun

63 of 110

Apakah berlaku kepada Asia Tenggara

  • Akibat ketiadaan angin monsun timur laut , ini menyebabkan kawasan Asia Tenggara mengalami keadaan kemarau yang panjang.

64 of 110

Apakah akibat daripada kemarau yang panjang?

  • Keadaan yang kering menggalakkan hutan terbakar semulajadi atau pembakaran hutan untuk pertanian sukar di kawal .
  • Pada tahun 1997 , 12 000 hektar hutan terbakar di Kalimantan.

65 of 110

Apakah akibat daripada pembakaran hutan

  • Pembakaran hutan akan menambah partikel-partikel terampai dalam udara.
  • Partikel-partikel bertindak menghalang bahangan matahari sampai ke bumi .

66 of 110

jerebu

  • Pengurangan keamatan cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi akan mengurangkan jarak penglihatan.
  • Pengurangan jarak penglihatan inilah yang menyebabkan jerebu.

67 of 110

Jarak penglihatan

  • Apakah jarak penglihatan ?
  • Jarak penglihatan ialah ukuran yang digunakan untuk menentukan jarak yang membolehkan seseorang melihat sesuatu objek .Semakin jauh jarak penglihatan maka semakin baik keadaan udara .

68 of 110

Pencemaran udara?

Kehadiran bahan-bahan pencemar seperti gas, habuk , zarah dan debu dalam atmosfera yang boleh mengubah kuantiti , kualiti dan sifat atmosfera tersebut yang akhirnya memberi kesan negatif kepada manusia , tumbuhan dan haiwan.

69 of 110

Jerebu ?

Jerebu ialah partikel-partikel terampai dalam atmosfera dalam kepekatan tinggi.Partikel ini terbentuk dalam udara kering dan stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis dalam ruang atmosfera.Partikel-partikel ini dapat menyerak dan menyerap cahaya matahari dan mengurangkan jarak penglihatan.

70 of 110

Punca-punca jerebu

jerebu

semulajadi

manusia

71 of 110

Punca semulajadi

  • Kebakaran hutan disebabkan kejadian El-nino yang berlaku.
  • Pada tahun 1997-1998 El-Nino menyebabkan Asia Tenggara mengalami kemarau.

72 of 110

Punca hutan terbakar semulajadi

  • Keadaan kemarau yang panjang dan kering menyebabkan hutan terbakar secara semulajadi.
  • Pada tahun 1997 , 250 000 hektar hutan terbakar di Pulau Sumatera dan Kalimantan.
  • Kebakaran menghasilkan gas –gas karbon dioksida , habuk dan jelaga yang terampai dalam atmosfera.
  • Tiupan angin dari pulau tersebut menyebabkan Malaysia tidak dapat mengelak mengalami jerebu.
  • Ketiadaan hujan menyebabkan partikel tidak dapat dibersihkan .

73 of 110

Letusan gunung berapi

74 of 110

Letusan gunung berapi

  • Letusan gunung berapi mengeluarkan gas serta debu yang banyak.
  • Letusan gunung berapi St Helens pada 18 Mei 1980 melepaskan 10 billion ton zarah pepejal .
  • Tenaga dari letusan gunung berapi mencukupi untuk debu dan gas dilepaskan sehingga 30 km dalam atmosfera.

75 of 110

Letusan gunung berapi

  • Gunung berapi Pinatubo yang meletus pada 4 Jun 1991 telah menyebabkan Asia Tenggara mengalami jerebu selama seminggu.
  • Debu dan habuk yang dilepaskan Pinatubo hingga ke Kampuchea.

76 of 110

Punca –punca buatan manusia

jerebu

77 of 110

kenderaan

  • Laporan Jabatan Alam Sekitar pada tahun 1996 menunjukkan kenderaan melepaskan 2.4 juta tan karbon monoksida dan 19 000 tan zarah ke udara.
  • Pada akhir 1989 jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia ialah 1.4 juta berbanding 498 350 pada tahun 1975

78 of 110

industri

  • Stesen janakuasa dan industri yang menggunakan bahan api petroleum dan arang batu.
  • Seperti industri petrokimia dan kuari.
  • Di Malaysia industri semakin bertambah iaitu 6624 tahun 1995 dan 9415 pada tahun 1996 iaitu meningkat 35 %

79 of 110

industri

  • Daripada 140 000 tan sulfur dioksida yang dikeluarkan hasil pembakaran bahan api pada tahun 1975, industri membebaskan 39.2 % dan stesen jana kuasa 53.2 %.

80 of 110

Berikan perbezaan kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon

Penipisan ozon

Kesan rumah hijau

Berlaku pada lapisan stratosfera

kawasan

Berlaku pada lapisan troposfera

Lapisan ozon terdiri molekul ozon

Kandungan

Lapisan gas rumah hijau terdiri gas karbon dioksida dan metana

Banyak sinar UV sampai ke bumi

Cara meningkatkan suhu

Lapisan gas rumah hijau menghalang bahangan bumi keluar

81 of 110

Huraikan punca-punca meningkatkan kesan rumah hijau

  • Pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah menghasilkan gas karbon dioksida yang boleh meningkatkan kesan rumah hijau.

82 of 110

Pembakaran terbuka

  • Pembakaran terbuka merangkumi pembakaran hutan untuk pertanian dan pembakaran di tapak pelupusan sampah.
  • Bahagian Alam sekitar Kementerian Sains Teknologi dan Alam sekitar mengganggarkan bahan-bahan sisa bandaran berjumlah 3.7 juta tan setahun dan lebih 55 % Kerajaan Tempatan mengamalkan pembakaran terbuka.

83 of 110

Kesan jerebu

84 of 110

Kesan terhadap manusia

  • Partikel-partikel terampai dalam udara mengganggu sistem pernafasan manusia .
  • Manusia mengalami kesukaran bernafas dan meningkatkan penyakit asma, jantung , sakit kerongkong .

85 of 110

Kesan terhadap penglihatan

  • Partikel-partikel terampai juga boleh merosakkan penglihatan manusia .
  • Mata berair , pedih dan penglihatan kabur.

86 of 110

Penyakit kanser

  • Manusia mengalami alahan pada kulit.
  • Kulit terasa gatal dan berkudis
  • Kanser kulit terjadi kerana air hujan yang berasid merosakkan sel-sel kulit.

87 of 110

Mengurangkan jarak penglihatan

  • Partikel-partikel terampai dalam udara mampu menyerak dan menyerap cahaya matahari.
  • Ini mengurangkan jarak epnglihatan yang boleh meningkatkan risiko kemalangan jalanraya, gangguan jadual penerbangan dan pelayaran kapal.

88 of 110

Mengurangkan jarak penglihatan.

  • Contohnya pada tahun 1998 IPU di negeri Sarawak mencecah 800 menyebabkan darurat diisytiharkan dan sekolah-sekolah ditutup.

89 of 110

Apakah fenomena yang berlaku ?

  • Apabila asap yang dibebaskan dari kilang dan kenderaan bertindakbalas dengan air hujan membentuk………

90 of 110

Hujan asid

91 of 110

Apakah hujan asid?

  • Air hujan yang mengandungi keasidan yang tinggi.Nilai ph air hujan kurang daripada 5.6.

92 of 110

Bagaimana hujan asid terbentuk?

93 of 110

Bagaimana hujan asid terbentuk?

  • Asap kenderaan dan kilang mengandungi gas-gas seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida.
  • Gas-gas ini bertindak sebagai nukleus kondensasi .proses kondensasi wap air terbentuk disekitar gas-gas tersebut.

94 of 110

Pembentukan hujan asid

  • Tindakbalas air dengan gas –gas tersebut membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
  • Oleh itu hujan asid selalunya terbentuk di kawasan perindustrian yang pesat seperti Kuala Lumpur , Shah Alam , Petaling Jaya dan Senai.

95 of 110

Punca-punca hujan asid

Hujan asid

Punca manusia

Punca semulajadi

96 of 110

Bagaimana aktiviti di bawah menyebabkan hujan asid?

  • Asap kilang yang dikeluarkan mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida.
  • Pembakaran bahan api fosil oleh kilang menyumbang kepada pembebasan gas-gas tersebut.

97 of 110

Punca perindustrian

  • 95 % nitrogen dioksida dibebaskan ke udara berpunca daripada pembakaran bahan api fosil dari kilang.
  • Industri peleburan bijih logam melepaskan gas sulfur dioksida iaitu kira-kira enam juta tan setahun.
  • Peleburan timah kuprum membebaskan dua tan sulfur dioksida bagi setiap tan bijih.

98 of 110

Bagaimana keadaan di bawah menyebabkan hujan asid?

  • Asap ekzos kenderaan membebaskan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida .
  • Nitrogen dioksida bertindakbalas dengan wap air membentuk asid nitrik.

99 of 110

Punca kenderaan

  • Di Malaysia bandar-bandar besar seperti Johor Baharu , Kuala Lumpur dan Georgetown yang mempunyai kepadatan kenderaan yang tinggi lebih terdedah kepada hujan asid.
  • Jumlah kenderaan yang semakin bertambah menyebabkan pertambahan sulfur dioksida dalam udara.
  • Pada tahun 1989 1.4 juta kenderaan di Malaysia , pada tahun 1975 , 490000 kenderaan.

100 of 110

Bagaimana aktiviti di bawah menyebabkan hujan asid?

  • Kegiatan pembakaran hutan untuk pertanian juga membebaskan banyak gas karbon dioksida , sulfur dioksida dan nitrogen dioksida.

101 of 110

Pembakaran hutan

  • Pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera di Indonesia menyebabkan 250 000 hektar hutan terbakar pada tahun 1997.
  • Pada tahun 2009 , berlaku kebakaran hutan di Australia.

102 of 110

Letusan gunung berapi

  • Letusan gunung berapi membebaskan banyak gas sulfur dioksida.
  • Contoh nya letusan gunung berapi Pinatubo membebaskan banyak gas yang boleh bergerak hingga ke Kampuchea.
  • Letusan gunung merapi pada 1 Nov 2010 menghasilkan 2 juta meter kubik debu dan gas .

103 of 110

Apakah kesan-kesan hujan asid?

104 of 110

Bolehkah anda senaraikan kesan-kesan hujan asid.

  • Pencemaran air
  • Kemusnahan hutan
  • Penyakit kepada manusia
  • Kerosakan kenderaan dan bangunan
  • pertanian

105 of 110

Kesan terhadap manusia

  • Manusia mudah mengalami penyakit seperti kanser kulit dan katarak mata.
  • Sulfur dioksida boleh menyebabkan radang bronkus dan ozon boleh mencederakan membran mukus didalam saluran pernafasan.
  • Kandungan aluminium dalam air boleh menyebabkan penyakit alzheimer dan kerosakan pada buah pinggang.

106 of 110

Kepada manusia

  • 80% penduduk Kanada tinggal di kawasan yang dicemari oleh hujan asid dan penduduk di kawasan ini mengalami masalah pernafasan.
  • Kanak-Kanak lebih senang mendapat penyakit batuk,alergi,dan selsema seperti yang berlaku di Republik Czech.

107 of 110

Kesan terhadap tumbuh-tumbuhan

  • Pada tahun 1982 8 % hutan Black Forest di Jerman dirosakkan hujan asid.
  • Pada tahun 1983 angka itu meningkat kepada 34 %.

108 of 110

Kesan terhadap hutan

  • Hujan asid menyebabkan daun-daun pokok mengalami kekuningan dan keguguran.
  • Ini akan mengurangkan proses fotosintesis.
  • Air hujan berasid juga akan memusnahkan organisma tanih yang penting dalam proses penguraian dan mengurangkan penghasilan nutrien.

109 of 110

Kesan terhadap sumber air

  • Kandungan asid yang tinggi dalam air kolam dan tasik.
  • Alga dan plankton tidak dapat hidup dengan ph air di bawah 5 .
  • Ini menyebabkan zooplankton dan fitoplankton yang merupakan makanan utama hidupan akuatik mati.

110 of 110

Kesan terhadap sumber air

  • Contohnya hujan asid menyebabkan udang krai di tasik-tasik di Sweden dan Findland mati.
  • Pada 1982,18000 buah tasik di Sweden telah menjadi keadaan berasid dan di Norway 2600 tasik mengalami kekurangan ikan.