IMPAK PEMBANGUNAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL
BY:ASYRAF & ATIERAH
SEKTOR EKONOMI PRIMER
Sektor Pertanian
Kesan Aktiviti Pertanian kepada komponen bumi
Kesan ekonomi pertanian
Kesan pertanian kepada Komponen Bumi | |||
Biosfera | Litosfera | Atmosfera | Hidrosfera |
Membekalkan sumber makanan dan tenaga. Contohnya : Beras ialah makanan ruji bagi penduduk Malaysia | Penerokaan hutan untuk pertanian mendedahkan permukaan tanah dengan agen hakisan seperti air. Struktur tanah menjadi longgar dan mudah dihakis serta boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh terutama di kawasan cerun. | Amalan tebang dan bakar, penggunaan racun serangga dan rumpai serta pembakaran jerami menghasilkan asap dan bau yang mengandungi bahan-bahan pencemar seperti karbon dioksida dan bahan terampai di udara. Pembakaran terbuka boleh menyebabkan jerebu.. | Penggunaan baja kimia dan racun serangga akan dibawa ke sungai berhampiran semasa hujan lebat. |
Kemusnahan ekosistem dan habitat akibat daripada pembalakan yang dijalankan untuk membuka kawasan pertanian baharu | Kegiatan pertanian banyak menggunakan baja kimia dan racun serangga. Pengunaan racun serangga, racun rumpai dan baja kimia akan menganggu ekosistem. Selain itu, pengunaan racun serangga dan baja kimia yang berleluasa juga meningkatkan keasidan tanah. Ini menyebabkan tanah menjadi tidak subur | Pencemaran udara boleh berpunca daripada kenderaan yang mengangkut barang seperti buah kelapa sawit. Ini menyebabkan manusia akan menghidap pelbagai penyakit apabila selalu menghidu udara yang kotor. Contoh-contoh penyakit adalah seperti kanser paru-paru, kanser hidung dan sebagainya. | . Penggondolan tanah menyebabkan bahan regolit turut dibawa oleh air larian permukaan ke sungai berhampiran. Air sungai bertukar warna menjadi kekuningan dan menjadi cetek disebabkan bahan pemendapan. |
Kesan Pertanian keatas komponen bumi | |||
Biosfera | Litosfera | Atmosfera | Hidrosfera |
Sumber air haiwan dan manusia terjejas- Proses penyahutanan untuk dijadikan tapak pertanian telah menghapuskan kawasan tadahan hujan yang menjadi kolam semulajadi sumber air bagi sungai –sungai utama negara. Ini menyebabkan sumber air haiwan dan manusia terjejas.Contoh, di Cameron Highland. | Hakisan Tanah- Proses penebangan hutan, pembersihan hutan di kawasan tanah tinggi telah mendedahkan permukaan tanah tinggi dan cerun bkt.terhadap agen hakisan dan luluhawa.. Hakisan yang berterusan telah menyebabkan gegalur-gegalur tanah yang akhirkan menyebabkan berlakunya gerakan jisim dan tanah runtuh. Contoh, di Cameron Highland | Menjejaskan Kesimbangan gas-gas di atmosfera- Proses penyahutan yang memusnahkan hutan telah mengurangkan proses fotosintesis yang membebaskan gas oksigen untuk pernafasan manusia dan haiwan. Manakala, pembebasan gas k.dioksida oleh manusia dan haiwan melalui proses transpirasi semakin bertambah kerana dedaun hijau yang menyerap gas k.dioksida telah musnah. Ini menyebabkan berlaku ketidak seimbangan gas-gas utama di atmosfera. Contoh, di Cameron Highland | Sungai tercemar- Proses pembersihan dan peneresan bukit untuk dijadikan tapak pertanian telah menyebabkan sungai di kawasan tersebut dicemari dengan lumpur serta berkelodak kesan bahan/sedimen hakisan yang di angkut oleh air larian permukaan menuruni kawasan tanah tinggi memasuki hulu-hulu sungai di kaki kawasan tanah tinggi. Contoh,Sungai di Cameron Highland |
Kesan Pertanian Kepada Komponen Bumi | |||
Biosfera | Litosfera | Atmosfera | Hidrosfera |
Kemusnahan flora dan fauna- Proses penyahutanan untuk dijadikan tapak lading pertanian telah menjejas dan memusnahkan spesis flora berharga, seperti Cengal, Meranti, Kapur dan spesis orkid dan bunga Raflesia. Ianya juga telah menjejaskan spesis fauna seperti serangga,harimau, beruang, ular, orang hutan yang dikategorikan sebagai spesis yang diancam kepupusan. Contoh, di Kundasang dan Sandakan Sabah. | Perubahan landskap- Perubahan lanskap fizikal Berlakunya perubahan lanskap fizikal kawasan tanah tinggi. Misalnya, kawasan t.tinggi yang dilitupi kanopi daun hijau, segar, nyaman dan kaya dengan pokok-pokok balak berharga, seperti cengal telah berubah menjadi ladang tanaman manusia yang ditanam secara berteres. Contoh, ladang kelapa sawit di Gua Musang Kelantan dan Ladang Teh di Cameron Highland | Pemanasan Mikro- Proses penyahutanan untuk dijadikan tapak ladang pertanian telah mendedahkan permukaan bumi secara terus kepada panas terik cahaya matahari kerana ketiadaan litupan kanopi daun , terutamanya pada peringkat awal proses penanaman. Di samping itu, kekurangan proses transpirasi turut mengurangkan kelembapan udara sekitar dan secara tidak langsung telah meningkatkan suhu tempatan. Contoh, di Cameron Highland. | ____ |
-Sektor Perikanan
KESAN AKTIVITI PERIKANAN KEPADA KOMPONEN BUMI
Kesan Perikanan Kepada Komponen Bumi | |||
Biosfera | Litosfera | Atmosfera | Hidrosfera |
Kemusnahan ekosistem paya bakau Pembinaan kolam merinkultur di kawasan hutan paya bakau di zon pinggir pantai menyebabkan hidupan asal seperti ketam, lokan, ikan tebakul dan pelbagai spesies burung akan turut musnah. Rantaian makanan yang terganggu akan menjejaskan ekosistem muara dan sekaligus akan mengurangkan kadar populasi asal hutan paya bakau berkenaan. | Mengubah landskap pandang darat seperti dipinggir pantai contohnya:pembinaan kolam ikan bagi perikanan akuakultur di pinggir pantai. | Menyebabkan pencemaran bau akibat daripada kilang pemprosesan baja.Baja ikan iaitu baja “fish amino acid’ FAA iailah baja yang dihasilkan melalui kaedah penapaian sisa ikan termasuk sisa perut, insang dan seuluruh isi serta tulang ikan.Pemprosesan ini akan menyebabkan pencemaran udara. | Pencemaran air Khususnya air laut di kawasan sekitar pelabuhan perikanan akibat pembuangan sisa-sisa ikan yang tidak diperlukan, pembersihan bot, sisa domestik dan tumpahan minyak. Akibatnya permukaan air laut diliputi oleh minyak. Pancaran matahari tidak sampai ke dasar laut yang menyebabkan plankton tidak akan membiak. Ini juga akan menyebabkan bekalan makanan ikan kurang dan bekalan ikan pupus |
Kesan Perikanan Kepada Komponen Bumi | |||
Biosfera | Litosfera | Atmosfera | Hidrosfera |
|
| ___ | Kepupusan hidupan akuatik Tangkapan ikan yang berlebihan dan tanpa kawalan terutamanya apabila menggunakan pukat tunda di kawasan laut dalam boleh menyebabkan bekalan ikan terhad. Di kawasan pinggir pantai, aktiviti menuba (menggunakan racun) dan penggunaan kuasa letrik di kawasan paya, kolam, tasik dan sungai menyebabkan kemusnahan ikan yang masih kecil. Akibatnya, bekalan ikan masa depan akan pupus. |
Sektor Perhutanan
KESAN AKTIVITI PERHUTANAN KEPADA KOMPONEN BUMI
Kesan Perhutanan kepada komponen bumi | |||
Biosfera | Litosfera | Atmosfera | Hidrosfera |
|
|
|
|
Sektor Perlombongan
KESAN PERLOMBONGAN KEPADA KOMPONEN BUMI
Kesan Perlombongan kepada Komponen Bumi | |||
Biosfera | Litosfera | Atmosfera | Hidrosfera |
- kemusnahan habitat dan ekosistem semulajadi flora dan fauna.Kegiatan perlombongan seringkali mengakibatkan kawasan yang luas diterokai. Penerokaan ini melibatkan kerja-kerja pembinaan kawasan Bandar baru, kilang memproses petroleum dan gas asli, jalan raya dan sebagainya. Akhirnya mengakibatkan kemusnahan habitat dan ekosistem semulajadi flora dan fauna | - Hakisan tanih.Penggondolan dan pendedahan kawasan mengakibatkkan struktur dan komposisi tanah musnah akibat aktiviti perlombongan yang dijalankan ke atasnya. Selain itu, kejadian hakisan tanah, kesotan tanah dan tanah runtuh sering berlaku di kawasan perlombongan yang melibatkan kawasan tanah tinggi.Contohnya, perlombongan tembaga di Bukit Mamut (Sabah) |
|
|
Kemusnahan tumbuhan semula jadi- penebangan tumbuhan bagi menjalanka aktiviti perlombongan menyebabkan pembebasan gangguan ke atas profil, struktur dan tekstur tanah | Kawasan bekas lombong- kawasan yang tandus tidak subur dan tidak sesuai untuk dijalankan aktiviti pertanian | Pencemaran udara- aktiviti letupan dalam perlombongan kuari akan menyebabkan pembebasan habuk, debu, partikel terampai menyebabkan pencemaran udara yang teruk | Pencemaran sungai- sisa perlombongan akibat penggunaaan kapal korek menyebabkan kelodak masuk dalam sungai-sungai keruh dan berkelodak. Contohnya perlombongan bijih timah |
SEKTOR SEKUNDER(SEKTOR PERINDUSTRIAN/ PEMPROSESAN, PEMBUATAN DAN PEMBINAAN)
Kesan aktiviti Perindustrian kepada komponen bumi
Kesan Aktiviti Perindustrian Kepada Komponen Bumi | |||
Biosfera | Litosfera | Atmosfera | Hidrosfera |
Kemusnahan ekosistem akuatik- pelepasan sisa toksik ke dalam sumber-sumber air seperti sungai, laut, tasik dan kolam | Pencemaran tanih- Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. | Pencemaran udara—Perlepasan asap dan bahan cemar lain seperti gas karbon dioksida, sulfur oksida dan karbon monoksida ke udara. Ini meningkatkan kadar PMIO di udara dan menyebabkan jerebu | Pencemaran air—Pembuangan sisa toksik ke dalam saliran berhampiran yang memasuki sistem sungai menyebabkan kualiti air sungai tercemar menjadi spti perubahan kepada BOD dan DO serta saliniti air sungai |
__habitat -rantaian makanan -bionutrien | -tanih hilang kesuburan.pembuangan sisa toksik dan bahan radio aktif boleh mengubah struktur tanih, hilang kesuburan. Perubahan landskap(pandang darat) daripada landskap semulajadi contohnya kawasan hutan kepada landskap budaya(pembinaan kilang, kemudahan infrastruktur, utiliti dsb). Menjadikan pandang darat berceranggah seperti lokasi industri petro-kimia di Kerteh. | Hujan asid—Gas cemar seperti karbon monoksida dan sulfur oksida akan bercantum dengan wap air di udara. la terpeluwap dan membentuk awan yang boleh menurunkan hujan asid. Air hujan asid menjejaskan tanah | fizikal warna, rasa dan bau . Sisa-sisa industri yang dibuang dari kilang memproses akan menyebabkan kandungan BOD dalam sungai meningkat, air menjadi keruh, berubah warna, berbau busuk, beracun dan bertoksid. Lebihan ammonia dan bahan terlarut akan larut dalam air akan mengubah kandungan kimia air dan menjejaskan organisma akuatik serta merosakkan rantaian ekosistemnya. |
SEKTOR TERTIER
Sistem Pengangkutan
KESAN PENGANGKUTAN KEPADA KOMPONEN BUMI
Kesan Aktiviti pengangkutan dan Perhubungan kepada Komponen Bumi | |||
Biosfera | Litosfera | Atmosfera | Hidrosfera |
kepupusan habitan haiwan.Kemusnahan yang dilakukan bagi membina Laluan jalan pengangkutan turut melibatkan kawasan paya dan tanah lembap. la akan ditimbus dan dikeringkan. Ekosistem tanah lembap musnah dan menyebabkan sebahagian hidupannya pupus | Hakisan dan tanah runtuh—Pembinaan jalan raya dan lebuh raya melibatkan kerja-kerja perataan, pemotongan dan menebuk bukit. Bukit akan diteres dan struktur tanah menjadi longgar kerana tiada ikatan akar tumbuhan. Sewaktu hujan lebat hakisan oleh air larian permukaan aktif. Tebing jalan raya atau lebuh raya akan mudah runtuh | Peningkatan suhu setempat—Suhu persekitaran akan meningkat. Gas pencemar dan asap yang dibebaskan akan memerangkap bahangan bumi dari terus terlepas ke atmosfera tinggi. Bahangan akan dibalikkan semula ke bumi menyebabkan suhu setempat akan meningkat | Pencemaran air- tumpahan minyak daripada pelanggaran kapal, pembaungan minyak kotor kapal dengan sengaja. |
- | -Pencemaran tanah.penerokaan tanah dan penebangan tujuan untuk membina jaringan pengangkutan. Contohnya, kawasan hutan ditebang untuk membina jalan raya; memgakibatkan banjir kilat, menyumbang kepada pemendapan, hakisan tanah dan lain - lain. | Pencemaran udara—Penggunaan bahan api fosil sebagai bahan bakar kenderaan membebaskan asap dan gas karbon monoksida ke udara. Semakin bertambah kenderaan, kualiti udara akan semakin merosot. la mendatangkan kesan kepada penduduk terutama peningkatan masalah pernafasan | -Mengganggu kawasan tadahan air.Pembangunan jaringan pengangkutan turut merosakkan kawasan tadahan air akibat daripada pemusnahan hutan semulajadi dan kawasan tanah tinggi atau bukit untuk dibina laluan lebuh raya. Contoh : Pembinaan lebuhraya Timur Barat. Walaupun kawasan yang terlibat adalah kecil tetapi kawasan hutan yang berfungsi sebagai storan air bawah tanah akan terganggu. |
Sistem Pelancongan
KESAN PELANCONGAN KEPADA KOMPONEN BUMI
Kesan Aktiviti Perlancongan kepada Komponen Bumi | |||
Biosfera | Litosfera | Atmosfera | Hidrosfera |
Gangguan ekosistem—Pembangunan pelancongan di kawasan tanah tinggi, pantai dan pulau akan memusnahkan hutan semula jadi serta habitat flora dan fauna terganggu | Hakisan dan tanah runtuh—Berlaku hakisan tanah di kawasan tanah tinggi dan pantai terutama semasa pembinaan hotel, padang golf dan jalan raya. Di kawasan cerun yang tiada tumbuhan tutup bumi akan menyebabkan runtuhan tanah dan batuan kerana struktur tanah longgar. | Pemanasan setempat—Pembinaan kemudahan pelancongan seperti hotel, pusat perniagaan dan jalan pengangkutan akan memusnahkan kawasan hutan. Bahangan matahari akan terus sampai ke tanah tanpa ada halangan. Tanah tinggi akan mengalami penurunan suhu menyebabkan suhu menjadi sedikit panas | Pencemaran air—Pembuangan sisa kumbahan dan sisa makanan hotel, pusat peranginan dan restoran akan mengalir masuk ke saliran berhampiran. Air sungai akan berbau busuk. Ia turut mengalir ke laut dan mencemarkan pantai |
-kemusnahan ekosistem paya bakau.Penyahhutanan mengakibatkan kepupusan flora iaitu kayu-kayu & herba berharga : pokok bakau dimusnahkan | ___ | Pencemaran udara- pembinaan hotel, pusat peranginan, jalan raya menghasilkan debu tanah yang berterbangan di udara | _ Pencemaran air bawah tanah.Aktiviti pertanian yang menggunakan baja kimia seperti baja organik dan inorganik untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan memberi kesan kepada paras air bawah tanah sekiranya sebahagian nutrien meresap melalui tanah. Baja ini merupakan jenis yang mudah diserap oleh tanah dan biasanya sering dikaitkan dengan pencemaran. |
LANGKAH MENGURANGKAN IMPAK PEMBANGUNAN EKONOMI