Penghayatan �Etika dan Peradaban
Mata Pelajaran Umum
Etika & Peradaban
Etika
Etos
Etiket
Adab
Adat Resam
Adat Istiadat
Ref: M.B. Hooker, Readings in Malay Adat Laws (1970) & Adat Laws in Modern Malaya (1972)
Etika: Pergerakan idea dan amalan
Kolonial
Post Kolonial
Pra Kolonial
Senarai Topik �Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP)
P
P
Pengenalan PEP Dalam Acuan Malaysia
Topik 1
Konsep Etika dan Peradaban
Topik 2
Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian
Topik 3
Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia
Topik 4
Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia
Topik 5
Perlembagaan Sebagai Tapak Integrasi dan Wahana PEP
Topik 6
Pengaruh ICT Ke Atas Kesepaduan Nasional Malaysia
Topik 7
Peranan PEP Mendokong Tanggungjawab Sosial di Malaysia
Topik 8
Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban di Malaysia
Topik 9
Pergerakan Idea & Amalan Sedunia
Pergerakan Idea & Amalan di Malaysia
Sinopsis Topik 1
Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Dalam Acuan Malaysia |
Etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat, namun tahap penghayatannya berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi masyarakat berkenaan. Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan difahami mengikut ‘acuan Malaysia’ berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya, iaitu, Prakolonial, Kolonial dan PascaKolonial (PrK-Kol-PcK). Sifat dan kefahaman mengenai etika berciri moden diperkenal dan dilaksanakan semasa era kolonial Eropah. Sebelumnya, pada era pra-kolonial, dalam wilayah Alam Melayu, konsep ‘adab’ dan ‘adat’ (adat istiadat dan adat resam), merupakan sebahagian daripada bentuk etika ketika itu, telah wujud mendukung sistem nilai pemerintahan, masyarakat tradisional serta peradaban. Gabungan kedua-dua bentuk etika, tradisional dan moden tersebut, telah tergarap pada era pasca-kolonial yang pula tersulam dalam acuan Malaysia. Penekanan kepada ‘penghayatan’ mengundang kita mengupas secara terfokus terhadap idea, proses dan praktis etika dan peradaban dalam masyarakat Malaysia, dulu dan sekarang. Inilah kekuatan Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (KPE&P). |
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Dalam Acuan Malaysia |
Objektif: Membina kerangka pemikiran dan analisis penghayatan etika dan peradaban
Hasil Pembelajaran:
|
Subtopik |
|
Sinopsis Topik 2
Konsep Etika dan Peradaban |
Etika’ dan ‘Peradaban’ adalah dua konsep umum sejagat yang dipilih untuk difahami dalam KPE&P. Kedua-dua konsep ini penting untuk memahami dan menghayati dinamika sesebuah masyarakat. Sebagai permulaan kepada kursus ini adalah sesuai dibincangkan kedua-dua konsep ini satu persatu masing-masing dengan tersendiri dan kemudiannya melihat kaitannya dalam konteks susur masa PrK-Kol-PcK. Fokus pertama adalah perbincangan tentang pergerakan idea dan amalan etika dan peradaban dunia. Fokus kedua, adalah terhadap konsep etika khususnya menghuraikan pengertiannya dalam konteks sejarah pemikiran Eropah, daripada zaman sebelum, semasa dan selepas Enlightenment. Kemudian dikupas pula impak kefahaman dan amalan konsep etika ketika disemaikan semasa zaman kolonial dan pascakolonial di luar Eropah. Fokus ketiga adalah terhadap konsep ‘peradaban’ berdasarkan susur masa pra kolonialisme, kolonialisme dan pasca kolonialisme, timur dan barat, perspektif agama dan kepercayaan. Contoh-contoh boleh ditimba daripada pengalaman sejagat dan Alam Melayu. |
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Konsep Etika dan Peradaban |
Objektif: Memahami konsep etika dan peradaban serta perkembangan idea dan amalannya
Hasil Pembelajaran:
|
Subtopik |
|
Sinopsis Topik 3
Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian |
Fenomena migrasi dan kepelbagaian, atau diversity, tidak dapat dipisahkan dalam mengupas pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian yang mencakupi Persekitaran Geo-fisikal, Masyarakat dan demografi, Ekonomi dan Pasaran, dan Falsafah dan Pemikiran. Sebelum kedatangan Eropah ke Asia, pada era prakolonial, telah wujud putaran migrasi di Alam Melayu yang telah menemukan peradaban India, Cina, Timur Tengah dan Alam Melayu masing-masing dengan sistem etikanya, melalui Selat Melaka. Kepelbagaian ini menjadi lebih kental dan kompleks dengan kedatangan manusia Eropah, melalui perdagangan dan penjajahan, yang membawa peradaban dan sistem etika serta nilai Eropah. Tindan lapis setiap unsur etika dan peradaban yang berbagai ini, Timur dan Barat, akhirnya tersulam melalui asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi, yang berlaku pada paras rakyat jelata hingga mercu pemerintahan kesultanan. Melalui migrasi buruh paksaan wujudlah masyarakat majmuk semasa penjajahan. Pada era pasca-kolonial yang berlanjutan ke era globalisasi sifat kepelbagaian di Alam Melayu amnya, dan Malaysia khususnya, menjadi semakin pekat dan ligat apatah lagi setelah platform digital terasas membentuk kepelbagaian yang sungguh kompleks, yang dipanggil sebagai superdiversity. Dalam setiap era PrK-Kol-PcK ini wajah, idea dan amalan etika berevolusi bersama penyesuaian pada peradaban-peradaban yang terlibat. |
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian |
Objektif: Memahami pelbagai etika dan peradaban dalam pengembangan masyarakat kepelbagaian di Alam Melayu amnya, dan Malaysia khususnya Hasil Pembelajaran:
|
Subtopik |
|
Sinopsis Topik 4
Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia |
Kepelbagaian menimbulkan berbagai cabaran kepada sesebuah masyarakat, seperti Malaysia. Setiap komuniti misalnya mempunyai akar etika dan peradaban yang berbeza dan terjelma dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Namun kesemuanya perlu hidup dalam sebuah masyarakat Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi perbezaan. Kesediaan tawar menawar, berunding dan melakukan mediasi telah membawa keamanan, kestabilan dan keharmonian di Malaysia semenjak Merdeka. Inilah kesepaduan nasional yang telah wujud, didukung dan mesti terus menerus dimantapkan. Ianya dilaksana melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan. Tindakan membina Indeks Perpaduan Nasional (IPNas 2018) adalah suatu usaha serius untuk memantau pemantapan kesepaduan nasional. |
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia |
Objektif: Memahami proses pemantapan kesepaduan nasional di Malaysia Hasil Pembelajaran:
|
Subtopik |
|
Sinopsis Topik 5
Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia |
Peradaban Majmuk di Malaysia adalah gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia yang bergaul dan tergarap melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu. Pembinaan peradaban ini didahului oleh peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya diikuti peradaban Asia, (India, China, Timur Tengah), dan seterusnya peradaban Barat. Akhirnya, peradaban ini disambut oleh ‘peradaban globalisasi’ yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks. Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan Kemerdekaan 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara (State) bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan bangsa. Oleh itu, pembinaan Bangsa (Nation) menyusul, antaranya melalui, institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Dalam konteks ini telah wujud beberapa “Bangsa Idaman” yang menguasai wacana politik di Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan. |
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia |
Objektif: Memahami proses pembinaan negara bangsa Malaysia melalui kepelbagaian peradaban Hasil Pembelajaran:
|
Subtopik |
|
Sinopsis Topik 6
Perlembagaan sebagai Tapak Integrasi dan Wahana Etika dan Peradaban di Malaysia |
Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata dimana pelbagai pihak yang berbeza etika dan peradaban bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan secara aman dan harmonis tanpa keganasan. Ada yang wujud di peringkat makro, pertengahan dan mikro. Institusi perlembagaan dalam hampir semua masyarakat didunia menjadi tiang seri sekali gus wahana digunakan untuk mengurus dan menghayati kemajmukan etika dan peradaban dalam masyarakat berkenaan. Perlembagaan Persekutuan adalah tapak integrasi utama pemerintahan dan pentadbiran negara. Sifat PP secara simboliknya adalah sebagai ‘kontrak sosial’ kerana terkandung di dalamnya pelbagai peruntukan yang memenuhi kepentingan semua pihak dalam masyarakat Malaysia yang senantiasa dicabar oleh perbezaan dan percanggahan. Maka PP senantiasa ditafsir oleh pelbagai pihak mengikut kefahaman dan kepentingan masing-masing dengan aman dan tenteram, senantiasa ‘bertikam lidah tidak berparangan’ |
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Perlembagaan sebagai Tapak Integrasi dan Wahana Etika dan Peradaban di Malaysia |
Objektif: Menghayati Perlembagaan sebagai Tapak Integrasi, ke arah pengukuhan Etika dan Peradaban di Malaysia Hasil Pembelajaran:
|
Subtopik |
|
Sinopsis Topik 7
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penggerak Kesepaduan Nasional di Malaysia |
Pengukuhan kesepaduan nasional dalam memacu etika dan peradaban Malaysia bergerak seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai tapak digital yang memberi ruang untuk masyarakat berinteraksi dan membina jaringan sosial dalam kehidupan. Alat dan aplikasi digital sebagai contoh, Facebook, Twitter, Instagram, Grab, Mycar, dan Foodpanda, telah menjadi latar hidup masyarakat kini. Namun, wujud isu-isu defisit sosial yang sering dibahaskan dalam pelbagai ruang sehingga ke dalam ruang digital. Dari satu segi, ICT merapatkan jurang komunikasi, namun tiada satu institusi sejagat yang mengawal perkembangan ini sehingga menjadikannya digital jungle. Serentak dengan itu ICT boleh menjadi kawan atau lawan, positif atau negatif, membina atau menghancurkan. Dengan berleluasanya berita tidak benar atau ucapan kebencian melalui tapak digital sangat dibimbangi oleh kerajaan dan orang awam. Penghayatan mengenai etika dalam penggunaan ICT seharusnya mengukuhkan kesepaduan nasional di Malaysia. |
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penggerak Kesepaduan Nasional di Malaysia |
Objektif: Memahami ICT sebagai penggerak kesepaduan nasional di Malaysia Hasil Pembelajaran:
|
Subtopik |
|
Sinopsis Topik 8
Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab Sosial di Malaysia |
Realiti sosial sejagat terbahagi kepada dua. Pertama, realiti sosial yang ditentukan oleh pihak berkuasa, selalunya dari atas ke bawah (top-down) atau disebut juga sebagai takrifan autoriti. Kedua, realiti sosial yang lebih terbuka iaitu, yang ditentukan oleh setiap individu, keluarga dan komuniti demi keperluan seharian masing-masing atau dipanggil takrifan harian. Etika dan peradaban mempunyai pengaruh yang besar dalam kedua-dua realiti sosial ini. Misalnya, adat istiadat adalah takrifan autoriti kerana ada peraturan bertulis menentukan susunan istiadat yang perlu dilaksanakan. Tetapi adat resam ditentukan oleh perilaku kebiasaan seharian atau takrifan harian tanpa apa-apa peraturan bertulis. Dalam konteks yang formal seperti adat istiadat ada protokol yang telah ditentukan untuk dipatuhi. Apabila ianya melibatkan negara dan negara asing, formalitinya semakin ketat dan terperinci, termasuk perlunya berpakaian rasmi. Ini memerlukan tanggungjawab sosial dan kesedaran nasional yang lebih tinggi dan formal. Dalam konteks tidak formal walaupun tiada peraturan tetapi ada tanggungjawab sosial dalam bentuk adab dan nilai hormat menghormati menjadi panduan prilaku individu misalnya apabila menghadiri sebuah majlis kenduri, kenduri kematian atau upacara meminang. Etika dan peradaban adalah perilaku tanggungjawab sosial yang lahir daripada kesedaran sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara bagi mencapai keadilan dan keharmonian |
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab Sosial di Malaysia |
Objektif: Memahami Peranan Etika dan Peradaban dalam mendukung tanggungjawab sosial di Malaysia. Hasil Pembelajaran:
|
Subtopik |
|
Sinopsis Topik 9
Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban di Malaysia |
Realiti sosial sejagat terbahagi kepada dua. Pertama, realiti sosial yang ditentukan oleh pihak berkuasa, selalunya dari atas ke bawah (top-down) atau disebut juga sebagai takrifan autoriti. Kedua, realiti sosial yang lebih terbuka iaitu, yang ditentukan oleh setiap individu, keluarga dan komuniti demi keperluan seharian masing-masing atau dipanggil takrifan harian. Etika dan peradaban mempunyai pengaruh yang besar dalam kedua-dua realiti sosial ini. Misalnya, adat istiadat adalah takrifan autoriti kerana ada peraturan bertulis menentukan susunan istiadat yang perlu dilaksanakan. Tetapi adat resam ditentukan oleh perilaku kebiasaan seharian atau takrifan harian tanpa apa-apa peraturan bertulis. Dalam konteks yang formal seperti adat istiadat ada protokol yang telah ditentukan untuk dipatuhi. Apabila ianya melibatkan negara dan negara asing, formalitinya semakin ketat dan terperinci, termasuk perlunya berpakaian rasmi. Ini memerlukan tanggungjawab sosial dan kesedaran nasional yang lebih tinggi dan formal. Dalam konteks tidak formal walaupun tiada peraturan tetapi ada tanggungjawab sosial dalam bentuk adab dan nilai hormat menghormati menjadi panduan prilaku individu misalnya apabila menghadiri sebuah majlis kenduri, kenduri kematian atau upacara meminang. Etika dan peradaban adalah perilaku tanggungjawab sosial yang lahir daripada kesedaran sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara bagi mencapai keadilan dan keharmonian |
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban di Malaysia |
Objektif: Memahami Cabaran Keterlestarian Etika dan Peradaban di Malaysia. Hasil Pembelajaran:
|
Subtopik |
|
Cadangan Pengajaran dan Pentaksiran Kursus �Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP): Contoh - UUM
Sekian
Terima kasih
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODUL DAN VIDEO �MODUL PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN �INSTITUT KAJIAN ETNIK (KITA-UKM)
Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (KITA-UKM)
Prof. Dr. Mansor Mohd Noor (KITA-UKM)
Prof. Madya Dr. Fazilah Idris (PUSAT CITRA-UKM)
Prof. Madya Dr. Nazri Muslim (PUSAT CITRA-UKM)
Prof. Madya Dr. Mohd Sobhi Ishak (SMMTC-UUM)
Prof. Madya Dr. Dr. Shamrahayu Ab Aziz (UIAM)
Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail (UPM)
Dr. Hairol Anuar Mak Din (KUIS)
Dr. Nur Azlili Hasan (UTAR)
Ahmad Zul Hakimi Hassim (KITA-UKM)