1 of 33

�SEKTOR PERHUTANAN �DAN �HASIL-HASIL HUTAN�

2 of 33

KONSEP perhutanan

  • Hutan sebagai sumber bagi kelansungan kehidupan manusia.
  • Sektor perhutanan dimanfaatkan dieksploitasi sebagai sumber ekonomi dan bukan ekonomi seperti haiwan, tumbuhan, air dan mineral.
  • Misalnya, hutan hujan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian biodiversiti iaitu terdapat lebih 8000 spesies flora dan lebih 1000 spesies fauna.
  • Contohnya, fauna adalah seperti hidupan liar, serangga dan parasit manakala flora pula adalah seperti pokok kayu, pokok renek, pokok memanjat dan pokok herba.

​

​

3 of 33

Jenis-jenis Hutan Di Malaysia

  • Hutan hujan tropika – Tumbuhan yang terdapat di hutan ini sentiasa dalam keadaan malar hijau sepanjang tahun kerana dipengaruhi oleh ciri-ciri iklim yang panas, lembab dan disinari cahaya matahari sepanjang tahun.
  • Hutan hujan tropika terdiri daripada 4 lapisan iaitu : i. Mergent / ii. Sub of mergent / iii. Canopy / iv. Surface of mergent
  • Hutan tanah tinggi – Hutan ini dalam segi ekologinya adalah kawasan yang berada pada ketinggian melebihi 300 meter dari aras laut seperti di Tanah Tinggi Genting (setinggi 2000 meter dan suhunya 14°c hingga 25°c) dan Tanah Tinggi Cameron (setinggi 1829 meter dan suhunya 10°c hingga 20°c).
  • Secara fizikalnya ia merupakan kawasan hutan yang meliputi banjaran-banjaran gunung.
  • Hutan paya bakau – Terletak di kawasan air di tepi laut dan menyumbang kepada ekonomi dengan sumber lautnya yang kaya serta kayu yang bermutu tinggi, menyelamatkan harta benda dan nyawa dengan menghalang proses hakisan pantai dan menapis bahan cemar dari laut.
  • Ianya mempunyai seluas 637,164 hektar di mana 70 peratus daripadanya diwartakan sebagai hutan simpan sementara dan 30 peratus adalah kawasan bakau negeri.
  • Contohnya, ia berada di Perak, Pantai Kuala Selangor dan Laut Matang.

​

​

4 of 33

  • Hutan paya air tawar – Terdapat di kawasan rendah pedalaman dan bersaliran buruk, bertakung air seperti tasik dan kawasan tanah gambut.
  • Tumbuh-tumbuhan yang ada seperti bintangot, mersawa paya, meranti paya, jongkong dan semayur.
  • Contohnya di Sabak Bernam Selangor, Tasik Bera dan Tasik Chini di Pahang.
  • Hutan paya nipah – Merupakan sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di negara Asean dan pokok nipah merupakan satu-satunya pokok palma yang juga dikira sebagai pokok bakau.
  • Ianya merupakan satu-satunya spesies dalam genus Nypa.
  • Hutan pantai – Tumbuhan ini berada di kawasan pinggir laut yang rendah, berpasir, bersaliran baik dan terdedah kepada tiupan angin dari laut.
  • Seperti tumbuhan mengkuang, pokok ru yang dapat membuat tikar dan kayu api.
  • Contohnya di Pantai Cahaya Bulan (Kelantan) dan Pantai desaru (Johor).
  • Hutan sekunder (semak samun) – Hutan yang tumbuh dan berkembang secara alam selepas berlaku perubahan pada hutan yang pertama.
  • Hutan ini dapat menyediakan produk daripada petani kecil secara tradisional dari hutan ini.

5 of 33

JENIS-JENIS HASIL HUTAN

  • Hasil kayu balak – Kayu cengal, meranti, seraya, dan keruing mempunyai nilai yang tinggi di pasaran tempatan dan luar negara.

- Kayu keras Malaysia sememangnya mendapat permintaan yang tinggi di pasaran luar negara.

  • Ubatan tradisional – Pelbagai jenis akar kayu dan herba seperti tongkat ali dan kacip fatimah dijadikan sebagai ubat tradisional untuk kegunaan penduduk.
  • Flora dan fauna – Khususnya hidupan liar yang menjadi aset ekopelancongan semula jadi kepada para pelancong dari dalam dan luar negara khususnya di taman-taman negara.
  • Contohnya, (Flora : Bunga rafflesia & periuk kera) (Fauna : Burung, harimau, badak, rusa dan lain-lain)
  • Hasil hutan – Seperti rotan, damar, buah-buahan hutan, orkid dan pokok hiasan sesuai dijadikan perabot, makanan serta pembangunan IKS seperti kraftangan.

​

​

6 of 33

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN PERHUTANAN DI MALAYSIA

  • Langkah perhutanan semula oleh kerajaan. Melakukan penanaman semula spesies-spesies hutan yg bernilai tinggi seperti pokok cengal, seraya, merapuh, kruing dan lain-lain bagi memastikan sumber ini dapat digunakan secara berterusan dan mendatangkan hasil kepada negara.
  • Malaysia kaya dengan pelbagai jenis pokok kayu keras yg bernilai tinggi seperti cengal, seraya, merapuh, kruing, dan lain-lain.
  • Teknologi yang moden seperti mesin pemotong kayu jentera pengakut, mesin pemperosesan dan R&D.
  • Terdapat kemudahan pengangkutan dan perhubungan iaitu penggunaan lori balak bagi mengangkut kayu balak dan hasil2-hasil hutan yg lain serta mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi di sesuatu kawasan hutan dan ini akan mempengaruhi pengeluaran hasil hutan.
  • Permintaan yang tinggi terhadap kayu tropika kerana mempunyai kualiti yg sgt baik dan mampu bertahan lebih lama serta harganya yg lebih murah berbanding dgn kayu keras dari kawasan monsun dan sederhana.

7 of 33

MASALAH PERHUTANAN & LANGKAH MENGATASINYA

  • Aktiviti pembalakan secara haram :
  • 1. Menguatkuasakan undang-undang melalui akta perhutanan 1974
  • 2. Meningkatkan pemantauan oleh pihak berkuasa ke atas pencerobohan hutan oleh pembalak haram
  • 3. Mengenakan tindakan undang-undang seperti penjara, denda dan sebatan
  • 4. Mengadakan kerjasama di antara pihak kerajaan dgn masyarakat melalui kempen kesedaran tentang keburukan pembalakan haram
  • Aktiviti pembangunan :
  • 1. Mendapat kelulusan EIA
  • 2. Mendapat kelulusan EBT
  • 3. Penanaman semula
  • 4. Gantian kawasan hutan baru
  • Aktiviti pembinaan lebuhraya :
  • 1. Dapat kelulusan EIA
  • 2. Meminimakan kerosakan dan kemusnahan ekosistem hutan
  • 3. Membina benteng dan cerun berteres di sepanjang lebuh raya bagi mengelakkan berlakunya hakisan dan kejadian tanah runtuh

​

​

8 of 33

KEPENTINGAN HUTAN KEPADA SOSIOEKONOMI NEGARA MALAYSIA

  • PENTING KEPADA SISTEM EKONOMI TRADISIONAL
  • Masyarakat orang asli masih bergantung kepada sumber hutan sebagai sumber makanan dan kehidupan.
  • Mereka menjalankan aktiviti pertanian pindah, mengutip hasil hutan dan memburu.
  • MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA
  • Produk kayu, ubat-ubatan, hasil bkn kayu dan pelancongan yang akan meningkatkan pendapatan pendapatan negara khususnya melalui pendapatan eksport dan keuntungan daripada pertukaran mata wang asing.
  • SUMBER PEKERJAAN PENDUDUK
  • Peluang pekerjaan tersedia dalam sektor pembalakan seperti bekerja sebagai pembalak dan pengangkut kayu balak serta pekerjaan dalam sektor industri perkayuan dan perabot.
  • KESAN PENGGANDA DALAM MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN
  • Produk hutan dijadikan sebagai daya tarikan pelancong seperti kepelbagaian spesies flora dan fauna yang menarik seperti bunga rafflesia dan pokok periuk kera.

​

9 of 33

AKTIVITI PERHUTANAN DI MALAYSIA

10 of 33

PEMBALAKAN

11 of 33

��FAKTOR-faktor YANG MENYEBABKAN AKTIVITI PEMBALAKAN DIJALANKAN DENGAN GIAT di malaysia

  • DASAR KERAJAAN – Menggalakkan aktiviti pembalakan sebagai hasil pendapatan negara melalui pengeksportan kayu balak tersebut ke luar negara seperti ke Singapura, ChIna, Jepun, UK,Amerika Syarikat.
  • KAWASAN HUTAN YANG MASIH LUAS – Dapat membekalkan kayu keras yang berkualiti seperti kayu balau, cengal, meranti dan sertang terutama di negeri Pahang, Sabah dan Sarawak.
  • PERMINTAAN YANG TINGGI – Terhadap kayu keras tropika untuk industri perabot dan pembinaan menjadikan aktiviti pembalakan dijalankan dengan giat untuk memenuhi permintaan daripada dalam dan luar negara.
  • PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN – Dalam pengeluaran dan pemprosesan kayu menyebabkan peningkatan pengeluaran kayu balak kerana kerja-kerja penebangan kayu balak dapat dijalankan dengan mudah dan penggunaan jentera moden memudahkan pengangkutan kayu balak yang hendak dihantar ke kilang.
  • AKTIVITI PEMBALAKAN MERUPAKAN SUMBER PEKERJAAN PENDUDUK – Mereka bekerja sebagai pembalak dan pemandu lori balak dan akan meningkatkan pendapatan penduduk seterusnya mengurangkan kemiskinan penduduk.

​

12 of 33

KEPENTINGAN SEKTOR PEMBALAKAN TERHADAP EKONOMI NEGARA MALAYSIA

​

​

​

​

​

​

MEMAJUKAN INDUSTRI HILIRAN

  • Industri perabot, papan lapis dan pembuatan kertas dapat dimajukan.
  • Kilang papan berasaskan kayu keras seiring dengan sektor pembalakan.
  • Industri pembinaan berkembang kerana sumber perkayuan sentiasa ada.

​

​

​

​

​

​

MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA

  • Perabot dan kraf tangan daripada kayu berkualiti tinggi dieksport ke luar negara.
  • Pendapatan negara akan bertambah.

MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN

  • Contoh pekerjaan : Pembalakan, pemandu, pekerja kilang papan, renjer hutan dan pegawai penyelidikan.
  • Dapat mengurangkan pengangguran, tambah pendapatan perkapita penduduk dan tingkat kuasa beli yang penduduk yang terlibat dalam sektor pembalakan.

13 of 33

MENAMBAHKAN TEKNOLOGI MELALUI R&D

  • Keupayaan teknologi dalam negara ditingkatkan.
  • Contohnya : Teknologi penebangan dan pengangkutan kayu balak.
  • Kayu balak diangkut dengan menggunakan helikopter di Sarawak.
  • Teknologi pembiakan dan kultur tisu pokok balak untuk meningkatkan kualiti kayu balak seperti cepat matang, tahan serangan penyakit dan tahan dlm tempoh yg panjang.

MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR

(Seperti : 1. Mewujudkan kawasan hutan simpan / 2. Perhutanan semula / 3. Rawatan sivil kultur / 4. Penguatkuasaan undang-undang dan permantauan / 5. kempen kesedaran / 6. Pendidikan formal kepada generasi awal melalui mata pelajaran Geografi dan Alam Sekitar)

  • Langkah ini memastikan sumber balak kekal berterusan.
  • Langkah ini juga dapat mengekalkan ekosistem, habitat dan kepelbagaian biologi daripada pupus.
  • Hutan ini sebagai warisan negara untuk dijaga.

14 of 33

KESAN PEMBALAKAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL

  • Kemusnahan hutan akibat kegiatan pembalakan haram, pokok yang kecil musnah dihempap, pelbagai spesies kayu dan bio musnah tidak ditanam akan menyebabkan kemusnahan.
  • Perubahan dan kerosakan ekosistem menjejaskan :
  • Rantaian makanan
  • Menyebabkan berlaku hakisan
  • Runtuhan tanah
  • Pencemaran air dan kemusnahan akuatik
  • Peningkatan suhu makro
  • Memusnahkan Kawasan tadahan air

15 of 33

LANGKAH PIHAK BERKUASA MENGURANGKAN KESAN PEMBALAKAN TERHADAP ALAM SEKITAR

  • PERUNDANGAN
  • Pemantauan dan rondaan mestilah dilakukan secara berterusan bagi mengelakkan berlaku pembalakan haram atau kes pencurian balak.
  • Pihak berkuasa perlulah mengenakan denda atau penjara bagi mereka yang didapati bersalah melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.
  • LANGKAH PENGURUSAN
  • Mewartakan rizab hutan supaya terpelihara daripada aktiviti pembalakan.
  • Melaksanakan penebangan terpilih hanya balak yang matang sahaja dapat ditebang seperti balak yang melebihi 40 cm.
  • KEMPEN
  • Mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan hutan kepada masyarakat setempat.
  • Membuat pendidikan alam sekitar di sekolah atau IPT dan NGO yang terlibat.

​

16 of 33

HAIWAN BURUAN

17 of 33

KONSEP HAIWAN BURUAN

  • Haiwan buruan merupakan sebarang jenis haiwan yang diburu bagi tujuan sukan atau dijadikan makanan dan ubat-ubatan.
  • Jenis dan masa haiwan diburu bagi tujuan dijadikan sebagai makanan bergantung pada kawasan dan musim di Malaysia.
  • Ia dipengaruhi oleh faktor cuaca, kepelbagaian haiwan, citarasa tempatan dan kelulusan dan pihak berkuasa seperti perhiliran dan megas tua.

18 of 33

FAKTOR BERLAKUNYA PEMBURUAN HARAM DI MALAYSIA

  • Pemburu secara haram yang berleluasa di hutan-hutan adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan spesies haiwan. Pemburu haram ini bukan sahaja mengekploitasikan binatang tersebut, malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
  • Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan tersebut berleluasa.
  • Harimau Malaya (harimau belang) merupakan salah satu spesies yang semakin terancam kerana pemburuan terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan China menyebabkan harimau malaya kini hanya tinggal dengan jumlah yang sedikit.

19 of 33

JENIS-JENIS HAIWAN YANG DIBURU DI MALAYSIA

1. Seladang 2. Harimau malaya

​

​

​

20 of 33

3. Burung botak upeh 4. Orang utan

​

​

​

​

​

5. Kancil 6. Ungka tangan putih

21 of 33

7. Penyu 8. Kambing gurun

​

​

​

​

​

9. Tapir malayan 10. Gajah pygmy

22 of 33

SEKTOR PELANCONGAN KESIHATAN

23 of 33

KONSEP PELANCONGAN KESIHATAN

  • Salah satu daripada aktiviti pelancongan yang berkembang dengan pesat dan pantas membangun di negara Malaysia sekarang ini.
  • Bertujuan untuk menarik pelancong berkunjung ke sesebuah negara atas sebab perawatan dan perubatan di samping melancong.
  • Kepakaran perubatan swasta di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan kebanyakan hospital persendirian di negara ini mempunyai kualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  • Kesemua pusat perubatan dan hospital swasta di Malaysia perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan.

​

24 of 33

FAKTOR-FAKTOR PELANCONGAN KESIHATAN SEMAKIN BERKEMBANG DI MALAYSIA

  • Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti - Hospital yang mempunyai pakar yang terlatih, cekap dan mesra dapat meyakinkan pesakit.
  • Contohnya, terdapat 90 % daripada doktor-doktor ini memperoleh latihan pasca ijazah mereka di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Kanada.
  • Caj rawatan murah - Caj rawatan di Malaysia dikenalpasti sebagai paling rendah di rantau Asia Pasifik, ini mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh pesakit.
  • Contohnya, dalam pakej pelancongan kesihatan yang disediakan oleh Persatuan Hospital Swasta Malaysia, bayaran sebanyak RM1,150 sahaja dikenakan kepada wanita yang mendapatkan rawatan pemeriksaan fizikal sepenuhnya, merangkumi perundingan oleh pakar O&G, x-ray dada, elektrodiogram (ECG), pemeriksaan mata, “comprehensive blood profile”, ujian paru-paru, “treadmill”, pemeriksaan payu dara, “pap smear” dan “mamogram”.

25 of 33

  • Aksesibiliti - Lokasi pusat rawatan yang terletak di bandar utama yang berhampiran dengan kawasan pelancongan.
  • Contohnya, pesakit berpeluang bersiar-siar dan menikmati aktiviti pelancongan sambil menunggu tempoh untuk sembuh.
  • Kemudahan sokongan yang efisien dan selesa - Sistem pengangkutan cekap dari pusat rawatan ke lokasi pelancongan dan kemudahan penginapan yang selesa.
  • Contohnya, kebanyakan hospital di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pilihan penginapan dari yang selesa hingga yang mewah, termasuk bilik persendirian dan bilik serangkai serta hidangan makanan.
  • Prasarana perubatan yang canggih - Hospital swasta dan kerajaan memiliki kemudahan-kemudahan yang canggih serta setanding dengan hospital di negara maju.
  • Contohya, bilik endoskopik, pusat haemodialisis, pengkateteran jantung, alat pengimbas CT multi-slice dan banyak lagi kemudahan-kemudahan lain.

​

26 of 33

KELEBIHAN PELANCONGAN KESIHATAN DI MALAYSIA

  • Menjana sumber pendapatan negara - Pendapatan daripada produk kesihatan yang ditawarkan seperti produk ubat-ubatan, produk penjagaan kesihatan, produk tambahan makanan dan juga industri SPA.
  • Mewujudkan peluang pekerjaan - Pekerjaan sebagai doktor, jururawat, sektor kebersihan, sektor pengangkutan, perubatan tradisional dan farmasi.
  • Memperkenal / mempromosikan ubat-ubatan alternatif - Kaedah rawatan alternatif tempatan dan perubatan tradisional dapat diperkenalkan, daya tarikan baru bagi pelancong serta meluaskan pasaran perubatan alternatif.
  • Seperti : Perubatan islam, homeopati serta rawatan tradisional dan komplementari.
  • Meningkatkan imej negara - Kepelbagaian pakej pelancongan dan perkhidmatan pelancongan kesihatan menarik minat pelancong dari luar negara.

27 of 33

CABARAN PELANCONGAN KESIHATAN DI MALAYSIA

  • Apabila terjadinya tragedi-tragedi yang boleh menghilangkan kepercayaan para pelancong terhadap keselamatan negara.
  • Contohnya, kejadian pembunuhan dan penculikan di Sabah, insiden pencerobohan Lahad Datu dan ancaman pengganas.
  • Isu moral pelancong asing ketika berada di Malaysia.
  • Contohnya, mereka terlalu berpegang kepada nilai-nilai ketimuran dan tidak menghormati budaya negara Malaysia.
  • Persaingan dengan negara luar.
  • Contohnya, bersaing dalam mempromosikan sektor pelancongan di negara masing-masing.

​

​

​

​

28 of 33

LANGKAH MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN KESIHATAN DI MALAYSIA

​

  • Promosi - Kementerian kesihatan perlu bekerjasama dengan Perbadanan Pelancongan Malaysia bagi membuat promosi di luar negara.
  • Kerjasama pelbagai pihak secara bersepadu - Pengamal perubatan, kerajaan, badan pelancongan dan insuran kesihatan perlu diwujudkan serta menyediakan pakej pelancongan kesihatan dan syarikat penerbangan memberi tambang istimewa kepada pelancong untuk tujuan rawatan.
  • Memperbaiki kemudahan perkhidmatan kesihatan dan prasarana - Hospital pakar negara kita perlu meningkatkan perhubungan dan rangkaian strategik dengan pusat-pusat perubatan terkenal di luar negara untuk meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan.

29 of 33

AGROPELANCONGAN

30 of 33

KONSEP AGRO PELANCONGAN

  • Agropelancongan merupakan aktiviti pelancongan di kawasan pertanian seperti di kawasan dusun buah-buahan, kawasan penanaman padi, kawasan ladang teh, tanaman sayuran, bunga-bungaan dan ternakan.
  • Contohnya ialah di Cameron Highlands dan Tanah Tinggi Kundasang, Sabah.
  • Dalam konteks ini, produk pertanian dijadikan sebagai tarikan pelancong.

​

31 of 33

SENARAI PUSAT AGROPELANCONGAN YANG TERKENAL DI MALAYSIA

  • Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor
  • Taman Pertanian Sabah
  • Ladang Nipah Kipli, Kuala Sangklang, Perlis
  • Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi, Kedah
  • Taman Agro Tekonologi MARDI Cameron Highlands, Pahang
  • Peladang Setiu Agrotourism & Resort, Terengganu

32 of 33

LANGKAH UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN DI MALAYSIA

  • Mengadakan promosi pelancongan secara berterusan di peringkat antarabangsa.
  • Promosi pelancongan ini (dijalankan oleh TDC Malaysia seperti melalui pertunjukan kebudayaan, rombongan perniagaan, lawatan ke luar negara, menyertai persidangan antarabangsa dan sebagainya.
  • Menyediakan kemudahan asas ke destinasi pelancongan seperti kemudahan jalanraya, sistem pengangkutan dan rangkaian telekomunikasi yang menyebabkan pelancong tertarik ke destinasi berkenaan.

33 of 33

CABARAN UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN DI MALAYSIA

  • Ketidakstabilan politik - Pembangunan negara menjadi perlahan yang menyebabkan pembinaan prasarana untuk pelancong semakin berkurangan serta semua aktiviiti pembangunan yang dirancang juga akan terganggu.
  • Pencemaran alam sekitar - Alam sekitar merupakan elemen yang penting dalam industri pelancongan kerana kebanyakan pelancong akan melancong ke negara ini disebabkan oleh keindahan alam semulajadi.

​