1 of 24

Tajuk : sektor perlombongan

Pembentangan daripada :

1.Ariesya

2.Nisa

2 of 24

Perlombongan ini bermaksud sesuatu aktiviti mengekspliotasi dan mengeluarkan mineral galian atau bahan geologi yang bernilai dan brkepentingan bagi kelansungan hidup manusia dari dalam bumi.Sektor perlombongan merupakan salah satu sektor yang terdapat di negara ini.Terdapat pelbagai bahan yang dilombongkan di Malaysia antaranya ialah :�-Perlombongan petroleum�-Perlombogan bijih timah�-Perlombongan emas�-Perlombongan bauksit�-Perlombongan arang batu�-Perlombongan besi�-Perlombongan gas asli�-Perlombongan tembaga.�-Perlombongan tanah liat�-Perlombongan pasir.������

3 of 24

Huraian~Perlombongan petroleum :�-Petroleum biasanya merupakan sebatian pelbagai hidrokarbon, terutamanya siri alkana dan biasanya didapati atas kerak bumi. Kegunaan utama petroleum adalah industri perkilangan,peleburan,dan pengangkutan.�-Malaysia mengeluarkan sebanyak 500000 ton petroleum mentah sehari�-kebanyakan petroleum dari Malaysia di eksport ke jepun ,china,Korea, dan Taiwan�- industry memproses petroleum juga telah mempelbagaikan pengeluaran hasil petroleum spt polimer, plastic,minyak pelincir,getah tiruan ,tar,tekstil dan lain lain�-antara syarikat yg mngusahakan prlombongan di malaysoia ialh petronas ,shell,ekzom mobil dan glitis petroleum.�- petroleum mula dijumpai di malaysia pada thun 1974 di luar pantai Terengganu dan bekalan petroleum negara di jangka akan susut dengan ketara pada tahun 2040 andai kata tiada penemuan tenaga minyak yang baru. �-Contoh kawasan Perlombongan petroleum ini dijalankan adalah di Luar pantai Terengganu , Pantai barat sabah dan luar pantai Sarawak( seperti pelantar duyung ,pekok,palog, dan sebagainya)�-hamper 50% pendapatan negara Malaysia bergantung kpd hasil petroleum .�

4 of 24

Perlombongan bijih timah :-Bijih timah(Kasiterit) adalah satu galian timah oksida.�- bijih timah ini diperoleh di dalam tanah. Ia mula dilombong semasa era penjajahan kolonium british di tanah melayu dan merupakan logam yang amat berharga bg memenuhi permintaan tinggi di eropah semasa era perkembangan industry. �-Malaysia mrupakan pengeluar bijih timah yg terbesar di dunia �- prlombongan bijih timah pada masa sekarang pd masa sekarang semakin merosot kerana simpanan bijih timah semakin brkurang dan hrganya yg semakin rendah �- antara kaedahnya di Malaysia ialah kapal korek, palung,mendulang, dan pangkelikir.�- bijih timah dgunakan dlm industry penyaduran logam, dan dalam pendawaian elektrik.�-Contoh kawasan perlombongan bijih timah adalah Dijalankan di Lembah kinta di Perak , Lembah Klang di Selangor dan Sungai Lembing di Pahang.

5 of 24

Perlombongan emas :�-Logam emas adalah yang berwarna kekuning-kuningan, bersifat padat , lembut, dan berkilau dan ia paling mudah ditempa dan mulur serta mmpunyai nilai yg tinggi di pasaran.�- permintaan emas semakin meningkat di pasaran negara dan dunia disebabkan oleh perkembangan ekonomi yg sangat baik�-emas digunakan untuk membuat peralatan hiasan dan sebagai sandaran sesebuah negara bagi mngeluarkan mata wang mereka.�- harga emas pada masa sekarang ialah RM 270 per Gram dan dijangka akan terus meningkat shingga RM 500 per Gram dlm tempoh 5 tahun akan datang�-Contoh kawasan perlombongan emas dan pngeluaran emas dimalaysia di�1. Lubuk mandi di Terengganu, �2. Raub, Pahang�3. bau ,Sarawak �4. temangan, Kelantan �5. sungai tarom,setiu Terengganu ���

6 of 24

Perlombongan arang batu.�-Perlombongan arang batu adalah proses mengekstrak arang batu dari tanah.�-Ia dijalankan dengan menggali dari bumi melalui lombong arang batu samaada di bawah tanah atau secara terbuka dari permukan bumi.�-antara jenis arang batu yg dilombong di Malaysia ilah jenis, antraksit yg sangat bermutu dan hanya di eksport di luar negara manakala arang batu jenis lignit dilombong untk kgunaan tempatan spt dalam industry perkilangan dan penjanaan tenaga elektrik.�- arang batu dilombong di Malaysia trutamanya di batu arang, Selangor�- perlombongan arang batu mnjadi tidak penting krana bekaln sumber yg semakin sedikit ,hrga yg semakin rendah dan prsaingan dengan bahan api lain spt petroleum,dan hidroelektirik.�

7 of 24

Perlombongan gas asli :�-Gas asli ini adalah terbentuk dalam lapisan magma di dalam bumi. Gas ini terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi yang kebiasaannya bersama-sama petroleum.�- kegunaan gas asli digunakan dalam industry perkilangan ,domestic spt gas memasak dan industry melebur besi.�- Malaysia merupakan salah satu pengeluar gas asli terbesar di dunia.�- simapanan gas negara boleh bertahan sehingga ke tahun 2080.�- antara pengimport gas asli Malaysia ialah amerika syarikat,jepun,china, kesatuan eropah, dan negara-negara Arab�- gas asli merupakan penyumbang utama pendapatan kepada negara selain daripada petroleum.�-Contoh kawasan perlombongan gas asli adalah di luar pantai Terengganu, Pantai Barat Sabah dan Luar Pantai Sarawak.�- pusat pemprosesan gas asli di Malaysia trdapat di Bintulu, Sarawak dan Tangga batu, melaka serta Kerteh, Terengganu .�

8 of 24

Perlombongan Tanah Liat :�-Tanah liat terhasil daripada proses luluhawa batuan silica oleh asid karbonik , tetapi sesetengah terhasil daripada kegiatan pemanasan dari dalam bumi.�- tanah liat digunakan dalam industry kraf tangan spt penghasilan pasu, tempayan,labu,dan sebagainya�-tanah liat juga digunakan dlm industry pembinaan spt bata dan atap.�- tanah liat biasanya boleh didapati dan dilombong di Kawasan dasar dan tebing sungai .�- tanah liat dikenali sebagai clay dan kaolin.�- prlombongan tanah liat di Malaysia tidak begitu liat kerana penggunaanya yg terhad.

9 of 24

Perlombongan pasir :�-Merupakan batuan berbutir terbentuk secara semula jadi yang terdiri daripada batu dan zarah galian kecil yang halus.�- pasir juga dikenali sbg silika dan mmpunyai nilai yg tinggi di pasaran antarabangsa. �- antara kegunaan pasir untuk tempatan iallah untk pembinaan bangunan dan rumah .�- antara kegunaan pasir untuk kgunaan luar negara ilah untuk pembuatan papan pemuka ,telefon,tv,dan skrin computer.�- Malaysia ialah pngeksport silika yg bermutu tinggi ke negara AUSTRALI dan jepun �Kawasan pengeluaran silika utama di maalysia ialah di Kampung bari,setiu Terengganu �Perlombongan pasir untk pembinaan biasanya dilombing do Kawasan sungai sungai di dalam negara.

10 of 24

Perlombongan bauksit :�-Bauksit adalah mineral mentah yg diproses untuk menghasilkan aluminium.�- aluminium dgunakan dalam kbanyakan industry pengetinan ,pembungkusan pembinaan, dan aoutomotif kerana sifatnya yg tidak berkarat, ringan,mudah dilentur,keras, dan tahan cuaca.�- permintaan bauksit mnjadi semakin mningkat akibat perkembangan dlm indusri dalm serta luar negara.�-Contoh kawasan perlombongan bauksit adalah Dijalankan di Teluk Ramunia dan Seri Medan di Johor serta Kuantan dan Beserah di negeri Pahang.�

11 of 24

Perlombongan besi :�-Contoh kawasan Perlombongan besi dijalankan adalah di Bukit Besi Dungun. Nama Bukit Besi ini diletakkan berdasarkan terdapat aktiviti perlmbongan besi di situ.��Perlombongan Tembaga :�-Contoh kawasan perlombongan tembaga adalah Di Mamut Sabah.�-Lombong Mamut adalah lombong kuari terbuka yang terbiar di daerah Ranau Sabah. Lombong ini dikenali sebagai lombong tembaga Malaysia yang mana ia juga menjadi perhatian orang ramai kerana warisan yang besar ke arah alam sekitar.

12 of 24

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN AKTIVITI PERLOMBONGAN GALIAn di MALAYSIA.��1.KUALITI DAN KUANTITI.-Malaysia masih mempunyai bekalan dan simpanan sumber mineral yang banyak dan bermutu tinggi.�-Galian di Malaysia dapat diteroka kerana daya ketersampaian yang tinggi seperti perlombongan petroleum di perairan Terengganu dan perairan Sarawak.��2.KEMUDAHAN INSFRASTRUKTUR.-Kemudahan insfrastruktur seperti jaringan pengangkutan,air,jalan raya, dan kereta api memudahkan bahan mineral dihantar ke pelabuhan dan kawasan-kawasan lain untuk bertujuan pemasaran hasil galian.��3.TEKNOLOGI DAN KEPAKARAN.-Teknologi dan kepakaran dari dalam dan luar negara seperti teknologi cari gali minyak petroleum dan sumber galian yang lain mudah diperoleh.��������������

13 of 24

4.MODAL.�-Pelabur tempatan dan pelabur asing banyak melabur dalam sektor perlombongan terutama perlombongan hasil petroleum.�-Contohnya, Petronas , Exxon mobil dan Shell.��5.TENAGA BURUH.�-Terdapat tenaga buruh yang mahir seperti jurutera dan juruteknik serta buruh kasar yang mudah diperoleh menjadikan aktiviti perlombongan bahan galian dijalankan dengan pesat.�

14 of 24

Sumbangan aktiviti perlombongan kepada pembangunan sosial dan ekonomi kawasan sekitaR DI NEGARA MALAYSIA.��1.MEMPELBAGAIKAN KEGIATAN EKONOMI.�-Aktiviti perlombongan akan mempelbagaikan kegiatan ekonomi atau mengubah srtuktur dan ciri ekonomi penduduk setempat daripada ekonomi tradisional kepada ekonomi moden.�-Misalnya daripada aktiviti pertanian atau perikanan kepada aktiviti industri perkilangan, perkhidmatan, perniagaan dan sebagainya.��2.MEWUJUDKAN RANTAIAN INDUSTRI.�-Aktiviti perlombongan seperti petroleum mewujudkan rantaian industry yang khusus berkaitan dengan aktiviti pemprosesan petroleum di kawasan sekitar seperti industry petrokimia, pemprosesan gas asli dan kilang-kilang lain yang menggunakan petroleum sebagai bahan mentahnya.��3.MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN.�-Aktiviti perlombongan petroleum dan pemprosesan petroleum akan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk sekitar. Pelbagai peluang pekerjaan akan tersedia untuk penduduk.�-Oleh itu, penduduk akan memperoleh pendapatan yang lebih lumayan dan taraf hidup penduduk menjadi lebih tinggi seterusnya mengurangkan kadar kemiskinan penduduk di kawasan sekitar.�

15 of 24

4.MEWUJUDKAN BANDAR-BANDAR BAHARU.�-Aktiviti perlombongan khususnya petroleum dan gas asli akan mewujudkan bandar baharu dan moden yang lengkap dengan kemudahan pembandaran, pusat-pusat perkhidmatan penduduk dan kawasan perumahan terancang.�-Contohnya, bandar Kerteh di Terengganu yang berkembang maju hasil perlombongan petroleum.��5.PERLUASAN KAWASAN SETEMPAT.�-Perluasan pasaran barangan akan berlaku melalui pertambahan bilangan penduduk akibat migrasi masuk penduduk dari kawasan luar ke kawasan aktiviti perlombongan yang dijalankan.�-Seterusnya kuasa beli penduduk dan pekerja akan meningkat dan ini akan meluaskan saiz pasaran barangan.��6.MENYUMBANG KEPADA PENDAPATAN NEGARA.�-Hasil petroleum banyak dieksport ke luar negara seperti Jepun dan Singapura kerana petroleum mentah Malaysia bermutu tinggi di pasaran dunia disebabkan kandungan plumbumnya yang rendah.�-Pengeksportan petroleum mentah akan menguntungkan Malaysia melalui pertukaran mata wang asing dan seterusnya akan mneingkatkan pendapatan negara.

16 of 24

Isu dan permasalahan aktiviti perlombongan DI MALAYSIA.��1.KEMELESETAN EKONOMI ATAU PERKEMBANGAN EKONOMI PERLAHAN.�-Apabila harga bahan api petroleum dan gas asli meningkat, kos pengeluaran sesuatu barangan daripada sektor perindustrian juga meningkat.�-Harga barangan pengguna juga menjadi lebih mahal. Kegiatan ekonomi sukar dijalankan kerana beban kos pengeluaran yang semakin bertambah.��2.KOS PENGANGKUTAN MENINGKAT.�-Kegawatan ekonomi atau berlakunya kekacauan kepada negara pengeluar minyak utama dunia akan menyebabkan harga minyak petroleum.�-Peningkatan harga petroleum akan meningkatkan kos pengangkutan secara lansung. Hal ini menjejaskan industry penerbangan dan pengangkutan awam. Harga tambang turut meningkat dan penumpang terpaksa berbelanja lebih. Ekoran daripada masalah ini, industry pengangkutan mengalami kesan yang tidak baik.��3.KADAR INFLASI MENINGKAT.�-Kos sara hidup akan bertambah apabila harga barangan menjadi mahal akibat peningkatan kos pengangkutan hasil peningkatan harga minyak petroleum.��4.KETIDAKSTABILAN SOSIAL DAN EKONOMI.�-Di sesetengah negara, kegawatan ekonomi menyebabkan rakyat melakukan rusuhan dan tunjuk perasaan di jalanan akibat peningkatan harga barangan asas pengguna yang membebankan rakyat.�-Hal ini akan mengurangkan kemasukan pelabur asing untuk menanam modal dan akhirnya merugikan negara.

17 of 24

LANGKAH UNTUK MEMBANGUNKAN SEKTOR PERLOMBONGAN DI MALAYSIA.��1.KERJASAMA DENGAN NEGARA LAIN.-Kepentingan kerjasama ini dapat memajukan sektor perlombongan pada masa akan datang. Contohnya, Malaysia mengadakan kerjasama dengan negara OPEC. Kerjasama ini bertujuan memastikan kestabilan harga minyak di pasaran dunia.�2.MENGURANGKAN PERGANTUNGAN.-Mengurangkan pergantungan dan menjimatkan penggunaan mineral terutamanya petroleum sebagai bahan bakar. Penggunaan sumber alternatif seperti tenaga solar untuk menyalakan lampu terutamanya di kawasan pedalaman.��3.MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MODEN.�-Menggunakan teknologi moden dalam meningkatkan kecekapan perlombongan serta cara pemprosesan sumber mineral untuk elakkan pembaziran. Contohnya seperti penggunaan satelit untuk mengesan kawasan yang kaya dengan sumber-sumber petroleum di luar pantai Malaysia.��4.MEMPERGIATKAN USAHA MENCARI GALI.�-Untuk mengesan longgokan baru seperti yang dijalankan oleh PETRONAS dan Perbadanan Perlombongan Malaysia(MMC). Contohnya, penemuan kawasan blok baru di pantai Sabah dan Sarawak. Di samping itu, usaha ini dilakukan juga sehingga ke Alaska, Amerika utara oelh syarikat minyak antarabangsa bagi mengatasi kekurangan bekalan petroleum.��5.MENGITAR SEMULA BAHAN.�-Program kitar semula bahan-bahan hasil perlombongan dapat mengurangkan aktiviti perlombongan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Bahan besi terpakai seperti kenderaan, tin, bateri, zink dan sebagainya boleh diproses untuk dijadikan bahan yang baru. Contohnya, kilang Perwaja di Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu.

18 of 24

CABARAN SEKTOR PERLOMBONGAN DI MASA HADAPAN.��1.LONGGOKAN GALIAN SEMAKIN BERKURANG�-Sektor perlombongan menghadapi masa depan gelap kerana galian adalah sumber yang boleh pupus dan tidak boleh diperbaharui. Timbunan arang batu, bijih timah dan emas sudah pupus dan lombong emas dan arang batu di Semenanjung Malaysia telah pun ditutup. Simpanan petroleum dijangka habis dana 20-30 tahun.��2.KEKURANGAN TENAGA BURUH.�-Sektor perlombongan juga menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh sama ada mahir atau tidak mahir. Kekurangan tenaga buruh menyebabkan sektor perlombongan mengalami penurunan dalam produktiviti. Tambahan golongan belia suka bekerja di sektor perindustrian di kawasan-kawasan bandar besar yang memiliki suasana kerja yang lebih bersih dan menarik.

19 of 24

3.KOS PENGELUARAN MENINGKAT AKIBAT KENAIKAN KOS.-Kos jentera dan mesin serta alat ganti meningkat seperti pam kelikir, kapal korek, alat penggerudian, saluran dan sebagainya. Di samping itu, upah buruh juga semakin tinggi berbanding tahun-tahun yang lepas. Ini menyebabkan keuntungan pelabur semakin berkurangan.�4.SAINGAN DARIPADA BAHAN GALIAN LAIN.�-Persaingan ini menyebabkan harga ditawarkan lebih murah dan mengurangkan keuntungan pengusaha atau pelabur. Contohnya perlombongan bijih timah Malaysia bersaingan dengan Bolivia.��5.KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR.�-Aktiviti perlombongan ini menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Aktiviti ini menyebabkan berlakunya masalah pencemaran udara, air, tanah, dan sebagainya. Contohnya kesan perlombongan bijih timah di sekitar Ipoh, Perak menyebabkan berlakunya tanah terbiar dan tandus.

20 of 24

KESAN-KESAN PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SEKTOR PERLOMBONGAN TERHADAp alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusiA DI MALAYSIA.1.LITOSFERAa) Perubahan pandang darat fizikal.�-Aktiviti perlombongan telah mewujudkan sebuah pandang darat yang berbeza dari keadaan sebelumnya iaitu semulajadi. Keadaan ini berlaku di kawasan yang digali untuk kegiatan perlombongan , pandang darat seperti lekukan, lubang, kolam dan tasik.��b) Kehilangan tanah penutup yang subur (Top Soil)�-Kesan penggondolan kawasan memudahkan hakisan tanah berlaku dan dengan itu tanah yang subur dibawa bersama aliran air permukaan. Kesannya kawasan tersebut hanya tinggal satu lapisan kesap yang tidak subur dan tidak sesuai untuk kegiatan pertanian.��c) Menggalakkan hakisan dan kerosakan cerun bukit.�-Penggondolan dan pendedahan kawasan mengakibatkan struktur dan komposisi tanah musnah akibat aktiviti perlombongan yang dijalankan ke atasnya. Selain itu, kejadian hakisan tanah , kesotan tanah dan tanah runtuh sering berlaku di kawasan perlombongan yang melibatkan kawasan tanah tinggi.

21 of 24

2.ATMOSFERA.a) Pencemaran udara-Perlombongan kuari melalui pemecahan batuan mengakibatkan partikel-partikel terampai seperti habuk dan debu terapung di udara. Selain itu, asap-asap jentera dan kenderaan pengangkutan melombong juga menjadi penyumbang kepada pencemaran udara. Contohnya aktiviti perlombongan kuari di Batu Cave dan Sungai Penchala di Selangor sering mengakibatkan habuk dan debu serta menjadi punca kejadian jerebu.

22 of 24

3.HIDROSFERA.a) Merosakkan ekosistem air semula jadi�-Tumpahan minyak dan pembuangan sisa terutamanya dari atas pelantar ke laut dan kerja penggerudian minyak dan gas asli di dasar laut. Selain itu, hal ini juga boleh berpunca daripada kerosakan kapal tangka dan kebocoran salur paip minyak mengakibatkan pencemaran laut.��b) Memusnahkan kawasan tadahan hujan.�-Keadaan ini menyebabkan jumlah hujan berkurangan di kawasan tadahan dan seterusnya mengurangkan kapasiti air di dalam alur sungai (di kawasan hulu sungai). Seterusnya mengganggu punca air ke sungai-sungai utama dan juga sumber air empangan. Contohnya kegiatan pelombongan yang dijalankan di Sokor, Tanah merah , Kelantan telah mengakibatkan kerosakan kawasan tadahan hujan yang menjadi punca air ke empangan Pergau.

23 of 24

4.BIOSFERAa) Kemusnahan habitat dan ekosistem semula jadi flora dan fauna.�-Kegiatan perlombongan sering mengakibatkan kawasan yang luas diterokai. Penerokaan ini melibatkan kerja-kerja pembinaan kawasan bandar baru, kilang memproses petroleum dan gas asli, jalan raya dan sebagainya. Akhirnya mengakibatkan kemusnahan habitat dan ekosistem semulajadi flora dan fauna. Ini secara tidan langsung mengakibatkan kepupusan sumber bermutu dari hutan yang tiada nilainya. Contohnya perlombongan emas di hutan secara haram di Hutan Simpan Mersing pada Jun 2005 telah mengakibatkan kawasan hutan seluas 2 hektar dimusnahkan.

24 of 24

����SEKIAN TERIMA KASIH. ;)