1 of 30

GEOGRAFI BAHAGIAN B : SEKTOR PERTANIAN

Geografi Sem 2 by : Fatin & Lisa

​

2 of 30

Sektor Pertanian terbahagi kpd :

  • Pertanian Sara Diri
  • Pertanian Pekebun Kecil
  • Pertanian Itensif
  • Pertanian Ektensif
  • Pertanian Pindah
  • Pertanian Bandar
  • Pertanian Hidroponik
  • Pertanian Fetigasi

​

​

3 of 30

Pertanian Sara Diri

  • Petani bertumpu kpd menghasilkan makanan yg cukup utk memberi makan diri mereka dan keluarga mereka
  • Jenis tanaman-terdapat dua system penanaman,iaitu monokultur (tanaman sejenis) dan multikultur (tanaman pelbagai jenis)
  • Taburan dan lokasi-tertumpu di lembah sungai yang subur dan mempunyai bekalan air yang mencukupi seperti Dataran Kedah,Delta Kelantan dan Dataran Kerian
  • Skala operasi-keluasan tanah pertanian antara 1 hingga 1.5 hektar sahaja dan diusahakan secara individu
  • Orientasi pengeluaran- hasil tanaman hanya utk keperluan keluarga sahaja dan akan dijual sekiranya ada lebihan.Namun di Malaysia,semua hasil pertanian dijual utk mendapatkan subsidi harga padi
  • Ciri buruh dan modal-sistem pertanian ini masih berintensifkan buruh walaupun sudah ada penggunaan jentera.Petani masih dibelenggu kemiskinan menyebabkan penggunaan modal juga kecil.Bantuan kerajaan diperlukan melalui pemberian baja,racun serangga dan khidmat nasihat

​

4 of 30

  • Sistem pertanian ini dijalankan secara giat dgn mengkhususkan kpd satu jenis tanaman utama sahaja, iaitu padi sawah di samping beberapa jenis tanaman luar musin seperti keledek,jagung dan sayur-sayuran
  • Kaedah pengeluaran dan penggunaan teknologi-menggunakan kaedah tradisional dan moden seperti penggunaan jentera,baja kimia dan racun serangga.Kemudahan asas seperti sistem pengairan juga disediakan

​

5 of 30

Pertanian Pekebun Kecil

  • Melibatkan penanaman tanaman bukan bijirin dan bersifat separuh komersial,iaitu campuran antara tanaman utk jualan dan utk kegunaan sendiri
  • Tanaman jualan seperti getah dan kelapa sawit seta buah-buahan
  • Taburan dan lokasi-meliputi Kawasan kaki bukit dan kampung tradisional
  • Skala operasi-keluasan kebun kurang drpd 40 hektar (100 ekar) dan berubah-ubah mengikut jenis pekebunan yang diusahakan
  • Orientasi pengeluaran-matlamat pengeluaran adalah utk jualan dan kegunaan sendiri

​

6 of 30

  • Pemilikan dan pengurusan-tanah pertanian dimiliki secara individu dan diusahakan oleh ahli keluarga.Pengurusan kebun bergantung kpd jenis kebun,iaitu kebun yang diuruskan secara individu diuruskan secara tradisional manakala kebun jenis berkelompok diuruskan secara mini estet
  • Kaedah pengeluaran dan penggunaan teknologi-penggunaan teknologi dalam system torehan,penggunaan baja kimia dan racun serangga di Kawasan yang diuruskan secara mini estet.Kawasan kebun kecil individu masih menggunakan kaedah tradisional kerana kekangan modal

​

7 of 30

Kepentingan Pertanian Pekebun Kecil

  • Dapat meningkatkan pendapatan negara
  • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk desa
  • Dapat mewujudkan kesan pengganda
  • Dapat menggalakkan perkembangan teknologi serta R&D
  • Berlakunya kemajuan dan pembangunan Kawasan luar bandar

​

8 of 30

Isu Masalah Pertanian Pekebun Kecil

  • Masalah fizikal dan kejadian bencana alam (tanam sebelum musim bencana alam)
  • Masalah kekurangan tenaga buruh muda (import tenaga buruh asing)
  • Masalah harga hasil pertanian di pasaran dunia adalah tidak stabil
  • Masalah peningkatan kos pengeluaran
  • Berlaku saingan guna tanah drpd sector industri dan sector perkhidmatan
  • Masalah kekurangan modal (membuat pinjaman dgn pihak bank/meminta sumbangan modal drpd kerajaan)

​

9 of 30

Pertanian Itensif

  • Merujuk kpd sistem pertanian di mana terdpt penggunaan tenaga kerja dan modal yg tinggi berbanding kawasan tanah
  • Ia diamalkan di rantau padat penduduk
  • Pemegangan tanahnya kecil dan mahal
  • Kedudukan pertanian ini berhampiran dgn pasar
  • Pertanian itensif merujuk kpd itensifikasi dan mekanikasi pertanian,dgn matlamat meningkatkan produktiviti tanah tertentu.
  • Hal ini dilakukan melalui input tinggi seperti modal,buruh,baja,racun serangga,racun perosak dan weedicides yg menghasilkan peningkatan hasil tanaman per hektar

10 of 30

  • Di lawasan padat penduduk,pertanian itensif boleh diamalkan dgn mudah kerana ia memerlukan kawasan kecil utk ditanam,akan ttpi tanah di kawasan tersebut mahal
  • Tanah di bawah pertanian itensif penanaman,terletak di Kawasan terpencil yg meningkatkan kos pengangkutannya utk menjual ke pasaran
  • Hasil pertanian itensif menghasilkan pengeluaran yg tinngi setiap unit tanah

11 of 30

Isu Masalah Pertanian Itensif

  • Kerosakan kpd alam sekitar kerana terdpt penggunaan bahan kimia yg tinngi yg tidak hanya mengurangkan kesuburan tanah(guna tanaman bergilir)
  • Kos pengangkutan yg mahal
  • Memerlukan input tenaga kerja yg lebih tinggi atau hasil yg lebih rendah (kurangkan tenaga kerja dan tingkatkan teknologi)

​

12 of 30

Pertanian Ektensif

  • Sistem ini berkonsepkan komersial sepenuhnya
  • Hasil tanaman adalah utk jualan dan mementingkan keuntungan
  • Jenis tanaman-getah,kelapa sawit dan koko
  • Taburan dan lokasi-tertumpu di Kawasan hutan yg diteroka dan Kawasan pembangunan wilayah seperti KESEDAR,KETENGAH dan DARA
  • Skala operasi-melibatkan keluasan melebihi 40 hektar
  • Orientasi pengeluaran-hasil pertanian utk jualan sepenuhnya sama ada di dalam atau luar negara

​

13 of 30

  • Modal,pemilikan dan pengurusan-menggunakan modal yg besar kerana melibatkan kos pengurusan yg tinggi.Biasanya ia melibatkan pelaburan syarikat swasta seperti GUTHIRE,SIME DARBY,DUNLOP serta agensi kerajaan seperti FELDA,FELCRA dan Tabung Haji
  • Kaedah pengeluaran,penggunaan teknologi dan buruh-penggunaan teknologi moden dalam semua peringkat bagi meningkatkan pengeluaran dan memantapkan pengurusan.Namun,pergantungan kpd tenaga buruh masih tinggi sehingga terpaksa menggunakan tenaga kerja kontrak terutama bagi peringkat bawahan

14 of 30

Kepentingan Pertanian Ektensif

  • Meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pendapatan negara
  • Menyediakan peluang pekerjaan kpd penduduk
  • Mewujudkan kesan pengganda
  • Menggalakkan perkembangan teknologi serta R&D
  • Menambahkan dana atau modal dalam negara
  • Kemajuan Kawasan luar bandar

15 of 30

Isu Masalah Pertanian Ektensif

  • Masalah fizikal-tanah hilang kesuburan akibt penanaman dlm tempoh yg lama dan langkh utk atasinya dgn pembajaan semula oleh petani
  • Banjir-menenggelamkan tanaman dan kawasan yg rendh sbbkan pokok ditenggelami oleh air dlm tempoh yg lma dan sbbkan pokok boleh mati (membina sistem saliran dan peparitan yg cekp bagi mengalirkan air ke kawasan yg lain)
  • Serangan penyakit dan makhluk perosak (R&D,tingkatkan daya tahan penyakit)
  • Masalah harga dan persaingan pasaran ( adakan perbincangan dgn negara pengeluar,tingkatkan mutu hasil tanaman)
  • Masalah provokasi pasaran(melalui kesatuan negra pengeluar,tingkatkan promosi dan kempen di pasaran antarabangsa tentang kualiti minyak kelapa sawit yg sebenar)

16 of 30

  • Masalah kekurangan tenaga buruh tempatan (import buruh asing seperti drpd Indonesia,Myammar dan Bangladesh)
  • Masalah peningkatan kos pengeluaran (kecilkan penggunaan buruh dan mesin bagi dptkan hasil yg maksima)
  • Masalah atau kelemahan pengurusan (dptkan latihan,Pendidikan serta pakar dari luar kpd petani dan pihak pengurusan)
  • Masalah persaingan guna tanah dgn sector sekunder dan tertier (perkembangan pesat sector sekunder dan tertier utk tapak dan tanah utk beroperasi telh sbbkan berlaku persaingan dgn sector pertanian.Banyak kawasan pertanian telh ditebus guna fungsinya kpd sector sekunder dan tertier,ini sbbkan tanah pertanian jadi makin sempit)

​

17 of 30

Pertanian Pindah

  • Sistem pertanian pindah ialah sistem pertanian tradisional yang ringkas dan berkonsepkan pindah tapak. Tapak pertanian sering dipindahkan mengikut tahap kesuburan tanah. Ia biasanya diamalkan oleh masyarakat pribumi(orang asli seperti senoi,temiar,jakun,pange) di Malaysia.
  • Jenis tanaman – tanaman jangka pendek seperti keledek, jagung, ubi kayu, padi huma dan binatang ternakan.
  • Taburan dan lokasi – tertumpu di kawasan pedalaman Pahang, Perak , Kelantan, Sabah dan Sarawak.(sbb orang asli tinggal di kawasan tersebut)�Skala operasi – melibatkan kawasan yang kecil, iaitu antara ½ hingga 1 hektar dan disuahakan oleh kelompok ore asli
  • Orientasi pengeluaran –rendh hanya utk kegunaan sendiri dan ahli keluarga sahaja bukan utk dijual

​

18 of 30

  • Pemilikan dan pengurusan – tiada hak milik individu ke atas kawasan pertanian. Kawasan pertanian dibuka mengikut arahan ketua puak dan diusahakan secara bergotong-royong. Semua anggota keluarga terlibat dan mempunyai tugas mengikut kemampuan masing-masing.� Kaedah pengeluaran dan penggunaan teknologi – penggunaan kaedah dan peralatan tradisional seperti kapak, cangkul dan tenaga haiwan. Sistem pertanian ini juga bergantung sepenuhnya kepada persekitaran fizikal seperti air hujan dan baja organik hasil pembakaran sisa tumbuhan yang ditebang.

19 of 30

Masalah Pertanian Pindah

  • Aktiviti pertanian pindah akan mewujudkan hutan sekunder (galakkan penanaman semula tumbuhan hutan,perlu dimainkan peranan oleh JAKOA dan Jabatan Perhutanan Bersama dgn puak orang asli)
  • Pertanian pindah menyebabkan berlakunya pencemaran udara berlaku pembakaran hutan bagi pembersihan kawsan pertanian (memindhkan hasil pembersihan ke kawasan yg lain dan membiarkan ia mereput sendiri)
  • Pertanian pindah akan sbbkan tanah hilang kesuburan (melakukan penanamn bergilir dan tanaman berjalur)
  • Pertanian pindah menyebabkan berlaku hakisan tanah dan pencemaran air (membuka kawasan pertanian di kawasan tanah rata dan jauh drpd sistem saliran seperti sungai)

​

20 of 30

Pertanian Bandar

  • Aktiviti yang mampu menghasilkan bahan makanan,pemprosesan makanan,pemasaran produk makanan dalam Kawasan bandar dan pinngir bandar.
  • Tanaman yg sesuai-sayur-sayuran,buah-buahan,ulam-ulaman,herba dan ternakan bergantung kpd kesesuaian
  • Pembelian bahan makanan merupakan kos yang dianggap kritikal bagi penduduk bandar selain drpd kos utk tempat tinggal,komunikasi,pengangkutan dan cukai-cukai wajib yang dikenakan
  • Aktiviti pertanian bandsr dojangka mampu memberikan peluang mereka yang tinggal dibandar utk menanam sendiri tanaman makanan,menjalankan aktiviti pemprosesan makanan,pengedaran dan penjualan bahan makanan dan juga aktiviti pertanian yang bersesuaian

21 of 30

Masalah Pertanian Bandar

  • Masalah kekurangan tanah utk jalankan pertanian bandar sbbkan kebanyakan pertanian bandar dilakukan di halaman rumh dan di bumbung rumh
  • Hasil pengeluaran rendh krna tidak mampu gunakan teknologi moden disbbkan pemilikan pertanian bandar terdiri drpd individu sahaja bukan syarikat
  • Persaingan hasil dan harga dgn hasil tanaman dri Kawasan pertanian itensif
  • Hasil pengeluaran pertanian bandar masih rendh dan kualitinya tidak dpt menangani pertanian itensif

22 of 30

Pertanian Hidroponik

  • Kaedah menanam pokok dgn menyediakan hampir keseluruhan nutrien dgn cara melarutkannya ke dalam air dan diberikan kpd akar pokok.
  • Untuk membolehkan garam-garam galian yang diperlukan itu tersedia dan boleh diserap akar-akar pokok terus melalui air
  • Tanaman yg sesuai-sayur-sayuran,bunga,foliage(dedaun),herba dan buah-buahan
  • Pertanian ini tidak akan berjaya tanpa persekitaran yg baik
  • Ia memerlukan suhu yg sesuai iaitu 26 darjah celcius,cahaya matahari yg panjang antara 8-10 jam bagi proses fotosintesis
  • Boleh menggunakan cahaya tiruan ttpi memerlukan perbelanjaan yg tinggi

23 of 30

Sistem Hidroponik Pasif

  • Air yg digunakan kekal static dalam taking/kolam
  • Sesuai digunakan utk tanaman jangka pendek seprti sayuran daun seperti salad,sawi,kalian dan bayam
  • Tidak memerlukan perbelanjaan yg besar dan sesuai utk amatur atau hobi,namun boleh dijalankan secara komersial
  • Contoh sistem ini ialah Sistem Hidroponik Takung dan Sistem Hidroponik Rakit

​

Sistem Hidroponik Aktif

  • Sistem dimana larutan baja dibekalkan melalui tangka dan dipumkan ke akar tanaman,kemudian larutan berkenaan akan dikembalikan semula ke dalam tangki
  • Proses ini akan berpusing sehinggalah tanaman matang utk dijual
  • Sistem ini sesuai utk sayuran buah seperti tomato,cili,terung,tembikai dan timun batang
  • Contoh sistem ini ialah DFT,NFT,Takung Aktif,Aggredate Caltrue dan Aeroponik

24 of 30

Kepentingan Pertanian Hidroponik

  • Musim menanam sepanjang tahun = tidak dipengaruhi oleh musim yg mungkin tidak menentu
  • Kualiti hasil yg tinggi dan sekata,suci dri sebarang sisa racun atau sisa gigtan makhluk perosak(rumah tanaman)
  • Lebih banyak jumlah pokok boleh ditanam pd setiap unit luas Kawasan
  • Masa menanam yg pendek=lebih pusingan tanaman setahun (24 kali dalam setahun)
  • Perosak tanaman akan lebih mudah dikawal tanpa menggunakan racun yg merbahaya
  • Nutrien dapat dikitar semula=penjimatan penggunaan baja

25 of 30

Masalah Pertanian Hidroponik

  • Kos permulaan yg tinggi (minta bantuan modal dgn kerajaan/bank)
  • Tidak dpt faedah dri kelebihan aktiviti mikro-organisma dlm tanah,ditanam dlm bekas bukan atas tanah
  • Memerlukan sedikit kemahiran sebelum seseorang itu mahu memulakan hidroponik (boleh g kursus tentang pertanian hidroponik)
  • Tidak semua jenis tanaman dgn mudah boleh ditanam secara hidropinik (sabar,apa yg disemai pasti ada hasilnya,rezeki di tangan Allah SWT)

26 of 30

Contoh Pertanian Hidroponik

27 of 30

Pertanian Fertigasi

  • Pemberian baja @ nutrien melalui sistem pengairan kpd zon pengakaran tanaman

​

Fertigasi Tertutup

  • Boleh dikelaskan kpd dua jenis iaitu fertigasi dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan Struktur Pelindung beserta Rumah Kalis Serangga
  • Sesuai utk tanah tinggi
  • Terdpt banyak di Cameron Highlands dan Lojing
  • Tanaman yg sesuai-sayur yg bernilai tinggi seperti tomato,strawberry,cili dan capsicum (lada benggala)

​

28 of 30

Fertigasi Terbuka

  • Terdpt dua kategori iaitu fertigasi terbuka atas tanah dan fertigasi gantung
  • Utk fertigasi atas tanah ianya sesuai dibuat di kawasan yg rata dan tidak banjir
  • Fertigasi gantung pula sangat sesuai di Kawasan rendah dan selalu banjir
  • Tanaman yg sesuai-cili merah,cili solok,cili padi,terung,petola,timun batang,peria dan kacang panjang

29 of 30

Kepentingan Pertanian Fertigasi

  • Mengurangkan kos operasi
  • Meningkatkan produktiviti dan kualiti
  • Menjimatkan masa
  • Meningkatkan kecekapan lading
  • Menjimatkan penggunaan air dan baja
  • Mengelakkan pencemaran nutrient-garam tidak meresap ke dalam tanah
  • Mengelak jangkitan bawaan tanah

30 of 30

Contoh Pertanian Fertigasi