1 of 39

KSSM SEJARAH �TINGKATAN 2

WARISAN NEGARA

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

2 of 39

BAB 6�KESULTANAN JOHOR RIAU

SEJARAH TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

3 of 39

KESULTANAN JOHOR RIAU

6.1 Pengasasan Kesultanan Johor Riau

6.2 Kegemilangan Kerajaan

  • Pengasasan
  • Pusat Pemerintahan
  • Cabaran Ke Arah Kegemilangan
  • Persaingan Johor-Acheh-Portugis
  • Perang Johor-Jambi
  • Konflik pembesar
  • Ancaman Raja Kechil
  • Strategi Menghadapi Cabaran
  • Pemindahan pusat pemerintahan
  • Membina kota pertahanan
  • Menjalinkan hubungan dengan Belanda
  • Pusat Perdagangan yang Unggul
  • Kedudukan strategik
  • Tumpuan para pedagang
  • Pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang dagangan
  • Kesibukan pelabuhan Johor Riau
  • Pengurusan Pelabuhan
  • Kemudahan pelabuhan
  • Urusan jual beli
  • Sistem naungan
  • Peranan Orang Laut
  • Kemudahan membaiki dan membina kapal
  • Pusat Persuratan
  • Karya agung
  • Tokoh persuratan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

4 of 39

6.1 PENGASASAN KESULTANAN JOHOR RIAU

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Memerihalkan pengasasan Kesultanan Johor Riau

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

5 of 39

PENGENALAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka (KMM)
  • Kerajaan ini mewarisi sistem pemerintahan dan pentadbiran serta wilayah jajahan takluk dan naungan KMM
  • Kesultanan Johor Riau teruskan tradisi kegemilangan dan keagungan kerajaan awal di Alam Melayu

6 of 39

PENGASASAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Pengasasan Kerajaan

  • Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah
  • Baginda gunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-1564)
  • Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan himpunkan rakyat untuk buka negeri di pesisir Sungai Johor

7 of 39

PUSAT PEMERINTAHAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

1. Pusat Pemerintahan Kota Kara,

Pekan Tua

  • Sultan Alauddin Riayat Shah I bina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun 1528
  • Kedudukan Kota Kara terletak berhampiran sungai yang lebar dan dalam mudahkan kapal untuk keluar masuk
  • Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara jadi benteng pertahanan daripada ancaman luar

8 of 39

PUSAT PEMERINTAHAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

2. Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang

  • Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1535
  • Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan buka pusat pemerintahan di Kota Sayong
  • Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar melintasi sungai yang sempit

9 of 39

PUSAT PEMERINTAHAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

3. Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama

  • Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I pindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor Lama
  • Kawasan ini juga dikenal sebagai Tanjung Batu
  • Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang lebar dan dalam mudahkan kemasukan kapal dagang

10 of 39

CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Kesultanan Johor Riau menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan kedaulatannya. Antara cabaran tersebut termasuklah:

  • persaingan Johor-Acheh-Portugis
  • Perang Johor-Jambi
  • konflik pembesar
  • ancaman Raja Kechil

11 of 39

CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

1. Persaingan Johor-Acheh-Portugis

  • Berlaku peperangan antara tiga kuasa ini untuk kuasai perdagangan di Selat Melaka
  • Perang ini dikenali sebagai Perang Tiga Segi atau Perang Seratus Tahun
  • Peperangan ini berakhir apabila Johor berikan bantuan kepada Belanda untuk kalahkan Portugis dan kuasai Melaka pada tahun 1641
  • Acheh pula malami kemerosotan selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani

Acheh serang

Johor kerana perdagangan Acheh tergugat.

Johor serang Portugis di Melaka kerana hendak rampas semula Melaka daripada Portugis.

Acheh serang Portugis di Melaka kerana Portugis hendak kuasai perdagangan Acheh.

12 of 39

CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

2. Perang Johor - Jambi

  • Johor tuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi
  • Krisis dan peperangan berlaku dari tahun 1659 hingga 1679
  • Johor serang Jambi pada bulan Jun 1679
  • Jambi tewas dan tunduk di bawah kuasa Kesultanan Johor Riau yang berpusat di Riau

13 of 39

CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • Konflik berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil untuk kuasai pemerintahan Kerajaan Johor Riau
  • Persaingan berakhir dengan pengunduran Laksamana Tun Abdul Jamil ke Terengganu
  • Keturunan Bendahara kembali berpengaruh dalam pemerintahan Kerajaan Johor Riau
  • Tun Habib meninggal dunia dan dikenali dengan gelaran Bendahara Padang Saujana
  • Jawatan Bendahara digantikan oleh anaknya, Tun Abdul Jalil

3. Konflik Pembesar

14 of 39

CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

4. Ancaman Raja Kechil

  • Raja Kechil serang Johor pada tahun 1718 kerana tuntut takhta kerajaan Johor
  • Baginda dakwa dirinya sebagai putera Sultan Mahmud Shah I (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) (1685-1699) dan isytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor Riau - gunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah
  • Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV minta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk usir Raja Kechil
  • Raja Kechil dapat dikalahkan pada 4 Oktober 1722.
  • Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor - gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760)
  • Daeng Merewah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda atau Yamtuan Muda Bugis yang pertama di Johor

15 of 39

STRATEGI MENGHADAPI CABARAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

1. Pemindahan Pusat Pemerintahan

  • Sebahagian besar pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau terletak di sepanjang pesisir Sungai Johor
  • Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1677-1685), kegemilangan Kesultanan Johor Riau diteruskan di Kepulauan Riau Lingga yang menjadi pusat pemerintahan yang baharu
  • Pusat pemerintahan sering berpindah disebabkan oleh keperluan strategi ketenteraan dan pertahanan serta muslihat pertahankan diri daripada ancaman Portugis dan Acheh

16 of 39

STRATEGI MENGHADAPI CABARAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

2. Membina Kota Pertahanan

Kota pertahanan yang dibina sering berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan dan mempunyai bentuk serta ciri yang tersendiri

Kota Kara

  • Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I
  • Terletak di Kuala Sungai Telor
  • Pagar dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40 kaki (12 meter)
  • Diperkuatkan dengan bedil dan meriam

17 of 39

STRATEGI MENGHADAPI CABARAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

3. Menjalinkan Hubungan dengan Belanda

  • Kepemimpinan Kesultanan Johor Riau kekalkan kedaulatan kerajaan dengan adakan perjanjian persahabatan dengan pihak Belanda
  • Dasar berbaik-baik dengan Belanda dilakukan sebagai strategi untuk hadapi ancaman daripada Portugis di Melaka dan Acheh
  • Hubungan Johor - Belanda (1602) - Belanda tawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II (1597-1615) untuk lindungi Johor daripada serangan Portugis dan Acheh
  • Perjanjian Johor - Belanda ditandatangani pada 17 Mei 1606 antara Admiral Belanda, Cornelis Matelief de Jonge dan Sultan Alauddin Riayat Shah II di atas kapal Belanda bernama Oranje

18 of 39

STRATEGI MENGHADAPI CABARAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

3. Menjalinkan Hubungan dengan Belanda

  • Belanda minta bantuan Johor untuk serang Melaka
  • Johor ambil bahagian dalam perang Belanda-Portugis dengan berikan bantuan yang berikut:
  • bantu mengangkut peralatan perang
  • buat tapak meriam
  • gali parit kubu
  • sekat musuh lari ke dalam hutan
  • naikkan semangat tentera Belanda
  • Johor bantu Belanda kepung dan serang Portugis di Melaka sejak 2 Ogos 1640
  • Portugis di Melaka berjaya ditewaskan pada Januari 1641

19 of 39

6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menghuraikan kegemilangan Kesultanan Johor Riau

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

20 of 39

KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

  • Kesultanan Johor Riau muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan unggul di Alam Melayu
  • Kerajaan ini capai kegemilangannya dalam aspek perdagangan dan persuratan Melayu
  • Kerajaan ini berusaha hidupkan kembali tradisi perdagangan kerajaan di Alam Melayu dengan Arab, India dan China

Pengenalan

21 of 39

PUSAT PERDAGANGAN YANG UNGGUL

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

1. Kedudukan Strategik

  • Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal besar - Sungai Johor yang lebar dan dalam
  • Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka - kawal lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat
  • Pelabuhan Riau terletak di persimpangan lalu lintas maritim yang strategik - tumpuan para pedagang luar untuk berurus niaga

22 of 39

PUSAT PERDAGANGAN YANG UNGGUL

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

2. Tumpuan Para Pedagang

  • Tumpuan pedagang dari China, Gujerat, Belanda dan pedagang Inggeris
  • Pedagang Jawa jadikan Johor - pelabuhan pilihan disebabkan tidak berminat berdagang dengan Portugis di Melaka
  • Pedagang Siam pasarkan hasil pertanian seperti beras
  • Jadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan dan naungan serta kerajaan lain di Alam Melayu

23 of 39

PUSAT PERDAGANGAN YANG UNGGUL

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

3. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang Dagangan

Pelabuhan Johor Riau - pusat pertukaran barangan keluaran Alam Melayu dengan barangan dari China, India dan Arab

  • Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naungan Johor - lada hitam, bijih timah dan emas
  • Bijih timah - dari Klang, Sungai Ujong dan Bernam serta Pulau Bangka, Sumatera
  • Lada hitam - dari Jambi
  • Emas - dari Inderagiri
  • Barang tempatan lain - kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak, sagu, pinang, ikan masin, periuk belanga, lilin dan garam - dari Pahang, timur Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong, Klang, Naning dan Rembau

24 of 39

PUSAT PERDAGANGAN YANG UNGGUL

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

3. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang Dagangan

  • Pelabuhan Batu Sawar - pusat perdagangan untuk barangan yang dibawa dari China
  • Antaranya benang emas, kain sutera putih, barang tembikar, seramik, kuali besi, teh dan tembaga
  • Pedagang Jawa - beras
  • Pedagang Gujerat - kain, wangian dan manik
  • Johor dapat bekalan beras yang diniagakan oleh pedagang Siam

25 of 39

PUSAT PERDAGANGAN YANG UNGGUL

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

4. Kesibukan Pelabuhan Johor Riau

  • Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di pelabuhan Johor terutamanya di pelabuhan Riau
  • Antara kapal yang berlabuh di Riau - kapal Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di Alam Melayu

26 of 39

PENGURUSAN PELABUHAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Kecekapan pelabuhan Kesultanan Johor Riau kendalikan barang dagangan dan kemampuannya bekalkan semula kapal dengan cepat dan murah, merupakan antara faktor utama yang menjadikan pelabuhannya sebagai pelabuhan entrepot

27 of 39

PENGURUSAN PELABUHAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

1. Kemudahan Pelabuhan

  • Sediakan gudang bawah tanah untuk simpan barangan bagi elakkan daripada kebakaran
  • Sediakan pegawai terlatih untuk kendalikan urusan perdagangan
  • Bekalkan barang yang diperlukan oleh pedagang seperti lada hitam dan rempah-ratus

28 of 39

PENGURUSAN PELABUHAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

2. Urusan Jual Beli

  • Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan gunakan mata wang
  • Sultan Alauddin Riayat Shah I perkenalkan:
  • wang emas – mas
  • wang perak – kupang
  • wang timah – katun
  • Pada akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda turut digunakan
  • Syahbandar merupakan pembesar bertanggungjawab urus sistem jual beli dan kutipan cukai pelabuhan
  • Cukai pelabuhan yang dikenakan terhadap pedagang adalah berpatutan
  • Syahbandar tetapkan ukuran dan berat timbangan barangan

29 of 39

PENGURUSAN PELABUHAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

3. Sistem Naungan

  • Pedagang luar dan pedagang tempatan dapat naungan daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja Indera Bongsu
  • Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang berikan naungan dalam bentuk cukai perdagangan berdasarkan sistem naungan
  • Melalui sistem ini pedagang mudah dapat surat kebenaran daripada Belanda dan dapat belayar tanpa gangguan di Selat Melaka

30 of 39

PENGURUSAN PELABUHAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

4. Peranan Orang Laut

  • Ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang, penunjuk arah kepada para pedagang dan pengawal di perairan Johor dan Selat Melaka
  • Terlibat kawal keselamatan Kesultanan Johor Riau dengan jadi tentera angkatan laut

31 of 39

PENGURUSAN PELABUHAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

5. Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal

  • Pelabuhan di Johor punyai kemudahan baiki dan bina kapal bersaiz kecil
  • Orang Laut mahir dalam pembinaan kapal
  • Mereka membuat kapal pesisir pantai seperti kolek, banteng, penjajap, balok dan pencalang
  • Kemahiran ini telah bantu majukan Kesultanan Johor Riau

32 of 39

PUSAT PERSURATAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Pengenalan

  • Penghasilan karya persuratan buktikan Kesultanan Johor Riau juga tidak ketandusan dengan karya agung dan tokoh persuratan yang berkaliber
  • Batu Sawar dan Pulau Penyengat, Riau mainkan peranan penting dalam perkembangan penulisan karya persuratan berkaitan kerajaan Melayu

33 of 39

PUSAT PERSURATAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Karya Agung

  • Kesultanan Johor Riau banyak hasilkan karya agung
  • Karya agung bermaksud karya yang tertulis dalam bahasa Melayu yang mampu cetuskan unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu
  • Karya agung lambang pencapaian unggul dalam tamadun Melayu yang mencerminkan pemikiran dan pandangan hidup bangsa Melayu

34 of 39

PUSAT PERSURATAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Karya Agung – Sulalatus Salatin

  • Bermaksud Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-Raja
  • Naskhah asal karya ini bernama Hikayat Melayu telah disusun dan ditulis semula oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612
  • Kandungannya menceritakan asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka

35 of 39

PUSAT PERSURATAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Karya Agung – Hikayat Hang Tuah

  • Sejarawan meyatakan - naskhah ini dihasilkan oleh pengarang dari Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka (1641)
  • Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan merentas sepanjang zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
  • Kandungannya juga berkaitan dengan ketaatan atau kesetiaan Hang Tuah kepada raja dan Kesultanan Melayu Melaka

36 of 39

TOKOH PERSURATAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Tun Seri Lanang

  • Nama sebenar Tun Seri Lanang ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad Paduka Raja
  • Dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota Tinggi pada tahun 1565
  • Menjadi Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II
  • Susun dan tulis semula Sulalatus Salatin atas titah Raja Abdullah, adinda Sultan Alauddin Riayat Shah II
  • Dilantik sebagai penasihat Sultan Iskandar Muda, Acheh dan menjadi Raja Uleebalang di Samarlanga

37 of 39

PUSAT PERSURATAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Karya Lain

  • Tajul Salatin atau Mahkota Raja-Raja ditulis oleh Bukhari al-Jauhari
  • Karya ini - antara karya persuratan yang tersohor dihasilkan pada zaman Kesultanan Johor Riau
  • Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis serta Gurindam Dua Belas dikarang - Raja Ali Haji
  • Hikayat Anak Panah Sedasa dikarang - Tun Hisap Misai
  • Syair Ungku Puteri dikarang - Raja Ahmad

38 of 39

PUSAT PERSURATAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPN NEGERI SELANGOR

Kesimpulan

  • Kelahiran karya persuratan - pengiktirafan kepada kegemilangan Kesultanan Johor Riau sebagai pusat persuratan Alam Melayu pada abad ke-17 dan ke-18
  • Kesannya, kesultanan ini muncul sebagai pusat perkembangan persuratan dan bahasa Melayu yang terulung di Alam Melayu
  • Kita perlu hargai karya-karya persuratan ini kerana karya tersebut - warisan bernilai yang menjadi rujukan hingga hari ini

39 of 39

TERIMA KASIH

UNIT SEJARAH, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DENGAN KERJASAMA JPN NEGERI SELANGOR

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula