1 of 7

BANJIR MONSUN

GEOGRAFI

PAPAGEO HENSEM

2 of 7

Monsun ?

  • CUACA DI MALAYSIA DICIRIKAN KEPADA DUA REJIM MONSUN IAITU MONSUN BARAT DAYA & MONSUN TIMUR LAUT.

​

  • MONSUN BARAT DAYA BERMULA DARI AKHIR BULAN MEI KE SEPTEMBER DAN MONSUN BARAT DAYA JUGA SECARA RELATIFNYA MENUNJUKKAN CUACA YANG LEBIH KERING

​

  • MANAKALA MONSUN TIMUR LAUT DARI BULAN NOVEMBER KE MAC SERTA

MONSUN TIMUR LAUT MEMBAWA HUJAN LEBAT TERUTAMANYA KEPADA NEGERI-NEGERI DI PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA DAN BARAT SARAWAK.

​

  • TEMPOH PERALIHAN DI ANTARA DUA MONSUN INI DIKENALI SEBAGAI MUSIM PERALIHAN MONSUN

3 of 7

APA YANG MENYEBABKAN MONSUN ?

  • Monsun berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di antara daratan dan lautan hasil daripada pemanasan sinaran matahari. Semasa musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk dengan lebih cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia Tengah. Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi (antisiklon) yang sangat kuat di Siberia. Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju ke Asia Tenggara.
  • Dari masa ke masa, ledakan udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah dan pusaran siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak.
  • Pada musim panas, pemanasan suria yang kuat membawa kepada peningkatan suhu di kawasan daratan Asia. Semasa udara panas mengembang naik, kawasan tekanan rendah separa tetap terbentuk. Angin tenggara lembap yang berasal dari selatan Lautan Hindi dan rantau Indonesia-Australia bertukar menjadi angin barat daya apabila merentasi Khatulistiwa. Angin ini seterusnya bergerak merentasi Asia Tenggara sebelum menumpu ke arah Indochina, China dan Barat Laut Pasifik

​

4 of 7

BANJIR MONSUN

​

  • Petunjuk Banjir Monsun :

Lumpur

Lambat surut

Aras air sungai tinggi

5 of 7

LANGKAH

  • Persediaan untuk menghadapi monsun lembap (sebelum monsun)
  • Sentiasa mendengar siaran radio, televisyen atau media sosial untuk amaran angin kencang dan laut bergelora.
  • Pastikan bekalan air dan makanan yang tidak mudah rosak disimpan secukupnya.
  • Bersihkan longkang, parit dan talang hujan daripada tersumbat.

​

6 of 7

LANGKAH

  • Persediaan untuk menghadapi monsun lembap (semasa musim monsun)
  • Berada di tanah kukuh. Jauhi dari longkang beraliran laju, sungai dan kawasan banjir.
  • Jangan memandu ke kawasan banjir. Elakkan daripada melalui jambatan yang tidak kukuh dan jalan yang selalu dinaiki air.
  • Ikut arahan pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan.
  • Bersedia untuk berpindah jika diarahkan terutamanya bagi yang tinggal di kawasan pantai, berhampiran sungai atau kawasan rendah.
  • Pastikan kenderaan anda diletakkan di tempat tinggi dan segala harta benda yang lain terjamin daripada kerugian dan kemusnahan akibat daripada banjir.
  • Elakkan daripada pergi ke laut dengan menggunakan kapal atau bot kecil.

​

7 of 7

Kesan Banjir Monsun

ALAM SEKITAR FIZIKAL

  • Kemusnahan Tanam-tanaman :�Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.
  • Kemusnahan hutan tadahan�

Alam sekitar manusia:

Kematian :

Banjir boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai

Penyakit :�Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.

Kemusnahan Harta Benda :�Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.