1 of 15

PEMANASAN GLOBAL

BY : ZAHIRAH & INTAN

2 of 15

MAKSUD PEMANASAN GLOBAL

  • Pemanasan global merupakan peningkatan suhu atmosfera permukaan bumi pada skala yang tinggi berbanding dengan biasa. Peningkatan suhu bumi kebiasaannya boleh berlaku dalam tempoh 10 000 tahun secara semula jadi namun akibat pemanasan global, suhu dunia telah meningkat dalam tempoh yang cepat iaitu 100 tahun.
  • Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau, peningkatan kemasukan sinaran UV, perubahan suhu mikro iklim bandar (Pulau Haba), fenomena kemarau, kejadian jerebu dan peningkatan hujan asid. Disamping itu, pemanasan global juga turut dipengaruhi oeh kekerapan letusan gunung berapi dan kebakaran hutan secara besar-besaran.
  • Kebiasaanya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan kerana kawasan ini mempunyai lapisan atmosfera yang nipis dan juga berlaku kebocoran di lapisan ozon.

3 of 15

PUNCA-PUNCA PEMANASAN GLOBAL

  1. FENOMENA KEJADIAN JEREBU
  2. Jerebu berlaku disebabkan oleh terdapat banyaknya debu, asap, habuk, dan bahan-bahan pencemar yang lain yang terapung-apung di udara.
  3. Kehadiran jerebu ini berasal daripada aktiviti manusia seperti:
  4. pembakaran hutan untuk pertanian
  5. Aktiviti pembinaan dan urbanisasi
  6. Aktiviti pengangkutan
  7. Aktiviti perindustrian
  8. Kesan daripada kehadiran debu di atmosfera telah menyebabkan berlakunya penyerapan bahangan matahari pada waktu siang dan memanaskan atmosfera di bawahnya, ia juga berfungsi memperlahankan pembebasan haba pendam bumi (sinaran bumi) iaitu dengan cara menyerap dan memegang haba tersebut dalam tempoh yang lebih lama menyebabkan suhu di bahagian bawah atmosfera menjadi panas pada waktu malam.

​

​

​

​

4 of 15

2. PENIPISAN LAPISAN OZON

  • Penipisan lapisan ozon adalah sebahagian penyumbang kepada fenomena pemanasan global.
  • Pengeluaran gas CFC merupakan penyebab utama kepada penipisan lapisan ozon.
  • Gas CFC terkandung di dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk akan dibebaskan apabila alat-alat ini dugunakan.
  • Semasa CFC dibebaskan ke astmosfera atom klorin , atom florin dan atom karbon akan bertindak balas dengan molekul ozon dan akhirnya akan merungkai ikatan kovalen ozon menjadi molekul oksigen dan atom oksigen.
  • Penipisan lapisan ozon ini akan memudahkan kemasukan sinaran UV sampai terus ke permukaan bumu dan sekaligus ia akan memanaskan atmosfera bumi

5 of 15

3. KESAN RUMAH HIJAU

  • Kesan rumah hijau ialah peyumbang utama kepada pemanasan global.
  • Kesan rumah hijau ialah proses pemerangkapan haba dari sinaran bumi oleh gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida, dan metana.
  • Pemerangkapan ini akan menyebabkan pengeluaran bahangan bumi ke angkasa menjadi sangat perlahan sebaliknya sebahagian besar sinaran bumi akan dihantar kembali ke permukaan bumi. Keadaan ini menyebabkan kawasan di bawah lapisan gas rumah hijau (selimut atmosfera) akan mengalami peningkatan suhu.
  • Antara punca kepada fenomena kesan rumah hijau ialah:
  • Penggunaan bahan api fosil
  • Pembakaran terbuka
  • Kegiatan perindustrian

​

6 of 15

4. PULAU HABA BANDAR

  • Punca seterusnya datang dari fenomena pulau haba bandar.
  • Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di sesebuah bandar berbanding di kawasan sekitarnya.
  • Ia berlaku apabila pelepasan haba dari kawasan urban dan suburban terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan- bangunan tinggi pencakar langit.
  • Haba yang tidak dapat dilepaskan ini ke atmosfera akan mula membahangi kawasan sekitarnya.
  • Antara penyebab pulau haba bandar ialah:
  • Permukaan angkonsolidat b) Ketiadaan tumbuh-tumbuhan

c) Kekurangan jasad-jasad air d) Kepadatan dan kesesakan penduduk

e) Bangunan-bangunan tinggi yang dibina dari simen dan bercermin

7 of 15

5. FAKTOR KELIMA BERLAKUNYA HUJAN ASID

  • Hujan asid juga penyumbang kepada pemanasan global. Ia boleh berlaku kerana hujan asid boleh bertindak memusnahkan tumbuh-tumbuhan pada skala yang besar (tumbuhan berfungsi menyerap karbon dioksidadan membebaskan oksigen).
  • Punca utama kejadian hujan asid ialah aktiviti perindustrian dan pengangkutan yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakar dan membebaskan gas-gas seperti karbon dioksida, sulfur dioksida serta nitrogen dioksida.
  • Gas-gas ini akan mula bertindak balas dengan wap air untuk membentuk air hujan yang mengandungu asid karbonik, sulfurik dan nitrit.
  • Selain memusnahkan tumbuhan dan ekosistem (penyebab pemanasan global) ia juga mengancam kesihatan manusia.

​

​

8 of 15

6. FAKTOR TERAKHIR PEMANASAN GLOBAL IALAH FENOMENA KEJADIAN KEMARAU

  • Fenomena kemarau akan meningkatkan lagi kesan pemanasan global dan meningkatkan suhu secara keseluruhan.
  • Kegiatan manusia meneban hutan secra berleluasa akan mengurangkan kawasan-kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesanya, kelembapan semakin berkurang dan tidak membawa kepada terjadinya hujan sebaliknya ia akan menyebabkan terjadinya kemarau.
  • Kemarau yang berpanjangan atau dalam tempoh masa yang lama seperti mana kemarau yang berlaku disebabkan fenomena el nino secara langsungnya akan menyebabkan berlakunya peningkatan suhu kepada bumi.

​

9 of 15

KESAN-KESAN AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

  • PENCAIRAN LITUPAN SALJI DAN GLASIER
  • Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub.
  • Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi kesan yang dasyat seperti kajadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya, Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah seperti Belanda dan Bangladesh.
  • Pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut musnah.

​

10 of 15

  • TANAH HILANG KESUBURAN
  • Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian.
  • Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian.
  • Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ianya boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.

11 of 15

  • KESAN PEMANASAN GLOBAL JUGA TELAH MENGGANGGU SISTEM CUACA DAN IKLIM DI NEGARA KITA
  • Secara tidak langsung iklim khatulistiwan dengan panas dan lembab sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal akibat peningkatan suhu.
  • Pemanasan global juga telah meningkatkan proses penggurunan di beberapa gurun dunia seperti Gurun Goby di China dan Gurun Sahara di Afrika.
  • Proses penggurunan ini telah memperluaskan lagi dan memperbesarkan kawasan gurun sedia ada.

12 of 15

CARA MENGURANGKAN PEMANASAN GLOBAL

  • PENANAMAN SEMULA POKOK-POKOK DAN TUMBUHAN HUJAU
  • Penanaman tumbuhan hijau adalah bertujuan untuk meningkatkan penghasilan gas oksigen ke udara dan menyerap kembali gas karbon dioksida. Penanaman ini boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat. Pihak sekolah boleh mengadakan taman-taman mini di sekolah untuk menyedarkan pelajar akan kepentingan tumbuhan hijau dalam ekosistem.
  • KITAR SEMULA
  • Program kitar semula perlu dipergiatkan dengan pelbagai idea yang menarik. Melalui program kitar semula, masyarakat menyedari akan kepentingan menjaga hasil mineral bumi. Dengan cara ini generasi akan dapat merasai khazanah bumi seperti yang dinikmati oleh kita. Pendidikan secara tidak formal ini juga telah mendidik masyarakat tentang jenis-jenis barang yang perlu dan boleh dikitar semula.

​

13 of 15

  • MENGURANGKAN PENGGUNAAN TENAGA FOSIL DAN MENUKAR KEPADA TENAGA HIJAU
  • Penggunaan minyak petrol dalam proses pembakaran bahan bakar dalam enjin kereta juga meningkatkan suhu pemanasan global. Penggunaan sumber alternatif seperti kereta hybrid yang bercirikan “ hijau alam sekitar” adalah antara langkah terbaik dalam mengatasi pemanasan global. Penggunaan pengangkutan awam juga membantu dalam mengurangkan pembebasan karbon monoksida seperti penggunaan Bas Rapid Transit (BRT), transit aliran ringan (LRT) , MRT dan Monorel.
  • PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
  • Jawabatan Perhutanan Negara perlu menguatkusakan undang-undang bagi melarang sebarang pencerobohan hutan simpan yang boleh menyebabkan penyeludupan kayu balak dan pemusnahan habitat flora dan fauna serta pembakaran hutan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sumber tumbuhan hijau yang kurang akan mengakibatkan proses penyerapan karbon dioksida berkurang dan penghasilan oksigen turut terjejas.

​

​

14 of 15

  • MEWARTAKAN KAWASAN HUTAN SIMPAN
  • MENUKARKAN PENGGUNAAN GAS CFC KEPADA R33
  • MENGGUNAKAN BAHAN TELAP AIR SEBAGAI GANTIAN BITUMIN & TAR DI PERMUKAAN BANDAR
  • MERANCANG PEMBINAAN DAN SUSUNAN MORFOLOGI BANDAR

​

15 of 15

TERIMA KASIH

JUMPA LAGI:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::