1 of 25

PENIPISAN LAPISAN OZON

BY : NADIRA <3

2 of 25

DEFINISI OZON

  • Ozon merupakan sejenis molekul (mengandungi dua atom oksigen dan satu molekul oksigen) yang terbentuk di lapisan stratosfera bumi (15-39 km) menerusi tindak balas pancaran sinaran ultraungu daripada sinaran matahari yang berfungsi sebagai penapis kemasukan sinaran ultraungu yang berlebihan daripada matahari ke permukaan bumi.

3 of 25

PEMBENTUKAN LAPISAN OZON

  • Ozon berbentuk cairan biru pada suhu -112 dan biru tua pada suhu -193 .
  • Bau gas ozon adalah sangat keras dan menyekitkan.
  • Gas ozon adalah gas beracun, jika disedut atau diserap akan menyebabkan kerosakan kepada paru-paru dan boleh menyebabkan kematian.
  • Gas-gas ozon di lapisan stratosfera terbentuk secara semula jadi oleh tindakan gelombang pendek sinaran ultraungu matahari ke atas molekul oksigen.
  • Sinaran ultraungu tersebut kemudiannya memecahkan molekul oksigen tersebut sehingga membentuk dua atom oksigen.
  • Dua atom tersebut kemudiannya bertemu dan bergabung dengan molekul oksigen dalam ikatan kovalen yang lain yang kemudiannya dikenali sebagai ozon. (O₃)

4 of 25

KEPENTINGAN LAPISAN OZON

  • Lapisan ozon sangat penting sebagai pelindung atau penapis kepada sinaran ultraungu yang berlebihan daripada matahari sampai ke permukaan bumi.
  • Sinaran ultraungu amat berbahaya kerana boleh menjejaskan hidupan yang terdapat di permukaan bumi seperti tumbuhan, haiwan dan manusia serta alam sekitar keseluruhannya.
  • Lapisan ozon penting dalam mengawal kehilangan suhu oleh bumi serta penerimaan sinaran matahari oleh bumi.

5 of 25

PROSES PENIPISAN LAPISAN OZON

  • Punca utama berlakunya penipisan lapisan ozon ialah penghasilan dan pembebasan gas klorofluorokarbon (CFC) ke atmosfera.
  • Gas CFC yang dibebaskan ke atmosfera bumi boleh berlaku secara semula jadi ataupun akibat aktiviti manusia. Gas tersebut akan naik ke atmosfera bumi hingga ke lapisan stratosfera bumi.
  • Gas tersebut kemudiannya bertindak balas dengan sinaran matahari (ultraungu) lalu menghasilkan atom klorin, atom florin dan atom karbon.
  • Ketiga-tiga atom tersebut kemudiannya bertindak balas dengan molekul oksigen dan merungkai ikatan molekul ozon lalu menukarkan molekul tersebut kepada tiga atom oksigen. Kemudiannya atom klorin, florin dan karbon akan bertindak balas dengan atom-atom oksigen dan memusnahkan atom-atom oksigen tersebut.

6 of 25

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENIPISAN LAPISAN OZON.

*FAKTOR SEMULA JADI*

  • SUHU YANG TERLALU RENDAH
  • Organisasi Kaji Cuaca Dunia mendapati bahawa lapisan ozon mengalami penipisan yang ketara dan serius di kawasan kutub utara dan kutub selatan.
  • Penipisan lapisan ozon tersebut berpunca daripada ketebalan ozon yang nipis yang bertindakbalas dengan hydrogen klorida dan klorin nitrat yang membentuk sejenis awan jelmaan iaitu stratospheric dan biasanya terbentuk di kawasan suhu persekitaran terlalu rendah. Kedua-dua unsur tersebut, iaitu hydrogen klorida dan klorin nitrat telah memusnahkan gas ozon yang terdapat di kawasan tersebut.
  • Pembentukan lubang ozon di Antartika yang nipis dapat dijelaskan kerana kawasan tersebut mempunyai suhu yang terlalu rendah.

7 of 25

  • LETUPAN GUNUNG BERAPI

  • Debu yang terhasil daripada letupan gunung berapi mengandungi banyak aerosol sulfat. Aerosol sulfat bertindak untuk menyelerakkan cahaya matahari lalu mengurangkan intensiti cahaya matahari.

  • Letupan gunung berapi Pinatubo di Filipina (1991) telah mempengaruhi penipisan ozon di Antartika. Aerosol sulfat hasil letupan gunung berapi tersebut ditiup oleh angin ke Antartika.

  • Aerosol sulfat menyebabkan intensiti cahaya matahari yang rendah. Intensiti cahaya matahari yang rendah mengurangkan pembentukan lapisan ozon dan sebaliknya atom klorin lebih aktif menyerang gas ozon.

8 of 25

  • PERANAN TOMPOK MATAHARI ( HOTSPOT DAN SUNSPOT )

  • Jumlah tompok matahari amat mempengaruhi jumlah gas ozon yang terbentuk. Bilangan tompok matahari berubah-ubah mengikut masa.

  • Semasa jumlah tompok matahari banyak (hotspot), intensiti bahang matahari bertambah ( sinaran ultraungu turut bertambah ) dan menyebabkan lebih banyak gas ozon terbentuk di lapisan stratosfera bumi.

  • Manakala semasa jumlah tompok matahari berkurangan (sunspot), intensiti bahang matahari turut rendah, menyebabkan pembentukan gas ozon turut berkurangan.

9 of 25

* FAKTOR AKTIVITI MANUSIA *

  • PEMBEBASAN GAS KLOROFLUOROKARBON

  • CFC merupakan bahan kimia yang digunakan secara meluas sebagai bahan penyejuk dan aerosol seperi industri penyembur cat, racun serangga dan minyak wangi, industri polisterina, industri servis peti sejuk, dan pendingin hawa kenderaan serta rumah.

  • CFC mengandungi satu atom karbon dengan satu atom klorin dan satu atom florin. CFC yang mengandungi klorin, apabila dibebaskan ke udara maka unsur-unsur klorinnya akan meningkat kerana telah dipecahkan oleh sinaran matahari.

  • Klorin ini kemudiannya akan bertindak balas dengan gas ozon dan memusnahkan molekul-molekul ozon tersebut. Setiap satu molekul klorin boleh memusnahkan sehingga 100 ribu molekul ozon.

10 of 25

  • KEGIATAN PERTANIAN

  • Kegiatan pertanian dikatakan menyumbang 15 % kerosakan lapisan ozon.

  • Penggunaan bahan kimia (racun serangga dan baja kimia ) yang berleluasa dalam aktiviti pertanian seperti bromide halo karbon dan nitrat oksida telah memusnahkan lapisan ozon.

  • Baja nitrogen yang digunakan dalam bidang pertanian telah membebaskan gas nitrus dioksida ke atmosfera bumi yang menyebabkan berlakunya pengurangan lapisan ozon.

11 of 25

  • PENGGUNAAN BAHAN API FOSIL

  • Penggunaan bahan api fosil sebagai bahan bakar seperti arang batu dan petroleum dalam industry dan kenderaan akan menyebabkan pertambahan karbon dioksida di udara ( kesan rumah hijau ).

  • Pertambahan gas karbon dioksida menyebabkan banyak haba terperangkap di lapisan bawah troposfera. Oleh itu, lapisan stratosfera yang terletak lebih tinggi kurang menerima haba bumi (dalam bentuk gelombang panjang ) akan menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan pembentukan ais oleh atom-atom oksigen yang mengurangkan kadar pembentukan lapisan ozon.

12 of 25

  • PELEPASAN GAS HIDROKARBON

  • Hidrokarbon ialah sebatian organic yang terdiri daripada hidrogen dan karbon.

  • Pertambahan hidrokarbon berlaku secara meluas melalui aktiviti geoterma, perlombongan arang batu, perlombongan petroleum dan pembakaran terbuka.

  • PEMBALAKAN DAN PENYAHUTANAN

  • Tumbuhan dapat mengimbangi kandungan gas karbon dioksida dan oksigen di udara.

  • Semasa proses fotosintesis, tumbuhan akan menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan oksigen. Kekurangan tumbuhan menyebabkan kandungan gas karbon dioksida di udara bertambah dan gas oksigen akan berkurangan.

13 of 25

  • PENERBANGAN KAPAL TERBANG SUPERSONIK
  • Aktiviti penerbangan kapal terbang supersonik seperti concorde dan jet akan mengeluarkan sebatian nitrogen daripada asap kapal terbang tersebut dan bertukar menjadi gas nitrus dioksida.

  • Unsur nitrogen tersebut kemudiannya bertindak balas dengan gas ozon dan kemudiannya mengurangkan gas tersebut di lapisan stratosfera bumi.

  • PELANCARAN ROKET
  • Menurut kajian yang dijalankan oleh NASA pada tahun 1991, setiap kali roket dilancarkan ke angkasa lepas, sebanyak 75 tan unsur klorin dibebaskan di atmosfera. Bahan pepejal roket umumnya mengandungi asid hidroklorik yang mengandungi klorin.

  • Klorin dibebaskan melalui pelancaran roket tersebut kemudiannya bertindak balas dengan gas ozon dan kemudiannya mengurangkan gas tersebut di lapisan stratosfera bumi.

14 of 25

KESAN PENIPISAN LAPISAN OZON

  • KESAN KEPADA ALAM SEKITAR FIZIKAL*

  • PERUBAHAN IKLIM
  • Penipisan lapisan ozon boleh mengubah cuaca dan iklim global. Kemasukan sinaran ultraungu yang berlebihan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan berlaku peningkatan suhu bumi atau pemanasan global.
  • Pemanasan global berlaku apabila gas CFC dipecahkan oleh sinaran ultraungu daripada matahari lalu atom klorin dihasilkan. Setiap kali atom klorin dihasilkan, haba pendam akan dibebaskan.
  • Pembebasan haba pendam ini akan memanaskan lapisan atmosfera bumi. Akibatnya berlakulah peningkatan suhu global yang seterusnya akan meningkatkan suhu sesuatu kawasan .

15 of 25

  • PENCAIRAN AIS DAN GLASIER

  • Pemanasan suhu global akibat kemasukan sinaran ultraungu yang berlebihan akan menyebabkan pencairan ais di kutub dan pencairan glasier di kawasan pergunungan. Pencairan ais kutub dan glasier secara besar-bsearan akan memberi impak yang besar terhadap alam sekitar.

  • Pencairan ais akan menyebabkan kuantiti air laut bertambah dengan mendadak (eustasi). Kesannya, kawasan-kawasan pinggir pantai yang rendah akan tenggelam dan seterusnya meningkatkan kadar hakisan ke atas kawasan pinggir pantai.

  • Peningkatan aras laut berlaku sebanyak 2 cm setahun dan dijangkakan menjelang 2050, aras laut akan meningkat setinggi 15 cm.

16 of 25

  • PENINGKATAN KEJADIAN RIBUT DAN BANJIR BESAR

  • Penipisan lapisan ozon menyebabkan berlakunya pemanasan global. Peningkatan suhu dunia menyebabkan kadar sejatan ke atas badan-badan air turut meningkat. Kesannya, banyak wap air akan dibawa naik ke atas lalu membentuk awan dan seterusnya akan menghasilkan hujan yang lebat.

  • Pemanasan yang melampau juga akan menyebabkan terbentuknya sel-sel tekanan udara rendah yang melampau terutamanya di kawasan laut tropika. Angin akan berputar di sekitar sel tekanan udara rendah yang akan membawa wap air lebih banyak ke atmosfera.

  • Peningkatan jumlah wap air yang banyak di atmosfera akan meningkatkan kekuatan hujan, ribut serta kekerapannya.

17 of 25

*KESAN KEPADA HIDUPAN ALAM DAN ALAM SEKITAR FIZIKAL*

  • KESAN KEPADA EKOSISTEM AKUATIK
  • Sinaran ultraungu yang berlebihan daripada matahari boleh menyebabkan kematian dan kemusnahan fitoplankton seperti alga.

  • Kematian dan kemusnahan plankton menyebabkan rantaian makanan ekosistem akuatik akan terjejas dan dalam jangka masa panjang menjejaskan habitat hidupan liar.

18 of 25

  • KESAN KEPADA EKOSISTEM DARATAN

  • Kemasukan sinaran ultraungu yang berlebihan akan menyebabkan tumbuhan mengalami kerosakan DNA, pertumbuhan terbantut, menjejaskan proses pendebungaan dan menghasilkan benih yang kurang bermutu.

  • Kesannya pengeluaran bahan makanan akan berkurangan dan ini boleh menjejaskan kesihatan manusia.

  • BERLAKUNYA PENINGKATAN PROSES-PROSES GEOMOFOLOGI.

  • Luluhawa fizikal
  • Luluhawa kimia
  • Gerakan jisim
  • Hakisan
  • Pengangkutan
  • Pemendapan

19 of 25

*KESAN KEPADA MANUSIA*

  • PENYAKIT KULIT
  • Pendedahan secara terus terhadap sinaran tersebut boleh menyebabkan kanser kulit.

  • Kanser kulit didapati meningkat dengan ketara di benua Australia kerana benua tersebut berhampiran dengan lubang ozon Antartika.

  • KESAN TERHADAP MATA
  • Pendedahan kepada sinaran ultraungu menyebabkan berlakunya penyakit katarak mata dalam kalangan manusia. Banyak kes katarak mata dicatatkan di Tibet dan Bolivia.

  • Keadaan ini akan melemahkan sistem imuniti badan dan seterusnya mengurangkan peranannya melawan serangan penyakit terutama penyakit berjangkit seperti tibi dan difteria.

  • KESAN KEPADA IBU MENGANDUNG
  • Bayi-bayi dalam kandungan ibu mengalami kecacatan anggota, kerosakan saraf dan kurang daya tahan sakit.

20 of 25

*KESAN KEPADA AKTIVITI MANUSIA*

  • KEGIATAN PERTANIAN

  • Sinaran ultraungu memusnahkan DNA tumbuhan dan seterusnya memusnahkan tanam-tanaman.

  • Melalui kajian yang dijalankan ke atas 200 jenis tanaman, didapati lebih daripada separuh tanaman tersebut sensitif dengan pertambahan sinaran ultra ungu. Kacang soya didapati mengalami penurunan sebanyak 20% kadar pertumbuhan apabila terdedah kepada sinaran ultraungu yang berlebihan.

  • Pemanasan yang melampau akibat peningkatan suhu dunia menyebabkan berlakunya fenomena kemarau yang panjang.kemarau boleh menjejaskan aktiviti pertanian

21 of 25

  • KEGIATAN PERIKANAN

  • Sinaran ultraungu yang berlebihan daripada matahari boleh menyebabkan kematian dan kemusnahan fitoplankton seperti alga. Keadaan ini menyebabkan sumber makanan hidupan laut akan musnah.

  • Kesannya sumber hidupan laut berkurangan dan keadaan tersebut menjejaskan aktiviti perikanan.

  • Dijangkakan dengan penipisan ozon sebanyak 16% lebih kurang 5% firoplankton akan musnah dan keadaan tersebut akan menyebabkan tujuh juta tan ikan berkurangan dalam tempoh setahun

22 of 25

  • KEGIATAN AKUAKULTUR

  • Penipisan lapisan ozon akan meningkatkan suhu bumi secara global. Peningkatan suhu dunia menyebabkan sesetengah kawasan akan menghadapi kemarau.

  • Kemarau yang panjang akan menjejaskan kuantiti air permukaan dan keadaan tersebut menjejas aktiviti akuakultur akibat kekurangan air.

  • KEGIATAN PERINDUSTRIAN

  • Peningkatan suhu dunia dapat membantu industri penegeringan ( ikan kering/ batik/ kopra ).

  • Industri tersebut akan meningkat seiring dengan peningkatan bahang matahari.

23 of 25

  • KEGIATAN PERLOMBONGAN

  • Penipisan lapisan ozon menyebabkan peningkatan suhu global. Peningkatan suhu dunia akan menyebabkan kadar luluhawa khususnya luluhawa fizikal meningkat .

  • Luluhawa fizikal seperti proses pengembangan dan pengecutan di kawasan gurun panas menjadi lebih aktif.

24 of 25

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENIPISAN LAPISAN OZON

KAEDAH PERUNDANGAN

  • Menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada.
  • Menggubal akta baru yang lebih berkesan di dalam menangani pihak-pihak yang melakukan kesalahan.
  • Mesti mendapat kelulusan EIA bagi projek-projek yang berimpak tinggi kepada alam sekitar terutamanya penipisan lapisan ozon.

25 of 25

KAEDAH BUKAN PERUNDANGAN

  • Mengurangkan penggunaan bahan yang mengandungi CFC, aerosol dan polisterina dan menukar kepada bahan yang mesra alam seperti gas R33.

  • Melaksanakan penghutanan semula bagi meningkatkan kandungan oksigen di atmosfera dan mengurangkan karbon dioksida.

  • Menggunakan bahan api yang kurang plumbum seperti RON97 bagi petrol dan EURO5 bagi diesel.

  • Menggalakkan perkongsian kenderaan.

  • Melarang aktiviti pembakaran terbuka.

  • Melarang penerbangan jet supersonic di kawasan kutub utara dan selatan bagi mengelakkan ozon menjadi lebih nipis.

  • Menggunakan baja semulajadi bagi menggantikan penggunaan baja kimia.

  • Melalui pendidikan formal dan tidak formal mengenai penggunaan CFC dengan penipisan lapisan ozon.

  • Kempen kesedaran tentang penggunaan bahan polisterina dan CFC.