ANGIN MONSUN
NURA’IN BT MARWAN
ANGIN MONSUN
Ø Merupakan sistem angin yang mempunyai pertukaran haluan di antara musim sejuk dan musim panas.
Ø Pertukaran angin disebabkan oleh pemanasan dan penyejukan benua pada musim panas dan pada musim sejuk yang seterusnya menghasilkan pertukaran corak taburan tekanan udara di kawasan ini.
Ø Pada musim panas di Hemisfera Utara satu kawasan tekanan rendah terbentuk di barat laut benua India, manakala di Hemisfera Selatan terbentuk tekanan tinggi hampir tropika dan terhasil satu kecerunan tekanan yang menyeberang Khatulistiwa hingga ke barat laut India.
Ø Pada musim sejuk di Hemisfera Utara, keadaan yang amat sejuk terjadi di tengah Asia akibat pembentukan tekanan udara tinggi yang hebat, manakala di Hemisfera Selatan pula terdapat tekanan udara rendah menyebabkan angin sejuk dan kering bertiup keluar dari barat laut mempunyai tekanan udara rendah dan terbias oleh daya koriolis.
KONSEP ANGIN MONSUN
Jenis-jenis angin monsun di Malaysia �
Angin monsun timur laut bertiup semasa hemisfera utara mengalami musim sejuk iaitu dari bulan November hingga Mac. Angin monsun timur laut juga dikenali sebagai “ angin monsun musim dingin”. Pada bulan November hingga Mac hemisfera utara mengalami musim sejuk di mana nilai suhunya terlampau sejuk( di bawah 0 C ). Oleh itu, akan wujud sel-sel tekanan udara tinggi di sekitar pedalaman Asia khususnya di kawasan Dataran Tinggi Tibet, Siberia dan Mongolia.
Pada masa yang sama, hemisfera selatan mengalami musim panas dan nilai suhunya kadangkalanya melebihi 30 C. Keadaan suhu yang tinggi akan mewujudkan sel- sel tekanan udara rendah yang biasanya terjadi di sekitar benua Austaralia dan lautan sekitarnya.
Perbezaan tekanan udara antara dua kawasan ini akan mewujudkan satu cerun tekanan dari arah pedalaman Asia menuju ke benua Australia dan laut sekitarnya. Akibatnya akan wujud satu pola pengaliran udara dari pedalaman Asia menuju ke benua Australia.
ANGIN MONSUN BARAT DAYA �
Angin monsun barat daya bertiup semasa hemisfera utara mengalami musim panas iaitu dari Mei hingga September.
Pada masa ini kawasan pedalaman Asia akan wujud sel- sel tekanan udara rendah akibat daripada keadaan suhunya yang tinggi.
Sebaliknya pada masa yang sama di benua Australia dan lautan sekitar akan wujud sel-sel sel tekanan udara tinggi akibat daripada keadaan suhunya yang rendah.
Abibat perbezaan tekanan antara kedua-dua tempat ini akan menyebabkan wujudnya satu cerun tekanan antara kedua-dua tempat tersebut. Kumpulan udara sejuk dari benua Australian dan lautan sekitarnya akan bergerak keluar menuju kawasan sel tekanan udara rendah pedalaman Asia.
PENGARUH ANGIN MONSUN TERHADAP AKTIVITI MANUSIA DI ASIA �
Musim Antara Monsun ( Peralihan Monsun )
BADAI SELARI (ANGIN SUMATERA ATAU RIBUT SUMATERA)