1 of 29

WARISAN

NEGARA

KSSM SEJARAH

TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

2 of 29

You can simply impress your audience and add a unique zing and appeal to your Reports and Presentations with our Templates. Easy to change colors, photos and Text.

Your Text Here

SOCIAL MEDIA

SEJARAH TINGKATAN 2

BAB 1

KERAJAAN ALAM MELAYU

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

3 of 29

1.1 KONSEP ALAM MELAYU

    • Aspek Geografi
    • Aspek Bahasa
    • Aspek Budaya

1.2 KEWUJUDAN KERAJAAN DI ALAM MELAYU

    • Kerajaan Funan
    • Kerajaan Champa
    • Kerajaan Srivijaya
    • Kerajaan Angkor
    • Kerajaan Majapahit
    • Kerajaan Kedah Tua
    • Kerajaan Gangga Nagara

1.3 KERAJAAN ALAM MELAYU

YANG MASHYUR

    • Kemasyhuran

KERAJAAN ALAM MELAYU

1.4 KERAJAAN ALAM MELAYU

DAN KERAJAANLUAR

YANG SEZAMAN

    • Hubungan Perdagangan
    • Hubungan Keagamaan
    • Hubungan Diplomatik

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

4 of 29

KERAJAAN

1

0

2

3

4

5

8

6

7

9

10

11

12

13

14

15

16

FUNAN

ABAD

CHAMPA

SRIVIJAYA

KEDAH TUA

ANGKOR

GANGGA NAGARA

MAJAPAHIT

GARIS MASA KERAJAAN ALAM MELAYU

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

5 of 29

1.1 KONSEP ALAM

MELAYU

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menjelaskan konsep Alam Melayu

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

6 of 29

KONSEP ALAM MELAYU - GEOGRAFI

Alam Melayu meliputi kawasan Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik sampai ke Taiwan.

Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman,

Ahli Arkeologi.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

7 of 29

KONSEP ALAM MELAYU - GEOGRAFI

Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu sehingga selatan Thailand

Abdul Hadi Haji Hassan

Ahli Akademik

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

8 of 29

KONSEP ALAM MELAYU - GEOGRAFI

Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Pendeta (Dr) Ismail Hussein Ahli Bahasa dan Kebudayaan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

9 of 29

KONSEP ALAM MELAYU - GEOGRAFI

Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea

Alfred Russel Wallace

Sarjana Barat

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

10 of 29

KONSEP ALAM MELAYU - GEOGRAFI

Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina .

Prof. Dr. Ding Choo Ming

Pengkaji Manuskrip Melayu

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

11 of 29

KONSEP ALAM MELAYU - BAHASA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari membolehkan bahasa ini diterima di Alam Melayu – Sutan Takdir Alisjahbana (Tokoh Bahasa)

Bahasa serumpun mempunyai perkaitan dgn bahasa etnik peribumi. Persamaan ini boleh dikenal pasti melalui kata-kata tertentu.

Apabila membuat perbandingan bahasa-bahasa serumpun ini, terdapat pertalian kekeluargaan bahasa-bahasa ini dengan bahasa Melayu - Prof. Emeritus Dato’ Dr Asmah Haji Omar (Tokoh Bahasa)

Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Alam Melayu sejak awal Masihi lagi.

Sifat orang Melayu gemar berlayar mengembangkan lagi bahasa Melayu ke Alam Melayu

12 of 29

KONSEP ALAM MELAYU - BUDAYA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

Wujud nilai serumpun dalam masyarakat seperti gotong-royong manakala bagi aspek seni persembahan muncul wayang kulit di Kelantan dan Pulau Jawa – Dato’ A. Aziz Deraman (Budayawan)

Penduduk Alam Melayu mempunyai budaya serumpun yang merangkumi bahasa dan tulisan, persuratan, struktur sosial, kesenian, kepercayaan dan adat

Munculnya kepandaian dalam kesenian seperti pembuatan gangsa dan seni mempertahankan diri.

13 of 29

1.2 KEWUJUDAN

KERAJAAN DI ALAM MELAYU

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menerangkan kewujudan kerajaan Alam Melayu

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

14 of 29

33

Petempatan kecil berkembang menjadi pelabuhan

Pelabuhan berkembang menjadi kerajaan

Kerajaan wujud seawal abad pertama

Kerajaan - Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua, Gangga Nagara

Alam Melayu mempunyai kerajaan sezaman dengan tamadun lain

Kerajaan Alam Melayu telah berjaya membina kegemilangan dan kemasyuhuran

KEWUJUDAN KERAJAAN AWAL

DI ALAM MELAYU

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

15 of 29

33

  • Lokasi : Lembah Sungai Mekong
  • Masa: Abad 1 - 6
  • Pusat kerajaan : Vyadhapura
  • Lokasi : Selatan & tengah Vietnam
  • Masa: Abad 2 - 15
  • Pusat kerajaan: Indrapura
  • Lokasi : Lembah Sungai Musi, Sumatera
  • Masa: Abad 7 - 11
  • Pusat kerajaan : Palembang
  • Lokasi : Lembah Sungai Mekong
  • Masa: Abad 9 - 16
  • Pusat kerajaan : Hariharalaya
  • Lokasi : Lembah Sungai Brantas, JawaTimur
  • Masa: Abad 13 - 15
  • Pusat kerajaan : Kota Trowulan
  • Lokasi : Sungai Mas dan Sungai Bujang
  • Masa: Abad 5 - 11
  • Pusat kerajaan : Sungai Mas & Pangkalan Bujang
  • Lokasi : Pantai Barat bahagian tengah Tanah Melayu
  • Masa: Abad 6 - 11
  • Pusat kerajaan : Pangkalan

KEWUJUDAN KERAJAAN AWAL

DI ALAM MELAYU

ANGKOR

CHAMPA

FUNAN

KEDAH TUA

GANGGA NAGARA

SRIVIJAYA

MAJAPAHIT

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

16 of 29

1.3 KERAJAAN ALAM

MELAYU YANG

MASHYUR

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Memerihalkan kerajaan-kerajaan Alam Melayu yang mashyur

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPW LABUAN

17 of 29

KERAJAAN FUNAN

  • Berpusat di Vyadhapura
  • Diasaskan oleh Brahmin bernama Kaundinya
  • Kemudian beliau berkahwin dengan Soma, pemerintah wanita di Sungai Mekong dan membentuk Kerajaan Funan
  • Masyhur semasa pemerintahan Fan Shih-man
  • Fan Shih-man meluaskan kuasa ke Sungai Mekong hingga Teluk Camranh sebelah Timur.
  • Seterusnya, beliau menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra
  • Ini menyebabkan Funan menguasai jalan perdagangan utama antara Timur dan Barat
  • Kesannya, abad ke-3 Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu
  • Raja terakhir Rudravarman
  • Merosot apabila diserang oleh Kerajaan Chenla

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

18 of 29

KERAJAAN CHAMPA

  • Berpusat di Indrapura
  • Diasaskan oleh Chu-Lien pada 192M
  • Sering berhadapan dengan serangan Dai Viet.
  • Chu-Lien berjaya bebaskan Champa daripada pengaruh China
  • Masyhur semasa pemerintahan Che Bong Nga
  • Che Bong Nga berjaya atasi serangan dari Dai Viet

  • Seterusnya, beliau meluaskan kuasa ke wilayah Dai Viet hingga ke Lembah Sg. Merah
  • Serangan ke wilayah Dai Viet berjaya membunuh Raja Tran Due Tong
  • Kesannya, pemerintahan beliau diiktiraf oleh Dinasti Ming pada 1369
  • Merosot apabila Raja Indravarman meninggal dunia pada 1441
  • Dai Viet melancarkan serangan dan Champa ditawan pada 1471

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

19 of 29

KERAJAAN SRIVIJAYA

  • Kesannya, Srivijaya menguasai jalan laut antarabangsa iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda
  • Menjadikan Srivijaya kuasa perdagangan utama di Alam Melayu
  • Ia juga menjadi pusat pengajian agama Buddha
  • Merosot apabila diserang oleh tentera Chola dari selatan India pada 1025
  • Berpusat di Palembang
  • Diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada 683M
  • Beliau mengukuhkan kedudukan dgn menakluk kawasan sekitarnya seperti Bangka dan Taruma
  • Masyhur semasa pemerintahan Sangramadhananjaya (abad ke-8)
  • Beliau berjaya menakluk Sumatera, selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

20 of 29

KERAJAAN ANGKOR

  • Berpusat di Hariharalaya
  • Diasaskan oleh Jayavarman II dari Chenla
  • Beliau menyatukan wilayah di Sungai Mekong
  • Masyhur semasa pemerintahan Suryavarman II dengan meluaskan kuasa empayar Angkor dari sekitar Lembah Sg Mekong hingga ke selatan Myanmar
  • Beliau berjaya menghalang ancaman dari Champa dan Dai Viet
  • Beliau juga mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dengan pedagang luar
  • Usaha beliau diteruskan oleh Jayavarman VII yang meluaskan kuasa hingga ke sempadan Annam.
  • Beliau membina Angkor Thom dan 102 buah hospital
  • Merosot apabila Jayavarman VII mati dan diserang oleh Siam pada 1594

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

21 of 29

KERAJAAN MAJAPAHIT

  • Beliau mula meluaskan kuasa ke Timur Pulau Jawa, pesisir pantai Timur Sumatera, pesisir selatan dan barat Pulau Borneo, bahagian selatan dan utara Sulawesi dan Kepulauan Maluku.
  • Majapahit menjadi pusat perdagangan pada abad ke-14.
  • Merosot apabila Patih Gajah Mada mati dan diserang oleh Kerajaan Demak pada 1478

  • Berpusat di Kota Trowulan.
  • Diasaskan oleh Raden Vijaya dengan bantuan tentera Mongol pada 1294.
  • Masyhur bermula dengan perlantikan Patih Gajah Mada sebagai Perdana Menteri oleh pemerintah Tribuana Tunggadewi.
  • Beliau berjaya kembalikan keamanan dan keselamatan Majapahit

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

22 of 29

KERAJAAN KEDAH TUA

  • Berpusat di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang.
  • Muncul apabila masyarakat Guar Kepah menjalinkan hubungan perdagangan dengan pedagang luar.
  • Kewujudannya diperkukuh dengan catatan golongan agama dan pedagang (China, India dan Arab-Parsi)
  • Menjadi pusat keagamaan Buddha

  • Sumber China menamakannya sebagai Cheih Ch’a, Sumber India Kataha dan Arab Kalah-bar.
  • Masyhur dengan kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang, melibatkan pedagang Timur dan Barat.
  • Dikuasai oleh Srivijaya. serangan tentera Chola pada 1025 telah melemahkan perdagangan di Kedah Tua.
  • Pada abad ke-7, perubahan pemerintahan dengan pengasasan Kesultanan Kedah.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

23 of 29

KERAJAAN GANGGA NAGARA

  • Berpusat di Pangkalan.
  • Muncul kerajaan pada abad ke-6 tetapi berfungsi sebagai pusat pelabuhan sejak abad ke-5.
  • Diasaskan oleh Raja Ganji Sarjuna.
  • Pendapat lain menyatakan ia diasaskan oleh Raja Khmer dari Kemboja.
  • Mula masyhur pada abad ke-9.
  • Pada abad ke-5 mula dikunjungi oleh pedagang luar kerana kekayaan hasil bumi (emas dan bijih timah).
  • Berjaya mempertahankan kedaulatan daripada serangan Srivijaya pada 850M.
  • Mula lemah apabila diserang oleh tentera Chola dari India pada 1025.
  • Serangan telah memusnahkan pelabuhan Gangga Nagara

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

24 of 29

1.4 KERAJAAN ALAM MELAYU DAN

KERAJAAN LUAR

YANG SEZAMAN

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menghubungkaitkan kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan di luar Alam Melayu yang sezaman

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPW LABUAN

25 of 29

KERAJAAN LUAR

KERAJAAN

ALAM MELAYU

Empayar Rom

Empayar Parsi

Empayar Kushan

Dinasti Han

Kerajaan Abbasiyah

Empayar Byzantine

Dinasti Tang

Kerajaan Chola

Empayar Mongol

Kerajaan Turki Uthmaniah

Kesultanan Delhi

Funan (Abad 1M)

Champa

Srivijaya

Angkor

(Abad 9M)

KERAJAAN ALAM MELAYU & KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN

Champa

Angkor

Majapahit

(Abad 14M)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPW LABUAN

26 of 29

16

KERAJAAN ALAM MELAYU & KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN

Kedudukan strategik di laluan perdagangan timur dan barat

Kekayaan hasil bumi

Sikap keterbukaan pemimpin alam melayu

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

27 of 29

16

KERAJAAN ALAM MELAYU & KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

AGAMA ISLAM

disebarkan melalui peranan pedagang, pemerintah dan pendakwah.

Bukti - ukiran pengaruh Islam ditemui di Beruas, Perak

AGAMA HINDU

disebarkan melalui peranan pedagang, tentera dan golongan Brahmin.

Bukti - penemuan artifak pengaruh Hindu di Lembah Bujang, Kedah

AGAMA BUDDHA

disebarkan melalui peranan Asoka yang menghantar sami-sami Buddha ke Alam Melayu. Bukti - penemuan artifak pengaruh Buddha di Lembah Bujang, Kedah

HUBUNGAN KEAGAMAAN

28 of 29

16

KERAJAAN ALAM MELAYU & KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

JPWP LABUAN

HUBUNGAN

DIPLOMATIK

KERAJAAN CHINA

  • Abad ke-3
  • Funan memohon bantuan ketenteraan bagi melawan Dai Viet
  • Champa memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China iaitu Dai Viet
  • Abad ke-7
  • Srivijaya mohon mendapat pengiktirafan dan mengukuhkan hubungan persahabatan dan perdagangan
  • Kedah Tua memperkukuhkan hubungan perdagangan
  • Abad ke-12, Angkor mengukuhkan persahabatan dan perdagangan
  • Abad ke-14, Majapahit jalinkan hubungan persahabatan

KERAJAAN INDIA

  • Abad ke-3, Funan kukuhkan hubungan perdagangan dan keagamaan
  • Abad ke-9, Srivijaya eratkan hubungan persahabatan dan keagamaan
  • Abad ke-12, Angkor eratkan hubungan persahabatan
  • Abad ke-14,Majapahit eratkan hubungan persahabatan

29 of 29

��TERIMA KASIHUnit Sejarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum dengan kerjasama �JPWP Labuan �

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

Unit Sejarah

+603-8884 2000

unitsejarahbpk@gmail.com

http://bpk.moe.gov.my/