BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KSSM SEJARAH TINGKATAN 1
SEJARAH KITA DAN DUNIA
Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula
SEJARAH TINGKATAN 1
BAB 3
ZAMAN PRASEJARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
3
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
C
3.1 Maksud Zaman Prasejarah
3.2 Lokasi Zaman Prasejarah
3.3 Ciri-ciri Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah
3.4 Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah kepada Kehidupan Manusia
3.5 Zaman Prasejarah di Malaysia
ZAMAN PRASEJARAH
4
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
2.1 MAKSUD ZAMAN PRASEJARAH
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
5
MAKSUD ZAMAN PRASEJARAH
Zaman Prasejarah bermaksud zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan.
Zaman Prasejarah pula boleh dibahagikan kepada dua, iaitu
Zaman Batu
Zaman Logam
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Zaman Prasejarah turut dikenali sebagai nirleka dalam bahasa Sanskrit. Nirleka merupakan gabungan dua perkataan, iaitu nir yang bermaksud tidak ada dan leka yang bermaksud tulisan
Tempoh Masa Zaman Prasejarah
Zaman Paleolitik - 2.5 juta tahun – 8,000 SM
Zaman Mesolitik 12,000 – 4,000 SM
Zaman Neolitik 10,000 – 2,000 SM
Zaman Logam 3,500 SM – 500 M
6
MAKSUD ZAMAN PRASEJARAH
3. ZAMAN NEOLITIK
2. ZAMAN MESOLITIK
1. ZAMAN PALEOLITIK
merujuk kepada penggunaan teknologi batu dalam kehidupan harian manusia pada zaman tersebut. Terdapat tiga tahap Zaman Batu, iaitu:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ZAMAN BATU
ZAMAN LOGAM
manusia melakukan inovasi logam besi dan gangsa dalam peralatan mereka
7
merujuk kepada penggunaan teknologi gangsa dan besi.
manusia mula melakukan aktiviti pelayaran
MAKSUD ZAMAN PRASEJARAH
menjalankan aktiviti pertukaran barangan dan peralatan berasaskan gangsa yang dapat dikesan bertaburan di rantau Asia Tenggara
peralatan besi seperti kapak, tulang mawas, beliung dan mata lembing merupakan antara jenis peralatan besi yang digunakan oleh manusia ketika ini untuk memburu, bertani dan menjalankan aktiviti harian mereka
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
8
ELEMEN
KEWARGANEGARAAN
DAN NILAI SIVIK
Manusia Zaman Prasejarah berkeupayaan meneruskan kelangsungan hidup mereka. Bersetujukah anda? Berikan pandangan anda.
APLIKASI KBAT DAN
ELEMEN K (K3.1.6)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
9
CAKNA MINDA
Pada pendapat anda, bagaimanakah pengetahuan menggunakan api mempengaruhi
kehidupan manusia Zaman Prasejarah? Berikan pandangan anda.
APLIKASI KBAT
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
10
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
3.2 LOKASI ZAMAN PRASEJARAH DI DUNIA
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
11
LOKASI ZAMAN PRASEJARAH DI DUNIA
Ekofak: bukti tinggalan data arkeologi yang menjadi petunjuk wujudnya kegiatan budaya manusia di sesuatu kawasan seperti bekas pembakaran, debunga tumbuhan, sisa kerang, arang dan tulang binatang
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
12
LOKASI ZAMAN PRASEJARAH DI DUNIA
Gua Chauvet, Perancis
Tapak prasejarah ini terletak
di Perancis yang diduduki oleh manusia silih berganti antara 30,000 - 27,000 SM. Lukisan di dalam gua ini membuktikan penglibatan masyarakat prasejarah dalam aktiviti memburu binatang
Altamira, Sepanyol
Bukti lukisan yang ditemukan di dalam gua Altamira menunjukkan kewujudan manusia Zaman Mesolitik. Mereka hidup antara 35,000 – 11,000 SM
Catal Huyuk, Turki
Diduduki oleh manusia Zaman Prasejarah antara 7,100 – 600 SM. Aktiviti utama termasuklah pertanian, terutamanya penanaman barli dan gandum
Stonehenge, Britain
Dibina antara 3,700 - 1,600 SM. Binaan ini dikaitkan dengan upacara ritual dan tempat mengkaji bintang
Bhimbetka, India
Tapak prasejarah di Bhimbetka, di bahagian tengah India ini berusia 30,000 SM. Bukti di tapak ini menunjukkan kehidupan manusia prasejarah di India.
Zhoukoudian, China
Tapak ini berusia antara 18,000 - 11,000 SM dan ditemukan rangka manusia yang dinamakan Peking Man.
Shahr-i-Sokhta, Iran
Berusia antara 3,200 - 1,800 SM. Bukti di tapak ini menunjukkan kehidupan masyarakat yang telah tersusun dengan kawasan perumahan, kawasan perkuburan dan kawasan pembuatan barangan harian.
Gobekli Tepe, Turki
Tapak ini diduduki oleh manusia pada 12,000 SM. Ahli arkeologi berpendapat binaan batu di tapak ini mempunyai kaitan dengan upacara ritual.
Lokasi dan tapak Zaman Prasejarah terdapat di seluruh dunia. Berikut merupakan tapak yang terkenal dan diiktiraf oleh UNESCO.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
13
LOKASI ZAMAN PRASEJARAH DI ASIA TENGGARA
Ban Chiang, Thailand
Lokasi ini merupakan tapak Zaman Neolitik dan Zaman Logam, berusia antara 3,600 - 500 SM. Manusia di Ban Chiang menjalankan aktiviti pertanian, pembuatan logam, tekstil, tembikar tanah dan kegiatan menternak binatang
Lenggong, Malaysia
Lokasi ini merupakan antara tapak Zaman Prasejarah terpenting di rantau Asia Tenggara yang menunjukkan kehidupan manusia merentas Zaman Paleolitik, Hoabinhian dan Neolitik. Rangka Perak Man yang berusia antara 11,000 - 10,000 SM merupakan bukti paling penting menunjukkan kehidupan manusia Zaman Prasejarah di negara ini.
Gua Liang Bua, Pulau Flores Indonesia
Lokasi ini penting kerana penemuan fosil dan sisa tulang yang berusia antara 94,000 -12,000 SM yang dinamakan sebagai Flores Man atau Homo Floresiensis. Tapak ini juga menunjukkan kehidupan manusia sejak Zaman Paleolitik hingga Zaman Logam.
Gua Padah-lin, Myanmar
Lokasi ini merupakan tempat tinggal manusia Zaman Prasejarah antara 13,000 -11,000 SM
Sa Hyun, Vietnam
Lokasi ini merupakan tapak Zaman Besi yang paling menonjol di Asia Tenggara. Berusia antara 1000 SM - 200 M. Aktiviti utama ialah pembuatan tembikar.
Gua Tabon, Filipina
Lokasi ini merupakan tapak Zaman Prasejarah yang penting di Filipina yang dianggarkan berusia 47,000 SM. Tinggalan rangka manusia berusia antara 22,000 - 24,000 tahun yang lalu ditemui di sini.
Pelbagai lokasi Zaman Prasejarah turut ditemukan di Asia Tenggara. Tinggalan manusia yang ditemukan di lokasi-lokasi ini menunjukkan keupayaan manusia ketika itu menjalani kehidupan seharian mereka. Penemuan ini turut membuktikan ketinggian pencapaian mereka setanding dengan manusia Zaman Prasejarah di kawasan lain.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
14
ELEMEN
KEWARGANEGARAAN
DAN NILAI SIVIK
Tinggalan Zaman Prasejarah penting untuk dipelihara dan dipulihara. Bincangkan.
APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K3.1.7)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
15
CAKNA MINDA
Berdasarkan sumber,
bincangkan sebab manusia Zaman Prasejarah memilih gua sebagai lokasi tempat tinggal. Berikan pandangan anda.
APLIKASI KBAT
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
16
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
3.3 CIRI-CIRI KEHIDUPAN MANUSIA ZAMAN PRASEJARAH
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
17
CIRI-CIRI KEHIDUPAN MANUSIA ZAMAN PRASEJARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
tempat kediaman
peralatan
aktiviti pengumpulan makanan
kegiatan ekonomi
organisasi sosial
kepercayaan
kesenian dan kebudayaan
Kehidupan manusia Zaman Prasejarah mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu:
18
CIRI-CIRI KEHIDUPAN MANUSIA ZAMAN PRASEJARAH
TEMPAT KEDIAMAN
Zaman Paleolitik
Zaman Mesolitik
Zaman Neolitik
Zaman Logam
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Gua Niah, Sarawak
Gua Franchthi Greece
Ilustrasi rumah masyarakat
Neolitik di Ban Kao, Thailand
Petempatan Bena, Flores, Indonesia.
19
Zaman Paleolitik
PERALATAN
Zaman Neolitik
Zaman Mesolitik
Zaman Logam
CIRI-CIRI KEHIDUPAN MANUSIA ZAMAN PRASEJARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
20
CIRI-CIRI KEHIDUPAN MANUSIA ZAMAN PRASEJARAH
AKTIVITI PENGUMPULAN MAKANAN
Zaman Paleolitik
Kegiatan mengumpulkan makanan dilakukan dengan:
Zaman Mesolitik
Zaman Neolitik
Kemampuan manusia untuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan aktiviti mengumpulkan makanan semakin berkurangan.
Zaman Logam
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
21
CIRI-CIRI KEHIDUPAN MANUSIA ZAMAN PRASEJARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEGIATAN EKONOMI
Zaman Paleolitik
Zaman Neolitik
Zaman Mesolitik
Zaman Logam
22
CIRI-CIRI KEHIDUPAN MANUSIA ZAMAN PRASEJARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ORGANISASI SOSIAL
Zaman Logam
Zaman Paleolitik
Zaman Mesolitik
Zaman Neolitik
23
CIRI-CIRI KEHIDUPAN MANUSIA ZAMAN PRASEJARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Zaman Paleolitik
Zaman Mesolitik
Zaman Neolitik
Zaman Logam
Animisme: kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai kuasa dan semangat yang mampu menentukan kehidupan manusia.
Ritual: tatacara dalam upacara keagamaan.
KEPERCAYAAN
Tempat diadakan upacara ritual
di Gobekli Tepe,Turki.
Kubur Zaman Logam di selatan India.
24
CIRI-CIRI KEHIDUPAN MANUSIA ZAMAN PRASEJARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Zaman Paleolitik
Zaman Mesolitik
lukisan gua masih merupakan antara ciri kesenian yang wujud pada zaman ini
Zaman Neolitik
Zaman Logam
amat mementingkan nilai estetika yang ditemukan pada peralatan mereka seperti gendang gangsa yang mempunyai pola hiasan yang menarik
ELEMEN
KEWARGANEGARAAN
DAN NILAI SIVIK
Kemajuan yang dikecapi oleh masyarakat Zaman Prasejarah wajar dihargai oleh masyarakat kita pada masa kini. Bahaskan.
APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K3.1.8)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
CAKNA MINDA
Bagaimanakah manusia Zaman Prasejarah memanfaatkan alam sekitar untuk kelangsungan kehidupan mereka? Bincangkan.
APLIKASI KBAT
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
27
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
3.4 KESINAMBUNGAN
SUMBANGAN ZAMAN
PRASEJARAH KEPADA
KEMAJUAN MANUSIA
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
28
KESINAMBUNGAN SUMBANGAN ZAMAN PRASEJARAH
KEPADA KEMAJUAN MANUSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
29
KESINAMBUNGAN SUMBANGAN ZAMAN PRASEJARAH
KEPADA KEMAJUAN MANUSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Namun begitu, pada zaman moden, aktiviti pertanian telah menjadi aktiviti komersial apabila hasil pertanian mula dijual. Aktiviti pertanian dilakukan secara besar-besaran dalam bentuk ladang dengan menggunakan peralatan moden.
AKTIVITI PERTANIAN
Aktiviti pertanian giat dijalankan bermula pada Zaman Neolitik. Antara jenis tanaman termasuklah padi, gandum dan barli. Aktiviti pertanian menjadi sumber makanan penting kepada manusia hingga membolehkan mereka tinggal secara menetap.
Aktiviti ini terus diamalkan oleh manusia dan menjadi pekerjaan yang penting sehingga hari ini. Manusia menjalankan aktiviti pertanian sara diri secara kecil-kecilan untuk memenuhi keperluan sendiri.
30
KESINAMBUNGAN SUMBANGAN ZAMAN PRASEJARAH
KEPADA KEMAJUAN MANUSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
MEMBURU BINATANG
Aktiviti memburu binatang merupakan aktiviti paling tua yang diamalkan oleh manusia untuk mendapatkan makanan. Pada Zaman Prasejarah, aktiviti memburu binatang dilakukan menggunakan senjata yang diperbuat daripada batu, tulang, kayu, gangsa dan besi.
Selain itu, tombak dan panah digunakan bagi aktiviti memburu. Bagi sesetengah manusia, mereka menggunakan sumpit untuk aktiviti memburu. Amalan ini masih diamalkan sehingga kini.
Pada zaman moden, aktiviti memburu dijalankan sebagai hobi dengan menggunakan senjata yang lebih canggih, berlesen dan berdaftar. Kini, aktiviti memburu perlu mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa. Di negara kita, lesen berburu binatang dikeluarkan oleh Perhilitan (Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara).
31
CIRI-CIRI KEHIDUPAN MANUSIA ZAMAN PRASEJARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Pada zaman moden, penternakan binatang dijalankan secara komersial bagi menampung keperluan daging dan tenusu untuk sesebuah negara
MENTERNAK BINATANG
Sejak Zaman Neolitik, manusia telah mempunyai kemahiran menternak binatang. Aktiviti ini membolehkan mereka mendapatkan sumber makanan secara berterusan
32
KESINAMBUNGAN SUMBANGAN ZAMAN PRASEJARAH
KEPADA KEMAJUAN MANUSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Peralatan pada zaman moden berubah apabila mesin dan jentera mula digunakan. Aktiviti memotong dan menghiris daging tidak lagi menggunakan peralatan batu mahupun besi, sebaliknya menggunakan mesin terutamanya dalam aktiviti komersial
PERALATAN
Peralatan manusia Zaman Prasejarah diperbuat daripada batu, kayu dan tulang haiwan yang digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam kehidupan mereka. Peningkatan pengetahuan manusia tentang campuran logam, acuan dan suhu pembakaran telah membolehkan peralatan gangsa dan besi dicipta bagi menggantikan peralatan batu dan kayu.
Peralatan gangsa dan besi merupakan hasil ciptaan inovasi yang banyak membantu kehidupan manusia sehingga hari ini. Antaranya termasuklah pedang, parang, tombak, cangkul, keris dan kapak. Pembuatan peralatan besi ini terus kekal dalam sejarah dan tamadun manusia.
33
KESINAMBUNGAN SUMBANGAN ZAMAN PRASEJARAH
KEPADA KEMAJUAN MANUSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Manusia Zaman Prasejarah mempunyai pengetahuan dan kemahiran membuat tembikar yang dijadikan bekas makanan dan peralatan masakan. Kedua-dua pengetahuan ini masih diamalkan hingga hari ini. Pada Zaman Prasejarah, tembikar turut dijadikan peralatan dalam upacara ritual.
TEMBIKAR
Pembuatan tembikar terus kekal sehingga kini dan menjadi industri yang sangat penting. Pembuatan labu sayong merupakan industri yang penting di Kuala Kangsar, Perak.
Tembikar buatan China seperti tembikar Dinasti Ming serta buatan Vietnam pernah menjadi komoditi perdagangan yang penting pada abad ke-14 dan ke-15 Masihi.
34
KESINAMBUNGAN SUMBANGAN ZAMAN PRASEJARAH
KEPADA KEMAJUAN MANUSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Terdapat sesetengah masyarakat yang memasukkan mayat ke dalam keranda kayu dan disimpan di dalam gua batu kapur.
IDEOFAK
Kepala mayat diletakkan di atas “bantal” batu. Mayat juga disertai dengan bahan makanan dan terdapat ritual yang menampakkan kedudukan istimewa seseorang.
Sehingga kini, penghormatan terhadap mayat masih terus diamalkan mengikut agama masing-masing.
GUA CHA KELANTAN
SABAH
TAIPING
35
KESINAMBUNGAN SUMBANGAN ZAMAN PRASEJARAH
KEPADA KEMAJUAN MANUSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
MONUMEN DAN SENI BINA
Pada zaman moden, kemampuan manusia membina binaan yang mengagumkan terus meningkat, seperti Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).
Sejak Zaman Neolitik, manusia mempunyai kebolehan dan kepakaran untuk membina monumen dan binaan yang digunakan untuk pelbagai tujuan.
Binaan ini sebahagiannya masih kekal sebagai warisan sejarah untuk diwarisi oleh generasi akan datang.
Struktur megalitik berusia 3,700 SM di Ggantija, Malta
Angkor Wat, Kemboja
ELEMEN
KEWARGANEGARAAN
DAN NILAI SIVIK
Alam ciptaan tuhan wajar disyukuri dan dimanfaatkan dalam kehidupan. Bincangkan.
APLIKASI KBAT DAN ELEMEN K (K3.1.9)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
CAKNA MINDA
Manusia Zaman Prasejarah banyak mewariskan penemuan dan aktiviti mereka kepada tamadun manusia. Berikan pandangan anda.
APLIKASI KBAT
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
38
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
3.5 ZAMAN
PRASEJARAH
DI MALAYSIA
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
39
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Negara kita juga tidak terkecuali melalui Zaman Prasejarah.
Kewujudan Zaman Prasejarah di negara ini dibuktikan melalui penemuan lokasi-lokasi tinggalan manusia iaitu:
Penemuan ini dapat dilihat melalui pelbagai bukti, seperti
40
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ZAMAN | TAPAK |
40,000 SM Paleolitik |
|
12,000 – 2,800 SM Mesolitik (Hoabinhian) |
|
2,800 – 500 SM Neolitik |
|
500 SM – 500 M Logam |
|
LOKASI ZAMAN PRASEJARAH
Peta lokasi Zaman Prasejarah di Malaysia.
41
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEKNOLOGI
Teknologi merupakan bukti penting yang menunjukkan kewujudan Zaman Prasejarah di Malaysia dengan penemuan pelbagai jenis peralatan. Penemuan ini menunjukkan manusia Prasejarah di negara ini mempunyai kemahiran menghasilkan peralatan batu dan logam. Peralatan ini digunakan dalam kehidupan harian untuk memotong, menetak atau memecahkan tulang.
Peralatan logam yang ditemukan di Klang (Selangor) membuktikan kewujudan Zaman Logam di negara ini.
Peralatan batu Zaman Neolitik di Hulu Perak menunjukkan manusia telah mampu menggilap alatan tersebut.
Penemuan di Kota Tampan (Perak) dan Tingkayu (Sabah) menunjukkan wujud bengkel membuat peralatan batu.
42
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEMBIKAR DAN MANIK
Kewujudan Zaman Prasejarah di Malaysia seterusnya dibuktikan dengan kemahiran pembuatan tembikar dan manik.
Penemuan pelbagai jenis tembikar seperti yang ditemukan di Gua Niah, Sarawak menunjukkan manusia prasejarah di negara ini telah melakukan inovasi yang hebat. Tembikar ini mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan corak hiasan
Penemuan pelbagai jenis manik telah ditemukan seperti di Kuala Selinsing, Perak dan di Lembah Bernam, Selangor.
Manik yang ditemukan di Kuala Selinsing, Perak
Manik yang ditemukan
di Lembah Bernam, Selangor.
Tembikar Zaman Prasejarah di Jabatan Muzium Sarawak
Tembikar yang ditemukan
di Gua Niah, Sarawak.
43
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
LUKISAN GUA DAN UKIRAN BATU
Bukti paling ketara tentang kewujudan manusia Zaman Prasejarah di Malaysia ialah penemuan lukisan gua dan ukiran batu:
Ukiran Batu
Lukisan di Gua Niah
Lukisan di Gua Tambun
Ukiran Batu di Punang Kelapang, Ulu Baram, Sarawak
Ukiran Batu di Tenom, Sabah
Ukiran Batu di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan
44
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
EKONOMI
Kegiatan Perdagangan
Bukti-bukti tinggalan yang ditemukan di tapak-tapak Zaman Prasejarah menunjukkan terdapat tiga bentuk aktiviti masyarakat ini dalam bidang ekonomi iaitu
Aktiviti Memburu Dan Memungut Hasil Hutan
Aktiviti Penanaman Padi
Pisau Tembeling
Peta kawasan penanaman padi pada Zaman Prasejarah di Malaysia
45
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEPERCAYAAN
Kepercayaan masyarakat Prasejarah turut ditunjukkan melalui budaya megalit.
Pengebumian Memanjang
Gua Cha, Kelantan.
Pengebumian Melentur Gua Gunung Runtuh, Perak.
Pengebumian Keranda Kayu Pantai Timur, Sabah
Kubur Kepingan Batu Lembah Bernam, Selangor
Pengebumian Perahu Kuala Selinsing, Perak.
Pengebumian Tempayan terdapat di Sabah, Sarawak dan Kampung Limbongan,Terengganu.
Batu Megalit Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan.
CAKNA MINDA
Masyarakat Zaman Prasejarah mengamalkan kepercayaan dan
memberikan penghormatan kepada orang mati dengan pelbagai cara atau bentuk pengebumian. Bincangkan.
APLIKASI KBAT
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
47
LATIHAN PENGUKUHAN
AKHIR BAB 3
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
48
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)
1. Dalam perkembangan Zaman Prasejarah di Asia Tenggara, Zaman Hoabinhian merujuk kepada zaman ... | ||
| | |
| ||
2. Yang manakah lokasi Zaman Prasejarah terletak di Malaysia? I. Ban Chiang II. Hagop Bilo III. Gua Liang Bua IV. Bukit Tegun Lembu | ||
| ||
| | |
| ||
3. Rangka manusia yang ditemukan di X berusia antara 11,000 hingga 10,000 tahun dan menjadi bukti penting tentang kewujudan manusia Prasejarah di negara ini. Di manakah X? | ||
| ||
| | |
| ||
4. Mayat dikebumikan bersama-sama pelbagai peralatan. Mengapakah manusia prasejarah bertindak sedemikian? | ||
| | |
| ||
Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan
49
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)
5. Antara berikut yang manakah merupakan lokasi tempat kediaman manusia Zaman Mesolitik? | ||
| | |
| ||
6. Di manakah lokasi manusia Zaman Neolitik melakukan ritual bagi mewujudkan perdamaian dengan kuasa alam? | ||
| ||
| | |
| ||
7. Antara berikut yang manakah menunjukkan padanan yang tepat antara Zaman Prasejarah dengan peralatan yang mereka gunakan? | ||
| ||
| | |
| ||
8. Bukti paling ketara kewujudan manusia Zaman Prasejarah di Malaysia ialah… | ||
| | |
| ||
Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan
50
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
SOALAN STRUKTUR
Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan
1. Zaman Prasejarah berlaku di seluruh dunia dan dibuktikan melalui penemuan tinggalan artifak atau ekofak
Stonehenge, Britain |
……………………………………………………………… ………………………………………………………………
………………………………………………………………. ………………………………………………………………. |
c) Nyatakan fungsi lokasi tapak Zaman Prasejarah tersebut. (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. |
d) Memahami Zaman Prasejarah membolehkan kita mengetahui sejarah dan tamadun manusia berkembang dalam satu tempoh yang sangat panjang. Bincangkan. (4m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. |
51
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
SOALAN STRUKTUR
Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan
2. Negara kita Malaysia tidak terkecuali melalui Zaman Prasejarah.
Gambar di atas menunjukkan peta kawasan tanaman padi pada Zaman Prasejarah di Malaysia |
……………………………………………………………… ………………………………………………………………
………………………………………………………………. ………………………………………………………………. |
c) Jelaskan dua kesan aktiviti ekonomi tersebut terhadap kehidupan manusia pada zaman tersebut. (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. |
d) Sejauh manakah perkembangan aktiviti ekonomi masyarakat Zaman Prasejarah mempengaruhi kehidupan kita pada hari ini. (4m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. |
TERIMA KASIH
Unit Sejarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Unit Sejarah
+603-8884 2000
unitsejarahbpk@gmail.com
http://bpk.moe.gov.my/
Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula
BPK Peneraju Pendidikan Negara