KSSM SEJARAH TINGKATAN 5
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula
BAB 3:
RAJA BERPERLEMBAGAAN
DAN DEMOKRASI
BERPARLIMEN
SEJARAH TINGKATAN 5
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen
Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja dalam Perlembagaan
Persekutuan
Amalan Demokrasi
dan Pengasingan Kuasa
Keunikan Amalan Demokrasi
Berparlimen di Negara Kita
BAB 3: RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN
01
02
03
04
05
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
3
3.1
LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN BERAJA DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
sistem pemerintahan beraja dan
Demokrasi Berparlimen
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
4
01
Pemerintahan beraja merupakan tradisi yang berakar umbi dan menjadi teras kewujudan kerajaan Melayu. Raja memerintah dengan kuasa yang penuh dan berdaulat
02
Cabaran terhadap pemerintahan beraja berlaku selepas pentadbiran tempatan dikuasai oleh
British dan Jepun
Walau bagaimanapun, pemerintahan beraja tidak terhapus
Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa sehingga diiktiraf sebagai Raja Berperlembagaan seiring dengan konsep Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita pada hari ini
PENGENALAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
5
03
04
RAJA BERKUASA MUTLAK
KMM mengamalkan pemerintahan beraja berkuasa mutlak. Raja memegang semua kuasa pemerintahan termasuk kuasa pentadbiran, perundangan dan kehakiman
01
02
03
04
05
06
KONSEP ISLAM
pemerintahan kesultanan ini diperkukuh dengan konsep Islam. Konsep ini sekali gus menjadikan raja sebagai ketua agama Islam
RAJA-RAJA MELAYU
dianggap sebagai sumber undang-undang, ketua kerajaan dan ketua agama yang bertanggungjawab mempertahankan adat dan struktur masyarakat dalam kerajaan Melayu
UNDANG-UNDANG
iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka membuktikan kehidupan bernegara dan ciri sistem berperlembagaan terserlah pada zaman KMM
PEMERINTAHAN KMM BERPENGARUH BESAR
membina tradisi dan adat istiadat yang diwarisi oleh kesultanan Melayu selepasnya sama ada yang mempunyai pertalian dengan KMM dari segi keturunan dan bekas negeri naungan atau jajahan
KEABSAHAN
bagi semua tindakan terletak pada kedaulatan Raja-raja Melayu
PEMERINTAHAN BERAJA KMM
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
6
KESULTANAN MELAYU SELEPAS KMM
diteruskan secara langsung oleh Kesultanan Johor Riau, Pahang dan Perak
LEGASI KMM
Kesultanan Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis diasaskan setelah berakhirnya KMM
KERAJAAN SELEPAS KMM BERAKHIR
Kesultanan Terengganu dan Selangor merupakan kesinambungan daripada Kesultanan Johor Riau
KESINAMBUNGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
Kesultanan Kedah merupakan kerajaan terawal yang diasaskan di negara kita. Kesultanan ini mengakui pertuanan KMM
KERAJAAN TERAWAL
01
02
03
04
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
7
SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
8
Bagi NNMTB, kedudukan raja lebih kukuh. British tempatkan Penasihat British namun pentadbiran negeri tetap dilaksanakan oleh pembesar yang dilantik oleh raja
05
06
07
Bagi NNMB, British ambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar negeri. Raja-raja Melayu kekal sebagai pemerintah berdaulat, walaupun dikehendaki menerima nasihat daripada pegawai British yang dilantik sebagai Residen
Penggubalan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911 serlahkan ciri pemerintahan Raja Berperlembagaan dalam
Kesultanan Johor dan Terengganu
01
02
03
Semasa peluasan pengaruh British, pemerintahan beraja menjadi penghalang yang menyukarkan British melakukan penjajahan di negeri Melayu
British sekadar berupaya memperkenalkan Sistem Residen di NNMB dan Sistem Penasihat di NNMTB
Raja-raja Melayu memerintah dengan campur tangan British dalam pentadbiran tempatan yang dimeterai melalui perjanjian atau surat perisytiharan daripada Raja-raja Melayu
Penggubalan undang-undang tersebut berkait rapat dengan usaha raja, pembesar dan rakyat untuk menghalang peluasan
pengaruh British dan mengekalkan kedaulatan negeri
04
RUMUSANNYA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
9
Negeri Melayu hanya menjadi negeri naungan British
Perjanjian antara Raja-raja Melayu dengan British sebelum Perang Dunia Kedua tidak memindahkan kedaulatan negeri Melayu kepada British
Raja sebagai ketua negeri yang mengesahkan undang-undang membuktikan kedaulatan raja
dalam struktur pentadbiran negeri Melayu
Kebijaksanaan diplomasi Raja-raja Melayu membolehkan pemerintahan beraja dipertahankan
01
02
03
04
Raja-raja Melayu diiktiraf sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam
1.
Raja-raja Melayu juga memperoleh pendapatan
seperti sebelum Perang Dunia Kedua
2.
Pengiktirafan tersebut diisytiharkan semasa persidangan Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera dengan pemerintah tentera Jepun di Singapura pada bulan Januari 1943
3.
Kedudukan Raja-raja Melayu di negeri masing-masing diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Jepun di Tanah Melayu
4.
SEMASA PENDUDUKAN JEPUN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
10
SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
11
Pemerintahan beraja menerima cabaran apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946
Raja-raja Melayu kehilangan kuasa sebagai pemerintah negeri kerana kuasa pemerintahan diambil oleh Raja England
British memerintah Malayan Union secara langsung melalui Gabenor yang dilantik oleh kerajaan British
Kesepakatan Raja-raja Melayu menentang Malayan Union dengan sokongan orang Melayu menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948 (PTM 1948)
Kedaulatan Raja-raja Melayu yang diwarisi daripada KMM dikembalikan seperti sebelum Perang Dunia Kedua melalui Perjanjian PTM 1948
Undang-Undang Tubuh digubal oleh Raja-raja Melayu bagi negeri masing-masing dan diguna pakai sehingga hari ini mengangkat Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
SELEPAS MERDEKA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
12
Sementara itu, rakyat diberi hak memilih
wakil mereka melalui pilihan raya untuk
membentuk kerajaan
MULA
Pemerintahan beraja diteruskan dalam Perlembagaan Persekutuan dan beberapa
pindaan dibuat supaya sesuai dengan konsep demokrasi
Ciri Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam Perlembagaan Persekutuan
mengiktiraf raja sebagai pemerintah tertinggi negara
Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 diperoleh melalui perundingan dan persetujuan
Raja-raja Melayu
Jawatan YDPA diwujudkan sebagai Ketua Utama Negara. Kedudukan, kuasa dan tugas YDPA termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
01
02
03
TAMAT
KESIMPULANNYA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
13
4
Sistem tersebut mesti dipertahankan sebagai tonggak kestabilan dan teras perpaduan untuk kemakmuran negara
3
2
Pemerintahan beraja merupakan kesinambungan sejarah dan warisan negara yang kekal peranannya sehingga hari ini
Pemerintahan beraja menjadi punca dan identiti kedaulatan negara
1
Pembinaan negara bangsa menuju Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen merupakan proses yang bersandarkan muafakat
APLIKASI KBAT
DAN ELEMEN K (K12.3.6)
Raja berperanan penting dalam memakmurkan negara. Bersetujukah anda?
Jelaskan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
14
APLIKASI KBAT
CAKNA MINDA
Mengapakah pentadbiran tentera Jepun mengekalkan pemerintahan beraja di Tanah Melayu?
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
15
3.2
SEJARAH DAN KEDUDUKAN INSTITUSI MAJLIS RAJA-RAJA
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
kedudukan institusi Majlis Raja-Raja
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
16
Durbar dibentuk pada tahun 1897 seiring dengan penubuhan NNMB
Durbar dalam negeri-negeri ini berperanan sebagai sebuah majlis persidangan bagi Raja-raja Melayu negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan untuk membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan pihak British
Durbar membawa maksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja Melayu dengan British
Keahlian Durbar NNMB
Durbar dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Ahlinya terdiri daripada:
• Raja-raja Melayu (Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang)
• Residen British di NNMB
• Setiausaha NNMB
PENGENALAN
PEMBENTUKAN DURBAR NNMB
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
17
MAJLIS SULTAN-SULTAN SEMASA MALAYAN UNION
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
18
Perlembagaan Malayan Union 1946 memperuntukkan penubuhan Majlis Sultan-Sultan (The Council of Sultans)
Di bawah The Malayan Union Order in Council 1946, Majlis Sultan-Sultan dipengerusikan oleh Gabenor Malayan Union
Ahli majlis terdiri daripada 9 orang Raja Melayu dan 3 pegawai kanan British
Antara fungsi Majlis Sultan-Sultan termasuklah membincangkan undang-undang berkaitan dengan agama Islam dan menasihati Gabenor tentang perkara yang dibangkitkan oleh Raja-raja Melayu
Majlis tersebut tidak pernah diwujudkan dalam tempoh Malayan Union kerana Raja-raja Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union
Keanggotaan Majlis Sultan-Sultan Malayan Union
• Gabenor Malayan Union (Pengerusi)
• 9 orang Raja Melayu
• Ketua Setiausaha Malayan Union,
Penasihat Undang-undang dan
Setiausaha Kewangan
01
02
03
04
05
06
MAJLIS RAJA-RAJA SEMASA PTM 1948
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
19
01
Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 apabila PTM 1948 dibentuk menggantikan Malayan Union
04
Persidangan Majlis Raja-Raja perlu disertai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk memeterai keputusan persidangan
02
Berdasarkan Perjanjian PTM 1948, Majlis Raja-Raja menjadi institusi yang dilengkapi dengan kuasa dan sekretariat, sesuai dengan kedudukan dan peranannya
03
Majlis Raja-Raja diurus sepenuhnya oleh Raja-raja Melayu. Pengerusi mesyuarat ditentukan oleh Raja-raja Melayu dalam kalangan 9 orang Raja Melayu
05
Raja-raja Melayu diberi hak dan kuasa untuk mendapat penerangan daripada Pesuruhjaya Tinggi British tentang penggubalan undang-undang dan dasar Kerajaan Persekutuan
MAJLIS RAJA-RAJA SELEPAS MERDEKA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
20
Selepas PTM 1948 mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, peranan Majlis Raja-Raja dikekalkan, namun keanggotaannya mengalami perubahan
Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli Majlis Raja-Raja
Yang di-Pertua Negeri tidak turut serta dalam mesyuarat khas melibatkan institusi beraja seperti pemilihan YDPA dan Timbalan YDPA
Selepas Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Sabah turut menjadi ahli Majlis Raja-Raja
01
02
03
04
MOHOR BESAR RAJA-RAJA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
21
Mohor Besar Raja-Raja melambangkan kekuasaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu
Mohor ini disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang juga merupakan Setiausaha Majlis Raja-Raja
Dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja diturunkan dengan cap Mohor Besar diikuti dengan tandatangan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Permukaan Mohor Besar Raja-Raja mengandungi jata kerajaan 9 Negeri Melayu serta tertulis perkataan “Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu” dalam tulisan Jawi
02
01
03
04
Tahukah anda?
Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 31 Ogos 1948 bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-Raja yang digunakan sehingga hari ini
Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa dan fungsi dalam sistem Raja Berperlembagaan. Majlis Raja-Raja boleh bertindak menggunakan budi bicara bagi melaksanakan fungsinya
KEDUDUKAN MAJLIS RAJA-RAJA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
22
FUNGSI MAJLIS
RAJA-RAJA
MemilihYDPA dan Timbalan YDPA
01
02
03
05
07
04
06
Bersetuju atau tidak bersetuju
sebarang undang-undang yang
memerlukan persetujuan Majlis
Raja-Raja
Memberikan nasihat berkaitan dengan pelantikan jawatan tertentu
Menjadi rujukan dalam perubahan dasar berhubung dengan kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera di Sarawak dan Sabah
dan kepentingan sah kaum lain
Menjadi Lembaga
Pengampunan bagi
kes-kes tertentu
Memperkenankan perubahan
persempadanan negeri setelah
mendapat perkenan raja negeri
berkenaan
Memperkenankan pindaan
perlembagaan bagi perkara-perkara tertentu
MAJLIS RAJA-RAJA MERUPAKAN INSTITUSI BERAJA DI MALAYSIA
KESIMPULANNYA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
23
APLIKASI KBAT
DAN ELEMEN K (K12.3.7)
Taat setia rakyat kepada pemerintah penting dalam membina negara yang maju dan makmur.
Bahaskan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
24
APLIKASI KBAT
CAKNA MINDA
Mengapakah Majlis Raja-Raja
dalam PTM 1948 menjadi institusi khas untuk Raja-raja Melayu?
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
25
3.3
YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA DALAM PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
kuasa YDPA dan raja dalam
Perlembagaan Persekutuan
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
26
PENGENALAN
INSTITUSI YANG DI-PERTUAN AGONG
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
27
Jawatan YDPA diwujudkan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957
YDPA dipilih dalam kalangan raja yang memerintah di 9 buah negeri dalam Persekutuan, iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan
Pemilihan YDPA dilaksanakan oleh Majlis Raja-Raja menurut kaedah yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-Raja
Seiring dengan kewujudan jawatan YDPA, turut diperkenalkan jawatan Timbalan YDPA berdasarkan Perlembagaan Persekutuan
01
02
03
04
INSTITUSI YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
28
PERKARA 32 |
|
KEDUDUKAN YANG DI-PERTUAN AGONG
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
29
KEUTAMAAN KEDUDUKAN |
Keutamaan Kedudukan dalam Persekutuan: 1. YDPA 2. Raja Permaisuri Agong 3. Raja-raja dan Pemangku Raja 4. Yang di-Pertua bagi negeri-negeri 5. Bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada Kerajaan Persekutuan 6. Perdana Menteri 7. Timbalan Perdana Menteri |
RUMUSAN |
|
KUASA EKSEKUTIF (YDPA bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri) |
Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri •YDPA melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada budi bicara baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri • Baginda dengan nasihat Perdana Menteri melantik Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri daripada Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara Pelantikan Jawatan Penting • YDPA melantik Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Audit Negara • Baginda juga melantik Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Ahli Suruhanjaya Polis dan sejumlah ahli dalam Majlis Angkatan Tentera Ketenteraan •YDPA ialah pemerintah tertinggi seluruh Angkatan Tentera Malaysia • Baginda dibantu oleh Majlis Angkatan Tentera yang bertanggungjawab di bawah kuasa baginda bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera serta perkara yang bersangkutan dengan gerakan tentera Diplomatik • YDPA melantik diplomat Malaysia ke luar negara • Baginda juga menerima menghadap diplomat asing sebelum mereka mula menjalankan tugas |
YDPA mempunyai kuasa atau peranan yang luas dalam pemerintahan negara meliputi kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman
KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
30
KUASA PERUNDANGAN (YDPA memperkenankan sesuatu Rang Undang-Undang yang melalui proses pembentangan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara) |
Persidangan Parlimen • YDPA mempunyai kuasa memanggil Parlimen bersidang • Baginda juga berkuasa memberhentikan dan membubarkan Parlimen. Agama • YDPA merupakan Ketua Agama Islam di negeri baginda sendiri, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah • Ketua agama Islam di negeri-negeri lain ialah sultan atau raja yang memerintah di negeri masing-masing Hak dan Keistimewaan • YDPA bertanggungjawab menjaga serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah • Baginda juga bertanggungjawab melindungi kepentingan sah kaum lain di Malaysia Pengisytiharan Darurat •YDPA boleh membuat pengisytiharan darurat • Pengisytiharan darurat dibuat setelah baginda memastikan kebenaran wujudnya keadaan yang mengancam keselamatan awam dan ekonomi negara |
KUASA KEHAKIMAN (YDPA melantik hakim Mahkamah Atasan atas nasihat Perdana Menteri setelah dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan berunding dengan Majlis Raja-Raja) |
Kuasa Kehakiman • Hakim Mahkamah Atasan terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuasa Pengampunan • Dalam hal jenayah di Wilayah Persekutuan, seseorang yang sudah dihukum boleh memohon keampunan daripada YDPA • Baginda akan bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan
|
Kesetiaan kepada raja dan negara merupakan prinsip kedua Rukun Negara
Sebagai warganegara yang patriotik, kita mesti mengamalkan prinsip tersebut bagi menzahirkan taat setia kepada YDPA tonggak pemerintahan negara
KESIMPULANNYA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
31
01
02
APLIKASI KBAT
DAN ELEMEN K (K12.3.8)
Demokrasi merupakan elemen utama dan asas kepada pemerintahan negara kita.
Bincangkan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
32
APLIKASI KBAT
CAKNA MINDA
Mengapakah perkataan “Urusan
Seri Paduka Baginda” tercatat
pada sampul surat urusan kerajaan?
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
33
3.4
AMALAN DEMOKRASI DAN PENGASINGAN KUASA
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
demokrasi serta pengasingan kuasa
di peringkat persekutuan dan negeri
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
34
PILIHAN RAYA
TANGGUNGJAWAB RAKYAT
AMALAN PILIHAN RAYA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
35
Demokrasi Berparlimen diterima sebagai sistem pentadbiran negara. Ciri demokrasi seperti amalan pilihan raya, jaminan kepada kebebasan asasi serta pembahagian kuasa pada peringkat persekutuan dan negeri dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan
PENGENALAN
merupakan hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi
undang-undang
KEBEBASAN ASASI ATAU HAK ASASI
menggariskan perkara tentang kebebasan asasi seperti kebebasan diri, kebebasan beragama, hak berkenaan dengan pendidikan serta kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan
PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang
KEBEBASAN DIRI
Islam ialah agama Persekutuan. Penganut agama lain boleh mengamalkan agama masing-masing
KEBEBASAN BERAGAMA
tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir
HAK BERKENAAN DENGAN PENDIDIKAN
setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan membentuk persatuan
KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN
KEBEBASAN ASASI
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
36
01
02
03
04
05
06
KEBEBASAN ASASI
KEBEBASAN ASASI
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
37
Kebebasan bersuara termasuklah kebebasan media yang dikawal oleh Akta Hasutan 1948 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merupakan institusi Hak Asasi Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597
SUHAKAM berperanan bagi mempromosikan dan melindungi hak asasi semua orang di negara ini
01
02
03
PENGASINGAN KUASA DALAM PEMERINTAHAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
38
badan perundangan (legislatif)
badan eksekutif (pelaksana)
badan kehakiman (judisiari)
PENGASINGAN KUASA
diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan hingga hari ini. Kuasa badan tersebut ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. YDPA sebagai Ketua Utama Negara merupakan punca kuasa kepada ketiga-tiga badan iaitu:
01
02
03
BADAN PERUNDANGAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
39
Badan perundangan berfungsi menggubal undang-undang. Badan perundangan pada peringkat Kerajaan Persekutuan ialah Parlimen. Badan perundangan pada peringkat Kerajaan Negeri pula ialah Dewan Undangan Negeri (DUN)
PARLIMEN
DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
Dewan Rakyat atau Perwakilan
• Dewan yang ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
• Menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
Dewan Negara atau Senat
• Dewan tertinggi dalam sistem perundangan negara.
• Membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih teliti.
YDPA
Salah satu komponen dalam badan perundangan.
Ilustrasi bangunan Parlimen menunjukkan lokasi Dewan Negara dan Dewan Rakyat
JEMAAH MENTERI (KABINET)
BADAN EKSEKUTIF
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
40
Badan eksekutif ialah badan pemerintah yang melaksanakan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Persekutuan. Badan eksekutif peringkat Kerajaan Persekutuan ialah Jemaah Menteri manakala badan eksekutif peringkat Kerajaan Negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
05
03
01
02
04
Anggota Jemaah Menteri berpegang pada prinsip tanggungjawab bersama secara kolektif kepada Parlimen. Setiap menteri mesti mempertahankan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri
Perdana Menteri mengetuai Jemaah Menteri, memimpin kerajaan dan menjalankan pentadbiran pada peringkat Kerajaan Persekutuan
Menteri mengetuai kementerian untuk melaksanakan dasar kerajaan yang diputuskan oleh Jemaah Menteri
Tugas utama Jemaah Menteri menggubal dasar negara dan melaksanakan pembangunan
Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan menteri seperti Menteri Kewangan, Menteri Pendidikan dan Menteri Kesihatan
06
Sekiranya seseorang menteri tidak bersetuju dengan dasar kerajaan, beliau hendaklah meletakkan jawatan sebagai ahli Jemaah Menteri
BADAN EKSEKUTIF
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
41
MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
Bagi negeri di Semenanjung Malaysia, kuasa eksekutif ini dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau EXCO (Executive Council). Di Sarawak dan Sabah, badan eksekutif negeri dikenali sebagai Kabinet Negeri
Pada peringkat negeri, kuasa eksekutif terletak pada Sultan atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri
Pentadbiran Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri
.
Badan eksekutif ialah badan pemerintah yang melaksanakan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Persekutuan. Badan eksekutif peringkat Kerajaan Persekutuan ialah Jemaah Menteri manakala badan eksekutif peringkat Kerajaan Negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
01
02
03
BADAN EKSEKUTIF
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
42
Badan eksekutif ialah badan pemerintah yang melaksanakan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Persekutuan. Badan eksekutif peringkat Kerajaan Persekutuan ialah Jemaah Menteri manakala badan eksekutif peringkat Kerajaan Negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
SISTEM JEMAAH MENTERI
KESULTANAN MELAYU KELANTAN
Pada abad ke-19, Sultan Muhammad II membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pemerintahan Kesultanan Melayu Kelantan
8 badan Jemaah Menteri ditubuhkan dan setiap satunya dianggotai oleh 4 orang pembesar
Jemaah Menteri tersebut terdiri daripada:
01
02
03
BADAN KEHAKIMAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
43
Badan kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab mentafsirkan dan melaksanakan undang-undang serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan
Badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara. Kuasa badan kehakiman dilaksanakan oleh mahkamah
01
02
03
04
05
06
Hakim dilantik untuk memastikan sistem kehakiman dan keadilan ditegakkan di negara kita
Peranan badan kehakiman adalah untuk mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat mahupun sesama rakyat
Selain itu, terdapat mahkamah pada peringkat negeri, iaitu Mahkamah Syariah serta Mahkamah Anak Negeri di Sarawak dan Sabah
Badan kehakiman juga menyelesaikan konflik Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
Fungsi badan kehakiman bergantung pada status mahkamah yang terdiri daripada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan serta Mahkamah Khas
BADAN KEHAKIMAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
44
Hakim mestilah bebas daripada pengaruh politik bagi memastikan badan kehakiman sebagai institusi keadilan
01
02
Sebagai individu yang mempunyai hak yang dijamin oleh perlembagaan, kita sewajarnya memahami kepentingan menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang seperti yang tersurat dalam Rukun Negara
Hal ini dapat menjamin integriti badan kehakiman sebagai badan yang bertanggungjawab menjamin keadilan sosial demi kesejahteraan rakyat
Badan kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab mentafsirkan dan melaksanakan undang-undang serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan
Mahkamah Atasan
Mahkamah Bawahan
Hierarki badan kehakiman di Malaysia
Mahkamah Khas
Tidak terletak dalam hierarki mahkamah biasa, antaranya:
• Mahkamah Khas Raja-Raja
• Mahkamah Tentera
Pengasingan kuasa
KESIMPULANNYA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
45
Pengasingan kuasa dalam pemerintahan negara penting untuk mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama
Pengasingan kuasa dapat membentuk konsep semak dan imbang dalam pemerintahan supaya kuasa pemerintahan tidak dikuasai oleh seseorang atau sesebuah institusi
APLIKASI KBAT
DAN ELEMEN K (K12.3.9)
Pengasingan kuasa perlu dilaksanakan dalam sistem demokrasi. Bersetujukah anda?
Bincangkan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
46
APLIKASI KBAT
CAKNA MINDA
Mengapakah Jemaah Menteri berpegang kepada prinsip tanggungjawab bersama?
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
47
3.5
KEUNIKAN AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI NEGARA KITA
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
Berparlimen di negara kita
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
48
GABUNGAN UNSUR TRADISIONAL DAN MODEN DALAM PENTADBIRAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
49
Keunikan pemerintahan di Malaysia teradun antara unsur tradisional dengan moden
Unsur tradisional terletak pada kedudukan raja sebagai warisan sosiopolitik masyarakat Melayu
Kombinasi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen merupakan
kaedah terbaik untuk mengimbangi amalan demokrasi dalam persekitaran
sosiopolitik di negara kita yang mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan budaya
Unsur moden pula ialah Demokrasi Berparlimen berdasarkan
model Westminster England
01
02
03
04
MEKANISME SEMAK DAN IMBANG DALAM PENTADBIRAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
50
02
03
04
05
Sekiranya
timbul konflik dan kekeliruan, penyelesaian dibuat melalui badan kehakiman
Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan di negara kita
Badan perundangan diberi peranan menggubal undang-undang yang akan dilaksanakan oleh badan eksekutif
Kuasa pengimbang yang ada pada raja mampu meredakan konflik yang berlaku dalam demokrasi seperti pertikaian parti politik yang pelbagai ideologi dan perselisihan antara kaum
Mekanisme semak dan imbang juga berlaku melalui pengasingan kuasa, iaitu badan perundangan, eksekutif dan kehakiman
Pemerintahan beraja berperanan bagi mengimbangi pemerintahan demokrasi kerana raja berkecuali dalam hal politik, ekonomi dan dasar negara
01
06
02
03
04
05
Raja dan Yang di-Pertua Negeri pula mempunyai kuasa budi bicara tidak memperkenankan pembubaran DUN
YDPA juga mempunyai kuasa budi bicara untuk tidak memperkenankan
permintaan pembubaran Parlimen
Raja dan Yang di-Pertua Negeri mempunyai kuasa budi bicara melantik ketua Kerajaan Negeri, iaitu Menteri Besar dan Ketua Menteri
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa budi bicara kepada YDPA dalam soal pelantikan ketua Kerajaan Persekutuan, iaitu Perdana Menteri
Secara umumnya, kuasa budi bicara raja ialah kuasa yang boleh dilaksanakan oleh baginda tanpa
mendengar atau menurut nasihat ketua kerajaan dalam perkara tertentu
02
03
04
05
01
KUASA BUDI BICARA RAJA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
51
KERJASAMA POLITIK
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
52
Kerjasama politik menekankan soal perkongsian kuasa antara kaum berdasarkan prinsip tolak ansur, perundingan dan pengorbanan bagi memastikan suara setiap kaum diwakili
Permuafakatan pelbagai parti politik
dalam satu gabungan membolehkan parti politik membentuk kerajaan dan berkongsi kuasa dalam pemerintahan di negara kita
Sejak pilihan raya pada tahun 1955, gabungan parti berasaskan kaum dibentuk atas nama Parti Perikatan
Gabungan ini kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional
Parti ini memenangi 13 kali pilihan raya umum untuk membentuk Kerajaan Persekutuan
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun 2018, kerjasama politik telah membolehkan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan
01
02
03
04
05
06
Pada bulan Februari 2020, Perikatan Nasional menerajui negara kita menggantikan Pakatan Harapan
KERJASAMA POLITIK
DI MALAYSIA
Malaysia mempunyai bentuk pemerintahan yang unik dengan ciri tersendiri
Kombinasi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen membentuk pentadbiran yang sistematik dan unggul
Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen berjaya mewujudkan kestabilan yang membawa kemajuan dalam pelbagai bidang sejak merdeka hingga hari ini
Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita sewajarnya menyedari kepentingan taat setia kepada pemerintah demi kemakmuran bangsa dan negara
Kita perlu memahami demokrasi sebagai salah satu asas pemerintahan negara
Malaysia mengamalkan prinsip demokrasi dengan mengambil kira kepentingan nilai tempatan dan warisan budaya bangsa
Demokrasi Berparlimen dilaksanakan di negara kita dengan cara tersendiri yang mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat
Demokrasi Berparlimen pada asasnya memberikan hak sama rata kepada setiap warganegara, dikawal dan diseimbangkan dengan kedaulatan Raja Berperlembagaan
KESIMPULANNYA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
53
01
02
03
04
05
06
07
08
APLIKASI KBAT
CAKNA MINDA
Unsur tradisional dalam pentadbiran dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Bahaskan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
54
LATIHAN PENGUKUHAN AKHIR BAB 3
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
55
“Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat” (Imam As-Syafie)
#USAHATANGGAKEJAYAAN
#SELAMATMAJUJAYA
1. Apakah kepentingan cap mohor? | ||
| ||
| | |
| ||
2. Pembahagian kuasa dalam sistem pemerintahan negara kita melibatkan 3 badan iaitu.... | ||
| ||
| | |
| ||
3. Semasa negara kita dijajah sehingga negara kita merdeka, sistem pemerintahan beraja tidak pernah terhapus sebaliknya berkembang menjadi sistem..... | ||
| ||
| | |
| ||
4. Legasi Kesultanan Johor Riau disambung oleh Kesultanan Melayu…… | ||
| ||
| | |
| ||
Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
56
SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)
5. Bagaimana pemerintahan beraja di negara kita dipertahankan? | ||
| ||
| | |
| ||
6. Durbar ialah perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja Melayu dengan British. Durbar dipengerusikan oleh…. | ||
| ||
| | |
| ||
7. Demokrasi Berparlimen diterima sebagai sistem pentadbiran negara. Ciri demokrasi ialah.... | ||
| ||
| | |
| ||
8. Tiga komponen, iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan membentuk…. | ||
| ||
| | |
| ||
Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan
57
SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
|
a) Namakan (2m) :
i) X : ....……………………………………………………… ii) Y : ………………………………………………………... b) Nyatakan punca kuasa bagi ketiga-tiga badan di atas (1m) ………………………………………………………………... |
c) Kuasa bagi ketiga-tiga badan ini ditentukan oleh (1m) ………………………………………………………………. d) Parlimen terletak di bawah kuasa Badan Perundangan. Nyatakan komponen yang membentuk Parlimen (2m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... |
e) Pengasingan kuasa dalam pemerintahan negara penting untuk mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama. Bincangkan (4m) ………………………………………………………………. ……………………………………………………............... ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ……………………………………………………………….
|
58
Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan
SOALAN STRUKTUR
X
Y
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
2. Gambar di bawah menunjukkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Di negara kita Malaysia, terdapat beberapa negeri yang tidak mempunyai DUN |
……………………………………………………………… ………………………………………………………………
………………………………………………………………. ……………………………………………………………….
|
c) Nyatakan fungsi Dewan Undangan Negeri (2m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. |
d) Parlimen merupakan lambang demokrasi dan mencerminkan aspirasi rakyat. Bincangkan (4m) ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. ………………………………………………………………. |
59
Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan
SOALAN STRUKTUR
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TERIMA KASIH
BPK Peneraju Pendidikan Negara
Unit Sejarah
+603-8884 2000
unitsejarahbpk@gmail.com
http://bpk.moe.gov.my/
Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula