1 of 50

KSSM SEJARAH TINGKATAN 5

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula

2 of 50

KSSM SEJARAH TINGKATAN 5

SEJARAH TINGKATAN 5

BAB 4 SISTEM PERSEKUTUAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

3 of 50

BAB 4: SISTEM PERSEKUTUAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

3

  • Pembentukan Sistem Persekutuan di Malaysia

LATAR BELAKANG SISTEM PERSEKUTUAN DI NEGARA KITA

  • Pembahagian Kuasa
  • Kuasa Kerajaan Persekutuan
  • Kuasa Kerajaan Negeri
  • Peranan Kerajaan Tempatan

KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI

  • Pembangunan Sosioekonomi
  • Pemuliharaan Khazanah Negara
  • Penyediaan Perumahan Rakyat
  • Menjamin Keselamatan dan Kedaulatan Negara

KERJASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN

KERAJAAN NEGERI

  • Keluhuran Perlembagaan Mengukuhkan Persekutuan
  • Penyelarasan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

FAKTOR YANG MENGUKUHKAN SISTEM PERSEKUTUAN

04

01

02

03

4 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

4

4.1

LATAR BELAKANG SISTEM PERSEKUTUAN DI NEGARA KITA

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Memerihalkan latar belakang sistem persekutuan di negara kita

5 of 50

Malaysia merupakan sebuah negara yang

mengamalkan sistem persekutuan

Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk sebuah negara bersekutu

Antara unsur penting negara persekutuan - Kerajaan Persekutuan (Kerajaan Pusat) dan Kerajaan

Negeri serta pembahagian kuasa dalam sistem pentadbiran

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

5

PENGENALAN

01

02

03

6 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

6

PEMBENTUKAN SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA

Sistem persekutuan punya

latar belakang sejarah tersendiri - bermula 1896 - 1963

PENGENALAN

  • Peluasan pengaruh British, sebuah Persekutuan terdiri daripada 4 buah negeri Melayu - ditubuhkan berdasarkan Perjanjian Persekutuan 1895
  • Persekutuan berkuat kuasa pada tahun 1896 – dikenali NNMB
  • Tidak punya agihan kuasa dan fungsi khusus antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
  • Banyak keputusan pentadbiran dibuat oleh Residen Jeneral di Kuala Lumpur - pusat pentadbiran NNMB

PERSEKUTUAN 1896

  • Distruktur semula (1927) untuk perkemas tadbir urus persekutuan dan kukuhkan kedudukan British di negeri Melayu

  • Gambar di atas-nselepas tandatangani perjanjian penstrukturan semula Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927

MAJLIS MESYUARAT

PERSEKUTUAN 1927

01

02

03

04

  • 1946, British satukan pentadbiran semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka bentuk sebuah kerajaan kesatuan - Kesatuan Malaya 1946 atau Malayan Union (MU)
  • Konsep kesatuan (MU) -pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat di bawah kuasa Gabenor British
  • MU dilaksanakan dalam tempoh masa yang terhad dan gagal diteruskan setelah dapat bantahan daripada Raja-raja Melayu dan orang Melayu

KESATUAN MALAYA 1946 (MALAYAN UNION)

7 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

7

PEMBENTUKAN SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

  • Gabungan 9 buah negeri Melayu dan 2 buah NNS -dikenali Persekutuan Tanah Melayu (PTM) terbentuk melalui Perjanjian PTM 1948
  • Perjanjian PTM 1948 tetapkan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
  • Agihan kuasa peringkat persekutuan dan negeri - tanda bermula era moden amalan persekutuan di negara kita
  • Pesuruhjaya Tinggi British sebagai ketua persekutuan
  • Raja-raja Melayu perintah negeri ikut perlembagaan negeri masing-masing

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

  • 31 Ogos 1957, muncul PTM yang merdeka
  • Persekutuan berasaskan Perjanjian PTM 1957 - wujudkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat bagi licinkan pentadbiran negara yang berdaulat
  • Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Persekutuan
  • Konsep persekutuan diperkukuh - sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen (peruntukan Perlembagaan PTM 1957)

  • 16 September 1963, (Perjanjian Malaysia) - Persekutuan terdiri daripada 11 buah negeri Tanah Melayu, Singapura dan 2 buah negeri Borneo, iaitu Sarawak dan Sabah
  • Persekutuan ini dinamakan Malaysia

PERSEKUTUAN MALAYSIA 1963

05

06

07

08

  • Pembentukan sistem persekutuan di negara kita - penerusan tradisi sejarah
  • Berakar umbi daripada pemerintahan beraja dan berkait rapat dengan peluasan pengaruh British dalam pentadbiran negeri Melayu

RUMUSANNYA

8 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

8

SEJARAH KONFEDERASI NEGERI SEMBILAN 1895

1889 - Luak Tampin, Rembau dan Seri Menanti disatukan sebagai Konfederasi Seri Menanti dan bersetuju terima seorang Residen British

01

1895, satu perjanjian ditandatangani antara Yamtuan Besar Seri Menanti dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Rembau dan Tunku Besar Tampin untuk tubuhkan sebuah konfederasi yang lebih besar - dikenali Negeri Sembilan

02

Mereka bersetuju terima Residen British bagi bantu pentadbiran konfederasi tersebut

03

Yamtuan Besar Seri Menanti, Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (yang pertama – 1898). Martin Lister dilantik sebagai Residen pertama Negeri Sembilan

04

Konfederasi ialah gabungan antara negeri yang berdaulat dalam satu ikatan yang longgar. Kuasa negeri dikekalkan dan kedaulatan negeri terpelihara

05

9 of 50

APLIKASI KBAT

DAN ELEMEN K

(K12.4.5)

Bermusyawarah penting dalam membuat sebarang keputusan. Bahaskan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

9

10 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

10

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

Pembentukan sistem persekutuan di negara kita merupakan penerusan tradisi sejarah yang berakar umbi daripada pemerintahan beraja. Bincangkan.

11 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

11

4.2

KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menjelaskan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri

12 of 50

01

Perlembagaan Persekutuan peruntukkan kuasa khusus antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri - meliputi kuasa perundangan dan kuasa pemerintahan

02

Pembahagian kuasa bertujuan licinkan sistem persekutuan dan elakkan permasalahan antara kedua-dua peringkat kerajaan

03

Peruntukan kuasa lebih besar diberikan pada peringkat persekutuan - wujudkan Kerajaan Persekutuan yang kuat bagi jamin kestabilan dan kemajuan negara

06

Tiada peruntukan kuasa khusus kepada

Kerajaan Tempatan, sebaliknya Kerajaan Tempatan diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri

05

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya (1999) - keadaan Kuala Lumpur semakin sesak dengan pembangunan dan pertambahan penduduk

04

2000, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan tandatangani perjanjian - jadikan Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan. Nama Putrajaya diambil bersempena dengan nama Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

12

PEMBAHAGIAN KUASA

Pentadbiran Kerajaan Malaysia dibahagikan kepada 3 peringkat - Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan

PENGENALAN

13 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

13

KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN

Kuasa Kerajaan Persekutuan - meliputi perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Senarai Persekutuan

Senarai Persekutuan jelaskan kuasa Kerajaan Persekutuan yang luas - meliputi skop kepentingan nasional, merangkumi semua aspek perkhidmatan berhubung dengan pentadbiran negara

Peringkat persekutuan – institusi berkuasa membuat undang-undang bagi seluruh Malaysia ialah Parlimen

Antara kandung Senarai Persekutuan:

  • Hal ehwal luar negeri
  • Pertahanan
  • Keselamatan dalam negeri
  • Pentadbiran keadilan
  • Kewarganegaraan
  • Kewangan
  • Perhubungan dan pengangkutan
  • Pelajaran
  • Perubatan dan kesihatan

01

02

03

04

14 of 50

01

03

02

Setiap negeri punyai Dewan Undangan Negeri (DUN) - berkuasa untuk gubal undang-undang bagi negeri

Kuasa pemerintahan Kerajaan Negeri - meliputi perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Senarai Negeri

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

14

KUASA KERAJAAN NEGERI

Antara kandung Senarai Negeri :

• Undang-undang Islam

• Tanah

• Pertanian dan perhutanan

• Kerajaan tempatan

• Hari kelepasan negeri

15 of 50

PERUNTUKAN TAMBAHAN

SENARAI BERSAMA

  • Senarai Bersama – perkara membolehkan Parlimen dan DUN gubal undang-undang untuk perkara yang sama
  • Sekiranya ada percanggahan, undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen harus dipatuhi
  • Antara kandungan Senarai Bersama:
  • Kebajikan awam
  • Biasiswa
  • Perlindungan haiwan liar dan taman negara
  • Perancangan bandar dan luar bandar
  • Kesihatan awam, kebersihan dan pencegahan penyakit
  • Kebudayaan dan sukan
  • Perumahan
  • Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah diberi kuasa tambahan -sesuai dengan kemasukan negeri berkenaan dalam Persekutuan Malaysia
  • Antara tambahan Senarai Negeri bagi Sarawak dan Sabah:
  • Undang-undang dan adat anak negeri
  • Mahkamah Anak Negeri
  • Kereta api di Sabah
  • Antara tambahan Senarai Bersama bagi Sarawak dan Sabah:
  • Undang-undang diri berhubung dengan perkahwinan, penceraian, penjagaan anak, nafkah dan sebagainya berkaitan dengan undang-undang keluarga
  • Penyelidikan pertanian dan perhutanan, pengawalan makhluk perosak dan pencegahan penyakit tumbuhan
  • Pilihan raya bagi Dewan Negeri

16 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

16

PERANAN KERAJAAN TEMPATAN

Kerajaan Tempatan - merupakan kerajaan peringkat ketiga (diberi kuasa untuk tadbir dan laksanakan tanggungjawab dalam sesebuah kawasan tempatan atau daerah kecil yang diwartakan)

Kerajaan Tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan – PBT) berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri

Kerajaan Tempatan perantara - Kerajaan Negeri dengan rakyat - beri perkhidmatan kepada penduduk setempat

Fungsi Kerajaan Tempatan - digariskan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], merangkumi semua jenis Kerajaan Tempatan seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah

01

02

03

04

17 of 50

17

PERANAN KERAJAAN TEMPATAN

Menyediakan kemudahan

sukan dan kebudayaan

Menyediakan pasukan

bantuan dan penyelamat

Menyediakan

kemudahan

awam

Menyenggara

sistem saliran

Menyediakan

perkhidmatan

kecemasan

Menyenggara

jalan raya

Mengindahkan

kawasan

Menjaga

kesihatan awam

Mengeluarkan lesen dan kawalan penjaja

Menyediakan perkhidmatan

pembersihan

Membangunkan

perumahan awam

ANTARA FUNGSI

KERAJAAN TEMPATAN

(PIHAK BERKUASA

TEMPATAN)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

18 of 50

01

Pembahagian kuasa dalam sistem Persekutuan – penting untuk wujudkan pentadbiran sistematik bagi licinkan tadbir urus negara

02

Setiap peringkat kerajaan persekutuan punyai peranan bentuk pentadbiran berwibawa bagi kemajuan bangsa dan negara

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

18

RUMUSANNYA

19 of 50

APLIKASI KBAT

DAN ELEMEN K

(K12.4.6)

Pentadbiran yang sistematik penting demi kemajuan negara. Bahaskan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

19

20 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

20

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

Mengapakah Perlembagaan

Persekutuan memperuntukkan

kuasa yang lebih banyak

kepada Kerajaan Persekutuan?

21 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

21

4.3

KERJASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menghuraikan bentuk kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri

22 of 50

01

02

03

04

Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting - pastikan segala usaha pembangunan dapat berikan manfaat demi kesejahteraan rakyat

Kerjasama meliputi aspek pembangunan sosioekonomi, pemeliharaan khazanah negara, perumahan dan keselamatan

Bagi jayakan pembangunan sosioekonomi, Kerajaan Persekutuan tubuhkan agensi – berikan bantuan kewangan dan kepakaran kepada Kerajaan Negeri

Kerajaan Negeri sediakan tanah untuk pembangunan kerana tanah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

22

KERJASAMA PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

23 of 50

01

03

05

04

02

Awal kemerdekaan, kerjasama sosioekonomi tertumpu pada pembukaan tanah baharu dan pembangunan In-Situ

Kejayaan FELDA dorong Kerajaan Persekutuan tubuhkan Federal Land Consolidation and Rehabilitation

Authority (FELCRA) atau Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan pada tahun 1966 untuk satukan, pulihkan dan bangunkan tanah Kerajaan Negeri yang terbiar di seluruh negara

1956, Kerajaan Persekutuan tubuhkan Federal Land Development Authority (FELDA) atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan untuk urus dan salurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri dalam usaha laksanakan rancangan pembangunan tanah baharu

Segitiga Jengka ialah ilham Tun Abdul Razak Hussein. Segitiga Jengka merupakan Rancangan Pembangunan Wilayah pertama diusahakan oleh FELDA pada tahun 1966 yang merangkumi tiga daerah, iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran, Pahang

Pembangunan In-Situ

tekankan pembangunan fizikal desa - sediakan kemudahan asas, rumah rakyat dan pusat pertumbuhan ekonomi desa

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

23

A) PEMBANGUNAN TANAH

24 of 50

01

  • 1970, kerjasama sosioekonomi diperluas kepada pembangunan wilayah berdasarkan pembangunan kawasan
  • Kerajaan Persekutuan buka kawasan lebih luas di beberapa buah negeri - bangunkan wilayah baharu

02

Agensi pembangunan di Sarawak:

  • Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS)
  • Lembaga Penyatuan Pemuliharaan
  • Tanah Sarawak
  • (SALCRA)

03

Agensi pembangunan

di Sabah:

  • Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

24

B) PEMBANGUNAN WILAYAH

25 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

25

C) PEMBANGUNAN KORIDOR WILAYAH

2005, kerjasama sosioekonomi

dilaksanakan melalui Pembangunan Koridor

Wilayah berlandaskan projek pembangunan

Pembangunan Koridor Wilayah merupakan perancangan strategik jangka panjang yang

berikan tumpuan kepada pembangunan di negeri dan wilayah yang kurang pesat - wujudkan keseimbangan pembangunan negeri dan wilayah

Pelan projek Wilayah Pembangunan Iskandar yang

dikenali sebagai Iskandar Malaysia (Rancangan

Pembangunan Iskandar)

Cerna Minda

Mengapakah negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia tidak termasuk dalam Rancangan Pembangunan Koridor Wilayah?

02

01

03

26 of 50

Bagi kekalkan warisan biodiversiti untuk kepentingan generasi kini dan akan datang, kerajaan pada setiap peringkat bekerjasama wujudkan rangkaian kawasan perlindungan seperti taman negara dan taman laut

Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan kekayaan flora dan fauna

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

26

02

KERJASAMA PEMULIHARAAN KHAZANAH NEGARA

27 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

27

A) PENGURUSAN TAMAN NEGARA

Bagi kukuhkan kerjasama ini, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 [Akta 76] diwujudkan pada tahun 1972

Antara tahun 1972 -1978, Kerajaan Persekutuan ambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia

2010, akta ini digantikan dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang dikenali sebagai Akta 716

Jabatan Mergastua dinamakan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia

Pengurusan Taman Negara di Sarawak terletak di bawah pengurusan Perbadanan Perhutanan

Sarawak manakala Taman Negara di Sabah terletak di bawah Jabatan Hidupan Liar Sabah

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, pengurusan hidupan liar dan taman negara merupakan tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

01

02

03

04

05

06

28 of 50

01

02

03

04

05

06

07

08

Penyelarasan pentadbiran taman laut dibuat melalui Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut dan Rizab Laut dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

2018, pengurusan taman laut dipindahkan ke Jabatan Perikanan Malaysia

Contoh Taman Laut di bawah Pengurusan Taman-Taman

Sabah ialah Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu, Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu dan Taman Pulau-Pulau Penyu, Sandakan

Kerajaan Persekutuan bentuk dasar berkaitan taman laut. Kerajaan Negeri berkuasa terhadap pembangunan pulau

Jabatan Taman Laut Malaysia (2007) - agensi Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab

secara keseluruhan dalam dasar pengurusan taman laut di Malaysia

Kawasan perlindungan marin di perairan Sabah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri melalui agensinya, iaitu Taman-Taman Sabah

Hidupan Laut - 4 daripada spesies penyu dunia boleh dijumpai di perairan Malaysia, 2 daripadanya ialah Penyu Karah dan Penyu Hijau

Bagi pulihara khazanah laut, 42 buah pulau di perairan Kedah, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Labuan diwartakan - taman laut (1994)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

28

B) PENGURUSAN TAMAN LAUT

29 of 50

01

Perumahan - di bawah kuasa bersama (Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri)

02

Pelbagai strategi dan langkah kerjasama diambil oleh kerajaan - pastikan rakyat memiliki rumah sendiri

03

Awal kemerdekaan - Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bekerjasama sediakan perumahan kos rendah terutamanya di kawasan bandar

PENGENALAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

29

KERJASAMA PENYEDIAAN PERUMAHAN RAKYAT

30 of 50

01

Kerajaan Persekutuan tubuhkan Kementerian

Kerajaan Tempatan dan Perumahan (1964) - giatkan usaha sediakan perumahan kos rendah

02

Kerajaan Negeri sediakan tanah yang dijual pada harga rendah kepada Kerajaan Persekutuan untuk

bina rumah

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

30

A) PERUMAHAN AWAL KEMERDEKAAN

Pembinaan perumahan di Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1950-an

31 of 50

Kerajaan Negeri tubuhkan agensi pembangunan negeri - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak - bina rumah bagi rakyat berpendapatan rendah

Kerajaan Negeri perkenalkan program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) melalui peruntukan kewangan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan

1970, Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi bina rumah untuk rakyat berpendapatan rendah

Kerajaan kenal pasti sediakan perumahan bukan sahaja untuk selesaikan masalah kekurangan rumah tetapi juga sebagai Langkah hapuskan kemiskinan

Kerajaan Persekutuan laksanakan

Program Perumahan Rakyat (PPR) (1997) - bina perumahan awam di seluruh negara

01

02

03

05

04

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

31

B) PERUMAHAN UNTUK MENGATASI MASALAH KEMISKINAN

32 of 50

PowerPoint

Presentation

04

01

03

02

Antara program peringkat negeri termasuklah:

  • Rumah Selangorku
  • Rumah Mampu Milik Johor

Antara program peringkat Persekutuan termasuklah:

  • Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA)
  • Rumah Mesra Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tubuhkan pelbagai agensi serta perkenalkan program khusus - bolehkan golongan pertengahan memiliki rumah

2014, Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk rangka strategi sediakan perumahan mampu milik

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

32

C) PERUMAHAN MAMPU MILIK

33 of 50

  • Keselamatan dan pertahanan negara - di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan
  • Keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN) manakala pertahanan negara di bawah Kementerian Pertahanan (KEMENTAH)

01

02

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

33

KERJASAMA JAMIN KESELAMATAN DAN KEDAULATAN NEGARA

  • Kedua-dua aspek tersebut diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
  • Kerajaan Persekutuan adakan kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri untuk pastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara terpelihara - wujudkan kawasan keselamatan khas di Sarawak dan Sabah

34 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

34

A) PEMERINTAHAN KESELAMATAN RAJANG DI SARAWAK

Pada tahun 1995, RASCOM

dibubarkan dan semua operasi keselamatan di Sarawak diselaraskan di bawah MKN

Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui RASCOM merupakan strategi yang berjaya pulihkan serta kekalkan keselamatan dan keamanan di bahagian tengah Sarawak

Ketua Menteri Sarawak dilantik sebagai Pengarah Operasi Negeri dalam RASCOM - tanggungjawab selaraskan fungsi dan aktiviti pasukan keselamatan dengan pejabat awam dalam kawasan RASCOM

Ancaman komunis semakin meningkat di Sarawak, Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua (Pengerusi Majlis Keselamatan Negara) isytiharkan Bahagian Ketiga Sarawak sebagai Rajang Area Security Command (RASCOM) atau Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang pada 26 Mac 1972

01

02

03

04

05

35 of 50

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tubuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) - akibat pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah (12 Februari 2013)

Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pelbagai bentuk perlihatkan usaha ke arah kesejahteraan rakyat

Misi ESSCOM untuk tingkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah daripada ancaman melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan

Kerjasama ini berikan iktibar kepada kita tentang kepentingan gembleng fikiran, tenaga dan usaha untuk bangunkan negara

ESSCOM tambah baik aspek keselamatan buktikan komitmen kerajaan pada setiap peringkat - usaha kembalikan semula ketenteraman demi kesejahteraan rakyat Sabah

ESSCOM bertanggungjawab awasi keselamatan 10 daerah di Pantai Timur Sabah - dikenali sebagai Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE- Zon Keselamatan Timur Sabah)

01

02

03

04

05

06

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

35

B) KAWASAN KESELAMATAN KHAS PANTAI TIMUR SABAH

36 of 50

ESCOM

37 of 50

APLIKASI KBAT

DAN ELEMEN K

(K12.4.7)

Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan

Kerajaan Negeri teras kemakmuran negara. Bahaskan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

37

38 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

38

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

Mengapakah negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia tidak termasuk dalam Rancangan Pembangunan Koridor Wilayah?

39 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

39

4.4

FAKTOR YANG MENGUKUHKAN SISTEM PERSEKUTUAN

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Menganalisis faktor-faktor yang mengukuhkan Sistem Persekutuan

40 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

40

KELUHURAN PERLEMBAGAAN MENGUKUHKAN PERSEKUTUAN

Kekukuhan sistem persekutuan berkait rapat - konsep keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan penyelarasan yang baik (Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri)

Sejak merdeka, Perlembagaan Persekutuan diangkat sebagai undang-undang tertinggi - mentakrifkan prinsip persekutuan dan pentadbiran negara

Undang-undang digubal oleh Parlimen dan DUN tidak boleh bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan

Prinsip keluhuran Perlembagaan yang dijunjung ini kukuhkan sistem persekutuan di negara kita

Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan - jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan undang-undang Persekutuan, maka undang-undang Persekutuan hendaklah mengatasi undang-undang Negeri

Parlimen dan DUN tidak boleh gubal undang-undang yang bercanggah antara satu sama lain. Perlembagaan Persekutuan jadi rujukan utama apabila berlaku ketidakselarasan (undang-undang Persekutuan dan undang-undang Negeri)

01

02

03

04

05

06

41 of 50

MESYUARAT MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI

  • Dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dihadiri oleh Menteri Besar serta Ketua Menteri
  • Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan

01

02

03

04

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

41

PENYELARASAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI

MAJLIS YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

  • Perlembagaan Persekutuan peruntukkan penubuhan Majlis Negara untuk selaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
  • Contoh Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara dan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

MAJLIS YANG DITUBUHKAN OLEH KERAJAAN

  • Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dibuat melalui majlis yang ditubuhkan oleh kerajaan
  • Contoh Majlis Keselamatan Negara, Majlis Air Negara dan Majlis Perumahan Negara
  • Majlis Kewangan Negara tadbir hal ehwal berkaitan dengan kewangan - pemberian wang, bayaran cukai dan pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
  • Majlis Tanah Negara bentuk dasar dan kawal penggunaan tanah - kegiatan pertanian, perlombongan, perhutanan dan sebagainya
  • Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

Perundingan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri - bangunkan Kerajaan Tempatan

42 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

42

KESIMPULANNYA

Pembahagian kuasa pemerintahan (Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri) wujudkan kerjasama - capai kemajuan dalam pelbagai bidang

Pembahagian kuasa merupakan

pendekatan terbaik - jamin kekuatan, kekuasaan dan kestabilan negara

Rakyat dan pemimpin semua peringkat perlu tunaikan tanggungjawab masing-masing untuk pastikan sistem persekutuan bawa kemakmuran kepada negara

Keberkesanan penyelarasan dan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dapat jamin sistem persekutuan beroperasi dengan berkesan

Sejak merdeka, prinsip persekutuan

sumbang kepada kestabilan hubungan antara negeri dan berikan manfaat kepada kesejahteraan negara

buktikan kepentingan musyawarah dalam buat keputusan untuk kemajuan negara

Sistem persekutuan di negara kita terbentuk berdasarkan landasan sejarah tersendiri

01

02

03

04

07

06

05

43 of 50

APLIKASI KBAT

DAN ELEMEN K

(K12.4.8)

Membangun dan memajukan negara adalah tanggungjawab bersama. Bahaskan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

43

44 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

44

APLIKASI KBAT

CAKNA MINDA

Sistem persekutuan yang kukuh di negara kita berkait rapat dengan konsep keluhuran Perlembagaan. Bincangkan.

45 of 50

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

45

LATIHAN PENGUKUHAN AKHIR BAB 4

#USAHATANGGAKEJAYAAN

#SELAMATMAJUJAYA

46 of 50

1. Antara yang berikut, perkara manakah terletak di bawah Senarai Persekutuan?

  1. Undang-undang Islam
  2. Tanah
  3. Pertanian dan perhutanan
  4. Perubatan dan kesihatan

2. Manakah antara berikut merupakan peringkat pentadbiran Kerajaan Malaysia?

  1. Kerajaan Pusat
  2. Kerajaan Daerah
  3. Kerajaan Tempatan
  4. Kerajaan Rakyat

3. Kerjasama pembangunan sosioekonomi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melibatkan...

  1. Pengurusan Taman Negara
  2. Pembinaan Perumahan Mampu Milik
  3. Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
  4. Pembangunan Tanah

4. Apakah langkah yang diambil untuk mengatasi pencerobohan pengganas

dari Kepulauan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari 2013?

  1. Ops Sempadan dilancarkan
  2. Ops Daulat dilaksanakan
  3. Penubuhan ESCOM
  4. Melancarkan serangan balas

Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

46

SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)

47 of 50

5. Apakah program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah kekurangan rumah pada tahun 1970?

  1. Program Rumah Mesra Rakyat
  2. Program Perumahan Rakyat (PPR)
  3. Tubuhkan Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA)
  4. Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR)

6. Antara berikut yang manakah merupakan Taman Laut di bawah

Pengurusan Taman-Taman

Sabah?

  1. Taman Pulau-Pulau Sapi, Sandakan
  2. Taman Pulau Sipadan, Lahad Datu
  3. Taman Marin Sabah
  4. Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu

7. Apakah faktor yang mengukuhkan sistem persekutuan?

  1. Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
  2. Melalui penggubalan undang-undang
  3. Peranan Yang di-Pertuan Agong
  4. Konsep keluhuran Perlembagaan Persekutuan

8. Majlis yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ialah…

  1. Majlis Tanah Negara
  2. Majlis Keselamatan Negara
  3. Majlis Air Negara
  4. Majlis Perumahan Negara

Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

47

SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)

48 of 50

  1. Rajah di bawah menunjukkan pembahagian kuasa pentadbiran dalam Sistem Persekutuan di negara kita
  1. Senaraikan dua kuasa Kerajaan Persekutuan (2m)

i) …………………………………………….……………….

ii) …………………………………………………………….

  1. Nyatakan dua perkara di bawah kuasa Kerajaan Negeri (2m)

i) ..............................……………………………………….

ii) ……………….…………………………………………….

c) Jelaskan kerajaan manakah yang paling hampir dengan

rakyat? (2m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

e) Sistem Persekutuan berjaya mewujudkan pentadbiran

yang kukuh dan stabil di negara kita. Buktikan (4m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………...............

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

48

Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

SOALAN STRUKTUR

49 of 50

2. Peta di bawah menunjukkan rancangan Pembangunan

Koridor Wilayah

  1. Bila rancangan Pembangunan Koridor Wilayah dilaksanakan? (1m)

………………………………………………………………

  1. Namakan dua negeri atau wilayah yang terlibat dalam rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) (2m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

c) Mengapakah rancangan Pembangunan Koridor Wilayah

diwujudkan di seluruh Malaysia? (2m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

d) Kerjasama sosioekonomi melalui Pembangunan Koridor

Wilayah ini adalah berlandaskan…. (1m)

……………………………………………………………….

d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah

negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia

tidak terlibat dalam rancangan Pembangunan Koridor

Wilayah? (4m)

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

……………………………………………………………….

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

49

Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

SOALAN STRUKTUR

50 of 50

TERIMA KASIH

BPK Peneraju Pendidikan Negara

Unit Sejarah

+603-8884 2000

unitsejarahbpk@gmail.com

http://bpk.moe.gov.my/

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk tujuan komersial dan penerbitan semula