1 of 15

MERENTAS DESA MSSPP 2025

SELASA , 14 JANUARI 2025

LOKASI KEJOHANAN:

SMK PERMATANG PASIR, SEBERANG PERAI TENGAH

2 of 15

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

      • Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Peraturan – Peraturan AM Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia MSSM) tahun semasa.

3 of 15

KATEGORI

KATEGORI

JARAK

BILANGAN PESERTA

JUMLAH MAKSIMUM PESERTA SETIAP SEKOLAH

BIL. PESERTA MSSM

RENDAH

LELAKI BAWAH 12 TAHUN

4 KM

2 PESERTA

4 PESERTA

5 PESERTA SETIAP KATEGORI

PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN

4 KM

2 PESERTA

MENENGAH

LELAKI BAWAH 15 TAHUN

6 KM

3 PESERTA

12 PESERTA

PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN

6 KM

3 PESERTA

LELAKI BAWAH 18 TAHUN

8 KM

3 PESERTA

PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN

6 KM

3 PESERTA

4 of 15

HAD UMUR

KATEGORI

HAD UMUR

BAWAH 12 TAHUN

2013 DAN KE ATAS

BAWAH 15 TAHUN

2010, 2011, 2012

BAWAH 18 TAHUN

2007, 2008, 2009

  • Bagi kategori bawah 12 tahun, peserta di bawah umur 10 tahun perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan sebelum dibenarkan untuk menyertai kejohanan.
  • Pihak pengelola tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan sewaktu pengelolaan berlangsung.

5 of 15

HADIAH

  • Hadiah Individu: Johan – tempat ke-10 setiap kategori.
  • Semua peserta yang berdaftar akan menerima sijil penyertaan.

6 of 15

PENDAFTARAN PESERTA

      • Semua pengurus pasukan perlu mengenalpasti atlet yang berpotensi sebelum membuat pendaftaran
      • Semua peserta yang didaftarkan hendaklah tidak mempunyai masalah kesihatan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku semasa kejohanan
      • Pelajar sekolah antarabangsa dibenarkan menyertai kejohanan MSSPP tetapi tidak layak mewakili negeri ke peringkat MSSM.
      • Sebarang pertukaran atlet selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

7 of 15

  • SEKOLAH MENENGAH

www.jsports.com.my/merentasdesa/mssppsm/daftar

  • SEKOLAH RENDAH

www.jsports.com.my/merentasdesa/mssppsr/daftar

  • TARIKH DAFTAR
  • 2 JANUARI 2025 – 8 JANUARI 2025
  • Borang penyertaan individu atau pasukan perlu diserahkan bersama salinan ic/mykid peserta pada hari kejohanan (14 JANUARI 2025)

PENDAFTARAN PESERTA

8 of 15

NOMBOR BIB PESERTA

      • Nombor bib peserta adalah mengikut ketetapan nombor baharu yang dikeluarkan oleh MSSPP.
      • Kesalahan dalam memakai nombor bib peserta boleh menyebabkan penyertaan terbatal.

      • BIRU – SEKOLAH RENDAH
      • MERAH – BAWAH 15
      • HITAM – BAWAH 18

9 of 15

      • Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung.
      • Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing.

MELAPORKAN DIRI PESERTA

10 of 15

      • Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan.

MEMANASKAN BADAN

PAKAIAN

      • Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas serta DIGALAKKAN berkasut sewaktu mengambil bahagian dan DIWAJIBKAN berkasut semasa majlis penyampaian hadiah.
      • Pengurus pasukan bertanggungjawab memastikan atlet berkasut sebelum acara bagi mengurangkan risiko kecederaan.
      • Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata.

11 of 15

      • Sebarang bantahan perlu disertakan dengan wang tunai sebanyak RM200.
      • Wang bantahan tidak akan dikembalikan walaupun bantahan berjaya.
      • Keputusan juri adalah muktamad.

BANTAHAN

12 of 15

      • Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Merentas Desa MSSPP, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu.
      • Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSM.

HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

13 of 15

      • Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.
      • Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
      • Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederaan lain berlaku :
        • Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke venue pertandingan
        • Semasa kejohanan dijalankan
        • Di dalam dan di luar kawasan venue pertandingan
        • Di tempat-tempat penginapan
  •  

HAL – HAL LAIN

14 of 15

      • Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.
      • Peta larian & maklumat berkaitan kejohanan akan dimuat naik dalam blog olahraga:

https://mssppolahraga.blogspot.com/?m=1

HAL – HAL LAIN

15 of 15

Tentatif Program  

Waktu

Aktiviti

6:00-7.30pagi

Pergerakan peserta

7:30 pagi

Lapor diri kategori Lelaki Bawah 15

7:35 pagi

Lapor diri kategori Perempuan Bawah 15

7:40 pagi

Lapor diri kategori Perempuan Bawah 18

7:45 pagi

Lapor diri kategori Lelaki Bawah 18

7:50 pagi

Lapor diri kategori Lelaki Bawah 12

7:55 pagi

Lapor diri kategori Perempuan Bawah 12

8:00 pagi

Pelepasan kategori Lelaki Bawah 15

8.:05 pagi

Pelepasan kategori Perempuan Bawah 15

8:10 pagi

Pelepasan kategori Perempuan Bawah 15

8:15 pagi

Pelepasan kategori Lelaki Bawah 18

8:20 pagi

Pelepasan kategori Lelaki Bawah 12

8.25 pagi

Pelepasan kategori Perempuan Bawah 12

10.00 pagi

Majlis Penyampaian Hadiah