1 of 50

MENGAPAKAH BUMI DIANGGAP SEBAGAI PLANET YANG HIDUP

GEOGRAFI PENGGAL 1

BY : NUR HAZMALISA BINTI HAZLI

2 of 50

Sistem Terbuka

  • Sistem yang membolehkan pertukaran tenaga dan jisim (bahan) antara sistem tersebut
  • Sistem ini mempunyai sempadan yang terbuka yang membolehkan tenaga atau bahan dari luar masuk dan keluar daripada sistem itu.
  • Contohnya,sistem hutan,sistem tasik,sistem lautan dan sistem ekologi

3 of 50

Sistem Tertutup

  • Sistem tidak membernarkan jisim keluar daripada sistem tersebut,tetapi unsur tenaga boleh keluar atau masuk dalam sistem ini
  • Contohnya,sistem bumi di mana tenaga matahari boleh masuk ke dalam bumi dan bumi pula boleh membebaskan kembali haba pendamnya

4 of 50

Empat Sistem Bumi��1)Biosfera

  • Sistem dihuni termasuklah manusia,tumbuh-tumbuhan dan haiwan
  • Tumbuh-tumbuhan sebagai pengeluar makanan bagi haiwan dan manusia seperti kangkung,sawi,bayam dan ulam-ulaman
  • Turut membekalkan sumber hutan kepada manusia dalam sektor pembalakan
  • Sistem ekologi juga penting bagi membekalkan gas oksigen yang amat penting untuk semua kehidupan
  • Haiwan-haiwan juga penting dalam membekalkan makanan kepada manusia khususnya sumber protein,iaitu daging
  • Komponen biosfera juga penting sebagai simpanan air atau kawasan tadahan
  • Hal ini kerana dalam sistem ekologi,terdapat perlbagai jenis hutan yang berfungsi sebagai pencengkam tanah

5 of 50

2)Litosfera

  • Sistem geomorfologi merujuk kepada luar bumi yang sangat pejal dan membentuk kawasan daratan iaitu benua,pulau dan dasar lautan
  • Ketebalan litosfera berbeza iaitu kurang daripada 5km di bahagian dasar laut dan lebih daripada 50km di bahagia daratan
  • Komposisi utama litosfera ialah batuan dan mineral
  • Batuan terdiri daripada perlbagai jenis seperti igneus,enapan dan metamorfosis
  • Batuan ini menjadi sumber kepada sektor perlombongan dan pembinaan
  • Selain itu,terpadat batuan dalam sistem litosfera yang membekal pelbagai jenis garam yang penting dalam kegiatan perindustrian
  • Terdapat juga logam terutama bijih timah yang penting kepada manusia terutama dalam sektor perlombongan
  • Selain itu,sisyem geomorfologi juga penting kepada manusia dalam penghasilan batu permata
  • Litosfera juga mempunyai sumber tanih yang subur untuk menjalankan aktiviti pertanian

6 of 50

  • Sial dan sima juga merupakan sebahagian daripada litosfera
  • Lapisan sial ialah lapisan kulit bumi yang tersusun dari logam silika dan aluminium.Lapisan sial terdiri dri batuan granit yg lebih ringan dari sima.Bahagian ini terletak di sebelah ats kerak bumi dan mmbentuk benua2 di permukaan bumi.Sial mgandungi logam silika dan aluminium- kandungan silika dlm sial adalah tinggi sbbkan bahagian ini berwarna cerah
  • Lapisan sima ialah lapisan kulit bumi yang tersusun dari logam silika dan magnesium.Lapisan sima wujud di bawah sial dan di dasar lautan.Lapisan sima mngandungi silika, magnesium dan ferum.Sima terdiri dari batuan basalt yg lebih tumpat dari sial-kandungan silika di sima adalah kurang sbbkan warnanya gelap.Ketebalan kerak bumi berbeza iaitu kurang 5km di bawah lautan hingga 60 km di sesetengah benua

7 of 50

3)Hidrosfera

  • Komponen hidrosfera atau sistem hidrologi meliputi tasik,laut,paya,kolam dan sungai
  • Kira-kira 70.8% daripada seluruh bumi terdiri daripada komponen hidrosfera
  • Lautan merupakan komponen terpenting dalam sistem hidrologi
  • Antaranya sebagai sumber air hujan,membekalkan sumber protein dan sumber mineral
  • Air juga penting kepada domesik atau keperluan harian penduduk dan isi rumah seperti memasak,membasuh dan mandi
  • Air juga penting untuk kegiatan pertanian
  • Empangan dibina untuk membekalkan air dan mengawal input-output air kepada kawasan pertanian khususnya sawah padi
  • Tenaga hidroelektrik juga dihasilkan dan digunakan oleh manusia untuk keperluan industri dan penduduk

​

8 of 50

4)Atmosfera

  • Sistem atmosfera pula merupakan lapisan udara yang terpadat di sekeliling bumi
  • Ketebalan atmosfera dianggarkan melebihi 1000km
  • Sumber utama dalam atmosfera ialah udara atau gas
  • Selain daripada gas,udara juga terdiri daripada wap air,asap dan partikel terkumpul seperti debu,habuk dan jelaga
  • Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan iaitu troposfera,stratosfera,mesosfera,termosfera dan eksosfera
  • Lapisan troposfera penting untuk menampung kehidupan seperti manusia,haiwan san tumbuhan
  • Lapisan ini turut menjadi tempat berlansungnya pelbagai fenomena iklim seperti cuaca
  • Lapisan ini menyerap bahangan daripada permukaan bumi dan matahari untuk membolehkan suhu bumi sentiasa stabil dan menghalang kehilangan haba dari permukaan bumi
  • Lapisan stratosfera berfungsi untuk menyerap semua lemboyang matahari
  • Penyerapan ini membolehkan manusia,tumbuhan dan haiwan bebas daripada radiasi berlebihan sinaran.

9 of 50

Interaksi Antara Sistem Bumi�

  • Bumi dianggap sebagai sebuah planet yg hidup kerana adanya interaksi diantara ke empat empat sistemnya yg sentiasa memjamin keseimbangan kemasukan tenaga dan bahan diantara satu sama lain
  • Terdapat 12 intetaksi di antara keempat empat siatem bumi tersebut yg sentiasa berlaku setiap hari

10 of 50

11 of 50

1)Sistem Biosfera & Sistem Atmosfera

  • Wujud dalam proses pernafasan haiwan dan tumbuhan,fotosintesis,kitar nutrien,pertumbuhan pokok,jenis hutan semula jadi dan pengaruh terhadap cuaca
  • Proses pernafasan-atmosfera membekalkan oksigen untuk disedut oleh haiwan dan tumbuhan bagi tujuan membakar metabolisme makanan
  • Fotosintesis-tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk menghasilkan makanan
  • Kitar nutrien-melibatkan edaran oksigen,karbon dioksida dan nitrogen
  • Pertumbuhan pokok memerlukan suhu yang sesuai untuk membolehkannya hidup,bertenaga dan berbuah
  • Tumbuhan menjalan proses sejat peluhan akan membebaskan wap air ke atmosfera dan boleh menyederhanakan suhu serta menggalakkan proses pemeluwapan

12 of 50

13 of 50

Kitar Nutrien

14 of 50

2)Sistem Biosfera & Sistem Hidrosfera

  • Berlaku melalui pemakanan tumbuhan dan haiwan,aliran tenaga dalam badan,habitat akuatik,kitaran hidrologi dan kewujudan kawasan tadahan hujan
  • Pemakanan tumbuhan-air melarutkan garam galian dalam tanih dan diserap oleh akar tumbuhan menjalankan proses fotosintesis
  • Pemakana haiwan-air akan memudahkan proses penghadaman makanan di dalam perut
  • Aliran tenaga-memudahkan aliran tenaga keseluruhan bahagian tumbuhan dan badan haiwan
  • Habitat akuatik-hidupan akuatik memerlukan badan air sebagai tempat tinggal dan sumber makanan
  • Kitaran hidrologi-tumbuhan menjalankan proses pintasan dan proses susupan
  • Kawasan tadahan hujan-kawasan tanah tinggi berhutan tebal berperanan sebagai legeh yang membekalkan sumber mata air untuk sistem saliran dan air bawah tanah

15 of 50

16 of 50

17 of 50

3)Sistem Biosfera & Sistem Litosfera

  • penghantaran kembali nutrien ke tanah apabila berlaku kematian melalui proses pereputan dan penguraian serta kitar nutrien
  • Nutrien ialah segala unsur yang diperlukan untuk proses fotosintesis iaitu terdiri daripada air, zat galian, gas-gas oksigen , karbon dioksida, nitrogen dan hidrogen
  • Nutrien-nutrien ini akan beredar melalui ekosistem sepertimana tenaga matahari
  • Nutrien-nutrien ini diperlukan dengan banyak. Lain-lain nurien termasuklah fosforus, kalsium dan ferum
  • Nutrien ini merupakan bahan asas untuk membolehkan tumbuhan membuat makanan seperti lemak, karbohidrat dan protein
  • Nutrien ini pula akan kembali semula kepada tanah apabila organisma ini mati dan terurai. Kitar nutrien ini berlaku melaui atmosfera , hidrosfera litosfera dan akhirnya biosfera
  • Nutrien yang kembali ke tanah akan digunakan semula dan berterusan selagi tidak adanya gangguan.

18 of 50

19 of 50

20 of 50

21 of 50

4)Sistem Litosfera & Sistem Biosfera

  • Wujud melalui konsep habitat,jenis-jenis hutan semula jadi,luluhawa organik,pereputan dan penguraian organik
  • Lapisan tanih menjadi habitat bagi beberapa spesies hidupan yang hidup dalam tanih
  • Kepelbagaian jenis tanih akan mempengaruhi jenis tumbuhan yang boleh hidup.Ada tumbuhan memerlukan tanih yang menakung air dan sebahagiannya memerlukan tanih yang tidak menakung air
  • Luluhawa organik-akar pokok yang membersar akan memecahkan batuan
  • Pereputan dan penguraian organik berlaku apabila wujud interaksi antara unsur air dalam tanah dengan mikroorganisma tanah

22 of 50

23 of 50

5)Sistem Litosfera & Sistem Atmosfera

  • Wujud melalui proses bahangan bumi,albedo bumi,hujan asid dan luluhawa mekanikal
  • Bahagangan bumi-sinaran matahari yang diserap oleh bumi menjadi haba pendam dan dibebaskan semula pada waktu malam
  • Albedo bumi-ciri bentuk muka bumi yang memantulkan semula bahangan suria
  • Hujan asid-letusan gunung berapi yang membebaskan pelbagai jenis gas dan debu-debu kimia yang akan larut dalam air hujan dan membentuk hujan asid
  • Luluhawa mekanikal-haba matahari menyebabkan pengembangan dan pada waktu malam berlaku pengecutan batuan.Proses yang berterusan menyebabkan batuan pecah

24 of 50

25 of 50

26 of 50

27 of 50

6)Sistem Litosfera & Sistem Hidrosfera

  • proses pembuangan sedimen ke laut melalui sungai.
  • Pengerukan dasar perairan dilakukan bertujuan untuk pendalaman dan pelebaran jalur navigasi pelayar,penggalian parit pipa bawah laut,pengeboran lepas pantai dan penggalian material laut
  • Besar kecilnya sedimentasi yang terjadi pada saat proses pengerukan tergantung dari jenis kapal pengerukan
  • Proses pengerukan dapat dilakukan dengan cara pengikisan,pemecahan air tekanan tinggi,pemotingan material,penghisapan material,pemecahan material dan pengambilan dengan buket (grab)

28 of 50

7)Sistem Hidrosfera & Sistem Litosfera

  • Wujud dalam proses luluhawa kimia,hakisan,pengangkutan,pemendapan dan gerakan jisim
  • Luluhawa kimia-kehadiran unsur air seperti hujan,air bawah tanah dan air laut dalam batuan akan menyebabkan berlakunya tindak balas kimia yang memecahkan batuan
  • Titisan air hujan,aliran air permukaan,aliran sungai dan pergerakan ombak akan menghakis permukaan bumi,mengangkut dan memendapkan bahan hakisan
  • Kehadiran air yang banyak akan menyebabkan struktur tanah longgar dan lemah yang menyebabkan berlakunya fenomena gerakan jisim

29 of 50

30 of 50

31 of 50

32 of 50

8)Sistem Hidrosfera & Sistem Atmosfera�

  • Wujud dalam proses kitaran hidrologi,kejadian kerpasan,hujan asid,sejatan,sejat peluhan,fenomena peningkatan suhu,kemarau,banjir dan kejadian salji tebal
  • Kitaran hidrologi-unsur air di permukaan bumi membekalkan wap air melalui proses sejatan dan sejat peluhan yang akan mengalami pemeluwapan.Awan yang terbentuk akan menurunkan hujan
  • Sejatan dan sejat peluhan-proses yang membekalkan wap air ke udara bagi membentuk hujan
  • Peningkatan suhu bumi-ganguan terhadap unsur-unsur air di bumi akibat aktiviti manusia yang menjejaskan kandungan wap air di atmosfera
  • Hujan asid-pertambahan gas-gas kimia yang larut dalam air hujan
  • Kadar sejatan tinggi-berlakunya kemarau
  • Kadar kerpasan tinggi-berlakunya banjir

33 of 50

9)Sistem Hidrosfera & Sistem Litosfera

  • proses penyejukan dan penurunan suhu di daratan hasil proses pergerakan angin sejuk dari lautan (bayu laut)
  • Angin dari laut yang terbentuk di permukaan laut berhampiran pantai
  • Ia berlaku pada waktu siang dan terbentuk akibat perbezaan suhu di antara darat dan laut yang menghasilkan tekanan minimumbke atas daratan
  • Udara yang lebih dingin dari laut berpindah ke daratan menolak udara panas yang lebih ringan ke atas

34 of 50

35 of 50

10)Sistem Atmosfera & Sistem Hidrosfera

  • hidrofera mendapat sumber air daripada proses kerpasan dan mendapat tenaga haba daripada sinaran matahari
  • kerpasan atau presipitasi ialah hasil pemeluwapan wap air atmosfera yang ditarik ke bawah oleh graviti lalu termendap pada permukaan Bumi
  • Bentuk-bentuk kerpasan utama termasuklah hujan, salji, gentilan ais, dan graupel. Kerpasan terjadi apabila atmosfera, iaitu sebuah larutan bergas yang besar, menjadi tepu dengan wap air lalu air itu memeluwap dan pecah larutannya (iaitu pemendakan)
  • Dua proses yang boleh berlaku serentak ini boleh menyebabkan ketepuan udara: penyejukan udara atau menambah wap air ke dalam udara.

36 of 50

37 of 50

11)Sistem Atmosfera & Sistem Biosfera

  • Penyerapan sinaran matahari dan karbon dioksida,contohnya proses fotosintesis
  • Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia.Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen.
  • Karbondioksida yang ada disekitar tumbuhan, langsung diserap melalui jaringan stomata yang ada di daun
  • Air yang ada disekitar tanaman, langsung diserap melalui akar dan di teruskan ke daun melalui batang-batang tumbuhan
  • Tepat disiang hari, intensitas cahaya yang turun langsung ditangkap oleh klorofil untuk proses fotosintesis
  • Energi sinar matahari yang sudah ditangkap tadi, langsung akan mengubah air menjadi oksigen dan hydrogen
  • Terakhir, hidrogen yang sudah dihasilkan tadi akan langsung digabungkan dengan karbondioksida untuk menghasilkan zat makanan untuk kebutuhan tumbuhan tersebut. Sisanya, oksigen akan langsung dilepaskan ke udara melalui stomata.

38 of 50

39 of 50

12)Sistem Atmosfera & Sistem Litosfera

  • Interaksi atmosfera dan litosfera melibatkan semua proses geomorfologi iaitu luluhawa,gerakan jisim,hakisan,pengangkutan,pemendapan
  • Luluhawa-merupakan proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang berlaku secara in-situ. Pemecahan atau penguraian ini terjadi akibat tindak balas pelbagai agen persekitaran seperti air hujan, perubahan suhu, tindakan fros/ibun dan mikroorganisma yang memecahkan batuan tersebut kepada saiz yang lebih kecil.Terdapat tiga proses luluhawa iaitu luluhawa kimia,fizikal dan biologi
  • Gerakan Jisim-gerakan jisim ialah pergerakan bahan-bahan pepejal menuruni cerun akibat tarikan graviti. Bahan-bahan pepejal ini terdiri daripada tanih dan batu yang terhasil akibat proses luluhawa, hakisan serta kegiatan manusia meneroka tanah di atas cerun. Terdapat 2 jenis gerakan jisim iaitu pergerakan jisim yang cepat dan pergerakan jisim yang lambat. Pergerakan jsim yang cepat termasuklah proses gelongsoran tanah ( tanah runtuh ) di cerun dan aliran tanah lumpur. Pergerakan jsim yang lambat pula termasuklah proses kesotan tanih di cerun , mendapan cerun dan gelangsaran tanih di cerun kawasan bersalji.

40 of 50

41 of 50

42 of 50

43 of 50

44 of 50

  • Hakisan-proses pemecahan ketulan-ketulan tanah dipermukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin yang bergerak.Air merupakan agen yang sangat berbahaya berbanding angin. Air bukan sahaja akan melarut dan melarikan zat makanan tetapi juga mengikis dan menghanyutkan butiran tanah yang dipecahkan.Terdapat lima hakisan iaitu hakian serata,hakisan alur,hakisan gaung, hakisan tebing sungai dan tanah runtuh.�
  • Pengangkutan-proses pemindahan bahan-bahan terluluhawa dan terhakis akan diangkut oleh agen-agen yang bergerak seperti air yang mengalir, cairan glasier, angin dan ombak. Proses pengangkutan bergantung kepada tenaga potensi dan tenaga kinetik agen bergerak. Apabila halaju agen bergerak semakin perlahan, maka bahan-bahan yang diangkut akan mengalami proses pemendapan.

45 of 50

46 of 50

  • Pemendapan-proses longgokan bahan-bahan hakisan setelah daya pergerakan agen pengangkutan telah berkurangan/perlahan.Proses pemendapan berlaku di dua tempat iaitu sungai dan pinggir pantai
  • Sungai-pemendapan sungai merujuk kepada proses pemendapan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai di bahagian tebing , dasar atau hilir sungai oleh aliran air sungai itu sendiri akibat daripada hilangnya tenaga pengangkutan aliran air sungai tersebut .Faktor yang mempengaruhi pemendapan ialah isipadu/halaju air sungai,kecerunan,muatan sungai,bentuk alur,jenis batuan dan halangan.
  • Pinggir Pantai- bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai telah dimendapkan di pantai atau berhampiran pantai oleh agen-agen pemendapan pinggir laut seperti ombak, angin, arus dan pasang surut lalu membentuk bentuk-bentuk muka bumi pinggir pantai seperti anak tanjung, beting pasir dan pantai.Faktor yang mempengaruhi pemendapan pinggir pantai ialah Ombak dan arus,kecerunan,angin,pasang surut,tumbuhan,orientasi pantai,jenis dan saiz bahan bahan muatan dan halangan

47 of 50

48 of 50

49 of 50

Kesimpulan

  • Selain daripada ciri-ciri yang disebutkan,bumi juga dikatakan sebagai planet yang hidup kerana mempunyai ‘jalan’(orbit) yang sesuai,’jiran’(bulan) yang sempurna,kecondongan dan putaran yang sempurna,perisai iaitu medan magnet bumi dan atmosfera bumi yang melingdungi bumi dan pengitaran yang sempurna
  • Jadi,manusia tidak akan berpindah dari bumi ke planet yang lain kerana jarak yang jauh.Perkara itu juga amatlah mustahil untuk terjadi kerana bumi sudah dianggap sebagai planet yang sempurna

50 of 50

Soalan

  1. Sejauh manakah sistem terbuka menjadikan bumi sebagai sebuah planet yg hidup.
  2. Apakah yg menyebabkan bumi dikenali sebagai planet yg hidup
  3. Interaksi antara sistem telah menyebabkan bumi dianggap sebagai planet yg hidup.Jelaskan