1 of 42

BAB 7

  • KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

2 of 42

PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

  • Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang itu memperoleh dan memproses maklumat yang tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang itu menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan.

3 of 42

KEMAHIRAN MENDENGAR

  • Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan.
  • Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan berlaku pada peringkat penerimaan

4 of 42

KEMAHIRAN MENDENGAR

  • Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran.

  • Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan, iaitu, bergantung kepada percakapan dan pendengaran.

5 of 42

KEMAHIRAN MENDENGAR

  • Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran. Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahsa yang hampir sama seperti “b” dan “p” yang mewakili “badang” dan “padang”, “d” dan “t” yang mewakili “datang” dan “tatang”.

  • Peringkat kedua pula ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar itu.

6 of 42

KEMAHIRAN MENDENGAR

  • Markgraf (1957) yang dipetik oleh Koh Boh Boon dalam bukunya iaitu ‘Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia’ a menyatakan bahawa kajian terhadap murid-murid sekolah tinggi pula menunjukkan bahawa pelajar ini telah menggunakan 46% daripada masa mereka di sekolah untuk mendengar sahaja dan 60% daripada aktiviti pendengaran itu adalah untuk mendengar percakapan guru.
  • Seterusnya, terdapat beberapa kaji selidik yang dijalankan yang berkaitan tentang kepentingan kemahiran mendengar yang diajar di luar dan dalam bilik darjah.

7 of 42

PROSES MENDENGAR

  • Proses mendengar sesuatu yang didengar melibatkan organ telinga untuk mendengar sesuatu bunyi.
  • Proses mendengar ini juga biasanya berlaku dalam empat peringkat iaitu yang pertama, mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa, kemudian memahami bunyi-bunyi tersebut, menilai bunyi-bunyi tersebut dan yang keempat bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi.

8 of 42

JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR

Terdapat dua jenis kemahiran mendengar.

  • Yang pertama adalah mendengar secara aktif. Mendengar secara aktif ini dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif. Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut.
  • Yang kedua adalah mendengar secara pasif. Mendengar secara pasif tidak melibatkan tindak balas secara langsung oleh pendengar. Seringkali juga wujud situasi mendengar secara pasif ini dalam kalangan pelajar semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang mendengar semasa guru sedang mengajar tidak berpeluang memberikan respons secara verbal terhadap mesej yang didengar.

9 of 42

Peringkat - Peringkat Kemahiran Mendengar

Terdapat 3 peringkat kemahiran mendengar.

Peringkat awal

Terdapat 3 peringkat kemahiran mendengar. Pada peringkat awal kemahiran mendengar, pelajar akan diajar untuk mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. Mereka juga diajar untuk mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayatayat dalam petikan.

Peringkat kedua

Pada peringkat kedua atau peringkat pertengahan dalam kemahiran mendengar ini, pelajar didedahkan untuk mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan lebih terperinci. Pelajar juga diajar untuk mengenal informasi-informasi spesifik atau maklumat khusus

Peringkat ketiga

peringkat maju dalam kemahiran mendengar. Pada peringkat ini, pelajar dilatih untuk mengenal isi-isi penting. Sebagai contoh, dalam sebuah karangan, guru akan mengajar bagaimana untuk mencari isi-isi utama dalam karangan tersebut. Pelajar akan dapat mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap.

10 of 42

Bentuk - Bentuk Kemahiran Mendengar

1

Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah.

2

mendengar secara bertelau-telau. Mendengar secara bertelau-telau ini biasanya berlaku dalam kalangan pelajar bahasa kedua atau mereka yang mempelajari bahasa asing

3

mendengar tanpa tindak balas. Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan selepas itu

4

mendengar secara menebuk-nebuk. Hal ini berlaku dalam kalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk perkataan atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu.

5

mendengar dengan beremosi.

6

mendengar secara berhati-hati. Mendengar pada peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan secara bersungguh-sungguh.

7

Mendengar secara kritikal memerlukan seseorang itu berfikir secara kritis dan analitis.

8

mendengar dengan pengamatan

9

mendengar secara kreatif-dapat membuat tafsiran, mengkritik, menganalisis, membuat ulasan dan komen yang bernas dan jitu

11 of 42

Faktor- Faktor Mempengaruhi Kemahiran Mendengar

Faktor fizikal

Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang ada yang mempunyai pendengaran tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran

Faktor jantina

Apabila kanak-kanak lelaki berumur 7 hingga 9 tahun, mereka kurang kefahaman tentang kemahiran mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengan mereka

Faktor ekonomi

Semasa mendengar, terdapat banyak gangguan seperti persekitaran dan bunyi bising. Ini mempengaruhi pengamatan dan kemahiran mendengar seseorang itu

Faktor mental

Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar

12 of 42

KEMAHIRAN BERTUTUR

  • Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna
  • Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan atau dikenali juga sebagai artikulator. Bertutur merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa dan berlaku pada peringkat produksi

13 of 42

Beberapa konsep pertuturan

  • a. Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
  • b. Pertuturan berlaku pada peringkat produksi. Penutur berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya.
  • c. Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur.
  • d. Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya.
  • e. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.

14 of 42

Aspek-aspek penting dalam Kemahiran Bertutur

Sebutan

Nada

Tekanan

Tatabahasa

Mora

Kelancaran

Jeda

Kefasihan

intonasi

Laras bahasa

15 of 42

Tujuan Bertutur

  • Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan semua murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan
  • Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid;
  • a. Menyebut dengan jelas.
  • b. Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi.
  • c. Menunjukkan arah.
  • d. Bertemu ramah.
  • e. Memberi penerangan dan memberi alasan.
  • f. Membina soalan untuk mencari maklumat.
  • g. Bertukar-tukar pendapat dan maklumat.
  • h. Melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat.
  • i. Bertutur secara bertatasusila.
  • j. Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar

16 of 42

Seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:

17 of 42

Mendengar

  • Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa
  • Proses mendengar menjadi perkara utama bagi mahasiswa universiti. Ini kerana proses pengajaran di universiti biasanya secara kuliah dan pensyarah tidak memberi banyak peluang kepada mahasiswa untuk mengemukakan pertanyaan. Keadaan ini mengambarkan betapa perlunya seseorang mahasiswa mendengar bersungguh-sungguh ketika kuliah diberikan. Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker (1971 : I) menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah antara 50% - 100%.

18 of 42

Keperluan Mendengar

  • Dalam komunikasi lisan, kedua-dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur adalah terlibat,
  • Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan
  • Kebolehan untuk mendengar dengan baik dan juga berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memproses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi
  • Keperluan mendengar sama ada bersifat formal atau tidak formal dapat dilihat dari segi tujuan kita mendengar. Abd. Aziz Talib (2000) juga turut memberikan tiga tujuan kita mendengar, iaitu:

19 of 42

Kepentingan Mendengar dengan Aktif

  • Weaver (1972) mengatakan terdapat beberapa faedah penting mendengar dengan aktif, antaranya adalah seperti yang berikut:
  •  Dengan mendengar secara aktif anda akan lebih banyak belajar.
  •  Anda akan lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi lebih berpengalaman lagi.
  •  Anda akan menjadi seorang pendengar yang menyukai dan menghormati orang yang bercakap kepada anda.
  •  Dapat memberi tindak balas yang baik kepada orang yang sedang bercakap.
  •  Anda juga akan menjadi orang yang lebih tidak bergantung pada pendapat orang lain. Anda akan mengikut arahan dengan lebih baik, rapi dan anda membuat sedikit kesilapan dan mengurangkan kesilapan-kesilapan kecuaian.
  • Hyj[=- Ianya tidak akan menyentuh perasaan anda, misalnya dalam masa perbincangan jika rakan anda berbincang tentang sesuatu tajuk dan anda tertinggal, namun jika masih bertanyakan masalah yang sama sudah pastinya akan memalukan diri sendiri.

20 of 42

Peringkat Kemahiran Mendengar

  • Kemahiran mendengar melibatkan dua peringkat kemahiran.
  • Peringkat Pertama: Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama

  • Peringkat Kedua: Memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat

21 of 42

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar

  • Dalam melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pengajaran berjalan dengan berkesan.
  • Perancangan boleh dilakukan mengikut tiga peringkat yang berikut:
  • 1) Peringkat Pramendengar
  • 2) Peringkat Semasa Mendengar
  • 3) Peringkat Selepas Mendengar

22 of 42

Peringkat Pramendengar

  •  Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid sebelum mereka mula mendengar.
  •  Guru memberi gambaran yang menyeluruh atau penerangan ringkas tentang apa yang hendak diperdengarkan.
  •  Guru memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi untuk digunakan dalam aktiviti berkenaan.
  •  Guru memastikan murid dalam keadaan bersedia untuk mengikuti aktiviti.

23 of 42

Peringkat Semasa Mendengar

  •  Guru memastikan murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan.
  •  Guru hendaklah mengatasi sebarang gangguan atau masalah yang timbul secepat mungkin semasa aktiviti mendengar dijalankan.

24 of 42

Peringkat Selepas Mendengar

  •  Guru menghuraikan tentang apa yang dikemukakan oleh murid dalam bahan rakaman yang mungkin menyulitkan pemahaman mereka.
  •  Guru memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu.
  •  Guru memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan.
  •  Guru menjalankan aktiviti tindakan susulan yang bersesuaian dengan aktiviti berkenaan.

25 of 42

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur

  • i. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa;
  • ii. Bertutur perlu menggunakan bahasa yang mudah, tepat dan jelas;
  • iii. Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan kemahiran dan minat dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur;
  • iv. Kemahiran mendengar dan bertutur memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif bagi mempercepat penguasaan kemahiran tersebut;
  • v. Kemahiran mendengar dan bertutur memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa; dan
  • Vi Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep.

26 of 42

CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

27 of 42

CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

28 of 42

CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

29 of 42

CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

30 of 42

  • BAB 8
  • Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

31 of 42

Konsep Membaca

32 of 42

Tujuan Membaca

  • Tujuan utama kemahiran membaca, supaya murid-murid dapat mengenal dan membezakan setiap huruf dan perkataan seterusnya dapat membaca serta memahami pelbagai bahan bacaan yang dikehendaki.
  • Orang yang buta huruf akan menghadapi pelbagai masalah lebih -lebih lagi dalam menghadapi dunia tanpa sempadan pada masa kin

33 of 42

Kesediaan Membaca (Reading Readiness)

  • Kebolehan membaca (reading readiness) kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu memahami dan bertindak secara bersesuaian apabila melihat perkataan-perkataan yang ditulis.
  • Maksudnya kanak-kanak mesti berkeupayaan memahami konsep bahawa semua “benda” mempunyai nama yang boleh ditulis dalam perkataan yang terdiri daripada simbol- simbol perkataan yang boleh dibaca (Mechado, 1985).

34 of 42

35 of 42

Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca Awal

36 of 42

Kaedah Gabungan Bunyi Kata

37 of 42

BAB 9

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS

38 of 42

Definisi

Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat.

Ayat yang disusun ada kalanya panjang dan ada kalanya berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan bercetak

39 of 42

Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

Hal inimeliputi beberapa aspek, iaitu:

(a) menggunakan pelbagai jenis ayat

(b) mencatat dan menyusun maklumat

(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar,ditonton dan dibaca

40 of 42

PERSEKITARAN MENULIS YANG MENGGALAKKAN

  • Persekitaran penulisan yang menggalakan bermaksud persekitaran yang sentiasa menyokong aktiviti kemahiran yang lain seperti mendengar, bertutur, membaca dan berfikir (Brozo,1999) tanpa batasan tertentu atau had untuk melakukan sesuatu aktiviti penulisan tersebut.

  • Guru akan sentiasa menggerakkan para murid dalam kelas literasinya ke arah pelibatan penulisan secara bersepadu dalam kalangan muridnya tanpa ada had masa atau waktu tertentu dalam seminggu.

  • Pengajaran penulisan tidak terkongkong dengan satu tajuk khusus tentang sesuatu kemahiran literasi dalam suatu tempoh waktu yang dihadkan

41 of 42

  • PELAKSANAAN PROSES MENULIS KARANGAN
  • Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu .

  • Mengarang dapat melatih murid-murid melahirkan idea dan juga melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea.

  • Murid-murid dirangsang untuk mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul

42 of 42